Friday, September 21, 2012

Novel: Isyarat Cinta



Bab 5

Marina Chang yang baru tiba ke kedai itu, sibuk bertanya kepada Adawiyah kenapa majikan mereka memanggil Adawiyah. Adawiyah mengangkat bahu. Dia tidak akan sesekali berkongsi cerita dengan orang kuat majikannya itu. Ia sungguh memalukannya dan dia rasa betapa besarnya dosa berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrimnya! Mak, tolonglah Adawiyah! Pelanggan pula semakin ramai dan pekerja lelaki pula iaitu SuIaiman sibuk mengangkat kotak-kotak masuk ke dalam stor. Jadi, Adawiyah seperti tidak sempat menjawab pertanyaan Marina Chang. Dia hairan begitu ramai yang membeli telefon bimbit di kedai ini setiap hari. Dia sendiri pun tidak pernah bercadang menukar telefonnya sejak dua tahun ini.
            Tiba-tiba seorang gadis yang agak cantik, tinggi lampai dan seksi datang menghampiri mereka. Adawiyah melayan macam biasa. Malah tersenyum manis. Dia tidak mengenali siapakah gadis tersebut.
            “Ya, cik nak beli telefon jenama apa?” tegur Adawiyah lembut sambil tersenyum manis. Gadis manis itu menjeling. Memang Adawiyah tidak mengenali gadis itu. Adawiyah memaniskan mukanya.
            “Aku nak jumpa Irfan, ada tak? Bos awak tu? Ada?” termangu-mangu Adawiyah melihat tingkah laku gadis cantik yang kurang bersopan itu. Gadis itu bercakap dengan suara tinggi dan nada sombong. Malah gadis itu meninjau-ninjau ke dalam kedai. Adawiyah berpendapat gadis itu adalah teman wanita majikannya. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu dengan perlakuan majikannya itu sebelum ini. Masih panas di ingatan Adawiyah. Marina Chang yang kebetulan ke bahagian depan kedai tersenyum.
            “Hai Syikin, dah lama sampai? Awak cari Irfan? Awak ni macam tak biasa pula! Masuklah!” kata Marina Chang menyindir. Marina Chang terus menjenguk ke arah majikannya yang sedang sibuk di dalam pejabatnya. Adawiyah pula terus meneruskan kerjanya.
            “Siapa budak kampung ni Rina?” soal Syikin yang memandang Adawiyah yang memakai berbaju kurung dan bertudung dengan sebelah mata dari atas ke bawah. Adawiyah terasa diperkecilkan tetapi dia tidak mahu ambil kisah.
            “Gadis manis ni Adawiyah. Masuklah ke dalam! Ada bos tu! Awak ni macam tak biasa pula!” perli Marina Chang. Gadis bernama Syikin yang sombong itu terus menonong masuk ke dalam bilik pejabat majikannya.
            “Adawiyah? Hmm, nama pun dah tahu kekampungan! Tak pernah nampak pun! Bila dia kerja?” soal Syikin dengan kening terangkat. Adawiyah pura-pura sibuk di kaunter luar. Dia segan dikatakan budak kampung. Tetapi dia memang budak kampung.
            “Baru lagi, baru dua minggu lebih!” jawab Marina Chang. Syikin tidak menunggu jawapan Marina Chang. Dia sudah masuk ke bilik kerja Muhammad Irfan tanpa mengetuk pintu.
            Adawiyah hanya memerhati dengan ekor matanya sahaja. Dia melihat Syikin terus memaut bahu Muhammad Irfan dan bercakap sesuatu sambil ketawa mesra. Bagai hendak luruh jantung Adawiyah dan sakit hatinya melihat majikannya berbual mesra dengan teman wanitanya itu. Adawiyah tidak selesa pula melayan pelanggannya. Dia sedikit benci dengan perbuatan majikannya. ‘Takkan aku cemburu pula? Aku sukakan dia ke? Hmm, jangan sampai jatuh cinta kat lelaki miang tu!’ Bisik Adawiyah pula. Adawiyah cepat-cepat mengingati dirinya yang dia hanya menumpang mencari rezeki di kedai telekomunikasi ini. Namun, dia tidak tahu kenapa hatinya tidak senang melihat perlakuan majikannya dengan gadis manis itu.
            “Jangan hairan awak, bos kita tu memang ramai ‘gf’ di sini! Bertukar-tukar ‘gf’ dia! Saya pun tak larat nak kira. Kalau dia duduk di kedai ni, memang ada-ada sahaja gadis yang datang! Sejak dia putus cinta tahun lalu, dia memang begitu! Bertukar-tukar pasangan dan dia buat koleksi!” kata Marina Chang panjang lebar. Adawiyah hanya menadah telinga. Dia belum mengenali majikannya yang sebenarnya.
            “Gf tu apa?” soal Adawiyah. Terlalu banyak yang dia belajar di kedai tempatnya bekerja ini. Dia garu kepala yang tidak gatal.
            “Gf tu ‘girlfriend’ tak rasmi lah!” Adawiyah mengangguk faham. Dia memang mudah faham dengan pelajaran baru.
            “Macam tu! Awak pun salah satu koleksinya ke?” soal Adawiyah. Marina Chang menggeleng. Matanya dan hatinya masih sakit melihat perlakuan majikannya itu.
            “His tolong sikit, tak nak aku! Awak lah Wie kalau nak! Ada ruang lagi tu!” kata Marina Chang. Adawiyah tersengih. Dia kalau tidak mahu mengingati lelaki itu. Namun ketampanan lelaki dan tindakan segera mengucup tangannya beberapa hari lalu menyebabkan mukanya terasa panas.
            “Kenapa pula?” soal Adawiyah pula. Tangannya lincah menulis sesuatu di dalam buku log.
            “Awak ada hati ke dengan dia?” soal Marina Chang tiba-tiba. Wajah putih Adawiyah menjadi kemerah-merahan semula. Terkejut sungguh dia dengan sangkaan Marina Chang itu.
            “Saya tak naklah! Dia kan majikan kita! His, tak berani saya,” jawab Adawiyah mula menggigil ketakutan mengingati peristiwa pagi tadi.
            “Awakkan gadis cantik, bos kita macam sukakan awak!” jawab Marina Chang. Hampir terloncat keluar jantung Adawiyah kerana terkejut. Nanti balik ke rumah, dia akan pandang mukanya puas-puas di cermin. Benarkah dia cantik?
            “Tak adalah sampai macam tu! Bos tu pun pandai memilih! Takkan dia nak pilih orang kampung macam saya ni! miskin pula tu! Nanti habiskan harta dia je!” kata Adawiyah yang menyedari akan dirinya. Marina Chang ketawa kecil.
            “Jangan macam tu Wiyah. Kita tak tahu jodoh seseorang! Mana tahu jodoh awak dengan bos kita tu!” usik Marina Chang lagi. Semakin terbakar wajah Adawiyah yang memang sedia merah itu.
            “Tak mungkinlah!” jawab Adawiyah. Menggigil tubuhnya. Berdebar jantungnya.
            Tidak lama kemudian, majikannya keluar sambil berpegangan tangan dengan Syikin. Tindakan mereka itu menambah sakit hati Adawiyah. Entah kenapa dia sakit hati. Padahal baru beberapa hari dia dia bekerja di kedai telekomunikasi milik lelaki itu. Mungkinkah dia cemburu? Takkanlah...
            ‘Wahai hati Adawiyah, janganlah engkau cemburu!’ Bisik hati Adawiyah memujuk.
            “Adawiyah, awak jaga kedai sebentar ya. Nanti saya bawa awak keluar makan! Awak belum makan kan?” sapaan majikannya itu membuatkan Adawiyah dan Marina Chang terkejut. Mereka sama-sama terdiam. Syikin juga turut terkedu.
            “Hey Irfan, perempuan kampung ni awak punya ke?” soal Syikin sungguh marah. Muhammad Irfan hanya tersenyum manis kepadanya. Majikannya itu tidak mempedulikan kebengangan Syikin.
            “Tak apalah tuan, saya puasa hari ni,” kata Adawiyah cuba menyelamatkan dirinya.
            Muhammad Irfan bergerak sambil matanya menatap wajah ayu Adawiyah. Adawiyah berasa tidak senang hati. Marina Chang pula sudah tersenyum simpul. Adawiyah semakin ketakutan.
            “Nah, bukankah bos kita sukakan awak? Siap mahu bawa awak makan pula!” kata Marina Chang yang sudah senyum simpul. Adawiyah memandang tajam ke arah Marina Chang. Dia tidak mahu diejek dengan majikannya.
            “Gila! Awak jangan layan sangat kerenah bos kita tu Rina, saya tak sukalah!” balas Adawiyah yang sudah keluar melayan pelanggan.
            “Nanti saya tanyakan sama ada bos tu ada hati kat awak atau tak ya!” kata Marina Chang yang sudah ketawa riang.
            “Janganlah macam tu Rina, saya tak sukalah! Saya datang sini nak kerja bukannya nak cari jodoh!” jawab Adawiyah geram.
            “Eh, mana tau! Kita ni hanya merancang, Tuhan yang menentukan!” kata Marina Chang.
            “Tak mahulah!”
            “Kau tau, mak bos tu kasi tahu, bos Irfan tu pernah kecewa bercinta, mereka dah bertunang dulu!” cerita Marina Chang. Bulat mata Adawiyah mendengarnya.
            “Sampai sekarang dia tak kahwin lagi!” kata Adawiyah membetulkan kata-kata Marina Chang itu.
            “Maaf, saya tak tahu!” kata Marina Chang. Adawiyah mengangguk.
            “Mak dia mana?” soal Adawiyah ingin tahu.
            “Mak dia? Mereka berubat sambil bertemu keluarga di China. Ramai keluarga mereka di situ! Lagipun...” Adawiyah hanya memuncungkan mulutnya.
            “Lagipun apa?” soal Adawiyah tidak sabar.
            “Lagipun, ayah Irfan tu memang ada bisnes luar negara. Bisnes di dalam negara, diuruskan oleh Irfan lah!” kata Marina Chang.
            “Ohhh, macam tu!” kata Adawiyah tanpa banyak bicara.
            “Mereka tu orang kaya. Muhammad  Irfan hanya dua beradik. Untung kalau awak dapat goda dia! Aku malas dengan gf-gf nya yang tak senonoh tu! Mak Irfan tu pun tak setuju dengan gf-gfnya tu!” kata Marina Chang, rancak bercerita mengenai majikannya. Adawiyah sedih dengan kata-kata Marina Chang. Entah kenapa gadis itu meminta dia menggoda majikannya. Tidak pernah terniat di hatinya hendak menggoda ketika dia mengambil keputusan hendak bekerja. Dia hanya mahu mencari sumber kewangan untuk membiayai pembelajarannya di pusat pengajian tinggi. Dia tidak mahu menyusahkan emaknya lagi. Ayah? Ah, sejak dia mengenal hidup, dia tidak pernah mengenali lelaki yang dipanggil ayah. Dia hanya mengenali pak cik-pak cik iaitu adik-beradik emaknya. Hmm, sedih memang sedih tetapi hidup harus diteruskan dengan tabah dan tanpa rungutan!
            “Oh begitu tapi manalah saya ni layak untuk dia! Janganlah main-mainlah Rina! Kalau kau nak, kaulah yang goda dia! Aku ni nak sambung belajar lagi!” kata Adawiyah agak keras. Dia sudah tahu banyak mengenai majikannya.
            “Tak bolehlah! Saya ni pun sudah ada yang punya! Keluarga dah tahu tetapi saya masih muda lagi belum nak kahwin lagi!” kata Marina Chang tersenyum simpul. Adawiyah tidak ada komen. Kerja harus diteruskan. Jika suatu hari dia berjaya dalam pelajarannya, barullah dia memikirkan perkara lain. Itu janjinya. Namun agak menghairankan wajah lelaki yang menjadi majikannya itu bertubi-tubi datang di mindanya. Apa ceritanya tu? Dia sendiri bingung dan ingin membuang jauh-jauh ingatannya kepada lelaki itu. Takkan dia sudah jatuh cinta pula? Ah, tidak! Perkataan itu harus dipadamkan dari hatinya. Harus! wajib! Mesti! Jerit hatinya.