Monday, September 24, 2012

Novel: Isyarat Cinta


Bab 6

Adawiyah masih tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sepenuh hati. Kemesraan majikannya yang kacak bergandingan dengan kekasih hatinya sebentar tadi masih terbayang-bayang di matanya. Malah, hatinya sungguh ragu dan masih bertanya-tanya.
            ‘Ke manakah mereka? Minum? Berjalan-jalan? Shopping? Bertuahnya gadis yang dibawa lelaki kacak itu.’ soal Adawiyah dalam hati.
            “Adawiyah, awak jangan lupa tutup akaun petang nanti ya. Saya akan balik awal hari ni, ada hal di kedai yang satu lagi!” kata Marina Chang berpesan. Jam di tangan dikerlingnya, sudah pukul 1.00 petang. Ini bermakna dia akan rehat sebentar lagi. Dia akan berganti dengan SuIaiman untuk menjaga kedai. Sedangkan Marina Chang pula sudah bersedia hendak beredar entah ke mana.
            “Tutup akaun? Macam mana tu?” soal adawiyah yang tidak biasa membuat kerja-kerja perakaunan. Hari-hari dia hanya menjahit baju-baju kurung membantu emaknya.
            “Alaa, senang saja tu. Awak kira jumlah jualan hari ini dan masukkan dalam laptop. Esok pagi saya semak betul atau tidak kerja awak! Mana ada susahnya!” kata Marina Chang. Adawiyah berasa lega seketika.
            “Oh, kalau macam tu tak adalah masalahnya. Nanti saya akan buat.” Jawab Adawiyah.
            “Tak apa, mari sini masuk dalam bilik bos, saya tunjukkan kepada awak macam mana nak buat!” Masuk ke bilik majikannya lagi menambah masalah kepada Adawiyah. Dia paling tidak mahu masuk ke dalam bilik pejabat majikannya itu. Dia tidak mahu perkara pagi tadi berulang kembali. Teragak-agak Adawiyah masuk mengikuti Marina Chang yang sudah menghadap laptop di bilik majikan mereka.
            “Begini, masuk bahagian akaun untuk hari ini, kemudian klik jumlah. Kalau ada benda yang orang beli, awak masukkan dulu item yang dibeli di sini,” kata Marina Chang. Adawiyah mengangguk. Dia sudah faham akan tugas barunya walaupun baru pertama kali ditunjukkan kepadanya. Cuma, dia tidak selesa kalau terpaksa masuk ke dalam bilik majikannya itu.
            “Rina, esok awak yang buka pintu kedai?” soal Adawiyah. Dia tidak mahu kejadian pagi tadi berulang kembali. Dia benar-benar takut terjadi apa-apa yang tidak disenanginya.
            “Err, tengoklah kalau saya tak lambat! Esok saya kena ke kedai yang satu lagi. Awaklah yang datang awal. Mungkin dalam jam 10.00 pagi barulah saya tiba di sini,” kata Marina Chang yang memberitahu akan jadual kerjanya yang banyak. Cuma petang ini dia sudah ada temujanji dengan ibunya.
            “Oh, kalau begitu tak apalah Rina. Esok saya cuba datang awal.” Kata Adawiyah mengalah. Wajahnya tidak ceria.
            “Sayang Adawiyah!” kata Marina Chang mencubit pipi Adawiyah yang gebu.
            “His, jangan cubit-cubit pipi saya ni, nanti turun saham tau!” kata Adawiyah bergurau dengan Marina Chang.
            “Oklah saya gerak dulu ya. Jumpa esok tau! Hey, hati-hati mungkin majikan kita tu akan datang lagi petang ni!” kata Marina Chang mengenyitkan mata. Berdegup jantung Adawiyah mendengar kata-kata Marina Chang. Adawiyah menghantar Marina Chang yang keluar melalui pintu belakang.
            Hari semakin petang. Tinggal Adawiyah sendirian di kedai itu. SuIaiman sudah lama keluar dari kedai. Dia yakin majikannya tidak akan datang semula ke pejabatnya petang ini. Lagipun, bukan di kedai ini sahaja ada pejabatnya. Di semua kedai yang dibukanya di Kota Kinabalu ini, dia mempunyai pejabat. Jadi, dia mempunyai banyak pilihan hendak pergi ke cawangan yang disukainya.
            Tiba-tiba telefon bimbit Adawiyah berbunyi.
            “Asalamualaikum Iqa,”
         “Walaikumsalam Wie, petang ni aku balik awal ya. Jangan cari aku. Aku ada hal di rumah petang ni. jadi, esok kita pergi kerja sama-sama! Tunggu tau!” kata Rafiqah.
            “Oh ya? Tak apalah kalau macam tu, aku tak dapat balik ni!” balas Adawiyah.
         “Hati-hati ya Wie,” pesan Rafiqah. Adawiyah hanya mengangguk. Sebenarnya dia terkejut kenapa Rafiqah tidak menunggunya petang ini. mahu atau tidak dia harus belajar untuk balik sendirian jika Rafiqah balik awal dari tempat kerjanya.
            “Kau pun baik-baik ya, Iqa.” Balas Adawiyah dengan penuh kesedihan. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Bab 7


“Adawiyah, saya nak menjadi kekasih awak! Saya tahu awak tak ada teman lelaki,” hendak terjojol mata Adawiyah mendengar kata-kata Muhammad Irfan majikannya yang agak memeranjatkan itu. Majikannya itu datang dengan sut kemasnya pada petang yang semakin gelap ini. Bergegar jantungnya malah buah jantungnya  bagaikan hendak meloncat dari tangkainya!
            Tangannya yang lincah menulis sesuatu di buku log itu terhenti. Mata majikannya yang sepet tetapi menarik itu dipandangnya sekilas. Seketika mata mereka bertaut rapat. Cepat-cepat Adawiyah melarikan pandangannya ke sisi yang Irfann. Ternyata majikannya itu sedang merenungnya tajam dan penuh makna. Entah apa maknanya dia tidak mampu mentafsirnya.
            ‘Apa? Nak menjadi kekasih? Mimpikah lelaki ini? Atau, gila?’ Bisik Adawiyah perlahan. Dia takut lelaki di depannya itu mendengar bisikan hatinya. Mudah-mudahan tidak.
            Irfan  Irfan datang dengan penuh harapan dan dia tidak mahu pergi dengan kehampaan. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Jiwanya meronta selama ini harus diluahkan kepada gadis yang selalu menjadi intipannya di kedainya ini.
            Lelaki itu masih berdiri tegak di situ sedangkan jiwa dan emosi Adawiyah bergolak sekali. Kebetulan hari sudah merangkak malam dan Adawiyah sepatutnya menutup kedai yang sudah dijaganya selama hampir dua bulan ini. Kebetulan juga pada masa yang sama pengunjung yang datang ke gedung membeli belah ini sudah beransur kurang. Jadi, kesempatan ini seharusnya digunakan oleh Adawiyah untuk menutup kedai telekomunikasi  berpontensi tinggi di sini. Dia tahu pasti majikannya itu sedia maklum akan tugasnya. Kedua-dua rakan sekerjanya sudah lama pulang.
            ‘Ah, tak mungkin majikannya ini akan jatuh cinta kepadanya. Mungkin kah majikannya ini mabuk?’ bicara hatinya lagi. Semua kedai akan dibuka pada pukul 9.30 pagi dan ditutup pada pukul 7.00 malam, kecuali hari perayaan. Kedai akan ditutup pada pukul 10.00 malam.
            Adawiyah sempat memerhatikan orang yang lalu lalang di kedai itu. Tidak ramai sudah yang lalu lalang. Mengapa dia sendiri nanar dengan kata-kata majikannya itu? Selama ini majikannya itu tidak pernah menunjukkan sesuatu yang istimewa ketika berhadapan dengannya. Majikannya ini cukup serius dan sering berwajah tegang di pejabatnya. Kenapa hari ini majikannya bertukar menjadi mesra dan siap meluahkan perasaan segala? Mungkinkah majikannya ini baru putus cinta lalu mencari penggantinya? Kenapa pula Adawiyah yang menjadi mangsa? Tidak putus-putus hati Adawiyah bertanya dan bertanya tentang perubahan sikap majikannya itu.
            Setelah beberapa minit berdiam diri, Adawiyah memberanikan diri bertanya kepada majikannya itu.
            “Encik Irfan, apa yang encik cakap tadi?” Muhammad Irfan terus memegang pergelangan tangan Adawiyah erat. Dia benar-benar ingin meluahkan perasaannya pada saat semua pekerjanya yang Iain sudah pulang ke rumah masing-masing. hanya Adawiyah yang ada di sini. Baginya inilah masa yang sesuai untuk dia bertemu dengan Adawiyah yang sedang menyelesaikan kerja-kerjanya di kedainya itu.
            “Saya nak jadi kekasih Adawiyah kalau Adawiyah belum ada kekasih, saya ikhlas,” ulang Muhammad Irfan sekali lagi. Kali ini suaranya merayu. Pandangan matanya Tuhan sahaja yang tahu.
            “Err, mungkin tuan ni salah...eh...bos.. ni salah orang. Saya ni bukan Syikin atau Lavendar atau Afifah atau sesiapa saja kekasih bos. Saya ni Adawiyah, pekerja bos! Mungkin bos ni mabuk!” Adawiyah agak ketakutan. Dia ingin menjauhi lelaki itu.
Adawiyah memikirkan kalau lelaki di depannya itu salah orang. Selama dia bekerja di sini, dia tahu majikannya itu bertukar-tukar pasangan. Ada-ada sahaja gadis manis yang datang berjumpa dengannya. Jadi, Adawiyah beranggapan yang majikannya itu tersalah orang. Walaupun di hatinya menyukai ketampanan lelaki itu namun dia tidak mahu menunjukkan perasaannya. Tambahan pula dia menyedari siapa dirinya.
            “Tidak! Saya tak salah orang dan saya tak pernah mabuk sejak saya bertemu Adawiyah!” sahut Irfan yang masih berdiri di depan Adawiyah yang sibuk menghabiskan kerjanya. Namun ayat jawapan majikannya itu membuatkan Adawiyah terkejut. Dia tidak menyangka sejak bekerja di sini beberapa kejutan datang dalam hidupnya.
            “Saya tak mahu tahu hal tu! Saya memang tak layak untuk bos! Saya ni cari rezeki di sini,” kata Adawiyah yang terlupa panggilan bos itu.
            Dia memang biasa juga bergurau dengan majikannya ini tetapi itu pun jika ada rakan sekerjanya yang Irfann. Kalau tidak ada Marina Chang atau SuIaiman belum tentu Adawiyah akan menegur majikannya itu. Sepatah yang ditanya maka sepatahlh yang dijawabnya. Itu pun hanya membincangkan mengenai perniagaan sahaja. Kebetulan pula hari ini Marina Chang keluar awal terpaksa lah dia menjaga kedai ini sehingga habis waktu.
            “Tak salah kan kalau saya melamar Adawiyah menjadi kekasih saya?” ucap Irfan dengan serius lagi. Jantung Adawiyah bagaikan bergegar rasanya. Dia tidak menyangka lelaki yang menjadi majikannya selama hampiir sebulan ini ada hati nak menjadikan dia sebagai kekasih. Ah, tidak mungkin. Mungkinkah lelaki itu hanya hendak menjadikan diirnya sebagai barang mainan seperti gadis-gadis yang datang ke kedai ini?
            “Tak boleh bos! Saya ni bukan orang yang tepat menjadi kekasih bos! Ramai lagi gadis yang bos kenali layak menjadi kekasih bos! Bukan saya...” Adawiyah mengundur. Dia mahu menjauhi lelaki yang kini semakin mendekatinya itu.
            “Adawiyah tidak sudi menerima saya sebagai kekasih? Ok, sebagai kawan, boleh?” soal Muhammad Irfanlagi sambil berbisik di telinganya. Hendak berbulu telinga Adawiyah. Adawiyah menggeleng. Dia semakin hairan dengan permintaan lelaki yang agak aneh itu. Betapa teganya lelaki itu meminta-minta sesuatu yang bukan-bukan darinya. Selama ini majikannya itu hanya memerhatikannya. Lantas, Adawiyah menggeleng.
            “Kenapa hari bos sangat pelik? Bukankah saya ni pekerja bos? Saya bukan Syikin bos!” rayu Adawiyah menggeletar. Tangannya sudah berada di genggaman lelaki itu. Dia tidak pernah terfikir akan berpasangan dnegan lelaki itu sebagai kekasih. Apatah lagi dia masih muda. Apatah lagi baru tahun dia berani keluar dari rumahnya mencari kerja.
            “Saya bukan pelik Adawiyah. Saya normal. Saya memang ingin memberitahu perasaan saya kepada Adawiyah. Saya ikhlas,” luah hati Irfan.
            “Oh, saya takkan dapat menerima bos. Tak ada gunanya bos beritahu saya perasaan bos tu! Saya bukanlah orangnya yang layak untuk lelaki hebat seperti bos ni!” luah Adawiyah jujur. Muhammad Irfan ketawa.
            “Kenapa pula tak boleh sayang? Saya benar-benar ikhlas nak menjadi kekasih hati zahir dan batin untuk Adawiyah!” hampir pengsan Adawiyah mendengar penerangan kata-kata majikannya itu. Kenapa lelaki itu memilih dirinya sedangkan lelaki itu tidak pernah mempedulikan dirinya selama ini. Adawiyah benar-benar tidak faham dengan keinginan lelaki di depannya itu.
            “Adawiyah dengar tak ni?” soal Adawiyah sambil menggoyangkan bahu Adawiyah. Adawiyah menutup matanya. Adawiyah nanar.
            “Saya dengar bos tapi hentikanlah keinginan bos tu. Saya tak layak untuk bos. Saya gadis miskin yang memang tak layak untuk lelaki seperti bos! Saya tak layak bos! Bos, tolonglah hentikan permintaan bodoh ini!” jawab Adawiyah beersungguh-sungguh. Wajah lelaki yang tegang dengan kulit putih kuning dipandang kejap.
            “Saya tak kisah siapapun gadis pilihan saya. Saya benar-benar ikhlas hendak menyayangi Adawiyah. Apakah cinta dan kasih sayang itu harus dibezakan oleh miskin atau kaya? Tolong jangan hampakan saya Adawiyah!” rayu majikannya lagi. Kali ini Adawiyah menggeleng berkali-kali. Tidak mungkin dia menyatakan persetujuannya terhadap permintaan lelaki itu pada saat dia baru sahaja mmeulakan kuliahnya.
            “Lupakanlah bos. Saya nak kemaskan kedai ni. Saya nak balik awal malam ni. Semalam tak ada bas,” kata Adawiyah kelam kabut menghabiskan kerjanya. Buku log birunya disimpan di dalam bilik majikannya itu. Muhammad Irfan terus mendapatkan dia di bilik sebelahnya.
            Oh dia terlupa. Dia meneruskan catatan terakhirnya di buku log itu. Majikannya tidak mahu dipedulikannya. Selepas itu tangannya lincah mengemaskan rak-rak yang sudah tidak tersusun di bilik majikannya itu. Persoalan yang baru dikemukakan oleh majikannya tidak harus terperam di mindanya. Harus dilupakan sahaja.
            “Saya tak bergurau Adawiyah. Saya tak main-main dengan Adawiyah. Saya sungguh-sungguh ni!” kata Irfan. Merah muka Adawiyah. Adawiyah tetap dengan kerjanya. Dia berasa bagaikan dimalukan dengan tindakan majikannya itu. Entah apakah dosanya kini. Kini, sudah dua kali lelaki itu memalukannya di kedai ini.
            ‘Eh ni tak boleh jadi ni! Mahu tak mahu aku kena berhenti kerja ni!’ Bisik Adawiyah semakin ketakutan.
            “Dengar sini Adawiyah! Dengar sini! Tengok ke dalam mata saya! Tengok saya! Saya sedang bercakap sesuatu yang penting kepada Adawiyah! Saya sebenarnya sayangkan Adawiyah dan saya sudah lama memikirkan hal ni!” kata Muhammad Irfan yang sudah memegang tangan Adawiyah yang lincah membuat kerja. Tangan lembut Adawiyah sudah dikucupnya perlahan. Adawiyah semakin tidak selesa.
            “Bos tak faham ke saya cakap? Saya tak rela! Saya tak suka! Saya tak mahu! Saya tak mahu dibawa ke hulu ke hilir! Bos boleh berhentikan saya kalau bos tak suka saya! Berdosa buat begini bos! Saya ni bukan muhrim kepada bos!” kata Adawiyah mula bertegas dengan tindakan lelaki itu menyentuh tangannya. Adawiyah benar-benar terasa dirinya penuh dengan dosa.
            “Saya sayangkan Adawiyah. Saya mahu Adawiyah berhenti dan menjadi suri dalam hidup saya,” kata Muhammad Irfan bersungguh-sungguh. Matanya yang sepet itu menjadi sayu menghadapnya. Adawiyah semakin geram.
            “Saya tak mahu dengar bos! Saya tak layak nak dengar semua tu! Jangan buat begini pada saya! Saya merayu bos!” kata Adawiyah yang sudah teresak-esak.
            “Adawiyah harus perkara penting ni. Penting dalam hidup kita berdua sayang. Saya sukakan Adawiyah. I love you Adawiyah, love you! Adawiyah saja yang layak menghuni hati saya ni,” kata Muhammad Irfan yang sudah membawa tubuh kecil Adawiyah ke dalam pelukannya. Mereka bertatapan seketika. Adawiyah terlena di dalam dakapan lelaki itu sesaat. Sesaat kemudian dia sudah menolak sekuat hatinya. Namun lelaki itu sudah bersedia terhadap perbuatannya. Alangkah kesalnya dirinya menjadi seorang Adawiyah yang tewas oleh perasaannya.
            “Lepaskan saya bos, berdosa buat saya begini. Bos pun tahu dosa kan! Saya tak mahu begini bos! Saya tak mahu berdosa! Saya nak kerja!” kata Adawiyah yang baru dapat melepaskan dirinya dari pelukan kemas lelaki itu.
            “Maafkan saya Adawiyah. Itulah perasaan saya yang sebenar. Kalau boleh saya nak melamar Adawiyah malam ni,” Kata Irfan Irfan. Dia baru menyedari sikapnya sendiri. Wajah Adawiyah yang sudah sedia merah itu bertambah merah dan kalut dengan renungannya.
            “Tak ada gunanya bos meminta maaf kepada saya. Mohon kepada Tuhan,” kata Adawiyah dengan penuh ketegasan.
            “Saya perlukan Adawiyah dalam hidup saya, saya benar-benar ikhlas ni. Entah kenapa melihat wajah Adawiyah sahaja saya dapat rasa yang Adawiyah akan menjadi isteri saya,” Adawiyah menggeleng dan bertambah pelik. Tangannya lincah mematikan suis komputer dan mengambil beg tangannya. Sesungguhunya lelaki itu tidak akan mengendurkan perasaan kasihnya. Lelaki itu bagaikan terkena pugaian seseorang. Tetapi dia tidak tahu tentang ilmu sihir begitu. Dia tidak mengamalkan ilmu-ilmu sihir begitu.
            “Berilah saya waktu mempertimbangkannya bos. Permintaan bos terlalu berat bagai batu menghempap kepala saya ni.” Kata Adawiyah lagi mula memikirkan helah agar lelaki itu dapat melepaskannya. Dia benar-benar kelelahan melayani kerenah bosnya itu. Kalau berbalas cakap, entah sampai esok pun belum selesai. Dia berfikir pantas dengan bertoleransi dengan lelaki majikannya itu.
            “Saya akan beri waktu untuk Adawiyah memikirkannya. Nanti dah fikir, beritahu saya ya! Harap Adawiyah tidak menolak,” Adawiyah mengangguk. Buntag mata Adawiyah dengan permintaan itu. Tidak disangkanya lelaki yang ego dan sombong itu akan merendahkan dirinya di depan Adawiyah.
            “Terima kasih bos, eh Irfan,” kata Adawiyah tersasul-sasul. Dia serba-salah sebenarnya. Muhammad Irfan tersenyum puas.  
            “Ambillah selama mana Adawiyah nak! Saya akan terus menunggunya,” kata Muhammad Irfan mula bertoleransi. Adawiyah berasa sedikit lega.
            “Jangan terlalu berharap Irfan, saya belum tentu lagi,” jawab Adawiyah terketar-ketar. Terbayang akan wajah emaknya Puan Musliah, Adawiyah sangat serba-salah dan kebimbangan. Kalaulah lelaki itu mahu memberinya waktu, dia bakal pergi dari kedai itu. Dia takkan kembali lagi!
            “Saya sudah terlanjur mencintai Adawiyah!” katanya perlahan. Suara itu tetap didengari Adawiyah.
            “Lupakanlah cinta awak tu! Banyak lagi gadis yang layak untuk awak Irfan! Saya ni memang tak layak untuk Irfan, kalau kawan-kawan Irfan tahu, tentu mereka ketawakan bos eh Irfan sebab suka orang macam saya ni! saya ni dah lah kolot, kampungan lagi!” kata Adawiyah memberanikan diri. Sebenarnya dia merayu kepada lelaki itu agar melepaskan perasaan untuknya. Irfan berasa cuak mendengarnya.
            “Jangan fikir perasaan orang lain. Fikirkan kebahagiaan sendiri sayang!” hampir gugur jantung Adawiyah mendengar ungkapan sayang lelaki itu.
            “Saya balik dulu bos, harap-harap hari ni bos mengigau dan esoknya bos tak ingat apa-apa!” kata Adawiyah yang cuba bergurau. Dalam ketawanya itu dia sebenarnya menggigil ketakutan. Muhammad Irfan turut ketawa.
            “Saya tak mengigau, percayalah!” balasnya sambil mengenyitkan matanya kepada Adawiyah. Hendak pengsan Adawiyah melihat tingkah laku majikannya itu. entah apa yang telah dilakukannya menyebabkan majikannya itu menyukai dirinya. Dia benar-benar bekerja untuk menyara diri dan emaknya. Dia tidak pernah melencongkan niatnya. Dia memang agak senang dengan wajah tampan majikannya itu tetapi itu bukan bermaksud dia harus jatuh cinta kepada lelaki itu.
Majikan yang selalu sibuk dengan tugasnya dan sering berwajah masam itu boleh mengenyitkan mata kepadanya, memang sebuah sejarah yang manis dalam hidupnya! Malah, majikannya itu tidak lama di situ. Seringkali hanya dalam setengah jam atau satu jam sahaja. Dia pula sibuk melayani pelanggan di bahagian kaunter. Waktu bilakah lelaki itu memerhatikannya? Waktu bila pula lelaki itu jatuh cinta kepadanya? Eh, pening sungguh dia memikirkan perkara itu! macam karut pun ada! Macam tak diterima akal pun ada!
            “Saya balik dulu bos,” kata Adawiyah terketar-ketar. Air matanya mahu sahaja mengalir. Dia memang menyukai lelaki kacak itu. Namun dia tidak pernah menaruh harapan yang lelaki itu akan bertindak sejauh itu terhadapnya.
            “Adawiyah, awak belum boleh balik lagi. Saya tak bergurau ni. saya ikhlas dengan niat saya! Awak kena balik dengan saya. Keluar dengan saya. Ada tugas yang belum selesai,” Adawiyah mengerutkan dahinya. Lelaki di depannya itu sudah mula cerewet. Dia semakin geram. Hari petangnya sepanjang hari ini dihabiskan bersama lelaki itu. apakah lelaki itu gila? Dia tidak mengenali lelaki itu, takkan nak jatuh cinta pula?
            “Apa yang tak selesai bos? Saya dah lambat ni,” kata Adawiyah semakin ketakutan. Hari sudah semakin gelap. Suasana di sekitar kedai itu sudah semakin lengang.
            “Saya akan benarkan Adawiyah balik dengan syarat,” kening Adawiyah terangkat. Dia hairan memikirkan helah lelaki itu.
            “Apa syaratnya bos?” berdebar dada Adawiyah apabila lelaki itu meminta syarat. Dia menundukkan pandangannya ketika mata mereka saling bertaut. Huh, memang parah lelaki di depannya itu.
            “Syaratnya, Adawiyah temankan saya makan dulu. Saya lapar ni. Seharian saya tak makan dan ambil masa untuk meluahkan perasaan saya ni,” Adawiyah menggeleng.
            “Huh tak makan? Hari-hari Irfan keluar dengan gadis-gadis cantik, kata tak makan sejak tadi?” kata Adawiyah kehairanan. Tengah hari tadi Muhammad Irfan keluar dengan gadis Iain bernama Syikin. Kenapa pula tidak makan?
“Memang saya tak makan sejak tengah hari. Huh, gadis tu hanya tahu menyusahkan saya!” kata Muhammad Irfan merungut. Adawiyah terdiam. Entah dia boleh percaya atau tidak. Sukar hendak diduga kata-kata majikannya.
            ‘Setuju atau tidak? Kalau setuju pasti lambat sampai ke rumah. Apa alasan nak diberikan kepada emak? Kalau dia tak setuju, mamat ni akan buat sesuatu!’ Bisik hatinya perlahan. Perasaannya berbolak balik.
            “Bagaimana, setuju tak?” Adawiyah geram dengan lelaki di depannya itu. Lelaki itu bukan lelaki yang penyabar. Dia semakin sakit hati namun dia tidak mahu meluahkan kemarahannya kepada majikannya itu.
            “Boleh tak Iain kali Irfan? Saya ada hal penting di rumah. Saya kena minta kebenaran dengan mak saya dulu, tak boleh nak jalan-jalan tanpa kebenarannya!” pinta Adawiyah. Dia berdoa agar lelaki itu akan melepaskannya. Dia takut bas masuk ke kampungnya akan bergerak.
            “Tak, hanya hari ni saya buka. Esok saya akan outstation ke Kuala Lumpur,” kata Muhammad Irfan memohon kepada Adawiyah. Tunak matanya memandang Adawiyah. Adawiyah berasa serba-salah.  
            Aduh, kenapa lelaki ini datang mengucapkan kata cintanya? Apakah semurah itu cintanya kepada setiap gadis? Tetapi lelaki ini datang dengan pakej lengkap. Sedangkan dia belum bersedia untuk menerima sesiapapun dalam hidupnya. Tambahan pula buah hatinya baru sahaja meninggalkannya. Haru, haru!
            “Sebentar saja bos. Saya tak boleh lama-lama. Tak baik keluar berduaan tanpa muhrim bos,” kata Adawiyah mengingatkan Irfan. Muhammad Irfan mengangguk.
            “Err, sekejap sahaja. Kita makan di tempat yang terbuka. Saya dah tempah pun tempatnya. Saya tak mahu kalau Adawiyah tak sudi pula. Lepas makan saya hantarkan Adawiyah balik ke rumah. Saya janji!” Kata Muhammad Irfan berjanji. Adawiyah hampir pitam mendengar jawapan majikannya itu. Kalaulah dia awal keluar tadi, taklah dia jadi bingung begini!
            “Err, sekejap saja ya bos, tapi nanti balik saya naik bas,” kata Adawiyah yang mahu lelaki itu berjanji.
            “Tak apa, saya hantar Adawiyah ya. Jangan itu pun tak sudi!” kata Irfan. Muhammad Irfan bergegas menutup pintu kedainya. Adawiyah menurut sahaja perbuatan majikannya itu. Sebenarnya hatinya masih  berdebar dan Tuhan sahaja yang Tahu.  
            “Tak apa bos, rumah saya jauh dari sini. Jauh sangat bos!” kata Adawiyah. Akalnya bingung.
            “Tak apa, kereta saya yang bawa awak bukan saya yang dukung awak,” kata lelaki itu lagi. Adawiyah malas mahu menjawab. Lelaki itu benar-benar sudah bersedia dengan penolakannya.
            “Jangan lama sangat Irfan, saya ada kerja nak buat di rumah!” jawab Adawiyah lagi. Dia benar-benar ketakutan dengan pelawaan majikannya itu. Selama ini bukan tidak pernah majikannya itu mempelawa makan tengah hari, tetapi dia sentiasa mempunyai alasan yang kuat untuk menolaknya. Namun petang ini dia sudah tidak ada alasan. Apakah dayanya, mahu tidak mahu dia terpaksa menurut paksaan Muhammad Irfan sekali majikannya.
            ‘Kurang asam punya bos!’
            “Ayuh kita keluar. Hati-hati di depan tu gelap!” kata Muhammad Irfan yang sudah memegang tangan Adawiyah.
            Muhammad Irfan membukakan pintu kereta untuk Adawiyah. Adawiyah terasa sebiji batu besar menghempap ke kepalanya. Dia ingin pengsan di situ juga!
            “Kenapa diam?” soal Muhammad Irfan setelah beberapa minit melabuhkan punggungnya di kerusi empuk kereta mewah itu. Adawiyah pun tidak tahu apakah jenama kereta yang dinaikinya. Apa yang dia tahu, kereta tu buatan luar negara.
            “Tak ada apa-apa nak cakap. Saya penat,” Adawiyah memberikan alasan agar majikannya itu cepat-cepat menghantarnya pulang.
            “Tak apa, Adawiyah rehat dulu ya. Nanti kita makan kat sana baru hilang penat Adawiyah,” jawab majikannya. Alangkah malasnya Adawiyah dengan jawapannya majikannya itu. Kalaulah majikannya itu memahaminya dan terus menghantarnya pulang. Alangkah baiknya!