Tuesday, November 20, 2012

Sentuhan Kasih 15


Lama saya tak bertemu anda pembaca di maya ini kan. Maaflah, saya baru nak tarik nafas selepas menyiapkan dua buah manuskrip dan sudah dihantarkan ke sebuah penerbitan. Syukur alhamdulillah. Akhirnya saya update juga sebuah e-novel saya di blog kesayangan saya ini, moga jadi kesayangan anda juga ya. Mohon maaf dan mohon terhibur dengan bacaan kali ini. Kalau suka beri komen ya.
15


“Boleh tak kalau awak hantar saya ke rumah mak ayah saya? Awak pergilah ke rumah mak awak di KK itu saya tak kisah! Tapi tolong hantarkan saya ke rumah mak ayah saya,” kelat wajah Aliff Safwan memandang ke arahku.
Aku sudah tidak peduli. Aku sudah tidak boleh menerima hukuman mama mertuaku yang tidak sudi menerima aku dalam hidup keluarganya. Aliff Safwan sudah meraupkan tangan ke wajahnya. Wajahnya dan rambutnya nampak kusut.
            “Boleh sayang tapi nenek Balqis, nenda saya nak jumpa sayang! Boleh tak kalau sayang beri muka kepada abang kali ini?” aku tiba-tiba mati kutu jika lelaki di depanku itu menyebut mengenai nendanya, Nenek Balqis.
Mukaku pula yang kelat. Aku memang tak boleh menolak kali ini walaupun aku sebenarnya ingin merehatkan emosi dan akalku di bilik kesayanganku di rumah ayah di kampung itu.
            “Boleh tak awak beri alasan saya nak balik kampung kejap? Boleh? Saya ada hal di kampung?” aku member alasanku.
Kudongakkan wajahku memandangnya meminta kepastian. Terkebil-kebil matanya. Dia seperti sengaja buat helah. Dia buat-buat bodoh atau sengaja nak mengenakan aku? Fikirku.
            “Sayang, abang tak boleh nak bohong dengan nenek abang tu. Abang tak boleh. Abang takut pula mama tu pula masuk jarum, itu yang abang takut! Kalau mama dah masuk jarum payahlah kita berdua!” kata Aliff Safwan yang sudah faham akan kerekter emaknya.
Aku pula yang mati kutu memikirkan nendanya, mama dan wanita itu, Maria. Entah ap ayang bakal mereka katakan mengenai aku. Kalau aku ada di situ, sekurrang-kurangnya mereka kurangla bercakap perkara-perkara yang bukan terhadapku.
“Apa yang payahnya? Biarlah kalau dia nak masuk jarum dia, saya tak susahlah! Lagi saya suka!” kataku selamba. Bulat matanya memandang aku.
“Boleh sayang kata macam begitu? Sayang tak sayang abang?” erk, nak termuntah aku dengan soalannya. Selama saja aku menggeleng.
“Saya rela jika emak awak ingin member kebahagiaannya untuk awak anaknya!” kataku lagi. Entah di dalam hatiku begitu sedih sekali. Mungkinkah ada sesuatu di hatiku?
“Jangan cakap macam tu sayang. Abang tak nak ambil semula Maria tu. Abang lebih rela duduk di samping sayang walaupun sayang selalu marah2kan abang. Abang rela. Tolonglah sayang, jangan cakap yang bukan2 mengenai Maria. Cerita kami sudah lama closed!” jawabnya selamba.
Erk! Lagilah aku sakit hati. Niat aku suci, ingin emaknya bahagia jika anak lelakinya aka suamiku ini bahagia. Takkan aku tak mahu mendapat anugerah payung emas di akhirat nanti jika suamiku diizinkan kahwin semula? Hmm, bolehkah pula aku bahagia? Huh, rasa berasap dadaku saat itu juga!
            “Heee, awak ni memang tak boleh pakai Aliff! Saya tak suka! Kalau boleh tolong bini, ni dah menyusahkan bini! Ah, payah-payah awak ceraikan je saya ni!” kataku geram dengan sikapnya yang suka memaksaku.
Terbuntang mata lelaki tampan bermata kuyu itu memandangku. Dadaku turut berirama kelam-kabut jadinya. Haruskah aku menyebut sesuatu yang sudah berada di dalam pengetahuannya? His, Aliya, tolong sikit! Hati-hati cakap dengan suami! Marahku dalam hati.
            “Jangan tuduh macam ni sayang. Sayangkan faham, kita kahwin atas restu nenda abang, jadi sayang mesti jumpa nenda abang tu untuk mengecapi berkatnya!” pujuknya.
Hairan sungguh aku dengan lelaki ini, begitu lemah lembut sekali melayan aku. Aku sendiri tidak pernah berbuat baik kepadanya. Mengapa dia pula terlalu baik kepadaku? Eh, memang sukar nak dijangka! Hmm, yang sukar nak dijangka aku, bukan lelaki yang sudah bergelar suami itu!
            “Kenapa kalau saya tak  jumpa hari ni dunia kamu sekeluarga terus kiamat, dan tak ada esok lagi?” soalku semakin geram. Aku memandangnya bagai berapi. Dia hanya tersengih.
Sebenarnya aku masih geram dengan sikap mama mertuaku dan sepupunya Maria pagi tadi. Jadi aku pula melampiaskan kemarahanku semuanya kepada lelaki itu. Aku mahu dia marah dan menyebabkan dia menghilangkan perasaan kasihnya kepadaku? Itukah yang aku mahu? Perit soalanku di hatiku tetapi aku mengangguk dalam hati.
Aku mahu menjauhkan diriku dari lelaki ini jika benar mamanya tidak mahu anaknya menikahi aku. Sakit memang menyakitkan hakikatnya tetapi mengapa aku terasa perit sekali? Ada sekelumit perasaanku untuk lelaki itu? Aku mula keliru jika memikirkan kemahuannya, kemahuan lelaki di sisiku ini dan kemahuanku sendiri.
Takkan aku nak menunggu Nizam yang sudah lima tahu bernikah dengan gadis lain? Tak logikkan? Perlukah aku membina cinta baru dengan lelaki di sisiku ini? Aku lebih-lebih lagi keliru! Selebihnya aku tunggu dan lihat dulu.
“Sayang, memang dunia belum kiamat lagi tapi sayang mesti ikut abang hari ini jangan nak banyak alasan lagi! Nenda abang memang sedang tunggu di situ! Kasian nenda kita tu,” katanya mula memujuk lagi.
Bahuku dipegangnya. Aku cuba melepaskan diri namun aku tahu aku harus bertahan walaupun jantungku mula menyanyikan iramanya tersendiri. Aku lihat dia menyembunyikan semua kemarahannya dan cuba bersabar dengan sikapku. Aku rasa teduh berlindung di bawah naungan lelaki ini. Apakah maknanya ini?
 “Jadi kenapa nenda awak tu Aliff? Boleh tolak ansur sikit tak?” soalku sudah berubah suara, cuba berdamai dengan lelaki itu.
Tangannya masih di bahuku. Dia menggeleng dan tersenyum mesra. Aku paling tidak suka senyuman gatalnya itu. Aku hanya ada dua pilihan ketika ini; mendiamkan diri dengan jantung yang bagaikan hendak terbang dari tangkainya atau mencubit perutnya. Huh, aku berpeluh-peluh dalam suasana yang agak dingin ketika kipas berpusing dengan kuat.
“Bukan tak boleh sayang, boleh! Tapi hari ni saja nenda benar-benar nak jumpa sayang. Ahli keluarga lain di situ pun sudah diberitahu. Kiranya ada majlis lah semata-mata nak bertemu dengan sayangku ini! Faham tak?” soalnya sambil mencuit hidungku. Aku tidak dapat melepaskan diri. Aku mencebikkan bibirku.
“Tapi kenapa tergesa-gesa? Awak tak beritahu pun semalam! Kalau tak, saya boleh buat persiapan, ini tak, baju bertemu nenda pun saya tak bawa!” Aliff Safwan sudah ketawa sambil memegang perutnya. Tanganku sudah berubah menjadi ketam dan mencubit perutnya sekuat hati.
“Aduh sayang, nak bunuh abang ke ni?” aku pula ketawa lepas dan menutup mulutku. Aku sudah terlepas dari cengkaman tangan sasanya.
“Baru tau! Padan muka!” kataku menjauhkan diri.
“Sebenarnya, esok nenda akan menjalani pembedahan mata sayang. Jadi sebelum dia buat pembedahan itu, dia nak jumpa cucu menantu kesayangannya ini! Sayang jangan salah sangka pula!” jawabnya setelah menghabiskan semua ketawa dan kesakitan di perutnya.
Aku mendengar dengan baik. Aku kasihan juga kepada nendanya itu. Sanggup membuat tempahan saudara mara semata-mata hendak bertemu denganku. Tidak seperti mama mertuaku yang sengaja memalukan aku di depan anak saudaranya. Apakah mama mertuaku akan berbuat perkara yang sama kepadaku malam ini? Oh, tidak! Aku tidak rela! Lebih-lebih lagi di hadapan saudara-mara nendanya yang ramai menurut pemahamanku itu.
“Oh macam begitu! Tapi pakaian saya macam mana?” soalku semula. Wajahku cemas. Aliff pula masih selamba dengan soalanku. Tidak pentingkah soalanku itu?
“Dalam almari di bilik kita tu sayang tak Nampak ke? Semua pakaian tu untuk sayang! Tapi untuk malam ini memang ada sesuatu yang special untuk kita berdua!” aku pula terbuntang mata dan nak tercabut jantung mendengar kata-katanya.
Dia sudah mengenyitkan matanya saat aku memandangnya dengan tajam dan agak terkejut. Siap buat tempahan lagi? Memang kaya sungguh mereka ni, bisikku dalam hati. Atau, bukan kaya, tapi mementingkan kewujudan aku dan pentingnya hubungan aku dan Aliff? Benarkah telahanku itu? Hmm, atau aku yang mula perasan sendiri. Baru kena beri gula-gula sebiji sudah terpujuk? Huh, aku tak boleh terpujuk. Aku sudah nekad.
“Apa yang istimewanya?” soalku malu-malu tetapi cepat-cepat aku menukar wajahku kepada seselambanya.
“Hmm, pakaian abang dah tempah macam hari tu! Jangan risau sayang! Tak payah nak susahkan diri balik kampung! Kat sana abang dah tempah pakaian kita, sayang pakai aje pakaian yang ada. Dan, bawa satu pakaian kita untuk esok,” lagi terbuntang mataku. Perlahan aku mengangguk. Terpaksa mengangguk sebenarnya.
“Dah tempah? Buat apa nak membazir?” jawabku kemudiannya.
“Nenda yang sponsor! Kan hari tu nenda tak ada, jadi dalam majlis ni dia rela tempah pakaian kita berdua, pakaian pengantin barulah katakan!” aku mencebikkan bibir apabila dia menyebut pengantin baru. Entah apa pemahamanku tentang perkataan itu, aku seperti kurang faham.
“Baiknya nenda awak!” kataku kagum. Sebenarnya aku tidak mahu membuat majlis besar seperti hari itu.
“Untuk majlis di tempat lelaki dibuat di rumah saja, disebabkan nenda tak sihat. Kalau dia sihat, nenda rancang nak tempah di sebuah hotel terkemuka di sana,” aku cebik bibir lagi. Aku tidak berkenan dengan cadangan itu.
“Tak payahlah nak sibuk-sibuk! Buatlah kat rumah mama awak aje, saya  tak kisah awak! Lebih cepat siap lagi bagus!” kataku. Berubah kelat wajah itu. Aku sudah menyakiti hatinyakah?
“Bukan, jangan salah faham, maksud saya, kalau nenda tak sihat, tak perlu nak buat majlis besar-besaran! Lagipun kita kan ada perjanjian khusus?” lagi kelat wajahnya apabila menyebut perjanjian itu. Aku salah cakapkah?
“Tak boleh, kita kahwin hanya sekali. Nanti kalau sudah beranak pinak, tak manis pula kalau nak bersanding semula kan? Jadi, masa sekarang lah kita bersanding dan beritahu orang ramai yang sayang dah jadi isteri abang,” jawabnya walaupun wajah tampan itu masih kelihatan kelat. Aku pula tersengih. Aku tetap tidak menyukai alasan itu.
“Kita hanya mencuba kan,” sahutku perlahan. Wajah lelaki itu bertambah kelat. Kasihan pula aku. Ah, aku tidak mahu terpujuk dengan wajah kelat itu.
“Terpulang sayang, tapi untuk malam ni, sayang kena berikan kerjasama yang sepenuhnya, abang rayu sayang. Jangan rosakkan majlis nenda abang. Nenda ada sakit pakej. Tolonglah. Kalau lepas majlis tu sayang nak buat hal, abang  tak kisah. Abang rela hadapi segalanya,” pintanya sambil memaut tanganku perlahan. Kemudian, tanganku dibawa ke mulutnya dan dikucupnya perlahan.
Aku sudah berasa rimas. Aku buntangkan mataku dan memandang tangannya. Dia tersenyum kali ini walaupun senyuman itu tidaklah semanis mana. Wajah kelatnya tetap masih ada.  
“Saya pun pinta mama dan sepupu awak berikan kerjasama. Jangan nak sindir-sindir saya. Saya lagi pandai menyindir. Kalau nak bercakaran, tunggulah esok-esok! Saya pun pandai malu. ” kataku memohon kerjasama mama dan sepupunya.
Sebenarnya kehadiran sepupunya itu pastilah menjadi pencabar utama diriku, entah kenapa aku rasa tercabar. Sepatutnya tidak tetapi aku tetap rasa tercabar walaupun Aliff tidak memberikan respon yang positif kepada sepupunya itu namun aku tetap tidak senang hati. Aku ada perasaankah? Aku merasa-rasa hatiku. Oh, jangan sampai ada! Jawabku dalam hati pula.
“Jadi sayang setujulah kan?” soalnya. Aku angguk kali ini.
“Tapi tolong berikan kerjasama,” pintaku lagi.
“Beres sayang! Sayang, sayang abang ni. Memang sporting!” katanya mengucup tanganku semula.
Mukaku pucat. Aku memandang sekeliling kami. Mak Odah tidak ada di kawasan itu. Tukang kebun juga tidak tahu di mana.
“Awak ni dah gila kan?” kataku marah. Tanganku masih dipegangnya erat. Hendak kutarik tidak terdaya tenagaku ini.
“Kenapa pula? Ini kan kawasan rumah kita! Tak ada siapapun! Mak Odah dah bersiap nak jumpa nenda! Mak,ayah dan keluarga sayang pun abang dah jemput! Mungkin ayah dan mak sayang dah dalam perjalanan,” aku terlongo. Dia sudah menduga apa yang kufikirkan! Hmm, entahlah!
Layanan lelaki ini menyebabkan aku keliru dan memikirkan sesuatu yang penting! Perjanjian itu! Ah, nanti-nantilah aku fikirkan. Aku sudah bingung dan keliru.