Friday, October 26, 2012

Isyarat Cinta 14


Bab  14

Usai pernikahan antara Muhammad Irfan  dan Nur Adawiyah Mustafa dengan mas kahwin RM200. Adawiyah menangis tidak berlagu memikirkan nasibnya yang tiba-tiba sahaja menjadi isteri kepada lelaki majikannya itu. Entah apakah mimpinya sehingga nasibnya menjadi seaneh begini. Biliknya yang terhias indah itu tidak terlihat indah di matanya. Sungguh menyakitkan hatinya.
            Sebentar lagi pasti lelaki itu akan masuk ke biliknya. Adawiyah yang menunjukkan rasa tidak setujunya hanya duduk di dalam biliknya setelah majlis selesai. Dia malas mahu menatap seraut wajah bahagia milik Muhammad Irfan. Dia benci sebenarnya.
            “Tak sangka ya jodoh kau kuat dengan bos kau,” usik Rafiqah sebelum majlis pernikahan bermula. Adawiyah menangis sepuas hatinya.
            “Boleh tak kalau kau yang nikah dengan lelaki tu? Aku tak nak ni Fiqah! Lelaki tu dah gila!” jawab Adawiyah. Rafiqah ketawa.
            “His jangan nangis lah, buruk tau. Syukurlah dengan apa yang kau sudah terima ni. majikan kau tu lelaki baik tau! Kaya lagi, untung kau! kalau aku lah, memang takkan tolak punya!” Adawiyah terus menangis. Pujukan Rafiqah bukan menenangkannya tetapi menyakitkannya.
            “Aku tak nak dia! Aku tak nak!”
            “Sudahlah tu Wie, janganlah menangiis lagi. Nanti muka kau sembap, mata kau bengkak. Apa pula kata orang kampung ni nanti! Nanti diorang kata kau dipaksa kahwin pula,” pujuk Rafiqah lagi. Marina Chang juga datang menemuinya. Marina Chang juga setuju dengan pernikahannya.
            “Memang aku dipaksa kahwin! Aku tak nak kahwin dengan dia!” adawiyah menangis lagi.
            “Jangan cakap macam tu, nanti mak kau dengar! Lagipun nanti hilang seri di wajah kau tu!” pujuk Rafiqah. Adawiyah mengesat air matanya.
            “Mak aku tu yang tak percayakan aku! Mak aku tu kejam,” kata Adawiyah lagi.
            “Sudahlah tu, sabarlah,” kata Rafiqah lagi. Adawiyah menangis tersedu-sedan.
            “Aku tak boleh nak sabar. Kalau boleh aku nak lari ni!” kata Adawiyah. Dia hanya berkurung di dalam biliknya apabila selesai majlis. Lelaki yang sudah bergelar suaminya itu entah ke mana. Mungkin dia selesa pergi ke rumahnya. Adawiyah tidak ingin tahu.
            “Jangan buat macam tu, nanti tambah mak kau malu! Nikah sajalah! Bukan kau rugi pun!” kata Rafiqah.
            “Masalahnya aku tak mahu kahwin dengan dia!” kata Adawiyah.
            “Muhammad Irfan sudah pun menjadi suami kau Wiyah, sabarlah. Dah sah kau jadi isterinya. Kau beruntung jadi isterinya. Taukeh besar pula tu! Kau layan dia dengan baik ya.” Pesan Rafiqah. Adawiyah semakin teresak-esak.
            “Aku benci! Dia tipu mak aku!” kata Adawiyah yang tidak mempunyai sesiapa tempat menyerahkan semua perasaannya kecuali Rafiqah.
            “Kalau dia nakkan, aku seribu kali lebih gembira Wie! Tapi dia mahu kau! Kau tak gembira?” adawiyah menggeleng.
            “Seribu tahun pun aku takkan gembira!” kata Adawiyah. Rafiqah hanya mampu memandang dan mak andam hanya mampu mendengar.
            “Entahlah apa yang kurangnya dengan lelaki tu di mata kau!”
            “Masalahnya aku tak suka!” jawab Adawiyah. Air matanya tidak bebrhenti-henti turun membasahi pipinya. Berkali-kali mak andam mengenakan bedak di wajahnya.

***

            Sejak pernikahan mereka, Adawiyah berkurung di dalam biliknya. Emaknya yang menghantar makanan untuknya di dalam bilik.
“Jangan buat macam ni nak. Kau terimalah. Mungkin sudah jodoh kau dengan Irfan! Apa yang boleh kita buat?” pujuk Puan Musliah ketika dia membawa masuk makanan ke biliknya. Dia tidak mahu makan sejak semalam. Perutnya hanya diisi dengan air kosong.
“Keluarga angkat mertua kau nak balik, pergilah jumpa dulu. Tak baik buat sombong macam ni,” nasihat Puan Musliah kepada anaknya. .adawiyah menjeling emaknya.
“Mak ni ada-ada ajelah! Mak tahu kan saya tak suka! Tak sukalah!” balas Adawiyah.
“Jangan begini nak. Tolonglah, mak tak pernah ajar kau macam ni!” kata Puan Musliah. Berkali-kali dia mengelap air matanya melihat kerenah anaknya yang agak degil itu. mahu tak mahu Adawiyah terpaksa keluar untuk bersalaman dengan keluarga pihak mertuanya.
Tengah malam barulah Muhammad Irfan masuk ke dalam bilik isterinya. Sejak selepas makan malam isterinya sudah berkurung di dalam bilik. Bilik yang terhias indah itu dipandang rapi namun gadis manis idamannya itu sudah tidur di atas katilnya. Mata isterinya sembab. Dia tahu isterinya banyak menangis sepanjang hari.
            “Sayang dah tidur?” soalnya perlahan sambil duduk di birai katil. Wajah sembab isterinya dipandang. Perlahan Adawiyah membuka matanya. Mata kebenciannya terbayang di mata cantiknya.
            “Tidurlah, nak buat apa lagi! Takkan aku nak layan kau! Hee, tak ada masanya!” balas Adawiyah kasar. Dia memang masih tidak dapat menerima kenyataan akan pernikahannya. Walaupun dia tidak ada sesiapa dalam hidupnya namun dia belum kemaruk belum mahu kahwin lagi.
            “Sayang jangan jerit macam ni, nanti kalau saudara mara di luar dengar naya tau!” Muhammad Irfan hanya membalas dengan gurauan. Wajah Adawiyah masih dipandangnya.
            “Peduli! Semua ni kau punya pasal! Kau ingat kalau kau tak fitnah, aku akan kahwin! Eeh, tak mahu! Tak hingin aku!” Irfan ketawa. menjerit Adawiyah.
            “Sayang, mari duduk dekat abang,” pinta Irfan kepada isterinya. Adawiyah teragak-agak hendak bangun.
            “Tak nak! Saya mengantuk! Kau ni memang tak reti bahasalah! Suka betul kacau aku!” jerkah Adawiyah lagi. Dia hampir lupa lelaki itu adalah bekas majikannya.
            “Abang tahu sayang tak tidur lagi kan! Tengok ini muka ni dah berpeluh-peluh!” usik Irfan kepada isterinya. Dia sudah berasa puas hati dengan apa yang sudah berlaku kepada takdirnya.
            “Saya nak tidurlah! Awak ni suka memaksa! Sudah kemahuan kau sudah tertunai, kau mahu apa lagi?” Muhammad Irfan ketawa lagi.
            “Sayang, terima kasih kerana sudi nikah dengan abang, abang janji akan menjaga sayang sehingga akhir hayat abang. Selagi abang bernafas,” Muhammad Irfan tidak peduli kalau isterinya itu masih marah kepadanya. Dia mahu memulakan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Kemudian, Muhammad Irfan mengucup dahi Adawiyah sekali lagi. Sendu suasana. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Ia berulang seperti ketika majlis nikah petang tadi. Kemudian, Irfan memeluk tubuh isterinya. Kali ini isterinya tidak meronta-ronta di dalam pelukannya. Hubungan mereka sudah halal. Melihat isterinya yang mendiamkan diri, Muhammad Irfan cuba mengucup bibir isterinya, tetapi gadis itu meronta dan menolak tubuhnya kuat.
            “Saya tak sudi nikah dengan awak! Awak tipu emak saya! Lelaki penipu!” kata Adawiyah berterus terang. Muhammad Irfan hanya ketawa. Puas hatinya dapat meluahkan perasaannya kepada gadis idamannya itu.
            “Tak, abang tak tipu! Abang memang sayangkan sayang. Abang tak mahu sayang pergi dari hidup abang macam tu saja!” kata Muhammad Irfan berterus terang. Adawiyah sudah menangis.
            “Awak dah rosakkan masa depan saya,” Adawiyah tersedu-sedan.
            “Tak, abang tak rosakkan masa depan sayang, percayalah! Belajarlah sampai mana pun sayang nak, abang tak halang! Tapi, tolong jadi isteri abang, belajar mencintai abang,” pinta Irfan. Adawiyah tidak membalas. Sebaliknya dia sendiri sudah mengantuk.
            “Abang harap kita dapat sama-sama menghadapi hidup berumahtangga sayang. Abang janji akan jadi pelindung sayang sampai akhir hayat abang,” kata Irfan lagi sambil mengucup dahi Adawiyah. Adawiyah sudah terlena di pembaringannya. Irfan membetulkan kedudukan pembaringan isterinya. Tudung isterinya ditanggalkan perlahan. Alangkah takjubnya dia sendiri melihat kecantikan isterinya tanpa mengenakan tudung dan sebarang alat solek. Irfan jatuh cinta sekali lagi! Malah, sudah berkali-kali dia jatuh cinta kepada gadis bernama Adawiyah ini!
            Tidak lama kemudian, Muhammad Irfan pun berbaring di sebelah isterinya sambil memeluk tubuh kecil itu. Adawiyah pula mengangkat bantalnya dan berbaring di atas sofa. Muhammad Irfan bangun menuju ke kamar mandi. Dia harus melakukan sesuatu.

***

Keesokan harinya ketika Adawiyah tersedar dari lenanya, Adawiyah masih berada di dalam pelukan Irfan.
            “Awak buat apa kat saya ha? Awak buat apa?” jerit Adawiyah. Terpisat-pisat Irfan membuka matanya.
            “His, kenapa ni sayang? Pagi-pagi dah jerit macam ni?” soal Muhammad Irfan seperti tidak tahu apa-apa. Dia sudah mengangkat tubuh isterinya ke atas katil apabila isterinya sudah tertidur di sofa.
            “Awak buat apaa kat saya?” soal Adawiyah sambil memandang keseluruhan tubuhnya. Namun dia masih lengkap di dalam pakaian malamnya, blaus dan seluar panjang. Cuma tudungnya sahaja yang sudah ditanggalkan dari kepalanya.
            “Abang tak buat apa-apa sayang, percayalah! Abang sayangkan sayang, abang tak kan ambil sesuatu yang bukan kesukaan sayang,” kata Muhammad Irfan perlahan. Berdegup jantung Adawiyah mendengar jawapan lelaki itu. Dia sedar dia terpaksa kahwin dengan lelaki itu. Perlahan dia duduk di birai katil dan membelakangkan Muhammad Irfan.
            “Awak jangan pandai-pandai nak buka tudung saya ya, saya tak rela! Saya tak rela kahwin dengan awak!” kata Adawiyah bagaikan mengugut lelaki itu. Muhammad Irfan hanya tersenyum dan perlahan dia bangun lalu memeluk isterinya. Dalam rontaan dia tetap mengucup dahi isterinya. Sudah menjadi keinginannya untuk berbuat demikian selepas gadis itu sah menjadi isterinya. Terlepas dari pelukan Muhammad Irfan, adawiyah terus berlari ke dalam kamar mandi!

***
           
            Selepas bernikah, suami Adawiyah membawanya pindah ke kondominium nya di pinggir Kota Kinabalu. Tinggallah emaknya di rumah pangsa mereka. Adawiyah menurut tetapi tetap berasa dendam dengan perbuatan Muhammad Irfan  kepadanya. Dia sendiri menetapkan syarat dalam perkahwinan mereka. Muhammad  Irfan pula menerima syarat itu dengan anggukan dan senyuman ketenangan. 

Thursday, October 11, 2012

Novel: Isyarat Cinta 13


Bab 13


“Irfan, apa yang sudah kaucakap dengan mak aku ya? Kenapa kau cakap yang bukan-bukan? Kenapa? Kalau pun kau nak nikah, kenapa dengan si miskin ni? Kenapa saya Irfan? Lepas tu kau buat fitnah pula dengan mak saya!” Adawiyah tidak peduli. Dia sudah menghamburkan kemarahannya kepada Muhammad Irfan di pejabatnya pagi itu. Tidak ada lagi keayuan yang ditunjukkan selama dan sesuatu yang menyebabkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Sudah tidak ada hormatnya kepada lelaki itu. tidak ada! Dia tidak peduli!
            “Sabar dulu sayang, saya boleh terangkan...” jawab Muhammad Irfan. Adawiyah sudah mengamuk. Adawiyah sengaja menunjukkan kemarahannya. Dia tidak mahu lelaki memperlakukannya sedemikian rupa.  
            “Sabar kau kata? Sabar apa setelah kaufitnah aku? Apa yang aku boleh sabar? Cuba kau beritahu aku!” jawab Adawiyah. Selama ini dia sangat menghormati lelak itu. namun pagi dia menghamburkan semua kemarahannya. Dada lelaki itu ditumbuk-tumbuknya. Lelaki itu memang layak dilayan sedemikian rupa!
            “Kalau kau yang nak kawin, kau kawin sendiri dan jangan nak fitnah-fitnah aku! Aku tak mahu kawin dengan kau! aku kan sudah beritahu kau, aku tak hati dengan kau! aku tak mahu! Kau tak faham lagi?” terang Adawiyah.
            “Saya malas nak cakap banyak! Biarkan lah orang tua kita menyelesaikan masalah kita. Saya dah terangkan kepada mereka. Nanti lepas  nikah kita bicara lagi ya!” jawab Muhammad Irfan.
            “Kau tak adil Irfan! Kau tak adil dengan saya! Saya dah beritahu kau saya tak nak kawin! Saya tak kenal kau! saya tak kenal keluarga kau dan kau tak pernah pun kenal aku dan keluarga aku tapi tiba-tiba kau harus nikah dengan aku! Itu pun setelah kau buat fitnah dengan mak aku! Manusia jenis apa kau ni?” soal Adawiyah. Dia sungguh geram dengan sikap Muhammad Irfan.
            “Sabar... Adawiyah. Control yourself! Jangan bising-bising kat sini! Saya dah kenal Adawiyah. Tak perlu nak kenal apa-apa. Nanti lepas nikah baru kita berkenalan,” pujuk Muhammad Irfan dengan suara perlahan. 
“Saya nak habiskan pelajaran saya! Kenapa kau tak faham-faham lagi? Kenapa aku juga yang kau nak? Kau dah habis perempuan dalam dunia ini? kenapa aku? Aku tak ada rasa apa-apa kat kau Irfan?” Irfan memegang tangan Adawiyah.
            “Saya sayangkan Adawiyah. Saya akan tunggu sampai Adawiyah sayangkan saya, saya akan tunggu. Saya takkan paksa Adawiyah.” Kata Muhammad Irfan. Adawiyah merentap tangannya daripada pegangan Muhammad Irfan.
            “Dan, lagi satu, saya bersumpah, saya tak pernah berzina dengan kau! kenapa kau fitnah kan saya? Kenapa?” adawiyah mengongoi sedih dengan tuduhan itu. muhammad Irfan memegang bahu gadis itu. dia mahu menenangkan gadis itu.
            “Hari ini saya akan hantar pinangan, Adawiyah balik ya sayang. Sekarang keluarga saya akan datang ke rumah Adawiyah. Memang kita tidak pernah berzina. Saya akan beritahu kat mak Adawiyah nanti!”
            “Kenapa kau ni dah gila? Kenapa kau nak bawa keluarga kau meminang keluarga saya, sepatutnya kau cari lah gadis lain yang terhegeh-hegeh kat kau, bukannya aku!” kata Adawiyah lagi.
            “Sudahlah, saya tak akan mengubah keinginan saya. Saya akan bertanggungjawab kepada Adawiyah. Jangan asyik tanya saya kenapa dan kenapa? Saya dah nekad dengan keputusan saya. Saya takkan ubah keputusan saya! Jangan nak tanya apa-apa lagi!” kata Muhammad Irfan masih memeluk bahu Adawiyah.
            “Tolonglah Irfan, jangan buat macam ni! saya tak nak nikah dengan kau! saya tak mahu! Saya merayu, jangan hantar rombongan kau ke rumah saya! Saya sanggup mati!” kata Adawiyah merayu. Dia begitu sedih dengan berita itu.
            “Saya kena hadapi keadaan ni, hadapi sama-sama ya! Jangan mati Adawiyah, saya cintakan Adawiyah. Saya jatuh cinta. Saya janji akan jaga Adawiyah dengan baik selepas ini,” rayu Muhammad Irfan pula. Adawiyah tidak terkata. Tujuannya ke kedai itu hanya hendak meminta Muhammad Irfan membatalkan hasratnya. Dia belum mahu kawin dalam masa terdekat ini.
            “Saya tak mahu! Saya tak nak! Tolonglah!” rayu Adawiyah lagi.
            “Awak balik lah sayang. Kita jumpa nanti. Mari saya hantarkan Adawiyah balik ke rumah. Keluarga saya akan datang pada pukul 10.00 pagi nanti. Mari, saya hantarkan,” Muhammad Irfan sudah menarik tangan Adawiyah menuju ke keretanya. Dia cepat-cepat menutup dan mengunci kedainya. Sebelah tangannya lagi memegang tangan Adawiyah. Dia tidak mahu Adawiyah larikan dirinya lagi.

Wednesday, October 10, 2012

Novel: Isyarat Cinta 12


Bab 12

Muhammad Irfan datang bertemu dengan emaknya dan mengadu macam-macam kepada emaknya itu. Puan Musliah pula tidak dapat menerima hakikat yang anaknya sudah berbuat sesuatu di belakangnya. Walaupun kebenarannya dia sendiri tidak tahu. Namun, dia mempercayai kata-kata Muhammad Irfan yang juga majikan anaknya Adawiyah. Muhammad Irfan  mencadangkan agar mereka bernikah segera. Puan musliah berfikir sesuatu. Elok juga. Dia tidak mahu ada orang lain yang akan tahu akan perbuatan sumbang anaknya. Dia berasa malu kepada dirinya dan masyarakat kerana gagal mendidik anaknya.
            Petang itu Puan Musliah menunggu anaknya balik dari kerja. Dia ingin membuat perhitungan dengan anak gadisnya itu. Selama ini anak gadisnya itu tidak pernah memberitahu apa-apa kepadanya. Kenapa benda sebesar gunung itu pun anaknya masih menyimpan rahsia? Tetapi dia agak perasan, anak gadisnya itu agak pendiam sejak akhir-akhir ini? apakah ini sebabnya? Kenapa Adawiyah sendirian menghadapinya?
            “Asalamualaikum mak, eh, kenapa mak monyok saja ni? ada masalah mak?” soal Adawiyah yang kehairanan melihat emaknya.
            “Walaikum salam! Selama ni kau ke mana Wiyah? Ke mana? Cakap kat mak!” soal Puan Musliah ketika anaknya itu sudah duduk di sofa. Adawiyah yang baru balik itu terkejut. Tidak pernah emaknya itu bertanya sekasar itu.
            “Saya kerjalah mak! Apa pula saya buat? His, mak ni tak pasal-pasal teriak pula!” soal Adawiyah kehairanan. Dia masih kepenatan kerana baru balik dari kerja. Baru bertukar kerja, banyak pula kerja yang perlu dia pelajari di tempat kerjanya yang baru itu.
            “Kerja mana? Betulkah kau kerja atau kau buat kerja sumbang belakang mak? Kenapa majikan kau datang sini tadi? Kenapa dia cari kau di sini tadi!” adawiyah terkesima. Dia takut Muhammad Irfan akan bertanya yang bukan-bukan kepada emaknya.
            “Ha? Siapa mak? Majikan saya?” Adawiyah sudah kelam-kabut. Dia pasti rahsianya sudah terbongkar.
            “Siapa lagi? Majikan kau lah! Berapa orang majikan kau?” soal emak, Puan Musliah benar-benar ingin tahu. .adawiyah sudah ketakutan dengan kemarahannya. Jarang sekali dia meninggikan suaranya kepada lelaki itu.
            “Saya kan kerja mak!” Jawab Adawiyah.
            “Kerja mana? Kau dah pindah kerja? Senangnya?” mahu atau tidak Adawiyah terpaksa mengaku akan perbuatannya.
            “Saya sudah pindah mak! Saya terpaksa pindah! Saya tak senang hati dengan kerenah bos saya tu!” jawab Adawiyah perlahan-lahan. Marak mata Puan Musliah memandang anaknya itu. selama ini anaknya itu tidak berterus terang dengannya.
            “Senang-senang kau pindah! Senang-senang orang dah rosakkan maruah kau, kau tinggalkan macam tu saja? Apa sudah jadi dengan anak gadis macam kau ni ha? Kau kalau dah gila nak kawin, kenapa tak beritahu mak? Kenapa rahsiakan kepada emak! Selama ni Wiyah tak buat macam ni kat mak!” tercengang Adawiyah mendengar leteran emaknya. Apa yang sudah jadi? Adawiyah kehairanan. Sebenarnya dia mahu menangis saat itu juga namun dia tidak mahu emaknya bertambah kusut dan susah hati dengan masalah yang boleh dihadapinya seorang diri.
            “Apa maksud mak ni?”
            “Kau jangan pura-pura! Kau dan majikan kau tu dah buat perkara terlarang kan di tempat kerja kau ya? Kenapa kau diam?” soal Puan Musliah lagi.  
            “Perkara terlarang? Saya tak faham lah mak! Apa yang mak cakap ni? saya tak fahamlah mak! Siapa yang buat perkara terlarang pula?” soal Adawiyah lagi. Dia sungguh hairan.
            “Majikan kau tu dah mengaku sudah tidur dengan kau, betul? Kau pura-pura tak faham?” soal Puan Musliah. Adawiyah menggeleng. Rasa mahu pecah kepalanya. Lelaki itu memang sudah berbohong kepada emaknya.
            “Siapa datang tadi mak? Majikan saya dulu? Siapa, Irfan?” soal Adawiyah. Emaknya mengangguk.
            “Dia datang pagi tadi. Kenapa Adwiyah buat macam tu? kenapa tak beritahu mak? Selama ni susah senang kita hidup bersama nak, kenapa buat mak macam ni?” Mahu sahaja Adawiyah meraung.  
            “Sumpah mak! Tak ada mak! Tak ada! Majikan saya tu memang sengaja nak perangkap saya mak dan mak! Saya masih tahu jaga diri saya mak! Lelaki tu bohongi mak! Dalam dunia serba moden ni, apa sahaja orang boleh buat mak!” kata Adawiyah. Wajah dan mata emak dipandangnya. Namun emak tidak mahu memandangnya. Marah benar emak kepadanya.
            “Sudah! Jangan kau bohong dengan mak! Esok dia datang meminang! Kau kawin saja dengan dia hujung minggu ni jangan banyak dalih lagi! Siapa lagi yang mahukan kau, kelapa yang sudah ditebuk tupai?” kata Puan Musliah. Adawiyah sudah menangis. Dia bukan begitu. Dia tidak akan mencalarkan maruahnya sehingga seteruk itu. kecuali jika lelaki itu hendak menganiaya dirinya.
            “Saya tak mahu mak! Saya tak pernah pun tidur dengan dia! Tak pernah mak! Kenapa mak tak mau percayakan saya?” soal Adawiyah. Namun dia kesal, emaknya hanya mendengar kata-kata majikannya dan bukan penjelasannya.
            “Dia dah mengaku nak bertanggungjawab! Takkan dia nak bohong pula!” sergah Puan Musliah lagi. Emaknya benar-benar sudah marahkannya. Apakah yang boleh dibuatnya?
            “Betul, saya tak buat mak! Saya berani bersumpah! Saya tak buat! Saya tak pernah pun tipu mak!” kata Adawiyah bersungguh-sungguh.
            “Mengaku sajalah! Esok kau jangan turun kerja lagi! Kau pergi cuti! Jangan kau pandai-pandai nak lari dari majikan kau yang lama tu! Awas kau ya! Esok mereka akan meminang kau! biarlah kau kahwin! Tak guna juga kau nak sembunyikan hal ini! ” ugut Puan Musliah pula. Adawiyah sudah tidak tahu nasib dirinya. Dia hanya menangis sepanjang malam.
            “Minggu depan atau hujung minggu ni kamu nikah! Mak tak mahu tangguh-tangguh! Perkara ni dah memalukan mak! Kalau orang lain tahu bagaimana?” soal Puan Musliah.
            “Saya tak mahu kahwin lagi mak! Saya masih muda! Saya masih nak belajar! Jangan dengar cakap lelaki tu mak! Dia nak perangkap saya lah tu mak!” kata Adawiyah. Dia berdoa agar emaknya mempercayainya. Namun dia kecewa, emaknya lebih percaya lelaki itu berbanding dia.
            “Tapi kau sudah rosak! Muda atau tidak, kau harus kahwin! Soal belajar sudah soal lain! Orang dah kawin pun boleh buat! Tapi ini sudah melibatkan maruah kita Wiyah!” jawab Puan Musliah. Adawiyah sudah malas mahu bertekak dengan emaknya itu. Mahu atau tidak dia terpaksa pasrah! Pasrah!
            “Apa-apa sajalah mak. Apa yang penting saya tak buat! Kalau mak mau saya kawin, baik, saya akan ikut cakap mak!” sahut Adawiyah yang sudah malas hendak membuat emaknya percaya dengan apa yang sudah berlaku. Sia-sia sahaja usahanya.
            “Memang kau kena kawin kalau kau sudah rosak macam tu! tu lah, hari tu pandai-pandai kau pergi kerja! Mak cakap, kita jahit baju saja, tapi kau degil nak! Degil! Sekarang inilah balasannya!” kata emaknya. Adawiyah tidak berdaya lagi.
            “Saya terima kata-kata mak, saya nak rehat mak!” kata Adawiyah. Emak menjelingnya tajam.
            “Mak tak tahu nak buat macam mana lagi Wiyah. Selama ni kau hanya mendiamkan diri. Tapi baguslah kalau lelaki tu nak mengakui kesilapannya! Kalau tak, kau yang memalukan mak!” kata emak. Sakit telinga Adawiyah mendengar lelaki itu hendak bertanggungjawab. Aduh, bagaimanalah hidupnya selepas ini?
            ‘Jika inilah takdirnya, aku terima Ya Allah,’ bisik Adawiyah sebelum memasuki biliknya.


Novel: Sentuhan Kasih 14


14


Ketika Aliff safwan memasuki bilik mandi, aku cepat-epat mengambil telefonku untuk menelefon emak. Aku tidak tahu apa cerita mereka di situ. Semalam aku sibuk bercerita dengan Mak Odah dan Aliff Safwan. Lelaki itu benar-benar melayani aku bagaikan puteri raja. Aku sebenarnya tidak mahu dilayan begitu. Bagaimana kalau aku sudah sendirian di tempat kerjaku nanti?
            “Asalamualaikum mak,” aku memberi salam kepada emak. Hatiku terlalu sebak. Kalau emak didepanku, aku sudah menceritakan semua perkara yang berlaku di sini. Namun, sebagai anak mak yang sedang meningkat dewasa aku tidak sewajarnya berbuat demikian. Pasti emak kecewa dengan sikapku.
            “Walaikumsalam, apa khabar anak mak di situ? Boleh biasakan diri duduk dengan suami dan keluarga baru?” aku hampir sahaja menangis mendengar suara sebak emak. Apa yang patut kujawab? Patutkah aku memberitahu cerita yang sebenarnya? Aku tidak pandai membohongi emak. Selama ini aku terlalu rapat dengan emak.
            “Saya baik-baik saja mak. Mak ayah apa khabar?” soalku pula sudah sebak.
            “Sihat Alhamdulillah, kami semua sihat di sini,” jawab emak gembira.
            “Syukurlah kalau mak dan keluarga semua sihat,” jawabku.
            “Hmm, menantu mak macam mana, dia layan anak mak dengan baik tak?” air mataku laju mengalir. Mengalir bagaikan air di pancuran rumah kami.
            “Baik juga mak,” jawabku serak.
            “Aliya menangis?” soal emak cemas. Aku ketawa untuk memujuk emak.
            “Mana ada, saya gembira di sini mak. Semua ahli keluarga di sini baik-baik belaka, mereka layan saya dengan baik mak,” jawabku.
            “Syukurlah nak, mak pun gembira dengar. Nenek Aliff sihat tak?” soal emak. Aku tidak tahu tentang khabarnya. Apa pula harus kujawab? Belum sempat kami berjumpa nenek, Aliff Safwan sudah membawa aku balik ke rumah. Aku pula memarahi suamiku dengan bersungguh-sungguh sekali.
            “Esok saya balik mak, ada benda nak ambil” aku member alasan begitu. Hakikat aku mahu sahaja memeluk emak. Suara mama mertuaku masih menyucuk tangkai hatiku.
            “Eh awalnya nak balik? Lama-lama lah sikit kat rumah suami tu. Nanti kalau Aliya di bandar tu, tak dapat duduk sana lama-lama, kasihan pula Aliff duduk sorang-sorang di situ!” nasihat emak. Aku kaku. Aku memikirkan jawapan yang patut.
            “Abang nak hantar mak, dia ada urusan dengan mama dia di Kota Kinabalu,” jawabku. Tidak kusedar Aliff Safwan sudah dibelakangku dan mengambil telefonku.
            “Mak, asalamualaikum, mak sihat, ayah?” Aliff Safwan sudah mengambil alih bercakap dengan emak. Aku geram. Entah apa yang mereka bualkan, aku sudah malas mahu mengintip.
            “Saya nak bawa Aliya ke Kota Kinabalu esok mak, saya ada urusan di situ. Aliya masih cuti, jadi bolehlah saya berkenalan mesra dengan dia kan mak,” ceritanya. Geram sungguh aku. Pandai pula dia melayan emak mertuanya. Cerita aku hendak balik kampungku sudah tipis. Aku terpaksa pasrah. Sepuluh minit kemudian, dia sudah menyerahkan telefon kepadaku.
            “Sayang tak boleh lari dari abang,” dia menghampiri dan memegang tanganku. Aku menutup mata. Dia hanya memakai tuala pendek paras lutut dan menyerlahkan bentuk tubuhnya yang sasa.
            “Tak nak! Tak nak! Eh, awak pegilah pakai baju!” aku menutup mataku cuba lari dari pegangannya. Dia ketawa.
            “He, abang nak kiss sayang sikit lah!” usiknya. Mukaku sudah merah dan membahang. Dia sudah mencium pipiku. Seketika bibir itu mendarat di pipiku, alangkah syahdunya kurasa. Namun aku cepat sahaja tersedar dan menolak tubuh tegap itu.
            “Janganlah Aliff, saya nak solat Zohor ni,” jawabku terus berlari menuju ke bilik mandi. Entah berapa aku akan duduk di dalam bilik mandi itu. Aku belum mengambil keputusan lagi.
            “Takutlah tu,” usiknya lagi. Dia terus mentertawakan aku. Ya Allah, aku tak suka dnegan keadaan ini, bisikku dalam hati.

 ***
Kedengran bunyi ketukan di pintu. Ketukan bertalu-talu.
            “Sayang buka pintu ni,” kedengaran suara lelaki itu di muka pintu bilik mandi. Kedengarannya cemas. Aku masih membasuh mataku yang sembap oleh air mata.
            “Sayang, abang nak ambil wudhuk ni, buat apa di dalam lama-lama tu?” soalnya pula. Aku sengaja membuka air kuat-kuat. Aku masih tidak bersedia hendak keluar dari bilik kecil itu.
            “Sayang, abang buka pintu  ni ya,” katanya. Aku teringat akan kunci pendua yang dimilikinya. Aku cepat-cepat mencuci mukaku yang sudah lencun dengan air mata.
            “Awak nak apa ni? Sibuk betullah!” kataku agak kasar. Dia ketawa memandang aku. Dia berdiri di depanku dengan kain pelikat dan baju t-shirt putihnya. Wajah itu sungguh comel dengan pakaian begitu.
            “Abang nak pastikan sayang ni selamat,” jawabnya mencuit pipiku lalu meloloskan diri ke dalam bilik mandi. Aku yang tinggal keseorangan merasa pipiku sudah hangat.
           


Tuesday, October 9, 2012


13


“Asalamualaikum Mak Odah,” aku memberi salam apabila Mak Odah sudah membuka pintu. Aliff Safwan pula menjawab panggilan telefon. Aku tidak tahu siapa yang memanggilnya.
            “Wah, berseri-seri pengantin yang jumpa mak mertua dia ni! Ada apa-apa ni!” usik Mak Odah. Aku terkedu namun tetap memaniskan muka. Aku tiba-tiba menjadi rindu kepada emakku sendiri. Aku akan menelefon dia nanti, bisikku. Wajah lembut emak terbayang di mata.
            “Puan Mariam masak apa tadi puan?” soal Mak Odah. Aku senyum lagi. Apa yang harus aku jawab?
            “Tak sempat dia masak Mak Odah. Kami minum dan abang ada panggilan telefon pula tentang kerjanya. Kami terpaksa balik ke rumah, dia nak kerja!” jawabku menyembunyikan kepedihan hati. Mak Odah memandang aku lama. Dapatkah dia membaca luka di hatiku?
            “Oh macam tu! Tak sempat lah merasa masakan mak mertua ya? Mak Tok ada jumpa tak?” soal Mak Odah pula. Mak Odah sudah berlagak macam polis pencen.
            “Nenek abang?” soalku ingin tahu.
            “Tak ada pula.” Jawabku.
            “Eh lupa pula, dia baru pergi ke rumah anaknya di KK dua hari lepas, katanya mahu jumpa doktor!” aku angguk mendengar penjelasan Mak Odah. Kalau tidak aku terpaksa berperang dengan kedua-dua wanita itu.
            “Hmm, Mak Odah masak apa?” soalku terus menuju ke meja makan.
            “Mak Odah masak udang sambal lada. Tuan Aliff suka makan udang sambal dan sayur sup petola. Tambahan lagi dengan sambal belacan,” Aku hanya mendengar. Aku memang terasa lapar melihat makanan yang terhidang di atas meja itu. Namun aku menahannya.
            “Kalau puan nak makan, saya sendukkan,” ajak Mak Odah. Aku menggeleng.
            “Saya tunggu abanglah Mak Odah,” jawabku. Aku baru teringat Aliff Saffwan. Sudah lebih sepuluh minit dia di luar. Entah siapa yang memanggil dia. Benarkah ada panggilan kerja untuknya atau ada seseorang di talian? Ya Allah, Aliya cemburunya? Kata tak cintakan suami tapi pasal cemburu dan buruk sangka, aku nombor satu! Aku meraup mukaku. Aku tak sepatutnya begitu.
            “Mak Odah, saya keluar kejap.” Aku cepat-cepat keluar semula ke kawasan parkir kereta. Entah di manakah lelaki itu? Aku menjejaki suaranya. Dia sedang duduk di buaian besi yang terletak di luar rumah itu. Di hadapannya pula terletak sebuah kolam ikan.
            “Alaa maa, tak boleh buat Aliff macam ni. Aliff dah ada isteri mama,” rayunya. Suaranya amat perlahan.
            “Tak boleh ma, jangan buat gila macam ni. Dengan isteri sendiri pun tak mesra, takkan nak kahwin satu lagi. Janganlah buat hal ma!” suaranya merayu. Mungkin dia amat sayangkan mamanya. Sangkaku.
            “Memang isteri Aliff tu tak cintakan Aliff tapi cintakan boleh dipupuk maa, jangan ma, tolong lah Aliff. Aliff takkan terima perempuan tu. Dia hanya sepupu, biarlah kekal sebagai sepupu!” aku terus mendengar di belakang keretanya. Agak lama dia diam.
            “Isteri saya akan berhenti kerja nanti. Nanti kami akan bincang,” jawabnya. Aku terkedu. Aku sudah berjanji takkan berhenti kerja, aku janji. Aku takkan duduk berkurung di kampong ini. Aku rela duduk seorang diri di bandaraya sana. Tekadku dalam hati.
            “Jangan datang sini maa, jangan keruhkan keadaan,” pintanya.
            “Tak apalah mak, kalau mak tak suka, nenek suka, nenek reda, ampunkan Aliff ma, Aliff memang tak boleh nak ikut semula cakap mama. Doakan rumah tangga kami bahagia ma,” aku yang mendengar ingin menangis.
Pada waktu aku ingin perpisahan kepadanya, mamanya turut meminta perpisahan kami. Aku sudah tidak mampu berkata apa lagi. Macam-macam yang kurasa. Nak bunuh orang pun ada. Namun, aku akan tetap reda dengan apapun keputusan lelaki yang sudah menjadi suamiku itu. Sebelum kami menjadi lebih rapat, lebih baik hubungan suci ini diputuskan. Kalau sesuatu sudah bersemi antara kami, aku sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan hubungan kami.
Namun, buat masa aku tak ada apa-apa perasaan istimewa untuknya ini, aku akan memberikan kebebasan untuknya membuat keputusan. Walaupun keputusan itu kelak akan menyakitkan aku dan keluargaku. Namun, aku reda. Mungkin inilah yang sudah tertulis di azali. Mungkin itulah takdirku. Bernikah lima hari dan bercerai sesudah itu. Nyerinya! Meremang buluku membayangkan keputusan yang bakal Aliff buat untuk sebuah hubungan kami yang suci dan diredai agama ini. Tetapi kalau inilah yang tersurat, aku reda demi tidak mengganggu hubungan Aliff dan Maria, sepupunya.
            “Aliya sayang buat apa kat sini? Aliya curi dengar cakap abang ya?” Aliff Safwan sudah berada di belakangku. Dia memeluk aku dari belakang. Aku diam tidak berkutik. Air mataku hampir sahaja menitik membayangkan keputusan yang bakal diambilnya. Berita yang kudengar memang berita yang sudah aku tahu, namun pelukannya menghantar ketenangan sementara buat aku. Aku menoleh ke arahnya dan terus mengejapkan pelukan. Aku sungguh sebak. Aku tidak menyangka begini lagi cabaran hidup kami sebagai suami isteri.
            “Eh, kenapa menangis ni?” soalnya apabila dia memalingkan tubuhku. Aku mahu sahaja teresak di dadanya. Namun aku menahan diriku.
            “Err, saya rela kalau awak ceraikan saya. Saya izinkan kalau awak nak kahwin dengan maria, mungkin dia lebih perlukan surat nikah ini berbanding saya,” ucapku dalam sendu. Marak mata ALiff Safwan memandang aku. Tanpa sedar aku sudah berada di dalam pelukannya. Dan, aku menangis tersedu-sedu di dadanya.
            “Siapa kata abang nak kahwin dengan Maria? Siapa kata?” Soalnya.
            “Dia kan bekas tunang awak,”
            “Jangan pernah sebut perkataan yang abang tak suka tu sayang, jangan pernah sebut lagi ya,” katanya memujuk aku. Tangannya sudah membelai-belai rambutku yang panjang melepasi bahu. Aku mahu sahaja berlama-lama di dada itu, aku terasa dilindungi namun aku harus mengerti, aku takut ada perasaan lain muncul selepas ini. Aku kena bangkit dari pelukan lelaki ini. Bisikku sendiri.
            “Err, maafkan saya,” kataku yang terpinga-pinga melepaskan pelukannya. Lelaki itu juga terpinga-pinga di depanku. Mungkin kerana kami tidak sengaja berbuat demikian. Atau dia memang sengaja untuk meraih perhatianku, aku tidak tahu.
            “Err sayang, mari kita masuk, kita rehat ya. Mungkin perkara ini agak mengejutkan tapi percayalah, abang benar-benar cintakan sayang. Jangan sampai sayang fikir ada insan lain dalam hati abang, hanya sayang yang dapat membuat abang jatuh cinta,” bisiknya di telingaku. Dia memelukku semula. Aku sudah sedar dan terasa rimas. Aku menggeleng. Aku belum pernah percaya pengakuan itu. Entah kenapa hatiku sekeras kerikil. Mungkinkah kerana aku pernah terluka?
            “Kenapa awak tak ikut saja cakap mama awak tu Aliff? Tak baik tau melukai hati seorang ibu,” aku mula menasihatinya. Dia merungkaikan pelukannya.
            “Sayang nak bermadu?” soalnya. Dipandangnya mataku. Aku menarik nafas payah. Aku tidak ada jawapannya. Daripada bermadu, baik aku tamatkan hubungan ini, aku memang sudah lama reda.
            “Awak ada jawapannya Aliff. Saya hanya ikut saja,” jawabku. Aku malas mahu memanjangkan soalannya. Kalau dia sudah memadukan aku, aku sudah nampak jalan untuk keluar dari hidupnya.
            “Kenapa sayang cakap macam tu? Sayang seolah-olah meminta perpisahan kita? Sayang tak sayang pernikahan kita ni?” soalnya.
Syahdu kurasa. Aku menutup mataku. Kalau aku benar-benar jatuh sayang kepadanya seperti mana cintaku yang dulu, aku takkan pernah rela melepaskan lelaki ini dari ikatan pernikahan ini. Namun, kerana aku pernah berikrar untuk tidak mencintai sesiapa maka, aku berjanji untuk meminta dia melepaskan aku selepas ketidakserasian hubungan kami. Ah, aku memang tidak ada perasaan untuknya buat sementara waktu ini.
            “Saya tak tahu. Saya tersepit. Kalau awak nak, awak teruskan saja. Saya tak ada niat nak menghalang walaupun awak suami saya. Awak tetap ada hak dan awak mampu,” jawabku jujur.
Apakah aku harus menghalang niatnya kalau itulah keinginannya? Aku tidak mahu menjadi isteri yang nusyuz walaupun aku bernikah dengannya tanpa kerelaanku. Dia sudah menarik tanganku untuk duduk di buaian semula. Kami duduk bertentangan. Namun, entah kenapa mataku tidak mahu bertentang mata dengannya. Mata redup itu, kurasa ada kedamaian apabila aku menatapnya beberapa hari pernikahan kami ini. Namun apabila kudengar penjelasan emak mertuaku, aku rela kalau memberikan peluang dia menikahi Maria, sepupu sekalinya. Aku rasa kalau aku membahagiakan emak mertuaku, Maria dan Aliff, pasti aku akan bahagia dua tiga puluh kali ganda.
Tetapi kenapa di hatiku terasa sakit dan geram? Apakah ada sedikit harapan untuk hubungan kami ini? Hah! Aku tak mahu ada sesuatu di hatiku! Oh, hati tolonglah jangan hipokrit! Marahku dalam hati. 
            “Jawapan sayang seperti jawapan seorang kawan kepada kawannya. Abang sungguh kecewa sekali.” Aku turut tertekan sebenarnya.
            “Maafkan saya. Apa lagi yang terbaik awak nak dengar dari mulut saya? Saya tak tahu masa depan rumah tangga kita kalau mama awak memang tak restu hubuangan kita. Awak ikutlah cakap mama awak, mungkin itu permintaannya untuk anak sulung lelaki kesayangannya.” Lelaki itu menarik nafas payah. Dia terdiam seketika. Mungkin sedang mencerna kata-kataku.
            “Kalau saya ada anak lelaki yang sangat saya sayangi dan sangat saya harapkan, saya pun mahu kalau anak saya tu ikut semua cakap saya, even pun cari isteri! Saya akan tolong carikan untuk anak saya tu!” jawabku memujuknya.
            “Sayang dah hilang pertimbangan?” soalnya tidak puas hati.
            “Saya cakap yang benar. Awak sepatutnya dengar cakap mama awak, awak patut sayangkannya lebih daripada awak sayangkan isteri!” hujahku bersungguh-sungguh. Dia sudah geleng kepala. Mungkin tidak menyangka permintaanku tersasar jauh dari jangkauannya.
            “Sayang memang sudah melampau! Abang takkan lakukan hal tu!” katanya meraup mukanya.
            “Saya tak melampau! Saya ingat jika saya berada di tempat mama awak tu! Awak kena reda punya mama yang baik macam tu!” aku ternyata sudah menyindirnya. Aku berdosa berbuat demikian. Sebenarnya aku mahu jika rancangannya kami hendak berpisah berlaku dengan cepat lagi. Aku sedar lelaki di sisiku itu tidak akan sewenang-wenangnya memutuskan hubungan kami. Aku dengar dia sudah berjanji dengan ayah dan emak. Aku boleh berlakon apa sahaja jika dia sudah menceraikan aku demi melihat ayah dan emakku bahagia dan gembira.
            “Permintaan mama terlalu melampau! Kalau ada anak kita nanti, awak jangan buat macam tu. Kasihan anak kita,” meremang bulu romaku mendengar dia menyebut ‘anak kita’. Dia sudah berangan-angan hendak mendapatkan anak dari rahimku. Sedangkan aku tidak pernah bermimpi hendak mempunyai anak setakat ini. Lawak! Lawak!
            “Maafkan saya awak, berilah saya masa, saya tak ready lagi,” aku sudah ketakutan dengan harapannya itu. Tanganku digenggamnya erat. Ada sesuatu lagi yang terhantar di hatiku. Dadaku berdebar hebat. Apakah ini?
            “Sayang, abang nak bawa sayang ke Kota Kinabalu. Sayang ikut ya. Kita berbulan madu dulu, sayang belum mula kerja kan?” Berkerut dahiku. Aku menggeleng. Aku sudah tersipu-sipu. Pernikahan kami ini bagiku belum layak untuk berbulan madu. Tidak ada maknanya berbulan madu bagi diriku. Entahlah, apakah makna bulan madu dari sisi Aliff Safwan ini.
            “Lepaslah! Jangan nak pegang-pegang! Macamlah kita ni saling bercinta!” aku cuba melepaskan tanganku. Dia terpaksa akur dengan permintaanku.
            “Kita kan baru kawin, kalau pun tak jatuh cinta, tak semestinya kita tak boleh pegang tangan macam ni!” jawabnya sambil tersenyum dan mencium tanganku. Mulut dan mataku sudah terbuka. Kalau ada lalat terbang pasti sudah masuk ke mulutku. Aku terkejut dengan kesungguhannya menawan hatiku. Namun, hatiku tetap keras sekeras batu!
            “Awak kan kerja, awak pergilah kerja. Kalau tak pun, awak bawa Maria beli barangan kahwin awak! Bawa mama sekali! Saya tinggal kat rumah saja, Mak Odah kan ada,” jawabku sudah mendapat idea untuk melepaskan diriku. Wajahku sudah pijar menahan malu.
            “Semua pekerja kita akan pulang bercuti pada hujung minggu ini start petang ni,” jawabnya. Aku terkejut.
            “Oh ya, jadi? Saya tinggal seorang diri tak apalah,” jawabku mengalah. Aku tahu dia sengaja hendak mengenakan aku.
            “Kemas pakaian nanti, petang ni kita turun ke Kota Kinabalu,” arahnya tanpa ampun.
            “Buat apa? Kalau awak bawa saya ke Kota Kinabalu, saya nak kita tidur di rumah abang saya,” pintaku. Terbuntang matanya.
            “Kita bermalam di rumah keluarga abang, papa dan mama dan ahli keluarga yang lain menunggu kita di sana,” jawabnya. Sekali lagi aku terpaksa berhadapan dengan ahli keluarganya yang agak kecil tetapi cukup menyeramkan perasaanku.
            “Mama awak ada sama?” dia angguk. Mata kami bertatapan. Aku berasa malu sebenarnya. Rasa cuak pun ada. Cepat-cepat aku menundukkan pandangan.
            “Sudahlah kita bincang hal ini. Tak habis-habis nak suruh abang kahwin lain! Sayang belum pun jalankan tanggungjawab sebagai isteri, macam mana nak kahwin lain? Hmm, sudahlah, abang gurau saja ni! Perut abang pun dah lapar, jom kita makan!” kami seiringan menuju ke dalam rumah. Tanganku tidak dilepaskan sehinggalah Mak Odah keluar menemui kami di meja makan utama itu. Dia terus ke dapur di mana makanan sudah terhidang sejak tadi.
            “Awak tak boleh nak tuntut hak awak kalau awak sudah sign perjanjian hari tu! Awak jangan nak senang-senang nak langgar janji! Kalau awak langgar, perpisahan kita akan jatuh dengan sendirinya!” aku menegakkan kekuasaanku kerana surat perjanjian kami. Aku tidak peduli apa katanya. Apa yang aku mahu, jangan tuntut hak, kerana perjanjian kami sedang berjalan! Buntang matanya memandang aku. Dia berhenti berjalan. Dia memaksa aku berdepan dengannya.
            “Lepaslah tangan saya!” pintaku keras.
            “Sayang ni kan! Tak reti-reti abang bergurau!”
            “Saya hanya mengingatkan, jangan sampai terlajak perbuatan!” jawabku tegas. Dia ketawa.
Lelaki itu memang sungguh pandai menutup pintu resahku. Apabila memikirkan keluarganya, aku sudah terbayang wajah kelat emak mertuaku. Aku pun tidak pandai menyembunyikan perasaanku. Kenapa aku tidak sabar buat sehari dua sahaja? Selepas ini aku tidak akan bertemu lagi dengan ahli keluarganya. Kalaulah aku sabar?
            Mak Odah sudah menghidangkan makanan. Aku sudah duduk di sisinya. Lelaki itu sudah membaca doa makan. Aku hanya mengangkat tangan dan mengaminkan doanya.
            “Silakan makan puan, tuan” ajak Mak Odah. Aku hanya mengangguk. Rasa tidak selesa dipanggil puan masih ada lagi.
            “Terima kasih Mak Odah,”
            “Makan sayang, Mak Odah masak special untuk sayang ni,” ucapnya. Mak Odah sudah tersenyum simpul.
            “Special untuk kedua-dua mempelai,” kata Mak Odah. Aliff Safwan sudah tersenyum memandang Mak Odah.
Aku tersenyum malu. Sebenarnya aku tidak ada perasaan menjadi mempelai itu. Entah kenapa perasaanku biasa-biasa saja. Adakah kerana aku ini terpaksa kahwin atau terkenang kekasih lama? Mungkin desakan hubungan kami yang tidak kesampaian menyebabkan aku sentiasa terkenangkan dirinya. Mungkin desakan kahwin dengan orang lain menyebabkan aku hilang perasaan untuk menikmati hari yang sangat berbahagia bagi sesetengah pasangan? Kenapa aku begini? Perlukah aku memaksa perasaanku menyayangi lelaki di sisiku ini kini?
Huh, pelbagai persoalan yang menyebabkan aku setengah mati hendak menjawabnya. Sesuap nasi yang kumasukkan pun kurasa bagaikan butir-butir pasir. Payahnya hidupku ini!
            “Puan, tambah nasi lagi,” teguran Mak Odah menyebabkan aku tersedak.
            “Nah sayang, ini airnya,” kata Aliff Safwan mengunjuk air kepadaku. Dia sengaja memegang tanganku tatkala aku menyambut huluran gelas tinggi itu. Aku menjelingnya. Aku malu diperhatikan oleh Mak Odah. Mak Odah tersenyum simpul melihat kami.
            “Terima kasih bang,”
            “Sayang diterima,” jawabnya. Mukaku sudah panas dan pastinya bagai udang dipanggang. Mak Odah hanya tersenyum memerhatikan kami. Sesekali aku menjeling lelaki di sisiku itu. Kalaulah dia tahu perasaanku yang hampir tidak ada untuknya, mahukah dia menerima hakikat itu? Ah, aku tidak mahu meramal lagi.
            Selepas mengemaskan meja dan membasuh pinggan mangkuk walaupun dihalang oleh Mak Odah, kami naik ke tingkat atas.

           

 Moga Teruskan pembacaan!

Monday, October 8, 2012

Novel: Isyarat Cinta 11


Agak lama tak bertemu di ruang maya ini. Saya sendiripun terasa sendiri. Moga teraplodnya bab 11 ini akan mengubati rindu semua pembaca ya. Kalau suka, bacalah lagi novel ini di http://penulisan2u.my . Bab 1 baru disiarkan pada hari ini 8.10.12. Harap terhibur membacanya ya. Komen ya. 

Bab 11

Sudah dua hari Adawiyah tidak muncul di Kedai Indah Telekomunikasi. Muhammad Irfan tertanya-tanya. Sebenarnya dia sudah seperti cacing kepanasan. Semalam dia sudah bertanyakan kepada Marina Chang kerani harapannya di tujuh buah kedai miliknya, namun gadis itu tidak memberikan jawapan yang diinginkannya. Dia terpaksa menebalkan mukanya sekali lagi menanyakan kepada Marina Chang pada hari ini. pasti Marina tahu, mereka berdua agak rapat. Adawiyah pula tidak datang bekerja tanpa memaklumkannya. Apakah masalah gadis manis itu sebenarnya?
            “Marina, awak sudah hubungi Adawiyah tak? Kenapa dua hari dia tak datang kerja? Dia sakit?” soal Muhammad Irfan bertubi-tubi. Dia bimbang sesuatu berlaku kepada gadis itu. Marina Chang geleng kepala. Hairan dengan sikap majikannya. Kalau dulu, pekerjanya tidak datang tiga hari, dia sudah siap mengiklankan mencari pekerja baru. Sekarang keadaan sudah terbalik pula.
            “Entahlah bos! Dia matikan telefonnya, sama macam semalam! Saya hantar sms pun dia tak ada balas. Apa yang nak buat lagi ni bos?” jawab Marina Chang. Dia sendiripun menelefon telefon bimbit Adawiyah tetapi ternyata gadis itu menutup telefon.
            “Sejak bila dia pandai buat macam ni?” soal Muhammad Irfan. Marina Chang geli hati. Tidak pernah majikannya begini terhadap para pekerjanya. Kalau pekerjanya malas, tentu dibuangnya sahaja. Berlainan sekali dengan Adawiyah. Adawiyah gadis yang rajin dan ceria. Malah dia pandai mengambil hati pelanggan yang datang ke kedai. Muhammad Irfan dan pekerja yang lain memang amat kehilangan Adawiyah.
            “Ada sesiapa yang kenal dia tak di sini?” marak mata Marina Chang. Lelaki itu sangat pelik dengan ketiadaan pekerjanya Adawiyah. Kedatangan Adawiyah mengubah persepsinya terhadap pekerja. Selama ini dia selalu memberhentikan pekerja tanpa notis. Dia mahukan pekerja yang rajin dan cekap untuk menguruskan kedainya. Adawiyah adalah orang yang sangat tepat dalam hal ini. dia sendiri memberikan markah bonus kepada Adawiyah. Namun, entah mengapa gadis itu tiba-tiba lenyap.
            “Maksud bos?” soal Marina Chang.
            “Ada kawan dia di sini?” ulang Muhammad Irfan. Marina Chang terfikir-fikir. Bolehkah kalau dia meletakkan nama Rafiqah di dalam detik kecemasan ini?
            “Err...”
            “Siapa? Sulaiman?” soal Muhammad Irfan tanpa sabar. Marina Chang menggeleng. Dia memang mengenali rapat kawan baik Adawiyah.
            “Bukan!”
            “Jadi, siapa?”
            “Rafiqah yang kerja di kedai sebelah, bos!” Muhammad Irfan tersenyum. Dia sudah mendapat maklumat yang paling baik.
            “Mana dia? Kerja kedai mana satu? Boleh saya kenal dia?” soal Muhammad Irfan lagi. Marina Chang terpinga-pinga. Dia sendiri tidak begitu mesra dengan Rafiqah.
            “Dia... dia...” lama Marina Chang hendak bercakap. Dia tidak mahu Adawiyah akan memarahinya nanti. Muhammad Irfan semakin tidak sabar.
            “Mana Rafiqah?” Muhammad Irfan sudah menjegilkan matanya.
            “Ada! Ada bos! Nanti petang saya bawa dia ke sini!” kata Marina Chang yang sudah serba salah.
            “Awak ni, bab-bab senang begini pun awak sangkut! Baik, saya tunggu petang ni, lepas kerja!” jawab Muhammad Irfan.
            “Kenapa bos asyik tanya pasal Adawiyah ni bos, ada apa-apa yang saya tak tahu bos?” soal Marina Chang memberanikan diri. Muhammad Irfan tersipu-sipu. Rasa bimbangnya tidak pernah berkurang malah rindunya membuak-buak hendak berjumpa dengan gadis tersebut. Silapnya juga kerana tidak pernah mengambil nombor telefon emak gadis tersebut. Dia memang ikhlas kepada gadis itu.
            “Saya kan majikan dia. Saya tentu susah hati! Kenapa sampai dua hari dia tak hadir? Kenapa saya tak tahu? Awak mungkin tahu Marina?”  Muhammad Irfan menanya Marina Chang dan dia sudah bersedia hendak melawat kedainya yang lain. Namun dia membatalkan lawatannya ke kedainya yang lain. Di kedai lain, dia tidak nampak ada masalah.
            “Marina, pastikan kawan Adawiyah tu jumpa saya petang ni! saya keluar kejap. Saya akan datang balik ke sini petang ni!” jawab Muhammad Irfan.
            “Baik bos, arahan diterima!” kata Marina Chang. Muhammad Irfan sudah tersenyum melihat tingkah laku Marina Chang.

***

Setelah mengetahui alamat rumah Adawiyah melalui Rafiqah, Muhammad Irfan terus sahaja memandu keretanya menghala ke Pekan Tenang. Hari itu dia ada menghantar Adawiyah ke rumahnya tetapi tidak sampai di rumah hanya di simpang jalan. Gadis itu terlalu berahsia dengannya. Gadis yang mengulit mimpinya itu harus dicari. Dia tidak rela kalau gadis itu hilang dari pandangan matanya. Dia harus bertindak sebaik mungkin agar gadis itu terus menjadi miliknya. Itulah perancangannya. Dia tidak akan menoleh lagi. Gadis itu seolah-olah cuba melarikan diri daripadanya. Mungkin gadis itu tidak tahan dengan gejolak perasaannya. Dia sendiri berasa menyesal dengan kegelojohannya menyuarakan hasrat hatinya. Kalaulah dia mampu bersabar...
            “Huh, kenapalah aku tergesa-gesa! Mungkin aku sudah buat Adawiyah terkejut. Kalau aku hulurkan salam persahabatan kan baik, taklah Adawiyah terkejut dan menghilangkan diri! Atau, kalau aku layan dia macam pekerja lain, taklah dia terkejut! Hmm, silap akulah!” bisik Muhammad Irfan teringatkan tindakannya beberapa minggu lalu. Muhammad Irfan mengingati wajah Adawiyah yang ketakutan dan tangannya yang menggeletar. Kasihan Adawiyah.
            Tidak lama kemudian, Muhammad Irfan tiba di sebuah rumah pangsa. Dia mencari blok yang diberikan oleh Rafiqah. Setelah pasti akan rumah yang dimaksudkan Muhammad Irfan mengetuk pintu.
            “Assalamualaikum, boleh saya masuk?” perempuan separuh umur yang mengenakan kain batik Indonesia dan baju kurung pendek itu sekali lagi terkejut.
            “Awak ni siapa? Nak cari siapa?” Soal Puan Musliah kehairanan.berkerut-kerut dahinya. Muhammad Irfan tersipu-sipu namun demi gadisnya dia rela bertemu dengan emak Adawiyah.
            “Oh ya, saya lupa! Saya ni Muhammad Irfan. Saya ni kawan Adawiyah,” jelas Muhammad Irfan yang masih berdiri di muka pintu. Berkerut dahi Puan Musliah. Setahunya Adawiyah tidak ada kawan lelaki.
            “Oh ya? Kawan ya? Setahu saya anak saya tu tak ada kawan lelaki. Err, betulkah kawan? Ada apa dengan anak saya? Err, silakan lah masuk!” pelawa Puan Musliah, emak kepada Adawiyah. Muhammad Irfan menjenguk-jenguk rumah yang agak kecil itu. Mencari-cari Adawiyah. Cepat-cepat dia masuk sebelum emak gadis itu menukar arahannya.
            “Kenapa anak ni datang sini? Apa yang boleh mak cik bantu?” soal Puan Musliah kehairanan.
            “Saya ni majikan Adawiyah, sudah dua hari Adawiyah tak datang kerja mak cik!” Muhammad Irfan memulakan perbualannya setelah dia duduk di kerusi kayu itu.
            “Tak datang kerja? Tapi hari-hari dia datang kerja! Awal dia keluar!” jawab Puan Musliah kehairanan.
            “Oh ya? Tapi dia tak datang kek kedai saya! Sudah dua hari dia tidak datang, saya datang sini nak tanya ke mana dia? Dia ada di biliknya?” soal Muhammad Irfan. Puan Musliah cepat-cepat menggeleng.
            “Tak datang kerja? Tapi, hari-hari pula dia pergi kerja encik!” jawab Puan Musliah. Puan Musliah memikir-mikir masalah Adawiyah yang dia tidak tahu. Pemuda di hadapannya itu dipandangnya tajam.
            “Sejak dua hari dia tak datang. Sudah puas saya tanya dengan kawan-kawan sekerjanya mak cik,” jawab Muhammad Irfan.
            “Err...mungkin Adawiyah ada masalah tak?” kata Puan Musliah terfikir-fikir. Setahunya Adawiyah tidak pernah menunjukkan sikap yang mencurigainya. Cuma, Adawiyah semakin pendiaam. Sepatah yang ditanya,sepatahlah yang dijawabnya.
            “Sebenarnya begini mak cik, saya memang cintakan dia, kebetulan...” Muhammad Irfan berhenti. Dia terjeda.
            “Kebetulan apa?” soal Puan Musliah tidak sabar. Dia takut ada sesuatu berlaku kepada anak gadisnya.
“Kami sudah terlanjur malam tu! saya yang terlalu terburu-buru, saya terlalu cintakan dia! Dia tak salah mak cik! Tapi, saya janji nak nikah dengan dia! Saya nak bertanggungjawab mak cik!” jawab Muhammad Irfan bersungguh-sungguh. Bukan main terkejutnya Puan Musliah mendengar pengakuan itu.
            “Apa? Terlanjur?” terkedu Puan Musliah dengan kenyataan itu. Muhammad Irfan mengangguk seperti tidak ada kesalahan. Dia sudah mula memasukkan rancangannya.
            “Ya mak cik. Tapi saya janji saya akan nikah dengan dia dalam tempoh yang dekat ni. Tapi dia pula dah menghilangkan diri! Itulah sebabnya saya datang ke sini, saya nak melamar dia! Ini cincinnya!” kata Muhammad Irfan terketar-ketar mengeluarkan cincin yang baru dibelinya. Dia sudah merancang semua itu sejak dia mendapat khabar dari kawan baik Adawiyah, Rafiqah. Dia sudah tersenyum. Emak kepada Adawiyah sudah mula mempercayainya. Perlahan, Muhammad Irfan menghulurkan sebentuk cincin berlian yang baru dibelinya. Dia berhasrat menjadikan Adawiyah sebagai isterinya yang sah. Dia tidak mahu Adawiyah hilang lagi dari pandangannya. Berhari-hari dia mencari gadis itu. entah di manakah gerangannya!
            “Kenapa kamu sampai buat perkara terkutuk tu?” Puan Musliah berlinangan air mata. Cincin cantik di kotaknya itu dibiarkannya berada di tangan Muhammad Irfan.
            “Saya yang salah mak cik! Memang salah saya. Saya terlalu cintakan dia! Saya tak dapat menahan perasaan saya!” jawab Muhammad Irfan dengan yakin. Dia tidak akan menyalahkan Adawiyah dalam hal itu.
            “Kalau begini, hujung minggu ni kamu bernikah! Jangan nak memalukan saya! Sudah lah Adawiyah tidak ada ayah!” kata Puan Musliah.
            “Saya akan bertanggungjawab mak cik! Saya akan bertanggungjawab! Semuanya salah saya mak cik! Jangan salahkan Adawiyah,” kata Muhammad Irfan. Puan Musliah terkaku.  Betapa dia tidak menyangka perkara terkutuk itu akan berlaku. Dia tidak menyangka sama sekali perkara itu akan terjadi kepada satu-satunya anak yang dia ada.
            “Itulah satu-satunya anak saya ada Irfan! Ayahnya pun tak pernah dia kenal! Kasihannya anak saya, kenapa sanggup awak memperlakukan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku!” kata Puan Musliah kesal dengan apa yang berlaku.
            “Saya minta maaf banyak-banyak mak cik! Tak sepatutnya saya berlaku demikian!”
            “Apakah keluarga awak setuju awak nak kahwin dengan anak saya? Kami orang miskin Irfan! Mak cik ni ibu tunggal, suami tak ada!” jawab Puan Musliah. Dia tidak mahu anak muda di depannya itu kahwin kerana terpaksa dengan anaknya. Namun dia tidak mahu anaknya pula dinodai begitu.  
            “Saya akan beritahu hal ini kepada ibu bapa saya. Mereka tak ada masalah mak cik! Saya tak ada masalah dengan yang miskin atau yang kaya mak cik!” jawab Muhammad Irfan. ‘Apa yang pasti, cita-citanya menikahi Adawiyah akan tercapai.’ Bisiknya sendiri.
            “Esok, bawalah keluarga awak datanglah secara beradat! Saya akan panggil saudara mara saya. Jangan sampai saudara mara saya yang lain tahu akan hal yang sungguh memalukan ini! Sangat memalukan dan menjatuhkan maruah!” kata Puan Musliah yang sudah mempercayai kata-kata Muhammad Irfan.
            “Ya mak cik! Esok saya akan bawa ahli keluarga saya datang sini. Ini sedikit belanja untuk mak cik menyediakan apa-apa yang patut.” Kata Muhammad Irfan menghulurkan sedikit wang untuk Puan Musliah. Puan Musliah berasa gementar. Mahu sahaja dia rebah di situ juga. Dia tidak menyangka anaknya yang baru menghabiskan tingkatan enamnya dua tahun yang lalu akan nikah pula tidak lama lagi.
            “Banyak ni, tak perlu sebanyak ini!” kata Puan Musliah. Dia teringat sewa rumah yang belum dilunaskan selama tiga bulan. Tuan rumah pula sudah meminta dia menjelaskan secepat mungkin.
            “Tak apa mak cik. Yang lebih tu biarlah untuk belanja mak cik! Hantaran tu nanti, mak cik bagitahu saya, saya akan sediakan apa yang mak cik  minta! Tak perlu hebohkan dengan orang lain,” pesan Muhammad Irfan. Puan Musliah terasa lega. Lelaki itu mahu bertanggungjawab terhadap anaknya. Tetapi benarkah anaknya diperlakukan sedemikian rupa? Kenapa anaknya Adawiyah tidak mahu berkongsi derita itu dengannya?
            “Terima kasihlah nak, tapi kamu mesti menikah dalam waktu yang terdekat ni! kalau ikut mak cik, awak mesti keluarkan denda, sebab awak sudah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama kita!” kata Puan Musliah.
            “Saya sedia menerima apa pun denda, dan kami akan bertaubat mak cik!” kata Muhammad Irfan dengan merendah diri. Tidak lama kemudian, dia sudah mengundur diri. Betapa gembiranya Muhammad Irfan apabila emak Adawiyah menyetujui rancangannya yang telah direkanya sendiri. Dia yakin emak Adawiyah tidak akan mempercayai pengakuan anaknya!
           
 Moga terus menantikannya!