Tuesday, December 31, 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Assalamualaikum semuanya, 

Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru iaitu Tahun 2014. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar apa yang kita cita-ciitakan, kita rancang dan kita usahakan pada tahun 2014 ini akan tercapai akhirnya. Kalau pun tidak tercapai semuanya, sekurang-kurangnya 80% kita nampak hasilnya. Jangan tak berhasil langsung. 

# Jangan tak berusaha, kita mesti berusaha dan berdoa. 

Menurut Khalil Gibran, penyair hebat itu, kita nikmati hasil nukilannya, iaitu; 

Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah
cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan
kalian; adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.


Sekian dulu untuk kali ini. 

Semoga terus berimpian untuk merealisasikan semua impian kita!

Novel Cinta Sang Pilot 8

Bab 8

“Macam mana bro, aku dengar kau lepas tengok orang kampung kahwin, rasa nak kahwin tak?” soal Suffian, rakan sekerja Nukman Faris yang agak muda. Mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah. Nukman Faris geleng. Dia tidak tahu bagaimana hendak membuka cerita. Kawan-kawan dan rakan sekerjanya tidak tahu dia sudah berkahwin. Hanya segelintir kawan baiknya sahaja yang tahu.
         “Tak tahu lagi.” Katanya.
         “Bagaimana dengan Rozaila, bila nak habiskan zaman bujang? Teman steady dah ada,” kata Suffian. Memikirkan Rozaila, Nukman Faris semakin pening. Hari-hari Rozaila menagih meminta dikahwini walaupun dia sedang berada di luar negara. Wang poketnya habis membayar bil-bil telefon sahaja. Dia tidak tahu bagaimana hendak bertindak lagi. Dia tidak mahu membelakangkan ibu bapanya.
         “Belum lagi rasanya,” itu sahaja jawapan yang mampu diberikannya.
         “Kenapa macam tak bermaya ni bro?” soal Suffian lagi.
         “Tak ada apa-apalah, mungkin aku rasa penat sikit,” kata Nukman Faris yang baru balik dari bertugas di luar negara. Dia terkenangkan Natasya, isteri di atas kertasnya. Dia tidak tahu bagaimana dia hendak bertemu.
         “Kenapa ni bro? Takkan tak sabar nak kahwin pula,” kata Suffian lagi. Nukman Faris tersengih. Bukan tak sabar nak kahwin, dia dah kahwin pun!
         “Aku nak tunggu kau kahwin dulu,” kata Nukman Faris mengusik kawannya, pembantunya semasa bertugas. Pandangannya tajam memandang Suffian.
         “Aku? Jangan mimpilah, belum cukup umur lagi,” kata Suffian. Nukman Faris hanya tersengih. Belum sampai setahun Suffian keluar dari kolej. Tentulah dia mahu menimba banyak pengalaman.
         “Mana kau nak simpan mata air kau, takkan nak simpan lama-lama nanti dia lari pula,” kata Nukman Faris.
         “Tak lah, dia masih belajar, takkan saya nak masuk meminang pula. Eh, segan lah pula saya. Biarlah dia dulu. Lagipun nak hidup bujang lagi,” kata Suffian. Akhirnya mereka melayani tempahan makanan yang sudah tiba di depan mata.
Dia sendiri pula terpaksa dinikahkan dengan anak mak ngahnya di kampung. Mahu menutup malu dia terpaksa menikah secepat yang mungkin tanpa keinginannya. Namun dia mengakui sepupunya yang dulunya gemuk dan masih berhingus, sekarang sudah kurus dan cantik sekali. Tidak rugi dia menurut kemahuan keluarganya. Namun dia terpaksa memberikan syarat sebab dia sudah kekasih. Mati-mati dia menafikan yang dia sudah kahwin.
Dia tahu tidak ada siapa yang akan tahu kerana dia dan isterinya tidak tinggal sama-sama. Dia juga sering fly ke mana-mana. Jika kawan kerjanya ini tahu, memang naya dia.
         “Kita makan dululah, aku pun dah penat dan lapar,” kata Nukman Faris. Suffian angguk. Nasi kandar Pelita memang menyelerakan. Nukman Faris berasa susah hati pula hendak balik ke rumahnya. Mamanya pasti menunggu cerita daripadanya. Apa yang dia hendak ceritakan? Tentang isterinya yang dia tidak tahu di mana? Huh!
         “Kenapa mengeluh ni bro? Ada masalah kan?” soal Suffian yang memerhatikannya dalam diam.
         “Tak ada, aku ingatkan mama aku, mungkin dia rindukan aku,” kata Nukman Faris. Walhal, fikirannya macam-macam. Sudah berkali-kali mamanya menghubunginya sejak dia mendarat di darat.
         “Kejap lagi kau jumpalah dengan mama kau tu, takkan dia tak sabar tunggu, kau nak makan dulu,” pujuk Suffian. Nukman Faris tersengih. Kawan kerjanya tidak tahu kemahuan mamanya yang agak berbeza. Pening kepalanya.
         “Ya aku faham, mahu atau tidak mama aku terpaksa sabar,” katanya.  
         “Eh lupa nak tanya, hari tu kau balik kampung, siapa yang kahwin? Tak pernah kau balik kampung selama ni,” hampir tersedak Nukman Faris. ‘Akulah yang kahwin!’ jawabnya dalam hati.
         “Memang dah lama tak balik aku tak selesa di kampung. Nasib baik sepupu aku yang kahwin, kalau tak aku tak nak pegi,” jawabnya. Suffian angguk. Percayakah dia? Ah, dia tidak mahu peduli.
         “Lama juga kau cuti hari tu ya,” tambah Suffian lagi.
         “Ala aku cuti seminggu je, sambil bercuti lah di kampung. Tak pernah aku ke situ kan,” kata Nukman Faris. Baginya suffian terlalu mengambil tahu tentangnya.
         “Lepas makan ni aku terus pegi rumah mama, ingatkan aku nak layan kekasih hati aku. Ah tak dapat pula. Dia sudah terbang ke London kerana buat pertunjukan fesyen di situ,” kata Nukman Faris separuh kecewa.
         “Tak apalah, nanti dia balik dapatlah kamu jumpa,” kata Suffian.
         “Aku akan fly pula lepas tu, kan kita sama-sama kan!” kata Nukman Faris.
         “Ya tak ya. Berapa lama dia di situ? Seminggu dua minggu?”
         “Entah, aku malas nak ambil tahu. Baik aku ambil berat mengenai mama, ada pahalanya,” kata Nukman Faris.

         “Betul! Aku setuju dengan kau,” kata Suffian. Mereka berpisah di situ. 

Monday, December 30, 2013

Novel Cinta Sang Pilot 7

Bab 7

“Anak mak sudah sampai?” aku mendengar suara emak di talian. Aku gembira mendengarnya.
            “Alhamdulillah mak, sudah petang tadi,” suaraku serak akibat banyak menangis. Aku sangat sedih dengan nasib yang menimpaku.
Baru sahaja Amri memutuskan pertunangan kami, aku serasa mahu meraung. Apa tidaknya, dia memberitahu ibu bapaku yang aku sedang mengandungkan anaknya. Kemudian dia memberitahu yang aku sendiri memutuskan pertunangan kami.
Ya Allah bagaimana aku harus menghadapi keadaan itu. Ibu bapaku pula tidak mengendahkan pengakuanku. Amri cuba mencerobohi diriku di rumah sewaku. Nasib baik kawan baikku cepat datang, jika tidak, aku sudah hilang maruah oleh tunangan sendiri.
Akhirnya aku terpaksa memutuskan pertunangan kami. Seminggu selepas itu Amri pula mengadu kepada emakku mengenai tingkahnya. Dua hari kemudian, ibu bapa Amri mengembalikan hantaran yang telah dihantar dulu. Seminggu kemudian, keluarga mak long iaitu ibu bapa Nukman Faris pula datang kononnya hendak menutup aib keluarga kami. Alangkah sendunya!
            “Syukur juga nak, masalah kita sudah selesai. Jadi, Nukman melayan Tasya dengan baik?” soalan apakah yang sedang emak tanyakan? Bagaimana aku harus menjawabnya?
            “Baik saja mak. Mak pun nampak kan? Dia memang lelaki yang baik kan mak?” soalku semula.
            “Bersyukurlah kalau sudah menikah dengan abang sepupu kau tu, mak memang syukur sangat,” terkejut aku mendengar ungkapan emak. Rupanya selama ini dia tidak begitu menyukai aku bertunang dengan Amri. Tetapi emak tidak pernah melahirkan rasa tidak sukanya itu. Dia menerima dengan gembira. Ah, lagi-lagi Amri!
            “Kalau ada Amri datang merayu semula, jangan nak layan-layan ya Tasya. Emaknya datang membatalkan pertunangan. Jangan sesekali nak layan dia semula! Mereka dah malukan kita. Kad kahwin da diedarkan tapi mereka putuskan pertunangan,” aku ketawa kecil. Lelaki pertama yang kucintai akhirnya memalukan diriku sendiri. Bagaimana aku harus mempercayai lelaki itu semula?
            “Ya mak, saya tahu jaga diri,” kataku. Takkan aku hendak melayan lelaki lain sedangkan aku sudah menikah dengan sepupuku. Walaupun pernikahan kami hanya di atas kertas tetapi aku tetap sudah bernikah dengan sah. Bukannya aku bernikah di Thailand atau di kawasan lain tanpa pengetahuan keluarga. Kami menikah dengan restu keluarga kedua belah pihak. Itu aku bersyukur sangat.
            “Baguslah kalau Natasya sedar diri. Mak tak suka dengan keluarga Amri tu! Mengada sangat!” kata emak meluahkan perasaannya. Memang lah keluarga Amri agak sombong sedikit sebab mereka keluarga berada di kampung itu. Tetapi aku bertunang dengannya bukan kerana aku gilakan harta. Aku bersetuju bertunang dengannya kerana dulu kami saling jatuh cinta. Dia adalah senior kami di sekolah menengah dahulu. Di situlah perkenalan kami.
            “Jangan bermusuhan dengan keluarganya mak. Mereka tak salah. Sabar sajalah. Cerita saya dengan Amri sudah jadi sejarah,” aku tidak mahu berdendam dengan sesiapa.
            “Mak kasihankan anak mak. Nasib baik ada anak sedara mak yang sudi jadi suami kamu Tasya,” bergenang air mataku tanpa kusedari.
Kecewa amat sebenarnya. Kecewa dengan perbuatan bekas tunangku yang tidak berperikemanusiaan. Malah sanggup memfitnahku telah ditebuk tupai. Alangkah ngerinya. Bagaimana aku hendak membersihkan namaku? Pernikahan kami ini tidak dapat membersihkan namaku. Ia hanya menutup aib keluargaku.
            “Ya mak. Sayakan sudah ada suami, buat apa nak layan dia mak,” jawabku jujur. Aku tahu kehidupanku selepas ini masih sama seperti biasa.
            “Syukurlah. Emak pun gembira kalau anak mak gembira.” Kata emak. Aku mengangguk lesu. ‘Aku tak gembira sebenarnya mak,’
            “Ya mak, apa yang penting emak dan mak long pun gembira.” Kataku. Emak ketawa di hujung talian. Mereka memang suka sangat jika mereka berbesan. Perancangan Allah kita sukar menjangka.
            “Baiklah mak, saya nak tanya abang Nukman dulu sama ada dia dah sampai ke rumahnya atau belum,” aku hendak meminta diri dulu. Sebenarnya aku tidak tahu pun nombor telefon Nukman Faris. Dia sendiripun tidak mendapatkan nombor telefonku, takkan aku pula yang hendak terhegeh-hegeh mendapatkannya! Huh, malunya!
            “Layan suami Tasya baik-baik. Banyak pahalanya tu nak,” pesan emak lagi. Aduhai, bagaimana aku hendak melayani suamiku, jika hanya tiga hari bersama sebilik dan menjalani hidup lain-lain?
            “Ya mak, terima kasih atas pesanan mak,” jawabku.

 ***

Aku menelaah buku-buku pelajaranku. Aku akan menduduki peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Televisyen sengaja aku hidupkan. Aku tidak mahu terlalu rasa sunyi. Kawan serumahku alias kawan baikku Shamira belum balik lagi dari kampungnya. Mungkin dia akan balik pada hari esok waktu pagi. Dia terus ke sekolah dihantar oleh tunangnya. Nampaknya aku terpaksa tidur sendirian pada malam ini.
            Tetapi pada malam ini aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatianku kepada pelajaranku. Mataku pun tidak mahu lelap. Aku masih teringat kejadian Amri memasuki rumahku ketika aku sendirian di rumah sewaku ini.
            “Amri! Apa kau buat di bilik aku ni?” soalku apabila Amri sudah di sisiku. Aku menolak dia dengan kuat. Namun dia sudah bersedia dengan seranganku. Dia hanya ketawa terbahak-bahak. Tengah malam dia ketawa terbahak-bahak, memang lelaki yang sudah dua tahun menjadi tunanganku ini sudah gila!
            “Aku nakkan kau! Kitakan tak lama lagi nak kahwin, jadi tak apalah kan,” aku terketar-ketar. Mata Amri sudah merah macam mata buaya dan bersedia menyerang mangsa. Alangkah takutnya aku!
            “Jangan apa-apakan aku Amri, jangan apa-apakan aku! Tak sangka kau jadi tamak begini!” kataku merayu. Air mataku bercucuran ke pipi. Amri semakin kuat menindih tubuhku. Dia mengelus-ngelus tanganku.
            “Jangan Amri! Jangan buat aku begini!” kataku memohon lagi. Aku tidak mahu kejadian yang tidak diingin berlaku sebelum kami menikah sebulan lagi.
            “Kau terlalu jual mahal Tasya. Aku kat depan ni pun kau tak nampak! Jadi sebelum kita sah menjadi suami isteri bulan depan, kita buat dulu apa yang patut!” kata Amri mengesat bibirnya yang ternganga. Aku terus menangis. Dia sekali lagi menindih tubuhku dan mengucup tanganku.
            “Jangan buat begini! Aku tak suka Amri! Tunggulah kita nikah bulan depan!” pujuk sambil terketar-ketar. Namun dia tidak pedulikan rayuanku. Dia sudah menarik baju tidurku yang agak nipis dan jarang itu. Menyesal pula aku memakai baju tidur yang agak seksi dan menampakkan tubuhku. Amri seperti sudah dirasuk syaitan.
            “Aku tak sabar nak rasa daging manis! Sudah lama aku mengintai kau! Tapi kau jual mahal!” kata Amri berterus-terang kepadaku.
Tidak pernah kusangka dia akan bercakap begitu dan mengotakan kata-katanya. Selama ini dia nampak baik dan alim. Bulat mataku. Aku mencari-cari kain untuk menutupi tubuhku. Namun semuanya sudah tidak ada di atas katilku. Air mata dan ketakutanku sudah tidak dapat kubendung.
Aku hanya menyebut nama Tuhan pada saat terdesak begitu. Amri terus agresif mengasak tubuhku dan aku seperti bertarung dengan maut saat ini. Aku sedaya upaya mempertahankan kehormatanku.
            “Tasya! Tasya! Buka pintu ni! Apa yang kau buat bising-bising dalam bilik ni Tasya?” terbuntang mataku mendengar suara Shamira. Penyelamat sudah datang. Aku bersyukur kepada tuhan. Aku tidak menyangka pada waktu tengah malam begini bantuan Allah datang kepadaku.
            Aku cepat-cepat membuka pintu dan memeluk Shamira. Pada masa itu separuh bajuku sedikit terkoyak akibat tarikan Amri. Aku tidak menyangka tunang yang kusangka begitu baik dan bakal menjadi pelindungku hendak berbuat sesuatu yang tidak baik kepadaku.
            “Tolong aku Mira! Tolong aku!” pintaku. Shamira terpinga-pinga memandang aku. Amri pula sudah tercegat di depan pintu.
            “Keluar! Keluar! Kau lelaki tak guna! Lelaki tak guna!” kata Shamira. Aku terus masuk ke dalam bilik Shamira dan mengambil kain yang ada. Separuh bajuku sudah terkoyak.
            “Kita buat aduan ke balai polis ya Tasya?” aku menggeleng. Jika diketahui oleh semua orang yang Amri mencerobohi rumahku, aku dan keluargaku yang akan malu. Ah, aku tidak mahu. Biarlah aku mendiamkan hal ini.
            Aku membenarkan Amri keluar dari rumahku secara baik. Aku tidak mahu membuat laporan polis tetapi aku memohon agar pertunangan kami diputuskan. Cincin tunang aku kembalikan.
            Telefon bimbitku yang berbunyi menerbangkan semua ingatanku tiga bulan yang lalu. Buku pelajaranku pun sudah terbiar di atas meja. Aku cepat-cepat menekan butang hijau.
            “Assalamualaikum Tasya,” Shamira terus memberikan salam. Aku menjawab.
            “Kau tak balik Mira?” soalku segera. Shamira ketawa.
            “Kau di mana ni?” soalku. Aku tidak dengar orang mengetuk pintu.
            “Kau takutkan? Cepat buka pintu,” kata Shamira. Aku terus berdiri dan menekan punat merah.
            “Syukurlah kau balik, aku bimbang pula kejadian menimpa aku hari tu,” kataku yang sudah kegembiraan kerana teman sekerjaku sudah pulang. Kami berpelukan dan aku membawanya duduk di sofa comel kami di rumah kecil kami itu. Pasu bunga palsu aku ketepikan ke tepi meja.
            “Aku mesti pulang. Aku bimbang kan kau sorang-sorang di rumah ni. Ayah aku pun bimbang juga. Jadi urusan kau sudah selesai?” soalnya melihat tubuhku dari atas ke bawah. Aku hairan.
            “Kenapa kau tengok aku macam tu?” aku bertambah hairan.
            “Tak ada yang berubah,” jawabku cepat-cepat. Shamira ketawa. Aku turut ketawa kecil. Malam semakin tua. Kata orang tua-tua, tak baik ketawa kuat-kuat kalau tengah malam.
            “Kau dah nikah?” aku angguk.
            “Kau kan tahu. Mak ayah kau pun hadir. Kau saja yang tak sudi,” kataku merajuk.
            “Alaa, janganlah merajuk, aku ada kelaskan dua hari tu, sampai malam pula. Nanti kau salin nota-nota yang aku dah salin tu,” kata Shamira. Aku memeluk Shamira semula.
            “Aku tak merajuk. Jangan bimbang. Terima kasih kerana prihatinkan aku,” kataku. Kalau tidak aku akan tidur sorang-sorang malam ini.
            “Sepupu kau layan kau dengan baik?” soalnya. Aku angguk.
            “Dia kan orang baik-baik, mestilah dia akan layan aku dengan baik,” kataku menutupi kekurangan suamiku di atas kertas itu. Shamira senyum.
            “Mesti dia sayangkan kau kan?” aku angkat bahu. Tidak tahu bagaimana hendak membuka cerita mengenai suamiku itu. Mestilah kami sama-sama masih terkejut.
            “Dia tak cakap, mungkin dia sayang aku sebab aku sepupu dia. Mak dan mak long adalah dua bersaudara yang sangat baik. Hubungan mereka erat. Jadi kami pun tak nak gaduh-gaduh,” Kataku. Shamira mungkin memahami.
Tetapi aku sedar, lama-lama dia akan faham. Nukman Faris tidak akan pernah mencari aku apatah lagi datang ke rumah tempatku bertugas ini selepas ini. Aku tahu Nukman Faris sudah melepaskan tanggungjawabnya terhadapku. Kami sudah berjanji dan aku bersetuju. Haha, memang sakit tetapi aku tidak boleh buat apa-apa. Bersyukurlah sebab sudah terlepas dari siksa fitnah orang kampungku.
“Sepupu kau orang baik-baik. Satu hari dia akan datang kepada kau dan menyedari cintanya ada untukmu,” syahdu kurasa. Tidak kusangka Shamira akn berkata begitu kepadaku. Apakah dia melihat sedalam itu cinta Nukman Faris kepadaku? Ah, aku tidak tahu sama ada kata-kata itu kata-kata keramat atau kata-kata yang menyakitkan hatiku?
“Entahlah Mira, aku tak pandai nak cakap. Kau tahulah kan, kami kahwin macam sangat ekspress. Dia cuti aje terus mak dia bawa menikah di kampung aku. Tapi kami dah jumpa seminggu sebelum tu,” kataku. Shamira angguk. Mungkin dia kasihan kepadaku.
“Jangan sakitkan kepala kau Tasya. Masalah kau sudah selesai. Kau harus fokus impian kau selepas ini. Kita sama-sama nak cari ilmu. Kita buat apa yang patut lepas ni. Aku pun tidak mahu kau sedih-sedih lepas ni. Sudahlah kau fikir-fikirkan si Amri tu. Dia sudah dengan dunia barunya,” kata Shamira. Aku peluk Shamira.

“Ya terima kasih. Aku yakin aku boleh buat yang terbaik selepas ini,” kataku yakin dengan kata-katanya.

Sunday, December 29, 2013

Novel Kuimpikan Bahagia 10

10


Kenapalah suaminya itu datang semula ketika dia sudah menyediakan tiket perjalanan dan segala-galanya untuk sebuah perjalanan yang jauh dan agak lama itu. Dia sudah berkira-kira untuk tidak akan kembali lagi ke  negerinya ini selagi pengajiannya tidak tamat.
Mampukah Nuha Qarina? Apatah lagi dengan pujuk rayu lelaki yang memegang gelaran suami itu tidak pernah berhenti datang ke rumahnya ini. Namun, dia terpaksa menolak pelawaan lelaki itu demi untuk tidak mengecewakan banyak pihak dalam hal ini. Dia tidak mahu bakal isteri mudanya akan sakit hati dengan tindakannya keluar berdua-duaan dengan lelaki itu.
“Apakah yang kau fikirkan Nuha? Macam ada sesuatu yang berat pula kau fikirkan? Ada apa-apa ya?” soal Kartika tiba-tiba. Dia menutup matanya hendak melupakan lelaki itu. namun, siapalah dia hendak melupakan lelaki yang telah mencuri hatinya ini.
“Tak ada apa-apa Ika. Tapi, saya ni memang hari-hari fikirkan sesuatu yang berat! Maklumlah, kan! Saya… saya sedang mengemaskan barang-barang dan dokumen penting ni! Takut ada lagi yang terlupa, takut Ika juga yang susah nanti!” kata Nuha Qarina perlahan.
“Buat apa Ika nak susah hati. Kalau ada barang ynag tinggal nanti Ika hantar ke kondo Ika tu, apa yang susah!” kata Kartika bergurau. Dia tergugat dengan jawapan itu. kartika tidak sepatutnya berbuat demikian. Kondominum itu banyak menyakiti hatinya. Dia tidak mahu ke sana lagi.
“Hiss, janganlah macam tu Ika. Ika kan janji tak akan beritahu dia, tolonglah Ika. Kau saja sahabat aku dalam dunia ni!”
“Tapi, takkan dia tak mahu tahu ke mana kau pergi? Tentu dia akan sibuk bertanya dengan mak kau kan?” Nuha Qarina mengangkat bahunya. Dia tidak betah membayangkan kalau-kalau lelaki itu berusaha lebih untuk menjejaki dirinya nanti. Dia benar-benar takut pula jadinya. Kalaulah lelaki itu tidak datang semula dalam hidupnya, alangkah baiknya!
“Janganlah sangka yang bukan-bukan Ika. Aku tak mahu dia tahu ke mana aku! Dia kan sudah isteri kedua, aku ngeri kalau dia tahu lagi ke mana aku pergi! Aku kasihankan isteri mudanya tu. Aku tak mahu isterinya menjadi macam aku, terbiar dan terluka!” kata Nuha Qarina lantas menyapu air mata yang menuruni matanya.
Dia sebenarnya tidak kuat hendak menghadapi keruntuhan rumahtangga yang sekelip mata itu. namun, kepada siapa dia mengadu? Hanya kepada Allah dan sahabatnya yang mengerti. Orang lain yang mengetahuinya hanya memandang tanpa emosi.
“Eh, eh Nuha dapat hadiah pula. Dari siapa tu?” soal Kartika lagi. Nuha Qarina memandang ke atas mejanya. Dia terlupa menyimpan hadiah yang masih berbungkus di dalam kotak yang berbalut cantik itu.
“Entah, siapakah manusia yang malang memberikan hadiah tu! Saya tak dapat nak menerimanya! Awak ambillah kalau mahu!” kata Nuha Qarina perlahan.
“Boleh tak kalau Ika yang tolong bukakan? Aku tak mahu ambil hadiah ni, ni tentu istimewa dari seorang kekasih yang merindui kekasihnya, buat apa aku nak ambil!” soal Kartika perlahan. dia masuk ke bilik Nuha Qarina dan duduk di birai katil.
“Bukalah! Bukannya ada apa-apa tu! Aku malas nak fikir fasal benda tu!” katanya perlahan. dokumen perjalanan dimasukkan kembali ke dalam sampul surat. Baju-baju yang berselerakan di atas katil itu dipandangnya sahaja. Kartika terpaksa mengenepikan kain-kain yang berjejeran di atas katil itu untuk memberi ruang kepadanya untuk duduk.
“Eh, betulkah ni? Ni tentu benda berharga tau!” kata Kartika lagi. pandangan Nuha Qarina kosong. Apa-apa sahaja pemberian lelaki bernama Aliff Safwan itu  tidak lagi menjadi kegembiraannya. Dia sudah menamatkan kegembiraan dan apa sahaja perasaannya kepada lelaki itu.
“Tak apapun! Bukalah! Mari kita sama-sama lihat apakah yang di dalamnya!” kata Nuha Qarina sambil ketawa, seolah-olah hadiah tersebut bukan untuk dirinya. Bungkusan hadiah yang cantik itu sudah berada di tangan Kartika. Dulu, sebelum dia berkahwin dengan lelaki itu, menjadi kegilaannya menanti apakah pemberian Aliff Safwan setiap kali balik dari berurusan di luar negeri. Kini, segalanya sudah normal dan perasaan itu hilang sama sekali.
“Jangan-jangan, ia barang berharga tak?” kata Kartika lagi. Nuha Qarina ingin menangis apabila disebut barang berharga. Dia menggelengkan kepalanya.
“Mana ada berharga. Sedangkan Nuha pun dibuang. Inikah pula barang-barang macam ni! Tak ada nilainya kepada lelaki itu barang-barang macam ni!” kata Nuha Qarina bagaikan merajuk dalam kata-katanya. Kartika memandang ke anak matanya. Kartika tahu ada kekusutan di wajahnya.
“Mesti berharga. Kalau tak, mana dia bersusah payah mencari Nuha di sini! Mungkin dah lama dia cari Nuha! Mungkin hari tu dia hanya nak menguji keikhlasan Nuha mencintainya tak?” kata Kartika lagi. dia menyambung lagi. “Jangan-jangan, dia sudah lama mengintai Nuha di sini!” kata Kartika lagi meneka. Nuha Qarina mengangkat bahunya.
“Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku nak berangkat lusa. Yang aku tahu, esok ada jamuan makan malam di Promanade dengan Beatrice dan sahabat yang lain. Yang aku tahu, aku sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Yang aku tahu, aku akan terbang jauh dari bumi Sabah ini! Yang aku tahu, aku nak   berjauhan dengan dunia Aliff Safwan dan kekasihnya! Yang aku tahu, aku nak menatap semula buku-buku pelajaran macam dulu!” katanya perlahan. dia terasa jauh hati sekali sejak akhir-akhir ini. Ah, dia memang sudah lama jauh hati.
“Baiklah kalau macam tu, kita buka hadiah ni. Kita nak lihat apakah barang yang ada di dalamnya!” kata Kartika lagi. Nuha Qarina menganggukkan kepalanya. Tangan Kartika lincah menarik jalinan reben yang mengikat hadiah itu.
“Wow! Ini tentu mahal ni! Ya Allah, Nuha, berlian satu set. Rantai berlian, gelang, anting-anting dan cincin berlian! Ya Allah segala-galanya berlian! Untungnya kau Nuha dapat suami kaya macam tu! Lebih cantik lagi bentuknya berbanding set berlian yang kau dapat sewaktu hari pernikahan kau dulu Nuha!” kata Kartika lagi begitu gembira dengan apa yang baru dilihatnya.  Nuha Qarina mengangkat bahunya. Tidak memberi respon cepat mengenai pujian sahabatnya itu.
“Aku tak mahu benda-benda tu semua, Ika! Kalau kau mahu, kau ambillah. Nuha berlian tu tak ada gunanya kepada aku. Sedangkan Nuha Qarina dibuangnya, inikan pula  barang-barang yang boleh didapatinya dengan mudah di kedai-kedai! Kau ambillah Ika!” kata Nuha Qarina mengulangi permintaannya. Dia semakin sebak dengan apa yang dilihatnya. Kartika masih membelek-belek berlian yang bertatahkan emas putih itu.
“Ika, cantik kalau kau pakai tu. Kulit kau sesuai. Kalau kau pakai, tentu kawan-kawan kau menangis tahu!” kata Kartika dengan penuh kegembiraan. Dia sendiri tersendu perlahan.
“Tak mahu. Benda ni untuk kau. Buat apa aku ambil! Lusa, kalau kau jalan pakai benda ni, tentu cantik. Sesuai dengan kulit kau yang lawa, Nuha! Percayalah!” kata Kartika perlahan.
“Aku tak mahu benda-benda tu semua. Yang dulu tu pun masih ada dalam simpanan emak aku, Ika. Benda-benda macam ni tak ada gunanya dalam hidup aku ni!” kata Nuha Qarina lagi mengingatkan rumahtangganya yang goyah.
“Tak apalah, kalau kau tak mahu, nanti aku tolong hantarkan ke rumah mak kau. Biar mak kau simpan benda  ni ya. Mana tau suatu hari kau balik ke pangkuan suami kau tu, mesti benda ni kau perlukan!” kata Kartika lagi. Nuha tidak ada reaksi. Dia memilih diam.
“Nuha, kau kemaslah barang-barang kau ni ya. Aku nak tidur. Esok aku kerja. Mungkin esok aku akan balik lambat sikit. Boss bawa aku jumpa client di Paradise Resort. Kau dah serah tugas kan?” kata Kartika lagi.
“Sudah tapi aku nak ke sekolah juga. Aku nak jumpa dengan kawan-kawan aku.” Kata Nuha Qarina tiba-tiba berasa lebih sayu mengenangkan kawan-kawannya yang bakal ditinggalkan. Kalau Aliff Safwan tidak memilih untuk berkahwin lain, sudah tentu dia menolak tawaran belajar ini. Tetapi, dia memikirkan tidak ada apa-apa yang tinggal di sini, dia pun memilih belajar semula, meyambung cita-citanya yang terputus di tengah jalan.

            “Oklah Nuha. Kita jumpa lagi. Selamat malam! Jangan sedih-sedih lagi ya, abang sudah datang tu bawakan kereta baru untuk Nuha!” kata Kartika lantas bergerak perlahan ke biliknya. Kepala Nuha sempat dipegangnya seketika. 

Saturday, December 28, 2013

Novel Cinta Sang Pilot 6


Bab 6

“Ya sayang, saya pun rindukan sayang juga. Balik? Mestilah nak balik! Saat ni pun saya nak balik jumpa sayang. Tak sabar nak jumpa kekasih saya yang comel tu! Nak peluk cium kekasih yang saya cintai, rindui,” begitu mesra dia bercakap di telefon bimbitnya di ruang balkoni bilikku ini.
            “Sayang nak ke mana? Eropah? Buat apa? Pertunjukan fesyen! Ala, tak dapatlah kita nak jumpa! Rindu sangat tau! Memang saya rindu sangat kat sayang!”
Aku terduduk di birai katil mendengar bicara mesranya itu. Aku sedih dengan nasibku ini. Sepatutnya orang lain yang menjadi pengantin baru akan berasa gembira dengan pasangannya. Tetapi aku merana. Dua kali merana sebenarnya. Putus tunang dan tidak diakui oleh suami sendiri. Hubungan kami hanya di atas kertas!
“Bila sayang balik ke Malaysia? Tiga minggu lagi? Lamanya tu!”
Memang banyak kudengar hubungan yang hanya diakui di atas kertas, tetapi aku ingat ia hanya sah di dalam novel-novel cinta yang kubaca. Rupanya kisah kejadian sebenar berlaku kepada diriku. Entah bala apakah yang menimpa aku kini! Memang lumayan pedihnya perasaan ku! Janganlah aku berendam air mata selepas ini!
            “Sayang... sayang! Jangan bimbang! Saya takkan jatuh cinta dengan sepupu saya ni! Kami sudah ada perjanjian! Ya, tiba masanya nanti, kami akan lakukan apa yang sepatutnya! Saya akan ceraikan dia! Tapi, bukan sekarang!” jawabnya di talian.
Kemudian dia ketawa mesra. Kalau dengan aku, jangan harap dia akan ketawa mesra. Kecuali di depan ibu bapa kami. Dia memang pandai berpura-pura.
‘Ya Allah sakitnya hatiku. Ya Allah jangan Kau duga aku begini. Aku tidak sekuat ini menghadapi hukuman ini. Hukuman ini sebenarnya membunuh aku!’
“Balik? Saya akan balik petang ni sayang! Tak sabar nak jumpa sayang! Tapi sayang tak de pulak. Dah tiga hari saya macam patung di rumah kampung ini, sayang tahu tak?” jawabnya lagi. Kalau dengan aku, tak sabar dia hendak balik ke bandar bertemu dengan kekasih hatinya.
‘Aleh, tak sabar jumpa kekasih konon!’
“Hmm, biarlah dia dengan hidup dia, dan saya dengan hidup saya! Kami sudah ada perjanjian lah sayang! Don’t worry babe!” katanya. Dia ketawa. Aku bertambah pilu. Aku pura-pura membaca buku cerita yang baru aku beli minggu lalu. Dia masuk ke dalam bilik semula.
“Aku akan balik ke bandar petang ini. Awak balik ke mana?” soalnya. Aku kekok sebenarnya. Kekok hendak bercerita dengannya. Cukuplah dia membantu menutupi aibku selama tiga hari ini. Dia memang sudah menjalankan tugasnya dengan baik. Orang kampung percaya dengan kehadirannya.
            “Saya akan balik ke rumah sewa saya. Hari Isnin saya kerja,” jawabku. Aku angguk. Sedih pula hatiku. Selama tiga hari kami sama-sama di rumah ini. Dan, aku tidak mengambil cuti sempena pernikahan ini.
            “Saya akan hantar awak?” soalnya. Aku pandang wajah kacak dengan kulit kemerah-merahan itu. Aku geleng.
            “Tak perlu nak susah-susahkan diri, cukuplah tiga hari awak dah tolong saya, saya bawa kereta sendiri,” jawabku. Sebenarnya dadaku sebak. Ah, buat apa aku nak menangis. Bukan bawa untung, pujukku kepada diri sendiri. Tetapi kenapa aku sangat sebak juga?
            “Kita bertolak sama-sama,” aku angguk. Aku tunduk dan tidak mahu melihat matanya.
            “Selepas ini kita akan meneruskan hidup kita macam biasa,” pesannya lagi. Dia ingat aku sudah lupa akan perjanjian kami.
            “Baik, kita akan bertolak sama-sama tetapi lain-lain destinasi,” katanya. Aku angguk juga.
            “Terima kasih sekali lagi sebab tutup aib saya,” aku mengulang semula. Aku memang terhutang budi kepadanya.
            “Tak apa, tetapi syarat saya awak kena patuhi, jangan ganggu hidup saya selepas ini,” jawabnya. Aku angguk.
            “Oh ya, sebelum saya lupa, awak mengandung berapa bulan?” aku terkedu. Fitnah orang kampung sukar kutahan. Aku diam. Aku menahan pilu di dada.
            “Tak apalah kalau awak tak nak cerita,” katanya pula. Dia sudah keluar semula ke ruang balkoni.
            ‘Sebenarnya aku tak mengandung! Orang kampung dan bekas tunang aku saja yang fitnah aku! Ibu bapa aku pula percaya bulat-bulat fitnah tu!’ aku hanya mampu bersuara dalam hati. Tidak sampai hati aku hendak bercerita perkara yang sebenarnya.
 ***
“Kami pergi dulu ayah,” katanya sambil menyalami tangan ayahku. Ayahku membisikkan sesuatu di telinganya.
Aku melihat air mata ayah bergenang di kolam matanya. Entah apa yang ayah pesankan kepada lelaki itu. Nukman Faris terangguk-angguk mendengar pesanan ayahku. Begitu besar harapan ayah kepada suami di atas kertasku itu? Aku dan emak hanya memerhati dari jarak agak jauh. Kami menghampiri ayah dan Nukman Faris setelah mereka berdua memandang ke arah kami.
            “Jaga suami baik-baik nak. Ayah dan emak dah lepaskan kamu kepada suami kamu ni. Jadi kamu berdua pandai-pandailah menjaga rumah tangga kamu ya,” kata emak pula. Nukman Faris mengangguk.
            “Ya mak, jangan risau mak,” kataku pula. Kami berpelukan. Aku teresak-esak dalam pelukan emak. Aku bagaikan tidak mahu berpisah dengan ibu bapaku saat ini. Namun kerana tugasku, terpaksa juga aku berangkat. Aku takut esok aku tidak akan sempat ke tempat kerja. Kemudian aku menyalami ayah pula.
            “Mak dan ayah doakan hubungan kamu akan sentiasa dirahmati dan berpanjangan,” kami berpandangan. Masing-masing kami menelan air liur yang terasa pahitnya. Aku  tertunduk akhirnya.
            “Tasya,” panggilnya lembut. Aku memandangnya. Dia tersenyum. Aku tahu itu senyum yang dibuat-buat untuk mengaburi ibu bapaku. Dia menghulurkan tangannya. Aku cepat-cepat menyalami tangannya dan dia memeluk tubuhku lantas mengucup dahiku. Syahdu kurasakan. Mungkin kerana kami akan berpisah lama dan kami tidak sehaluan lagi selepas ini.
            “Ingat janji kita ya, jangan sampai mak ayah awak tahu,” itu sahaja yang dibisikkannya. Aku mengangguk dengan air mata bergenang di pipi.
            “Kamu akan terus ke rumah ibu bapa kamu Nukman?” Nukman Faris terus mengangguk.
            “Tak dapatlah kamu ke rumah Mak Long kamu Tasya, kamu  tak ada cuti lagikan!” kata emak. Aku angguk. Aku tidak sepatutnya memohon cuti dalam keadaan hubungan kami yang tidak sebaik pasangan lain.
            “Hujung minggu saja mak,” jawabku sedih. Sebenarnya aku masih ada cuti beberapa hari lagi. Aku sengaja tidak mahu memberitahu kepada emak. Aku bimbang jika emak memaksa aku pergi ke rumah Nukman.
            “Tak apalah mak, nanti saya jemput Tasya ke rumah mak ayah saya, minggu depan saya dah fly ke Australia,” katanya memujuk ibu bapaku pula. Aku faham tugasnya yang selalu ke luar negara. Namun walaupun dia tidak bertugas, aku tahu dia tidak akan mempedulikan aku lagi.
            “Tak bawa isteri sekali?” soal emak seperti memerangkap. Terkejut Nukman Faris. Mataku lagi, sudah membuntang. Soalan emak terlalu drastik. Takkan bertugas pun Nukman Faris hendak bawa isteri. Memang tidak masuk di akalku.
            “Err, saya kan mengajar mak, ayah,” jawabku cepat-cepat. Aku tahu Nukman Faris sudah bengang dengan soalan atau amaran itu.
            “Ya tak ya juga kan, nanti-nantilah ikut Nukman ke luar negara Tasya,” kata emak. Aku angguk. Aku tidak tahu di mana sepatutnya aku letakkan mukaku.
            “Ya mak, jika ada kesempatan saya akan bawa Tasya ke luar negara dengan mak dan ayah sekali, kan Tasya?” aku angguk apabila namaku disebut.
Aku tahu dan pasti hal itu tidak akan berlaku. Ini kerana kedua ibu bapa kami tahu situasi sebenar pernikahan kami. Walaupun ibu bapanya sangat gembira dan reda dengan pernikahan kami tetapi dari sisi Nukman, tidak selari dengan harapan ibu bapa kami.
“Insya Allah, mudah-mudahan hajat kita semua disampaikan Tuhan,” kata ayah pula. Aku mahu sahaja demam mendengar kata-kata ayah yang berbaur doa itu. Aku melihat dalam rembang sinar matahari, Nukman Faris tersenyum manis memandang emak dan ayahku. Tuhan, berilah aku kekuatan!
“Kirim salam dengan mak ayah kamu Nukman,” kata emak. Nukman Faris mengangguk dan tersenyum manis. Ah aku sudah jatuh cinta berkali-kali dengan wajah kacak itu.

“In sha Allah mak, ayah. Saya pergi dulu,” janjinya. Aku terus menapak ke kereta Myviku. Dia pula bergerak ke kereta BMW hitam model terbarunya. Aku hanya mampu memandang!

Novel Kuimpikan Bahagia 9

9


Azan menandakan waktu Isyak sayup-sayup kedengaran ketika Nuha Qarina membuka pagar rumah yang dikongsi bersama sahabatnya Kartika. Pada waktu pejabat sudah berakhir, perkhidmatan teksi memang sukar hendak diperolehi. Dia keletihan mendapatkan teksi petang itu.
Dilihatnya ada kereta Kartika sedang berparkir di dalam pagar itu tetapi terdapat sebuah lagi kereta Vios berwarna hitam seperti kereta yang pernah menjadi miliknya berparkir di situ? Siapa yang datang? Bisiknya tanpa sempat melihat nombor flat kereta itu. Berdebar keras jantungnya. Selama beberapa bulan dia di sini, tidak ada sesiapa mencarinya, hatta keluarganya sekalipun. Dia bagaikan orang asing di rumah sewa sahabatnya ini.
Ah, mungkinkah kawan-kawan Kartika yang datang ke rumah mereka ini lagi seperti minggu lalu? Tetapi, malam ini bukan malam minggu, bisiknya lagi. Kereta itu pula bagaikan kereta yang amat dikenalinya. Mungkinkah dia? Apa mahunya? Bisiknya lagi. Dia terus mengambil tas tangannya lantas mengunci keretanya yang sudah habis dibayarnya tahun lalu.
            “Nuha sayang! Kenapa lambat balik sayang!” bagai hendak gugur sekali lagi jantungnya ketika mendengar suara yang biasa didengarnya memanggil namanya. Aduh, kenapa lelaki itu mengetahui tempat tinggalnya? Bisiknya perlahan. dia lebih kesal dengan apa yang baru berlaku.
Sepantas kilat dia mengubah posisi tubuhnya dan menoleh ke belakang. Lelaki itu sedang merenungnya dengan mata yang berkilat dan dengan wajah yang bercahaya! Apakah mimpi lelaki yang sudah dibuang dari hidupnya ini? Bisiknya lagi. Rupanya lelaki itu sedang berdiri di sisi kereta Vios itu tidak jauh di belakangnya.
Tergamam benar dia melihat tubuh tinggi lagi tegap yang sudah bergerak menghampirinya itu. Kenapa dia tidak boleh mengesan lelaki itu sebentar tadi? Ah, kenapa lagi lelaki ini berada di sini? Ah, kenapalah dia tidak perasan akan kereta Vios yang baru sahaja berparkir di rumah sewa mereka ini. Bisiknya. Wajah dan bayangan yang inilah yang bakal dilupakannya agar dia tidak sasau lagi apabila dua tahun berada di luar negeri kelak.
Tetapi, wajah dan bayangan yang cuba dibuangnya jauh-jauh ini seperti sengaja hendak mendekatinya semula. Kenapakah lelaki itu datang mencarinya? Mendapatkan haknya yang belum terusik? Aduh, apakah yang wajar dilakukannya? Bisiknya bimbang.
Di manakah dia hendak menyembunyikan dirinya lagi? bukankah sudah terang-terang lelaki itu sudah bergerak menghampirinya?
            “Hmm…errr…janggal perasaannya dipanggil begitu! Kita kan sudah memilih untuk tidak sehaluan, kenapa datang lagi?” katanya tergamam dengan kehadiran lelaki itu.
            “Salahkah saya cari isteri sendiri? Takkan Nuha nak biarkan abang cari kekasih lama?” bisik Aliff Safwan di telinganya. Pinggangnya sudah dirangkul kemas. Takut merajainya. Dia masih terkaku dan terkejut dengan aksi pantas lelaki itu. Lelaki itu terus memegang tangannya dan mengucupnya lembut. Selama dia bersama dengan lelaki itu, dia tidak pernah diperlakukan sebaik itu. Itu yang menyebabkan dia masih tergamam dengan aksi itu. Perlahan dia menepis rangkulan tangan kekar lelaki itu.
            “Ada apa awak datang ke sini? Apa hal yang penting? Kalau datang sini kerana nak bagi harta, minta ampun, Nuha tak mahu terima semua harta tu semua walaupun Nuha datang dari keluarga yang miskin!” katanya tegas tetapi suaranya bergetar.
Dia tidak mahu mengasari lelaki itu seperti tadi. Mereka bagaikan berjalan seiring dengan berpegangan tangan. Namun, tubuhnya beku bagaikan ais. Panggilan abang terhadap lelaki itu masih dikekalkannya.
“Nuha takutkan abang ya? Kenapa tangan Nuha sejuk? Macam ais batu!” kata lelaki itu menyeloroh. Dia masih tergamam. Dalam diam dia menarik tangannya tetapi lelaki itu mengetatkan pegangannya.
“Buat apa nak takut tapi tak sangka awak berani ganggu saya lagi!” katanya pula.
            “Salahkah abang melawat isteri abang? Kita kan masih ada janji yang belum abang tunaikan? Bukankah kita masih boleh berbincang? Sorry, abang datang ni bukannya nak bagi harta tapi kereta memang atas nama Nuha buat apa abang nak ambil? Siapa nak pakai kereta tu?” soalnya. Matanya tegak merenung wajahnya dari arah yang agak gelap itu. Nuha Qarina sedar lelaki di sisinya masih menagih janjinya hendak membawanya keluar makan malam ini. Namun dia sudah menolaknya awal-awal lagi.
            “Hmm…Aliff, Nuha, kalau ya pun nak bercerita, masuklah ke dalam dulu. Tak baik bercerita di luar tu! Silakan masuk,” kata Kartika tiba-tiba. Kartika membuka pintu rumah seluasnya untuk mempersilakan suami Nuha Qarina masuk ke  rumah mereka itu. Nuha Qarina sendiri berasa amat canggung dengan kedatangan suaminya itu namun dia cepat memahaminya.
            “Ya…ya, silakan masuk bang! Maafkan saya lupa nak persilakan masuk tadi, cuma  rumah kami ni kecik sikit!” katanya merendah diri. Ada kepedihan yang melingas di ruang hatinya yang lain. Namun, dia memaniskan mukanya. Dia tidak mahu Lelaki itu akan menuduhnya terlalu kecewa dan terluka dengan apa yang telah dilakukannya. Apatah lagi di hadapan sahabatnya sendiri.
            “Terima kasih, tak, rumah ni comel, dekorasinya sesuai macam tuannya juga.” Aliff Safwan lantas masuk perlahan. Nuha Qarina yang sedikit tercengang dengan tindakan suaminya yang agak gentlemen. Dia teringatkan kondominium mereka di atas bukit, kosong tanpa penghuni. Dia berasa terkilan sedikit. Ah, kalau diikutkan hatinya, dia tidak mahu mempelawa lelaki itu masuk ke rumah bujangnya itu. Kemudian, dia sendiri mengikuti di belakang suaminya itu.
            “Nuha, maaflah, sebenarnya saya sengaja tak panggil Nuha tadi. Sengaja nak buat kejutan untuk Nuha! Aliff dah tunggu lama tu! Takkan Nuha tak mahu memberikan dia sedikit peluang? Err, maksud saya peluang bercerita-cerita dulu dengan dia!” kata Kartika yang sudah menyediakan minuman ringan di atas meja santai mereka di ruang tamu itu sebelum dia menghilang diri di sebalik tangga menuju ke tingkat atas di rumah itu.
Nuha Qarina hanya menganggukkan kepalanya. Apa lagi yang dapat dilakukannya selain menganggukkan kepala. Lelaki itu sudah terpacul di luar rumah milik Kartika di mana dia menumpang ini. Dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
            “Silakan duduk bang! Inilah istana Nuha selama ni. Selama bertahun-tahun lamanya Kartika sudah tinggal di sini. Dulu mungkin abang tak tahu sebab abang terlalu sibuk dengan business! Tambahan pula abang tak pernah cuba mengetahui kehidupan Nuha, atau kita tak sempat nak bercerita, maklumlah abang sibuk!” kata Nuha Qarina bagaikan menunjukkan kelukaan hatinya. Dia semakin terkilan.
            “Bagus, tempat ni sesuai, dekat ke sekolah dan terletak antara tempat kerja dan bandar! Sungguh sesuai! Tak perlu Nuha nak drive lama-lama. Tapi, kalau tinggal di rumah kita di atas bukit tu lagi baik,” katanya terus memberikan komen. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan tidak mahu memberikan komen yang berlebihan kepada lelaki itu. gugup dia dengan frasa terakhir lelaki itu. Baginya, setahun perkenalan mereka, dia masih belum mengenali lelaki itu secara keseluruhannya.
            “Kenapa Nuha diam, tak betulkah kata abang tu?” soalnya pula bagaikan kehairanan. Dia mengangguk bagaikan dipaksa-paksa.
Dua minggu lamanya selepas bernikah dia pernah menunggu lelaki itu balik dari urusan perniagaannya. Dia melayan lelaki itu bagai raja tetapi akhirnya apa yang telah berlaku, lelaki itu hanya melayan dia seadanya. Balik dari pejabat terus tidur dan esok pagi, dia keluar lagi tanpa banyak kata. Makanan yang dimasaknya setiap hari tidak pernah disentuh oleh lelaki itu. Hanya dirinya yang menyibukkan dirinya bertanya itu dan ini sedangkan suaminya tetap kaku dalam tindakannya. Apakah makna semuanya itu? Sedangkan dia mempunyai cuti sekolah selama dua minggu lagi selepas nikah semata-mata hendak menyesuaikan diri dengan suaminya itu, tetapi apakah yang telah diperolehinya? Suaminya itu membawanya berbulan madu tetapi dia hanya memberitahu bahawa dia hendak mengahwini bekas kekasihnya dan memadukan dirinya? Adilkah segalanya bagi sepasang pengantin baru sepertinya? Dia sedar yang dirinya bukan dari golongan yang setaraf dengan lelaki itu. Itulah sebabnya dia bagaikan masih bermimpi dengan apa yang sedang berlaku kini!
            “Betul bang! Ya betul, memang betul!” katanya bagai ada getar di hujung suaranya. Dia masih terkejut dengan tindakan drastik suaminya ini. Sejak tadi, rasa terkejutnya belum hilang lagi kini dia datang lagi ke rumah tumpangannya ini. Apakah makna semuanya ini? Adakah kedatangan lelaki ini mempunyai tujuan lain selain hanya melawat? Bisiknya sendiri.
            “Nuha, abang datang ni sebab nak bawa Nuha keluar makan, pergilah siap!” kata Aliff Safwan lagi. Dia menarik nafas payah. Lelaki itu juga sukar hendak mengungkapkannya. Ah, dalam keterlewatan dia sampai ke rumah ini, lelaki itu mengajaknya lagi keluar, dia terasa sungguh letih.
            “Lain kalilah bang! Saya sangat penat ni! Lagipun saya dah makan tadi. Ketika ambil kereta di Putrajaya tadi saya singgah makan di gerai mamak! Jadi, saya dah kenyang sangat ni! Rasanya tak muat lagi di perut Nuha ni!” jawabnya, dia benar-benar ingin mengelakkan dirinya daripada lelaki yang telah menghancurkan harapannya selama ini. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Baginya, tidak ada harapan kedua itu.
            “Abang rindukan Nuha!” tiba-tiba tangannya disentuh dan lelaki itu mengungkapkan kerinduannya. Nuha Qarina hanya menundukkan pandangannya dan menarik tangannya perlahan. Dia benar-benar ingin menolak jauh-jauh lelaki itu. walaupun, bau minyak wangi Desire lelaki itu tidak pernah dilupakannya. Namun, kerana dia sendiri yang sudah dibuang begitu awal, menyebabkan dia selalu berasa nanar dan putus harapan kepada lelaki itu.
            “Bang, lain kalilah kita keluar ya. Saya sangat penat! Maafkan saya bang, saya benar-benar minta ampun. Lain kalilah abang datang lagi ya!” ulangnya lagi. Mata sayu lelaki itu dipandang. Dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu, tidak pernah terniat hendak melakukannya. Tetapi, dia lebih terluka dengan tindakan lelaki itu.
            “Nuha, abang datang ni sebab nak minta maaf dengan apa yang telah abang lakukan. Abang harap Nuha akan maafkan abang dan terima abang semula! Kita mulakan hidup kita semula! Mungkin ada yang perlu diperbaiki. Memang abang yang salah, menduakan Nuha…” kata Aliff Safwan. Sayu suara itu. Ada getar di hujungnya.
            “Nuha pun nak minta ampun dan maaf kat abang, mana tahu selama ini saya tak melayan abang macam yang sepatutnya sehinggakan abang memadukan saya. Ampunkan saya bang dari hujung kaki hingga hujung rambut! Namun, untuk bersama sepeti dulu, Nuha tidak ada keyakinan lagi bang! Maafkanlah Nuha.” katanya memohon ampun, tambahan beberapa hari lagi dia akan berangkat ke luar negara. Lelaki itu tidak harus diberitahu.
Hati Nuha Qarina sudah tertutup kemas hendak menerima tawaran lelaki itu untuk memulakan hidup baru. Dia sudah hilang keyakinan diri terhadap lelaki itu. Tambahan lagi apabila dia sendiri menyedari betapa dia belum mengenali lelaki itu sepenuhnya. Sewaktu bertunang dengan lelaki itu, lelaki itu banyak menghabiskan waktunya di pejabat dan urusan perniagaannya di Semenanjung dan luar negeri. Mereka jarang berjumpa.
Kerjanya sebagai guru di sekolah menengah juga sangat sibuk. Kalau mereka berjumpa pun, mereka hanya bercerita di ruang rumah ibu bapanya dan selebihnya di talian telefon. Atau, sesekali makan di luar. Mungkin benar, mereka belum mengenali hati budi masing-masing dan sepatutnya mereka hanya berkenalan sebagai kawan bukan sebagai suami isteri.
“Abang yang sepatutnya minta maaf Nuha. abang yang silap selama ini. Abang datang ni bawa Nuha kembali ke rumah kita! Abang benar-benar menyesal dengan apa yang telah berlaku Nuha. Berikanlah abang kesempatan itu Nuha!” kata Aliff Safwan lagi bagaikan merayu dirinya.
Wajah isterinya direnung lama. Nuha Qarina benar-benar tidak berkeyakinan apatah lagi jadual penerbangannya ke luar negara kian dekat. Barangkali kalau dia tidak mengambil keputusan untuk belajar untuk belajar lagi, mereka masih ada harapan untuk bersama semula. Tetapi, apakan dayanya, dia harus melanjutkan pelajarannya yang tidak sampai ke mana.
            “Berikan saya waktu untuk berfikir bang! Bukan mudah menerimanya dalam waktu yang singkat ini. Saya bagaikan masih terkejut dengan apa yang berlaku. Berikan saya waktu! Tapi, saya benar-benar minta dilepaskan bang. Saya tidak mahu menjadi duri dalam hubungan kalian berdua!” katanya perlahan. air matanya bagaikan bergayut di lembah matanya yang bening itu.
Pantas lelaki itu menyambar tangannya lalu mengucupnya seolah-olah mereka adalah sepasang suami isteri yang sedang memadu kasih sayang itu. Pantas juga Nuha Qarina menarik semula tangannya. Dia tidak rela diperlakukan sesuka hati oleh lelaki itu sekalipun lelaki itu masih lagi suaminya. kemas pegangan lelaki itu, teramat sukar hendak dirungkai.
            “Maafkan abang sayang. Abang yang salah. Abang bersalah sayang! Maafkan abang sayang!” kata Aliff Safwan bertalu-talu.
            “Maafkan saya bang,. Tak baik kalau Kartika nampak bang! Kartika anggap kita sudah tidak ada hubungan suami isteri!” Katanya setelah menyedari tindakannya dan dilihatnya Aliff Safwan sangat terkejut dengan apa yang dilakukannya.
            “Nuha kan isteri abang, apa yang nak Nuha malu? Nuha, memang abang bersalah selama ini. Abang mengakuinya. Tapi abang benar-benar minta agar Nuha kembali ke pangkuan abang. Jangan tinggalkan abang Nuha! abang tak ingin berseorangan di rumah kita tu sayang.” Katanya lagi. Nafasnya termengah. Nuha Qarina hanya menganggukkan kepalanya.
            “Please bang. Jangan paksa Nuha. abang sudah ada pengganti Nuha. jangan buat Nuha begini bang! Nuha tahu yang Nuha tidak ada nilai di mata abang! Biarkanlah Nuha teruskan hidup Nuha begini bang,” katanya sayu. Sebak menguasai dada rumitnya. Nafasnya sesak. Lelaki itu tidak mahu melepaskannya. Dia bimbang lagi Kartika tiba-tiba keluar dan melihat perlakuan suaminya itu.
            “Berikanlah abang kesempatan Nuha. sekali ini saja. Abang janji akan memberikan yang terbaik buat Nuha dan anak-anak kita yang bakal lahir kelak!” rayunya lagi. ‘Anak?’ soalnya dalam hati. Dia tidak terfikir lagi tentang masa depan sebuah rumahtangga selepas suaminya meminta dia hendak berkahwin dengan bekas kekasihnya itu. hatinya menolak. Tetap menolak. Hatinya sudah beku.
            “Nanti akan Nuha fikirkan. Sekarang Nuha banyak kerja nak diselesaikan! Tak apakah kalau Nuha masuk ke bilik dan awak balik semula ke rumah mana-mana yang awak suka!” perintahnya perlahan. wajah lelaki yang masih memeluk pinggangnya itu dipandangnya.
            “Ya, abang akan berikan waktu selama manapun yang Nuha inginkan. Hmm, ini abang ada belikan Nuha hadiah. Nanti Nuha ambil ya! Kereta Nuha dah abang hantarkan. Oh ya Nuha, esok abang akan pergi ke London, ada meeting. Kiranya abang nak bawa Nuha ke sana, tapi…tak apalah kalau Nuha tak sudi!” katanya lagi sebelum berlalu.
            “Terima kasih bang. Jangan menyusahkan diri untuk Nuha bang. Kelak abang akan menyesal!” Katanya penuh sebak.
Dia menghantar pemergian lelaki itu dengan matanya. Seketika dia bengang sekali. Entah angin apa yang merasuknya sehingga dengan begitu cepat dia berubah. Melihat kotak berbungkus cantik itu, hati Nuha Qarina nanar sekali. Malam  dia mungkin  langsung tidak dapat mengemaskan barangnya apatah lagi melelapkan matanya! Walau sepicingpun ia tidak berlaku!
           






Friday, December 27, 2013

Novel Cinta Sang Pilot 5

Bab 5


Dia serba-salah hendak masuk ke bilik pengantin pada malam kedua dia bernikah. Selepas solat Isyak tadi, dia terus keluar dari bilik pengantin tadi. Tidak betah dia berada di dalam bilik itu lama-lama. Rasa menyesal pun ada. Ini kerana mama dan papanya sudah membuat tawaran untuk bermalam di hotel yang berhampiran dari kawasan tempat tinggal Natasya Umaira. Tetapi dia menolak mentah-mentah. Baginya, pernikahan sementara tidak harus diraikan secara berlebihan.
Buat apa nak tinggal di hotel sakan! Lainlah kalau dia bernikah dengan kekasihnya Rozila. Barulah dia akan meraikan pernikahannya secara besar-besaran seperti impiannya. Kemudian mereka akan berbulan madu di Paris seperti permintaan Rozila kekasihnya! Ah, kenapa nasibnya terpaksa bernikah dengan sepupunya pula!
Mereka pun bukan nak buat apa-apa. Dia hanya sekadar menutup malu keluarga mak ngahnya dan malu Natasya Umaira sendiri. Natasya Umaira sendiri yang memintanya begitu. Cukuplah tiga hari dia menjadi suami kepada Natasya Umaira. Itu janji Natasya Umaira yang menyebabkan dia bersetuju sangat-sangat. Apatah lagi pujukan emak Natasya Umaira dan mamanya menyebabkan dia terpaksa akur. Tetapi dari butir cakap mamanya, Natasya Umaira akan menjadi isterinya seumur hidupnya. Itu yang dia bingung. Tetapi dia tidak payah hendak pening-pening. Apa yang penting ialah perjanjian bertulis yang telah dibuatnya bersama Natasya Umaira di depan peguamnya, Encik Rahman.
Dia terbayang wajah gadis yang juga sepupu sekalinya, Natasya Umaira. Gadis yang tinggi lampai tetapi ketinggiannya tidak dapat menyamai ketinggian Rozila kekasihnya. Gadis itu pernah menjadi pramugari di tempatnya bekerja tetapi sekarang sudah menjadi model sepenuh masa. Memang tip-top kekasihnya itu. Siapa yang tidak bangga mempunyai kekasih yang secantik Rozila!
Namun, gadis yang selalu dia sakat kecil mereka masih kecil dulu kini sudah menjadi gadis yang cantik dan ayu. Aduhai! Kenapa pula hatinya memuji-muji kecantikan sepupunya sendiri. Apakah dia sudah jatuh cinta? Ah, tak mungkin! Cintanya kepada Rozila sekukuh cinta tugu Taj Mahal di India. Mana mungkin cintanya runtuh sekelip mata hanya kerana memandang gadis cantik yang sudah sah menjadi isterinya!
Natasya Umaira, si gadis gemuk dan pipinya montel. Si gemuklah gelaran yang sesuai untuk Natasya Umaira. Tidak pernah dia memanggil nama Natasya walaupun mamanya selalu menyebut nama Natasya Umaira di depannya. Meluat dia kalau mamanya menyebut Natasya Umaira. Benci mengingatkan gadis gemuk itu.
         Tetapi selepas pernikahan mereka pada pukul 11.00 pagi tadi, dia sungguh terkesima. Nak pengsan pun ada. Natasya Umaira yang disangkanya gemuk itu sudah menjadi gadis yang bertubuh kecil dan agak kurus. Hanya pipinya yang masih comel. Matanya yang sederhana besar dan lentik bagai bentuk hujung sirih sungguh mengejutkannya. Natasya Umaira rupanya sudah tumbuh sebagai seorang gadis yang cantik, ayu dan bukannya gemuk seperti sangkaannya sepuluh tahun yang lalu.
         Namun, dia sudah terlepas cakap, hendak membenci Natasya Umaira. Ketika dia mengungkapkan kata-kata menyakitkan di telinga Natasya Umaira, dia sendiri melihat wajah gadis itu berubah agak kemerah-merahan dan mungkin juga malu. Kasihan Natasya Umaira. Tetapi Natasya Umaira yang baru dikenalinya kini begitu pandai menutup perasaannya. Dia tersenyum manis sepanjang majlis bermakna baginya mungkin!
Dia pula tersenyum manis seolah-olah sangat bahagia bergambar di sisinya. Dan, perasaan bersalahnya ditutup rapat-rapat dengan bergambar dan memberikan kerjasama sepanjang penggambaran selepas pernikahan dan persandingan ringkas mereka tadi.
         “Nukman, kenapa termenung depan tv tu, pergilah masuk ke bilik, Natasya dah lama tunggu tu!” nah! Dia sudah tertangkap! Entah apa yang dibayangkannya. Dia tersipu malu.
         “Tak ada mak, tengok rancangan kartun eh rancangan sukan ni,” katanya tersasul-sasul. Puan Zurain tersenyum melihat telatah menantunya.
         “Pergilah tidur. Esok kita ada aktiviti lagi,” kata Puan Zurain. Dia angguk. Dengan perasaan yang berat dia masuk ke dalam bilik. Dia tahu pasti Natasya Umaira sudah tidur.