Wednesday, September 18, 2013

Novel: Isyarat Cinta 18

Bab 18


Hari Jumaat yang membahagiakan sebelum dia menghadiri kuliah pada keesokan harinya. Dia seakan malas hendak bangun pada pagi itu. Tiba-tiba telefonnya yang berwarna pink itu berbunyi. Kuat pula! Itu yang menyebabkan sakit telinganya mendengar suara yang bingit. Ini semua lelaki itu punya fasal. Sempat lagi dia membebel di bawah lindungan bantal. Ini kerana, lelaki itu telah menukarkan telefon Nokianya yang hanya berharga RM100 itu dengan telefon pintar Samsung S4 yang terbaru. Mahu sahaja dia membuang telefon itu namun dia tidak sampai hati. paling-paling dia melontarkan ke atas tilam empuk bersaiz ‘King’ itu.
            Dia lega telefon itu berhenti berbunyi. Mungkin itu alarm yang ditukarkan oleh lelaki itu di telefonnya.
            “Eh, siapalah yang ganggu akupagi-pagi buta ni! tak ada masa lain kah nak ganggu? Si Irfan bertuah tu pun sudah pergi dengan hanya meminum milo dan sekeping roti, ini siapalah yang ganggu aku ni!” sempat lagi dia membebel. Dia sudah menarik selimutnya. ‘Takkan Irfan! Apa yang dia mahu pagi-pagi ni? kalau betul dia memang aku jerit kuat-kuat!’ Bisiknya lagi. Telefon terus berbunyi lagi. Mahu atau tidak dia terpaksa turunkan selimutnya dan letakkan bantal empuknya di tempat yang sesuai.
            “Helo, ya, asalamualaikum,” kata Adawiyah.
            “Walaikumsalam, eh Wiyah kau ke mana tak angkat telefon? Kau kerja?” soal suara di hujung talian. Terus mata Adawiyah terbuntang.
            “Mak? Err ingatkan siapa tadi,” katanya.
            “Kau tak jawabpun soalan mak,” Adawiyah ketawa kecil.
            “Dengar suara serak kau pun mak tahu kau tak bangun lagi. Eh isteri apalah kau ni Wiyah, memalukan emak,” kata Puan Musliah. Adawiyah terus tegak duduk di bibir katilnya.
            “Dah bangun ni mak, dah sarapan pun dengan abang tadi,” katanya menekan perkataan ‘abang’.
            “Baguslah tu. ni mak ni nak minta temankan Irfan ke bandar,” lagi bulat matanya. ‘Biar betool?’ soal Adawiyah tidak puas hati.
            “Ke bandar? Buat apa mak? Abang tu kan sibuk! Takkan mak nak ganggu dia.” Kata Adawiyah tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh emaknya.
            “Nak tunggu siapa lagi? Nak telefon kau, setengah jam pun tak bangun lagi! Tu yang mak telefon menantu mak,” jelas Puan Musliah. Sakitnya hatinya. Kenapa sampai begitu sekali liatnya dia bangun semula selepas Irfan pergi kerja tadi?
            “Oh, tapi saya boleh temankan mak, jangan susah. Saya pun bukannya buat kerja apapun! Duduk saja di rumah mak. Sekarang pun boleh mak,” kata Adawiyah yang menyesali tindakan emaknya itu.
            “Tak boleh, sebentar lagi mak sampai sana. Nanti Irfan akan datang ambil kau tu, kau sedia-sedialah! Ya lah, kasihan lah juga anak mak, baru kahwin tapi sorok di rumah,” kata Puan Musliah. Dia tidak kisah disorok di rumah. Dia lebih malu kalau orang nampak dia dengan suaminya. Huh, macam nak sorok masuk dalam perut emaknya semula. Dia cepat-cepa meneliti telefonnya. Ada beberapa panggilan yang tidak berjawab. Naya! Mungkin antara emaknya dan Irfan. Adawiyah menyemak nombor-nombor yang tertera. Memang mereka berdua, emak dan suaminya. Ah lantaklah!
            “Ya lah mak saya nak mandi dulu,” katanya mengalah.
           “Mak sudah di dalam bas, tunggu kejap ya,” kata Puan Musliah. Dia angguk walaupun emaknya tidak mendengar apa yang dibuatnya.
            “Hati-hati mak.” Dia menekan butang merah. Tidak lama kemudian telefonnya berbunyi lagi. Semakin sakit hatinya. Dia sudah mengagak siapakah yang memanggilnya saat ini. Ini memang kerja Irfan!
            “Yeee, nak apa?” dia menekan punat hijau dengan geram. Namun, dia seharusnya berterima kasih kerana suaminya telah pun menukarkan telefon Nokianya yang agak tahan lama itu kepada telefon yang baru dan lebih canggih. Bukan dia mengharap lelaki itu akan menukarkan telefonnya, dia tidak sesekali meminta. Menurut lelaki itu, telefon pintar itu sebagai hadiah pernikahan mereka. Sayu pula hatinya seketika. Sedangkan dia tidak ada perasaan apa-apa selepas pernikahan itu. Dia hanya terasa dirinya seperti patung cendana dan burung yang dikurung di dalam sangkar sedangkan lelaki itu menunjukkan kasih sayang dan rasa terima kasihnya. Alangkah bertentangannya mereka berdua!
            “Assalamualaikum sayang,” suara serak basah Irfan di hujung talian. Semua kenangan berhamburan apabila mendengar salam dari suaminya itu. 
           “Heh, jangan nak bersayang-sayang dengan saya pagi-pagi buta ni! Ingat orang suka kah? Orang tak sukalah!” katanya sempat memarahi suaminya itu. Lelaki itu sudah ketawa di hujung talian. Semakin hatinya jengkel. 
            “Belum jawab salam, tak jawab berdosa tau,” kata Irfan. Semakin dia naik darah. 
            “Saya gelilah! Kalau orang yang membohongi orang tua demi kepentingan dirinya sendiri tak berdosa begitu? Awak nak apa sebenarnya tuan pengurus besar?” Irfan ketawa.
            “Itu dosa lain sayang. DOsa tak jawab salam lain tau! Saya nak jumpa isteri kepada tuan pengurus besarlah siapa lagi!” jawab Irfan. Merona panas mukanya. Nasib baik lelaki itu tidak ada di situ. Jika tidak, sudah lengannya menjadi lubuk tempatnya mencubit. 
            “Apa awak nak? Saya letak telefon ni ya saya nak mandi kejap,” kata Adawiyah sengaja nak mengenakan suaminya. Eh bukan suami!
            “Tunggu...tunggu! Abang nak beritahu sebentar lagi abang datang dan bawa sayang dan mak sayang pergi membeli benang, katanya. Di samping itu boleh lah kita tumpang shoping dengan mak, kan sayang?” kata Irfan.
            “Kejap je tau. Saya nak ulangkaji pelajaran ni, esok kami ada ujian setara,” kata Adawiyah. Entah benar atau tidak mereka ada ujian. Dia tidak mendengar khabar pun pensyarahnya akan memberikan ujian. Sebenarnya ujian setara itu sudah diadakan sebulan yang lalu. Pintar...pintar!
            “Pandainya sayang ni, pandai mengenakan abang,” kata Irfan yang sudah ketawa di hujung talian. Dia tersenyum sendiri. 
            “Oklah, saya letak telefon dulu. Nanti lambat pula saya berkemas,” katanya.
            “Baik, sayang sedia ya. Sayang pakai pakaian yang abang belikan sayang minggu lalu tu,” kata Irfan. Adawiyah mengerut dahi.
            “Bila masa awak belikan saya baju?” soalnya tidak jadi menekan butang merah.
           “Ada dalam bilik abang, nanti abang keluarkan. Mesti sayang cantik dengan pakaian tu. Mesti abang tambah sayangkan isteri abang ni,” kata Irfan mula menunjukkan pujukannya. Bertambah pula sakit hatinya. Entah kenapa. Mungkin sebab dia tidak suka dipuji dan mungkin juga sebab dia dipaksa menerima lelaki itu. Itulah yang menyakitkan hatinya. 
            “Baju kurung? Kebaya? Eh tak naklah! Kasilah orang lain pakai! Saya tak nak!” katanya perlahan. Mentang-mentang dia orang kampung, suaminya belikan pulla dia baju kurung.
            “Eh mana ada baju kurung. Jeans dan t-shirt lah! Sayang ni pandai-pandai pula mengarut tau!” kata Irfan. Dia lega.
            “Tak apalah awak, saya belum habis pakaian lagi, tak payah awak sibuk-sibuk belikan saya baju!” katanya menolak pemberian suaminya itu.
            “Mesti awak suka tu! pakaian tu sangat sesuai dengan sayang, abang belikan masa abang ke KL sebelum sayang menghilang,” kata Irfan. Mahu dia tidak terbatuk mendengar kata-kata itu. 
            “Oklah! Awak ni suka sangat mengada-ada tau!” katanya mengalah. Dia sudah menekan butang merah. Suara Irfan hilang seketika. Selesai mandi dan bersiap, dia sudah menunggu suami dan emaknya di ruang tamu. Loceng rumah berbunyi. Dia cepat-cepat  turun ke tingkat bawah dan membuka pintu. Memang hanya mereka berdua sahaja di kondominium yang agak besar dan mewah itu. 
            “Mak, silakan masuk.” Emaknya sudah berdiri dan membawa sebuah beg sederhana besar di tangannya. Dia kehairanan melihat emaknya yang terpinga-pinga melihat rumahnya ini. 'Apa masalahnya emak ni?' Soalnya dalam hati. 
            “Mak tidur di sini?” soalnya. Puan Musliah angguk. Bulat mata Adawiyah. "Tidur sini?" soalnya perlahan, antara dengan tidak. 
           “Menantu mak pelawa mak tidur sini malam ni. Sebenarnya mak tak mahu tapi dia paksa mak pula, terpaksalah mak bermalam di sini juga Wiyah. Jangan marahkan emak ya, lagipun sejak kamu nikah mak tak pernah jenguk kamu di sini. Entah apa cerita kamu berdua di sini,” kata emak. Dia angguk. Tak ada maknanya dia hendak marahkan emaknya. Pastilah Irfan berhak menjemput emaknya datang ke sini. DIa memang tidak kisah. Apa yang kisah sangat ialah apabila kehidupan mereka berdua tidak seperti suami isteri yang lain. Itulah yang dia bimbangkan. Kenapa Irfan tidak sebimbang dia?
            “Eh tak lah marah mak. Irfan kan mennatu mak. Dia berhak jemput mak. Saya sebenarnya segan pula nak jemput mak. Mak faham-fahamlah kan. Mak masuklah. Takkan berdiri di luar ni aje,” kata Adawiyah yang sudah membawa emaknya ke ruang tamu mereka yang luas itu. Beg emaknya dipegang. Ruang tamu itu seluas mata memandang. Itulah persepsi pertama Puan Musliah. Di sebelah kiri pula ialah ruang dapur basah, dapur kering dan bilik orang gaji. 
             "Mak saya hantar beg pakaian mak ke bilik tetamu dulu ya mak," Adawiyah berkira-kira menghantar beg emaknya ke tingkat atas, sebuah bilik yang belum dihuni oleh sesiapa. 
            "Tak perlu Wiyah, mak duduk di ruang bawah ni saja. Ada tak bilik di bawah ni? Mak tak larat naik tangga," bulat mata Adawiyah. 
            "Mak, kat bawah ni hanya ada bilik stor dan bilik pembantu aje," kata Adawiyah. 
            "Ada pembantu tak?" Adawiyah menggeleng. 
            "Mari, biar mak duduk di bilik pembantu aje," kata emak. Adawiyah lega. EMaknya tidak akan dapat melihat anak dan menantunya yang duduk berasingan bilik. Jika tidak, pasti terbongkar cerita yang disimpan di bawah selimut. Hehe!
            "Kalau macam tu saya letakkan beg mak di bilik bawah ni aje ya mak. Ya lah nak buat macam mana kalau mak tak nak duduk di bilik atas tu. Bilik atas tu ada lagi untuk mak," kata Adawiyah. Sebenarnya dia lega sangat-sangat.
            "Tak apalah biarlah mak duduk di bilik bawah aje. Tak perlu nak susah-susah nak naik ke atas WIyah." kata Puan Musliah. Adawiyah meletakkan beg pakaian emaknya di bilik pembantu di bahagian bawah itu, bersebelahan dengan dapur kering mereka. 
            “Besarnya rumah kamu ni Adawiyah, untung kamu. Dah tu siap dengan tukang jaga pula tu! Mak pun segan nak datang sini,” kata Puan Musliah tanpa berselindung. Dia sudah membuka selendang hijaunya kerana berasa agak panas.
            “Biasa saja mak. Tak ada yang besarnya. Tapi memang besarlah daripada rumah apartmen kita tu,” kata Adawiyah membayangkan rumah mereka sendiri yang agak sempit dan cukup-cukup sahaja. nasib baik mereka hanya berdua tinggal di rumah mereka itu. jika tidak, memang akan menyakitkan mereka sendiri. emaknya sudah menjenguk-jenguk ke seluruh kawasan dapur rumahnya.
            “Syukurlah nak, dapur kamu ni pun selesa. Kamu seharusnya bersyukur dengan apa yang ada ni. jangan sesiakan suami kamu tu. suami kamu lelaki baik, jaga dia baik-baik.” Adawiyah hanya angguk-angguk sahaja mendengar kata-kata nasihat emaknya.
            "Mak sentiasa berdoa agar kamu berdua akan hidup sebagai suami isteri selama-lamanya dan dikurniakan anak dalam tempoh yang terdekat ini. Mak doa sangat-sangat." kata Puan Musliah. Sekali mata bundar milik Adawiyah hampir terjojol keluar. Apa tidaknya, patutkah emaknya mendoakan dia mengandung dalam tempoh terdekat ini! Memang tidak boleh diaminkan doa emak, tetapi siapalah dia. DIa hanya menyerahkan semuanya kepada takdir. 
                "Irfan anak baik. Kalau tak baik, dia takkan mengaku kesilapannya. Mak terima kesilapan kamu. Mak tak mahu perkara ini dibesar-besarkan. Eloklah kamu menikah cepat-cepat. Walaupun mak agak terkilan kerana anak mak tak habis belajar lagi tapi mak bersyukur kerana anak mak mendapat kehidupan yang baik selepas pernikahannya," kata Puan Musliah. Mahu sahaja mengalir air matanya mendengar bicara emak. Sebenarnya dia masih tidak dapat menerima pernikahan mereka ini. 
            “Apa yang mak beli di bandar,” soalnya pula mengubah tajuk cerita mereka. Emak pandang wajah terkejutnya ini.
            “Biasalah, peralatan benang mak dah habis, tu yang mak cepat-cepat nak beli stok baru. Nanti apa kata orang kampung kalau tak ada barang-barang di bilik jahitan mak tu!” kata Puan Musliah. Adawiyah geleng.
            “Apa yang penting jahitan mak siap, dan pelanggan mak tak marahkan mak. Maaflah mak saya tak dapat nak tolong mak pula sekarang ni,” kata Adawiyah yang menyedari status hidupnya yang sudah berubah.
            “Betul juga tapi kalau segala benang hitam benang kuning tak ada, macam mana nak jahit tu?” soal Puan Musliah. Adawiyah tersengih.
            “Jangan risau mak, hari  ni kita beli semuanya,” Adawiyah terkejut amat. Irfan sudah di belakangnya dan memegang tangannya. Emak senyum-senyum memandangnya. ‘Eh, memang mantap lakonan suaminya!’
            “Bila sampai?” soal Puan Musliah. Irfan cepat-cepat menyalami tangan emak mertuanya. Adawiyah pula membesarkan matanya dan memandang Irfan yang menyalami tangan emaknya. Geram dia dengan gaya Irfan yang masuk ke rumah tanpa salam.
            “Baru aje mak. Memang pintu tak berkunci. Kebetulan Adawiyah sayang abang ni tak mengunci tadi, mungkin dia lupa kan sayang,” kata Irfan yang sudah mencubit dagunya pula. Dahinya dikucup perlahan. Adawiyah diam terkaku bagaikan patung cendana sekali lagi.
            “Saya lupa bang,” kata Adawiyah menjawab perlahan. Dia tidak biasa bersuara perlahan tetapi kerana mereka ada tetamu, Adawiyah terpaksa sungguh-sungguh berlakon. Dia tidak mahu emaknya menyangka yang bukan-bukan terhadap mereka. 
            “Eloklah Irfan dah balik. Kita nak ke bandar terus sekarang?” soal Puan Musliah yang tidak sabar hendak mencari benang-benang dan kelengkapan menjahitnya.
            “Ya lah mak. Nanti jam 3.00 petang saya ada meting pula. Tak apalah mak kita ada masa lagi pagi ni, sayang cepat siap ye.” kata Irfan seperti memujuk emak mertuanya. Sedangkan isterinya sudah faham akan kesibukannya.
            “Kalau awak sibuk, saya aje bawa emak jalan-jalan, awak pergilah kerja,” kata Adawiyah memberikan pendapatnya. Dia kasihan juga dengan lelaki itu.
            “Tak apalah, ada masa lagi ni. Kasihan mak, dia sudah janji dengan abang tadi sayang,” kata Irfan mengenyitkan mata ke arah Adawiyah. Puan Musliah mengangguk sambil tersengih-sengih segan melihat tingkah menantunya. Tidak lama kemudian, Irfan menarik tangan Adawiyah.
            “Mari kejap,” kata Irfan tanpa cakap. Irfan menariknya menaiki tangga ke kawasan bilik mereka.
            “Kenapa ni main tarik-tarik ni,” soal Adawiyah yang ketakutan melihat emaknya yang berada di depan mereka.
            “Kan abang dah janji tadi, abang nak beri pakaian sayang,” jawab Adawiyah.
            “Awak ni sudah melampau! Jangan lah buat macam ni depan mak, malulah!” kata Adawiyah. Irfan hanya tersenyum. Suka benar dia jika emak mertuanya datang ke rumahnya hari ini. Dia dapat menunjukkan kemesraan dengan isterinya yang agak degil itu. 
        “Melampau apa pula? Saya kan nak hadiahkan sayang sesuatu.” Kata Irfan pula menjeling emak mertuanya yang sedang memerhatikan mereka.
            “Tapi kenapa sekarang, tak eloklah mak nampak tu! malunya!” kata Adawiyah.
            “Sayangkan berlakon!” kata Irfan. Adawiyah buntangkan mata. Irfan terus menarik tangan Adawiyah hingga ke tingkat atas dan masuk ke  biliknya. 
            “Nah, inilah baju yang abang maksudkan,” kata Irfan mengunjukkan beg kertas kepada Adawiyah. Adawiyah mengambilnya malu-malu.
            “Tentu mahal awak beli,” kata Adawiyah terharu sedikit dengan sikap suaminya.
            “Lebih mahal penerimaan sayang kepada abang,” Adawiyah terkaku.
            “Cepatlah pakai,” kata Irfan. Adawiyah terus berlari ke biliknya. Emaknya sudah di hujung tangga.
            “Mak tunggu kejap, saya nak mandi dan siap kejap!” jerit Adawiyah kepada emaknya. Puan Musliah mengangguk. 

            “Ya lah! Ya lah!” kata Puan Musliah.