Monday, September 23, 2013

Novel Isyarat Cinta

Bab 19

Adawiyah membelek dirinya dalam pakaian yang dibelikan oleh lelaki itu kepadanya. Pakaian yang agak simple dan menjadi kesukaannya. Jeans Levis dan t-shirt putih. Memang agak sesuai dengan tubuhnya. Dia mengenakan tudung putih juga. Memang agak kena pakaian itu di tubuhnya. Ketukan di pintu di biliknya bertalu-talu. ‘His, lelaki ini bukan main tak pandai nak sabar tau!’ kata Adawiyah merungut dalam hati. belum sempat dia membuka pintu lelaki itu sudahpun membuka pintu itu. kebetulan dia tidak mengunci pintu itu. Sekali lagi dia silap. Bahaya, Irfan selalu main redah sahaja!
            “Sayang, marilah turun. Lama mak tunggu tu. Kasihan mak. Lagipun bukan selalu mak datang sini, janganlah lama-lama kat bilik aje,” kata Irfan mengejutkannya. Adawiyah menjeling suaminya. Apahal dia ni macam mak nenek pula hari ni? Selalunya kalau dia bangun sampai jam tiga petang pun dia tidak kisah!
            “Eh, awak ni! nasib baik saya tak sakit jantung tahu! Asyik-asyik awak nak kejutkan saya. Apahal ni? Mak saya tu tahu yang anaknya ni memang bersiap lambat!” kata Adawiyah. Irfan ketawa.
            “Dah cantik dah isteri abang ni. Ayuhlah kita gerak, nanti lambat pula abang nak meting petang ni. Bukan apa, abang nak bawa sayang dan mak jalan-jalan hari ni. abang dah cuti setengah hari. Tak dapat abang nak cuti sehari sebab abang dah appointment dengan pegawai tu sebulan lalu. Tak apalah nanti abang cuti kalau sayang cuti semester, sayang sebut aje sayang nak ke mana, abang akan bawa,” kata Irfan. Adawiyah diam. Sebenarnya dia rasa sangat berdebar hendak keluar rumah bersama suaminya ini. Dia lebih selesa duduk di rumah sahaja. Belum ramai yang tahu dia sudah bertukar status. Baginya selagi belum diumumkan perkahwinan mereka, selagi itulah dia belum sedia hendak ke mana-mana dengan lelaki itu. Namun, dia memilih diam.
            “Kejaplah Irfan. Awak boleh tunggu di luar tak? Saya tak selesalah macam ni,” kata Adawiyah yang hendak mengambil beg tangannya di dalam almari. Tudungnya pun mahu dikemaskan lagi. Wajahnya pun belum disolek sepenuhnya dengan mekap. Itu yang dia agak sakit hati.
            “Apa lagi?” soal Irfan.
            “Beg tangan,” Irfan ketawa melihat beg tangan Adawiyah. Hadiah pemberiannya sempena pernikahan mereka, Adawiyah simpan baik-baik di dalam almari. Beg tangan itu terlalu mahal bagi seorang remaja akhir sepertinya. Sudahlah mahal dan berjenama LV, besar pula saiznya!
            “Mana beg tangan yang abang beri hari tu?” soal Irfan.
            “Simpan, tak apalah saya pakai yang ni, lebih simple dan kecil,” Irfan angguk tetapi raut wajahnya bertukar kelat.
            “Tak apalah kalau macam tu, nanti kita beli beg tangan yang agak kecil dan sesuai dengan citarasa awak,” kata Irfan yang sudah mendekati Adawiyah. Ini lah adegan yang tidak digemari oleh Adawiyah. Berkali-kali disuruh keluar namun lelaki ini agak degil, lebih degil daripadanya. Adawiyah benci, jantungnya tidak henti-henti berdebar-debar sejak akhir-akhir ini.
            “Awak, tunggu kejap. Awak turun dulu,” kata Adawiyah tergagap-gagap melihat Irfan yang sudah meletakkan tangan di pinggangnya dan menatapnya dari cermin besar di biliknya itu. Dia pula sudah menundukkan wajahnya.
            “Malam ni abang terpaksa tidur di bilik ni dengan sayang,” kata Irfan mengucup ubun-ubun Adawiyah. Adawiyah terkejut dengan kenyataan itu.
            “Kenapa pula? Mak bukannya naik atas pun, eh saya tak setuju. Awak selalu buat hal semata-mata nak paksa saya. Apapun perbuatan awak semuanya dengan taktik yang kotor Irfan! Saya tak setuju!” Suaranya agak kuat. Irfan menutup mulutnya. Dia pula berusaha mengelak dari Irfan.
            “Sayang, jangan cakap kuat-kuat. Apapun yang berlaku antara kita biar kita saja yang tahu, jangan jeritkan dengan orang lain. Abang rela tunggu sayang, abang rela. Jangan nak jerit-jerit macam ni. Memang abang selalu buat serba-salah dan terperangkap begini, tapi sayang tahu kan betapa dalamnya cinta abang kepada sayang,” kata Irfan. Adawiyah menggeleng.
            “Sudahlah saya tak nak luahan cinta sayang awak tu, marilah turun bawah! Nanti apa kata mak,” kata Adawiyah yang menyedari akan kelewatannya. Irfan memegang tangannya dan menarik tangannya. Mereka bergandingan turun ke bawah. Puan Musliah hanya memerhatikan mereka tingkah mereka berdua. Sejuk hati Puan Musliah.
            “Apapun yang berlaku, abang tetap sayangkan sayang abang ni, tambah comel dan manis jika marah!” bisik Irfan lalu mencuit dagu Adawiyah. Adawiyah tidak sempat mengelak.
            “Awak ni ada-ada aje tahu! Suka menyakitkan hati saya!” kata Adawiyah pula. Puan Musliah sudah berdiri apabila mereka sudah berada di depannya pagi itu.
            “Kalau begini kemesraan kamu berdua, mesti tak lama lagi mak akan menimang cucu, memang seronok rasanya!” kata Puan Musliah. Wajah Adawiyah sudah masam. Irfan pula begitu teruja dengan kata-kata emak mertuanya.
            “Mudah-mudahan lah mak, kalau ada rezeki dan ada doa mak, memang tak lama lagilah tu,” sambut Irfan. Adawiyah semakin marah dan geram dengan kata-kata itu. puan Musliah tersenyum manis dan dia pura-pura tersenyum memanis wajahnya sedangkan hatinya panas sekali.
            “Mak memang gembira kalau kamu ada anak muda-muda ni Irfan. Mak pun boleh tolong jaga nanti,” kata Puan Musliah. Adawiyah sudah pening kepala mendengar emak dan Irfan itu. dia menahan rasa.
            “Mungkin belum lagi tahun ni mak. Saya belum habis sekolah lah mak, kan saya masih sekolah lagi! Anak tu nanti-nanti lah ya mak!” kata Adawiyah.
            “Jangan cakap macam tu. wiyah sekolah terus sekolah! Anak biar mak yang tolong jaga!” kata Puan Musliah.
            “Eloklah tu mak, saya pun boleh cuti kalau sayang abang ni pergi kuliah. Tak ada masalah kan mak!” balas Irfan pula.
            “His, ada-ada ajelah awak ni bang,” kata Adawiyah yang sudah tersasul memanggil suaminya.
            “Marilah kita gerak sekarang mak,kasihan pula mak tunggu lama tadi,” kata Irfan. Puan Musliah menggeleng.
            “Mak faham. adawiyah memang begitu kalau bersiap Irfan. Jangan terkejut dengan gaya dia tu,” kata Puan Musliah.
            “Itulah abang tak percaya yang saya ni bersiap lama mak, dia desak saya keluar tadi. Tu yang saya benci!” kata Adawiyah mengadu kepada emaknya.
            “Sabar ajelah dengan anak mak ni Irfan. Dia memang serba-serbi lambat tetapi dia ni teliti,” puji Puan Musliah.
            “Ala mak ni melebih-lebih pula.” Kata Adawiyah malu-malu di depan Irfan.
            “Tak apa mak saya faham. dia isteri yang baik, percayalah mak. Saya tak menyesali menikahi dia mak,” kata Irfan pula.
            “Marilah kita gerak,” kata Adawiyah pula. Dia tidak mau mereka berlama-lama menuturkan mengenai dirinya yang agak lama bersiap. Mereka bertiga berjalan beriringan. Irfan setia memegang tangannya yang agak sejuk kerana baru sahaja dia mandi sebentar tadi. Senyuman manis terlakar di wajah lelaki itu. Begitu juga dengan emaknya. Dia sendiri turut tersenyum namun tidak ada sesiapa yang tahu bagaimana perasaannya yang sebenarnya seusai pernikahan yang menyakitkan ini.
            Setelah tiba di bandar, Irfan membawa mereka minum di Restoran Nasi Ayam Johan. Dia hanya minum teh tarik sahaja. Kemudian, mereka menuju ke kedai menjual peralatan menjual alat jahitan, emaknya terus memasuki kedai itu. Emak seperti sudah tidak sabar hendak memasuki kedai itu. Begitulah kebiasaan emaknya. Irfan pula dilihatnya sempat menitipkan sesuatu di tangan emak. Dia kalau boleh dia juga ingin mengikuti emaknya. Namun tangannya bagaikan diikat dengan tangan lelaki itu.
            “Kita tunggu sinilah. Kita lihat apa barangan yang mak nak beli tu,” kata Irfan. Kalau sewaktu dia masih belum nikah dulu, dialah orangnya yang akan membantu emak memilih benang-benang dan peralatan lain. Dia berasa agak terikat dengan adanya Irfan di sisinya ketika ini.
            “Orang nak masuk ke kedai lah nak pilihkan mak benang,” katanya. Irfan menarik tangannya.
            “Mari kita masuk. Lepas ni abang nak bawa sayang ke kedai lain, beli barang sayang pula,” kata Irfan. Dia pantas menggeleng. Dia segan nak membeli sesuatu hari ini. Dia segan kepada emaknya. Bukan sahaja kepada emaknya, dia perasan yang semua orang mengenali Irfan dan berasa hairan apabila melihat Irfan membawa seseorang di sisinya. Dia belum berasa selesa berada di samping lelaki ternama itu. itulah dia selalu berhelah jika dibawa ke mana-mana. Kecuali jika dibawa membeli barangan dapur yang telah kehabisan, dia tidak menolak. Sebab, dia hendak memasak sahaja buat dirinya pada masa ini. tidak elok rasanya dia hendak meminta lelaki itu membawa dia makan ke sana sini. Dia memang belum sedia.
            “Tak naklah, saya pening pula,” kata Adawiyah berdalih. Irfan ketawa. mungkin dia sudah tahu helahnya yang tidak suka berjalan-jalan.
            “Abang tahu sayang tak selesa jalan dengan abang,” kata Irfan seperti merajuk.
            “Mana nak selesa jika semua mata seperti hanya melihat awak.” Tawa Irfan kuat. Semakin dia sakit hati mendengar ketawa itu.
            “Sayang cemburukan?”
            “His siapa nak cemburu! Tak selesalah!” jawab Adawiyah mendahului Irfan. Tetapi Irfan cepat-cepat menarik tangannya. Adegan tarik menarik dan kejar-mengejar semakin menarik perhatian orang yang lalu lalang di situ. Dia geram dengan sikap Irfan.
            “Hey, hai, Irfan, awak buat apa kat sini?” pegangan tangan mereka terlepas. Seorang gadis manis yang berpakaian t-shirt hitam dengan jeans hitam menegur Irfan. Matanya seperti terjojol keluar melihat Irfan dengan dirinya ketika ini.
            “Saya jalan-jalan. Tak nampak?” kata Irfan menjawab selamba. Gadis itu ketawa lepas. Adawiyah menjadi tidak selesa dengan gaya gadis yang tidak menjaga santunnya itu.
            “Nampak, tapi siapa ni? Ini, perempuan yang bekerja di kedai awak dulu tu, jadi kawan awak pula?” soal gadis itu. adawiyah tersentak dengan soalan gadis itu. setahunya dia tidak pernah terjumpa dengan gadis di depannya itu. mungkinkah gadis itu main serkap jarang?
            “Marilyn, apa  yang saya buat, dengan siapa saya berjalan, boleh tak kalau awak tak sibuk?” soal Irfan serius. Irfan bertukar perwatakan. Dari seorang lelaki yang lemah lembut dan mesra menjadi seorang lelaki yang serius dan garang. Marilyn ketawa.
            “Saya tak marah dengan siapapun awak berjalan tapi biarlah sepadan dengan status awak kan?” kata Marilyn. Kata-kata itu tentulah hendak menyindir dirinya yang berasal dari kampung ini. Namun dia tidak mahu kisahkan hal itu. Dia sudah sah menjadi isteri Irfan, dia tidak mahu peduli akan hal-hal lain.
            “Bagus awak dengar kata. Kalau tak, saya takut muka awak lebam nanti!” Kata Irfan seperti geram dengan kata-kata gadis yang agak kurus dan ketinggiannya hampir dengan ketinggian Irfan. Dia pula agak rendah berbanding gadis itu.  
            “Kenapa awak cakap kasar? Siapa gadis kampung ni pada awak?” soal Marilyn semakin ingin tahu.
            “Gadis manis ini isteri saya. kami sudah menikah dua minggu yang lalu. Kalau kami bersanding nanti, saya akan jemput awak. Awak datang tahu, jangan tak datang,” kata Irfan. Adawiyah terkedu. Tangannya sudah berada di genggaman Irfan. Marilyn bulat mata melihat aksi mereka.
            “Oh isteri? Cepatnya awak kahwin! Kenapa begitu terburu-buru? Awak ni macam tak ada gadis lain nak buat isteri! Setahu saya dia ni bukan type pilihan awak!” kata Marilyn yang dulu sama-sama belajar di luar negara bersama Irfan. Tidak menyangka Irfan berjalan dengan gadis bertudung lengkap dan kekampungan.
            “Dah jodoh apa nak buat,” jawab Irfan sambil memeluk bahu Adawiyah. Marilyn tersenyum kelat. Tidak menyangka dia tidak ada peluang hendak berdampingan dengan Irfan lagi.  Namun dia tidak percaya yang Irfan akan kahwin dengan gadis sedungu itu. mungkin Irfan hanya bergurau dengannya.
            “Tapi, saya pun hairan kenapa sejak akhir-akhir ini awak tak pergi ke mana-mana. Awak tak pergi ke kelab malam. Kita orang tercari-cari awak Irfan, kami semua kesunyian tanpa awak, dah agak lama juga awak tak datang,” kata Marilyn yang sudah memegang tangan Irfan kemudian memeluknya tanpa sempat Irfan mengelaknya. Adawiyah terus memejamkan matanya.
            “Lyn rindukan awak Irfan. Malam ni datang tau ke rumah Lyn, Lyn buat party hari jadi. Kalau boleh bawalah juga teman  baru awak ni,” kata Marilyn sudah melentukkan kepalanya di dada Irfan. Dia sendiri tidak pernah berbuat demikian. Dia memusingkan badannya.
            “Hey, awak ni sungguh kurang sopan. Orang timur tapi berlagak macam orang barat! Pergi! Eh, untuk pengetahuan awak, gadis ini sudah menjadi isteri saya yang sah ya, bukan teman wanita!” kata Irfan tegas. Irfan lantas memegang tangannya dan menciumnya di depan Marilyn.
            “Oh isteri?” kata Marilyn menggigit bibir.
            “Ya saya isteri dia, kami sudah menikah dua minggu yang lalu, awak masih tak percaya?” jawabnya bagi mengelak salah sangka.
            “Oh isteri, kenapa saya tak tahu hari bahagia awak berdua, tahniah saya ucapkan!” kata Marilyn yang sudah berubah wajah. Wajah Irfan berseri-seri. Dia pula hanya menjadi penonton dalam diam.
            “Terima kasih.” Kata Irfan.
            “Saya pergi dulu, tapi Irfan kalau ada masa datang lah ke majlis hari jadi saya malam ni, awak tahu kan mana nak cari saya, bawa isteri awak sekali,” kata Marilyn. Adawiyah hanya mengangguk walaupun ayat terakhir Marilyn itu agak menyakitkan hatinya. Namun dia tetap mengangguk. Adawiyah tersenyum kelat.
            “Maaflah saya memang tak dapat pergi malam ni, kaki saya sudah diikat oleh isteri saya ni dan saya kena jalankan tanggungjawab saya sebagai suami. Awak kena faham kan,” kata Irfan mengenyitkan mata ke arahnya. Dia pula jadi hilang arah. Malu dan tersengih.
            “Tak apalah kalau macam tu, saya tak kisah, tapi kalau awak masih ingat saya, datang lah ke tempat kita selalu tau, mana tau awak bosan di rumah,” paksa Marilyn lagi. Dia pula menjadi sakit hati dengan kata-kata gadis itu.
            “Terima kasihlah pelawaan awak tu. Awak ke sini dengan siapa?” soal Irfan pula.
            “Dengan kawan tapi entah ke mana dia, katanya ke tandas tadi,” kata Marilyn. Adawiyah ingat kata-kata Marina Chang, Irfan mempunyai ramai gf yang dari pelbagai latar belakang. Mungkin gadis di depannya ini salah satu gadis kesayangan Irfan. Gadis itu sampai berani memeluk Irfan di depannya. Malah menangis dan minta dipujuk. Mungkinkah Irfan berjanji akan menikahinya juga? Kenapa wajah gadis itu berubah apabila diberitahu yang mereka sudah menikah?
            “Mari kita masuk ke dalam, mungkin emak sudah siap membeli barang,” kata Irfan yang sudah memeluk bahunya. Dia menuruti sahaja langkah Irfan.
            “Kenapa ni macam sedih? Jangan risau gadis tadi tu bukannya kawan abang pun, dia yang terhegeh-hegeh kat abang. Dulu abang terpaksa layan dia. Sekarang dah lain,” dia geleng. Tidak ada maknanya dia nak sedih.
            “Tak adalah nak sedih, itu memang masa lalu awak, buat apa saya nak sedih. Tu mak da siap pun membeli,” kata Adawiyah menutupi perasaannya. Takkan dia nak tunjuk yang dia cemburukan gadis langsing itu? Oh tidak! Nanti bukan main Irfan bersorak gembira akan sikapnya. Oh tidak! Dia tidak seharusnya berasa begitu.
            “Tak sempat sayang nak temankan dia,” kata Irfan. Dia hanya angguk.

            “Tak apalah lain kali ajelah, bukan hari aje mak nak membeli benang. Ada banyak waktu kan?” katanya memujuk diri. Sebenarnya dia terasa sangat sedih. Dia terlepas peluang keemasan ini. irfan terus memeluk bahu dan memegang tangannya. Tahukah Irfan yang dia merajuk? Oh tidak! Adawiyah, kenapa begini?