Friday, October 4, 2013

Novel Isyarat Cinta 20

Bab 20

Dia sedar dia siapa dalam pernikahan yang dilakukan secara mendadak ini. Boleh sahaja Irfan meninggalkannya dalam beberapa waktu sahaja lagi. Boleh jadi juga dia yang akan meninggalkan Irfan jika dia rasa dirinya dan kedudukannya tergugat dalam barisan keluarga Irfan. Ah, dia bisa sahaja keluar dari keluarga ini jika dia tercabar atau dicabar. Dia tidak tahu seteguh mana imannya untuk mempertahankan rumah tangga mereka yang dibangunkan dengan asas kelam kabut dan teragak-agak ini. maksudnya dirinya yang teragak-agak. Irfan tidak. Irfan benar-benar pasti dengan keputusannya, menurut pengakuan di depannya mahu pun di depan ahli keluarganya. tetapi, dia mungkin terlupa bertanya secara serius dan jujur. Kenapa dirinya yang kampungan ini dipilih menjadi isteri.
Bukankah dia hanya layak duduk di kedai telekomunikasi itu, menurut kekasih-kekasih Irfan yang tidak sedar diri itu. ah, biarkanlah mereka dengan perasaan dan anggapan mereka. Apa yang penting, dalam surat nikah namanya dan nama Irfan sudah tertulis dengan dakwat hitam dan tidak boleh dipadam. Itu yang dia pasti dan itu satu kemenangan jika dia hendak bersaing dengan kekasih-kekasih tidak senonoh Irfan itu. haha, katanya penuh kemenangan pasti.
            Tetapi, sebenarnya bukan hal ini yang diinginkannya. Bukan kejadian begini. Sepatutnya pada hari yang berbahagia ini dia masih lagi berjalan ke tempat kerja bersama Rafiqah dan menjaga kedai milik Irfan.dan bukannya terpacak sendiri di rumah agam milik lelaki ini. sepatutnya pada hari Sabtu dan Ahad dia akan menghadiri kuliah di UMS bersama kawan-kawan yang senasib dengan menaiki bas dan bukannya dihantar dengan kereta mewah Irfan. Bulat mata kawan-kawannya tetapi sebenarnya bukan kebanggaan begitu yang dia inginkan. Telefonnya berbunyi seperti berbisik. Itu menandakan ada mesej yang baru masuk. Dia cepat-cepat buka mesej itu. tentu bukan dari irfan. Eh, kenapa Irfan pula yang ditunggu? Soal hatinya. Entah, dia tidak ada jawapan!
            “Sayangku Wiyah, memang aku silap dulu tetapi berikan aku peluang untuk memperbaiki hubungan kita.” – Asyraf. Mahu sahaja dia termuntah membaca mesej itu. Cepat-cepat dia padamkan. Jika terlihat oleh orang lain terutamanya Irfan, walaupun hanya mereka berdua di rumah agam ini namun dia tetap rasa bersalah. Jadi, dia akui dia harus membuang perasaan terhadap Asyraf itu ke laut!
Dia tidak perlu risaupun jika tidak bertemu dengan ibu bapa Irfan dalam waktu yang terdekat ini. namun dia tahu dan sedar yang dia juga isteri yang sah di sisi agama. Maruahnya harus dijaga. Ah, lupakanlah semuanya dulu buat masa ini. pujuknya kepada diri sendiri. Pagi ini Irfan sudah keluar awal ke pejabatnya. Katanya ada urusan penting dengan pak ciknya. Oh pak cik? Kalau pak cik, pasti Datuk Daniel yang mereka jumpa pada malam itu! ah, dia terasa gelisah pula. Tetapi Irfan tidak pula menyebut pak ciknya yang mana. Pak ciknya sebelah mummy atau daddy.
Tiba-tiba telefon Samsung S4nya berbunyi. Tertera wajah Irfan. Hatinya berbunga? Eh, kenapa hatinya senang pula? Cepat-cepat dia menekan dadanya dan merasai degupan jantungnya yang agak laju berdenyut. Apakah ini cinta? Soalnya kepada dirinya sendiri. Dia menggeleng dan memberikan jawapannya. Dia belum sepatutnya jatuh cinta kepada lelaki yang merosakkan masa depannya ini.
“Helo assalamualaikum,” sapanya. Irfan menjawab salamnya.
“Sayang, siapkan bagasi, kita akan berangkat petang ini ke Taiwan.” Arah Irfan. Benarlah lelaki itu bertemu dengan pak ciknya Datuk Daniel. Lelaki itu yang mengarahkan mereka ke luar negara untuk sementara waktu. Ha? Ke luar negara sekarang? Dalam keadaan dia tidak bersedia begini? Gawat!
“Irfan, boleh tak kalau saya tak ikut? Awak aje yang pegi. Saya kan masih belajar. Macam mana dengan pelajaran saya nanti?” asyik-asyik pelajarannya yang dirisaukannya. Soalan itu pun sudah agak lama difikirkannya.
“Tak ikut? Jadi, buat apa saya seorang ke luar negara? Ia semata-mata kerana pernikahan kita. takkan sayang nak tinggal di sini? Oh no! U can’t! U must go! Now, ready your bagage and me too!” kata Irfan yang sudah mengeluarkan arahan mandatorinya. Hampir sahaja dia tidak memahami kata-kata Irfan itu. dia bukan pandai sangat berbahasa Inggeris. Bahasa Inggerisnya pun cukup-cukup makan dalam peperiksaan SPMnya hari itu. malunya!
“Oklah, saya akan kemaskan dulu barang ya awak. Jangan risau. Berapa pasang nak kemas?” dia buat soalan bodoh.
“Bawa semua baju sejuk yang abang belikan hari tu. gunakan beg besar dua buah tu. bawa dalam sepuluh pasang pakaian kita.” arah Irfan lagi.
“Bagaimana dengan mak saya?” soal Adawiyah yang sudah bersedih.
“Laa kenapa sayang nak menangis. Sayang ni macam budak kecik. Emak sayang kan dah biasa hidup seorang. Nanti abang minta seseorang temankan mak, pekerja kita atau siapa yang sayang cadang?” soal Irfan. Dia terpinga-pinga. Adawiyah tahu di sekeliling rumah mereka kebanyakan saudara mara emaknya. Apa yang emaknya hendak risau. Apa yang dia risaukan sebenarnya? Sebenarnya dia mahu sahaja tidak mahu ikut Irfan pergi ke luar negara. Negara itu pun bukan negara jiran yang dekat, negara yang agak jauh. Ah sudah!
“Baiklah kalau macam tu, nanti saya beritahu emak dulu ya. Kalau dia benarkan saya akan ikut awak, kalau dia tak benarkan saya akan tinggal dengan dia,” kedengaran suara ketawa Irfan meledak macam bom di telinganya.
“Mengapa awak ketawa macam tu? apa salah saya?” soal Adawiyah pura-pura bingung.
“Sayang, sayang abang ni memang anak mak. Susah betul abang. Sepatutnya sayang ikut abang dan minta kebenaran dengan abang bukan dengan mak sayang. Sayang sekarang di bawah tanggungjawab abang,” terbuntang mata Adawiyah.
“Ye ke? Oh oklah Irfan. Terima kasih.” Kata Adawiyah menggeleng dan kemudian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang dia bingung sebenarnya. Bingung menjadi musafir di negara orang tidak lama lagi. Beberapa jam sahaja lagi pun!
“Sayang, kejap lagi abang balik! Abang tak percaya sayang akan kemaskan barang. Jangan-jangan sayang akan berendam dengan air mata di rumah tu!” kata Irfan. Dia pula yang ketawa.
“Takkanlah saya macam tu!” katanya menafikan tuduhan Irfan.
“Abang kenal isteri abang ni,” katanya sudah memutuskan talian.
“Irfan! Irfan! Tolonglah batalkan rancangan gila pak cik awak tu! saya tak nak ikut awak ke luar negara tu! pergilah awak sorang-sorang! Saya tak biasa!” katanya walaupun talian telah dimatikan. Kemudian dia campakkan telefon pintarnya itu ke atas tilam. Begitulah kebiasaannya dia jika berasa geram kepada Irfan. Dalam keadaan emosinya tidak stabil secara tiba-tiba itu dia terus mengambil dua buah beg besar yang telah dihantar oleh pekerja Irfan minggu lalu. Seketika dia terkenangkan emaknya. Dia belum memberitahu emaknya mengenai halnya hendak ke luar negara itu. apakah perasaan emaknya? Tentu emaknya sedih. Mereka tidak pernah berpisah jauh-jauh sepanjang hidupnya sehingga ke hari ini. dikutipnya semula telefonnya itu.
“Assalamualaikum mak,” katanya apabila emaknya sudah ditalian.
“Sayang, apa hal nak cakap dengan emak pagi-pagi begini? Sayang sudah bangun awal? Wah ini perkembangan yang baik!” puji emaknya. Adawiyah tersengih. Kebiasaannya dia lewat bangun pagi kerana dia cuti atau pada waktu malam dia mengulangkaji pelajarannya.
“Mak,” dia sudah menangis di talian.
“Kenapa nak? Irfan pukul Wiyah? Tapi kenapa?” soal emaknya cemas.
“Tak mak!” dia mengongoi lagi. Emaknya tambah hairan.
“Jadi?” soal emaknya.
“Wiyah dibawa ke luar negara tapi Irfan tak bawa emak,” emaknya sudah ketawa.
“Bulan madu? Buat apa nak sedih. Mak bukannya tak de kawan di sini, syukurlah kamu pergi ke luar negara. Nanti belikan aje mak oleh-oleh tau!” kata Puan Musliah dengan pesanan penaja.
“Tapi mak,”
“Eloklah tu! Negara mana kamu nak pergi?” soal emaknya tidak sabar. Terbuntang matanya mendengar soalan emaknya. Mungkin emaknya mahu dia menjadi suami isteri yang sebenar dalam erti kata sebenarnya. Namun dia belum bersedia. Belum bersedia buat masa singkat ini. Malah, kejutan yang pelbagai menyeruakkan dadanya.
“Taiwan mak.” Kata Adawiyah perlahan. Emak kedengaran gembira. Dia menangis lagi.
“Syukurlah dan pergilah nak. Bila nak terbangnya? Esok?” soal emak tidak sabar. Sebenarnya dia tidak mahu ke mana-mana dalam situasi emosinya yang tidak stabil ini. Malah dia berdebar hendak ke luar negara beberapa jam lagi.  
“Petang ni,” jawabnya lemah.
“Jaga diri elok-elok. Kirim salam dengan keluarga mak mertua di situ ya. Jangan cakap yang bukan-bukan dan jangan melawan caka p suami. Biasalah ayat-ayat nasihat mak ni! mak tak mahu kamu buat hal di situ. Irfan lelaki baik, jangan lukai hatinya nak,” panjang lebar nasihat emak.
“Mak tak pergi sini?”
“Tak apalah sayang. Mak doakan kamu selamat sampai dan selamat tiba di tanah air nanti. Kirim salam dengan keluarga di situ. Jaga diri dan jaga suami elok-elok. Anak mak bukan bujang lagi, ingat anak mak dah ada suami,” kata emak. Berhamburan air mata Adawiyah mendengar pesanan emaknya itu. Mahu sahaja dia kembali ke sisi emak tanpa sesiapa yang lain di sisinya.
“Tak mak, nanti saya bawa abang datang jenguk mak sebelum berangkat ya mak. Wiyah nak jumpa mak,” kata Adawiyah muktamad.
“Mana-manalah sayang kalau sempat. Kalau tak sempat jangan paksa suami pula. Nanti jadi isteri derhaka pula, mak tak mahu Wiyah paksa-paksa suami, itu tak elok,” pesan Puan Musliah. Adawiyah mengangguk. Sepatutnya Irfan yang selalu memaksanya. Dia agak berdisiplin dengan suaminya.
“Ya mak, asalamualaikum,” kata Adawiyah. Pakaiannya sudah diturunkan dari almari dan diletakkan di atas katil. Irfan sudah membelikan dia pelbagai jenis pakaian yang sesuai dengannya. Jadi baju kurungnya yang dulu-dulu hanya dibawanya sepasang sahaja. ia hanya sekadar hiasan saja. Sementara menanti suaminya balik dia berbaring sebentar di atas tilam empuknya itu.

“Oh, Kota Kinabalu sebentar lagi aku akan meninggalkanmu!” bisik Adawiyah perlahan.