Tuesday, December 3, 2013

Kuimpikan Bahagia Bab 4

4
    

“Wah, beruntunglah kau Nuha dapat kahwin dengan anak datuk, usahawan muda yang sedang menempa nama lagi tu! Macam kami ni tak dapatlah ikan besar macam tu!” kata rakan sekerjanya Sarimah yang kebetulan baru tiba di pejabat am, tempat mereka menulis kehadiran.
Segaris pedih menimpa hatinya. Beatrice dan Jenny yang berbaris di belakang mereka juga tersenyum semacam kepadanya. Dia meletakkan beg kerjanya dan langsung tersenyum manis. Seolah-olah kebahagiaan miliknya apatah lagi selepas dia cuti pertengahan semester ini dia baru sahaja kembali dari berbulan madu di Bali Indonesia. Itulah destinasi pilihannya. Dia tidak terus menjawab kata-kata teguran rakan sejawatannya itu.
            Dia sendiri tidak tahu siapakah suaminya itu. Apakah syarikat yang diwakilinya? Dengan siapa dia bekerja? Dia belum sempat bertanya mengenai hal itu.
            “Tak ada untungnya Cikgu Sarimah, sama sahaja. Kahwin dengan tukang kebun kah, dengan gurukah, dengan petanikah atau dengan peniagakah atau dengan anak orang kaya atau anak raja sekalipun keadaannya tetap sama. Yang berbeza hanya penerimaan kita!” Katanya perlahan.
Hatinya cukup bengkak menghadapi segala-gala yang baru berlaku. Hampir sahaja dia tidak mahu datang ke sekolah selepas cuti panjang ini. Mahu sahaja dia berhenti kerja dan menyembunyikan dirinya dari pandangan umum. Dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan walaupun hakikatnya dia bagaikan Nuha Qarina yang kuat menghadapi keadaan yang berlaku. Entah kenapa dia benar-benar teruji. Inikah balasannya kerana memutuskan pertunangan dengan lelaki pilihannya dua tahun yang lalu?
            “His, mana nak sama keadaannya tu! Kahwin dengan tukang kebun mana sama kahwin dengan jutawan! Kalau aku tu dah aku tukar kereta Kancil aku tu dengan BMW! Aku tak peduli! Laki kan kaya, senang buat duit!” kata Beatrice menyampuk dari arah belakangnya. BMW?
Hmm, kereta  Vios yang diberikan oleh Aliff Safwan sudah diserahkannya semula dua hari yang lalu. Dia tidak mahu menyimpan kereta mewah itu lama-lama sementelah pula dia berasa dirinya tidak mempunyai hak itu. Dia tidak mempunyai hak untuk menggunakan kereta tersebut.
            “Sama sahaja, tak ada yang beza sangat! Lebih baik lagi kalau saling menyintai, Beat! Tak usah disesalkan dengan siapapun kita kahwin, yang penting bahagia!” ulasnya lagi dengan perkataan yang serupa. Wajah bulat Beatrice, rakan sekerjanya itu dipandang seketika. Tidak pernah dia berasa jelak memandang wajah comel itu. Beatrice tertawa kecil diikuti oleh Sarimah.
            “Jadi, macam mana bulan madu? Tentu best kan? Dengarnya di luar Negara betulkah? Jadi, takkan tak ada sourvenir untuk kami semua?” kata Sarimah lagi. Dia membisu seribu bahasa.  Tidak tahu dengan bahasa bagaimana lagi dia hendak membalas kata-kata itu. Takkan dia terus berpura-pura begini.
            “Susah lah nak cakap Cikgu Sarimah. Hari tu saya balik rushing, kebetulan mak mertua sakit ditahan di SMC! Jadi, tu lah yang balik awal tu! Kalau tak, tentu sempat belikan kamu sesuatu tapi apa nak buat! Nantilah mana tahu ada kesempatan melancong lagi, saya akan shopping sakan!” katanya berdalih lagi.
Jangan-jangan Datin Hamidah, emak kepada suaminya itu sedang sibuk menempah pakaian kahwin untuk anak lelaki kesayangannya itu. Dia menarik nafas parah dirasanya. Apatah lagi lelaki itu bakal berkahwin dengan gadis yang dicintainya. Tentu mereka akan lebih bahagia berbanding kalau suaminya terus bersamanya. Tentu tidak akan wujud kebahagiaan apatah lagi dirinya keturunan keluarga sederhana.
Tentu tidak sesuai dengan dirinya yang masih kaya dengan sikap-sikap ketimuran sedangkan suaminya yang bakal menceraikannya itu banyak bergaul di luar negeri. Sedangkan dia hanya melepak di dalam negeri sahaja. Ada sesuatu yang mengusik jiwa halusnya, tidak dapat dileraikan segalanya.
            “Siapa yang hantar tadi? Cik abang usahawan muda yang mula menempa nama tu  ya? Nuha, akak ni gembira sangat sebab Nuha dapat kahwin dengan usahawan tu. Ada juga rakan guru yang dapat memikat lelaki hebat macam tu!” soal seorang guru senior, Cikgu Masmilliah mencelah di sebalik kesesakan rakan-rakan menulis nama.
Terpempan dia dengan apa yang baru didengarnya. Dia menggelengkan kepalanya. Bagaimana cik abangnya hendak menghantarnya kalau bergelut dengan gadis lain lagi. Menyesal benar dirinya menerima lelaki itu. Alangkah baiknya kalau dia masih hidup bujang tidaklah dia sesakit ini. Bisiknya lagi. Kesal memenuhi dadanya.
            “Tak kak, datang sendiri. Tu kereta saya kan! Kenari tu!” katanya perlahan. sayu bagaikan dipermainkan oleh anak seorang datuk yang cukup licik baginya. Entah kenapa dia berasa benar-benar serik dengan apa yang berlaku.
            “Oh, ingatkan Cik abang yang datang hantar dan jemput! Biasanya orang baru kahwin masih manja, dihantar dan dijemput! Maklumlah baru lepas kahwin dan baru balik bulan madu! Mesti bahagia kan! Lainlah kami yang dah tua ni!” kata Cikgu Masmilliah lagi.
Sayu hatinya. Memang benar kata-kata itu. Kalau Aliff Safwan itu benar-benar menjadi miliknya dia tidak akan membiarkan terbang ke sana ke mari seorang diri pada musim cuti yang lalu. Tetapi kerana ikatan yang sudah diputuskan daripadanya sendiri menyebabkan dia datang dan pulang sendiri pada hari-hari persekolahan ini bermula hari ini hingga hari-hari yang seterusnya.
Entah mengapa, dia benar-benar tidak dapat menerima hakikat itu. Hatinya sendu tetapi wajahnya tetap dihiasi senyuman manis penawar dukanya. Kalau senyuman di pipinya sudah tidak ada lagi entah apa lagi yang tinggal buat dirinya ini! Dia nanar!
            “Abang saya pergi ke Jepun semalam kak! Dia ada ada meeting di sana! Katanya pergi dalam dua tiga hari. Jadi saya tak haraplah dia akan hantar saya ke mana-mana. Sayapun selesa sendiri!” katanya perlahan dalam sayu dan dia hampir tidak terkata.
Dia juga hendak menutup maruah lelaki yang baru menikahinya itu. Namun dalam usahanya untuk berpura-pura itu bukankah senyuman itu menutup segalanya!
            “Oh, cik abang pergi ke Jepun! Kenapa tak ikut sama? Wah, kalau kak dah ikut, tak pedulilah! Sekarang ni tinggal dengan mertualah ya?” kata Cikgu Masmilliah lagi. banyak sekali pertanyaannya, mengalahkan penyiasat upahan. Dia menggelengkan kepalanya. Dia tinggal di rumah salah seorang kawan baiknya, haruskah dia berterus-terang? Bisiknya. Ah, tak perlulah dia berterus terang. Lebih baik meneruskan kerja sahaja. Katanya lagi.
            “Ala kak Mas, apa yang Kak Mas sibuk. Suami dia kan sentiasa di luar negara. Sekejap di negara kangaroo, sekejap di negara matahari terbit, sekejap di negara Arab, sekejap di negara romantik. Tanya tempat tinggal, tak usah kak. Nuha boleh tinggal di hotel mana-mana yang dia suka! Master Card Gold ada kak! Hai, bertuahnya badan! Kalaulah kita macam tu!” kata Cikgu Beatrice seolah-olah tahu dengan apa yang berlaku. Dia tersengih sahaja. Tidak berminat memberikan komen!
            “Hiss, jangan kau mengada-ada Beat! Saya bukan begitu. Saya hanya pakai kad saya sendiri! Dia kerja kak, bukan main-main! Saya jalan dulu kak Mas. Nanti lambat pula saya masuk ke kelas!” katanya menutup bicara pagi. Dia tidak perlu mengulas lebih panjang dengan jawapan Cikgu Beatrice yang begitu bernas.
            “Hai, bahagialah hendaknya si Nuha kita ni! Nanti boleh belanja kita makan di hotel lima bintang ya! Sekali lah bagi meraikan perkahwinan hari tu. Kak tak sempat pegi!” kata Cikgu Masmilliah lagi mencadangkan agar dia dibawa makan di Hotel Meridien yang mempunyai pemandangan pantai. Rakan-rakan yang lain turut tersenyum bahagia. Ah, derita yang ditanggungnya betapa sukarnya dia menutupi hatinya ini.
            “Terima kasih atas doa tu kak.” Katanya meratap sedih.
            “Ya harap-harap bahagialah hendaklah adik kita yang seorang ni. Maklumlah agak lama juga dia menderita tetapi sekarang dia sudah bahagia!” kata Sarimah lagi menambah kata-kata Cikgu Masmilliah. Gamam dia dengan apa yang mereka doakan. Mungkinkah lelaki itu akan berubah? Ah, dia tidak berdoa lelaki itu akan kembali kepada dirinya walaupun rindunya kepada lelaki itu sering menggigit tangkai hatinya.