Wednesday, December 4, 2013

Novel Isyarat Cinta Bab 23

Bab 23
Dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang, mereka hanya mendiamkan diri. Adawiyah masih melayani perasaan sebaknya meninggalkan emaknya. Irfan pula berasa simpati kepada isterinya yang tidak pernah berpisah jauh dengan emaknya.
“Sayang, abang rindukan sayang,” kata Irfan yang sudah berada di lapangan terbang Kota Kinabalu. Orang ramai di sekeliling mereka namun Irfan tidak mahu peduli.
            “Buat apa rindu, saya kan selalu di sisi awak,” kata Adawiyah mahu meradang dengan tingkah laku Irfan yang macam lagak orang putih itu.
            “Memang sayang pandai, kita pergi honeymoon kan sayang,” merah muka Adawiyah. Peristiwa di rumah sebentar tadi tergambar di ruang matanya. Adawiyah menundukkan wajahnya. Dia sudah tidak dapat menukar hala tujunya. Dia pasti tidak ada sesiapa yang mahukan dirinya ini.
            “Kita lawat ibu bapa awak dan awak nak kerja dengan daddy awak, jangan nak pergi honeymoon pula!” kata Adawiyah separuh marah. Irfan gelak. Gelakkan Adawiyah.  
            “Ibu bapa sayang juga! Ibu bapa kita,” kata Irfan. Adawiyah angguk. Setuju dengan kata-kata Irfan.
            “Ya lah!” kata Adawiyah. Irfan mengucup tangannya lagi. Irfan sudah tidak mempedulikan dia yang sering membesarkan anak matanya. Sakit hati Adawiyah dengan tindakan Irfan. Irfan lelaki yang tidak tahu malu. Mungkin sebab dia keturunan Cina menyebabkan dia tidak ada rasa malu apabila berdepan dengan orang ramai.
            “Kenapa awak tak pandai malu?” soal Adawiyah menguji keinginan Irfan. Irfan ketawa.
            “Sayang percayalah, abang sayangkan sayang lebih dari nyawa abang. Jangan nak cakap yang bukan-bukan boleh tak?” soal Irfan. Adawiyah tidak biasa diperlakukan seperti itu. Dia tidak selesa dengan tindakan Irfan itu.
            “Ya lah! Pandailah awak!” kata Adawiyah sakit hati.
            “Eh, Irfan awak nak ke mana dengan penjaga kedai awak ni?” tiba-tiba satu suara menegur mereka. Adawiyah seperti pernah mendengar suara itu. Dia ingat-ingat lupa. Ramai sungguh peminat Irfan, kalau dipanggil satu persatu, pasti sanggup beratur menadah cinta untuk Irfan!
            “Eh awak! Aira awak nak ke mana ni?” soal Irfan apabila melihat Aira sudah berdiri di depan mereka dengan sebuah beg besar. Irfan mengejapkan pegangan tangannya dengan Adawiyah. Adawiyah mula menghidu akan kedatangan kekasih Irfan sekali lagi. Merata-rata kekasih Irfan.
            “Saya tanya awak, kenapa tak jawab?” soal Aira tegas. Adawiyah hanya mendiamkan dirinya.
            “Saya nak ke Taiwan dengan isteri saya ni, sayang, ini kawan saya Aira.” Adawiyah menghulurkan tangannya hendak bersalaman dengan Aira namun Aira tidak menyambut tangannya.
            “Isteri? Isteri awak begini? Sejak bila awak jadi baik dan kahwin dengan isteri macam ni?” soal Aira kehairanan.
Soalan yang sama seperti kekasih-kekasih Irfan yang lain. Sebak Adawiyah seketika. Selama ini memang heboh Irfan sudah kahwin tetapi Aira tidak tahu yang Irfan kahwin dengan pembantu di kedainya. Bulat mata Adawiyah. Sakit hati pun ada. Namun pelukan Irfan di bahunya menenangkannya seketika.
            “Ya dia isteri saya, kami nak pergi honeymoon. Dah beberapa minggu kahwin tapi tak sempat saya nak bawa dia honeymoon, kan sayang,” kata Irfan mengucup tangannya lagi. Adawiyah hanya mengangguk dan tersenyum seolah-olah bahagia. Muka Aira kelat melihat dia yang tersenyum bahagia.
            “Ingatkan awak akan kahwin dengan saya,” kata Aira yang bertubuh tinggi lampai itu. Adawiyah tidak menyangka semua kekasih-kekasih Irfan mengharap akan dikahwini.  Itulah sebabnya Adawiyah meminta Irfan menikahi salah satu gadis yang benar-benar cinta sejatinya. Mahukah Irfan?
            “Cari lelaki lain! Banyak kekasih awak kan?” kata Irfan tegas. Adawiyah hanya tersengih.
            “Tak de, saya hanya ada awak yang nak saya nikahi! Bayi dalam kandungan saya ni siapa nak jadi ayahnya?” kata Aira. Merah muka Adawiyah menahan segan. Dia tidak menyangka suaminya bakal mempunyai anak dengan gadis lain.  
            “Maaflah, saya tak terniat nak nikah dengan awak pun Aira. Awak carilah ayah kepada ayah kepada anak awak. Anak saya ada dalam sini,” Kata Irfan lagi mengambil peluang mengusap perut Adawiyah. Mahu tidak berpeluh wajah Adawiyah melihat tingkah Irfan. Syikin sudah melenggok di bahu Irfan.
            “Tak! Tak! Awak tak boleh buang saya. Saya ingat, anak ini adalah anak awak,” kata Aira dengan pasti. Tajam matanya memandang Irfan. Adawiyah menunduk. Apakah ini fitnah atau ada kebenarannya?
            “Mungkin awak mimpi! Saya tak pernah tidur dengan awak,” kata Irfan menafikan.
            “Mungkin awak lupa, saya ada simpan gambarnya. Saya akan edarkan gambar ini di internet nanti,” ugut Aira. Adawiyah membulat kan mata.
            “Eh perempuan, awak tak percaya?” soalnya kepada Adawiyah. Adawiyah bengang. Irfan sudah membulatkan mata.
            “Cepat kita check in, jangan pedulikan perempuan gila ni!” kata Irffan yang sudah menarik tangan Adawiyah.
            “Mungkin dia benar! Kenapa dia mengaku begitu?” kata Adawiyah tidak puas hati dengan pengakuan Irfan. Irfan menggeleng.
            “Tak! Dia hanya buat fitnah! Jangan nak buat onar pula sayang, abang tak tergamak buat macam tu. Kalau abang nak, sayanglah yang akan mengandungkan anak abang,” Adawiyah membuntang mata ke arah Irfan. Tidak menyangka jawapan itu keluar dari mulut suaminya.
            “Aku takkan lepaskan kau Irfan!” kata Aira. Irfan sudah meninggalkannya. Mereka berlalu ke kaunter untuk check in.
            “Kenapa awak nafikan pula?” kata Adawiyah tidak puas hati. Dia menurunkan cermin mata hitamnya.
            “Macam mana nak terima saya tak pernah tidur dengan dia!” nafi Irfan. Entah kenapa lagi dia harus berdepan dengan Aira. Adawiyah tidak percaya.
            “Awak kena siasat dulu benda ni,” kata Adawiyah. Irfan senyum kelat.
            “Sayang, jangan percaya manusia macam tu. Dia sengaja nak runtuhkan rumah tangga kita. Lepas ni kita minum dulu. Jangan nak percaya semua tu! Manusia kalau nak kahwin dengan orang ada-ada, pelbagailah caranya! Ayuh, lupakan dulu, kita nak pergi honeymoon ni! Jangan fikir benda gila tu!” kata Irfan menenangkan isterinya.
Adawiyah masih tidak puas hati. Malah dia bimbang Aira akan berbuat sesuatu untuk memalukan keluarga dan menjatuhkan syarikat suaminya itu. Paling malang jika suaminya akan dipanggil balik gara-gara membuntingkan anak orang!
            “Saya tak nak ikut awaklah kali ini! Saya takut pula dengan ugutan Aira tadi,” kata Adawiyah. Irfan membulatkan mata.
            “Kenapa pula? Eh sayang, perempuan tak guna tu hanya nak mengugut sayang! Kenapa sayang nak pedulikan cakap dia yang tak senonoh tu!” jawab Irfan. Air mata Adawiyah mengalir perlahan. Dia sedih jika Irfan sudah melakukan hal yang telah diperakui oleh Aira tadi. Tidak mahu dia mengikut lelaki itu ke luar negara.
            “Sebab awak ada skandal!” jawab Adawiyah sebak. Irfan membuntangkan mata. Terkejut dengan perlakuan isterinya.
            “Ah skandal kecil aje tuh! Jangan macam ni sayang. Percayalah abang sayangkan hubungan kita. Saya sayangkan Adawiyah saya, buat apa saya nak buat perkara yang bukan-bukan! Abang dah ada Adawiyah cukuplah! Tak larat nak layan orang lain,” kata Irfan bersungguh-sungguh.
Adawiyah memberanikan diri memandang wajah kacak suaminya. Dia mencari kebenaran. Dia tidak mahu suaminya itu membohonginya.
            “Betulkah ni? Entah-entah di belakang saya, siapa tahu?” kata Adawiyah tidak percaya. Irfan ketawa. Tangan Adawiyah digenggam erat.
            “Syukurlah kalau sayang dah cemburu, itu tanda yang positif untuk abang, abang gembira sangat hari ini dan sejak malam tadi,” kata Irfan. Muka Adawiyah sudah membahang panas. Menyesal pula dia berkata begitu. Irfan sudah menghulurkan tisu untuknya. Dia menyambut dan mengelap air mata yang menitis.
            “Sudahlah, berikan tiket tu,” kata Adawiyah pula. Dia pula yang terkena oleh suaminya.  
            “Tak apa, biar abang yang buat,” kata Irfan. Adawiyah hanya memegang sebuah beg sandang berwarna hitam.
            Selepas check-in, mereka duduk di satu kerusi. Masing-masing mendiamkan diri. Adawiyah hanya meminta milo panas. Irfan memesan kopi panas dan nasi goreng ayam ala Cina. Mereka ralit melayan perasaan sendiri walaupun tangannya masih dalam genggaman tangan Irfan.
            “Sayang kena percayakan abang,” kata Irfan seperti berbisik. Tangannya dikucup perlahan. Hendak ditarik dia bimbang yang dia akan memalukan suaminya itu di khalayak orang ramai.  Adawiyah terpaksa mengangguk. Sebenarnya dia tidak begitu mahu mempercayai Irfan.
            “Tengoklah dulu apa yang bakal terjadi. Saya tak tahu lagi apa yang bakal berlaku selepas ini. Kita tak tahu apa tindakan Aira nanti Irfan,” kata Adawiyah memikirkan sesuatu yang jauh. Tidakkah Irfan memikirkan hal yang demikian yang sama dengannya? Irfan merenung jauh ke dalam matanya. Dia tidak tahan. Dia menundukkan pandangannya.
            “Dia takkan berani bertindak jauh,” kata Irfan begitu yakin.
            “Saya tak berani nak mengikut kata awak. Mungkin dia disuruh oleh seseorang,” kata Adawiyah. Irfan ketawa.
            “Sudahlah sayang, jauhi fikiran-fikiran negatif mengenai abang. Abang tak buat benda tu! Kalau abang nak, abang paksa saja orang tu kahwin dengan abang, walaupun dia  tak mahu! Kan sayang? Macam sayanglah! Buat apa abang nak sibuk-sibuk tambah dosa buat maksiat?” Adawiyah memikir. Wajahnya membahang. Irfan mengenakannya lagi. Akhirnya dia mengangguk. Mungkin ia boleh dikira satu markah. Markah bonus untuk suaminya!
            “Saya ni bukan apa, saya bimbang. Kekasih-kekasih awak tu terlalu berani!” kata Adawiyah. Irfan ketawa.
            “Bukan kekasih! Bekas teman wanita sahaja! Tak sampai jadi kekasih! Kekasih abang hanya sayang ku Adawiyah! Tak ada orang lain!” kata Irfan mengakui perkara yang sering diungkapkannya. Adawiyah gelak.
            “Awak ni mengadalah!” muka Adawiyah sudah berbahang seperti ada api singgah ke mukanya. Terasa segan pula dia hendak berdepan dengan suaminya ini. Kebetulan mereka duduk berdepan.
            “Sayang, itu lah kebenarannya. Jangan tutup kebenaran dengan perkara lain,” kata Irfan cuba mengingatkan isterinya. Adawiyah angguk.
            “Sayang, abang nak minta ni,” semakin Adawiyah segan.
            “Awak nak minta apa?” soal Adawiyah menundukkan matanya.
            “Pandang abang,” pinta Irfan. Perlahan-lahan Adawiyah mengangkat mukanya. Wajahnya malu-malu.
            “Apa?”
            “Abang mohon sayang panggil abang ni ‘abang’ kalau dah bercakap dengan mummy abang nanti. Jangan tunjuk sesuatu yang kurang baik depan mummy dan daddy abang. Mummy terlalu cerewet macam abang,” kata Irfan. Adawiyah angguk dan cuba mengerti permintaan lelaki itu.
            “Sekarang panggil abang,” arah Irfan lagi.
            “Ya abang sayang intan payung! Saya akan panggil abang,” kata Adawiyah seperti mengejek-ejek suaminya walaupun lidahnya masih agak janggal hendak menyebut ‘abang’ kepada suaminya itu.
Irfan mengucup tangannya lagi. Walaupun orang yang lalu lintas tidak mempedulikan mereka tetapi Adawiyah tetap segan. Suaminya sudah melampau. Macam dia seorang sahaja di dunia ini ada isteri!

            “Macam tulah isteri abang yang baik!” kata Irfan mengucup lembut tangan isterinya. Adawiyah senyum manis.