Sunday, December 8, 2013

Novel Kuimpikan Bahagia Bab 5

5



Beatrice masih menunggunya di bilik guru itu. Dia baru sahaja duduk dan melepaskan pedih yang masih bersangkut dalam sesi persekolahan yang baru ini. Beaatrice tidak senang duduk di sebelahnya. Dia pula menjadi resah. Dia tahu Beatrice ingin mengetahui apa yang sebenarnya sedang bergolak dalam jiwanya. Dia dan Beatrice kiranya agak rapat juga.
Mereka saling bertukar cerita. Walaupun Beatrice masih belum berpunya tetapi di sekolah tempatnya mengajar ini, hanya Beatrice yang boleh dikongsikan suka duka cerita hidupnya. Nuha Qarina juga sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan Beatrice. Lima belas minit lagi kelas akan bermula.
Beatrice yang duduk di sebelahnya juga berbuat demikian. Gadis Dusun yang manis itu menguatkan azamnya untuk memendamkan segala-gala yang berlaku. Masih ketara kerut yang berbaris di dahi Beatrice melihat wajahnya yang muram dan murung. Barangkali, dengan rakan sekerjanya yang seorang ini dia memang tidak mampu berbohong. Duganya dalam hati. Hatinya memang sudah lama hancur gara-gara seorang lelaki yang kononnya menjadi idaman ramai gadis cantik di bandar raya rimba ini. Kesalnya kian teguh dalam hati.
“Kenapa muka kau murung Nuha Qarina? Kau macam tak gembira saja. Biasanya pagi-pagi ni kaulah yang macam murai tercabut ekor! Kaulah yang paling gembira! Tapi sejak hari ini macam ada sesuatu yang berlaku!” kata Beatrice menggunakan peribahasa yang biasa digunakan untuknya. 
Panggilan biasa digunakan oleh rakan-rakan. Nuha hanya panggilan di rumah sahaja. Namun dia lebih senang kalau orang-orang yang rapat dengannya memanggilnya Nuha. Dia masih bungkam. Sememangnya pagi-pagi begini dia lebih senang untuk berdiam diri dan membaca buku kegemarannya. Dia tidak mahu cerita-cerita remeh di sekolah ini akan mengganggu emosinya.  
“Tak ada apa-apalah Beat. Aku pun tak tau nak cakap yang aku ni gembira! Mungkin aku tak boleh meluahkannya dengan kata-kata, tapi aku memang bahagia sekarang. Cuma, faham-faham je lah, suami aku tu selalu ke luar negara, urusan kerja!” kata ikrarnya untuk membahagiakan lelaki yang tampan dan sempurna lahir dan batinnya itu.
“Kau mengandung ya? Macam ada apa-apa pula.” soal Beatrice macam senapang yang memuntahkan pelurunya bertubi-tubi. Perlahan dia bingkas mengambil beg kerja yang berwana hitam itu untuk menunaikan tanggungjawab pertamanya pagi ini, projek SEMAI iaitu membaca selama sepuluh minit di dalam kelas harus dilaksanakan! Perhimpunan diadakan seminggu sekali. Kebetulan hari pertama persekolahan adalah hari rabu, jadi perhimpunan pertama semua guru dan pelajar pada tahun ini akan diadakan pada minggu hadapan.
“Tak ada apa-apalah, percayalah aku! Mengandung pun tidak!” katanya ringkas sekali. Barangkali jawapannya yang ringkas itu menyebabkan dia menahan tangis tak berlagu. Beatrice masih merenunginya.
Dia tidak menghiraukan soalan-soalan yang menyerangnya. Beatrice masih tidak berpuas hati dengan bungkamnya. Dia faham akan rakannya yang seorang itu.
“Nuha, kalau ya pun tunggulah aku dulu!” kata Beatrice sambil memegang pergelangan tangannya hingga menimbulkan rasa sakit.
“Aku nak masuk kelaslah kawan! Kalau pengetua kita tiba-tiba ‘melancong’ ke kelas-kelas dan kita masih bersembang, apa kau nak cakap? Loceng yang baru bunyi tu, kau tak dengar? Jomlah kita masuk ke kelas, pelajar kau tentu rindukan kita! Aku tak sabar nak jumpa mereka!” soalnya memulangkan paku buah keras kepada rakan sekerjanya itu. Rakan-rakan sudah terkocoh-kocoh ke destinasi masing-masing pada pagi-pagi begini.
“Aku tahulah! Tapi, aku nak tanya dengan kau ni! Aku betul-betul nak tahu! Aku susah hati tengok kau susah hati macam tu! Selalunya kalau macam ni kau yang selalu ‘happy’ apa lagi kita jarang berjumpa! Sekarang, aku lihat kau macam ada masalah!” kata Beatrice lagi masih tidak puas hati dengan jawapannya itu.
“Aku tak ada apa-apa masalah Beat! Yang kau nak paksa-paksa aku tu kenapa? Aku aku mahu kau sibukkan aku, aku ni ok!” katanya masih menutupi kepedihan yang bertandang di kuala hatinya ini. Beg hitam di tangannya dijinjing erat.
“Aku rasa ada sesuatu yang berlaku kepada kau Nuha, please let me know!” kata Beatrice lagi mula memujuknya. Nuha Qarina hanya menggelengkan kepalanya.
Nothing! Aku tak apa-apa. Don’t worry, please. Saya jalan dulu ya!” katanya meminta kebenaran dengan kawannya.
“Please aku nak jumpa dengan kau Qarina. Tak bolehkah kita cerita-cerita sikit?” kata Beatrice lagi. kali ini mulutnya muncung. Nuha Qarina hanya tersenyum.
“Aku tak ada masa lah! Penuh lah jadual kalau hari Rabu ni! Apalah kau ni sbuk sangat Beat!” katanya berdalih.  
“Biasanya apa yang aku rasa ni benar belaka. Aku tak mahu sesuatu yang tak baik berlaku kepada kau! Please let me know! Kita jumpa masa ketiga ya, kau tak ada kelaskan? Boleh tak? Kita ke kantin, aku belanja kau minum!” pelawa Beatrice dengan penuh kesungguhan.
Biasanya dia sendiri yang akan membelanja rakannya itu. Rakannya itu sukar benar mengeluarkan wangnya untuk orang lain. Katanya, ramai adik-beradik yang ditanggungnya. Ah, sedekah itu berkat dan subur. Bisiknya.
“Terima kasihlah kerana susah-susah nak belanja aku Beat! Kebetulan aku tak mahu pergi kantin hari ni! Aku belum check lagi kalau-kalau aku mengganti. Kau tahulah kak Hajah Fatmah tu, kadang-kadang last minute baru dia bagi kita surat mengganti! Tu yang haru! Mahu tak mahu kenalah kita mengganti!” katanya lagi cuba mengelak pelawaan Beatrice. Hakikatnya dia ingin melarikan diri dari rakan sekerjanya itu.
“Janganlah macam tu Qarina. Kan sudah lama kita cuti, kita tak jumpa. Hari ni kita minum sama-sama ya. Aku memang rindukan kau!” kata Beatrice cuba memujuknya. Malas dia pujukan rakannya itu. Wajah bulat Beatrice itu dipandangnya. Langkahan kakinya dipercepatkan. Dia bimbang dia akan tersilap cakap akhirnya.
“Aku tahulah nak jaga diri aku macam mana Beat! Kau jangan nak susah hati!” katanya lagi perlahan.
“Tidak! Kita mesti cerita tentang pengalaman suka duka kau menjadi isteri orang! Aku ni tak lama lagi akan mengikuti jejak kau!” kata Beatrice seperti menukar tajuk yang selama ini mereka perbualkan.
“Oklah kalau macam tu! Nanti kau cari aku di pusat sumber! Aku tak mahu minum. Aku kenyang, dah sarapan di rumah tadi!” kata Nuha Qarina lagi, mengalah dengan pujukan Beatrice.
“Maklumlah orang sedang gembira! Tentulah minum sama-sama! Ha macam tu lah kawan barulah aku suka!” kata Beatrice yang begitu gembira dengan janji temunya.
Dia berjalan menuju ke kelas Tingkatan Tiga Berlian. Dalam kerinduan melihat wajah-wajah pelajarnya, hatinya masih sebu. Sukar hendak digambarkan betapa hancurnya sebuah hati. Namun, perjalanan hidupnya harus diteruskan. Tidak ada sesiapa yang akan membantunya andainya dalam menempuhi perjalanan hidupnya dia akan terjerat lagi seperti ini. Dia telah berjanji untuk melaluinya dengan tabah, walaupun hakikatnya hatinya merintih!


***


            Tepat pada waktu rehat, terkocoh-kocoh Beatrice datang ke pusat sumber sekolah. Sedangkan dia sedang terkulat-kulat membaca buku cerita. Dia senyap sahaja di bahagian hujung pusat sumber itu.
            “Nuha, kau tak pergi kantin, minum?” Tanya Beatrice apabila sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Nuha. Nuha Qarina menggelengkan kepalanyan. Dia terasa kenyang pula.
            “Taklah, aku hanya akan free pada jam 11.50 pagi ini. Jadi, mahu tak mahu terpaksalah aku duduk di sini sementara waktu rehat budak-budak tu habis!”  Nuha Qarina member alasan perlahan.
            “Aku Nampak jelaslah perubahan kau sekarang tak macam dulu!” kata Beatrice yang jelas kehairanan.
            “Tak ada apa-apalah! Kan dah jadi isteri orang, kena bersikap baik sikit,” ujarnya. Beatrice mengangguk. Mungkin setuju dengan alasannya.
            “Jadi, macam mana jadi isteri jutawan, bagus tak?” soal Beatrice lagi. lama dia diam. Dia sendiri tidak pasti siapakah lelaki yang baru dikahwininya lantas tiga bulan kemudian ditinggalkannya secara tiba-tiba. Nuha Qarina benar-benar belum kenal rapat akan lelaki yang menjadi suaminya itu.
            “Kenapa kau diam?” soal Beatrice lagi. Nuha Qarina tidak menyahut.
            “Tak ada apa-apa. Hidup selepas kahwin sama saja dengan sebelum kahwin. Tak banyak bezanya Beat. Nanti kalau kau dah kahwin, kau taulah apa rasanya kahwin dan tidak kahwin!” Jawabnya perlahan.
            “Aneh kau ni Nuha. Orang lain lepas kahwin muka berseri-seri tapi muka kau pucat semacam je! Kau pregnant ya?” soal Beatrice lagi. nuha Qarina tidak mahu mengulas kata-kata sahabat sekerjanya itu.
            “Taklah! Masih terlalu awal nak ada baby! Aku kan masih muda! Rancang-rancang aku nak sambung study ni!” katanya perlahan. Dalam hatinya lebih menjurus hendak menyambung pelajarannya.
Tidak ada lagi komitmen yang hendak dilakukannya di sini. Suaminya juga sudah memberikan dua kata kepadanya. Dia benar-benar mahu melupakan lelaki itu. Dia tidak mahu terus hidup dibelenggu oleh lelaki yang sudah merantai hidupnya. Kalau ada kehidupan kedua, Nuha Qarina berjanji akan menjadi dirinya sendiri dan tidak akan begitu mudah menerima akad nikah seorang lelaki! Uh!
            “Sambung study? Buat apalah kau sambung study tu Nuha! Kalau aku lah di dalam situasi kau ni, aku takkan buat apa-apa. Just duduk diam di rumah, pergi shopping di luar negara dan enjoy yourself!” kata Beatrice lagi.
Nuha Qarina terduduk lesu. Tidak tahu apa lagi yang harus dijawabnya. Beatrice terlalu ingin mengetahui kehidupannya selepas kahwin. Ah, dia tidak akan membuka mulutnya. Kehidupannya yang bagaikan berada di dalam penjara, menyebabkan hatinya rabak terluka. Uh, sungguh hatinya terluka!
Siapa pula yang akan membiayai kehidupannya setelah dia kembali hidup bujang seperti tiga bulan yang lalu? Soalnya dalam hati.
            “Jadi, benarlah telahan aku, kau ada masalah ya? Ceritalah kat aku, kita boleh bincang. Aku ni kawan kau, aku kasihan tengok kau!” kata Beatrice masih memujuknya membuka mulutnya.
            “Aku tak tahu nak cakap macam mana Beat. Apa yang aku nak cakap? Tak tahu nak cakap!” katanya perlahan. mata Beatrice terus memacak tegang ke arahnya. Nuha Qarina tidak mahu dirinya menjadi perhatian. Biarlah dia tidak berterus terang, itu lebih baik.
            “Tetapi ada sesuatu di matamu yang menyebabkan aku jadi gelisah Nuha. Kau macam dalam kesusahan,” kata Beatrice lagi. Duka menghimpit hati. Bagaimanakah dia harus berterus terang dengan Beatrice mengenai masalahnya ini.
            “Tak ada apa-apalah Beat. Betul tak ada. Suami aku sekarang di London. Dia ada masalah sikit di sana. Syarikat yang baru beroperasi di sana ada masalah stok. Tu yang menyebabkan dia di sana. Aku pula duduk dengan keluarga aku di Kinarut. Puas hati?” soalnya perlahan setelah memberikan butiran lengkap tentang suaminya itu.
            “Oh begitu. Aku berdoa agar kau akan bahagia dengan kehidupan yang kau lalui. Setahu aku kau ni jenis ‘happy go lucky’! Tapi, hari ini kulihat kau amat sedih sekali, tu yang aku hairan!” kata Beatrice lagi.
            “Mungkin suasana sebelum kahwin dan selepas kahwin lain sikit ya?” soalnya berseloroh kepada sahabatnya itu.  
            “Sama sahaja! Tak banyak beza. Aku tunggu kau kahwin lah! Nanti baru kau faham apa yang berlaku!” katanya perlahan sambil tersenyum kepada Beatrice. Dia berjanji tidak akan merosakkan mood kawan-kawan sekerjanya di sekolah itu. loceng sekolah sudah dibunyikan. Mereka berpandangan seketika.

            “Beat, oklah kita sambung cerita lain kali sahaja ya. Aku ada kelas ni!” kata Nuha Qarina dan berjalan ke dalam kelasnya, Empat Mutiara. Dia bersyukur kerana dapat mengelakkan dirinya daripada menceritakan keburukan dirinya kepada sahabatanya sendiri. Dia tidak mahu memanjangkan sengketanya.