Wednesday, January 8, 2014

Novel Kuimpikan Bahagia Bab 12

12



“Assalamualaikum!” Aliff safwan memberi salam. Dia sudah tidak sabar hendak bertemu dengan isterinya yang dahulu sering diabaikannya. Entah apa yang membuka hatinya, akhirnya dia terpaut hati dan cuba memancing simpati terhadap isteri yang dibiarkannya selama ini. Kesal dia, sungguh kesal. Namun baginya kesal itu memang sukar hendak ditebusnya. Isterinya juga sukar hendak dipujuk. Isterinya itu agak aneh sejak akhir-akhir ini.malah yang lebih tragis lagi isterinya sukar dipujuk dengan kata-katanya. Apakah yang harus dilakukannya?
Dia sudah mengetuk berkali-kali namun dia mendapat jawapan yang negatif dari rumah tersebut. Dia mengintai-intai di sebalik tingkap rumah Nuha Qarina itu. Nuha Qarina yang sudah memasuki biliknya cepat-cepat menukarkan pakaian malamnya. Dia belum lagi mandi pagi itu.
Dia bercadang ke sekolah pada pukul sembilan pagi untuk serahan tugas-tugas lain di sekolah. Dia sudah berjanji dengan pengetuanya kelmarin. Cemas sekali dia. Masih memikirkan sama ada dia hendak membuka pintu rumah itu atau membiarkan lelaki itu di luar rumah. Kalau dia sudah bosan, tentu dia akan pergi. Bisiknya lagi. dalam ketukan yang bertalu, perlahan dia membuka pintu rumahnya itu selepas dia mengunci pintu biliknya.
            “Waalaikum salam. Apa hal awak datang ke sini? Kartika tak ada kat sini! Tak baik awak dating sini pagi macam ni! Nanti apa kata jiran kami!” Nuha Qarina membuka pintu hadapan. Lelaki itu tercegat di depan pintu bagai muka seorang pesalah. Matanya cemas memerhatikan kea rah Nuha  Qarina yang sedang berdiri tegak di hadapannya. 
            “Abang tak cari Kartika pun! Abang cari isteri abang yang comel dan selalu dirindui ni! Takkan abang tak boleh lawat dia di sini?  Jiran-jiran saying tu taka pa, abang boleh berdepan dan berterus terang dengan mereka! Boleh tak bagi abang masuk?” soalnya.
Wajahnya dijengulkan ke dalam. Wajah Nuha Qarina amat masam. Masam sekali. Mungkin dia tidak ada mood hendak melayan kedatangannya pagi-pagi begini. Sebelah kakinya sudah melangkah ke dalam rumah. Dia terkejut dengan jawapan itu. Teragak-agak dia hendak membenarkah lelaki itu masuk. Untuk apa lagi nak datang sini? Benarkah?
            “Boleh! Boleh, silakan masuk.  Rumah ni berhabuk, belum disapu sejak semalam. Maklumlah rumah bujang!” katanya perlahan. Sesekali dia menjadi malu dengan apa yang berlaku. Tersengih dia mendengar kata-kata isterinya itu. Mahu sahaja dia kucup pipi yang agak tembam walaupun tubuhnya agak kurus sedikit berbanding sebelum mereka kahwin dulu. Adakah isterinya ini menanggung masalah besar lantaran dirinya?
            “Tak apa. Rumah abang lagi teruk, tak ada orang nak masuk. Abang seorang saja! Tak ada sesiapa yang peduli pun!” jawab lelaki itu. asing terasa di pendengarannya. ‘Bukankah lelaki itu sudah bernikah seorang lagi, kenapa rumahnya kosong tak ada orang hendak masuk? Isteri barunya mana?’ Nakal, Nuha berbisik sendirian.
            “Sebenarnya rumah ni pun tak menerima tetamu! Sebab ini rumah orang bujang!” katanya yang masih di ambang pintu itu. Bulat matanya mendengar kata-kata isterinya itu. Nuha Qarina menunjukkan kekasarannya. Mungkin dia hendak membalas dendam.
            “Bujang?” Nuha Qarina angguk. Sakit betul hati Nuha dengan sikap lelaki itu. Dia menggeleng. Isterinya itu tidak bujang, sudah bersuami. Buktinya dirinya lah! Aww, jangan pandai-pandai nak mengaku bujang!
“Nuha, awak sakit? Awak, kenapa… awak kenapa tak pergi sekolah, tak mengajar ya? Ada masalah ya? Kalau tak menyusahkan abang ingin tahu…” soalnya tiba-tiba kehairanan dengan hadirnya dia di sana. Nuha Qarina menggelengkan kepalanya. Ah dia tersilap. Kenapa dia menggelengkan kepalanya. Sepatutnya dia menganggukkan kepalanya agar lelaki itu tidak akan membawanya keluar ke mana-mana atau mengganggunya pagi-pagi ini. Aliff Safwan masuk setelah Nuha Qarina memberi isyarat tangannya.
            “Nuha, apa yang sudah berlaku kepada awak sayang? Cuba cerita dengan abang!” soal Aliff Safwan lagi sebaik dia sudah berada di perut rumah teres itu.
Tangan Nuha Qarina sudah dipegangnya. Berkali Nuha Qarina hendak melepaskan tangannya, namun dia tetap tidak dapat melepaskannya. Malah, lelaki itu sudah mengucup jari-jemarinya bagai seorang suami yang menanggung kerinduan kepada isterinya. Bagaikan orang tidak sedarkan dirinya.
Aksi yang paling tidak disukai oleh Nuha Qarina sejak semalam. Dia kaku. Entah bagaimana dia hendak melepaskan diri dari lelaki ini. Pintu utama pula sudah ditutup dan dikuncikannya tanpa disuruh sebentar tadi.  
            “Kalau kedatangan awak nak mengganggu saya, silakan keluar! ini bukan tempat melepaskan rindu! Tolong keluar sekarang!” kata Nuha Qarina tegas. Dia seperti hilang kawalan diri apabila lelaki itu tidak mahu melepaskan tangannya yang halus dan kaku itu. lelaki itu kekejutan dengan ketegasan yang ditunjukkannya.
            “Tak, abang bukan nak mengganggu Nuha! Abang rindukan Nuha! kenapa tangan Nuha sejuk, Nuha takut ya? Ingat, abang tak mahu ganggu Nuha, faham? Abang rindu dan cintakan Nuha, isteri abang ni! Jangan anggap yang bukan-bukan.” kata lelaki itu lagi. Dia tidak perlu menjawab semua soalan lelaki yang sudah berdiri begitu dekat dengan dirinya itu.
            “Kalau rindu bukan begini caranya! Ini rumah orang, bukan rumah Nuha!” kata Nuha Qarina yang sudah merah mukanya menahan marah. Dia sengaja berbuat demikian.
Dia takut lelaki itu akan bertindak sesuatu yang lebih jauh daripada itu kalau dia tidak berusaha mencegahnya. Dia tidak mahu masalah baru datang melanda hidupnya. Perkahwinan ini sudah melanda malah menjadi bara dalam hidupnya, dia tidak mahu apa-apa yang berlaku selepas ini menyebabkan dirinya lebih bermasalah. Fikirnya waras.
            “Nuha, bukan begini caranya melayan suami!” katanya pula. Terasa marah Nuha Qarina dengan kata-kata itu. dia mara lagi menghampiri Nuha Qarina.
            “Habis, bukan awak yang ajar saya begini? Awaklah yang telah mengajar saya cara-cara yang kurang sopan ini! Inilah ajaran awak selama ini Aliff!” katanya tegas, suaranya jelas. Dia tidak mahu berpura-pura mendiamkan diri sedangkan jiwanya sudah lama menderita.
            “Nuha, abang tanya sama ada Nuha sakit atau tidak? Sejak jam 7.00 pagi abang telefon ke sekolah, tetapi Nuha tak ada di sana, jadi abang datang ke sini nak tanya kalau-kalau isteri abang ni sakit? Kita ke klinik nak?” terang Aliff Safwan panjang lebar dan menukar tajuk perbualan.
Dia memang agak pandai dalam waktu-waktu tegang begitu. Dia agak terkejut dengan jawapan itu. Mungkinkah lelaki itu sudah diberitahu tentang pemergiannya ke Sydney? Aduh, kalaulah dia tahu, pasti dia terpaksa membatalkan hasratnya yang satu itu.
            “Err, ya…ya, Nuha tak sihat sikit. Mungkin Nuha penat sikit! Kerja Nuha banyak sangat semalam! Itulah Nuha meminta kebenaran pengetua pegi ke klinik.” Jawabnya ringkas. Dia menundukkan kepalanya. Lelaki itu masih berhadapan dengannya memerhatikan setiap gerak-gerinya. Ah, kerana lelaki itulah dia tidak dapat tidur semalam. Bisiknya lagi.
            “Ya muka Nuha pucat sikit! Mungkin Nuha mengandung tak? Mari abang bawa Nuha ke klinik!” kata Aliff Safwan lagi sambil menyambar tangan halus Nuha dan mengucupnya sekali lagi. ‘Gila lelaki ini!’ bisiknya lagi. ‘Disentuh pun tidak pernah, inikan pula mengandung!’ dia kegelian sendiri. Ada gelinya ada geram yang memenuhi mindanya.
            “Nuha tak ada suami, macam mana nak mengandung! Awak sudah gila agaknya Aliff! Ada suami pun tak sudi, inikah pula mengandung!” katanya sayu. Pandangannya ditundukkannya ke lantai. Ada air yang bertakung di kolam mata. Ditahannya kuat-kuat.
            “Nuha,  maafkan abang. Bukankah abang adalah suami Nuha? kenapa Nuha cakap Nuha tak ada suami? Abang tak pernah anggap Nuha selain isteri abang yang sah walaupun Nuha dah lama tak balik rumah kita! Rumah kita sunyi sangat tau! Maafkan abang sayang kerana selalu melukakan hati Nuha.” sayu suara lelaki bernama Aliff Safwan itu lantas menyambar tubuhnya lalu memeluk tubuh kurusnya itu.
Nafasnya sesak di dalam pelukan kemas lelaki itu namun dia berasa sangat terlindung sekali dengan pelukan tubuh lelaki sasa itu. Tanpa disedarinya dia sudah membalas pelukan lelaki itu dengan esakan yang memilukan.
“Menangislah saying, dan luahkannya, abang sedia mendengar apapun luahan hati saying!” Nuha Qarina mendongak memandang wajah suaminya. Nuha Qarina tidak jadi menangis, mungkin dia tersedar. Dia menolak tubuh tegap sasa itu. Dia mula teringat yang suaminya juga merupakan suami kepada wanita lain.
“Maafkan saya,” kata Nuha Qarina setelah dia memohon dilepaskan dari pelukan suaminya itu.
“Tak apa, ini kan suami sayang,” Nuha Qarina menunduk. Dia bukan suaminya seorang diri. Dia mahu lelaki itu melepaskan dirinya. Dia tidak mahu berkongsi kasih dengan sesiapa. Tidak bersuami pun tidak mengapa, dia reda.
Seketika, dia berasa lega dengan pelukan itu. Separuh bebanan perasaan yang ditanggungnya terlepas dari mindanya tetapi seketika dia menyedari dengan siapa dia berdiri. Pantas dia menolak lelaki itu. Namun, lelaki itu bagaikan sudah bersedia dengan penolakannya dan tangan kuat lelaki itu tidak memberinya peluang untuk bebas dari cengkaman tubuh lelaki tegap itu.
Dia berasa hampir lemas di dalam pelukan itu. Malu dengan tindakannya membalas pelukan erat itu. Tangan lelaki itu sudah menjalar ke seluruh tubuhnya. Bibirnya sudah menyusup ke tengkuk kecilnya yang agak terbuka lantas menghampiri bibirnya. Pantas pula dia bersuara lunak.
“Nuha, abang benar-benar rindukan Nuha. Abang benar-benar menyesal. Lama abang mencari Nuha, sekolah Nuha, rumah Nuha, kini baru abang jumpa! Maafkan lah abang Nuha!” Dia benar-benar ingin menolak lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu.
            “Abang, bukankah hari ini abang nak pergi London? Bukankah sudah masanya abang bertolak? Kenapa abang datang ke sini lagi!” untuk melarikan diri dari lelaki itu, dia cepat-cepat bersuara walaupun dia sangat sukar bernafas. Lelaki yang baru sahaja hendak memeluknya itu tiba-tiba melepaskan pelukannya. Ada keluhan berat di dalam nafasnya.
Mereka berpandangan sekali lagi. Masing-masing bagaikan kerinduan. Aliff Safwan memegang tangannya semula, bagai tidak dapat dirungkaikan. Nuha Qarina sempat bersyukur kerana ternyata tindakannya membuka menyelamatkan dia dari gangguan lelaki itu. namun, bayangan lelaki itu tetap akan memburunya nanti.
            “Abang sudah mmbatalkan semua temu janji abang di sana demi Nuha selama seminggu ni!” katanya perlahan. Nuha Qarina ditariknya perlahan. Terpempan Nuha Qarina dengan jawapan itu. Mereka berjalan seiringan untuk duduk di sofa berwarna kelabu bercorak kuda belang itu. Nuha Qarina hanya mengikut sahaja.
            “Kenapa Nuha, bukan perempuan yang abang cintai tu? Bukankah awak ada tanggungjawab lain yang harus dilunaskan, kenapa dengan saya pula awak berurusan kali ini Aliff?” tanyanya menunjukkan kecemburuannya.
Malah, dia tidak mahu memanggil lelaki itu ‘abang’ seperti selepas perkahwinan mereka tiga bulan yang lalu. Dia sudah menyimpul tekadnya jauh-jauh. Namun dia tersenyum manis kepada lelaki itu. lelaki itu tidak pernah lepas memandang wajahnya. Wajah yang menyembunyikan sayu yang tidak dapat ditanggungnya seorang diri namun demi dirinya yang terluka, dia rela menanggung segala-galanya. Lelaki itu berdiam diri.  Tidak menyahut apa yang disuarakannya.
            “Nuha, abang nak bawa Nuha pergi klinik dan lepas tu kita pergi sarapan, cepatlah siap.” Kata lelaki itu lagi menyunting apa yang baru dikatakannya.
            “Nuha dah sarapan bang. Nuha dah beli kuih-muih yang mak cik jual di seberang jalan tu pagi tadi! Sekarang ni Nuha ada kerja sikit nak buat! Err, Nuha boleh pergi ke klinik sendiri. Nuha masih larat memandu!” kata Nuha Qarina dengan acuh tak acuh. Dia sedaya upaya hendak menolak pelawaan lelaki itu.
            “Takkan sarapan dengan abang pun Nuha tak sudi! Lepas tu abang akan tunjukkan klinik keluarga kita di Wisma Merdeka! Nanti Nuha tak perlu susah-susah lagi! Kita pegi sana ya!” kata lelaki itu tadi. Dia bagaikan terpempan dengan kata-kata itu.
            “Bukan macam tu tapi…”
            “Tapi apa? Nuha masih ingat apa yang abang lakukan pada Nuha? Nuha masih kecewa dengan abang kan? Maafkan abang Nuha saying, memang salah abang sebab terburu-buru.” Nuha Qarina menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu mendengar peristiwa yang sudah berlalu.
            “Nuha ada kerja sikit nak buat ni! Urgent! Awak keluar dulu sementara saya siapkan kerja saya. Nanti selepas jam dua petang baru awak datang sini!” katanya bermatian menolak lelaki itu. rancangan asalnya hendak ke sekolah terpaksa dibatalkan jika lelaki itu berkeras hendak membawanya keluar.
            “Tapi, Nuha macam tak sihatkan? Mari, sekarang dah pun hampir pukul 10.00 pagi. Kita ke klinik ya!” kata Aliff Safwan menunjukkan rasa prihatin dan tanggungjawab sebagai seorang suami. Namun, hasrat itu sudah terlambat. Esok adalah hari terakhirnya di bumi bertuah ini.
            “Tak apalah bang. Nuha boleh pegi sendiri. Abang pun mesti banyak kerja kan? Ada baiknya abang pergi kerja dulu. Nanti petanglah kita keluar ya.” Kata Nuha Qarina mengemukakan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari keluar dengan lelaki itu.
            “Nuha, jangan tambahkan serabut di kepala abang ni! Abang nak bawa Nuha minum, Nuha tak mahu! Abang nak bawa Nuha ke klinik Nuha tolak! Apa lagi yang boleh abang buat untuk isteri abang ni? Bagaimana Nuha nak tahan sakit Nuha tu kalau petang baru jumpa doctor?” soal Aliff Safwan agak tinggi. Sabarnya bagaikan sudah hilang. Bulat mata Nuha memerhatikan lelaki itu.
            “Tak perlu susahkan diri untuk Nuha. Lebih baik awak pergi layan isteri muda awak tu lagi baik! Saya ni orang tua, tak apalah!” katanya seperti orang yang merajuk.
            “Nuha, please jangan sebut yang bukan-bukan lagi. kita hanya berdua ok!” katanya perlahan. mata Aliff Safwan lunak memandang ke arahnya sejak tadi.
            “Baiklah kalau macam tu. Untuk kali ini saja. Lain kali jangan ganggu saya. Saya menunggu surat cerai dari awak! Awak tunggu sekejap! Nuha bersiap!” katanya bergegas ke biliknya.
Lelaki yang memerhatikan itu tidak lagi dipandangnya. Tiba di biliknya dia mengunci pintu biliknya rapat-rapat. Beg pakaiannya disimpan di dalam almari. Dia takut, suaminya itu hilang kawalan dan terus mengetuk pintu biliknya.
            “Nuha, awak jangan mimpi, sampai mati abang takkan ada surat yang awak ingin tu!” kata Aliff Safwan bertegas kali ini. Terkesima Nuha dengan jawapan itu. Dia tidak menyangka lelaki itu begitu tergamak hendak menyatakan demikian kepadanya. Dalam hati, dia sudah bersedia untuk menanggung apa yang sepatutnya berlaku kepada dirinya.  
Nuha  Qarina sempat menganggukkan kepalanya. Belum selesai Nuha mengenakan gincu bibirnya, dia terdengar pintu biliknya diketuk. Nuha Qarina pening lagi dengan perlakuan lelaki ini. Hampir sebulan mereka tidak bertemu wajah, wajah lelaki itu sudah dipenuhi jambang, malah tidak terurus. Malah, sengaja tidak diuruskan diri itu. Wajah tampan itu tertutup oleh bulu-bulu kasar yang memenuhi muka itu.
            “Nuha, Nuha dah bukakah hadiah semalam tu? Tentu Nuha suka tak dengan hadiah abang tu? Suka kan?” kata Aliff Safwan sambil mengetuk pintu biliknya.
Bergegar tubuh Nuha Qarina dengan ketukan di pintu itu. Selama dua bulan Nuha Qarina tinggal sebumbung, tidak pernah lelaki itu seagresif ini. Lelaki itu tidak mempedulikannya. Dia bagaikan bunga meja di rumah lelaki itu. Nuha Qarina masih ingat akan sikap acuh tak acuh lelaki itu apabila berhadapan dengannya sewaktu mereka baru bernikah. Itupun selepas beberapa minggu dia bermesyuarat di luar negeri.
Tidak sesekali lelaki itu mahu melawatnya di bilik mereka yang berlainan ketika itu. Selama ini lelaki itu menganggapnya bagaikan tetamu. Sakit betul hatinya. Kehairanan-kehairanan yang menjelma di hati Nuha Qarina memaksanya memikirkan apakah perlu dia membuka pintu biliknya kali ini.
            “Abang, Nuha dah sedia, marilah kita keluar.” kata Nuha Qarina cepat-cepat keluar dari biliknya dan cepat-cepat pula menutup biliknya yang masih belum berkemas sepenuhnya. Tetapi belum sempat dia menutup pintu itu, tangan kekar lelaki itu sudah menahan pintu itu dari tertutup.
            “Nuha, ini bilik Nuha? Comel macam orangnya! Bilik kita nanti bolehlah dihiaskan macam dekorasi di bilik ni kan! Redup dan nyaman!” kata Aliff  Safwan sambil meneliti perhiasan yang ada di biliknya. Berubah wajahnya dengan pengakuan itu. malah, jauh berbeza dengan bilik khasnya yang diberikan oleh  Aliff sewaktu dia tinggal di rumah banglo milik lelaki itu.
            “Saya tak akan ada rumah dengan awak! Jangan nak perasan!” katanya kasar. Dia benar-benar terluka dengan sikap lelaki itu selama ini.
Tidak ada apa-apa sebenarnya di biliknya yang kecil itu. Hanya ada gambarnya sewaktu bermain dengan adiknya, Hanafi. Hanya dindingnya yang ditukar hiasan. Barangkali lelaki itu sengaja hendak menjenguk ke dalam biliknya itu. bilik yang serba sederhana sahaja. Kesunyian terasa membekam jiwa mereka berdua. Namun, Nuha Qarina begitu pandai mengisi suasana.
“Jangan macam tu Nuha. Abang sudah bosan ditanya yang bukan-bukan oleh mama. Satu hari tu mama tidur di rumah kita, tapi mama kecewa kerana Nuha tidak ada di sana. Mama kehairanan dan akhirnya menghidu apa yang berlaku!”
“memang lah itu yang awak sukakan? Saya nak buat macam mana? Kalau orang tak sudi! Saya seribu kali saya tak sudi, awak tahu!” katanya lagi mcuba menyakitkan hati lelaki itu.
“Maafkanlah abang sayang! Memang abang yang salah tapi sedangkan Nabi pun maafkan umatnya! Inikan pula Nuha! Takkan tak boleh maafkan Nuha!” katanya lagi, separuh memujuk.
Tangan kekarnya sudah mencapai tangan Nuha Qarina yang halus mulus itu. Nuha Qarina cuba meronta. Tetapi, lelaki itu sudah bersedia merangkulnya dengan kuat di bilik itu. Bau haruman ‘Desire’ milik lelaki itu menebal di hidungnya. Dia bagaikan tidak selesa dengan bau tersebut.
“Aliff…Aliff… Aliff Safwan,  mari kita keluar! Nuha sudah sedia nak pergi!” katanya dengan nafas yang tidak teratur.. Tas tangannya yang kecil itu yang tersangkut di lengannya sudah terlepas. Aliff Safwan masih lagi dengan sikapnya. Dia  yang meronta-ronta tidak dipedulikan.
“Jangan ganggu saya!” teriaknya apabila lelaki itu sudah mencumbu lehernya. Dia benar-benar ketakutan dengan tingkah agresif lelaki itu.
Dia cepat-cepat turun ke bawah meninggalkan lelaki itu yang termangu tetapi puas itu. Lelaki itu menuruti langkahnya. Dia bersyukur sebenarnya. Dia boleh terlepas dari beban amukan rindu lelaki itu.
“Nuha, ini beg tangan Nuha tertinggal!” katanya sambil menoleh kea rah lelaki yang masih tersenyum puas itu.
“Abang tak akan ganggu Nuha. Abang faham Nuha masih marahkan abang. Abang hanya melepaskan kerinduan-kerinduan kita berdua. Nuha rindukan abang kan? Jadi, abang tak mahu Nuha terus menderita!” katanya perlahan, masih dengan senyumannya.
“Jangan nak gila! Saya tak ada   rindu untuk awak! Awak tahu tak?” katanya seperti mencabar suaminya sendiri.
“Tapi, Nuha membalas, betulkah Nuha tak rindukan abang?” soalnya lagi tidak percaya dengan pernyataan Nuha Qarina. Nuha Qarina menggelengkan kepalanya.
“Abang percaya rindu Nuha pun sudah terlepas sebentar tadi!” katanya lagi. Sakit hati Nuha Qarina.
“Sudah! Pergi kau dari sini! Jangan ganggu emosi saya!” katanya separuh berteriak kepada lelaki itu.
            “Nuha, kenapa ni? Nuha kan isteri abang? Kalau abang mahu, abang boleh lakukan apa yang sepatutnya di sini tetapi abang tak mahu! Kenapa nuha degil sangat? Kenapa Nuha tak mahu pedulikan abang? Bukankah abang sudah minta maaf dengan apa yang telah berlaku?” katanya Aliff Safwan dengan perasaan yang memilukan. Dia mendiamkan dirinya. Perlahan dia keluar dari ruang yang menyesakkan dan mengambil kasutnya. Entah kenapa dia bersetuju keluar dengan lelaki itu.