Sunday, February 23, 2014

Novel Kuimpikan Bahagia Bab 14

14

“Jadi, bagaimana dengan Nuha? Jadi tak dia datang sini Aliff?” soalan mamanya cukup mengharukan. Dia hendak jawab apa? Takkan dia hendak beritahu  yang isterinya tidak mahu berjumpa dengan emak mertuanya? Oh tidak! Jadi apa jawapan yang sesuai?
            “Entahlah mama, susah nak cakap. Nuha kata dia sudah ada acara malam ni. Tak tau pula acara apa.” Kata Aliff Hakimi perlahan. Sendu wajahnya. Mama dan pembantu rumah mereka sudah menyediakan makanan yang akan dihidangkan pada malam ini. Mata Datin Hamidah pula membuntang.
            “Tak jadi? Kenapa tak beritahu awal? Mama nak raikan anak menantu mama!” kata Datin Hamidah sungguh kesal dengan apa yang berlaku. Takkan dia hendak membatalkan majlis pada malam ini? Oh tidak! Aliff Hakimi sudah gosok-gosok kepala. Dia juga tentunya lebih kesal kerana isterinya itu tidak dapat dipujuk.
            “Tak sempat nak beritahu mama. Saya pun baru tahu petang ni! Mana sempat nak beritahu mama!” kata Aliff Hakimi masih kesal dengan apa yang berlaku. Dia sendiri yang salah. Salah kerana selama ini dia tidak mempedulikan isterinya itu. Selama ini isterinya itu dibiarkan sendirian di rumahnya dan dia entah ke mana. Apapun berita dia tak berikan. Isterinya jadi tunggul kayu di rumahnya, begitu? Kalau dia dibuat begitu, sudah lama dia lari dari tempat itu. Sekarang apa yang sudah jadi kepada dirinya? Ah, ini semua disebabkan oleh dosa-dosanya yang lalu. Maafkan abang Nuha!
            “Mana nombor telefon Nuha, mama nak cakap dengan dia.” Pinta Datin Datin Hamidah. Dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor isterinya. Mamanya mengambil telefon itu.
            “Dia tak angkat.” Kata Datin Hamidah. Dia sendiri bingung. Kenalannya jauh dan dekat hendak bertemu dan berkenal mesra dengan menantunya tetapi menantunya tidak ada. Apa yang dia hendak cakap nanti? Aduhai, dia sendiri bingung.
            “Apahal kau ni Aliff, ada isteri macam tak de isteri? Orang lain ada isteri ke hulu ke hilir bersama-sama, kau ni apa? Pelik mama tengok, kau ada masalah dengan isteri kau?” Aliff Hakimi geleng kepala. Dia tidak tahu apa yang akan dikatakannya. Soalan mamanya itu terlalu menceroboh, menceroboh rumah tangganya. Memang dia salah, dia sendiri salah.
            “Saya kan sibuk ma, mama mesti faham. Kalau tak kerana uruskan perniagaan luar Negara kita, saya takkan sesibuk ini. Mama tukarlah pekerja, berilah pula kepada adik yang baru habis belajar tu. Biarkan dia uruskan perniagaan dan saya cuti sekejap uruskan isteri pula, macam mana mama, papa setuju tak?” soal Aliff Hakimi. Mamanya tepuk dahi. Semakin bingung mungkin mendengar permintaannya.
            “Itu bukan alasannya. Kalau betul sayang isteri, kau sayang isteri tak?”
            “Mestilah sayang mama. Kenapa pula saya tak sayang. Saya sayangkan Nuha, kasihan dia.” Datin Hamidah sudah tersenyum. Datin Hamidah tahu anaknya dan menantunya ada masalah. Jadi dia sengaja mengadakan majlis untuk menyatukan kedua-dua mempelai yang sudah empat bulan diijabkabulkan itu.
            “Bagus, kalau dah sayang, Aliff hendaklah bawa Nuha ke mana-mana Aliff pergi. Kalau perlu cuti, biarlah dia cuti! Jangan nak sakitkan hati dia. Selama ini mama malas nak masuk campur!” kata Datin Hamidah. Aliff Hakimi tersenyum. Mamanya memang faham ada sesuatu antara mereka.
“Betul tu ma, saya sokong. Memang selama ni saya abaikan isteri saya, tapi berilah saya cuti mama, barang sebulan, saya nak bawa isteri saya honeymoon pula!” pinta Aliff Hakimi dengan penuh perasaannya. Datin Hamidah sudah tersenyum.
“Jangan main-main dengan isteri Aliff! Mama ni dah lama makan garam. Kalau mama ada masalah dengan papa kau, mama memang sakit hati bertahun-tahun mama sakit hati! Perempuan ni lain hatinya Aliff!” kata Datin Hamidah dengan panjang lebar.
Telefonnya berbunyi. Dia melihat nombor yang tertera di skrin.
“Ma, Aliya ma! Mama mahu cakap tak?” Datin Hamidah terus mengangguk dan mengambil telefon anaknya itu.
“Helo Aliya menantu mama, assalamualaikum,” sapa Datin Hamidah merendahkan dirinya. Sudah lama dia tidak mendengar berita mengenai menantunya itu. Menantunya itu juga orang yang baik-baik. Tidak pernah dia mendengar menantunya mengadu yang bukan-bukan kepada emak atau sesiapapun.
“Walaikumsalam mama, hmmm, maaflah mama, saya tak dapat datang ke majlis mama tu. Kebetulan ada hal ni.” Kata Aliya dengan penuh hati-hati.
“Mama dah siapkan makanan dan tetamu pun dah nak datang ni. Keluarga Aliya pun mama jemput. Boleh tak Aliya dating walaupun sekejap? Mama pohon ni!” kata Datin Hamidah merayu menantunya. Agak lama Nuha Qarina mendiamkan diri.
“Err, susah nak cakap mama!”
“Sampai bila pula majlis Nuha tu?” soal Datin Hamidah.
“Err, tak apalah mama, majlis mama jam berapa?” Datin Hamidah menunjukkan ibu jarinya kepada anaknya Aliff Hakimi. Aliff Hakimi mengenyitkan matanya kepada mamanya.
“Dalam jam8.30 malam ni. Tak apalah kalau Nuha nak dating lewat sikit dalam jam9.00 malam begitu? Boleh tak?” soal Datin Hamidah.
“Err, saya tak bawa kereta ni mama,” kata Nuha Qarina.
“Tak apalah, Nuha cakap dengan Aliff Hakimi ya, atur lah baik-baik ya. Mama ni bukan apa, mama tak mau anak mama dan menantu mama bertengkar dan tak sefahaman. Mama ni bukannya hidup lama di dunia ni!” kata Datin Hamidah menasihati menantunya. Nuha Qarina terkedu. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakannya lagi. Memang benar apa yang dikatakan mertuanya itu.
“Mama faham, pastinya Nuha rasa merajuk kerana selama ni anak mama tak pedulikan menantu mama ni! Berilah dia peluang ya sayang.” Nasihat Datin Hamidah lagi.
“Saya sudah maafkan dia mama. Abang Aliff mana mama?” soalnya pula.
“Kejap ya Nuha, anak mama ke tandas mungkin tu!” Datin Hamidah menyerahkan telefon kepada anaknya.
“Ya sayang asalamualaikum.” Kata Aliff Hakimi yang sudah memegang telefonnya. Mamanya sudah keluar entah ke mana.
“Eh abang ni mengada-ada sungguh nak bersayang-sayang! Malaslah!” kata Nuha Qarina di hujung talian.
“Kat mana abang nak jemput Nuha?” soal Aliff Hakimi.
“Err, kat Hotel Promanade di lobi,” kata Nuha Qarina.
“Sekarang?”
“Tidak! Nanti dalam jam 8.30 malam. Hmm, kalau bukan mama abang, saya takkan terima pelawaan abang!” Aliff Hakimi ketawa kuat. Riang sekali perasaannya. Isterinya sudah mahu berlemah lembut dengannya. Dia bersyukur jika isterinya sudah memaafkan dirinya. Dia bersyukur sangat.
“Baiklah, nanti abang akan ke situ tunggu sayang di sana ya!” kata Aliff Hakimi yang sudah bersemangat hendak menjemput isternya yang sudah banyak terluka itu.
“Terima kasih, maafkan saya menyusahkan awak pula, malam ni saya tak bawa kereta!” kata Nuha Qarina.
“Abang tau. Tak apalah, abang kan ada.” Kata Aliff Safwan dengan suara paling romantik yang dia ada. Dia ingin membahagiakan isterinya.
“Mungkin sekarang abang suka, lama-lama dah bosan, saya akan dibuang kan bang?” terkejut dia dengan pernyataan isterinya itu. Soalan apa itu? Dia sudah berjanji akan menjadikan isterinya sebagai isteri hingga akhir hayat. Kenapa dia mahu bosan dengan isterinya sendiri? Dia sudah taubat. Dia tidak akan pernah memberitahu isterinya yang dia mahu kahwin lagi. Kasihan Nuha.
“Kenapa cakap macam tu? Selagi ada nyawa abang, abang akan temani saying hingga ke akhir nafas abang,” kata Aliff Hakimi. Kedengaran suara Nuha Qarina ketawa.
“Betullah tu apa yang salahnya? Baru kahwin pun saya dianiayai apatah kalau dah tua berkedut!” kata Nuha Qarina terasa sebak memikirkan hal suaminya. Aliff Hakimi ketawa.
“Jangan cakap macam tu sayang! Abang takkan buat macam tu lagi! Abang janji! Lepas ni hukumlah abang, abang akan terima apa saja hukuman sayang,” kata Aliff Hakimi.
“Hmmm… lepaskan saya!” kata Nuha Qarina memohon sesuatu yang amat dibenci Tuhan. Namun dia sebak. Kenapa pada waktu dia sudak nekad untuk meninggalkan lelaki itu, kini dia dating semula. Itu yang menyebabkan dia serba-salah.
“Lepaskan? Takkan sesekali pun abang akan buat! Abang pernah cakapkan, sampai mati pun abang, sayan tetap isteri abang? Dengar? Jangan pernah pinta lepaskan! Kalau kerbau, lembu boleh abang lepaskan tapi bukan Nuha Qarina! Please sayang!” hampir terkedu Nuha Qarina mendengar perkataan suaminya.
“Entah lah bang. Nanti saya tunggu di lobi!” kata Nuha Qarina.
“Tunggu abang ya. Abang rindu sangat!” kata Aliff Hakimi.
“Abang ni macam kena pugai pula!” kata Nuha Qarina yang kehairanan dengan sikap suaminya itu. Satu perubahan baru yang sangat ajaib. Mungkinkah doa-doanya sudah diterima? Ah, dia tidak tahu, tetapi dia berasa sungguh terharu.
“Kita jumpa nanti, saya letak telefon bang,” kata Nuha Qarina begitu menghormati suaminya.
“Terima kasih ayang,” kata Aliff Hakimi yang sungguh bersyukur dengan perubahan isterinya.