Saturday, April 5, 2014

Cinta Sang Pilot 12

Cinta Sang Pilot Bab 12



Bab 12


“Saya gerak dulu ma,” setelah mendapat alamat rumah Natasya Umaira, Nukman Faris bergegas menuju ke rumah isterinya. Rupanya kawasan rumah Natasya Umaira tidak sejauh yang disangkakannya. Bandar Kinrara dengan kawasan Damansara tidaklah jauh sangat.
         “Baik-baik dalam perjalanan tu. Gunakan map untuk cari di mana isteri kamu tu tinggal. Memang dia tak berapa jauh dari tempat kita ni. Tapi tahulah dia tu kan pemalu, tak pernah dia ke sini.” Kata Datin Zahara. Nukman Faris terkedu. Benarkah Natasya Umaira pemalu? Macam tak malu pula!
         “Oh ya ke ma? Lepas tu nak bawa dia ke mana?” Datin Zahara tersenyum penuh makna. Berkerut kening Nukman Faris. Dia geleng. Dia tahu emaknya hendak mengenakannya.
         “Laa, suka hati lah, kan isteri Nukman tu! Nak bawa minum kat mana-mana, bawa ke klinik jangan lupa!” pesan Datin Zahara pula. nukman Faris senyum.
         “Ya lah mama. Saya akan bawa Natasya jumpa mama nanti!” kata Nukman Faris pula.
         “Memang mama rindukan menantu mama tu. Nukman tak rindu?” eh mamanya memang sengaja hendak kenakan dia. Dia hanya sengih-sengih sahaja. Perasaannya berbalah bahagi kini. Antara Natasya Umaira dan Rozaila. Tetapi dia sudah mempunyai janji dengan kekasihnya dan dia sudah mempunyai perjanjian bertulis dengan Natasya Umaira. Harap-harap dia sendiri tidak tergugat memandang isteri di atas kertasnya itu.
“Mama tak sabar nak rasa nasi goreng ala kampung dia, memang sedap kan Nukman!” Nukman Faris angguk. Ya, memang dia masih ingat akan nasi goreng buatan Natasya Umaira. Kali pertama dia merasa nasi goreng buatan gadis itu. Selama ini dia tidak pernah akan merasa nasi goreng sesedap itu.
         “Apa ma?” Datin Zahara jeling Nukman Faris.
         “Sengajalah tu nak kenakan mama!” kata Datin Zahara. Nukman Faris ketawa. Mamanya pandai pula buat lawak dengannya.
         “Saya gerak dulu mama. Petang nanti atau malam sikit mama akan jumpa menantu kesayangan mama tu!” kata Nukman Faris. Datin Zahara mengangguk.
         “Elok-elok bawa kereta tu Nukman. Jangan laju-laju ya.” Kata Datin Zahara. Nukman Faris mengangguk. Agak lama dia tidak membawa kereta. Keretanya diletakkan di rumah keluarganya.
         Hatinya sendiri berdebar-debar ketika hendak bertemu dengan isterinya sendiri. Bagaimanakah mereka akan berdepan nanti?

 ***

“Dia nak jemput aku sebentar lagi? Suami yang kucintai dalam diam itu? Tetapi dia selalu menyakitkan hati aku! Huhu, dia nak datang? Wow, tak sangka pula dia sanggup datang. Baru habis kerja pula tu! Aduhai, simpati pula aku kepadanya. Aku nak cakap tak perlu jemput aku, esok aku akan gerak sendiri ke rumahnya. Tetapi kenapa dia degil? Dia kata nak bawa aku ke klinik jumpa doktor. Ah lagi masalah!” aku seperti bercakap seorang diri. Kenapa hidupku begini rumit? Haruskah aku berterus-terang dengannya pada hari ini?
         “Hai, menung nampak? Menung panjang pula!” suara Shamira kudengar di depanku. Aku buangkan kenangan mengenai Nukman Faris.
         “Tak adalah. Awak tak ke mana-mana minggu ni Mira?” Shamira geleng. Cuti sekolah selama seminggu sudah bermula tetapi pada hari Isnin kami ada kuliah. Aku akan balik ke rumah sewaku ini pada hari Ahad nanti. Aku tahu aku mesti tidak akan betah berlama-lama di sisi Nukman Faris. Pasti dia mahu aku cepat-cepat keluar dari rumah keluarganya itu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk  membawa tiga pasang pakaian siang dan tiga pasang pakaian malam.
         “Aku duduk diam di rumah ini. Awak nak ke mana? Jangan lupa kita ada kuliah pada hari Isnin hingga Rabu,” kata Shamira mengingatkan aku. Aku angguk. Aku tidak pernah lupa akan waktu kami kuliah itu. aku tidak mahu banyak tidak hadir ke kuliah. Pihak universiti memandang serius akan kehadiran kami ke kuliah walaupun kami bukan pelajar sepenuh masa.
         “Err, mak long aku panggil aku ke rumahnya.” Shamira sudah ketawa. Mungkin dia faham apa akan berlaku. Bulat mata Shamira mungkin memikirkan sesuatu.
         “Encik pilot sudah balik? Wah, hebat! Mesti akan terjadi sesuatu antara kamu kan!” aku pandang tajam ke mata Shamira. Dia seperti tidak sayang mulut pula. Segan bertamu di wajahku. Apa yang berlaku? Memang tak ada apa-apa. Antara kami ada perjanjian. Jika sudah selesai semuanya, kami akan berpisah secara baik. Tetapi kenapa hatiku bagaikan dihiris dengan pisau tajam halus-halus? Ah, kenapa aku terasa sayu sekali? Apakah ini bermakna aku tidak rela adanya perpisahan antara kami? Tetapi bagaimana dengan Nukman Faris, pasti dia mahu berpisah denganku dengan secepat mungkin. Ah, aku tidak tahu. Segala-gala yang ada di hati Nukman Faris, adalah rahsia Ilahi. Kenapa aku harus berburuk sangka dengan suamiku sendiri?
         “Eh buat apa nak malu? Kau kan nak jumpa mertua dan yang penting ialah nak jumpa suami tercinta yang dirindui!” aku tahu Shamira tidak faham akan situasiku. Aduhai! Perkataan rindu itu memang hadir tetapi sedih sekali. Rindu itu hanya bertamu di hatiku sendiri.
         “Pandailah kau cakap! Aku seganlah dengan diorang! Selama ini bukan aku pernah ke rumah mak long! Suamiku tu paling jahat dalam dunia! Kuat mengejek kalau jumpa aku! Lagi satu dia tu sangat ego!” kataku perlahan. Aku membuka sedikit demi sedikit mengenai suamiku. Terkedu Shamira.
Tahukah Shamira mengenai sikap Nukman Faris? Huh, aku tidak pernah memberitahunya. Lelaki itu menjadi sebutan selepas aku putus tunang dan emak mencari pengganti untuk calon suamiku. Amri sudah memutuskan pertunangan secara rasmi ketika surat jemputan sudah diedarkan. Sakitnya hati! Kasihan kepada Nukman Faris yang tiba-tiba jadi mangsaku pula. Ya seolah-olah suaminya jadi mangsanya!
         “Tak apalah! Dia kan suami kau sekarang. Kau kena layan dia dengan baik! Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang sudah berlaku.” kata Shamira. Aku angguk. Benarkah ada hikmah? Ya, kenapa Amri tiba-tiba memutuskan pertunangan dan Amri muncul selepas perbincangan dengan emaknya. Ya, aku yakin ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
         “Jadi, kenapa kau tak siap lagi? Pergilah mandi dan solat Asar!” arah Shamira.
“Ya lah cik kak! Nak mandi lah saya ni! Lepas tu nak solat dan makan dulu!” kataku kepada Shamira. Shamira tersenyum. Gadis bertudung labuh itu memang warak orangnya. Aku bergegas bangun dan mengambil tuala merahku.
“Tahu tak apa!” katanya Shamira. Dia kembali menekuni bukunya.
         “Ya Shamira, kau kalau jadi pengarah memang sesuai! Kau kalau jadi pengarah memang hebat!” kataku geram dengan sikap Shamira.
         “Tahu tak pe! Eh kau tak balik malam ni?” soal Shamira. Aku geleng. Mungkin aku akan tidur di rumah emak mertuaku.
         “Tak tahu lagi Mira. Mungkin tidak mungkin ya! Kau? Siapa kawan kau di sini?” jawabku. Aku cepat-cepat membuat persediaan. Aku sudah memberitahu alamat rumahku tadi kepada Nukman Faris. Pasti mudah dia mencari rumah sewaku ini. Aku bersedia apa yang patut.
         “Mungkin aku balik ke rumah emak. Aku akan minta ayah aku jemput aku selepas maghrib nanti.” Kata Shamira. Aku angguk.
         “Apa kata kau ikut aku? Adalah kawan aku tidur di bilik tamu malam ni!” bulat mata Shamira. Tidak pernah dibuat orang!
         “Jangan nak jadi gila! Kau yang kahwin, bukan aku!”kata Shamira yang tidak setuju dengan cadanganku.
         “Aku try ajelah!” kataku yang sudah berdiri di depan kamar mandi. Shamira menggeleng.
         “Harap-harap kamu berdua selamat dunia dan akhirat!” doa Shamira untukku. Aku mengaminkan doanya. Terbayang di mataku wajah Nukman Faris yang tampan mengancam dan boleh membuat jantung aku berdebuk gugur ke lantai! Aduhai!
 ***
Kedengaran telefon bimbitku berbunyi. Satu mesej masuk. Berdebar sungguh aku. Apakah Nukman Faris sudah tiba?
         “Asalammualaikum, keluarlah. Awak di mana sekarang  ni?” soalan itu memang tidak masuk akal. Di mana lagi? Memang di rumah lah! Cepat-cepat aku keluar ke luar rumah. Aku tidak perlu membalas mesejnya itu. Aku terus membuka pagar rumah sewaku. Dia turun dari keretanya.
         “Assaalmuaalaikum, apa khabar?” sapaku ketika dia turun dari keretanya. Mukanya masam. Aku hulurkan tangan hendak menyalami tangannya. Perlahan-lahan dia menghulurkan tangannya dan tanpa disangka dia mengucup dahiku. Syahdu kurasa. Hampir tiga minggu kami tidak bertemu. Terasa rindu mencengkami jiwa namun kutahan segalanya. Aku tidak mahu dikatakan akan mencerobohi janjiku kepada seorang suami yang bukan suami sebenarnya. Kalau dia tahu kerinduanku alangkah malangnya aku! Matilah aku dimaki hamunnya.
         Aku menutup pintu kereta dan keluar dari kereta.
         “Awak nak ke mana tu?” dia lantas turun dari keretanya. Aku mengambil sebuah beg yang ada di depan tangga rumah.
         “Ambil beg.” Dia cepat-cepat ambil beg di tanganku dan meletakkannya di bahagian belakang. Aku cepat-cepat buka pintu belakang. Bulat matanya memerhatikan aku.
         “Kenapa buka pintu belakang?” aku kaku. Dia sudah membukakan pintu hadapan untukku. Aku serba-salah. Aku kalau boleh hendak duduk di bahagian belakang bersama begku. Tidak menyangka pula dia melayan aku dengan baik kali ini. Apakah dia sudah lupa janji kami? Kami hanya menjadi suami isteri untuk tiga hari lamanya. Selepas itu kami mengambil jalan hidup berasingan. Aduhai, kenapa pula dia datang ke rumahku pada petang ini dengan pelbagai aksi yang menakutkan?
         “Nak duduk di belakang. Nanti apa kata kekasih awak.” Kataku yang masih mengingati orang lain di antara kami berdua. Tentu dia akan marah. Tidak, dia ketawa.
         “Duduk depan. Saya bukan supir awak! Kekasih saya di luar negara dia takkan tahu apa-apa mengenai kita! Cepat masuk depan!” aku lega. Aku tidak mahu menjadi duri dalam daging dalam hubungannya dengan kekasihnya.
         Aku tidak masuk ke dalam kereta. Aku terlupa sesuatu.
         “Kenapa?” soalnya prihatin.
         “Pintu rumah belum tutup.” Kataku teringat pintu yang terbuka tadi. kawan serumahku berada di rumah. Aku naik semula ke dalam rumah. Aku menyalami Shamira. Shamira tidak mahu keluar bertemu dengan suami di atas kertasku. Katanya dia segan. Aku lebih segan sebenarnya.
         “Ingatkan apa!” katanya yang sudah memahami apa yang kulakukan.
         “Awak tinggal di sini? Sendirian?” suaranya dingin. Aku tahu dia selesa memandang rumahku yang agak kecil. Aku nak kata apa?
         “Tak! Saya tinggal dengan kawan. Shamira namanya!” Dia jeling aku. Aku tertunduk. Apakah dia berdebar seperti aku?
         “Mana dia?”
         “Ada di dalam. Awak nak jumpa dia?” dia cepat-cepat menggeleng.
         “Tak apalah, kita nak singgah di mana-mana lagi selepas ini?” soal Nukman Faris. Aku geleng.
         “Tak ada, tak singgah mana-mana!” jawabku.
         “Oh tak ada ya?” aku angguk.
         “Awak nak bawa saya ke mana ni? Ke rumah keluarga awak kan?” dia ketawa. Aku keliru.
         “Mana-mana saya sukalah nak bawa awak, nak ikut saya ke mana-mana?” soalnya. Aku tambah keliru.
         “Apa pulak? Tadi awak cakap nak bawa saya ke rumah mama awak!” kataku memulangkan cakapnya. Dia ketawa lagi.
         “Tak apalah, nanti-nanti lah kita ke rumah mama tu!” aku semakin takut.
         “Ke mana pula?”
         “Awak takut ya Tasya? Takutkan?” mukaku sudah hilang darah kurasa. Memanglah aku takut. Dia buat bodoh pula soal-soal aku begitu. Aku angguk. Mestilah aku takut. Emak mertuaku memberitahu tadi yang aku akan dibawa ke rumah mereka di Damansara. Kenapa pula Nukman Faris berdolak dalik?
         “Kitakan suami isteri, apa nak ditakut? Setakat ini saya tak pernah makan manusia! Nakkan manusia adalah!” aku semakin takut. Menggigil tubuhku mendengar kata-katanya. Dia bagaikan gorila di depanku saat ini. Benar, tindakan Nukman Faris sukar diduga. ‘Nakkan saya buat apa? Bukankah awak sudah janji nak ceraikan saya?’ soalku dalam hati.
         “Awak nak bawa saya ke mana ni?” soalku lagi. Selagi dia tidak bercakap selagi itulah aku tidak puas hati.
         “Saya nak bawa awak ke mana-mana saya sukalah! Awak tak suka?” aku diam. Dia sudah menghidupkan enjin keretanya. Aku diam di tempat dudukku setelah menarik tali keledar.
         “Diam-diam ya, kita akan pergi ke satu tempat. Jangan risau, tempat itu menenangkan, awak mesti suka punya!” katanya. Aku bertambah hairan. Dia datang kali ini dengan perubahan pula. perubahan yang menakutkan aku.
         “Dah nak malam ni Nukman. Kalau kita tak cepat, nanti mama awak marah.” Dia ketawa. Logikkah alasanku? Aku sendiri geli hati mendengar cakapku sendiri.
         “His awak ni lawaklah pula Tasya! Kadang-kadang saya rindukan gugup awak tu! Muka awak takut itu pula yang saya rindu nak tatap! Awak tak rindu saya?” aku bagaikan hendak pengsan mendengar cakapnya. Apakah dia ini sudah sasau? Bercakap seperti tidak ada sempadan antara kami. Ah, lupakanlah mungkin Nukman Faris ini sedang demam atau rindukan kekasihnya.
         “Err, kenapa awak begini? Awak rindukan kekasih awak?” soalku malu. Bukannya aku tidak rindukan dia, aku rindukan dia sepenuh hatiku tetapi aku tidak boleh memberitahunya mengenai hal ini. Aku bukan miliknya sepenuhnya. Aku hanya isteri yang dianiaya oleh bekas tunangku sendiri. Kalau bukan kerana fitnahnya, aku tidak akan bernikah dengan sepupu yang kucintai dalam diam ini. Huh, sampai akhir hayat aku tidak akan memberitahunya mengenai perasaanku selagi dia mempunyai kekasih hati.
         Aku dengar Nukman Faris ketawa. Lucukah apa yang aku tanyakan?
         “Sudah saya beritahu awak kan, kalau tanpa sesiapa, kita hanya bercakap mengenai diri kita. Bukan bercakap mengenai orang lain. Faham?” aku masih keliru dengan sikap lelaki ini. Aku tidak akan berani bercakap mengenai perasaanku. Aku takut dia akan memerangkap aku. Aku tidak akan sewenang-wenangnya hendak memberitahu seluruh kerinduan kepadanya dan wajahnya yang tidak pernah lari dari mataku. Biarlah, biarlah ia pecah di perut dan jangan pecah di mulutku. Ia hanya akan memalukan aku.
         “Tasya, awak faham tak?” aku tersentak. Terlupa dia ada di sisiku sedang memandu dengan tenang.
         “Faham. Saya faham, terima kasih.” Kataku penuh sopan dan memandang ke luar tingkap. Aku dengar cakap dan nasihat emak, agar aku menghormati suamiku selagi dia menjadi suamiku.
         “Bagus kalau awak faham, kalau tak faham juga, aku tahulah apa nak buat!” semakin gementar hatiku mendengar ugutannya itu.
         “Errr, apa awak nak buat?” dia ketawa kuat. Lagu-lagu Ingeris kegemarannya tenggelam oleh ketawanya.
         “Tahulah aku nak buat apa! Awak diam-diam sudahlah!” katanya. Aku pandang ke depan tetapi aku takut hendak memandang wajahnya. Aku tidak mahu dia bercakap sesuatu yang merapu lagi selepas ini. Biarlah aku mendengar lagu-lagu kegemaranku sahaja.
         “Cuti ni awak nak ke mana?” soalnya tiba-tiba setelah suasana sangat sunyi sekali.
         “Saya ada kuliah hari Isnin hingga Rabu.” Jawabku memberitahu dia segera. Aku tidak mahu ada sesuatu yang akan dilakukan pada waktu cuti yang tidak seberapa lama ini. Esok aku akan pastikan aku akan balik semula ke rumah sewaku. Aku tidak betah meninggalkan rumah sewaku lama-lama.
         “Kuliah? Awak ambil kursus apa? Di mana?” bertubi-tubi soalannya. Aku tidak tahu hendak menjawab yang mana satu. Aku pandang wajahnya. Dia sudah tersenyum. Mungkin dia juga puas hati andai aku ada aktiviti lain. Dia juga tidak akan menghabiskan masa yang lama denganku. Aku mahu menyelamatkan dia.
         “Ya kuliah.” Aku jawab ringkas. Sebenarnya aku malas mahu menceritakan kepadanya yang aku pelajar di sebuah universiti. Sedangkan dia bekas graduan luar negara. Pastilah ibu bapanya berani menghantar dia ke mana-mana sebab keluarganya mampu. Hmm, kami bukan tidak mampu. Mampu. Cuma, aku yang tidak mahu berpisah dengan emak. Lagipun anak perempuan, ayah tidak benarkan anak perempuan belajar jauh-jauh. Akhirnya aku bahagia  belajar di negaraku sendiri.
         “Ambil apa?” aku kerut dahi. Banyak betul pula soalannya.
         “Diploma!” aku sengaja membohonginya. Mungkin selama ini dia tidak tahu apa profisienku. Mungkin selama ini dia tidak latar belakangku.
         “Oh, awak baru nak ambil diploma?” aku angguk tetapi tersengih-sengih. Dia pula kerut dahi seperti tidak percaya dengan apa yang aku sampaikan.
         “Kat mana?”
         “Kat bawah tanah!” selamba aku menjawab. Dia bulatkan matanya. Geram mungkin dia.
         “Oh awak main-mainkan saya ya!” tanganku sudah ditangkapnya. Dengan segera dia memegang tangan kananku sekuat-kuatnya lalu mengucupnya. Mataku membulat memandang keanehannya. Apakah ini suamiku atas kertasku? Apakah ini yang kuharapkan dia lakukan? Aku keliru. Sangat keliru! Akhirnya aku menarik tanganku semula dan menutup mata. Keindahan ini harus dinikmati biarpun esok mungkin kali terakhir kami bersama bersua muka begini. Oh indahnya!

         “Pandai mainkan Nukman ya!” katanya seolah-olah berbisik. Aku kematian kata. Keretanya terus bergerak laju menuju ke Kuala Lumpur.