Saturday, April 19, 2014

Cinta Sang Pilot 16

Bab 16


“Rozaila sayang, ya, apa khabar sayang,” sapa Nukman Faris apabila nombor kekasihnya tertera di skrin telefonnya. Berdebar-debar hatinya.
            “Apa? Nak jumpa?” soalnya berulang kali. Suara Rozaila tidak berapa kedengaran. Sekejap ada sekejap tak ada.
            “Jumpa? Ila sekarang di mana ni?” soalnya pula. setahunya kekasihnya itu masih di London dan akan terus membuat peragaan pakaian di Paris.
            “Ila sudah balik di Kuala Lumpur? Jadi, di rumah?” kedengaran suara Rozaila agak manja tetapi seperti kedengaran seseorang di sisinya. Apakah...? Ah, dia tidak mahu berburuk sangka. Sudah lama dia mengenali kekasihnya. Sejak mereka masih di bangku sekolah menengah lagi. Dia tidak yakin jika kekasihnya itu akan menduakannya pula.
            “Di mana sekarang ni?” berulang pertanyaannya terhadap kekasihnya. Dia terasa serba-salah pula. jika kekasihnya sudah di Kuala Lumpur dia harus segera keluar dari rumahnya dan membawa isterinya ke rumah keluarganya di Damansara Utama. Dia tidak mahu kekasihnya terluka dengan tindakannya berkali-kali. Sudahlah kekasihnya sangat terkecewa dengan pernikahannya, ini kan pula sedang berkasih-kasihan dengan isterinya. Tetapi dia memang layak mengasihi isterinya. Itu bukan kesalahannya.
            “Oh Ila kat Singapore. Nak saya pergi ke kota Singapore? Bila? Esok?” soalnya. Permintaan kekasihnya agak keterlaluan. Walaupun dia merindui kekasihnya namun dia sudah tidak sebebas sebelum bernikah. Kini dia mempunyai tanggungjawab yang hendak dikerjakannya. Mamanya tidak akan melepaskannya jika apa-apa berlaku kepada isterinya Natasya Umaira. Itulah yang ditakutkannya. Walaupun dia belum mempunyai apa-apa perasaan terhadap isterinya itu namun dia tetap kasihan akan isterinya yang sedang mengandung itu.
            “Tak dapatlah sayang. Saya terpaksa lapor diri ke ibu pejabat esok sebab ada kes kecemasan. Tadi saya sudah dihubungi oleh pihak pentadbir.” Dia mencari alasan. Sedangkan isterinya ada bersamanya. Takkan senang dia hendak meninggalkan isterinya di rumah mamanya dan dia keluar mencari kekasih. Oh tidak!
            “Tak percaya?” dia ketawa kecil.
            “Sayang kena percaya. Saya mana pernah bohong. Kita pun sudah lama kenal kan sayang,” katanya memujuk Rozaila. Rozaila merengek minta dijenguk di Singapura. Entah apa yang dibuatnya di kota asing itu. dia sendiri kehairanan.
            “Sudah jatuh cinta? Jatuh cinta kat isteri?” soalnya pula. Dia sebenarnya banyak bertahan dengan asakan kekasihnya. Wajah comel Natasya Umaira dan wajah malu-malu ketika didakapnya terbayang di ruang matanya. Wajah kekasihnya yang sentiasa penuh dengan mekap itu bagaikan semakin pudar dari ingatannya. Dia tidak tahu kuasa apa yang ada pada isterinya. Tetapi kata mamanya, kalau pandang isteri dan ingat isteri, suami akan dapat pahala.
            “Taklah! Saya sayangkan kekasih saya.” Rozaila merengek lagi.
            “Betul takkan saya nak bohong awak sayang.” Katanya cuba meyakinkan kekasihnya.
            “Bila sayang balik Kuala Lumpur?” soalnya. Dia teringatkan isterinya yang ada kelas pada hari Isnin minggu depan. Mungkin pada masa itu bolehlah dia berjumpa kekasihnya pula. ah, terasa dia berbohong kepada isterinya pula. dia seperti menganiaya isteri sendiri. Kenapa dia rasa serba-salah pula? apakah dia sudah jatuh sayang kepada isterinya sendiri?
            “Oh esok. Lusa kita jumpa ya sayang. Ha, malam? Oklah. Jumpa esok malam ya sayang.” Nukman Faris setuju untuk bertemu dengan kekasihnya. Dia akan menghantar semula isterinya ke rumah sewanya pada hari Ahad.
            “Rindu? Jangan sebut rindulah. Hampir sebulan kita tak jumpa. Mestilah rindu amat.” Rozaila merengek lagi. Dia rindukan gelak tawa kekasihnya.
            “Apa tak dengar, cuba ulang.” Pintanya. Dia mendengar dengan hati-hati.
            “Apa, mak Ila nak suruh saya jumpa dia. Kenapa? Ada apa-apa yang tidak kena?” soalnya agak hati-hati. Dia faham dia sudah lama berkenalan dengan kekasihnya.
            “Minta saya meminang Ila? Oh bila? Minggu depan?” Nukman Faris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah lama dia membawa Rozaila menamatkan zaman bujang mereka, namun Rozaila selalu memberikan alasan yang dia sibuk mengembangkan kerjayanya. Rozaila juga mengakui yang dirinya sibuk terbang ke sana ke sini sehingga mengabaikan dirinya. Masa mereka selalu dihabiskan dengan kerja. Kalau dia off, Rozaila pula bekerja. Sehinggalah suatu hari, ketika dia baru balik dari Korea dengan kepenatan yang menggila mamanya memujuk dia agar menerima cadangan mamanya agar menikahi Natasya Umaira sepupunya. Dia yang kebetulan penat itu akhirnya mengangguk. Dia sudah terperangkap kerana mengangguk dalam tidurnya. Mamanya pula sangat pandai memanfaatkan kesempatan yang ada. Dia pula yang terperangkap. Mahu tak mahu dia terpaksa melafazkan akad nikah dengan sepupunya yang pernah dibencinya. Namun kenapa perasaan itu semakin bertukar dari sehari ke sehari?
            “Baru sekarang baru mama awak minta saya meminang? Saya baru aje kahwin. Takkan nak nikah semula?” soal Nukman Faris tidak senang hati dengan cadangan itu. Rozaila merengek lagi.
            “Bukan tak setuju, tunggulah, nanti kalau kita jumpa kita bincang ok, sayang. Jangan merajuk tau.” Kata Nukman Faris. Dia tiba-tiba teringatkan Natasya Umaira yang berada di ruang tamu rumahnya. Nampaknya dia kena mengerjakan solat Istikhorah semula. Dia sudah tidak yakin dengan perasaannya kepada kekasihnya. Isterinya pula hanya menanti masa mereka akan berpisah. Kasihannya Natasya Umaira. Gadis itu berpegang teguh kepada janjinya. Namun pernikahan mereka sah. Kenapa harus bercerai-berai? Soalnya dengan berat hati.
            “oklah kita jumpa esok malam. Mama panggil saya pula. oklah sayang. Bye.” Kata Nukman Faris memutuskan hubungan talian telefon. Jantungnya berdetak kuat terkenangkan Natasya Umaira. Apakah dia masih di luar atau sedang mendengar perbualannya dengan Rozaila? Dia cepat-cepat keluar apabila mengenangkan wajah Natasya Umaira yang kemerah-merahan menahan malu kerana menerima kucupan pertamanya sebentar tadi. Dia sendiripun tidak tahu di mana dia mendapat kekuatan sebentar tadi sehingga mendekatkan tubuhnya dengan isterinya. Dia jadi geram dengan bibir merah merekah isterinya. Namun, bagaimana pula penerimaan isterinya? Apakah dia bersedia menjadi suami yang sebenarnya? Atau, mereka harus memikirkan semula hala tuju rumah tangga mereka. Adakah Natasya Umaira rasa dirinya dipermainkan? Ah, dia sedikit pening dengan sikapnya sendiri. Dia asyik melihat wajah comel yang agak bulat dan mata yang agak sepet cantik itu. dengan litupan tudung sederhana panjang Natasya Umaira terserlah comel dan cantik di matanya. Aduhai, jatuh cintakah dia?
            “Tasya,” panggilnya lembut. Dia memandang jam di dinding sekilas. Sudah pukul 6.55 petang. Agak lama juga dia melayani kekasihnya. Natasya Umaira tidak ada di ruang tamu. Di manakah Natasya Umaira? Apakah dia sudah melarikan diri? Mustahil juga sebab kawawsan rumahnya ini penuh dengan kawalan pengawal keselamatan. Takkan dia berani melarikan diri. Di kawasan ini tidak ada perkhidmatan bas atau teksi kecuali di telefon dahulu. Ke mana agaknya Natasya Umaira?
            “Tasya di mana Tasya?” carinya. Dia mencari Natasya Umaira di bilik-bilik yang lain. Natasya Umaira tetap tidak ada. Ruang-ruang itu kosong.
            “Kat mana dia ni? Tandas? Bilik mandi? Pun tak ada!” kata Nukman Faris seperti bercakap-cakap dengan dirinya sendiri.
            “Ke mana dia ni?” dia terbau wangi sesuatu. Dia mendekati kawasan dapur. Ada wangian nescafe di situ. Dia menuju ke ruang dapur. Kakinya bagaikan terlekat di situ apabila melihat gadis comel itu sudah turut kaku di depannya.
            “Tasya...” panggilnya. Lama mereka bertentangan mata. Natasya Umaira berdiri kaku menghadap meja dan sedang memandangnya dengan muka yang pucat dan sebiji mug di tangannya. Apakah Natasya Umaira ketakutan, takut dengan tindakannya tadi? ah, kenapa sukar dikawal tindakannya sendiri? Lihat gadis di depannya itu sudah ketakutan. Kasihan pula dia.
            “Tasya buat apa kat sini?” soalnya sudah mendekatkan diri dengan gadis itu.
            “Err, saya buatkan Nukman air. Lagipun saya haus. Saya cari air. Jadi, alang-alang saya sudah di dapur ni saya pun panaskan air dan buat air nescafe untuk Nukman.” Nukman Faris berasa lega. Rupanya isterinya berada di dapur.
            “Oh buatkan saya air  rupanya.” Dia terus menarik isterinya untuk mendekati meja makannya dan duduk di kerusi di meja makan di dapur itu. mereka duduk berdepan. Dia tahu mata sepet itu malu-malu dan mahu pergi dari situ. Dia takkan benarkan!
            “Silakan minum Nukman. Err, tak ada makanan lain di dapur. Hanya ada beberapa bungkus maggi di kabinet tu.” Nukman Faris ketawa kecil. Semasa dia mengambil minuman itu dia sengaja menyentuh tangan isterinya itu. Tangan lembut itu sejuk bagaikan ais. Bertambah merah seperti udang terbakar kulit muka Natasya Umaira. Dia suka mengenakan gadis itu.
            “Tasya tak minum sekali?” Natasya Umaira yang menundukkan pandangannya itu berasa segan hendak memandangnya. Natasya Umaira hanya menggeleng.
            “Saya dah minum air suam tadi. saya tak minum air yang manis-manis petang-petang ni,” kata Natasya Umaira memberikan alasan.
            “Sayang Tasya, kalau bercakap tu tengok saya. Tolong ulang cakap Tasya tu. Saya tak suka kalau bercakap tu tunduk-tunduk! Tak sopan namanya tu.” kata Nukman Faris menyakat isterinya. Perlahan-lahan Natasya Umaira memandangnya dengan pandangan yang malu-malu.
            “Mari sini dekat saya.” Desak Nukman Faris cuba menyakat Natasya Umaira lagi. Natasya Umaira berdiri perlahan-lahan dan mula mendekatinya. Dia menunggu dengan sabar.
            “Dekat sini.” Ajaknya. Natasya Umaira terpaksa mendekatkan dirinya kepadanya semula.
            “Kenapa?” soal Natasya Umaira malu-malu. Dia benar-benar kesukaan dengan sikap isterinya yang amat pemalu itu. setahunya dulu Natasya bukan begini. Jika diganggu atau diejek, mereka akan berkejaran keliling rumah emak mertuanya.
            “Sini.” Dia tunjuk pehanya yang berseluar jeans biru itu. Teragak-agak Natasya Umaira.
            “Mari dekat dengan saya, sini.” Dia mengulang perbuatannya. Natasya Umaira semakin ketakutan.
            “Sinilah sayang.” Katanya yang sudah mendudukkan Natasya Umaira di atas pangkuannya dan dia memeluk tubuh agak kurus itu.
            “Eh, Nukman, lepaslah! Janganlah buat macam ni kat saya! Nanti apa kata kekasih awak!” Nukman Faris seperti orang yang tidak ingat akan dirinya. Semakin isterinya meronta semakin dia seronok hendak menyakat isterinya itu.
            “Sayang kena ingat, kalau kita berdua, jangan ingat orang lain. Hanya kita berdua ya sayang. Faham tak?” Bisiknya di telinga Natasya Umaira. Dia sempat memandang wajah Natasya Umaira yang merah itu mengangguk memandangnya sambil menutup matanya. Apakah gadis itu merelakan sesuatu yang lebih jauh bagi hubungan mereka? Soalnya memandang isterinya yang sudah berdepan dengannya.
            “Nukman, awak sedar tak apa yang awak dah buat ni?” soal Natasya yang masih ketakutan di biliknya. Biliknya yang bertutup rapat itu kelihatan seperti malam. Lampu juga sudah dimatikan.
            “Nukman!” jerit Natasya Umaira. Dia yang seperti mabuk dan tidak sedar diri itu terkejut melepaskan pelukannya di tubuh isterinya itu.
            “Kenapa?” soal Nukman Faris yang sudah duduk. Dia meraupkan tangannya ke mukanya. Natasya Umaira sudah menangis di sisinya dan cuba menjauhkan diri daripadanya.
            “Syyyy... jangan nangis sayang. Maafkan saya, sayang. Saya tak sengaja. Mungkin kerana selalu memandang wajah comel isteri saya ni menyebabkan saya lupa diri. Maafkan saya.” Semakin kuat esakan Natasya Umaira.
            “Tak apalah, nanti malam kita makan di luar. Lepas tu baru kita beli barang dapur.” Terbuntang mata Natasya Umaira memandangnya dan meneruskan tangisannya. Dia mendekati isterinya. Dia memeluk tubuh itu walaupun tubuh kecil meronta-ronta.
            “Maafkan saya ya.” Katanya lagi.  
            “Tak payahlah nak susah-susah. Kita kan hanya sehari aje di sini.” Kata Natasya Umaira dalam esakannya. Nukman Faris tahu Natasya tidak mahu berlama-lama dengannya di rumahnya ini.
            “Tak apalah, nanti kalau kita ada masa kita akan singgah di sini. Inikan rumah kita.” Kata Nukman Faris memujuk isterinya itu. seketika dia sudah lupakan kekasihnya. Kecantikan dan tindak tanduk isterinya menyebabkan dia terpikat dalam diam. Kekasihnya lebih agresif walaupun agak cantik menawan. Pandang isteri dapat pahala. Kata mamanya.
            “Sayang, maafkan abang. Abang takkan ganggu sayang lepas ni. Percayalah.” Kata Nukman Faris berjanji kepada isterinya itu. gadis itu kelihatan semakin cantik menawan di matanya.  
            “Malah, abang janji akan jaga dan lindungi isteri saya ini sampai akhir hayat saya termasuk anak yang sayang kandung ini.” Bertambah kuat esakan Natasya Umaira.
            “Lepas maghrib nanti kita keluar pegi makan ya sayang.” Katanya lagi. Dia ingin mengembalikan senyum di wajah ayu itu.
            “Tak payahlah, biarlah saya masak di rumah ni, awak beli aje makanan basah.” Nukman Faris ketawa.
            “Tak boleh sayang. Malam ni kita meraikan malam pertemuan kita yang kedua kalinya.” Kata Nukman Faris lagi. Natasya Umaira hanya mengangguk. Dia mengucup dahi isterinya.

            “Nanti maghrib kita solat berjemaah ya sayang.” Natasya Umaira hanya mengangguk. Akhirnya dia membelai bahu isterinya seketika setelah tangisan isterinya reda. 
             "Kita keluar makan, beli barang dan esok pagi ke gerak ke rumah mama ya sayang." ucapnya perlahan. Gadis itu hanya mengangguk. Mungkin masih ketakutan. Terasa kasihan pula dia.