Sunday, April 20, 2014

Cinta Sang Pilot 17

Bab 17

Teruskan membaca kerana bab-bab seterusnya cerita akan semakin mencabar watak-watak yang terlibat di dalamnya. Penulis berdebar-debar menanti komen-komen pembaca. 


“Kenapa macam resah semacam aje Ain? Sejak tadi memandang ke luar? Nak tengok siapa di luar tu?” tegur Datin Zahara kepada adiknya. Puan Zurain menyengih memandang kakaknya. Berulang kali dia menjeling jam di ruang tamu rumah kakaknya. Kebimbangannya bertambah sejak Natasya Umaira memberitahu yang sudah dalam perjalanan sejak jam 5.00 petang tadi. namun anak dan menantunya itu tidak muncul-muncul. Itulah dia berasa resah sekali. Kakaknya pula tidak pandai berasa bimbang dengan ketiadaan anak dan menantunya. Hairan sungguh dia.
            “Saya bimbang dengan Natasya Umaira ni. Kenapa mereka lambat sangat ya. Saya risau pula. Entah ke mana pergi mereka berdua tu. Tasya tu bukannya biasa berjalan ke mana-mana di Kuala Lumpur ni kak.” kata Puan Zurain yang menunggu kedatangan anak dan menantunya sejak tadi.
            “Tunggu Tasya rupanya. Janganlah risau. Anak kita Nukman tu boleh diharap. Ain kena percayakan anak lelaki kita tu! Mereka tu bukannya pasangan kekasih. Mereka dah kita  nikahkan pun. Kalau mereka singgah mana-mana pun kita tak boleh nak larang. Kan kita selalu mendoakan kebahagiaan anak-anak kita tu.” Kata Datin Zahara tersenyum. Puan Zurain mengangguk. Dia berasa lega.
            “Saya ni kak bukan ragu-ragu kat menantu saya tu. Saya percayakan Nukman tapi anak saya tu. Dia tak beritahu saya apa-apa. Hanya semalam dia telefon saya. Mak mana yang tak risau.” Kata Puan Zurain kepada kakaknya. Datin Zahara tersenyum.
            “Jangan risau. Tasya dengan anak saya sekrang ni. Ain jangan risau. Ain kena berdoa saja. Mudah-mudahan mereka selamat.” Kata Datin Zahara lagi. Puan Zurain mengangguk.
            “Betul tu tapi Tasya tak ada beritahu pun apa-apa.” Datin Zahara tersengih.  
            “Maaflah saya lupa, anak-anak kita singgah di rumah Nukman petang tadi. Mungkin mereka tidur di sana. Biarlah mereka berkenal-kenalan dulu. Lagipun mereka sudah lama tak bertemu walaupun mereka sepupu.” Terlongo mulut Puan Zurain. Akhrinya mereka tersenyum.
            “Oh macam tu, senanglah hati saya. Saya takut kalau-kalau Nukman tak bertemu dengan Tasya tu.” Kata Puan Zurain.
            “Pandailah mereka tu Ain. Jangan nak bimbang. Pergilah awak berehat dulu. Esok-esok kita dah sibuk tak ada masa pula kamu berdua berehat. Kita akan semakin sibuk mengurus mereka.” Kata Datin Zahara. Puan Zurain mengangguk. Memang benar kata-kata kakaknya itu.
            “Betul juga tu. Tapi kak tak sangka pula kita ni akan berbesan. Memang saya sayangkan menantu saya tu tapi saya tak harapkan pula kita akan berbesan macam ni. Macam mimpi pula saya rasa.” Kata Puan Zurain.
            “Saya pun tak sangka Ain. Allah memudahkan urusan kita. Tiba-tiba anak saya tu setuju dengan cadangan saya. Siapa sangka kan.” Puan Zurain mengangguk.
            “Cuma saya minta maaf lah kak, saya tak begitu menjaga anak saya tu sehinggakan anak saya tu jadi begitu. kasihan anak saya dipermainkan oleh bekas tunangnya.” Puan Zurain berasa sedih.
            “Tak apalah Ain. Kita reda dengan apa yang berlaku. Mungkin sudah takdir anak kita begitu. sabarlah Ain. Eh, dah masuk waktu maghrib ni. Ain dah solat?” kata Datin Zahara.
“Saya pun tak solat Maghrib ni kak.” Kata Puan Zurain. Hasratnya menunggu anaknya balik tidak kesampaian.
            “Apa kata lepas maghrib ni kita pergi beli pakaian kita dua pasang seorang. Esok-esok baru kita suruh Nukman dan Natasya cari pakaian pengantin mereka pula, nak tak? Nanti tak lah kita berebut dengan mereka.” cadang Datin Zahara.
            “Boleh juga tapi bulan ni Tasya belum beri belanja lagi.” Kata Puan Zurain bimbang. Suaminya baru sahaja bersara. Dia sendiri pula tidak bekerja.
            “Eh, Nukman tak beri kamu belanja setiap bulan? Sepatutnya Nukman yang tanggung kamu berdua. Tak apalah. Nanti saya minta Nukman beri kamu setiap bulan. Untuk malam biar akak yang belanja.” Kata Datin Zahara.
            “Tak payahlah kak nak minta Nukman berikan saya belanja. Kalau dia sudi nak memberi perlindungan kepada anak kami Tasya tu, itu sudah memadai. Saya sudah cukup gembira kak.” Jelas Puan Zurain.
            “Kita doakan kebahagiaan mereka. Kalau mereka dah bahagia, saya yakin anak saya tu takkan pandang perempuan lain punya. Anak saya anak yang baik dan dengar cakap. Sejak kecil saya pelihara dia Ain.” Kata Datin Zahara yang mengenali anaknya luar dan dalam.
            “Mudah-mudahan sahaja mereka mendapat kebahagiaan sampai akhir hayat mereka kak. Janganlah Nukman tu nak cari-cari lain lagi. Saya banyak-banyak berdoa kepada Allah kak.” Kata Puan Zurain. Datin Zahara mengangguk dan mereka berpelukan adik beradik.
            “Kita nak mencari-cari pakaian kita di mana kak? Dah malam pula ni. Apa kata esok-esok saja kita cari kak.” Kata Puan Zurain pula. dia pun tidak biasa berjalan pada waktu malam. Jika di kampung mereka suami isteri akan ke surau dekat dengan kampung mereka.
            “Banyak butik kawan saya yang buka di sekitar Kuala Lumpur ni. Kalau mereka tak buka, nanti saya akan telefon kawan saya Datin Murni. Dia ada buka butik pakaian Melayu, banyak cawangan dia di Pavilion dan di mana-mana pun ada. Jangan risaulah! Apa yang penting kita buat survey dulu.” Kata Datin Zahara yang sudah hafal selok-belok Kuala Lumpur ini.
“Oh macam tu. Saya ikut kak sajalah!” Puan Zurain hanya mengangguk.
 ***
“Sayang dah telefon mak beritahu yang kita bermalam di Kondo Seri Mutiara ni?” soal Nukman Faris. Nukman Faris memandang Natasya Umaira menggeleng. Geram sungguh Nukman Faris melihat Natasya Umaira yang tidak banyak bercakap.
            “Tak ada pulak. Telefon saya habis bateri. Tak ingat nak bawa cas tadi.” kata Natasya Umaira yang baru teringatkan akan telefonnya yang habis bateri. Nukman Faris mengangguk. Baru dia mendengar suara isterinya itu.
            “Tak boleh gunakan cas saya?” dia geleng. Nukman Faris menunggu Natasya Umaira keluarkan telefonnya.
            “Mana sama.” Jawabnya ringkas. Dilihatnya telefon Nukman Faris ialah iphone 5S. Dia pula tidak menyukai telefon yang menggunakan talian pintar itu.
            “Sayang pakai apa? Samsung?” Natasya Umaira menggeleng. Nukman Faris kehairanan kenapa isterinya tidak menggunakan jenama telefon yang baik.
            “Jenama Sony?” soalnya tidak puas hati. Geram sungguh dia dengan sikap Nukman Faris. Dia tidak
            “Tak, Nokia.” Jawab Natasya Umaira segan dengan jenama telefonnya namun dia selesa menggunakannya. Dia bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk barangnya.
            “Nokia yang terbaru?” soalnya. Natasya Umaira geleng. Terasa agak lucu pula.
            “Tak apalah, jenama telefon saya Nokia yang cikai-cikai aje.” Jawab Natasya Umaira berterus-terang. Akhirnya dia mengeluarkan telefonnya yang agak kecil dan jenama lama itu.
            “Kenapa pakai yang ni? Tak mampu nak beli yang baik?” soal Nukman Faris tidak puas hati.
            “Tak suka!” jawabnya ringkas. Akhirnya Nukman Faris menghubungi mamanya dan memberitahu yang mereka akan balik pada keesokan harinya. Nukman Faris menyampaikan salam buat mertua dan papanya.
            “Tak apalah, nanti kita jalan.” Kata Nukman Faris.
            “Ke mana?” soal Natasya Umaira.
            “Kita beli telefon.” Natasya Umaira geleng.
            “Tak perlu susah-susah. Saya selesa dengan telefon begini. Untuk data saya gunakan Samsung tablet aje.” Jelasnya.
            “Tak apa, saya belikan yang lain nanti.”
            “Tak perlu. Terima kasih lah atas tawaran awak tu.” Kata Natasya Umaira.
            “Tak apa, saya ikhlas beri, jangan nak tolak pula. pergi sedia-sedia untuk solat dulu. Saya pun nak mandi.” Arah Nukman Faris. Natasya Umaira garu kepalanya yang tidak gatal. Terbayang Shamira. Mungkin ayahnya sudah datang menjemputnya di rumah sewa mereka.
            “Ya lah, saya... saya...” Natasya Umaira serba salah. Dia hendak gunakan bilik yang mana? Ruang tamu?
            “Kenapa?” soal Nukman Faris kehairanan.
            “Err, bilik mana yang saya nak gunakan?” soalnya malu-malu. Nukman Faris sudah tersenyum melihat tingkah Natasya Umaira yang malu-malu.
            “Oh bilik. Ingatkan apa tadi. Gunakan bilik saya lah. Nak gunakan bilik siapa lagi? Takkan nak duduk berasingan pula. tengok, kat rumah awak dulu, awak tak sedia pun bilik lain untuk saya. Sekarang awak duduk di bilik yang sama dengan sayalah!” bulat mata Natasya Umaira.
            “Guna bilik awak?”
            “Ya, jadi nak gunakan bilik mana lagi? Bilik lain tu semuanya tak lengkap. Tak ada katil, berhabuk dan tak sesuai lah untuk awak sayang.” Mahu pengsan Natasya Umaira dipanggil ‘sayang’. Mungkin suaminya itu merindui kekasihnya. Isteri pula disangka kekasih. Fikir Natasya Umaira tidak mahu terperasan dengan tindakan Nukman Faris.
            “Err, bolehkah saya masuk bilik awak?” soal Natasya lagi.
            “Jadi? Tadikan saya dah bawa awak masuk bilik kita.” Kata Nukman Faris sudah tersengih mengenang aksi mereka setengah jam tadi. natasya Umaira pula tidak tahu hendak ke mana. Malah, terpaksa menahan semua kerenahnya. Kasihan pula kepada isterinya itu.
            “Mari masuk bilik kita. Tentu Tasya nak rehat. Tentu penat kan. Tasya kan mengandung.” Kata Nukman Faris yang sudah menarik tangan Natasya Umaira. Mahu tak mahu Natasya Umaira terpaksa menurut tarikan tangan Nukman Faris yang membawanya ke bilik utama di rumah itu.
            “Saya tak layak masuk bilik ni,” seperti berbisik Natasya Umaira namun suaranya masih didengari oleh Nukman Faris.
            “Sayang, selagi kita sah sebagai suami isteri, jangan nak sebut layak atau tak layak. Sekarang bilik ini bilik kita berdua. Ingat, saya tak suka libatkan orang lain kalau kita berdua. Ingat?” Natasya Umaira mengangguk. Matanya dikerdip-kerdipkan beberapa kali. Jantungnya bagaikan hendak terkeluar ke ruang tamu. Begitu kuat debaran di dadanya. Tuhan sahaja yang tahu.
            “Masuk sini dan Tasya rehat dulu sementara solat Maghrib nak mula sebentar lagi.” Tanpa sedar kuasa apa, Natasya Umaira sudah dibaringkannya di atas katil bersaiz King itu. Natasya Umaira hanya menurut. Kemudian, Nukman Faris berbaring di sisi Natasya Umaira. Berat nafasnya. Entah kenapa dia sendiri tiba-tiba berdebar-debar selepas membawa isterinya masuk ke bilik mereka itu.
            “Tasya...” panggilnya. Natasya Umaira mengiring membelakangkannya.
            “Ya.” Dalam debar menggila Natasya Umaira menyahut panggilan Nukman Faris.
            “Dalam jangkaan, sebenarnya bila Tasya dijangka bersalin?” Nataysa Umaira terkedu. Dia menutup matanya. jantungnya masih tidak mahu bekerjasama dengan kemahuannya. Lama suasana sepi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin.
            “Tak apalah. Mungkin Tasya malu dengan saya. Saya hanya nak tahu saja. Sebab kalau ikut logiknya, pasti sudah beberapa bulan kandungan Tasya. Takkan Mak Ngah Ain nak malukan anaknya sendiri kan? Mesti dia nak anaknya nikah cepat-cepat.” Natasya Umaira sudah berasa sebak. Kisah dimalukan oleh bekas tunangnya memang sungguh menyakitkannya. Bahunya tersedu-sedu menahan sebak.
            “Tasya...” Nukman Faris sudah memegang bahu Natasya Umaira dan membalikkan tubuh itu agar berdepan dengannya.

            “Tasya, jangan nangis. Saya tak berniat hendak menyakitkan Tasya. Saya tahu begitu sukar perasaan Tasya menghadapi duka ini. Sabarlah.” Bertambah sebak Natasya Umaira. Kenapa lelaki ini menunjukkan prihatinnya kepada dirinya. Bolehkah kalau sekarang Natasya Umaira berterus-terang? Oh, tidak!