Thursday, May 29, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Bab 33

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan pembaca membaca novel Cinta Sang Pilot di blog ini. Tajuk novel ini juga akan ditukar kepada NIKAH TIGA HARI! Penulis sangat menghargainya. Novel ini cuba ditulis dengan sebaiknya dan cuba melamar mana-mana penerbitan yang menerimanya kelak. Harap pembaca mendoakan kelahiran enovel ini menjadi sebuah buku novel untuk tatapan semua. Doakan yang terbaik untuk novel ini dan sekali lagi penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Mudah-mudahan doa kalian dan usaha penulis menyiapkan enovel ini akan dimakbulkan Allah akhirnya. 

Terima kasih sekali lagi. 

Bab 33


“Malam ni papa dan mama serta mak ayah kita akan datang ke rumah kita! Kita kena sedia apa yang patut.” bulat mataku mendengarnya. Sudahlah tanganku dipegangnya kejap seolah-olah tidak mahu aku pergi lagi tanpa pengetahuannya. Ah, malas aku dengan manusia ini!
Kepenatan di dewan kuliah belum hilang. Kepenatan memikirkan dia pun belum reda. Sekarang dia pula datang membawa lebih banyak masalah dan menambah kepenatan kepadaku! Apa ni mama ni? Mereka tak pandai nak kasihankan aku!
            “Kita akan makan di luar malam ini, tak payah masak,” jawabnya menutup sedikit geramku kepada ibu bapa kami. Emak pasti faham yang aku tidak suka memasak jika aku terlalu sibuk dengan tugasanuku.
Wajahku jadi cuak dengan kata-kata itu. Aku tahu kata-kata itu hanya akan memerangkap aku masuk semula ke dalam bilik neraka itu. Aku tidak mahu masuk semula ke bilik itu tetapi apa pilihan yang aku ada jika ibu bapaku datang dan hendak bermalam di rumahnya malam ini?
Memang urusan kami belum selesai. Aku kena bersabar dalam sehari dua sahaja lagi. Jika aku tidak sabar memang aku sudah lenyapkan diri. Biar semua orang aku susah kerana mencari aku. Namun aku tidak mahu menyusahkan emak dan ayah. Mereka sudah agak tua. Bila masa lagi mereka akan berbahagia dalam hidup mereka. Biarlah aku berkorban dan terkorban demi mereka.
            “Bukankah awak dah kemaskan rumah dan beli apa yang patut? Apa lagi yang awak risau?” soalku dengan mata mendongak ke arahnya. Aku tidak ada rasa hormat lagi kepadanya. Malah aku benci dan meluat kepadanya. Dia tidak faham. Kalau boleh aku tidak mahu lagi bertemu dengannya. Kalau boleh aku tidak mahu pandang mukanya. Kalau boleh aku tidak mahu membuat apa-apa tugas dengan dia. kalau boleh dan semuanya kalau boleh. Tetapi nampaknya, semua perkara aku tidak boleh. Semua perkara aku kena dan terpaksa menuruti arahannya. Arahannya bermakna hukuman mandatori bagiku. Sakitnya hatiku!
            “Memang sudah. Saya hanya cakap aje. Mana ada saya risau! Kalau mak saya datang, saya lagi suka!” Kataku. Aku lega. Aku tidak ada hati lagi hendak membuat sesuatu di dalam rumahnya yang sudah kuanggap macam neraka itu. Sebenarnya aku lebih takut jika emak mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.
            “Kenapa awak suka pula?” soalnya. Aku pandang dia. Lelaki ini bagaikan tidak ada perasaan dan belas kasihan jauh sekali.
            “Tak lah awak berbuat sesuka hati awak kepada saya!” aku melihat dia ketawa kemudiannya. Panas sungguh hatiku. Kalau setiap masa setiap ketika aku bersama dia, aku rasa aku boleh jadi tertekan. Amat tertekan dengan sikapnya.
            “Saya takkan buat sesuatu kepada sayang. Abang sayang isteri abang!” aku mahu sahaja pengsan mendengar pengakuan itu. kenapa sesuka hatinya berubah? Bukankah selama ini dia membenci aku? Bukankah selama ini aku bukan sepupu pilihannya? Bukankah selama ini bencinya mencapai langit kepadaku.
Kalau sebelum itu aku mendengar pengakuannya, aku pasti akan melonjak-lonjak kegembiraan. Tetapi setelah apa yang aku lakukan kepadaku telah menghancurlumatkan maruahku, maka kata-katanya itu hanya kubiarkan mengalir bagaikan air sungai mengalir tenang. Aku tidak mahu apa-apa luahan perasaannya mengganggu perasaanku. Jantungku berdegup kencang. Berdegup kencang kerana aku mengingati kesakitan hatiku diluluhkan dalam sekelip mata. Jangan marah suamiku jika perasaan marah dan benciku ini sukar hendak aku lenyapkan. Sukar!
            “Kenapa diam?” aku bulatkan mata memandangnya. Sebenarnya, kalau boleh aku tidak mahu memandang wajah itu lagi. Nasib baik aku masih terikat dengan perkahwinan yang menyakiti aku ini, jika tidak aku memang sudah lenyapkan jasadku.
            “Apa lagi nak dibualkan?” aku pura-pura mencari idea hendak berbual dengannya. Dia sudah menjeling aku. Ah, bab ini aku paling tidak suka. Dia memandang aku seolah-olah itu pandangan sayang buatku. Dia memandang aku seolah-olah aku ini adalah kekasihnya. Walhal itu pandangan yang mematikan akalku. Aku benci. Benci dengan pandangan itu. Walaupun seraut wajah dan mata kuyu memang ingin sangat aku pandang. Namun itu dulu, sebelum dia merogol aku. Sekarang aku sudah tidak mahu membalas pandangan itu. Aku sanggup diam macam batu daripada memandang wajah itu!
            “Maafkan abang!” katanya mengubah panggilan dirinya. Kenapa dia harus berubah demi diriku? Sepatutnya dia harus meninggalkan aku. Aku telah membohongi dia dan aku terhegeh-hegeh hendak menikahi dia. Kononnya.
            “Maaf? Abang?” soalku agak pelik. Aku terpaksa memandang dia dengan pandangan cuak. Dia sudah tersenyum penuh manis. Dia tersenyum seolah-olah selama ini dia memang menyayangi aku. Walhal aku ini hanyalah pelap kaki yang diletakkan di hujung kakinya.
            “Kenapa kalau saya biasakan diri saya abang, tak boleh?” aku ketawa. Aku tidak mahu berdiam diri lagi. Aku tidak mahu diperbodohkan oleh lelaki itu kaluini. Dulu bukan main lagi dia jerkah kalau aku panggil dia abang. Sampai hendak terkencing-kencing aku! Sekarang dia yang bahasakan dirinya abang pula. kenapa dia suka melakukan perubahan dalam dirinya secepat mungkin? Dia ini seperti sumpah-sumpah yang sesuka hati menukar warna tubuhnya. Pelik! Pelik!
            “Bukan tak mahu tapi mak saya tak ada beranakkan abang saya. Awak hanya abang sepupu! Bukan abang, satu bapa satu emak!” aku sudah kembalikan paku buah kerasnya. Dia pula ketawa. Eh, aku geli dengan ketawanya itu. Mahu sahaja aku muntah! Muntah kuning muntah hijau!
            “Tak pe, kita mulakan sebagai abang sepupu, panggil aje saya abang. Saya pun tua dari sayang kan.” Katanya menambah darjah kehairananku kepadanya. Aku berasa keanehan. Aneh kerana dia seolah-olah sudah menjadi suami yang soleh kepada Natasya Umaira kini. Namun hakikatnya dia bukan suami yang begitu. Dia suami yang kejam!
Aku mahu menangis pun ada. Kalau sejak hari pertama dia buat begitu kepada aku, aku tidak akan berasa cuak begini. Tetapi kenapa setelah lebih tiga bulan bernikah baru dia hendak membahasakan dirinya begitu? Mungkin lelaki di sebelahku ini sakit, sakit mental! Apakah dia berasa bersalah di atas tindakannya tiga hari yang lalu. Ah, lelaki ini, banyak pula perubahannya. Kenapa dia harus berubah! Dia tidak sepatutnya berubah! Aku yang sepatutnya sakit hati!
            “Sayang? Peliklah awak ni! Saya ni bukan kekasih awak yang awak nak panggil-panggil sayang! Saya tak nak pengakuan awak begitu, tahu tak! Saya benci dan nak muntah pandang muka awak! Apa yang saya mahu sekarang Encik Nukman, saya nak awak ceraikan saya! Saya ni memang tak layak untuk awak! Saya ni orang kampung, budak kampung yang telah memperdayakan awak!” kataku cuba berdegil dengannya. Dia masih ketawa tetapi mukanya kelat. Pandangannya masih melekat kepadaku. Aku sudah mengenakan dia. Ah, diri, kenapa sedegil itu hendak menerima kata-katanya? Bukankah dia suami, kenapa aku harus berkeras dengannya? Soal hati kecilku. Sebenarnya aku geram. walau apapun kejahatannya terhadapku, dia tetap suamiku. 
            “Kenapa pula tak mahu kalau abang panggil sayang ni sayang! Sepatutnya dari mula abang panggil sayang begini!” aku jeling dia. Wajahku masih cuak dan sedih pun ada. Kenapa setelah dia rogol aku baru dia hendak  menukar semua panggilannya? Apakah dia berasa bersalah terhadapku? Ah, tak perlu rasa bersalah!
            “Jangan panggil saya sayang! Saya bukan sayang awak! Saya bukan kekasih awak! Selama ini awak selalu mengingatkan saya yang awak ada kekasih dan awak nak nikah dengan dia! Bukan saya kekasih awak kan?” kataku dengan penuh ketegasan semula. Aku benci dengan sikapnya yang mula berubah. Kononnya mahu ambil perhatian. Huhu! Sudahlah kau Nukman!
            “Kita boleh mula dari awal lagi Sayang! Kita mulakan dari angka 1, pastikan kita berjaya menjadi kekasih  yang kita akan bercinta sehingga ke akhir hayat kita!” kata-kata itu memujuk atau rasa bersalah? Aku tidak tahu! Ah, gila ni! Memang gila lelaki ini! Apakah aku mimpi? Atau, dia mahu memujuk aku setelah dia merogol aku? Apakah dia takut aku akan membongkar semua kejadian ini kepada mamanya atau emaknya?
            “Malam ni kita tidur lain bilik! Awak sudah dapat apa yang awak nak, jadi tolong jauhkan diri dari saya,” kataku memandang dengan pandangan yang marah dan benci. Aku rela apa yang dia lakukan kerana aku isterinya. Tetapi sebenarnya, dia tidak sepatutnya meminta haknya dengan cara yang paling kotor begitu. Aku tidak mahu terkena untuk kali kedua.
            “Kita suami isteri yang sah. Nanti apa kata mak dan ayah awak kalau kita tidur di bilik berlainan sayang, ah bukan lamapun lagi sayang. Tinggal lebih seminggu aje,” katanya. Aku bertambah benci memandang wajah itu. Kalau boleh sekarang pun aku mahu lenyapkan diri!
            “Awak nak ambil kesempatan lah lagi? Saya ni suka memperdayakan awak kan!” kataku lagi. Entah kenapa kami masih lagi menjadi suami isteri walaupun suami isteri di atas kertas itu. Aku masih geram dengan sikapnya. Kalau boleh aku tidak mahu pandang wajahnya. Aku geram setengah mati kepadanya.
            “Main lepas aje cakap ya. Abang ni suami sayang!” katanya. Aku buntang mata. Baru kini dia mengakui yang dirinya itu suamiku? Selama ini dia tidak mahu menerima aku sebagai isterinya. Entah kawan-kawannya suka atau tidak dia bernikah denganku. Entah-entah aku menjadi bahan tawa mereka. Itu aku tidak kisah. Ketawalah dan ejeklah macam mana pun, tetapi tuduhannya yang mengatakan aku cuba memerangkapnya yang sukar aku terima. Kesalku memanjang.
Selepas itu dia merogol aku pula. Siapa lagi mahu percaya kalau dia suamiku? Kalau boleh aku mahu sahaja bercerai dengannya saat ini! Kalau emakku tahu pasti dia akan mendesak aku memohon cerai daripada lelaki itu. Aku tidak mahu lagi berlama-lama dengannya. Tetapi kenapa pula mama mertuaku sesuka hatinya hendak melangsungkan majlis persandingan antara Nukman Faris dan Natasya Umaira dalam majlis yang gilang gemilang? Kenapa lagi ada majlis itu? Aku mahu sahaja memeluk emak dan kami duduk berdua di sofa di rumah kami. Sakit hatiku mengenang duka yang dilakukan Nukman Faris yang hilang timbang rasa!
            “Siapa suami saya?” aku menyoal dengan penuh kebencian. Dia tersengih.
            “Sayangkan isteri abang!” katanya cuba memaut bahuku. Kalau dulu aku boleh terima jika dia memeluk aku. Sekarang aku rela menjadi bola dan menjadi barang mainan tetapi menjadi boneka mainan lelaki ini.
            “Maaflah, saya nak ingatkan awak Encik Nukman Faris, Rozaila menanti lafaz nikah awak. Saya menanti lafaz cerai awak!”kataku kepada Nukman Faris. Nukman Faris tersengih. Dia garu kepalanya yang tidak gatal. Aku sudah tidak kisah dengan sikapnya.
            “Sampai matipun takkan ada lafaz cerai untuk sayang! Sayanglah isteri abang, kenapa nak bercinta dengan gadis lain pula!  Giliran aku ketawa.
            “Nukman, mungkin awak lupa kita akan bercerai selepas ini!” kataku kepadanya. Aku mahu ingatkan dia kalau dia terlupa.
            “Hanya apabila nyawa abang bercerai dari badan, barulah kita bercerai!” aku bulatkan mata. Mungkin seminggu yang lalu kalau aku dengar kata-katanya itu, aku akan tersenyum malu dan mahu memeluknya. Kini aku tidak akan tertipu lagi. Setelah apa yang dia lakukan kepada aku, sekarang dia hendak stay pula dengan diriku. Memang tak elok lah!
            “Dengar baik-baik dan ingat elok-elok! Jangan nak minta cerai buat masa ini. Awak kena tabah menghadapi hari-hari kita bersama! Jangan lagi nak desak-desak abang, abang takkan lepaskan sayang! Jika tidak, tahulah apa yang akan jadi kepada sayang tu!” katanya memujuk aku. Mataku mahu sahaja terbeliak mendengar katanya. Kenapa pula aku tidak boleh meminta cerai? Memang bergegar arasy, aku tahu tetapi aku  tidak mampu untuk hidup sebagai isterinya lagi. Aku tidak harap menjadi isterinya. Biarlah aku menjadi janda dalam tempoh terdekat ini. Aku lebih rela menjadi janda daripada hidup merintih di samping lelaki ini.
            “Saya dah beritahu awak hari tu, segalanya sudah selesai dan saya tidak mengandung! Awak boleh ceraikan saya! Kenapa pula awak datang dengan wajah menggila dan merogol saya!” lelaki itu menutup mulutku.
            “Tolong jangan sebut lafaz cerai itu! Kalau awak sebut semula saya akan buat lagi macam hari itu.” katanya seperti mengugut aku. Aku ketap bibir. Lelaki ini memang tidak tahu malu!
            Oh, tolonglah lepaskan aku Nukman! Kataku merintih dalam hati. Mungkin bukan takdirnya kami diizinkan menjadi suami isteri yang bahagia. Aku jijik dengan sikapnya yang sudah menjatuhkan maruahku hidup-hidup.
            “Awak ingat saya takut?” dia sudah mendekati aku.
            “Awak tak takut? Betul?” soalnya sudah memeluk bahuku. Aku menutup mata dan menggeletar. Memang aku takut jika dia benar-benar hendak mengotakan kata-kata ugutannya.
            “Awak takut ya? Kenapa tubuh ni dah menggeletar?” bisiknya di telingaku. Aku sudah menutup mata. Tetapi ketika telefon bimbit iphone-5s nya berbunyi nyaring, aku bersyukur sangat. Bersyukur kerana aku bagaikan terlepas dari maut!

Aku mendengar lagi dia mendengus dan menatap aku dengan pandangan sayu. Aku pula semakin membenci wajah kacak tidak ada perasaan itu! Ah, haruskah aku membenci dia?

Monday, May 26, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Bab 32

Bab 32


“Cakap betul-betul Natasya, awak ke mana tiga hari ni?” tiba-tiba tanganku direntap kasar. Baru sahaja aku membuka pintu kereta lelaki itu sudah menangkap tanganku. Dia mencari mataku. Aku sudah terketar. Sebenarnya aku mahu bebas daripada gangguan lelaki ini. Aku terkenang tindakan Amri memasuki rumah sewaku dahulu. Aku berasa aku diserbu oleh Amri sekali lagi. Aku ingin lari daripadanya. Memang sejak akhir-akhir ini Amri hendak mendekati aku ketika aku di sekolah. Tetapi di depan lelaki ini aku seperti berdepan dengan penjenayah yang siaga mempengapa-apakan aku. Siapa yang tidak takut jika pernah menjadi mangsa kepada lelaki ini?
Amri selalu menunggu aku di kantin sekolah, masih jelas dalam ingatanku. Senyuman manisnya terlakar di wajahnya ketika aku berada di jarak yang agak jauh. Mungkin tatkala itu dia merindui aku. Dia tidak selalu melawat aku. Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Dia menjadi guru di sebuah sekolah pedalaman. Tetapi di depanku ini bukan Amri. 
Dia menungguku di depan rumah sewaku. Aku pastikan betul-betul selepas beberapa kali aku tutup dan buka matanya. Aku lihat. Aku tidak mahu tertipu oleh mataku sendiri. Lelaki ini mungkin datang mahu menceraikan aku. Aku baru sahaja balik ke rumah. Aku baharu sahaja balik dari Perak dengan memandu sendiri. Aku terbayang-bayang kali terakhir aku di rumahnya. Dia sudah melakukan pencerobohan sebenar-benar pencerobohan kepada tubuhku. Dia sudah menghancurkan harapanku selama ini. 
Aku mahu sahaja menolak lelaki itu di tepi longkang di depan rumah sewaku ini namun aku tidak sampai hati pula. jadi aku mendiamkan diri dengan mata terbuntang macam ikan merah dan nafas turun naik. Fikiran pula sudah kacau bilau dan tidak tahu apa yang patut aku lakukan setelah kemunculannya yang tiba-tiba ini. Sakit sungguh hatiku namun demi menghormati dia yang berstatuskan suami kepadaku, aku harus menghormatinya. Tetapi apabila aku ingati akan sikapnya yang ceroboh untuk memuaskan nafsunya, aku mengendurkan rasa hormat itu. Malah, benci terlalu banyak dalam hatiku.
            “Kenapa awak ada di sini? Apa yang awak mahu? Awak sudah tinggalkan saya di rumah sewa saya hari tu, kenapa awak datang lagi? Kalau boleh saya tak mahu awak muncul lagi dalam hidup saya!” kataku dengan suara yang agak berani walaupun hatiku masih terketar-ketar. Dia datang secara tiba-tiba. Aku lihat keretanya di ruang parkir kereta. Dia tidak menggunakan keretanya sendiri. 
               Oh, tidak! Dia membawa kereta papanya. Mahu sahaja melompat jantungku melihat dia yang datang tiba-tiba ini. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung. Kalau tidak, sudah lama aku mati!
            Kulihat wajahnya kusut. Bukan macam tiga hari lalu, dia kelihatan segak dan bergaya walaupun hanya mengenakan pakaian kasual. Kali ini dia datang, dia mahu apa daripadaku? Dia mahu haknya lagi sebelum menceraikan aku? Ah, betapa sakitnya diri disakiti. 
            “Apa yang awak nak dari saya Nukman? Kenapa awak tiba-tiba datang? Bukankah awak sudah dapat apa yang awak mahukan selama ini? Kenapa awak perlu cari saya lagi?” soalku teragak-agak. Dia memandang wajahnya bagaikan singa yang hendak menelan mangsanya. Pastilah aku masih terkejut dengan kedatangannya. Lelaki ini sedang elok memegang lenganku. Aku cuba meronta minta dilepaskan. Dia masih memegang lenganku dengan kuat. Aku tidak tahu. Hari ini aku akan berterus-terang dan meminta dia melepaskan aku jika benar dia sudah tidak perlukan aku dalam hidupnya. Aku akan rela dengan apapun keputusannya. Tetapi kalau dia tidak menceraikan aku, apakah aku juga rela? Ah, wajah garang Rozaila pula melambai-lambai ke arahku.
            “Mama dan mak cari awak,” katanya perlahan. Aku tahu itu hanya alasannya. Aku benci dengan lelaki ini. Benci! Benci dengan kepura-puraannya selama ini. Benci sungguh aku. kalau aku mampu membunuh lelaki itu, mahu sahaja kubunuhnya biar aku turut sama puas hati! Sama seperti mana dia puas hati merenggut harta yang kujaga selama ini.
            “Kenapa mama awak tu? Atau awak yang mimpi sengaja nak mereka cerita?” soalku lagi. Badanku sudah lah melekit selepas balik dari Perak tadi. Sekarang pula dia hendak berlakon di depanku. Aku sudahlah menahan air kecil sejak tadi, sekarang dia masih memegang lenganku dengan erat sekali. Apakah lelaki ini bermimpi atau dia masih berada di awang-awangan kerana baru habis daripada tugasnya? Walaupun sebenarnya penantianku terjawab hari ini namun aku tetap berasa tidak selesa jika asyik direnung begini.
            “Lepaskanlah tangan saya Nukman! Saya jijik dengan awak!” dia bagaikan baru tersedar daripada mimpinya atau alam fantasinya. Mahu sahaja aku menumbuk-numbuk tubuh tegap itu. Namun aku sedar aku tidak punya kekuatan itu. Entah-entah aku yang akan masuk ke dalam pelukannya.
            “Sudah lama saya nak awak beritahu saya.” Katanya tegas. Aku kehairanan. Dia begitu pandai menghuru-harakan perasaanku. Mahu sahaja aku pukul muka agak hitam manis itu. namun dia memiliki ketampanan yang diwarisi daripada papanya. Itu aku tidak nafikan namun apa yang kumarahkan ialah kesukaannya melakukan di luar kemahuanku. Dia tidak pernah meminta aku membuat penjelasan selama ini. Apa yang dia mahu? Mataku sudah bulat memandang wajah yang kurindui itu namun dalam rindu aku sangat membenci dia. Membenci perbuatannya yang melampau itu!
            “Apa yang awak maksudkan ni? Saya tak faham. Cuba awak jelaskan sikit...” Kataku yang sudah terasa kusut dengan kemahuannya yang tidak jelas pada pemahamanku.
            “Ada sesuatu yang saya tidak tahu selama dan awak belum beritahu saya?” soalnya lagi. Aku semakin buntu. Soalannya semakin menghuru-harakan akalku. Akalku kusut.
            “Saya semakin tak faham,” kataku. Dia ketawa. Debaran jantung usah dicerita. Bagaikan gong dipalu dengan kuat sekali. Oleh kerana kerinduanku yang sekian lama tidak bertemu aku memberanikan menatap wajah kusut itu. ah, tidak! Aku sudah membenci wajah yang telah mencalarkan maruahku sekali lagi.
            “Ha, dah puas tatap wajah handsome saya ni?” aku tersentak. Dia sempat lagi buat lawak denganku. Mukaku tebal berinci-inci. Merahnya mukaku mengalahkan ikan merah.
            “Jangan nak perasan! Saya tengok ada kemerahan di pipi awak.” Dia memegang pipinya. Aku tersengih-sengih sendiri. Aku cuba buat lawak walaupun jantungku bagaikan rebana dipalu.
            “Jangan nak buat cerita lain. Saya tahu awak renung muka saya yang handsome ini! Sekarang Tasya, tolong berterus-terang dengan saya. Apa yang sudah berlaku kepada awak, kalau saya takkan lepaskan awak, awak tak berikan berita pun kepada saya selama ini!” katanya seperti pura-pura selamba dan tidak ada perkara yang berlaku kepada kami. Aku geleng tetapi sempat menjelingnya. Menjeling penuh kebencian. Kalau dia tidak muncul di depanku itu lebih baik! Aku tidak mungkin lagi mahu memandang wajah itu walaupun aku kerinduan setengah mati. Aku sanggup menahan perasaanku.
            “Apa ni? Awak minta berita? Saya tak tahu pun apa nombor telefon awak. Saya tak tahu pun awak kerja di mana. Saya hanya tahu awak tinggal di mana. Saya hanya tahu awak sepupu saya dan suami di atas kertas saya sebab kita ada perjanjian. Selepas awak rogol saya, saya mahu awak ceraikan saya sekarng juga! Selainnya saya tak mahu apa-apa daripada awak. Apa sebenarnya yang awak nak dari saya ni Nukman?” kataku dengan panjang lebar. Dia berani pula hendak mengugut aku. Sebenarnya, aku tidak pun save kan nombornya di telefonku hari itu. telefon comelku itu mati tiba-tiba. Akhirnya aku kehillangan nombornya.
            “Ini,” dia memegang perutku. Mataku terbeliak. Ya Allah, dia meraba perutku yang masih kempis malah semakin mengecil kerana aku rasa hidupku tidak tenang sejak akhir-akhir ini. Walaupun aku terkejut, aku tetap menahan geli kerana dia memegang perutku. Tidak ada sesiapapun tahu, aku sebenarnya tidak mengandung kecuali dia yang telah merogol aku hari itu.
            “Apa ni? Kan awak dah tahu saya tak mengandung! Apa lagi yang awak mahu?” Ah, apakah dia terlupa yang aku kononnya mengandung? Ah, mungkin lelaki ini sudah sasau dan mencipta sesuatu cerita denganku. Aku bertambah benci kepadanya.
            “Saya menunggu perut awak berisi, itu yang awak mahu selama ini kan? Saya akan tunggu saat itu!” katanya lagi. Kebencianku menaik darjahnya. Aku terkejut dan mataku usah dicerita bagaikan mahu terkeluar dari kelopaknya. Dia sudah menunjukkan senyum kacaknya yang kurindui selama ini. Ah, aku benci lelaki ini sebenarnya. Aku benci dia yang masih memegang perutku dan menganggap aku mahu mengandungkan anaknya. Aku takkan sesekali mahu mengandungkan anaknya di rahimku ini! Ah bingung aku sebenarnya. apakah yang lelaki ini mahukan daripadaku?
            “Saya takkan mahu mengandung anak awak! Kalau mengandung pun saya akan buang!” kataku tegas. Biarkan hatinya lebih meradang. Aku seperti menjolok sarang tebuan pula.
            “What? Jangan awak pandai-pandai nak buang anak saya dan anak awak! Awak takkan terlepas dari saya kalau awak buang anak saya!” katanya yang sudah mengugut aku. Matanya sudah merah. Aku ketakutan tetapi aku tidak mahu menunjukkan ketakutanku lagi di depannya. Aku tidak mahu dipandang lemah. Aku benci dia!
            “Tak de gunanya!” kataku menepis tangannya yang masih hinggap di perutku. Aku kegelian sebenarnya.
            “Itu anak kita yang sah sayang bukan anak haram!” katanya. Aku pandang ke arah lain. Orang kalau nak beranak, melakukannya dengan penuh kerelaan tetapi dia sudah merogol aku, aku memang tidak mahu anak ini!
            “Ini hasil anak yang awak rogol saya! Saya takkan rela!” kataku.
            “Tak, saya tak rogol awak, saya buat dengan penuh rindu dan kasih sayang saya,” katanya bersungguh-sungguh. Mungkin sudah sasau manusia di depanku ini. Aku tersenyum sinis. Aku berasa cuak dengan kata-katanya yang tidak serupa bikin itu sebenarnya. Dia ingat kalau dia sudah merogol aku, aku akan percaya dia melakukannya penuh rindu! Gila!
            “Jangan ganggu saya boleh tak? Saya rasa tak perlu awak nak ambil tentang kehidupan saya. Awak boleh pergi dari hidup saya jika awak rasa saya ini menyusahkan awak!” dia ketawa. Dadaku diserbu sebak. Selama ini aku tahu dia tidak mengambil tahu mengenai diriku. Ah, aku tidak yakin dia akan mengambil berat tentang diriku. Aku tidak yakin.
            “Tak boleh! Saya kena ganggu awak hari ini. Sudah lama saya tunggu masa ini.” Katanya. Aku semakin berdebar. Apa sebenarnya yang aku nak beritahu dia? Bagaimanakah dia nanti? Bagaimana wajahku nanti? 
            “Awak, kenapa tinggalkan saya tanpa beritahu saya awak ke mana? Macam orang gila saya cari sayang! Telefon pun sayang offkan!” soalnya sambil memegang perutku sekali. Aku menepis tangannya sekali lagi. Kali ini dia sudah bersedia. Tawanya dikulum di mulutnya. Aku semakin benci wajah itu.
            “Jangan ganggu saya! Boleh tak?” soalku pula. Aku tidak mahu menjawab soalan demi soalannya yang memeningkan kepalaku. Malah, kedatangannya menamatkan semua kegembiraanku.
            “Saya takkan ceraikan awak! Awak mahu menjawab kalau saya hadapkan awak ke mahkamah kerana memperdaya saya?” ugutnya. Aku terperangah. Mulutku terbuka luas. Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku masih mahu hidup. Jangan kerana ugutan kecil ini aku terus mati. Aku mahu terus bernafas.
            “Err, Nukman. Izinkan saya ke atas kejap. Awak silakan naik ke atas dulu. Saya baru je sampai dari kuliah. Apa kata kalau awak naik dulu. Lepas saya dah rehat, baru kita bincang, boleh?” aku memikirkan jalan penyelesaiannya. 
         Jangan sampai dia membuat laporan polis gara-gara mengetahui aku seolah-olah membuat pembohongan kepadanya selama ini. Aku harus buat sesuatu. Berterus-terang adalah jalan penyelesaiannya. Nukman Faris sudah melepaskan tangannya. Aku masih terasa geli. Kukeraskan perutku. Aku tahu dia setuju dengan cadanganku.
            “Baiklah, saya beri awak masa untuk membersihkan diri. Lepas ni awak mesti cakap yang benar dengan saya. Bukan asyik cakap merapu depan saya.” Aku mengangguk dengan wajah cuak lagi.
‘Merapu?’ bila masa aku merapu? Setahuku aku tidak pernah cakap merapu. Aku cakap betul sahaja dengannya. Soalku sendiri.
“Pembetulan, saya tak pernah merapu. Saya mahu awak berterus-terang saja. Lupakan kisah kita dan saya akan lenyap dari hidup awak. Apa-apapun yang berlaku biarlah saya tanggung sendiri!” Kataku lagi. 
Dia mengangguk. Selama ini aku tersepit. Tersepit antara fitnah dan cinta. Aku serba-salah. Aku tahu dia pula akan membuat keputusan yang aku nanti-nantikan selama ini. Ah, aku harus pasrah. Mungkin petang ini aku sudah bertukar status. Ah, aku tidak mahu ingat perkara itu. Selama ini aku memang kusut hati memikirkan Nukman Faris dan Amri. Dua orang lelaki yang berlainan karekter dalam hatiku. Namun, aku sudah menutup hatiku untuk mencintai Amri.  Dan, aku bakal menutup hatiku untuk lelaki di depanku ini. Dia juga sudah menghancurkan perasaanku.
 Kami beriringan naik ke dalam rumah sewaku. Dia memegang tanganku. Aku mahu menepis tangannya namun tangan sasa iitu terlalu kuat untukku. Nasib baik tidak ada Shamira.
“Awak duduk dulu di sini.” Aku ke dapur menyediakan air sirap untuknya. Kebetulan hanya ada air sirap di dalam peti sejuk. Aku meletakkannya di atas meja. Dia sudah duduk di sofa sambil memandang ke arah dengan pandangan yang sukar kuteka.
“Saya nak masuk ke bilik dulu. Silalah minum.” Dia angguk. Aku terus menuju ke bilikku.

 ***
“Kenapa awak tuduh saya merapu?” soalku yang sudah duduk di depannya. Kebetulan pula Shamira tidak ada di sini. Aku sudah menghantar dia ke rumahnya tadi.
            “Awak ke mana tiga hari, petang ni baru nampak batang hidung awak? Awak suka melihat saya susah! Hari-hari mama dan emak awak tanya ke mana awak, apa yang saya nak jawab?” aku tersenyum getir. Ternyata senyumku tidak seiring dengan tingkahku. Setelah dia calar maruahku, dia mahu aku muncul lagi di depannya? Aku benci dengannya.
            “Maaflah awak, saya tak sangka kuliah kami diadakan di Perak. Jadi saya tak sempat beritahu saya ke situ. Saya dan Shamira.” Kataku terketar.
            “Kenapa buat macam ni kat saya? Tak kasian kat saya? Mama seolah-olah menganggap kita bergaduh tahu!” katanya. Aku geleng. Aku tidak mahu dia menipu keluarga kami lagi. Aku mahu dia berterus-terang yang kami akan bercerai. Kami memang bergaduh. Orang gila sahaja yang tidak tahu mentafsir sama ada kami bergaduh atau tidak.
            “Awak tak perasan, hari tu awak hantar saya ke rumah sewa saya dan tinggalkan saya macam tu aje. Awak tak ingat?” soalku. Aku pun ada perasaan. Perasaanku ketika bagaikan dicarik-carik.
            “Saya bingung masa tu, bingung sangat! Saya macam lupa apa yang sudah saya lakukan! Kemudian malamnya baru saya sedar!” katanya. Aku memehatikan dia yang mengenakan jeans dan t-shirt lusuh berwarna putih itu. Dia nampak santai dengan pakaian itu dan aku memang suka dengan penampilannnya begitu. Ah, kenapa lagi aku menyukainya dengan memujinya begitu. Kalau dia tahu, apa yang akan dia buat kepadaku?
            “Apa yang membuatkan awak bingung? Saya kan sedia aje diceraikan setelah terbukti saya tak mengandung hari tu, kenapa awak buat hal pula? Meninggalkan saya sendirian di rumah sewa hari tu bermaksud awak hendak menceraikan saya. Awak sepatutnya sudah menyediakan surat cerai kita,” kataku penuh yakin walaupun hatiku selalu terasa sakit jika menyebut perceraian di depannya. Apakah aku sebenarnya tidak mampu diceraikannya?
            “Memang saya nak ajak awak berbincang pada keesokan harinya selepas menjemput awak dari kuliah. Tapi awak takde. Awak lesap entah ke mana. Nasib baik saya tak buat laporan polis!” katanya. Aku pandang wajahnya. Agak terkejut dengan ugutannya. Namun, memang aku rindukan seraut wajah kacak itu. Tapi, aku sudah terluka, terluka oleh tindakan melulunya!
            “Saya pergi kuliah di Perak. Tempat kuliah kami ditukar,” kataku. Dia pegang tanganku tiba-tiba.
            “Ayuh kita pegi rumah saya. Kita bincang di sana,” katanya yang sudah menarik tanganku. Aku serba-salah. Buat apa pula hendak pergi ke rumahnya semata-mata hendak berbincang. Alangkah baiknya dia lafazkan sahaja cerai andainya dia memang sudah tahu masalah kami sudah selesai.
            “Eh, kejap-kejap! Saya nak kuncikan pintu rumah ni dulu,” kataku tanpa mahu memanjangkan keras kepalaku. Lebih baik aku ikut sahaja katanya. Beg tangan dan beg pakaianku masih ada di dalam kereta.  
            “Kejap ya, awak tunggu kat kereta. Saya nak kemaskan barang dulu. Pakaian yang banyak belum bercuci,” kataku. Dia pantas berdiri tetapi masih memerhatikan tingkahku dengan pandangan berani. 
            “Bawa aje, saya hantar kat dobi nanti!” katanya yang sudah berdiri di pintu. Aku geleng. Tidak elok membazir. Aku masih sihat lagi.
            “Tak pelah, saya akan basuh kain-kain saya sendiri nanti,” kataku. Dia hanya tersenyum.
            “Mungkin awak penat dan mahu berehat, jadi saya tolong hantar pakaian awak ke dobi nanti. Kebetulan pakaian saya banyak belum bercuci,” katanya. Aku nampak wajah kusut itu semakin berseri. Apakah benar selama tiga hari dia mencari aku?
            “Baiklah,” aku tidak tahan diasak-asak dengan pujukan. Akhirnya aku bersetuju menerima cadangannya. Aku benci dengan keselambaannya.
            Setelah berkemas ala kadar, aku dan dia bergerak ke rumahnya. Sebenarnya aku masih lagi penat dan terkejut. Kedatangannya yang tiba-tiba menjadikan dadaku sebu, sebu dengan debaran. Masuk ke keretanya aku memejamkan mataku. Aku takut diasak lagi dengan pelbagai soalan.
            “Datin Murni ajak kita ke kedainya,” bulat mataku memandangnya. Cepatnya baju pengantin kami siap. Baru tiga hari aku tinggalkan dia. eh, aku ni kalau boleh sudah tidak mahu hendak bersama-sama dia ke mana-mana. Sakit hatiku kepadanya belum hillang lagi.
            “Baju dah siap?” dia angguk dan me mandu dengan tenang.
            “Cepatnya!” kataku. Mataku yang mengantuk kutahan. Nukman Faris memandu dengan kadar kelajuan yang sederhana. Entah bilalah kami sampai ke rumahnya.

            “Biasalah tu! Butik Datin Murni memang biasa menerima tempahan pakaian perkahwinan!” katanya. 
               Aku pandang wajahnya, wajahku kelat. Tempahan pakaian perkahwinan itu siap, bermakna aku akan ke butik Datin Murni bersamanya lagi. Ah, lagi-lagi dengannya. Aku mahu bersendirian di rumah sewaku sebenarnya dan melengkapkan kerja kursusku yang kebanyakkannya separuh jalan. 
           Mungkinkah aku turut bingung dengan hala tuju rumah tanggaku yang tidak menentu? Kalaulah lelaki ini tahu, mahukah dia bertoleransi denganku dan mengasihani keadaan hatiku yang tidak terurus ini?
            Aku dilanda rusuh lagi. Rusuh oleh tingkah lelaki kacak di depanku ini!



Teruskan membaca enovel ini dihttp://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=15789
Tolong sokong enovel ini. 

Terima kasih banyak-banyak. Budi kalian tetap saya kenang!

Saturday, May 24, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Bab 31

Bab 31

“Papa tak sihat Nukman,” itulah kata pembukaan yang dikatakan mamanya ketika punggungnya baru sahaja menghenyak di kerusi restoran mewah itu. Terbuntang matanya. Wajah kusut papa dipandangnya. Wajah berseri mama pun dipandangnya bersilih ganti. Timbul rasa kasihan kepada papanya itu. selama ini papanya memang mengharapkan akan kerjasamanya namun dia mengabaikannya. Mamanya pula memujuk papanya agar mengizinkan dia menjadi pilot dan bukannya menjadi pengganti di syarikat gah papanya. Sekarang apa sudah jadi?
Apakah yang sedang berlaku kepada mama dan papa ini? Baru dua hari dua malam mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka bertemu dengan ibu bapa Natasya Umaira dan isterinya pada malam itu. Dia masih ingat. Hari ini mama dan papanya sudah memberitahu masalah papa yang tidak sihat. Apa masalahnya sebenarnya ni? Dia sudah masak benar dengan mamanya sebenarnya. Namun dia mahu mendengar apakah yang sebenarnya berlaku kepada suami isteri berdua ini. Dia mahu mendengar dengan telinganya sendiri.
“Jadi, apa yang saya boleh buat mama? Saya bukan doktor. Kita pun ada doktor sendiri, kenapa tak minta periksa aje,” soal Nukman Faris bagaikan manusia yang melepaskan tanggungjawabnya di tangga. Mama marakkan matanya.
            “Banyak yang Nukman boleh bantu,” kata mama. Bertambah buntang matanya. Perbicaraan mereka semakin rancak walaupun dia baru sahaja memesan jus oren. Dia tidak ada selera makan pada malam itu. Selagi isterinya belum ditemuinya, selagi itu dia belum selesa.
            “Bawa papa ke hospital dan jaga papa?” soalnya macam orang bodoh. Bulat mata Datin Zahara bagaikan hendak memarahinya.
            “Musuh perniagaan kita di mana-mana, jangan nak main-main Nukman!” kata Datin Zahara. Nukman Faris menyengih. Apa masalahnya ini? Kerjayanya bagaikan melambai-lambai tangan kepadanya. Sedikit ngeri perasaan lelakinya.
            “Apa kaitan papa yang tidak sihat dengan musuh di dalam perniagaan papa? Err, saya tak berapa nak faham mama?” soal Nukman Faris. Ada sesuatu yang ditakutinya. Kalau diteliti papa memang semakin uzur sejak akhir-akhir ini. Sudah beberapa kali papa buka mulut secara bergurau dengannya namun dia hanya lewa dan menganggap papanya bergurau.
            “Awak ni Nukman, susah-susah papa dan mama hantar sekolah tinggi-tinggi tapi perkara remeh begitu pun tak nak mampu nak fikir.” Berkerut dahinya. Papa bersuara setelah agak lama memerhatikannya. Dia sengih lagi dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Maksud?” soalnya. Mamanya geleng. Papa masih memandangnya dengan penuh rahsia dan kematangan.
            “Papa mahu awak gantikan tempat papa, papa dah tak begitu sihat,” kata mama berterus-terang. Bagaikan gunung pecah di kepalanya. Begitu sarat masalah yang mengulitnya sekarang. Dia rasa dia memang mahu dipengsankan dahulu. Amat berat hendak dipikulnya. Masalah isterinya, masalah dengan kekasihnya dan kini masalah dengan papa dan syarikatnya. Bagaimanakah dia hendak menghadapi masalah-masalah ini dengan bijaksana? Perlukah dia berbincang dengan mama dan papanya ini dan mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik? Ah, sukar. Agak sukar.
Dia memang sayangkan papa dan mamanya dan dalam masa yang sama dia masih sayangkan kerjayanya. Kenapa pula dia menjadi mangsa dalam hal ini?
            “Err, saya tak sedia lagi mama, papa,” jawabnya perlahan.
            “Itu jawapan awak yang paling selesa Nukman?” soal mama. Sudah mencuka wajah montel mamanya itu. Dia diam.
            “Err, bukan begitu mama, saya tak sedia lagi,” kata Nukman Faris. Dia memang belum bersedia. Kerjayanya belum mantap dan rumahtangganya masih belum stabil. Apakah yang hendak dijawabnya?
            “Papa tak kira. Selepas pergi honeymoon nanti, papa mahu Nukman gantikan tempat papa, uruskan syarikat papa! Itu syarikat Nukman sebenarnya! Kenapa Nukman nak sia-siakan usaha papa selama ini?” sekali lagi dia kepalanya bagaikan dihantukkan ke batu. Dia garu lagi kepalanya yang tidak gatal.
            “Sebenarnya saya belum nak bersara dari kerjaya saya papa,” itu jawapan yang paling selesa.
            “Awak cuti tanpa gaji!” tegas suara papa. Buntang matanya memandang papanya. Mamanya hanya mendiamkan diri kali ini. Namun masih mengikuti perbincangan mereka.
            “Awak tak kasihan papa?” soal mama pula. Dia angguk. Dia memang kasihankan papa dan mama. Selama ini apa sahaja keputusan mama dan papa dia turuti tanpa banyak bantahan. Kali ini dia mahu membantah. Dia suka dengan kerjayanya sekarang. Dia belum bersedia terjun ke dunia korporat.
            “Kasihan memang kasihan tapi kerjaya saya papa, pilihan saya.” Katanya. Papanya murung kemudiannya. Betapa kasihnya dia kepada lelaki di depannya itu.
            “Jangan banyak cakap, syarikat NFN memerlukan Nukman, orang muda yang menerajui syarikat.” Kata papa. Apakah keputusan itu muktamad?
            “Nuraina ada papa. Kahwinkah dia dengan mana-mana ahli perniagaan berkaliber, biar suami dia yang urus syarikat!” buntang mata papa dan mama.
            “Gila! Awak sudah gila Nukman? Syarikat yang papa usahakan sejak kamu kecil sekarang awak nak berikan kepada orang lain dan mengorbankan adik awak sendiri? Begitu?” soal papa. Dia menarik nafas payah. Memang payah hidupnya sekarang. Hidupnya tidak bebas macam orang lain di luar sana. Apakah alasannya lagi?
            “Berikan saya masa papa,” ujarnya memohon sekali lagi. Ketika dia dinikahkan dengan Natasya Umaira dahulu, mamanya tidak memberikan dia masa. Dia hanya perlukan “ya” sahaja. Ah, sakit dia kalau begini!
            “Berapa lama?” soal papa Nukman Faris. Nukman Faris kebingungan sekarang. Berapakah masa yang sesuai dia memikirkan hal ini?
            “Sebulan.” Putusnya. Apakah sebulan itu cukup atau terlalu singkat?
            “Terlalu lama Nukman! Papa dah tak sihat lagi nak terajui syarikat. Kalau syarikat lain pesaing kita tahu akan tahap kesihatan papa, pasti mereka akan ambil peluang untuk jatuhkan syarikat kita Nukman! Tolong papa kali ini,” pinta papa, Datuk Norman. Apa yang hendak dijawabnya?
            “Saya akan fikirkan papa,” katanya. Pesanan minumannya sudah sampai. Dia terus meneguk minumannya dengan rakus.
            “Tak boleh nak fikirkan lama-lama Nukman, minggu depan lepas pulang dari bercuti ke Eropah, awak harus mula bertugas. Papa kini hidup hanya dengan bantuan ubat Nukman, tolong papa!” kata Datuk Norman yang mengadu dia sudah tidak begitu sihat.
            “Kasihan papa dan mama Nukman. Anak mama dan papa tak ramai. Hanya Nukman seorang anak kami. Kalau Nukman pun tak nak bantu kami, siapa lagi yang kami harapkan Nukman? Nukman mahu kalau syarikat kita jatuh lingkup dan jatuh ke tangan pesaing kita?” soal mama pula. Dia geleng. Perancangan harus rapi dan bukannya main tergesa-gesa.
            “Berikan saya masa papa, mama, jangan desak saya,” pintanya. Hatinya kusut. Jiwanya tidak tenteram.
            “Baiklah Nukman, jaga isteri awak tu baik-baik dan fikirkan juga masa depan syarikat kita. Masa depan kita terletak di bahu awak Nukman,” kata Datin Zahara. Dia tahu, semua masalahnya sekarang menuntut dirinya. Siapa lagi yang menyambutnya kalau bukan dirinya?
            “Saya tak janji mama, papa.” Kata Nukman Faris.
            “Jangan bercakap macam budak-budak Nukman! Mama tak suka. Ini soal tanggungjawab besar, mama dan papa minta tolong bukannya main-main. Ini hal yang sangat serius!” kata mamanya dengan penuh kesungguhan. Apakah dia bermain-main? Bukankah dia juga serius menangani hal ini?
            “Ya mama, papa, izinkan saya fikirkan hal ini elok-elok sebelum saya berikan keputusan mama, papa. Jangan bimbang, saya akan fikirkan mama, papa. Doakan saya,” katanya mahu bertindak wajar.
            “Terima kasih Nukman, papa tidak minta banyak. Papa hanya mahu Nukman gantikan tempat papa. Papa nak rehat. Sudah lama papa kerja tak henti-henti!” kata Datuk Norman. Nukman Faris mengangguk. Nanti kalau dia menggeleng dan berkeras, dia bimbang jika lelaki itu akan terus sakit pula. Jadi lebih baik dia berlembut dengan ibu bapanya. Mungkinkah ada hikmahnya!
            “Saya tak berapa tahu selok belok syarikat kita papa,” katanya mengaku akan kelemahannya. Dia berharap agar papanya tidak terus membiarkan seorang diri menguruskan syarikat warisannya ini. Papa tersenyum. Baru dia perasan wajah yang kusut dan agak lesu tadi kini sudah kelihatan berseri. Wajah mamanya semakin berseri.
            “Papa takkan biarkan awak keseorangan. Papa akan sesekali memantau hasil kerja awak Nukman,” kata papanya. Dia tersenyum. Selesai minum dan menjamu selera, mereka berangkat ke rumah. Panggilan telefon dari Rozaila dibiarkan sepi. Dia tidak mahu sesiapa mengganggunya pada masa perbincangan keluarganya sedang berlangsung. Tetapi, kenapa isterinya semakin menyepi? Apakah rajuknya masih ada? Ah, bukan rajuk, tetapi kemarahan dan kebencian sudah tidak terbendung di mata gadis itu. Dia pasti isterinya sentiasa menyumpah seranah perbuatannya tiga hari lalu. 

Ah! Menyesal sungguh pun sudah tidak berguna! Semuanya sudah menjadi bubur!

Thursday, May 22, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Bab 30

Bab 30


Kesal! Kesal sungguh dia!
            Bertindak melulu bukannya menyelesaikan masalahnya malah dia sudah memanjangkan masalahnya kini. Tompokan darah di atas katilnya menunjukkan kesahihan sepupunya masih dara ketika dia mengganggu gadis itu tadi. Gadis manis yang sudah dinikahinya lebih tiga bulan itu masih dara. Kenapa diwar-warkan oleh orang kampung dan ahli keluarganya yang isterinya ini mengandung? Apa buktinya? Atau, ini perangkap untuknya? Buat apa pula mak ngahnya hendak perangkap dia? ah, dia bingung! Bingung sungguh dia!.
Dia pula menyangkakan yang gadis itu telah memperdayakannya selama ini. Tetapi, benarkah dia diperdaya? Kalau diperdaya, apa motifnya? Ini, tompokan merah di atas cadarnya ini buktinya! Gadis itu masih dara! Argh! Apa yang telah aku lakukan? Soalnya dengan seluruh rasa bersalah.
Apakah yang harus dilakukannya? Kenapa dia terlalu berburuk sangka ketika memikirkan gadis itu telah memerangkapnya selama ini? Kenapa dia tidak mahu duduk berbincang dan kenapa dia bertindak melulu? Kenapa dia tidak bertanya elok-elok kepada Natasya Umaira akan masalah mereka hari itu?
Ah, semuanya memang salahnya. Dia yang sudah bernafsu binatang! Dia yang sudah tersangat marah sehinggakan lupakan diri dan siapa gadis yang sedang dimarahinya itu. Gadis yang selama ini mendesak agar mereka bercerai namun dia tidak sampai hati hendak mengikut kata-katanya. Kasihan gadis itu.
Sekarang ini, dengan bersendirian di atas katil yang masih dicemari gadis yang telah dikerjakannya tadi, apakah yang harus dilakukannya? Perlukah dia bersihkan katilnya itu? namun dia puas hati. Puas hati dengan apa yang telah dilakukannya. Sekurang-kurangnya dia sendiri dan isterinya tidak akan menyesal.. dia bukannya merogol isterinya tadi. Tidak, dia tidak merogol. Dia melakukannya dengan baik dan dia argh.... dia telah melontarkan sejuzuk perasaannya yang paling dalam terhadap isteri yang juga sepupunya itu. Dia telah meluahkan betapa selama ini dia merindui isterinya dan sekaligus mencintainya.
“Saya... selama ini .... saya... abang rindukan Tasya...”bisiknya di telinga Natasya Umaira yang sedang ketakutan itu. Pegangan tangannya tidak pernah terlepas itu gadis itu. Walaupun gadis itu meronta-ronta di dalam pelukannya. Dia mahu isterinya tahu yang dia sangat mencintainya. Tetapi, permulaannya dia telah memarahi dan menuduh gadis itu memerangkap dirinya. Apakah gadis itu mahu mempercayai rindunya? Atau, gadis itu menuduhnya gila! Ah, kalut! Kalut dia! seketika dia terkenang Rozaila. Gadis itu di mana? Dan, kekasihnya itu bagaimana nanti? Apakah kesudahan semua kisah mereka ini? Dia memang bingung! Bingung tahap gaban!
“Lepaskan saya Nukman! Lepaskan binatang!” jerit Natasya Umaira dalam biliknya yang kedap bunyi itu. Dia hanya menggeleng. Tidak ada gunanya isterinya itu menjerit. Lebih baik dia terima sahaja akan apa yang bakal diucapkannya dengan penuh kasih sayangnya ini.
“Saya... saya...cintakan Tasya... selama ni....” katanya terputus-putus. Ini kerana sepupunya itu meronta-ronta di dalam pelukannya.
“Tipu! Tipu! Jangan nak tipu! Dusta! Awak pendusta! Tuhan akan balaskan perbuatan gila awak ni Nukman!” jerit Natasya Umaira lagi walaupun suaranya agak lemah. Namun dia tidak akan melepaskan peluang itu. Selama ini isterinya itu jual mahal seolah-olah benar dia mengandung. Selepas ini dia tidak akan lepaskan lagi peluang yang sudah tersedia di depan matanya. kasihannya dia kepada isterinya itu. Siapa yang mahu mempercayainya saat ini?
“Abang tak tipu, tak dusta sayang...” desahnya di telinga Natasya Umaira. Ketika itu tidak penting sama ada Natasya Umaira itu percaya atau tidak, apa yang penting dia mahu mengajar gadis itu yang selama ini membohongi dan tidak mahu berterus-terang dengannya. Tidak timbul soal belas kasihan. Namun apa yang penting dia sendiri puas hati selepas ditipu oleh semua orang di sekelilingnya. 
Mahukah gadis itu percaya? Arh... kalau gadis itu tidak percaya sudah! Apa yang penting dia sudah memberitahu gadis itu akan perasaan cintanya yang terpendam selama ini. Kemudian, mereka terpisah sekian lama sehinggakan dia sudah mempunyai kekasih. Namun, sebelum sempat dia menikah dengan kekasihnya, pup! Mereka dinikahkan. Dia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal! Dalam diam dia mahukan sepupunya yang pernah diejeknya sebagai si tembam. Hari pertama dia bertemu sebelum nikah, gadis itu bukan si tembam lagi. Gadis itu sudah menjadi sangat cantik mengalahkan kecantikan Neelofa. Apatah lagi dengan gaya bertudungnya yang agak kontemporari. Dia jatuh cinta lagi buat kali keduanya. 
Akhirnya dia menyelesaikan satu misinya pada hari itu. Dia sudah mendapat apa yang diinginkannya walaupun gadis itu sudah tersedu-sedu di hujung katilnya. Apa yang penting apa yang dia mahu dia sudah mendapatkannya. Walaupun caranya agak jahat dan kejam tetapi dia sudah mendapat jawapannya!
‘Selama ini dia ditipu!’
‘Selama ini Natasya Umaira masih anak dara! Buktinya darah di atas cadar tilamnya!’
‘Selama ini dia juga masih teruna!’
“Ah, kejamnya dia! memang dia kejam! Macma mana dia hendak memaafkan dirinya dan memohon kemaafan kepada isterinya itu?” aduhai!
Bunyi telefon iphone5s di atas meja solek menerbangkan semua kenangannya terhadap isteri dan kekasihnya.

 ***

“Helo mama,” mamanya di hujung talian. Sudah dua hari dia mencari isterinya. Dia menunggu di luar rumah isterinya setiap pagi namun gadis itu tidak keluar-keluar dari rumahnya. Ternyata rumah itu tidak ada penghuni. Apa yang mahu dijawabnya nanti jika mamanya bertanya?
            “Nukman, mama dan papa nak datang rumah Nukman malam ni. Mak dan ayah Tasya pun ada. Tasya ada tak di rumah?” soal mamanya. Dia gegau. Apa yang harus dijawabnya kalau selama ini dia hanya keseorangan di rumah ini. Ini pun dia baru pulang ke rumahnya ini. Dua hari dia ke kelab malam bersama Rozaila. Rozaila menuntut macam-macam perkara dengannya. Namun dia tidak pernah beralah dengan gadis itu. walaupun mereka diiktiraf sebagai pasangan kekasih suatu masa dulu, namun sekarang, dunianya sudah berbeza. Dia sudah lain. Dia sudah ada tanggungjawab besar yang harus dilunaskannya. Menikahi Rozaila dalam masa terdekat ini bermakna dia sanggup bermain dengan api yang berganda-ganda maraknya. Masalahnya dengan Natasya Umaira belum selesai lagi. Sekarang dia mahu buat hal lagi? Oh tidak! Jangan buat hal lagi Nukman! Arahnya kepada dirinya sendiri.
            “Err, Tasya tak de mama, dia kuliah ke Perak. Dia pergi dengan kawan-kawannya. Saya sendirian di rumah.” Katanya. Dia tidak tahupun Natasya Umaira ke mana. Namun wajah sayu dan ketakutan itu tidak pernah lari dari pandangannya. Ke mana-mana dia pergi wajah itu tetap terbayang-bayang olehnya.
            “Nukman tak jenguk Tasya di Perak?” apa yang hendak dijawabnya? Dia tidak tahu pun isterinya di mana. Isterinya langsung mematikan telefonnya. Entah di mana gadis itu. Kali ini apa alasannya?
            “Err, Tasya tak bagi mama. Dia dengan kawan-kawannya.” Katanya membohongi mamanya.  Ah, bohong lagi dia!
            “Bila dia balik?” soal mamanya pula. Dia garu kepalanya. Setahunya isterinya hanya menghadiri kuliah selama tiga hari. Tidak tahu pula dia dia kalau ada penambahan hari. Gadis itu bagaikan mahu menghilangkan dirinya. Ke mana dia hendak mencari gadis itu.
Dia sudah pun membuat pesanan ringkas kepada gadis itu. Dia sudah menyatakan kata maafnya berkali-kali. Mahukah Natasya Umaira percayakan kata-katanya? Ah, bingung sungguh dia. rupanya beginilah rasanya jika kehilangan isteri yang tersayang. Dulu dia tidak pedulikan pun isterinya. Selama hampir tiga bulan dia tidak kisahkan pernikahannya. Hidup kah matikah isterinya dia tidak mahu tahu! Apa yang dia tahu, dunianya hanya dengan tugasnya dan kekasihnya. Selebihnya dia tolak ke tepi.
            “Tiga hari mama, dia akan pulang esok,” kata Nukman Faris hanya meramal kepulangan isterinya. Pastinya isterinya sedang berduka setelah dia memperlakukan sesuatu di luar kemahuan isterinya. Sangkanya dia hanya mendapat bekas orang, rupanya isterinya masih ada dara. Ah, itulah yang dia kesalkan kepada dirinya sendiri. Syak wasangka menyebabkan dia bertindak melulu. Masih adakah kemaafan buat dirinya ini? Kalau ada kemaafan kenapa isterinya tidak pernah membalas pesanan ringkas yang sudah dikirimkannya beratus-ratus kali itu?
            “Kalau macam tu esok malam lah mama ke rumah kamu. Isteri pun tak balik lagi,” kata mamanya. Nukman Faris tarik nafas lega.
            “Ya mama, mak Tasya ada di rumah mama?” Datin Zahara ketawa kecil.
            “Nukman, emak mertua tu awak panggil mak aje.” panggil mamanya. Sangka Nukman Faris mamanya sudah meletakkan telefon.
            “Ya mama.” katanya lembut sambil ketawa yang dibuat-buat. Rasa bersalah belum surut dari hatinya. Apatah lagi mengenang keluarga mertuanya itu. jika hal mereka ini diketahui oleh ibu mertuanya, bagaimana dia hendak menghadapi mereka? Aduhai!
            “Nukman,” panggil mamanya.
            “Ya mama, ada apa mama?” soalnya agak terkejut. Dia faham mamanya. Seperti ada sesuatu yang hendak dikatakannya. Ia terlalu sulit hendak dikatakan melalui telefon. Itu yang dia tahu.  
            “Mama dan papa ada hal nak cakap sebenarnya.” Kata Datin Zahara. Nukman Faris sudah dapat mengagak.
            “Hal apa mama?” soal Nukman Faris pula. Benar tekaannya. Namun, Nukman Faris tidak tahu apakah halnya. Mampukah dia meneka pada saat jiwanya berkecamuk sekarang ini?
            “Kita jumpa, papa nak jumpa Nukman, ada urusan peribadi yang penting,” sungguh mengejutkan suara mamanya. Selalu mamanya tidak begitu. Apakah ada musibah yang menimpa? Apakah ini balasan terhadap perbuatannya terhadap isterinya sendiri? Wajah kaku dan masih bersedih itu masih melekat di matanya.
            “Hal apa mama? Macam penting! Takut pula saya!” kata Nukman Faris yang tidak mengambil berat hal yang dikatakan mamanya.
            “Mesti hal penting, kata papa. Mama tak berapa tahu.” Kata mamanya. Apakah hal syarikat? Dia sedar papanya semakin berusia dan sudah tidak begitu layak menjaga syarikat dan dia sendiri pula mengambil bidang lain yang jauh dari urusan perniagaan. Ah, kusut-kusut!
            “Jadi?”
            “Papa nak Nukman jumpa papa di Hotel Seri Malaysia malam ni, jangan nak ke mana-mana dengan kekasih kamu pula. mama tak melarang tetapi mereka tentu ada sebab mahu terima awak walaupun awak dah kahwin!” kata mama. Berkerut dahi Nukman Faris. Apa kaitannya dengan pergerakannya? Kenapa pergerakannya hendak dikongkong? Apa masalahnya sekarang? Apakah keluarga Rozaila bertindak jauh selepas pertemuan mereka dua malam berturut-turut? Dia pula asyik hendak menangguh dan menolak. Apakah yang berlaku sebenarnya? Dia bertambah pening pada masa ini. Apakah ini balasan perbuatannya terhadap isterinya sendiri?
            “Err, sekarang ke mama?”
            “Laa, Nukman tak dengarkah? Bukan sekarang. Malam nanti, mama pun akan ikut sama,” kata mamanya. Dia garu kepala yang tidak gatal.
            “Lepas solat Isyak?” soal Nukman Faris.
            “Ya, Nukman jangan lupa.” Kata mamanya. Sebenarnya Nukman Faris yang lebih rundau hatinya. Entah apa cerita yang akan dikhabarkan papa kepadanya. Biasanya Datuk Norman tidak banyak cakap. Dia lebih suka mengikut sahaja kata mamanya.

            “Ya mama, saya takkan lupa.” Kata Nukman Faris. Dia memandang iphone5snya. Wajah isterinya pula terus melekat di matanya. Wajah Rozaila sudah hilang terus dari matanya. Entah kenapa!