Monday, May 12, 2014

Novel Cinta Sang Pilot 26

Bab 26

Setelah balik dari klinik, Nukman Faris bertemu dengan kawan baiknya semasa di universiti itu. Kebetulan mereka memang rapat sejak di bangku sekolah. Sengaja dia tidak memberitahu isterinya mengenai pertemuannya dengan kawannya Shamsuri itu pada keesokan harinya.
            “Apa khabar Sham? Lama sungguh kita tak jumpa.” Kata Nukman Faris menyalami tangan Shamsuri. Shamsuri yang sudah mempunyai klinik sendiri itu hanya tersengih.
            “Aku baik-baik aje lah Nukman. Jadi, apa niat kau nak jumpa aku ni? Biasanya kalau tak de hal penting takdelah pilot kita ni nak jumpa dengan aku ni!” kata Shamsuri sudah mengusiknya. Nukman Faris tersenyum pahit. Memang mereka agak jarang bertemu sejak masing-masing sibuk dengan kerjaya.
            “Aku memang lah selalu sibuk tapi hari ini aku mesti jumpa kau. Semalam kan aku dah minta isteri aku jumpa kau. Aku tak dapat turun, kawasan klinik kau tu memang kawasan yang sangat sibuk!” kata Nukman Faris. Berkerut-kerut dahi Shamsuri.
            “Eh, tuan pilot kita ni sakit ke? Bila masa kau kahwin? Setahu aku Rozy belum nak kahwin. Macam mana pula kau dah kahwin? Eh, kau kahwin diam-diam ya? Tapi, Rozy kat luar negara kan? Apa ceta ni Nukman?” soal Shamsuri kehairanan. Muka Nukman Faris bertukar kelat. Dia terlupa yang sahabat baiknya itu tidak tahu yang dia sudah kahwin. Dia belum memberitahu mana-mana kawannya akan hal yang baru sahaja menimpanya.
            “Maafkan aku Sham, aku lupa nak beritahu kau, sebenarnya aku dah kahwin, bukan dengan Rozy. Tapi dengan sepupu aku di kampung.” Bertambah terkejut Shamsuri. Tetapi cepat-cepat dia menghulurkan tangan untuk menyalami tangan Nukman Faris untuk memberikan tahniah.
            “Oh, kenapa aku tak tahu yang kau dah kahwin? Kenapa tak jemput aku?” soal Shamsuri. Nukman Faris tersengih. Terkenang peristiwa di mana dia dipaksa oleh mamanya. Mahu atau tidak, dia hanya ada satu jawapan iaitu setuju.
            “Maaflah, aku kelam kabut masa tu!” bertambah berkerut dahi Shamsuri, doktor muda yang berkarisma itu. dalam usia muda dia sudah menjadi pakar perubatan wanita. Shamsuri memang pemuda yang amat rajin belajar sewaktu di zaman persekolahan dan universiti.
            “Macam mana pula kelam kabut sehingga tak sempat panggil aku. Kau mesej aje lah aku. Bukannya susah pun!” kata Shamsuri. Bertambah kelat wajah Nukman Faris.
            “Bukan macam tu Sham. Aku terperangkap masa tu!” mahu terbuntang mata Shamsuri.
            “Takkan sepupu kau nak kenakan kau?” Nukman Faris menggeleng. Dia takut sahabat baiknya itu terkeliru pula dengan bahasanya.
            “Bukan dia kenakan aku. Masa tu keluarga sepupu aku dah atur perkahwinan tapi tiba-tiba pihak lelaki mengundur diri. Mahu tak mahu aku jadi galang gantinya. Ngeri kan!” kata Shamsuri. Shamsuri mengangguk-angguk.
            “Oh macam tu. Ingatkan kau dah terlanjur dengan sepupu kau!” kata Shamsuri yang salah sangka. Nukman Faris menggeleng. Dia tidak akan sampai hati melakukan sesuatu yang tidak baik kepada sepupunya sendiri. Kasihan sepupunya itu.
            “Aku ni memang nakal tetapi nakal-nakal aku belum sampai hati nak  buat tak tentu dengan sepupu aku tu!” kata Nukman Faris. Shamsuri mengangguk-angguk.
            “Aku percayakan kau. Aku tahu kau budak baik. Anak kebanggaan datin dan datuk. Aku tahu... aku faham... tapi kasihan lah Rozy, melepaslah dia tak dapat nak kahwin dengan kau.” Nukman Faris tersenyum kelat semula. Memang dia sangat hampa kerana tidak dapat nikah dengan kekasihnya. Namun dia tidak dapat menolak jika suatu hari dia akan menikah juga dengan kekasihnya itu.
            “Terima kasihlah kerana percayakan aku. Lagi dua minggu majlis persandingan aku di sebuah hotel. Nanti aku confirmkan kau. Mama aku yang uruskan semuanya.” Kata Nukman Faris.
            “Untung kau punya mama yang baik dan melakukan segala-galanya untuk anak kesayangannya.” Kata Shamsuri.
            “Kau macam perli aku aje!” kata Nukman Faris. Shamsuri ketawa.
            “Jadi apa ceta semalam? Siapa nama isteri kau tu? Aku masih ingat lagi pelanggan yang datang ke klinik aku semalam.” Kata Shamsuri. Nukman Faris tersenyum.
            “Ada tak semalam Natasya Umaira Binti Mohd. Tajuddin datang jumpa kau.” Kata Nukman Faris. Shamsuri mengerutkan keningnya mengingat-ingati nama pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya di kliniknya di Damansara.
            “Macam takdelah!” berkerut dahi Shamsuri. Dia sendiri teringin juga hendak bertemu dengan isteri Nukman Faris.
            “Tak de?” kata Nukman Faris kehairanan. Dia tidak menyangka kalau isterinya itu membohonginya. Ke mana dia pergi? Dia sangat sangsi. Apa  yang sebenarnya berlaku? Dia bawa balik semalam, isterinya nampak tenang aje.
            “Memang takde lah Nukman. Takkan aku nak bohong kau!” kata Nukman Faris.
            “Kat kawasan sana tak de klinik lain kan?” soal Nukman Faris.
            “Memang tak de. Seingat aku, hanya klinik aku lah kat sana!” kata Shamsuri.
            “Jadi apa nak buat?” kata Nukman Faris.
            “Kau bawa semula ke klinik aku. Kau bawa driver papa kau untuk bawa dia jumpa aku. Apa sakit dia?”
            “Aku nak dia periksa kandungan dia. Kebetulan dia jatuh hari tu. Dia ditolak oleh kekasih kesayangan aku hari tu!” kata Nukman Faris.
            “Oh macam tu. Kasihan pula dia. Baik kau cepat-cepat bawa dia. Aku takut ada sesuatu berlaku kepada kandungan dia. Tapi kamu macam pasangan kekasih juga, kau cintakan sepupu kau tu? Kenapa dia sampai mengandung?” Kata Shamsuri yang sudah kebimbangan.
            “Nantilah cerita. Dan, kau macam tak faham-faham pula. kalau dah kahwin, memanglah bakal timang anak!” jawab Nukman faris selamba.
            “Dah berapa bulan kandungan dia? Anak kamu?” Nukman Faris angguk.
            “Aku tak tahu. Tapi, memang dia dah mengandung lah, mengandung anak kami!” kata Nukman faris. Dia terpaksa menutupi maruah isterinya. Walhal mereka tidak pernah melakukan apa-apapun. Apatah lagi dengan adanya perjanjian mereka. Dia tidak mahu membuka rahsianya sendiri. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.
            “Oh tahniah lah dulu. Jadi bila kau nak bawa dia? Jangan sampai esok. Esok aku ada mesyuarat di Putrajaya,” kata Shamsuri yang mengingati jadual kerjanya esok.
            “Ya petang ni lah. As soon as possible!” kata Nukman Faris. Dia terbayang wajah mulus Natasya Umaira. Entah apa yang telah berlaku kepada gadis itu.
            “Baik, kita jumpa petang ni. Aku akan masuk ke klinik dalam jam 3 petang.” Kata Shamsuri. Mereka bersalaman semula.

            “Kita jumpa petang ni.”