Saturday, August 30, 2014

Makluman: Novel Salwa Maisara


Assalamualaikum semua pembaca, Selamat pagi, Selamat Sejahtera dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 dengan tema Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. 

Novel Salwa Maisara sedang bersiaran di ilham.karangkraf.com. Jika semua pembaca ada masa silalah singgah dan berikan bintang-bintang kepada novel online itu ya. 

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembaca kerana selama ini menyokong saya dengan membaca novel-novel di dalam blog ini. 

Untuk terus ke novel Salwa Maisara bolehlah ke link di sini;



Sekian terima kasih. 

Iman Nasuha. 

Wednesday, August 27, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Sudah Siap Sepenuhnya


Assalamualaikum semua. 

Apa khabar anda semua yang singgah? Saya berdoa dan berharap agar anda semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu. 

Alhamdulillah, dengan segala suka citanya dan berdebarnya saya mengumumkan bahawa novel Cinta Sang Pilot sudah siap sepenuhnya dan sudah dihantar ke pihak penerbitan. Saya berdoa yang terbaik untuk novel sulung saya itu. 

Para pembaca semua saya juga mengharapkan agar pembaca semua mendoakan yang terbaik untuk kelahiran novel sulung saya itu dalam bentuk cetakan buku. Dan, saya berdoa agar semuanya akan dipermudahkan. 

Sama-sama kita menantikan keputusan dari penilaian ke atas manuskrip pertama saya Novel Cinta Sang Pilot. 


Baiklah, setakat ini dahulu cerita saya. Moga kita jumpa lagi di lain makluman. 

Iman Nasuha. 

Novel: Salwa Maisara 14

Bab 14

Lelaki ini memang sudah gila. Apa lagi alasan yang hendak dia berikan agar dia dapat meloloskan diri daripada lelaki ini? Dia tidak mahu dibawa ke bilik lelaki ini. Dia sudah ditarik macam kerbau. Dia menguatkan kakinya menjejakkan ke lantai simen itu.
            “Jangan tarik tangan saya lah bang! Sakit tahu tak? Malulah orang nampak!” katanya marah kepada lelaki ini. Lelaki ini bertambah menguatkan lagi pegangannya. Sakit hatinya.
            “Apa nak malu! Kita kan suami isteri.” Kata lelaki itu seperti cuba mengusiknya. Lelaki itu masih memandangnya dengan pandangan yang cukup tidak disukainya.
            “Suami isteri apa? Abang kan nak kita tinggal asing-asing! Buat apa abang nak bawa saya ke bilik abang? Ini sudah melanggar perjanjian!” soalnya mengembalikan paku buah keras. Lelaki itu berhenti dan memandangnya dengan tajam.
            “Tinggal asing-asing? Melanggar perjanjian?” soal lelaki itu. Dia angguk. Dia sudah terima pernyataan tinggal asing-asing itu. Kenapa pula lelaki ini hendak membawa dia pergi ke biliknya? Soalnya masih berdebar-debar. Sakit hati pun ada.
            “Oh nak tinggal asing-asing ya?” soal lelaki itu. Dia angguk. Ada kegembiraan dalam hatinya.
            “Ya, kan awak suka kalau kita tinggal asing-asing?” katanya pula. Menyengih lelaki itu. dia pula yang semakin benci kepada suaminya ini. Ah, suami apa begini! Mungkin ini suami zaman moden. Oh, tidak. Harap-harap tidak!
            “Oh supaya senang awak nak berjumpa dengan kekasih awak tadi tu kan? Memang pandai betul akal awak kan! Awak memang cerdik!” perli suaminya itu. Bertambah sakit hatinya menerima tuduhan begitu.
            “Jangan nak tuduh-tuduh sembarangan ya. Saya bukannya macam abang!” suaminya semakin memandangnya dengan pandangan tajam. Dia menundukkan pandangannya.
            “Kenapa pula macam abang?” soalnya. Lidahnya kelu. Apa yang dia tahu mengenai suaminya ini? Apa yang dia tahu mengenai lelaki ini? Ah, sesak nafas dia. Dia terlalu harapkan ibu bapanya dalam menentukan jodohnya. Apa yang dia tahu? Ah, apa? Cakap? Ah, dia semakin kelu. Tetapi apa yang dia tahu lelaki ini ahli perniagaan. Tetapi niaga apa? Dia sebagai apa di syarikat tempatnya berpaut itu? Huh, semakin menyampah dia direnung-renung mata galak macam singa jantan itu!
            “Banyak kekasih!” lelaki itu ketawa. Itu sahaja jawapan yang mampu dia berikan. Tetapi di mana dia mendapat maklumat itu? siapa yang beritahu dia? Dia main agak-agak. Aduh, matilah dia oleh lelaki ini. Kalau benar sangkaannya tidak apa! Kalau tak benar, naya dia!
            “Mana ada abang banyak kekasih!” kata suaminya itu. lelaki itu sudah mendekatinya semula dan memegang tangannya. Mengucupnya perlahan dan memegang bahunya. Eh, apa lelaki ni hendak buat kepadanya? Semakin bergalau benaknya memandang tingkah lelaki ini yang semakin songsang dan menyakitkan matanya.
            “Lepaskan tangan saya.” Pintanya lagi. Lelaki itu terus menarik tangannya, menggenggamnya dengan erat.
            “Jangan banyak cakap! Kita bincang dalam bilik abang!” kata lelaki itu dengan tegas. Dia terus ditarik menuju ke tingkat berapa entah! Dia malas mahu memikirkan lelaki ini. Namun apa yang dia lihat, bilik lelaki ini di bahagian hujung.

            Sebaik sahaja tiba di bilik suite itu dia terus dihumbankan ke tilam empuk saiz King itu. semakin meningkat takutnya. Namun dia tidak mahu berhenti menolak kemahuan lelaki itu. Tetapi siapa dia?

Thursday, August 21, 2014

Novel: Salwa Maisara 13

Bab 13

“Seronok jumpa kekasih di sini?” soal lelaki itu tiba-tiba. Salwa Maisara hanya menundukkan pandangannya sejak tadi. Sebenarnya hatinya semakin sakit dan sebenarnya dia mahu jegilkan matanya kepada lelaki yang tidak sedar diri dan tanggungjawab itu. tetapi, dia memaksa dirinya agar bersabar. Bersabar menghadapi dugaan dari suaminya ini.
Walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri tetapi mereka tetap seperti orang asing. Dia jeling lelaki itu. Ah, berani-berani pula dia jeling suaminya yang matanya macam mata singa jantan hendak terkam mangsa itu! Haha!
            “Err...” katanya. Dia gugup. Tidak menyangka sama sekali lelaki itu akan menuduhnya begitu.
            “Saya Indra Roslan.” Kata ketua pensyarahnya itu bersedia untuk bersalaman. Dia tidak mengangkat tangannya.
            “Mari...” dia terus menarik tangan Salwa Maisara. Dia geram kepada gadis itu. Dia dia membawa duduk di sebuah meja yang agak jauh dan terpencil.  Terpinga-pinga Salwa Maisara.
            “Abang... jangan bang. Sakit bang!” jeritnya. Tangannya berasa sakit ditarik oleh lelaki itu.
            “Oh, pandai awak sakit ya? Berani awak nak duduk dengan kekasih awak! Rupanya awak ada kekasih kan? Kan saya sudah cakap hari itu, jangan mengaku mahu nikah dengan saya. Saya pun ada kekasih macam awak!” katanya dengan geram. Isterinya menundukkan pandangannya.
            “Mana ada bang! Itu bukan kekasih saya bang!” kata isterinya.
            “Kenapa duduk berdua-duaan begitu? Siap bermesraan lagi.” soalnya tidak puas hati. Isterinya menggeleng. Benarkah lelaki itu bukan kekasihnya? Geram dia kepada gadis di depannya itu.
            “Bukan bang. Dia ketua saya di pejabat. Bukan kekasih saya. Kami sama-sama kerja.” Katanya.
            “Tak percaya. Nasib tak bersuap-suapan tadi.” Katanya pula. Marahnya sudah reda kalau sudah tahu lelaki itu bukan kekasihnya.
            “Mana ada bang!” katanya menafikan tuduhan itu.
            “Apa awak buat kat sini Salwa?” soalnya dengan sopan. Gadis itu diam. Dia malas mahu memandang wajah lelaki itu. geram sungguh dia.
            “Saya makan kat sini tak bolehkah?” soalnya pula. Soalan dibalas dengan soalan.
            “Boleh. Kat mana rumah Salwa?” soalnya.
            “Bukan kat sini.” Jawabnya.
            “Jadi, kenapa nak gatal makan kat sini?” soalnya. Salwa Maisarah berasa tidak selesa bila ditanya tentang rumahnya.
            “Tak boleh ke?” soalnya semula. Dia mahu gelak.
            “Boleh. Apa salahnya. Jadi buat apa kat sini? Semata-mata nak jumpa kekasih?” soalnya tidak puas hati.
            “Bukan kekasih. Atas urusan kerja.” Katanya.
            “Begini awal?” soalnya melihat jam yang baru pukul 8.30 pagi.
            “Salahkah?” soalnya.
            “Tak salah.” Jawabnya pula. Dia berdiri.
            “Saya ambil makanan dulu. Dah lapar. Awak tak makan?” Katanya. Masih sakit hatinya kepada isterinya itu.
            “Tak! Kenyang!” jawab Salwa Maisara.
            Selepas makan mereka berdiam diri. Salwa Maisara hanya minum.
            “Mari ke bilik abang,” pelawanya. Salwa Maisara geleng.
            “Ayuh. Kita tidur sama-sama.” Katanya. Bulat mata isterinya itu. baru padan dengan mukanya. Ingatkan gadis ini tidak ada kekasih. Rupanya ada kekasih!
            “Saya nak balik.” Jawabnya menunjukkan kedegilannya.
            “Balik mana?” soalnya.
            “Balik ke rumah saya lah!” jawab isterinya.
            “Bilik abang tu suite room, besar untuk kita berdua.” Katanya dengan senyuman mesranya.
            “Gila!” kata isterinya.
            “Ayuh, mari ke bilik abang.” Katanya memaksa isterinya.


Wednesday, August 13, 2014

Novel: Salwa Maisara 12

Bab 12

Terkocoh-kocoh Salwa Maisara turun ke cafe setelah bersiap ala kadar. Dia baru berasa lapar. Semalam dia langsung tidak makan. Sakit hatinya memikirkan suami yang baru dinikahinya. Bersuami rupanya bukannya menyenangkan, tetapi menyusahkan hidupnya pula. Seleranya hilang terpandangkan wajah suaminya yang agak masam dan marah-marah. Sayang sahaja wajah kacak macam pelakon Remy Isyak tetapi muka masam macam mangga muda! Pagi ini dia berasa agak lapar pula. Walaupun dia minum kopi yang disediakan di biliknya tadi, namun perutnya tetap tidak mahu bekerjasama dengan kemahuannya. Kemahuannya ialah tidur dahulu di biliknya itu.
Ketika dia masuk ke situ, dia terus sahaja terpandangkan Encik Indra Roslan. Tidak sia-sia dia menginap di resort itu. rupanya ada orang yang dikenalinya di situ. Sayang pula dia sudah kahwin, tak dapatllah dia nak tackle lelaki yang sama kerja dengannya itu. sedikit hampa dia tetapi dia ingat dia sudah menjadi isteri orang. Dia terpandangkan dengan orang yang dikenalinya.
Pertemuan dengan Indra Roslan, pensyarah kanan sekerjanya ada di resort itu. Dia gosok mata berkali-kali. Dia bagaikan tidak percaya. Dia bagaikan bermimpi! Apa yang dia buat di sini? Sedang berhoneymoon dengan isterinya ke? Bila dia kahwin? Setahunya lelaki segak itu belum kahwin.
Mata mereka bertembung. Lelaki itu terus melambaikan tangan ke arahnya. Sedikit agak terkejut dia. Setahunya lelaki itu pendiam. Hanya mata mereka sahaja yang berkata-kata. Hampir enam bulan mereka sebumbung tetapi mereka jarang bertegur sapa. Dia terpaksa mendekati lelaki itu setelah dia melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Lelaki itu sudah berdiri dan menarik kerusi untuknya. Eh, gentlemennya! Bisiknya.
“Assalamualaikum Encik Indra,” sapanya apabila lelaki yang sedang duduk di kerusinya itu sedang memandangnya dengan senyuman yang paling manis. Takkan dia hendak buang muka pula dengan lelaki yang sekerja dengannya? Dia terpksa tegur juga walaupun dia agak segan sebenarnya. Tambahan lagi dengan inai di jarinya.
“Walaikum salam, eh, Cik Salwa pun ada di sini? Cik Salwa buat apa di sini?” soal lelaki itu. bertubi-tubi soalannya. Mana satu yang hendak dijawabnya?
“Ya, ada lah ni dah di depan encik pun!” kata Encik Indra Roslan.
“Silalah duduk di sini.” Pelawanya. Salwa Maisara teragak-agak.
“Tak de orang marah?” Encik Indra Roslan tersenyum kambing.
“Mana ada! Kalau ada, tak de peluanglah Salwa!” jawabnya. Berdetak hebat jantung Salwa Maisara. Tidak disangkanya yang lelaki itu akan menyuarakan sesuatu yang di luar kemahuannya. Sayangnya dia sudah menjadi isteri orang.
“Terima kasih encik. Saya nak ambil makanan dulu.” Kata Salwa Maisara lalu segera berdiri.
“Ya silakan.” Katanya. Salwa Maisara terus bergerak menuju ke meja hidangan di bahagian nasi goreng dan aneka mee goreng.
“Ya sebentar lagi!” katanya. Dia terus mengambil nasi goreng dan ayam goreng dan duduk di depan Encik Indra Roslan. Dia berasa segan tetapi sudah terlanjur dia bercakap dengan ketuanya itu. Jika tidak, dia mahu sahaja duduk sendirian di meja yang agak tersorok. Dia tidak mahu duduk di depan lelaki itu namun dia tidak ada pilihan. Selepas mengambil makanan dia duduk semula di depan Encik Indra Roslan.
“Makan sikit aje?” soal lelaki itu.
“Tak, ini round pertama,” ucapnya. Encik Indra meneruskan makannya memakan mee goreng dan telur goreng mata lembu.
“Bagus! Makan lebih sikit! Badan awak tak naik-naik!” kata Encik Indra Roslan lagi. Dia angguk. Sebenarnya dia hendak makan semata-mata hendak mengisi perutnya yang agak lapar sahaja.
“His encik ni!” kata Salwa Maisara.
“Tak payah berencik-encik! Panggil Indra aje.” Katanya. Terkejut Salwa Maisara dengan panggilan itu. Dia berasa agak segan hendak memanggil nama lelaki itu.
“Ya encik err Indra. Panggil saya Salwa.” Kata Salwa Maisara. Encik Indra Roslan merenungnya pula. Alahai ini yang dia tidak suka. Dia terpaksa menundukkan pandangannya. Lelaki di depannya ini banyak merenungnya. Merenung pula meremangkan bulu romanya. Suaminya sendiri tidak pernah bernafsu merenungnya. Maklumlah dirinya ini tidak disukai oleh suaminya sendiri.
Dalam diam pula ada insan yang sedang leka memerhati dan tidak menyukai kerenah kedua-dua orang itu. Makan sambil bergurau senda. Sakit hatinya!
 ***
Suaminya ternampak Salwa bagaikan tidak percaya. Apa yang dia buat di sini? Bukan dia dh balik rumah? Kenapa dia di sini? Tetapi dengan lelaki lain? Oh, dia dah ada kekasih rupanya? Senang lah dia nak ceraikan nanti dan dia dah ada bukti pula. Harus!
Syed Muhammad Budriz terasa agak lapar pula. Perutnya agak berkeroncong. Tetapi kenapa jantungnya bagaikan berhenti berdegup dan marahnya memuncak melihat isterinya dengan kekasihnya sedang memadu asmara? Kekasihnya ke tu? Kenapa mesra sekali? Ketawa bersama dan jeling-menjeling? Memadu asmara ke tu? Benarkah dia tiada perasaan? Benarkah? Dia ego sekali. Dia banyak duit. Dia kaya. Dia banyak harta. Dia bukan tak kacak. Dia kacak. Sekali petik entah berapa yang berlri mengejarnya. Tetapi kenapa dengan gadis itu pula dia marah dan terasa diri terhina? Dia dipinggirkan? Aneh pula perasaannya ini?
Dia tidak terus makan atau mengambil tempat duduk. Jiwanya sudah mendidih bagaikan air mendidih di cereknya. Tetapi kenapa jiwanya mendidih sedangkan dia benci sungguh kepada perempuan yang sudah menjadi isterinya itu. Ah, dia tidak mahu maruahnya tercalar. Sementelah dia CEO di syarikat papanya. Kenapa dia perlu biarkan isterinya begitu? Aduhai!
“Eh, awak buat apa kat sini? Rupanya awak dengan kekasih awak! Patutlah nampak mesra dan bahagia!” kata Syed Budriz yang sudah berdiri di depan Salwa Maisara dan Indra Roslan. Terbuntang mata Salwa Maisara. Dia kehairanan kenapa lelaki ini ada pula di sini.
“A...wak... kenalkan ini bos saya...” gugup Salwa Maisara terus. Mata lelaki itu pula sudah macam singa lapar.
“Oh bos! Rupanya awak di sini dengan bos awak!”
“Encik, ini Syed Budriz...” kelu lidah Salwa Maisara hendak menyebut suaminya.
“Saya suaminya!” kata Syed Budriz memberitahu status mereka.
“Oh dah nikah rupanya. Tahniah! Maafkan saya kalau Puan Salwa datang dengan suami,” kata Encik Indra Roslan.
“Ya dia kebetulan turun awal sikit tadi. saya pula lewat sikit. Perut sakit!” kata Syed Budriz. Salwa Maisara gigit bibir. Lelaki ini sudah menipu dirinya sendiri. Benci sungguh dia.
“Mari ikut saya,” kata Syed Budriz yang sudah menarik tangannya. Salwa Maisara terpaksa mengikut lelaki itu dengan hati yang rela.
“Awak nak bawa saya ke mana ni?” soal Salwa Maisara. Dia ketakutan dan berasa benci kepada lelaki itu.
“Saya nak bawa awak ke syurga!” kata Syed Budriz yang benci dengan tingkah laku Salwa Maisara.
“Lepaslah! Sakit tahu tak!” kata Salwa Maisara menarik tangannya. Lelaki itu bermuka bengis. Tadi di depan Encik Indra Roslan, dia hanya pura-pura sahaja. Sakit hatinya. Mereka duduk di satu tempat yang tersorok. Entah di mana sudah Encik Indra Roslan. Dia berasa sangat sakit hati.
“Oh dah pandai menggatal rupanya! Rupanya dah ada janji dengan kekasih!” katanya. Semakin marak hati Salwa Maisara.
“Saya bukan menggatal! Kebetulan kami jumpa!” kata Salwa Maisara tidak senang dikata menggatal. Sakit hatinya.
“Oh bukan menggatal lah ya! Yang korang bersuap-suapan tu tak menggatal namanya?” asak Syed Budriz tidak puas hati. Sakit hatinya.
“Awak ingat bini awak rupanya ya!” perlinya dengan nada geram. Sakit hatinya.
“Ingat bini? Huh! Jangan harap!” katanya.
“Jadi? Kenapa awak nak tarik-tarik saya? Awak sudah memalukan saya!” kata Salwa Maisara dengan nada marah.
“Itu saya punya suka dan balasan untuk isteri yang curang!” katanya dengan tegas. Ada riak cemburu di wajahnya. Sakit hatinya.
“Awak kan tak mahu duduk sebumbung dengan saya. Apa maksudnya tu?” soal Salwa Maisara tidak mengerti apa yang suaminya mahukan. Dia tahu dia tidak laku di mata lelaki itu. Tetapi peristiwa sebentar tadi, dia tidak berniat hendak bertemu dengan mana-mana lelaki. Dia memang lapar. Hanya kebetulan dia  bertemu dengan Encik Indra Roslan di sini. Dia tidak ada niat hendak menduakan suaminya walaupun seribu tahun lagi mereka duduk asing-asing.
“Tak duduk sebumbung tidak bermaksud awak boleh jumpa mana-mana kekasih awak!” tegas katanya.
“Dia bukan kekasih saya!” katanya mempertahankan diri.
“Kekasih atau bukan, kamu bukan muhrim kan! Kita tak apalah! Buat lebih-lebih depan orang pun dah sah!” buntang mata Salwa Maisara. Lelaki itu sudah berani buat muka gatalnya. Bencinya dia.
“Tak, awak tak boleh nak buat macam tu!” katanya mempertahankan dirinya.
“Saya ambil makanan dulu. Awak nak makan apa sayang,” Katanya lalu berdiri. Masam muka Salwa Maisara dipanggil sayang oleh lelaki itu. Bencinya meningkat.
“Tak nak, saya nak balik bilik!” katanya. Panjang mulutnya. Bencinya kepada lelaki itu.
“Tunggu abang. Kita akan balik sama-sama!” kata lelaki itu. Menggeletar tubuhnya mendengar ungkapan suaminya itu. Memang menyakitkan hatinya. Apa yang hendak dibuatnya?

Serba salah. Dia turut berdiri mengambil makanannya semula. Nasi gorengnya tadi belum habis dimakannya. Ah, kisahnya dengan Indra Roslan belum habis lagi. Teka-teki di mata lelaki itu pun belum terjawab lagi. Entah bilakah  dia dapat bertemu dengan lelaki itu. Lelaki itu sangat sensitif dan sangat pendiam. Tadi bukan main mereka berbual-bual. Tetapi kedatangan suaminya mengganggu kelancaran perbualan mereka. Sakitnya hatinya. 

Saturday, August 9, 2014

Makluman

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada seluruh pembaca blog putrimanasuha ini. walaupun agak terlambat tetapi mungkin masih belum terlambat.

Terima kasih atas komen-komen yang membina untuk penulis di blog ini. Penulis sungguh menghargai semua komen yang diberikan dan akan diambil tindakan.

Semua novel di dalam blog ini sedang disiapkan sepenuhnya dengan kadar yang sangat segera dan cuba dihantar ke mana-mana penerbitan. In sha Allah. Doakanlah penulis dapat menyiapkan semua novel yang tergantung di blog ini.

Sekali lagi, terima kasih di atas komen-komen yang membina dan cuba memperbaiki keseluruhan penulisan novel di blog ini.


Terima kasih sekali lagi. Semoga hidup kita ceria-ceria sahaja!


Penulis.

Putrimanasuha.

Friday, August 8, 2014

Makluman


Makluman


Novel Cinta Sang Pilot sudah mencecah 85 bab malam ini. Novel ini akan disiapkan secepat mungkin. Teruslah membaca novel ini melalui link http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=16483

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=16483

Silakan baca ya dan komen.

Thursday, August 7, 2014

Novel: Salwa Maisara 11

Bab 11


Telefonnya berbunyi lantang menyakitkan pendengarannya. Dia masih ingin tidur. Dia sudah setkan masa hendak bangun pagi ini iaitu jam 8.30 pagi. Dia sudah berjanji dengan Sulaiman semalam.
“His, siapa pula yang telefon pagi-pagi buta ini!” dia sempat memandang jam di telefonnya, baru pukul 6.30 pagi.
“Papa?” soalnya masih bercakap sendirian. Matanya terpaku di telefon pintarnya. Tidurnya yang selesa terganggu sedikit walaupun matanya letih semalam mengingati isteri yang baru dinikahinya semalam.
“Apa lagi papa mahu pagi-pagi buta ni! Orang sudah lah penat, dia nak ganggu pula! His, mengganggu lah pula!” katanya masih membebel memandang telefonnya yang menjerit sejak tadi minta diangkat.
“Aduhai! Kalau dia tanya pasal isteri yang aku dah tak tahu pegi mana semalam tu macam mana ye?” soalnya mahu mencipta alasan.
“Ah, cakap sajalah dia ada di sini! Bukannya papa nampak pun!” katanya sendirian lagi. Dia malas mahu fikir. Dia cepat-cepat bingkas bangun dari katil empuknya itu. Dia mencuci mukanya. Dia masih geram dengan sikap papanya yang mahu jadi spy pada pagi ini. Semakin geram dia.
“Helo asalamualaikum papa,” sapanya setelah dia memicit nombor papanya.
“Walaikumsalam, bagaimana dengan pengantin baru? Isteri ok tak?” soal papa. Sudah disangkanya, papa akan bertanyakan tentang menantunya.
“Oh isteri? Err... ok lah papa,” jawabnya agak sedikit gagap.
“Jadi, bagaimana dengan kes pencerobohan pejabat tu Budriz, papa bimbang sejak semalam. Tapi yang papa sangsi, kenapa awal sangat Budriz bawa isteri Budriz balik ke KK, kenapa tak pergi sendiri dulu then baru jemput isteri? Kankah lama lagi cuti tu?” soal Datuk Badaruddin dengan panjang lebar. Lagi mengenai menantunya. Apa lagi yang dia mahu jawab?
“Err... papa, kes pencerobohan itu kes berat papa. Jadi saya kena bawa isteri saya, takut pula ada hal yang berkaitan dan menyebabkan saya tak boleh nak balik ke KL semula. Itu yang saya bimbang. Lagipun minggu depan ni saya sangat sibuk papa. Jadi persiapan awal harus dibuat di sini,” kata Syed Budriz. Bolehkah papanya terima alasannya? Papa menarik nafas payah.
“Agak sukar. Kasihan pula kat Salwa. Baru bersanding dah terpaksa tinggalkan keluarga,” kata papanya yang berasa kasihan kepada menantunya.
Eh, papa ni. Boleh pula kasihan dengan menantu dia. Dengan anaknya tidak pula dia kasihan dan simpati! Apa ni?
“Apa boleh buat papa, saya memang tak sengaja,” kata Syed Budriz.
“Apa kata esok Budriz bawa Salwa balik KL semula. Nak jumpa saudara mara dia dan saudara mara kita lagi. Macam tak lengkap pula sebuah perkahwinan,” kata papanya mencadangkan sesuatu yang dirasanya bagaikan sebuah bom jangka. Dia picit kepala. Di mana dia hendak mencari gadis itu? mahukah dia mengikutnya balik semula ke Kuala Lumpur? Aduh, pening dia!
Dia tahu papanya seorang lelaki yang sangat prihatin kepada keluarganya sendiri. Sama juga dengan mamanya. Mereka dua orang wanita yang sangat baik. Tetapi akalnya belum sampai ke situ. Entah di mana dia mahu mencari isterinya saat ini. Silap dia juga. Membiarkan isterinya balik sendiri ke rumah sewanya semalam. Hendak menyesal pun tak guna!
“Tak sempat papa, saya dah sibuk pada hari Isnin. Tak tahu kalau isteri saya dah kerja hari Isnin tu,” katanya memberi alasan.
“Itu Budriz boleh tangguhkan. Syarikat tu Budriz yang uruskan selama ini,” kata papanya. Dia buntangkan mata. Apa lagi yang dia boleh cakap?
“Tapi Salwa dah nak kerja papa,” katanya pula. Percayakah papanya? Mustahil orang menikah tak ada cuti?
“Tak apalah kalau macam tu, nanti hujung bulan ni lah papa dan mama pergi ke KK. Dah lama juga papa tak ke sana!” bagaikan bom gugur di kepalanya. Aduh!
“Ya mana-mana papalah! Kirim salam mama ya papa,” katanya kepada Datuk Badaruddin.
“Jaga isteri elok-elok Budriz. Salwa tu bukan orang lain dengan kita, dia tu anak kawan papa.” Kata Datuk Badaruddin.
“Ya papa, saya akan jaga isteri saya, asalamualaikum papa!” dia berjanji tetapi isterinya entah di mana.
Dia meletakkan telefonnya tetapi mengangkatnya semula. Dia duduk di atas katilnya. Dia terkenangkan isterinya. Dia belek-belek telefonnya. Semalam juru gambar yang diupah keluarganya ada menghantar gambar-gambar perkahwinannya ke telefonnya. Sebenarnya dia tidak mahu tetapi terpaksa menerimanya. Ada lebih seratus keping semuanya. Gambar sepanjang pernikahan dan persandingannya.
Dia terlihat wajah isterinya yang agak ceria walaupun dia seperti menyembunyikan kesedihan. Agak muram juga wajah itu. Dia pandang wajahnya sendiri ketika dia hendak mengucup dahi isterinya. Lama sungguh dia berdiam diri di situ. Dia tidak mahu sebenarnya tetapi dia terpaksa melakukannya. Ini kerana dia dipaksa oleh mama dan mak mertuanya. Dan sesiapa yang ada di situ.
Kebanyakan gambar agak masam dan tidak tersenyum. Hanya beberapa keping sahaja dia tersenyum nipis. Itu pun kerana dia dipaksa tersenyum. Benci sungguh dia dengan perkahwinan yang dirancang keluarga. Dia seperti kerbau dicucuk hidung, asyik mengikut kata keluarganya. Dulu, dia tidak mahu balik ke Malaysia. Ayahnya paksa juga dia balik dan duduk di Sabah. Memanglah dia terkena kejutan budaya. Sakit sungguh jiwanya pada permulaan tinggal di Sabah. Syarikat hanya diuruskan oleh Sulaiman, sepupunya. Jika tanpa bantuan sepupunya memang dia sakit. Sebab, dia tidak biasa dengan suasana agak sunyi seperti Kota Kinabalu. Dia mahu di Kuala Lumpur. Tetapi ayahnya tidak mahu dia berada di Kuala Lumpur. Setiap minggu pula dia balik ke Kuala Lumpur. Namun sekarang dia sudah berasa ok. Hanya dua minggu sekali baru dia balik ke Kuala Lumpur menjenguk mama dan papanya.
Apa yang terbayang di wajahnya ialah wajah kekasihnya. Entah di mana pula Natalie Juliana sekarang. Gadis kacukan Kadazan dan Inggeris itu memang didambakannya sejak dulu. Entah kenapa dia memang meminati gadis yang pernah menjadi ratu unduk ngadau itu. Namun, apa yang paling dibencinya ialah bantahan ibu bapanya yang tidak mahu dia memilih gadis cantik itu. Entah di manakah silapnya!
Argh! Dia geram dan masih geram!
  ***
Perutnya berkeroncong tiba-tiba. Semalam, tengah malam, dia sudah singgah makan dengan Sulaiman. Untungnya dia dapat tinggal di Kota Kinabalu, banyak restoran seafood yang menjadi kegemarannya. Dia puas hati dengan situasi di sini.
            “Lapar pula!” katanya. Dia melihat bil bilik di atas mejanya. Penginapan beserta dengan sarapan. Dia terus berpakaian lengkap. Dia mengambil bajunya yang berampaian di atas katil. Dia memang tidak membawa pakaian lebih. Kalau nak lebih dia terpaksa balik ke rumah mengambil pakaiannya. Dia mahu terus sarapan dan selepas itu dia akan bertemu dengan Sulaiman seperti janjinya semalam.
            Dia terus turun menuju ke cafe. Dia mahu menikmati makan pagi dengan senyuman walaupun kepalanya masih berserabut dengan pelbagai masalah. Tambahan pula dengan cadangan papanya. Hujung bulan? Ya hujung bulan papanya akan turun ke sini. Silap hari bulan dengan ibu bapa mertuanya. Ada dua minggu lagi sebelum hujung bulan! Katanya memandang kalender di telefon bimbitnya.

            Argh! Dia benar-benar tidak suka dengan isteri dan ibu bapa mertuanya! Dia tidak suka! Dia benci! Dia benci sungguh! Membayangkan senyuman manis isterinya pun dia seperti terasa hempedu melintasi lehernya. Isterinya itu bukan tidak cantik, cantik dan manis. Tetapi entah kenapa dia terbayangkan Natallie Juliana pula dalam senyuman itu. Apakah sebab dia memang sudah jatuh cinta kepada Natallie Juliana menyebabkan dia sangat benci kepada isterinya pula.

Happy reading ya....