Friday, October 10, 2014

Novel Salwa Maisara Bab 17

 Bab 17

Telefon lelaki itu berbunyi. Bulat matanya memandang. Telefon di dalam poket seluar jeans lelaki itu dipandang tegang. Ada rasa lega bertakhta di hatinya untuk beberapa saat. Dapatlah dia menarik nafas lega walaupun hanya sesaat. Fikirnya dalam hati.

“Ya Sulaiman. Walaikumsalam.” Jawabnya. Dia rasa tidak puas hati berlawan cakap dengan isterinya. Dia jeling isterinya. Gadis itu masih di birai katil dengan wajah sendunya. Dia belum puas hati menyakat gadis itu. Memang usikannya agak nakal tetapi dia mahu isterinya belajar sesuatu dan bukannya sesuka hatinya bercakap-cakap dengan lelaki lain. Dia paling pantang kalau gadis yang dikenalinya mempunyai kekasih selain dirinya.

Teringat Natallie Juliana, dia tidak tahu kalau kekasihnya itu mempunyai kekasih lain selain kekasihnya. Argh! Sakit hatinya mengenang isterinya ini.

            “Jadi tak jumpa pagi ni?” soal Sulaiman. Dia belum mandi lagi. Tadi dia cepat-cepat turun ke restoran di resort ini kerana dia terasa lapar. Sekarang Sulaiman sudah bersedia hendak turun ke pejabat pula. Isu di pejabatnya memang belum selesai lagi.

Isu papa dan mamanya yang hendak datang ke sini belum habis lagi. Memang masalah besar sekarang. Maha besar! Seperti batu besar menghempap kepalanya. Tetapi gadis di depannya ini pun kena dia selesaikan. Jangan dia pandai-pandai hendak melarikan diri atau menyakiti hatinya sekali lagi. Ah, memang dia seperti terkena oleh isterinya sendiri. Ah bingung dia kalau macam ni!

Sepatutnya pagi ini dia membuat laporan polis. Dia tidak ingat pula kalau Sulaiman sudah membuat laporan polis atau pun tidak.  
            “Nanti kita jumpa, petang sikit. Err, awak dah buat laporan polis tak Man?” Soalnya. Dia tidak ingat lagi. Akalnya bercelaru. Mahu sahaja dia turun ke pejabatnya sekarang tetapi gadis yang duduk di katil itu perlu didikannya. Dia tidak mahu meninggalkannya. Kalau dia melarikan dirinya macam mana? Soalnya was-was.

            “Sudah bos. Jangan bimbang! Hari tu terus saya buat laporan polis.  Kata Sulaiman.
            “Bagus. Tapi, ada tak pihak polis datang ke pejabat kita?” soalnya pula. dia belum mendapat laporan sepenuhnya malam itu. dia agak terburu-buru. Entah apa yang menyebabkan dia kelam kabut malam itu. Seingatnya dia sudah menyuruh isterinya balik ke rumah sewanya. Rupanya bukan balik ke rumah sewanya, entah di mana isterinya semalam! Resah pun ada, bengang pun bercampur-baur dalam kepalanya ini. Rupanya ada isteri bukan hendak menyenangkan tetapi tambah menyusahkannya. Lebih baik dia pelihara kekasihnya sahaja. Bila-bila masa mereka mahu bertemu baru mereka bertemu di mana-mana. Ini tidak, mempunyai seorang isteri, dia perlukan penjagaan sepenuhnya. Begitukah kalaau ada isteri? Sungguh menyusahkan hidupnya!

            “Pihak polis terus datang ke pejabat tuan pagi itu bos.” Kata Sulaiman. Dia tahu sepupunya itu boleh diharap. Tetapi, dalam diam dia tetap memerhatikan sepupunya itu. Dia takut sepupunya itu buat hal dalam diam. Siapa tahu kalau-kalau dia bersubahat!
            “Apa yang mereka jumpa?” soalnya. Dia masih tidak puas hati. Malam itu Sulaiman tidak pun memberitahu dia secara detail mengenai penemuan pihak polis.
            “Pihak polis belum memberikan laporan bertulis malam itu bos. Mereka akan datang selepas bos bekerja semula. Esok bos dah kerja kan? Kalau dah kerja mungkin dalam hari Selasa mereka akan datang!” kata Sulaiman.

            “Saya akan cuti seminggu lagi Man. Awak tak ingat saya ni cuti kahwin!” katanya. Sulaiman ketawa kecil di hujung talian. Dia sendiri tersenyum pahit. Mengingati isterinya yang begitu serasi dengan kekasihnya, hatinya seperti menggelegak panas, macam air panas menggelegak!

            “Kenapa awak ketawa? Apa yang salah?” soalnya kebingungan. Memang dia masih kebingungan dan terkejut pun ada. Ah, tiba-tiba pula nafsunya bergelojak mengingatkan wajah manis isterinya. Entah kenapa dia sampai hati menyentuh bibir seksi isterinya tadi. aduhai, sepatutnya dia tidak mengganggu gadis itu. Entah kenapa dia sampai hati mengganggu gadis yang ketakutan itu. Memang isterinya itu tidak ada pengalaman mengenai hal itu.

Ah, dia sendiri pun tidak ada pengalaman tetapi dia tetap tahu akan hal itu. ah, kasihan pula isterinya itu. Menggigil gadis itu di dalam pelukannya sebentar tadi. dia jeling sekali lagi ke katil mereka. Gadis itu sudah tidak ada di situ. Ke mana dia? soalnya sendiri. Takkan dah keluar? Melarikan diri daripadanya? Takkan sampai macam tu sekali? Dia bukannya nak makan orang! Bisiknya sudah berasa cemas. 
Degupan jantungnya sudah tidak menentu iramanya mengingati isterinya. Kenapa gadis itu mampu menghuru-harakan perasaannya yang tidak pedulikan sesiapa sebelum ini. Natallie Juliana pun akan ditemuinya jika dia mahu. Jika dia tidak mahu, jangan pandai-pandai gadis kadazan itu akan datang bertemunya, dia akan naik angin. Tetapi kenapa dengan isterinya ini, dadanya begitu cepat menggelojak? Mungkinkah sebab dia isterinya yang sah? Suka-suka hati dia boleh buat apa yang dia suka? Begitu?
            “Selamatlah Budriz! Jaga isteri tu elok-elok! Pasti lain kalau sudah ada isteri! Ingatan kita hanya ada untuknya! Kau dah mmm tak dengan dia?” kata Sulaiman. Benarkah kata-kata sepupunya itu? Kenapa pula ingatannya perlu terarah hanya kepada isterinya? Bukankah dia ada kekasih dan punya banyak kerja nak dibuat? Takkan dia asyik nak mengenang isterinya itu? Ah, pening dia.

            “Jangan nak sibuk boleh tak?” soalnya kepada Sulaiman. Sulaiman ketawa kecll lagi di talian. Sakit pula hatinya mengingati Sulaiman yang bertubuh kering itu. Ah, sepupunya itu baru setahun kahwin dah nak menimang anak. Katanya beristeri itu seronok dan bahagia. Kalau tak percaya, cepat-cepatlah kahwin! Dia belum tentu akan jadi begitu.

            “Aku bukan nak sibuk! Aku saja je nak tanya!” kata Sulaiman membetulkan kenyataannya. Jadi kalau tak sibuk apa? Masuk campur? Soalnya dalam hati.

            “Jadi, apa tu macam tu? Sibuk dengan masuk campur sama ajelah! Tahu tak?” soalnya. Dia geram kepada Sulaiman. Sulaiman didengarnya masih tertawa. Senang hati pula sepupunya mendengar dia geram. Ah, sakit hatinya. Mereka berdua ini boleh sahaja jadi kawan baik, jadi musuh, jadi sepupu dan jadi rakan niaga yang hebat. Mereka memang hebat kan? Seorang balik dari Australia dan seorang dari Amerika. Dua-dua satu kepala tetapi kadang-kadang ada pergaduhan juga. Gaduh-gaduh sayang!

            “Aku hanya beri petua aje bos! Aku doakan kau bahagia dengan si dia yang cantik manis! Aku tahu isteri kau tu cantik molek! Kalau tak nak lepaskan aje dia. Jangan nak biarkan dia sendirian! Kasihan dia! Dia pun ada perasaan macam kita bos!” kata Sulaiman. Dia kehairanan. Sulaiman tahukah isterinya? Kenal dengan isterinya? Kenapa dia tidak tahu? Bagaimana Sulaiman kenal? Dia belum pun memperkenalkan isterinya kepada sesiapa. Dia sendiri pun belum kenal.

            “Petua konon!” katanya mencebikkan bibirnya. Sulaiman ketawa lagi. Suka betul sepupunya ketawa. Dia pula yang geram. Semakin geram kepada sepupu kurusnya itu.

            “Ya lah. Jadi apa? Mestilah aku doakan bos aku bahagia! Kalau bahagia pasti dia dapat mentadbir pejabat dengan tenang! Gaji pun masyuk!”
            “Kau kenal isteri aku?” soalnya pula. Sulaiman ketawa kecil. Panjang pula ketawanya itu. Semalam elok sahaja dia. Bersopan dan berbudi luhur.

            “Laa bos, tak kenal apanya, semua gambar kahwin bos dah tersiar di laman sosial bos! Mana satu laman sosial yang tak tahu? Semua dibuat pengumuman di laman sosial bos. Entah-entah masuk dalam majalah tempatan dan luar negara tak? Ya lah usahawan muda menempah nama kahwin, pasti mendapat liputan media besar-besaran kan? Bos tak perasan?” soal Sulaiman.

Dia pula terpinga. Sejak bila pula dia hendak menayangkan gambar kahwinnya yang ringkas itu di dalam laman sosial? Ini mesti kerja mama dan papanya. Ini yang buat dia tidak puas hati. Dia sudah berjanji dengan papanya agar pernikahannya disembunyikan dan bukannya diwar-warkan dengan orang ramai dan media. Walaupun pernikahannya bukan hendak menutup apa-apa tetapi dia tetap tidak bersedia hendak memperkenalkan isterinya di khalayak umum. Memang belum sedia. Entah bilakah dia akan bersedia, itu dia belum tahu!

            “Siapa yang edar?” soalnya. Macamlah Sulaiman itu Pula yang tahu segala-galanya mengenai dirinya. Sulaiman sebenarnya pengurusnya, bukan pembantunya. Papanya sahaja yang pandai-pandai memberitahu orang yang Sulaiman itu pembantunya. Sebenarnya Sulaiman itu pengurusnya bahagian HR. Susah sangatkah papanya hendak sebut HR? Kenapa nak sebut pembantu pula? Supaya nampak gah di mata para pekerjanya? Ah, dia mana peduli hal itu. Setiap hari Jumaat dia hantar stafnya mendapatkan tazkirah dari ustaz yang telah dipanggilnya.

            “Mana saya tahu bos! Tanyalah orang di KL tu!” kata Sulaiman pula.
            “Tak seronoklah macam tu!” katanya semakin kusut. Kusut kepalanya. Last-last, bukan kerjanya yang siap tetapi semua tidak siap apabila mengenangkan isterinya ini. Sakit hati pun ada dengan adanya isterinya sekarang ini.

            “Siapa yang punya angkara tu? Mungkin kau ada juga terlibat kan?” soalnya ingin tahu. Mungkin Sulaiman tahu. Dia sendiri tidak tahu kalau ada reporter yang tidak berbayar yang sanggup membuat kerja-kerja menyiarkan beritanya itu.
            “Saya tak tahu bos! Saya hanya semak aje kalau-kalau ada gambar kahwin bos diaplod ke dalam insta atau twitter bos. Nampaknya saya tidak hampa bos, memang ada. Banyak pula tu! Tu yang saya nampak isteri bos tu memang cantik menarik dan manis!” kata Sulaiman dengan bangga memberitahunya. Dia harus balik ke Kuala Lumpur kalau begini.
            “Terima kasihlah Man! Saya tahu awak jalankan tugas dengan baik!” katanya. Ah, sakit hatinya. Memang dia tidak percaya kepada Sulaiman. Jangan-jangan lelaki itu ada kaitan pula! Eh, menuduh tak baik tahu!
            “Tak ada apa juga bos. Memang dah jadi kerja saya menjalankan tugas dengan baik!” kata Sulaiman perlahan. Dia tarik nafas panjang. Memang sukar hendak menutup mulut tempayan!
            “Sekarang kau boleh bawa isteri kau ke mana dia suka Sulaiman. Jangan nak sibuk hal aku pula! Aku tak suka kau masuk campur walaupun kita ni sepupu!” Katanya lagi. Sulaiman ketawa kecil lagi. Memang itu lah sikap Sulaiman. Suka menyakat dia.
            “Lagi terima kasih bos, kalau sampai petang lagi elok! Kasihan isteri saya tu bos. Lagipun tak sabar saya nak menimang anak bos! Tak sabar nak tengok anak saya tu muka siapa bos!” kata Sulaiman berseloroh. Dia tersengih sendiri. Dia pula membayangkan wajahnya dan wajah isterinya. Ah, bagaimanalah wajah anak mereka nanti? Ada harapankah isterinya mengandung nanti?
            “Aku nak balik KL petang ni! Papa aku suruh. Kalau ada apa-apa, kau hubungi aku ya. Kau handle dulu kes-kes di sini. Aku rasa kes tu ada kaitan dengan orang dalam. Panggillah penyiasat persendirian. Aku kena balik ke KL dulu dalam dua tiga hari ni.” Katanya kepada Sulaiman.
            “Baiklah Riz, aku akan uruskan hal ini. Kau elok-elok dengan isteri kau tu! Kalau tak nak, lepaskan baik-baik, ramai nak kat dia tu! Kau jangan tak tahu isteri kau tu famous kat tempat kerja dia!” mahu tidak tercekik lehernya mendengar nasihat sepupunya itu. Huh, berasap telinga wei! Sulaiman kenal dengan Salwa Maisara? Kat mana pula Sulaiman kenal? Isteri Sulaiman sama kerja dengan isterinya? Atau, Sulaiman ada menaruh hati kepada isterinya? Kenapa dia tidak tahu kalau isterinya orang famous?
            “Kau jangan nak sibuk dengan hal aku boleh tak? Aku punya sukalah, nak kahwin nak cerai kah, apa kau sibuk?” katanya yang sudah seperti bernanah telinga. Sulaiman ketawa di hujung talian. Dia sudah meletakkan telefonnya. Perasaan marahnya memuncak. Sakit hatinya tidak dapat ditahan-tahan!
            “Aku bukan nak masuk campur! Aku nak beritahu kau hakikat yang sebenar! Jangan pandang orang sebelah mata! Kalau tak nak cakap tak nak! Jangan bermain kata!” kata Sulaiman dengan nada serius. Haruskah dia mempercayai sepupunya itu?
            “Betul ke?” soalnya sudah berperang dengan dirinya sendiri. Sulaiman ketawa lagi. Geram pun ada.
            “Wait and see le!” kata Sulaiman semakin berteka-teki.
            “Kau memang!” katanya kepada Sulaiman.
            “Aku cakap yang benar!” kata Sulaiman dengan nada yang serius pula. Bingung dia jadinya. Mahu sahaja dikusutkannya rambutnya!
            Argh, sebenarnya dia belum mahu balik ke Kuala Lumpur tetapi dia mahu menikmati isteri yang sudah menyerah di depan matanya ini. Kenapa dia harus melepaskan peluang ini? kenapa dia tidak bersuka ria dengan isterinya? Bukankah isterinya seperti ladang dan dia sebagai petaninya! Jadi, kenapa dia menanam sesuatu di sebuah ladang yang sudah dianugerahkan kepadanya? Sementelah pula isterinya itu ada buah hati. Ah, dia akan buat sesuatu agar isterinya itu tidak mampu berbuat apa-apa dengan buah hatinya. Baru dia tahu. Bisiknya membayangkan wajah malu-malu dan innocent isterinya.

Wajah kekasihnya hilang berkabus entah ke mana!