Tuesday, April 29, 2014

Cinta Sang Pilot 20

Bab 20

“Aku kat mana ni?” soalku sendiri setelah aku tersedar. Aku terus duduk di atas katil empuk itu. Setahuku, tadi aku di dalam kereta. Sekarang aku di mana? Soalku sendirian. Kenapa aku sudah di atas katil? Di rumah siapa ni? Rumah sewaku? Eh, mana ada rumah sewaku berwarna hijau polos begini! Dalaman rumah sewaku berwarna pink. Katil aku berbunga merah hati dan krim. Kenapa suasana lain macam aje ni?
            Aku ketuk dahi. Aku terlupa rupanya. Aku berada di rumah lelaki yang menjadi suamiku ini. Jadi, takkan aku terbang hingga sampai ke sini? Jangan... jangan...
            “Hai, sayang sudah bangun? Cepatnya!” aku membuntangkan mataku memandangnya yang tersengih-sengih. Nasib baik dia tidak membuka tudungku. Pakaianku masih lengkap. Dia pula sudah duduk di sisiku. Aku menjauhkan sedikit jarak kami. Dia selalu membuatku takut.
            “Kenapa saya di sini?” soalku kehairanan.
            “Laa, tadi kan awak tidur mati. Jadi saya angkatlah awak hingga ke sini. Tu yang awak dah tidur di atas katil ni! Takkan jin yang angkat!” katanya. Aku masih terkejut. Jantungku bagaikan kena gantung di atas pokok. Rasa terkejut masih belum hilang lagi. Apatah lagi dia bagaikan bergurau denganku. Eh, lelaki ini kenapa nak bergurau pula dengan aku? Aku tak sukalah!
‘Nukman Faris angkat aku? Aduhai, malunya aku! Kenapa aku tak sedar tadi?’
“Kenapa awak tak kejutkan saya? Badan saya ni bukannya ringan awak nak angkat!” kataku separuh malu. Dia masih tersengih.
“Ringan aje macam kapas! Saya angkat guna ibu jari je!” katanya. Aku memasamkan muka. Dia sudah mempermainkan aku. Mahu sahaja aku menangis jika benar dia yang mengangkat dari kereta ke biliknya ini tadi. yang lebih naya, kenapa aku tak sedar? Tidur mati sangat! Kataku. Ah, baru aku ingat. Aku tidur pukul 2.30 pagi semalam. Memang aku mengantuk betul rupanya.
“Pandailah awak!” kataku yang sudah memerhati kawasan sekeliling. Di dalam biliknya ini terdapat sebuah sofa kulit berwarna hitam. Ia kelihatan kemas dan elegen. Malah ada dua biji bantal kecil di situ. Aku? Aku akan tidur di situ. Aku tidak akan betah menempatkan diriku tidur di atas katil ini. Aduhai!
“Nak ke mana?” dia menarik lenganku. Aku pandang wajah tampan yang sudah mengenakan seluar pendek  dan baju t-shirt itu.
“Err, saya nak ke tandas kejap.” Kataku. Sebelum aku tidur aku akan ke tandas dan membersihkan wajahku.
“Ok.” Aku terus memasuki tandas. Selepas itu apa yang aku akan buat? Soalku sendiri.
Oh, aku lega apabila sampai di kamar mandi! Oh aku lupa lagi. Aku belum solat Isyak. Takkan aku tidur tanpa bersolat dulu. Ya, aku kena solat dulu kemudian baru aku akan tidur. Aku akan mencari kain sarungku dan tidur di sofa. Selepas itu, aku tidak ingat apa-apa dah!
“Tasya, kita solat Isyak berjemaah!” itu arahan mandatori agaknya. Dia sudah duduk di atas sejadahnya dan sudah menghamparkan sejadah buatku pula. Ajaibnya lelaki ini. Setahuku sebelum kami menikah, dia seorang lelaki yang gemar bersosial. Dia selalu melawat kelab malam kalau tidak ada aktiviti di rumahnya. Emak saudaraku yang lain memberitahu aku mengenai lelaki yang sudah duduk dengan tenang menunggu aku. Aku yang baru keluar dari kamar mandi bagaikan terkena renjatan elektrik. Tegak berdiri di situ dengan mata terkejut agaknya.
“Ya lah. Kejap saya nak pakai telekung dulu!” kataku.
“Cepat sikit. Saya pun dah mengantuk ni!” aku kehairanan. Kalau mengantuk solatlah sendirian, buat apa nak solat berjemaah. Kataku dalam hati.
“Sayang mengumpat saya kan?” mataku bagaikan mahu terkeluar mendengar suaranya.
“Taklah.” Mukaku sedikit masam.
“Pandailah! Macam lah saya tak tahu!” katanya.
“Mana ada! Saya pun mengantuklah!” kataku.
“Cepat sikit!” katanya.
“Saya dah sedia.” Kataku. Dia terus berdiri dan iqamat. Terasa syahdu pula kudengar suaranya. Betapa bahagianya seorang isteri yang mendapat seorang suami sebaik dan sewarak Nukman Faris. Benarkah dia warak? Di mana dia belajar dulu? Mungkin mamanya yang agak tegas itu menghantar dia mengaji d mana-mana. Siapa yang mahu anaknya masuk neraka kan?
Akhirnya kami selesai solat Isyak dengan jayanya. Kami bersalaman dan sekali lagi dia mengucup dahiku. Aku terasa betapa syahdunya malam ini. Mungkin inilah sahaja yang akan kukenang apabila dia sudah tidak pernah mengenang aku kemudian hari.  Aku terus bangun setelah melipat sejadah dan telekungku.
“Sayang nak ke mana tu?” aku terasa suaranya agak romantik pula malam ini. Meremang bulu romaku. Ini kerana dia memerhatikan aku mengambil bantal di atas katil. Dia pula sedang duduk di birai katil melihat aksiku. Aku tidak suka berasa dalam keadaan yang tidak selesa begini. Kalaulah dia tahu perasaanku yang tidak selesa ini, alangkah!
“Err, saya nak tidur kat sana tu.” Aku terkenang malam pertama kami. Aku tidur di atas sofa. Aku tahu dia tidak sudi menikah denganku. Jadi, aku memberi peluang kepada dia untuk tidur di atas katil pengantin kami. Bilikku tidak seluas bilik ini. Di bilik ini aku boleh memilih mana-mana ruang untuk tidur.
“No...no... you don’t sayang Tasya. You sleep here!” katanya. Aku tegak berdiri tanpa memandangnya.
“Tak pe, saya biasa aje tidur di sofa tu.” Kataku perlahan.
“Tak boleh, sofa bukan tempat tidur sayang. Sofa tempat duduk, tempat rehat selepas balik kerja atau tempat berbincang bukan tempat tidur.” Katanya. Aku tidak ada pilihan. Aku hamparkan kain sarung pemberian emak di tepi katilnya dan aku terus membaringkan tubuhku yang terasa agak penat itu ke situ. Aku sudah tidak banyak pilihan sebenarnya. Jika hendak tidur di atas katil, aku takut dia membuat sesuatu yang aku tidak suka pula kepadaku. Jadi, aku harus buat pilihan sekarang.
“Kenapa sayang tak sudi nak tidur dengan saya?” soalnya kedengaran agak kesal. Aku pura-pura sudah menutup mataku. Tanpa kusedari dia sudah bangun dan mengangkat tubuhku dan dibaringkannya semula di atas katil. Aku meronta-ronta namun tidak dipedulikannya. Tubuhku dipeluknya sekuat hati agar aku tidak jatuh dari pegangannya.
“Sayang tidur di sini. Kalau sayang tak selesa saya tidur di atas katil, tak apa, saya akan tidur di bawah ni.” Katanya. Aku membuka mataku. Terasa ada air yang bergenang di tubir mataku. Kenapa dia terlalu baik untukku pada pertemuan kami yang kedua ini? Apakah dia mahu menunjukkan perasaannya atau dia mahu meninggalkan kenangan buatku sebelum dia melafazkan cerai! Ah, susah betul aku hendak menerima apa yang dilakukannya kepadaku.
“Tak... tak... bukan begitu Nukman! Saya ni bukan apa, saya takut Nukman yang tak selesa kalau saya tidur di katil ni dengan Nukman. Saya faham kedudukan saya.” Kataku perlahan.
“Tak pe, awak tidur di situ. Saya akan tidur kat bawah ni kalau awak tak selesa.” Aku menggeleng. Kenapa dia begitu baik?
“Jangan, awak tidur di sini saya tidur di bawah.” Kataku yang sudah bangun semula.
“sayang, jangan bergerak dari situ. Sayang tidur di atas katil tu!” katanya bertegas denganku.
“Baiklah. Tapi dengan syarat.” Kataku.
“Apa syaratnya?” soalnya.
“Awak pun tidur di atas katil ni.” Kataku. Dia ketawa.
“Awak tak takut? Saya ni tidur macam gorila!” katanya berseloroh.
“Apa tu tidur macam tu?” soalku kehairanan.
“Tidur macam gorila, ke sana ke sini!”katanya. Aku ketawa. Aku yakin dia tidak tahu pun bagaimana tabiat gorila tidur. Aku tahu dia hanya sengaja-sengaja hendak mengenakan aku.
“Tidur gorila awak tahu macam mana?” soalnya. Dia mengangkat keningnya macam Ziana Zain. Nampak macho lah konon.
“Tak tahu! Macam mana gorila tidur?” soalku melayani kerenahnya. Dia terus mendekatiku. Aku bersedia hendak berdiri.
“Begini!” dia telah memegang pinggangku dan meletakkan kakinya yang berat macam batu itu di atas kakiku. Aduhai sakitnya!
“Tak apalah, kalau awak tidur macam tu kalau saya tak tahan saya akan turun ke bawah!” kataku yang cuba memindahkan kakinya yang sangat berat itu. Mengada-ada betul. Aku sudah duduk dan mencubit kakinya.
“Aduh sakitlah! Macam ketam pula kuku awak tu!” katanya berteriak. Aku ketawa.
“Padan dengan muka! Jadilah gorila lagi!” kataku yang geram dengan sikapnya. Dia ketawa.  
“Baik. Kita tidur.” Katanya yang sudah bangun dan mematikan lampu. Dia hanya menghidupkan lampu tidur. Aku yang kepenatan terus sahaja tidur tanpa sedar diri. Pada waktu tengah malam aku tersedar suasana sangat gelap sekali. Aku seperti ternampak wajah Amri memandang aku dengan ketawa dan mengejek aku. Dia seperti cuba mengganggu aku macam yang pernah dia lakukan.
“Tolong aku Am! Jangan ganggu aku Amri! Tolong jangan buat macam tu! Aku tak mahu! Tolooooong!” aku terjerit dengan kuat. Mukaku berpeluh-peluh.
“Sayang... sayang... bangun sayang.... kenapa ni?” soal satu suaraku. Aku yang memerlukan perlindungan masa itu terus sahaja memeluk tubuh agak besar di sisiku itu.
“Saya takut. Tolong saya! Tolong! Jangan apa-apakan saya Am!” kataku seperti berbisik.
“Sayang sudah selamat, jangan takut sayang.” Bahuku dielus-elus perlahan.
“Ya,” aku terus memeluknya dengan erat dan terus tertidur semula. Aku rasa selamat dan terlindung di dalam pelukannya. Aku tidak ternampak lagi wajah ngeri Amri mengganggu aku.
 ***
Pagi itu aku tersedar. Aku membesarkan mata. Aku terus melarikan diriku daripada pelukan lelaki tak ada lesen itu.
            “Eh, suka-suka hati awak nak menggatal memeluk saya segala ya! Awak ni memang tak siuman tahu! Bukankah kita ada perjanjian, yang awak akan ceraikan bila sampai waktunya! Kenapa pula awak nak menggatal dengan saya ni? Eh, awak ni tak boleh diharaplah! Benci betul tau!” kataku memarahinya yang sedang tidur. Dia memisat-misat matanya apabila dia terdengar aku bising-bising memarahinya.
            “Hai, hairan! Awak tuduh saya menggatal pula? bukankah semalam awak mengigau takut sesuatu. Saya peluklah awak! Lepas peluk baru awak diam dan tidur!” katanya tidak mahu kalah.
Aku pula terus terdiam. Mulutku bagaikan digam! Tanpa membuang masa terus aku ke kamar mandi. Aduhai malunya!
“Eh, nak ke mana ni?” soalnya yang sudah pantas menarik tanganku. Aku memarakkan mataku.
“Maaflah ya, saya tidak sengaja!” kataku yang sudah tersengih malu.
“Oh pandai nak tuduh saya aaa! Nah, ini hadiah kerana suka menuduh saya.” Katanya mengucup tanganku. Inilah yang aku tidak suka. Lelaki ini terus sahaja menarik tanganku.
“Err, saya tak sengaja! Kenapa ni tak percaya?” kataku dengan suara agak tinggi. Aku benci dalam suasana begini. Mahu sahaja aku memarahinya. Bolehkah aku marahi dia sekali lagi?
“Bukan tak percaya tapi geram dengan sikap sayang marah-marah saya pagi-pagi ni!” katanya yang terus mengucup tanganku sekali lagi. Aku berhabisan hendak menarik tanganku. Dia pula menarik tanganku sekuat hatinya. Pergelangan tanganku sudah sakit tetapi dia masih memegang tanganku.
“Eh, awak boleh tak lepaskan tangan saya! Saya tak suka awak! Saya tak suka awak! Awak gila!” kataku sudah berteriak dengan gayanya. Dia sudah menekup mulutku dengan tangannya.
“Boleh diam tak? Saya tak suka awak buat macam ni. Teriak-teriak macam ni buat apa? Nanti apa kata jiran-jiran kita!” aku sudah terketar di dalam pelukannya.
“Eh, kenapa ni? Takkan nak peluk pun tak boleh? Tasya marahkan saya?” soalnya seolah-olah dia tidak ada dosa terhadapku. Aku geram sangat dengan sikapnya. Dia sudah melepaskan tangannya di mulutku. Nasib baik aku tidak menggigit tangannya. Jika aku meradang, memang aku gigit tangannya sekuat hatiku.
“Tak marah!” kataku dengan rasa geram. Dia sudah ketawa. Dia memang suka ketawa jika keseronokan mengusikku.
“Sayang memang baik sangat!”
“Pandailah awak! Saya tak suka awak tahu!” kataku meradang dengan sikapnya. Dia ketawa lagi. Ceria sungguh dia hari ini. Kalau dia tahu masalahku yang sebenar apakah dia akan terus ceria? Sempat aku menyoal dalam hati.
“Tak apalah, orang tak suka tak apalah!” katanya seperti merajuk. Dia sudah berdiri dan memandang cermin. Dia sangka dia sudah tampan dan segak pada pagi ini, ketika matahari hampir menjengulkan matanya.
“Baguslah!” kataku selamba.
“Cepat mandi, sayang. Abang pun nak mandi!” katanya.
“Awak tak solat lagi!” kataku pula. Dia sudah pukul kepalanya. Aku tahu dia suka ditegur dulu baru hendak buat. Fikirku sendiri.
“Hampir saya terlupa memandang wajah manis sayang!” katanya mahu mengusik aku lagi.
“Wajah manis si tembam?” kataku pula. dia ketawa pula.
“Tak, bukan si tembam! Si manis!” katanya  menukar kenyataannya. Dia sudah agak berubah berbanding sepuluh tahun yang lalu. Tak apa, aku hendak mandi dulu. Kataku dengan dadaku berdegup kencang kerana dipuji begitu.


Selamat Membaca!



Friday, April 25, 2014

Cinta Sang Pilot 19

Bab 19 
“Apa barang yang sepatutnya kita beli malam ni Tasya?” soal Nukman Faris kepadaku yang masih bersiap-siap memperbaiki tudung biru berlapis merah jambu ala-ala Fareeda. Tudung ini aku beli di sebuah kedai di Shah Alam ketika aku menemani Shamira ke sebuah kedai gunting wanita. Aku tidak mampu sangat hendak membeli tudung yang agak mahal. Aku jenis yang lokek untuk berbelanja untuk diri sendiri. Mungkin sebab aku dilahirkan dalam lingkungan keluarga yang sederhana menyebabkan aku tidak sampai hati hendak membeli barang-barang keperluan diri yang agak berjenama dan tentunya mahal.
‘Tanya aku pula? manalah aku tahu apa yang hendak dibeli di rumahnya ini! Berapa lama dia hendak tinggal di sini? Berapa orang nak makan? Eh, kenpa dia tanya aku? Bukankah aku akan balik semula ke rumah sewaku lusa? Esok kami akan ke rumah mama mertuaku. Eh, aku pun bingung dengan mamat satu ni!’ Aku juga tidak berapa peka apakah barang-barang yang hendak dibelinya untuk di rumahnya ini. Aku tidak tahu!
            “Saya tak tahu,” kataku teragak-agak setelah kudapati dia masih merenung aku dari sudutnya yang tersendiri. Aku kegugupan pula akhirnya. Inilah yang aku tidak suka. Kalau sudah kami sama-sama, lelaki itu asyik memandang aku. Banyak betul masanya memandang aku, merenung aku. Jantungku pula sudah libang libu.
            “Tak buat senarai?” aku geleng lagi. Buat apa aku nak buat senarai, bukan rumah aku. Hehe, aku ini sungguh selfish!
            “Tak payahlah buat senarai, rasanya. Sebab esok kita dah pergi rumah mak long kan? Jadi, biarlah awak beli beras, sayur sikit dan ikan atau ayam sikit. Selebihnya beli peralatan perasanya seperti garam, kicap, gula, kopi, teh dan err tu je lah! Tak perlu banyak sangat. Awak pun bukannya tinggal di sini kan?” kataku. Dia masih diam. Kemudian dia berdiri dan menggeleng.
            “Mama, bukan mak long!” aku terlopong.
            “Ops, saya terlupa!” kataku menutup mulutku. Rupanya mak long aku sudah menjadi mama mertuaku. Eh, lelaki ini suka hati dia sahaja menegur aku.
            “Tak! Tak! Selama dua minggu awak cuti ni, kita akan duduk di sini. 3 hari lepas awak ada kelas, awak dan saya akan balik ke sini semula. Jadi saya tak kisah kalau sayang nak beli barang banyak sikit pun! Kalau tak habis, kita bawa ke rumah mama,” Aku terbuntang mata. Kemudian, ada garis-garis halus di dahiku. Aku tidak menyangka dia akan membuat perancangan sejauh itu. Aku benar-benar tidak menyangka dia akan seprihatin itu.
            “Bila masa awak nak jumpa buah hati awak? Biarlah saya duduk di rumah sewa saya pula. awak ada masa nak jumpa dia,” cadangku. Sebenarnya aku ada enam kertas tugasan yang hendak aku siapkan dan sepatutnya dihantar pada hujung bulan ini. Jadi apa kata kalau aku duduk sahaja di rumah sewaku. Aku harus menghantar tugasanku tepat pada waktunya. Aku tidak mahu mata gred ku turun pada semester  kedua ini. Aku tidak mahu menjejaskan pencapaianku kali ini. Apa yang lebih aku tidak suka, aku tidak mahu kalah dengan kawan serumahku Shamira.
            “Tak boleh nak bantah-bantah! Saya nak jumpa buah hati ke, kawan sekolah ke, perdana menteri ke, awak tak usah nak masuk campur! Apa yang saya tahu awak mesti ikut cakap mama! Saya tak mahu awak nak membantah pula!” tegas suaranya. Aku tidak suka menerima arahan begitu. tugasku lebih utama.
            “Bukan apa, saya nak siapkan asignment saya,” bulat matanya. terkejut mungkin.
            “Tak apalah, awak duduk di rumah kita ni. Saya takkan ganggu awak. Kalau awak nak bantuan saya untuk rujukan beritahu saya, saya akan sedia bantu awak. Tapi jadual kita nak ukur dan cuba baju pengantin mama yang dah tentukan. Awak kena patuh kata-kata mama aje.” Katanya. Aku angguk. Kalau dia meminta aku duduk di rumahnya ini. Ya tetapi aku takut aku tidak akan selesa nanti. Itulah yang menyebabkan aku hendak menyiapkannya di rumahku sendiri.
            “Tengoklah nanti macam mana. Biasanya saya ni selesa kalau buat kerja di rumah saya sendiri,” kataku.
            “Inikan rumah awak juga,” aku terkedu. Bila masa kami membeli rumah bersama. Aku bagaikan bermimpi.
            “Ya lah kalau dah begitu kata awak. Saya pula bimbang kalau awak tidak selesa sepanjang saya di sini,” kataku berterus-terang. 
            “saya selesa aje kalau awak ada depan mata saya. Tu lah, kalau awak ada apa-apa nak minta tolong saya, awak beritahu saya. Saya akan sedia bantu awak,” katanya mahu membantu aku. Aku mengangguk.
Aku tahu dia memang sudah layak kahwin tetapi desas-desus hari itu aku dengar mamanya tidak merestui hubungannya dengan kekasihnya. Aku berasa kasihan tetapi dalam hati kecilku pula terkilan kerana sepupu yang kusukai dalam diam itu rupanya sudah ada pilihan hatinya. Aku terasa hampa ketika mendengar berita itu. dalam waktu yang sama aku bahagia jika mamanya tidak merestui hubungan mereka dan dia masih ada harapan! Yerk! Aku ini ada hati pula rupanya! Malunya aku kepada diri sendiri!
            “Dua minggu kita di sini? Agak lama juga tu! Nak buat apa? Kita duduk aje lah di rumah mama, sama aje tu! Lagipun minggu depan kan awak kerja!” kataku yang masih tidak puas hati. Dia menggeleng.
            “Supaya saya dapat jaga awak. Awak pun dapat berbakti buat suami awak selama dua minggu ni. Puas hati? Dan saya nak puas kan hati mama saya juga, mama mertua awak tu!” Katanya. Terbeliak mata aku.
Nak jaga aku? Buat apa dia nak jaga aku? Aku nak diharap jaga dia? Aku nak belajar! Aku tak nak sibuk-sibuk memasak saban hari untuknya. Aku pun bukannya pandai sangat memasak. Kalau masak nasi goreng, mee goreng terjun kuali, ikan masak kicap, atau ayam goreng kering dan nasi putih bolehlah! Atau paling simple lagi aku masak maggi dan buat kopi atau milo. Nah, baru padan muka dia! Nak cuci pakaian dia pula? Ah, tidak. Aku tahu dia mesti ada kedai dobi tersendiri untuk membersihkan pakaiannya. Dia orang mampu. Lainlah aku!
Tetapi, kata emak, kalau kita ikhlas jaga makan minum dan pakai suami, senang kita nak masuk syurga. Eh, sampai ke situ pula aku. Dalam kes aku dan Nukman Faris, mesti berbeza dengan pasangan pengantin baru yang baru berkahwin kan? Kami hanya kahwin sementara aje. Macam kahwin olok-olok pula kami.
            “Ha?” aku masih terkejut. Aku tidak dapat berfikir dengan baik kemudiannya.
            “Saya nak juga temankan awak ke hospital, bertemu dengan doktor keluarga kami dan berkenalan dengan doktor pakar peranakan mama. Mama tak beritahu?” aku geleng. Mana pernah aku bercakap-cakap dengan mama mertuaku. Ini pun baru nak jumpa.
            “Mak kita tak beritahu?” aku geleng juga. Emak tidak mengetahui rancangan mereka sejauh ini.
            “Ada yang tak puas  hati?” soalnya. Aku diam. Aku masih memikir sesuatu.
            “Sebenarnya, saya ni nak belajar. Lepas cuti sekolah nanti kami akan periksa. Jadi, kalau boleh saya nak tumpukan perhatian kepada peperiksaan saya tu, saya nak belajar!” kataku memberikan alasan. Memang benar aku akan menghadapi peperiksaan tetapi sebulan kemudian.
            “Tak, depan saya pun awak boleh belajar. Awak kena biasakan diri dengan saya. Hujung minggu depan kita akan bersanding sekali lagi. Mama kita dah aturkan semuanya. Kita tinggal sedia fizikal dan mental aje.” Itu aku sudah tahu. Aku ingat kami akan tinggal di rumah mama mertuaku. Emak dan ayahku pun di sana. Mungkin emak akan balik ke rumah kami di kampung tidak lama lagi.
            “Tak boleh lah macam tu Nukman. Saya akan hadir ke rumah mama awak esok dan melihat baju yang sesuai untuk kita. Kemudian, saya balik ke rumah sewa saya. Petangnya saya akan naik bas dengan kawan–kawan saya, mungkin tempat kelas kami akan ditukar ke Perak.” Kataku. Aku belum mengesahkan mengenai hal ini. Shamira pun belum ada memberitahu aku mengenai perubahannya. Alamak! Telefon aku tidak ada bateri! Naya betul!
            “Saya akan hantar! Perak bukannya jauh dari sini. Apa guna awak ada suami?” aku tunduk. Apa lagi yang akan aku jawab?
            “Mari kita gerak sekarang, nanti tutup pula kedai di luar sana!” katanya menarik tanganku untuk berjalan seiringan dengannya. Aku mengenakan skirt hitam dengan blaus berwarna krim. Tudungku usah ceritalah, tak sedondon langsung dengan baju. Nasib baik ada merah jambu jadi taklah mengecewakan sangat. Aku kelam kabut menyiapkan pakaianku tadi. Aku tidak menyangka lelaki ini akan datang menjemput aku secepat ini.
Kini aku tahu lelaki ini seorang yang sangat mementingkan waktu. Waktu ini seperti pedang. Jika kita melengahkannya, ia akan memancung waktu kita yng berharga. Aku teringat falsafah mengenai waktu.
            “Tasya, awak ni jalan lambat sangat. Cuba cepat sikit,” dia tidak puas hati. Aku pula sakit hati. Dengan ketinggiannya lebih kurang 6 kaki, langkahnya menjadi besar-besar. Sedangkan tubuhku agak kecil dan pergerakanku agak terbatas. Mana elok kalau gadis manis berjalan laju kan? Haha!
            “Boleh tak sabar? Saya ni mana biasa nak jalan cepat! Paling-paling pun jalan slow ajelah! Awak nak jalan dulu, pergilah!” katanya yang sudah menuju ke arah lift di bangunan kondo itu. dia tetap berhenti dan menunggu aku. Ya Allah, aku sungguh terharu dengan sikap prihatin lelaki ini. Walaupun dia kadang-kadang agak kasar tetapi dia tetap bersikap prihatin terhadapku. Bolehkah aku lupakan kebaikan-kebaikannya ini selepas aku bercerai dengannya nanti? Ah, aku rasa, kami tidak akan terpisah. Berpisah boleh tetapi hubungan kami tetap ada sebabnya kami sepupu. Kami masih ada pertalian darah tetapi aku yakin kami tidak akan pernah lagi bertemu seakrab ini. Kami bagaikan orang yang baru pertama kali bertemu. Aku pula terus jatuh cinta! Eh, gila ape ni Natasya Umaira Binti Mohd Tajuddin! Haha!
            Dahulupun kami tidak bertemu selama 10 tahun. Entah ke mana dia menghilang!
            “Awak jangan bising boleh tak? Saya tunggu awak lah ni! Walaupun awak lambat macam nenek tua!” sakitnya hatiku dikatanya aku nenek tua! Dia pula apa? Dia atuk tua nak mampos eh jangan mampus, panjang umur!
            “Kurang asam! Saya bukan nenek tua lah! Awak tu yang atuk tua!” kataku menafikan tuduhannya. Dia sudah ketawa.
            “Memang sepadanlah nenek tua dan atuk tua! Haha!” aku pandang wajah cerianya. Seronok betul dia hendak membawa aku keluar makan.
            “Tasya, dulu pernah tak kamu jalan-jalan dengan bekas tunang begini?” terbuntang mataku kerana terkejut. Kami jarang bertemu dengan Amri. Amri seorang yang agak alim. Sesekali kami bertemu di rumah.
            “Encik Nukman, boleh tak kalau kita berdua, jangan bercakap mengenai orang lain?” aku memulangkan paku buah keras. Dia berpaling ke arahku dan ketawa terbahak-bahak. Penuh lift ini dengan bunyi ketawanya yang kuat. Aku hanya tersengih.
            “Boleh maafkan saya. Saya hanya nak tahu.” Katanya masih memegang tanganku.
            “Tak de masalah. kami jarang jumpa. Kalau jumpa pun di rumah mak saya. Dia anak orang alim konon! Err maaf saya bukan nak malukan orang alim. Ini kenyataan.” Kataku menerangkan dengan panjang lebar.
            “Macam mana kamu boleh terlanjur?” mahu sahaja aku naik ke atas semula dan menangis di sana.
            “Maafkan saya kalau Tasya tak mahu cakap. Mungkin Tasya dianiaya. Tapi jangan risau, kalau dengan saya, tak siapa akan aniaya Tasya,” katanya memeluk bahuku. Aku sungguh terharu dengan sikap penyayangnya.
            “Nukman, boleh tak kalau kita bungkus aje makanan. Saya tak selesalah nak duduk di mana-mana,” kataku memberikan cadangan. Dia menggeleng.
            “Saya dah lapar ni, saya tak nak makanan dibungkus. Nanti sejuk tak sedap! Baby awak pun tentu lapar kan?” dia menolak lagi cadanganku. Ini kerana aku tidak mahu makan makanan berat pada waktu malam. Aku pun mahu menjaga badanku. Kalau tidak dijaga alamatnya aku menjadi Natasya yang dulu yang digelarnya si tembam! Bikin panas!
            “Ok lah kalau macam tu. Awak nak makan di mana?” dia tersenyum. Aku terpaksa mengikut kemahuannya.
            “Ada, satu tempat yang istimewa.” Jawabnya. Aku kehairanan.
            “Kat mana?” soalku masih tidak puas hati. Dia tersengih-sengih sambil menuju ke arah kereta.
            “Ada lah, boleh tak kalau tenang dan sabar?” aku terdiam. Mulutku bagaikan dikunci kemas. Aku bukan apa,aku tidak mahu dia membawa aku jauh-jauh dari kawasan rumahnya ini. Aku tidak biasa berjalan-jalan pada waktu malam.
            “Kenapa Tasya dah lapar sangatkan? Sejak tadi Tasya tak makan apa-apa, pasti Tasya lapar tu,” katanya membuat tekaan. Aku memang lapar. Tetapi aku memang tidak akan memakan makanan yang berat pada waktu malam. Paling aku suka makan buah epal. Di manakah aku mendapatkan buah itu? di pasar raya? Ya di pasar raya. Kami akan ke sana selepas makan nanti. Aku mengatur menu sendiri.
            “Kenapa diam? Marah?” aku geleng. Aku tidak bermaksud hendak marah-marah pada malam yang berbahagia ini. Walaupun aku tidak lah bahagia sangat tetapi aku tetap menghormati malam ini. Aku bersyukur dengan nikmatNya.
            “Taklah, saya menikmati lagu “All Of Me” yang awak sedangkan mainkan tu. Kalau pun saya tak faham, saya suka iramanya!” kataku yang berasa seronok mendengar nyanyian John Legend. Dia ketawa.
            “Mustahil awak tak faham! Jangan nak bohongi saya,” katanya. Dia membelokkan pemanduannya. Aku tidak tahu dia akan membawa aku ke mana sekarang ini. Aku ikut sahajalah. Kalau aku tak ikut nanti dia marah lagi susah pula aku!
            “Saya ni guru Bahasa Melayu,” kataku. Sebenarnya aku mengajar Matematik dan kadang-kadang diminta mengajar Bahasa Melayu jika kekurangan guru.
            “Guru sekarang ni pandai-pandai. Jangan nak berselindung dengan saya,” katanya. Aku angguk. Malas aku hendak berbalas cakap dengannya. Tempat makannya pula agak jauh. Aku terasa hendak tertidur pula di dalam keretanya ini. Keretaku tidaklah semewah kereta ini. Maklumlah keretaku hanya sebuah Myvi berwarna merah hati yang kubeli dua tahun yang lalu.
            “Tak percaya sudah!” kataku. Mukaku sudah masam.
            “Kalau Tasya tak pandai nanti abang ajar, dengan baby sekali!” aku tersentak.
            “Yalah tu!” kataku.
            “Kita sudah sampai sayang,” katanya memberhentikan keretanya di sebuah  tempat yang agak terang-benderang dan banyak dengan kereta. Aku membuka mata. Ia seperti sebuah restoran seafood di kawasan entah apa ni.
            “Kita kat mana ni?” dia tersenyum dan membukakan aku pintu keretanya.
            “Marilah kita masuk ke dalam restoran ini. Ia sebuah restoran yang sungguh bersih, indah dan masakannya macam masakan mama dan mak ngah. Saya dah tempah sejak petang tadi.” katanya. Rupanya dia sudah sempat menempah tempat untuk makan malam. Lelaki ini penuh dengan perancangan. Baru aku tahu siapa sepupuku ini.
            “Kalau nak rasa masakan mama, kenapa tak balik? Bukannya jauh sangat!” kataku. Dia ketawa kecil.
            “Mana sama kalau saya nak berdua-duaan dengan isteri saya ni. Bukan selalu pun!”katanya. Aku terdiam semula. Terlalu banyak kejutan yang dibuatnya pada hari ini sehingga aku tidak mampu mengiranya dengan tangan. Benarkah ini Nukman Faris, suami atas kertasku ini?
            “Oh!” apakah aku gembira? Bahagia? Atau lebih terseksa?
            “Inilah Restoran Putera Ayu Shah Alam!” katanya memperkenalkan kepada aku. Tempat ini agak jauh. Mungkin memakan masa lebih setengah jam perjalanan.
            “Tak suka?” soalnya. Aku menggeleng. Aku tidak tahu lagi bagaimana rasa makanannya, aku tidak mampu memberikan komen. Nanti lepas makan bolehlah kami berbincang semula. Aku angguk-angguk apabila dia masih menunggu jawapan. Di mana pun dia membawa aku, aku tetap akan menyukainya. Aku agak jarang makan di luar. Emak aku mendidik aku agar selalu berjimat-cermat.
            “Let see. Kat mana nak order?” Aku membelek-belek menu makanan yang ada. Aku terliur hendak memakan ketam. Aku terpaksa mengorder makanan juga walaupun dietku sepatutnya aku tidak makan pada waktu malam. Hari pun sudah jauh malam. Hampir pukul 9.25 malam. Ah, lantaklah. Hari ini aku makan malam.
            “Kita tunggu pekerja ambil order,” katanya. Restoran ini agak sibuk dengan pelanggan yang datang. Mungkin restoran ini memang terkenal di sini.
            “Kita di kawasan mana ni sebenarnya?” soalku.
            “Shah Alam.” Aku mengangguk.
            “Tempat awak tinggal tu di mana?” soalku ingin tahu. Aku tidak menyangka pertemuan kami kali ini dia lebih peramah berbanding di rumahku dulu. Dia agak pendiam dan hanya menurut kata-kataku atau kata emak.  Aku ingat dia pendiam. Tetapi masa kami kecil dia sangat nakal. Nakal mengusik aku!
            “Entah.” Jawabnya. Kemudian pelayan datang. Aku mengorder jus oren dan sup ketam. Agak lama aku tidak makan ketam. Order kami sama tetapi dia meminta sepinggan nasi dan sup sayur. Aku hanya hendak makan sup ketam. Semasa makan kami tidak banyak cerita. Selepas makan dia terus membawa aku balik ke rumah. Dia merasakan hari sudah jauh malam. Barang-barang runcit pun tidak jadi dibelinya. Aku lega dan terus menutup mata semasa perjalanan kami pulang ke rumahnya.
            “Esoklah kita beli telefon dan barang dapur ya.” Katanya. Aku separuh mamai. Sebenarnya aku sudah kekenyangan. Dia memaksa aku memakan nasi. Acara suap menyuap itu memalukan aku. Macam pasangan pengantin yang bahagia sahaja lagaknya kami. Hakikatnya bukan begitu. Kami pun tidak tahu bagaimana hala tuju sebenarnya. Aku pun tidak mahu melukakan hati Nukman Faris, jadi aku menurut sahaja perbuatannya itu.
Sebenarnya aku tidak selesa!
“Tak apalah Nukman. Kalau tak beli telefon tu pun tak apa. Saya selesa lagi gunakan telefon saya yang lama,” kataku. Aku tidak mahu banyak termakan budi dan dikatakan cuba mengambil kesempatan pula. Aku tahu di mana kedudukanku sebagai isterinya. Nukman Faris memandang ke depan.
“Saya akan beli kan nanti!” katanya. Aku terkaku. Aku teringat perjanjian antara kami. Aku tidak dibenarkan meminta itu dan ini daripadanya. Cukuplah kalau aku dilayan baik-baik sepanjang pernikahan kami. Selain itu, aku tidak peduli.
“Terpulang kepada awaklah. Saya ni menurut aje.” Kataku mengalah.
“Ya, sebagai kenangan.” Sayu sahaja bunyi suaranya.
“Sebagai kenangan?” soalnya. Nukman Faris mengangguk.
“Ya kenangan yang kita pernah menjadi serapat ini walaupun dulu kita sering berkejaran bergaduh tak puas hati kalau saya panggil awak si tembam!” katanya mula menyakat aku.
“Mengadalah awak!” kataku berasa malu diolok sebagai si tembam! Dia sudah ketawa. Matanya bercahaya. Aku pula hanya tersenyum kelat di sisinya. Sebenarnya aku sudah mengantuk dan tidak berminat hendak berbicara.
“Awak dulu lucukan?” aku diam dan pura-pura memejamkan mataku. Aku tidak mahu mengingati kenangan kecilku yang menyakitkan dan sedikit lucu.
“Sayang, saya tahu awak masih tak tidur.” Katanya yang sudah memegang tangan kananku. Eh, bencinya aku!
“Apa lagi awak nak cakap?” soalku.
“Tak de, silakan tidur.” Katanya. Aku angguk. Kemudian, hanya kedengaran suara radio di keretanya memecah keheningan malam. Aku bersyukur kerana dia akan terus membawa aku balik ke rumahnya.







Thursday, April 24, 2014

Novel Kuimpikan Bahagia 18


18

“Assalamualaikum mak!” dia memasuki halaman rumah emaknya. Dilihatnya emaknya sedang membelai bunga-bunga di taman mininya.
            “Ya Allah, nak kau balik nak? Mari nak, mari naik nak. lama Nuha tak balik rumah. Macam tiga bulan lamanya kan!” Kata emaknya yang sedang sibuk itu. dia menyalami tangan emaknya dan memeluk bahu emaknya itu. mereka berpelukan seketika. Barangkali kerana lama tidak berjumpa menyebabkan emaknya semakin kerinduan.
            “Minggu lalu mak ada telefon Nuha ya? Kebetulan Nuha ada kerja nak buat, tak  pula panggil mak balik. Maafkan saya mak! Nuha betul-betul sibuk mak!” kata Nuha Qarina perlahan. Lama mata mereka bertatapan. Jelas terpancar kerinduan di wajah tua emaknya itu.
            “Ya, minggu lalu mak ada telefon Nuha tapi Nuha tak angkat. Nak cari Nuha mak tak tahu di mana. Jadi, mahu tak mahu mak terpaksalah tunggu Nuha panggil balik. Tapi sampai sekarang baru nampak muka Nuha. nasib baik Nuha tak tukar nombor telefon!” kata emak perlahan. Sejak emak bersara dari tugasnya sebagai pembantu kerani lima tahun lalu, kerja emak hanyalah mengemaskan bunga-bunga di taman mininya ini.
            “Saya sibuk sikit mak. Ada urusan yang nak diselesaikan tapi sekarang sudah selesai!” Katanya perlahan. Emak sudah membawanya duduk di kerusi panjang yang dibina oleh ayahnya di taman mini itu.
            “Urusan apa nak? macam lain bunyinya!” kata emak Nuha, Puan Zaharah lagi. Emak Nuha termangu. Tambahan pula Nuha  Qarina masih berdiam diri.
“Nuha, mak nak tanya sikit, kalau boleh?” Tanya emak Nuha, Puan Zaharah itu. mata emak Nuha yang kuyu itu dipandangnya tajam. Ada kehairanan yang bersatu di dalam soalan itu.
            “Apa yang mak nak tanya, Ya Allah takkan nak tanya dengan anak pun nak main minta izin lagi. Tanyalah mak!” kata Nuha Qarina perlahan.
            “Nuha, hujung minggu lalu, keluarga Aliff datang!” pup, bagai berhenti degupan jantung Nuha Qarina dengan kenyataan emaknya itu. Bulat matanya memandang emaknya yang sudah bersedia hendak bercerita itu.
            “Apa urusan mereka datang mak?” soal Nuha Qarina lagi.
            “Mereka datang nak minta maaf nak. mereka tak tahu apa yang telah berlaku. Mak pun cakap mak tak tahu apa-apa. Tiba-tiba Nuha datang sendiri ke sini beberapa bulan lalu dan mak tak tahu di mana Nuha. Aliff apatah lagi. mereka kesal juga dengan apa yang berlaku! Dan, segalanya tak patut berlaku!” kata emaknya Puan Amnah dengan panjang lebar.
            “Mak, mereka dah tahu apa yang berlaku kepada kami?” soal Nuha Qarina ingin tahu apa yang sedang berlaku.
            “Aliff, anak mereka tu yang datang ceritakan kepada mereka. Tu lah mereka tahu. Macam Nuha juga. Mak tak mahu masuk campur walaupun anak mak terluka tapi apa boleh buat, mak tak boleh buat apa-apa. Dah takdir!” kata emaknya lagi yang bagaikan menerima kehendak takdir yang berlaku itu. sebak  hatinya dengan apa yang berlaku.
            “Datin Hamidah minta anaknya tu pujuk Nuha semula, mereka tak mahu Nuha bercerai dengan anaknya tu! Mak bimbang juga kalau-kalau Nuha dah tak mahu dengan lelaki itu! mak tahu perangai anak mak yang seorang ni! Kalau anak mak lain, senang mak pujuk, tapi kalau Nuha, susah nak cakap!” kata emaknya lagi. Nuha Qarina tertunduk lesu. Baru saja minggu lalu mereka bertemu dan dia tidur di rumah emak mertuanya itu. Oh, mungkin emaknya tidak tahu.
            “Saya pun sudah ada kehidupan saya sendiri. Apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku. Saya reda, mungkin jodoh saya sampai di sini saja. Biarlah Aliff cari pengganti yang lain. Wanita yang lebih ‘grand’ yang lebih berstandard, bukan macam kita, orang kampung saja!” Kata Nuha Qarina perlahan.
            “Tapi kata Datin Hamidah tu, kamu belum bercerai lagi. mereka tak mahu kamu bercerai nak. mana yang betul ni nak? mak pula yang dimarahi oleh Datin tu nak! Mak tak dapat nak apa-apa sebab tak ada bukti nak!” kata emaknya pula. Dia kehairanan. Dia mula beranggapan anak lelakinya Aliff Hakimi sudah memberitahu akan apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Apa yang lebih memalukan apabila mereka berpisah ketika hari pertama berbulan madu di Bali. Entah apalah yang dapat dikatakannya lagi.
            “Mereka tak faham tu mak! Tak apalah mak, saya akan selesaikan sendiri. Mak tak usahlah risau!” katanya memujuk emaknya, Puan Zaharah itu.
            “Mak risau nak. memang mak risau, Datin pun risau. Mak tahu gaya anak mak yang degil ni, tu lah mak risau sangat nak! tapi mak harap Nuha boleh terima semula Aliff Hakimitu! Oh ya, Datin ada kirimkan kau kain sutera untuk dibuat baju kebaya nak! katanya sesuai untuk kulit putih macam Nuha! Mari mak tunjukkan kain tu!” kata emak lalu berdiri sambil mendaki anak-anak tangga rumahnya itu. Nuha Qarina juga menuruti langkah emaknya.
            “Tak perlu risaukan Nuha mak. Nuha kan biasa hidup sendiri, tinggal dengan kawan. Sekarang pun Nuha masih macam tu. Nuha bukan bergaul dengan budak-budak nakal tu mak! Nuha pandai jaga diri kan mak!” kata Nuha Qarina memberikan jaminannya.
            “Nuha, dulu Nuha masih bujang mak tak kisah. Tapi sekarang Nuha dah jadi isteri orang, anak kenamaan di negeri kita ni. Sepatutnya Nuha duduk rumah dia, bukan duduk rumah kawan! Mak malu nak!” kata Puan Zaharah lagi. Pandangan matanya semakin sayu. Nuha Qarina tidak mahu mengulas lebih banyak mengenai hal itu.
            “Cantik kain ni mak. Tapi, saya sibuk nak buat baju baru sekarang ni. Baju-baju yang dibuat sebelum kahwin pun masih belum habis pakai. Datin tu memang suka belikan kain untuk menantunya mak. Mak, sedekahkan saja kain-kain ni kepada orang-orang miskin di kampung mak di Papar tu! Saya tak mahu! Baju saya tak habis pakai lagi. malah saya malu nak pakai mak, terlalu banyak hiasan!” Kata Nuha Qarina membuka cerita baru. Dia tidak mahu menceritakan sesuatu yang bukan pada petang ini. Kebetulan dia baru sahaja balik dari mengajar.
            “Mana boleh buat macam tu nak! Nuha tu kahwin dengan anak orang ada-ada! Nuha kenalah pandai bawa diri!” kata mak Nuha lagi. sakit hati Nuha Qarina dengan ungkapan nasihat emaknya itu.
            “Biarlah mak. Sedekah tu kan ada pahala! Saya ni tak apalah, boleh beli yang lain!” katanya sambil tersenyum manis kepada emaknya itu.
            “Nuha, Aliff dah jumpa Nuha ya? Datin dah marahkan dia, keluarganya tak mahu kamu bercerai berai. Harapan mak macam tu juga. Janganlah kamu bercerai berai. Usia perkahwinan baru lagi.” kata emaknya perlahan. Suasana hening di rumahnya ini menenangkan jiwanya.
            “Mak, saya balik dulu. Saya balik ni nak beritahu mak yang saya nak berangkat ke Australia minggu depan. Permohonan saya melanjutkan pelajaran dah diterima mak!” tidak terkata emaknya mendengar ungkapannya.
            “Nuha, apa yang dah Nuha buat ni? Sepatutnya Nuha ni jadi isteri orang bukannya nak belajar lagi! sudah Nuha minta kebenaran dengan suami Nuha tak? Datin dan datuk dah tahu?” bentak emaknya.
            “Mak, saya pun ada cita-cita macam orang lain. Soal jodoh saya dengan Aliff biarkan lah masa sahaja yang akan menentukan. Saya tak boleh nak kata apa-apa lagi. Semua sudah tak ada apa-apa lagi. dia yang buat hal sendiri saya tak mahu tanggung! Saya pun susah nak cakap mak! Tolong rahsiakan hal ini dari dia dan keluarga dia mak! Tolonglah mak!” kata Nuha Qarina bagaikan membuka pekung di dadanya. Dia sebenarnya emaknya akan memarahinya lagi tetapi kali ini emaknya seperti mahu berdamai dengannya.
            “Tapi, Aliff kan ada. Kau tak kerja pun tak apa nak. buat apa nak susah kan diri belajar lagi? Kau nak jadi apa? Pensyarah? Doktor?” Emaknya ternyata masih belum faham dengan apa yang berlaku.
            “Tidak mak. Oklah mak, Nuha balik dulu. Nanti Nuha datang lagi.” katanya perlahan lalu mengambil tangan emaknya lalu mengucupnya lama. Dia tiba-tiba terkenangkan Aliff Hakimiyang mengucup jari-jemarinya dengan lama sekali. Alangkah menyayatkan hati dirasanya. Tuhan sahaja yang Tahu betapa bahagianya dia saat itu. macam pertama kali mereka ditemukan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia. Hakikatnya mereka tidak bahagia. 
            “Bila kau berangkat nak?” soal emak Nuha benar-benar susah hati dengan permasalahan rumah tangga anaknya yang semakin rumit itu.
            “Minggu depan mak! Jangan bagi tahu mertua saya mak!” katanya lagi mengulangi apa yang baru dikatakannya sebentar tadi.
            “Tak baik macam tu nak. seolah-olah kau larikan diri! Mak kasihankan si Alif tu yang terlari ke sana-sini tanyakan kau! Mak tak tahu nak buat apa lagi. tapi apa yang mak nak beritahu, steri yang baik sentiasa berada di sisi suaminya.” kata emak menasihatinya. Namun dia sudah tidak mendengar nasihat itu. dia harus pergi tanpa pengetahuan lelaki itu. kalau  lelaki itu tahu dia tidak tahu apa yang akan berlaku kelak.
            “Tak mak! Saya tak melarikan diri. Kebetulan saja. Kebetulan tahun lalu saya ada memohon untuk melanjutkan pelajaran jadi sekaranglah masa saya nak berangkat! Tiba-tiba saja saya diterima. Tolong mak, tolong rahsiakan dari Aliff! Kalau mak mahu lihat anak mak ni bahagia mak!” kata Nuha Qarina sambil menyalami tangan emaknya itu. dia tidak mahu berlama-lama di sana. Dia harus pergi dulu sebelum Aliff Hakimidapat menghidu destinasinya kali ini.
            “Mak akan cuba sedaya upaya nak! mak tak janji. Mak doakan anak mak berjaya mencapai matlamat hidupnya. Tapi, mak kasihan kat menantu mak tu! keseoranganlah dia!” kata emaknya cuba membela menantunya Aliff Hakimi itu. dia hanya tersengih tanpa memberikan apa-apa komen mengenai suaminya itu. 

            “Saya pergi dulu mak!” kata Nuha Qarina sambil menciumi tangan emaknya. 

Tuesday, April 22, 2014

Cinta Sang Pilot 18

Bab 18


Aku cepat-cepat bangun dan bersiap untuk mandi apabila tersedar dari tidurku pada petang ini. Lelaki di sisiku ini bukannya menyuruh aku mandi sebaliknya dia sendiri pun sudah tertidur. Dengan hati-hati aku bangun dan mengambil beg pakaianku yang sudah diletakkannya di dalam biliknya ini. Entah bila dia mengangkat begku yang berada di luar tadi, aku pun tidak sedar. Sejak tiba di sini, jantungku bagaikan tidak mahu bekerjasama denganku. Dadaku asyik berdetap-detup. Tubuhku asyik berpeluh-peluh. Keresahan atau ketakutan dengan tindakan lelaki yang keterlaluan beraninya. Walhal kalau dikira dengan tangan, baru dua kali kami bertemu. Pertama, sejak pernikahan kami. Kedua, kali ini; di rumahku seketika sahaja, di keretanya dan di rumahnya ini. Sepatutnya dia masih malu kepadaku atau sepatutnya dia membenci aku seperti mana semasa kami menikah dahulu. Dia memarahi aku kerana dia terpaksa menikah denganku. Hendak menitik juga air mataku pada ketika itu. namun aku sabarkan hatiku kerana orang ramai yang hadir semasa pernikahan kami itu. kalau ikutkan hati mahu sahaja aku meraung di situ juga! Lelaki ini selalu sahaja membuat onar dalam hidupku.
            “Sayang nak mandi?” bukan tidak terkejutnya aku dengan tindakannya yang sudah berdiri dan memegang tanganku yang sedang lincah mencari tuala dan pakaian untuk dipakai pada malam ini. Aku memandang wajah kacak itu, sedang tersenyum manis memandangku. Kenapa dia baik sangat kepadaku? Kalau boleh aku tidak mahu dia terlalu baik kepadaku. Biarlah dia berkasar denganku, aku lebih rela. Tetapi jika dia terlalu baik denganku, apa yang terjadi kepada hatiku ini? Resah dan asyik terkenangkan dia. Aduhai!
            “Eh, boleh tak awak tak kacau saya?” soalku serba-salah. Tangannya kejap memegang pergelangan tanganku. Hendak dibuatnya apa aku ni? Tanganku dikucupnya. Eh, kenapa anak mak long ni macam ni? Aku suka kalau dia mengekalkan sikapnya yang tidak suka kepadaku. Kenapa dia sekarang terlalu suka mendekati aku. Kalau dia tahu aku tidak mengandung lagilah naya! Sakitnya hatiku.
            “Saya bukan kacau tapi saya rindu!” katanya yang sudah tersengih menghadapku. Aku menyengih juga. Bukan gembira tetapi aku tidak mahu mengukir kenangan manis dengannya. Kalau kami sudah berpisah kelak dan dia tahu aku belum memberitahu kisah sebenar mengenai kandunganku, apa yang akan terjadi kepada kami? Aku pasti dia akan menuduh aku berbohong dan cuba memprdayakannya. Ah, takutnya aku apabila saat itu berlaku nanti. Ya Allah tahanlah masa, aku takut.... doaku dalam hati.
            “Buat apa nak rindu saya ni! Saya  ni bukan kekasih awak!” kataku perlahan dan terasa sayu. Kami bukan sesiapa dalam hubungan ini. Kami hanya sepupu walaupun kami suami isteri yang sah.
            “Hmm, kan saya sudah cakap banyak kali. Kalau antara kita berdua, jangan sebut hal orang lain. Saya nak buat apa kalau awak cakap lagi sekali benda yang sama?” dia sudah tersenyum gatal memandang aku. Aku pula menundukkan wajahku ke lantai biliknya ini.
            “Saya nak ingatkan awak aje.” Kataku. Aku tidak mahu berpura-pura. Kenyataan yang kami kahwin hanya di atas sebuah perjanjian tetap kenyataan yang harus kami terima. Kenapa dia hendak menghadirkan kemanisan dalam hubungan kami yang tidak lama ini?
            “Ha! Tak perlu ingatkan saya. Saya tahu.” Katanya. Aku jadi serba-salah. Kalau dia tahu kenapa dia nak teruskan begitu.
            “Hmmm, kalau awak buat lagi macam tu, bibir awak yang merah akan jadi galang gantinya!” aku memegang dan menutup bibirku dengan tanganku. Ya Allah bibirku ini sudah tidak ada aslinya. Lelaki ini sudah mencerobohinya. Kalau aku diceraikannya suatu hari nanti, ah, sulit aku terima. Aku malu dan sedih akhirnya.
            “Takut?” soalnya macam orang bodoh. Aku tidak menjawab. Jawapanku akan menjadikan lebih suka menyakat aku. Aku benci tiba-tiba kerana dia tiba-tiba sudah pandai melanggar perjanjian kami. Lelaki apakah di depanku ini?
            “Izinkan saya mandi. Badan saya ni macam dah melekit semuanya.” Kataku memberikan alasanku yang tersendiri. Dia melepaskan tanganku. Aku menggosok-gosok tanganku yang sakit akibat dipegang dengan kuat tadi.
            “Tasya mandi dulu. Saya nak turun ke dapur kejap.” Katanya yang masih memandang aku. Aku keluarkan tuala, peralatan mandi dan pakaianku lalu aku cepat-cepat masuk ke dalam kamar mandinya itu.
            ‘Mak ai... kamar mandinya macam besar bilik aku di kampung! Besarnya bilik. Macam boleh kalau aku nak tidur di sini.’ Kataku dalam hati.
            Aku membelai tubuhku dengan wangian mandian. Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak berterus-terang dengan lelaki ini. Aku sudah terlanjur memberitahu dia yang aku mengandung. Kalau aku berterus-terang, mahukah dia mempercayai aku? Tetapi apa yang aku kurang senang ialah sikapnya yang menggoda aku. Aku takut sesuatu yang tidak diingini berlaku. Aku tidak mahu ia berlaku sebenarnya. Kalau boleh biarlah kami sama seperti selepas nikah di rumahku hari itu. tetapi sekarang sikapnya sudah berubah kepadaku. Dia seperti hendak menyampaikan kerinduan-kerinduannya kepadaku. Aku pun rindukan dia juga tetapi aku belum sanggup memberitahu kerinduanku kepadanya. Cukuplah kalau kami berjumpa dan dia membawa aku ke rumah keluarganya sahaja. Emak aku sudah menunggu di situ. Aku tahu. Tetapi aku tidak dapat menelefon emak. Aku lupa pula membawa charger bateriku. Akhirnya, beginilah telefonku. Aku letakkan sahaja di dalam beg tanganku.
            “Sayang, dah siap mandi?” satu suara memanggil aku dari luar. Lagi satu,aku tidak suka kalau dia memanggil aku sayang. Aku bukan sayang dia. Aku bukan kekasih dia. Aku diam.
            “Sayang pengsan di dalam ni?” soalnya lagi.
            “Tak, kejap, kejap!” kataku perlahan. Aku cepat-cepat menghabiskan mandiku. Aku mengambil tuala dan mengelap tubuhku. Aku jadi kelam kabut pula. tidak elok pula sudah bersuami ni, nak mandi pun tak dapat aku nak berlama-lama dan melayan perasaan sendiri. Kataku dalam hati. Aku geram sebenarnya. Geram dengan sikapnya yang terlalu tidak sabar.
            “Kalau tak, saya nak gunakan kunci buka kamar mandi ni,” dia sudah mengugut aku.
            “Awak boleh sabar tak?” soalku dari dalam. Dia sudah ketawa kecil. Aku cepat-cepat mengenakan pakaianku.
            “Sabar ada hadnya!” jawabnya pula. bertambah aku kelam kabut dengan sikapnya. Setelah selesai aku membuka pintu. Tetapi, ah, tudungku. Aku terpaksa mengikat rambutku dengan tualaku. Dia sudah tersenyum manis di depan pintu. Siapa yang tidak geram dengan sikapnya ini?
            “Cantiknya anak mak ngah!” pujinya. Aku malu. Mukaku menjadi merah lagi.
            “Inilah si tembam!” kataku mengenakannya.
            “Ya si tembam saya! Hmm, wanginya si tembam!” aku terus menghamburkan semua pakaianku yang telah kupakai tadi kepadanya. Dia cepat-cepat masuk ke dalam kamar mandi dan menutup pintu.
            “Padan muka!” kataku perlahan. Aku cepat-cepat mengambil tudungku di dalam begku dan mengenakan di kepalaku. Kemudian, aku hendak mengambil telekung sembahyang. Di mana nak sembahyang ni? Soalku. Bilik utama ini agak besar. Mungkin empat kali ganda dengan bilikku di kampung. Mungkin kami akan solat maghrib di bilik ini. Biasanya aku solat sendiri sahaja. Tidak perlu aku berimam segala. Kecuali hari Khamis malam Jumaat. Kami akan bersolat berjemaah dengan Shamira. Shamira jadi imam dan kami akan membaca surah Yasin bersama-sama.
            “Sayang, boleh tolong abang tak?” soalnya yang sudah membuka pintu. Aduhai, aku ternampak dia hanya mengenakan seluar pendek tanpa pakaian. Rambutnya basah! Malunya aku! Aku cepat-cepat membelakangkannya.
            “Kenapa?”
            “Tolong ambilkan tuala boleh?” pintanya.
            “Kat mana?” aku tidak melihat tuala di mana-mana.
            “Kat balkoni.” Aku ternampak pintu menuju ke balkoni. Aku cepat-cepat membuka pintu itu dan ternampak tuala berwarna hijau. Aku terus mendapatkannya.
            “Nah!”
            “Terima kasih sayang!” tanganku terus ditangkapnya.
            “Kenapa pula ni?” soalku. Aku menutup mata.
            “Tak de, tak sengaja pula!” katanya melepaskan tanganku. Air wudhukku sudah terbatal dengan sendirinya. Aduhai!
            “Sayang,” panggilnya lagi.
            “Apa?” soalku.
            “Tak ada apa-apa.” Katanya. Aku tersengih. Aku tahu dia sengaja hendak mempermainkan aku.
            “Cepatlah Nukman, maghrib dah masuk ni.” Kataku mengingatkannya.

            “Baik, jangan risau.” Katanya. Dia terus menuju ke almarinya dan mengambil baju Melayunya berwarna kuning cair. Selepas itu dia terus menjadi imam bagi sembahyang maghrib kami. Selepas solat maghrib, aku terus menyalami tangannya dan dia mengucup dahiku sekali lagi. Hening waktu ini. Kami berpelukan seketika. Aku pula membalas pelukannya. Ya lah mana tahu inilah kali terakhir kami bersama, tidak lah aku kempunan pula nanti. Nakal sungguh suara hatiku!