Monday, June 16, 2014

Novel Salwa Maisara 6

Bab 6
Di dalam teksi itu mereka mendiamkan diri. Dia duduk di sisi suaminya itu dengan tenang. Dalam ketenangan itu dia terdengar suaminya itu mengeluh. Dalam ketenangan itu dia tetap terganggu. Lelaki itu memandangnya sekilas. Apa masalah pula?
            “Kenapa abang mengeluh?” soalnya. Berdetak hatinya memandang lelaki di sisinya itu.
            “Ayah awak tu!” jawab suaminya itu. hairan dia. kenapa pula dengan ayah dia? ada apa-apa yang dia tidak tahu? Soalnya dalam hati.
            “Kenapa dengan ayah saya bang?” soalnya pula. teringin dia tahu kisah mengenai ayahnya sendiri di mata suaminya yang baru beberapa jam dinikahi itu. apakah yang baik atau yang buruk?
            “Dia tak ambil duit yang beri!” jawabnya. Wajah itu masam.
            “Bagus juga ayah tak ambil.” Katanya. Terbuntang mata lelaki itu. dia pula sengih.
            “Bagus awak kata? Dia ingat duit saya tu hasil dari duit haram ke?” tambahnya pula. berdetak hatinya. Sejauh itu dia cakap? Kenapa dia begitu kasar? Soalnya dalam hati. Tiba-tiba dia berasa takut. Takutkan suami yang baru dinikahinya ini. dia agak kasar. Sayang, muka aje handsome tetapi hatinya busuk!
            “Kenapa awak cakap macam tu?” soalnya pula. terketar suaranya.
            “Ya lah kalau dia tak sangka duit haram, pasti dia sudah ambil duit saya!” kata lelaki itu lagi. Dia geleng. Ayahnya bukan begitu. ayahnya seorang lelaki yang warak dan beriman. Mungkin ada sebab kenapa ayahnya tidak ambil wang dari menantunya.
            “Mungkin dia kasihan kat abang. Baru saja abang keluarkan wang berian, belanja kahwin, tentulah ayah kasihan!” katanya perlahan seolah-olah memujuk suaminya itu. dia juga memperlahankan suaranya. Dia bimbang pemandu teksi itu perasan apa yang mereka bualkan. Kebetulan pula dia terlihat pemandu itu tertoleh-toleh ke belakang.
            “Kasihan apanya? Saya sepatutnya kasihan kat ayah awak tu, dia kan ayah mertua saya juga!” katanya. Kali ini suaranya sudah diperlahankan.
            “Tak pelah, mungkin lain kalilah abang beri ayah duit abang tu. Sekarang tak perlu kut!” katanya.
            “Tak pernah orang tolak duit saya tahu!” katanya pula. lebih terkejut dia. kenapa lelaki ini? apa dia ingat wang boleh membeli segala-galanya? Dia ingat dia siapa?
            “Tak pelah, mungkin ada  kebaikannya. Janganlah awak marah pula. maafkan ayah saya ya.” Katanya memujuk suaminya itu. lelaki itu mengangguk.
            “Kali ini saya maafkan, jangan lain kali dia buat macam tu! Awak tahu!” kata suaminya itu.
            “In sha Allah. Terima kasih kerana prihatin kat ayah saya.” Katanya berterima kasih bagi pihak ayahnya.
Perjalanan satu jam setengah menuju ke lapangan terbang itu menyebabkan dia tertidur seketika. apabila dia tersedar, kepalanya sudah berada di dada lelaki itu. dia cepat-cepat bangun dan duduk tegak.
“Kenapa? Awak malu?” soal Syed Budriz. Siapa yang tidak malu? Dia angguk.
“Tak lama lagi kita dah sampai. Awak lapar tak?” soal lelaki itu. dia geleng. Dia baru sahaja makan sebelum bertolak tadi. dia makan sendirian di dapur dengan emaknya. Tetamu masih ada yang datang membantu apa yang patut. Sedih pula dia meninggalkan rumahnya selepas persandingan mereka tadi. tetapi apakan dayanya. Dia hanya mengikut kemahuan suaminya. Tidak elok seorang isteri berjauhan dengan suaminya.
Pemandu teksi membantu menurunkan barang. Syed Budriz sudah bersedia mengambil kereta sorong untuk memuatkan barang-barang mereka. Dia hanya membawa sebuah beg sandang sahaja. Memang tidak banyak pakaiannya yang hendak dibawa balik ke tempatnya bekerja. Setelah membayar tambang teksi, Syed Budriz bergegas mengambil kad pengenalannya dan berlalu menuju ke kaunter membeli tiket. Dia hanya berjalan dengan perlahan. Setelah membeli tiket mereka duduk di sebuah restoran.  
“Awak kat KK tinggal di mana?” soal lelaki itu tiba-tiba. Apa yang dia mahu cakap? Dia tinggal di sebuah rumah sewa kepunyaan kawan serumahnya Rosnah di Likas.
“Saya tinggal kat Likas dengan kawan saya, kami menyewa.” Jawabnya setelah punggungnya duduk di kerusi itu.
“Oh tak lah jauh sangat.” Jawab suaminya. Legakah suaminya?
“Abang tinggal kat mana pula?” soalnya memberanikan diri. Apakah dia akan dibawa tinggal di rumah suaminya selepas ini? Soalnya dalam hati.
“Abang ni tak menentu. Kadang tu kat KK dan kadang tu kat Kuching, kejap kat KL.” kata suaminya. Dia sengih. Takkan tak de rumah? Soalnya dalam hati.
Mereka duduk berdepan. Seketika mereka berpandangan. Dia masih ragu-ragu dengan suaminya ini. hendak menolak pernikahan ini dia takut. Ibu bapa mereka sudah seia dan sekata. Takkan dia pandai-pandai pula hendak membatalkan pernikahan?
“Oh, jadi tak de rumah?” soalnya. Lelaki itu angguk. Dia tersenyum tetapi senyuman itu masih menampakkan kesombongan wataknya. Hanya sedikit sahaja senyumannya. Dia pula tidak membalas, hanya diam memandang.
“Ada, rumah saya kat Iramanis, Taman Seri Manis. Tahu tak kat mana tu?” soal lelaki itu pula. dia menampakkan muka kelatnya pula. adakah dia disoal benda-benda macam tu! Memang lah dia tak tahu kat mana tu Taman Seri Manis tetapi kalau kawasan Iramanis dia memang tahu. Ada seorang kenalannya mengajar di kawasan Iramanis. Pernah sekali dia menjadi hakim pertandingan bercerita. Kebetulan berkenalan dengan guru tersebut. Jadi, dia tidak lah buta sangat mengenai kawasan yang lelaki itu sebut tadi. tetapi kalau tanya fasal perumahan itu, memang dia tidak tahu.
“Saya tak tahu.” Jawabnya jujur.
“Oh tak pe.” Katanya. Lelaki itu berdiri.
“Saya order makanan kejap. Awak nak makan apa?” soalnya. Dia termangu. Akhirnya dia hanya memesan makanan.
“Saya nak minum aje, hot milo.” Jawabnya. Lelaki itu berlalu meninggalkannya. Tinggallah dia sendirian. Dia mengeluarkan buku notanya. Mencatat apa yang baru berlaku dalam hidupnya pada hari ini. dengan keadaan yang tergesa-gesa dia sudah bertukar status. Entah bagaimana kehidupannya selepas ini, dia belum tahu. Dia hanya berdoa agar hidupnya akan lebih tenang dan gembira di samping seorang suami. Dia pula berjanji akan menjadi isteri yang solehah.
Lima minit kemudian, makanan dan minuman sudah sampai. Suaminya hanya memesan makanan ringan dan minuman. Mungkin dia juga masih kenyang selepas acara bersanding tengah hari tadi.
“Silakan minum.” Kata lelaki itu. dia mengambil milo dan meletakkan jus oren lelaki di depannya. Makanan lain diletakkan di tengah meja. Mereka mendiamkan diri seketika. wajah lelaki itu tiba-tiba resah. Entah kenapa pula.
“Kita tinggal asing-asing.” Itu yang terkeluar dari mulut lelaki itu selepas dia menyisip minumannya. Dia terkejut. Sudah menikah tetapi tinggal asing-asing? Dia rasa macam sebutir bom singgah di kepalanya. Terkejutnya bukan kepalang. Mahu sahaja dia pengsan tetapi takkan pengsan di depan lelaki kaku macam ais ini?
“Kenapa pula?” soalnya. Menggeletar tubuhnya. Apakah ini bala untuknya? Baru sahaja dia berdoa agar hidup mereka akan lebih baik, sekarang dia sudah buat onar pula. Apa ni?
“Sebab saya tak sedia nak kahwin dengan awak! Kan saya dah minta awak hilangkan diri daripada pernikahan kita hari tu! Awak tak ingat? Awak ingat saya main-main?” soalnya pula dengan selamba. Ya bertambah menggeletar tubuhnya. Bagaimana kalau ayah dan emaknya tahu? Takkah mereka akan kecewa? Dia sendiripun kecewa. Kecewa bukan kerana dia ingin sangt disayangi atau dicintai tetapi dia sangat berasa sedih, rupanya lelaki ini memang tidak mahu menerima pernikahan ini. Tetapi pagi tadi, dengan sekali lafaz dia sudah menjadi isteri lelaki ini. apakah yang berlaku sebenarnya? Dia hanya berlakon? Dia hanya berpura-pura? Sedihnya dia. Sedih sangat-sangat!
“Saya harap awak terima kejadian ini dengan sabar. Saya memang tak boleh nak terima awak buat masa ini. berikanlah masa kepada saya untuk berfikir. Kita buatlah urusan kita macm biasa dan anggaplah awak bertunang dengan saya. Kalau saya ada masa kita akan jumpa, kita jumpa di luar. Tapi untuk bawa awak ke dalam hidup saya, saya minta maaf, saya belum sedia.” Katanya. Dia tetap mengangguk walaupun hatinya sendiri hancur dengan perkataan yang diluncurkan lelaki itu. Sedihnya dia!
Bagi seorang isteri macam anda di luar sana, apakah anda gembira dengan perkhabaran dari seorang suami macam suami saya ini? ah, betapa aku harus menjadi seorang gadis yang kukuh menerima perkhabaran ini, Tuhan sahaja yang tahu. Ya Allah berikan aku ketabahan, sekuat Siti Hajar di padang pasir yang ketiadaan air ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim as kerana menjalankan tugasnya. Dia  tahu, ini hanya dugaan kecil buatnya. Dia harus tabah dan sabar.
“Saya ikut abang aje. Kalau itu yang baik buat abang, baiklah bagi saya. Saya tak nak abang terima saya kerana terpaksa. Saya juga belum bersedia menjadi isteri abang,” katanya dengan perlahan. Air mata yang sudah terkumpul di kolam matanya ditahannya. Dia tidak mahu terlihat lemah di depan lelaki ini. Alangkah sedih hatinya ini.

“Baguslah begitu. Nanti hujung minggu atau kalau awak cuti, saya akan bawa awak keluar.” Katanya. Apa gunanya mereka keluar kalau hujung minggu? Ah, tak lah. Dia tidak akan keluar. Biarlah dia berkurung sahaja di dalam biliknya di rumah sewanya. Itu lebih menggembirakan hatinya. Dalam diam dia sudah terbayang mendung yang menyelaputi hidupnya. 

Selamat Membaca ya!

Friday, June 13, 2014

Novel Cinta Sang Pilot 36

Bab 36


 “Lama sungguh kita tak jumpa, apa cer?” soal Suffian. Nukman Faris tersengih.
            “Apa cer ni Nukman? Ceritalah kat aku! Macam panas sudah satu office cerita pasal kau dah kahwin! Betulkah tu?” soal Suffian lagi. Nukman Faris tergegau. Dia terkejut kalau berita pernikahannya sudah tersebar di pejabatnya. Takkanlah!
            “Siapa beritahu ni? Cuba cer sikit!” kata Nukman Faris pula. Dia sengaja mahu tahu siapakah yang pembawa cerita yang agak memanaskan telinganya itu.
            “Benarkah kau dah nikah dan buat persandingan besar-besaran di KLCC? Aku dengar macam tu? Betul?” soal Suffian lagi.
Ini mamanya punya pasal. Mamanya hendak melakukan persandingannya di tempat paling gah. Dia sendiri tidak senang hati dengan tempat yang sudah dirancangkan oleh mamanya itu. Namun siapa dia hendak membantah?
            “Betullah tu, apa yang silapnya lagi?” soal Nukman Faris pula. Suffian sudah ketawa dan agak terkejut dengan pengakuannya. Dia malas mahu bercakap panjang lebar mengenai hal itu.
            “Kat laman sosial pun memang dah tersebar kisah kamu berdua Nukman! Aku aje yang tak kisah!” kata Suffian. Nukman Faris tersengih.
            “Awak dah kahwin Nukman? Bila awak kahwin? Kenapa saya tak tahu?” soal Suffian lagi. Mungkin kesal, Nukman Faris telah membohonginya hari itu. Nukman Faris ketawa. Entah apa yang lucunya.
            “Ya saya dah kahwin dah tiga bulan lebih saya kahwin, puas hati?” kata Nukman Faris lagi mengakui akan pernikahannya. Memang selama ini dia menganggap pernikahannya dengan sepupunya satu kesilapan dan sedang dikajinya. Bulat mata Suffian. Mungkin masih tidak mempecayainya.
            “Kahwin? Awak dah kahwin?” dia angguk. Kenapa pula pemuda di depannya itu tidak percaya? Dia memang sudah kahwin dan sudah berkahwin dengan sepupunya sendiri.
            “Patutlah awak cuti! Tapi, err keliru, bila masa awak kahwin sebenarnya?” kata Suffian. Nukman Faris kesal juga dengan tindakan mamanya yang meminta dia bercuti. Namun dia tidak dapat memberikan kenyataan tentang hal itu.
            “Masa aku balik kampung tu lah! Bukan sesiapa yang kahwin, sebenarnya aku! Kau tak nampak inai di jari aku?” jawabnya selamba. Dia sudah malas hendak berteka-teki dngan kawan baiknya sendiri.
            “Masa balik kampung? Thats means, ha, awak kahwin masa tu? Ya Allah patutlah aku nampak inai di jari kau tu hari tu tapi tak banyak! Ingatkan bukan kau yang kahwin! Kau pun tak mengaku! Kononlah ya!” Nukman Faris angguk dengan bangga. Mungkin sedikit sebanyak sudah terubat hatinya. Dia sudah boleh menerima kenyataan yang dia sudah berkahwin.
            “A’ah lah, aku tak suka dengan pernikahan kami tu!” katanya. Suffian mahu ketawa. Lucukah?
            “Tahniah bro!” kata Suffian pula. Mereka bersalaman.
            “Thanks.” Katanya tanpa berbasa-basi.
            “Kenapa tergesa-gesa? Eh, siapa teman kau kahwin tu? Nak juga aku kenal, mana tau ada lagi adik dia,” soal Suffian tidak puas hati. Mukanya kelat. Bukan Rozaila temannya kahwin. Orang lain! Orang kampung!
            “Perempuan lah, sapa lagi? Ah, jangan kau nak mengada-ada nak kahwin dengan adik dia pula. Mana ada adik dia! dia anak tunggal perempuan! Lain-lalin hanya adik lelaki je. Tak delah harapan kau!” katanya berdolak-dalik pula.
Suffian sudah ketawa dibuatnya. Dia sendiri sudh boleh buat lawak. Dia tidak geram lagi dengan sepupunya. Wait... wait, sepupunya aka isterinya ditinggalkan sendirian di rumah dengan ibu bapanya.
            “Aku tahu! Tapi siapa? Bukan Rozaila kan?” soal Suffian ingin tahu. Memang penyibuk kawannya yang satu ini. Dia geleng. Kesal pun ada namun tidak ada sesiapa yang mengetahui rahsia Ilahi. Mungkin takdir ini salah satu rahsia Allah yang dia tidak terima selama ini. Wajah sayu dan sedih isterinya terbayang di ruang mata. Kasihan dia kepada isterinya itu.
            “Rozaila baru saja balik dari tugas-tugas luar negaranya! Dia tu tak nak dibuat bini!” katanya seperti meradang. Ah, mamanya pun sama. Mama tidak mahu dia menikahi gadis pilihannya. Apa pilihan yang dia ada? Suffian hairan.
            “Apasal tak jadi dengan Rozaila? Bercinta bagai nak rak, last-last nikah dengan orang lain?” dia geleng. Kesal semakin meningkat. Memang dia agak kesal dengan apa yang berlaku. Namun mungkin itu dugaan untuknya atau takdir tersembunyi untuknya. Dia malas lagi mahu menanya-nanya kepada nasibnya berubah. Tidak ada gunanya dia hendak merubah nasib. Itu kerja Allah.
            “Susah nak cerita. Mungkin takdir kita. Aku pun tak pandai nak cakap bukan-bukan! Dan kau memang kenal mama aku kan?” Suffian angguk. Mereka sama-sama kenal akan Datin Zahara. Datin Zahara cerewet dan mahu semua anaknya mengikut kata-katanya. Jika tidak, awas!
            “Order minuman!” katanya kepada Suffian. Pelayan datang dan mereka memesan minuman ringan sahaja serta roti bakar pada petang itu. dia terkenang milo panas buatan isterinya di rumahnya, sedapnya masih dia kenang sampai kini. Tetapi mahukah isterinya itu membancuh milo buatnya lagi? Mungkin mahu kalau dia paksa! Hehe! Dia ketawa sendiri, dalamm hati!
            “Hot coffee dua.” Kata suffian. Dia tahu minuman kegemaran kawan sekerjanya. Eh, bekas rakan sekerjanya.
            “Jadi, kau tak nak kerja lagi?” Nukman Faris pandang jauh. Susah dia hendak menolak cadangan papa dan mamanya. Itu bukan tawaran itu hanya cadangan. Lama dia diam.
Apa yang mahu dijawabnya? Soalan memang agak senang tetapi kenapa sukar dia hendak menerima pelawaan mama dan papanya? Tetapi dia tidak ada pilihan sebenarnya. Papanya sakit dan memerlukan dia yang komitmen kepada syarikat. Dia sudah ada tugas baru.
Lagi dua minggu dia akan ke Indonesia untuk menguruskan projek baru di sana. Perlukah dia membawa isterinya? Ah, mana lah gadis itu ada cuti lagi. Berbulan madupun dia yang akan paksa gadis itu. Kalau tidak belum tentu dia mahu!
            “Mungkin aku cuti tanpa gaji,” jawabnya perlahan. Bulat mata Suffian. Memang begitulah nasib anak orang berada dan ahli perniagaan. Fikir Suffian. Dia pula anak orang sederhana sahaja. Ayahnya mempunyai sebuah perniagaan yang agak kecil.
            “Mungkin kau akan bersara terus, tapi sayangnya kau nak berhenti! Kenapa tak boleh beri jawatan tu kepada orang lain dan kau akan terus kerja di syarikat penerbangan macam biasa?” kata Suffian. Nukman Faris berasa sedih. Dia belum pun mencapai tahap yang disukainya tetapi dia sudah diminta cuti tanpa gaji. Itu bukan cuti tetapi berhenti namanya.
            “Aku tak tahu lagi. Papa aku memohon pertolongan. Banyak kerja yang terpaksa aku kena ambil alih di pejabatnya, memang aku tak nak sebenarnya! Tapi apa pilihan yang aku ada? Aku suka dan cinta kerjaya aku walaupun kita kerja tak tentu masa tapi aku suka jadi pemandu di udara nun tinggi sana!” kata Nukman Faris dengan wajah yang agak sedih. Mereka berpandangan. Memang agak sukar dia hendak membuat keputusan pada saat yang sangat terdesak ini.
Papanya sudah balik-balik mengunjungi hospital. Dia agak susah hati. Itulah yang menyebabkan dia selalu tinggal di rumah ibu bapanya. Walaupun tidak ditahan, namun dia tetap susah hati. Selama beberapa hari ini dia terpaksa memantau syarikat papanya walaupun papanya meminta dia memikirkan dahulu sama ada dia setuju atau tidak. Namun, sudah beberapa hari papanya tidak dapat masuk ke pejabatnya. Dia terpaksa ambil alih buat sementara.
            “Baguslah, tempat kau selayaknya menggantikan tempat papa kau, kau memang sepatutnya jadi ahli perniagaan yang berjaya!” kata Suffian.  Nukman Faris diam. Wajah Natasya Umaira bagaikan melekat di matanya.
            “Aku tak tahu lagi. Tetapi aku suka juga membantu perniagaan papa aku! Tetapi macam ada masalah dari segi kewangan di pejabat papa aku tu! Kau ada idea?” soalnya kepada Suffian. Suffian ketawa.
            “Aku manalah tahu. Kau tanyalah bahagian kewangan kau, buat pemantauan kepada orang kepercayaan papa kau! Aku, kau tanya? Memang aku tak tahu apa-apa! Tapi aku boleh beri sikit tips lah!” kata Suffian. Memang ada benarnya juga kata-kata Suffian. Tetapi siapakah orang kepercayaan papanya di bahagian kewangan itu? Takkan dia hendak buat pengumuman pula setelah meneliti laporan kewangan selama tiga tahun berturut-turut ini!
Agak pening juga dia. Tidak ada sesiapa yang hendak buka mulut nampaknya. Dia harus membincangkan hal ini dengan papanya. Dalam dia berkira dan terpaksa dia sebenarnya sudah menjalankan tugaasnya selama dua hari ini. Dia sangat simpati kepada papanya.
“Kau pula bila mula fly?” soal Nukman Faris. Dia pula terpaksa melupakan sementara waktu kerja mencabar yang diminatinya. Isterinya pula belum mengetahui akan perubahan kerjanya sekarang ini. Dia tahu isterinya itu tidak mahu menerima apa-apapun yang dipanggil perbincangan antara mereka. Kasihan juga dia kepada isterinya. Banyak sungguh rasa simpatinya.
            “Minggu depan, aku tak dapat nak cuti lama-lama, lainlah kau, anak ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di Malaysia!” kata Suffian. Nukman Faris geleng dan wajahnya kelat. Puji ke perli tu? Dia sendiri tidak rela meninggalkan kerjaya yang sungguh diminatinya. Namun apa pilihan yang dia ada?
            “Masa persandingan aku nanti, harap kau datang,” kata Nukman Faris menjemput rakan-rakan sekerjanya dan sahabat-sahabatnya.
            “Aku tak janji. Mungkin akan pergi mungkin akan terbang tinggi.” Kata Suffian. Nukman Faris sengih. Suffian memang selalu buat lawak.
            “Rugi kau tak pergi,” kata Nukman Faris mengusik kawan baiknya itu. suffian garu kepalanya yang tidak gatal. Apa pula yang ruginya?
            “Asal pula?” soal Suffian hairan. Dia sengih pula.  
            “Tak dapatlah kau tengok aku jadi raja sehari, bukannya selalu. Sekali sajalah!” Nukman Faris terus ketawa. Suffian turut ketawa.
            ‘Sekali saja? Ha, maksudnya tidak ada lagi yang kedua dan seterusnya? Ha? Yakinkah dia?’
            “Betul-betul kau sudah jatuh cinta dengan isteri kau? Aku nampak kau seperti bahagia.” Kata Suffian menanyakan soal hatinya. Penyibuk sungguh kawannya ini. Huh, susah dia hendak cakap. Mungkin masa-masa yang mendatang akan menjawab segalanya. Dia tidak mahu mengakui apa-apa pada masa ini.
            “Siapa tak isteri oi!” jawabnya seperti bergurau.
“Insya Allah aku akan hadir nanti, tapi kalau aku tak bertugaslah! Kalau aku bertugas sebagai copilot, siapa nak gantikan aku? Lainlah kau!” kata Suffian. Mereka berpandangan.
            “Ya lah, aku harap kau datang! Ramai kawan sekolah kita akan hadir nanti! Aku dah hubungi mereka!” jawab Nukman Faris.
            “Ya aku memang harap aku akan hadir. Janganlah aku kena gantikan orang pada saat akhir nanti!” kata Suffian.
            “Aku harap kau bahagia,” kata Suffian pula. “Selama ni pun aku nampak selalu termenung di ruang kerja kita tapi aku tak sangka kau dah kawin pula. Kenapa aku bodoh kan tak melihat perubahan kau?” kata Suffian dengan panjang lebar. Nukman Faris sudah ketawa.
Dia akui memang ada membuat perubahan sedikit selepas nikah hari itu. Perubahan itu hanyalah kerana dia agak marah kepada mamanya kerana membuat perancangan yang menyakitkan hatinya. Dia asyik marah kepada gadis yang kononnya mengandung itu. Dia asyik merungut. Dalam merungut, dia sentiasa terbayangkan wajah ayu isterinya itu.
Dalam diam, dia terpaut pada seraut wajah ayu dan gadis yang bersikap penyabar dengan keluhan-keluhan dan kemarahannya yang dilimpahkan buatnya. Aneh sungguh gadis itu. Kenapa begitu sabar dan tidak banyak kerenah dengan kemahuannya?
Ah, sungguh juga dia tidak menyangka, yang dia sudah terpaut benar kepada isterinya itu namun dia sedar gadis sebaik isterinya itu tidak akan menerima kasihnya semudah itu.
Jadi, apa yang dia harus buat? Mulakan proses memikat isteri sendiri? Haha, lucu juga kan Nukman Faris? Katanya dalam hati.
            “Kau doakanlah kebahagiaan aku ya.” Kata Nukman Faris bersungguh-sungguh.
            “Begitu? Aku nampak kau bahagia. Mungkin gadis itu memang jodoh kau. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Bagaimana dengan Rozaila, kekasih kau? Masih kah dia kekasih kau?”  soal Suffian. Nukman Faris hanya mengangguk. Dia tidak dapat menyukat sampai mana bahagianya dengan isterinya itu. Apa yang dia tahu dia memang bahagia. Rozaila? Sukar hidupnya memikirkan gadis yang seorang itu.
            “Aku tak tahu bagaimana dengan Rozy! Aku harap masalah aku akan selesai dengan sebaik mungkin. Aku dah kahwin takkan Rozy mahu jadi isteri yang kedua kan?” soalnya kepada Suffian pula. Suffian angguk.
            “Entahlah Nukman, mungkin kalau lihat dari peribadi dan keupayaan kau, mungkin ada juga perempuan yang nak jadi isteri kedua!” kata Suffian berseloroh.
            “Gila! Aku tak mampulah nak bahagikan masa dengan dua isteri! Kasihan pula isteri aku tu!” kata Nukman Faris terkenangkan isterinya.
            “Ya lah! Aku pun serba salah juga nak bagi komen! Rozy kawan aku juga tapi kau lagilah kawan baik aku!” kata Suffian turut simpati kepada kawan baiknya itu. Dia juga sedar cinta tidak boleh dibahagi-bahagikan sesuka hati.
            “Aku pun susah nak cakap Suffian, susah tapi hatiku ni lagi yang susah aku nak kawal!” kata Nukman Faris memegang dadanya.
            “Apa pula yang susah kau kawal?” soal Suffian hairan.
            “Apa lagi, hatiku ni lah yang susah aku kawal dari jatuh sayang kat isteri aku tu!” kata Nukman Faris. Suffian sudah ketawa. Kawan baiknya sudah buat kelakar.
            “Eh, tak luculah! Aku cakap yang betullah!” kata Nukman Faris lagi.
            “Betulkah tu? Boleh cayakah?” soal Nukman Faris pula. Nukman Faris angguk dan pandang jam tangannya.
            “Jumpa nanti ya. Kalau kawan-kawan lain yang nak hadir tu hubungi aku. Mungkin ada yang tak sempat aku nak edarkan kad, aku edarkan kat laman sosial aje mana yang larat aku buat!” kata Nukman Faris.
            “Ya aku akan pakat agar semua staff pergi, biar penuh dewan, dan buat hebahan di laman sosial pasti peminat kau berebut nak datang, sure punya!” kata Suffian. Nukman Faris hanya ketawa kecil. Dia geleng-geleng.  Tak perlu hendak buat pengumuman di laman sosial. Dia pasti tidak selesa.
            “Mana ada peminat lagi kalau dah begini! Semua lari punya!” kata Nukman Faris memikirkan dirinya yang sudah berkahwin.
            “Kau balik mana ni?” soal Suffian. Kunci sudah di tangannya. Wajah segar Suffian dipandangnya.
            “Kenapa, kau nak ikut?” soal Nukman Faris. Wajah isterinya terbayang lagi di matanya. Kenapa wajah comel itu sering muncul dalam ingatannya? Apakah dia sudah sasau kepada isterinya yang setia menunggunya di rumah dalam tempoh seminggu ini? Ah, parah dia kalau isterinya sentiasa membuka mulut meminta dia diceraikan! Suami mana yang hendak ceraikan isterinya yang comel, ayu dan berbudi luhur itu?

Bodohlah dia nampaknya!



Wednesday, June 11, 2014

Makluman

Makluman

Novel Kuimpikan Bahagia sedang bersiaran di novelmelayukreatif.com, jika anda sudi, jenguk-jenguklah laman tersebut dan berikan komen ye.

Linknya ialah: http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/cinta/item/489-kuimpikan-bahagia

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua pembaca. I love  it!


Sekian.

Sunday, June 8, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Bab 35


Assalamualaikum, penulis memohon agar para pembaca mendoakan yang baik-baik untuk novel ini. Ia sedang disiapkan sepenuhnya dan akan dihantar ke meja penerbitan tidak lama lagi. 

Terima kasih. 


Bab 35


“Saya tak bohong!” kataku dengan sepenuh hati. Aku tahu dia mahu aku memberitahunya dengan bersungguh-sungguh. Aku tahu dia mahu berbincang. Ah, berbincang apa begini? Setelah dia rogol aku baru dia hendak bawa aku berbincang? Ah, aku memang tidak puas hati dengan tingkah gila lelaki ini.a
            “Jadi? Awak nak beritahu yang awak alim dan warak dan tak pernah bohong?”  soalnya. Aku geleng.
            “Saya tak bohonglah! Buat apa saya nak bohong awak? Tak ada gunanya tahu tak!” kataku geram. Aku memang tidak mengandung. Aku sudah memberikan dia hint-hint selama ini tetapi kenapa dia tidak mahu cuba mengerti? Atau dia sengaja tidak mahu mengerti? Ah, kusut aku!
            “Awak cakap awak mengandung?” aku bulatkan lagi mataku. Dia memang sengaja nak cari pasal denganku. Aku pandang wajah itu. Sedikit sebanyak terubat rinduku kepadanya namun aku cepat-cepat padamkan kerinduanku selama ini.
            “Awak pernah tanya tetapi saya tak pernah jawab kan! Awak tak perasan?” soalku. Mataku sudah terasa panas. Bagai ada air suam berkumpul di kolam mataku. Lelaki ini suka memaksa-maksaku. Kudengar dia mengeluh kasar. Apa lagi yang harus aku jawab? Mungkin aku salah juga sebab aku tidak pernah memberitahu dia yang aku tidak mengandung. Aku memang sudah lama mahu berterus-terang, tetapi aku takut dan bimbang. Banyak perkara yang aku bimbangkan.
            “Jadi, awak nak salahkan saya?” soalnya pula. Dia pusing fakta lagi. Aku tidak pernah hendak menyalahkannya. Apa yang aku mahu, aku mahu dia ceraikan aku. Aku tidak mahu dia tangguh-tangguhkan lagi perceraian kami. Perjanjian yang sudah tertulis antara kami masih sah.
            “Tak, tak! Saya tak pernah nak salahkan awak malah saya berterima kasih sebab awak dah selamatkan maruah saya tapi sekarang awak dah koyak-koyakkan maruah saya semula. Awak lebih kejam!” kudengar dia ketawa. Aku sudah menundukkan kepalaku menghadap lantai. Suaraku sayu.  Aku menyaksikan sendiri air mataku menitik setitis demi setitis. Ya aku kesal dengan apa yang berlaku. Ya aku terasa betapa maruahku sudah diinjak-injak sesuka hatinya.
            “Saya tak sengaja! Tindakan awak seolah-olah awak nak sangat mengandung! Jadi saya nak kotakan kemahuan awak! Mana tahu awak tak sempat!” katanya selamba. Mulutnya terlalu celupar. Mulut celupar itu aku tampar dengan sekuat hatiku. Baru padan dengan mukanya.
            “Kurang ajar!” kataku puas hati. Tanganku sudah melekap di mukanya.
            “Saya akan pastikan awak mengandung sayang!” tekadnya lelaki itu. Aku sungguh terluka mendengar kata-katanya. Kenapa suamiku itu begitu yakin? Aduhai, bagaimana jika aku mengandung? Aku tidak dapat meneka-neka nasibku lagi. Aku sungguh sakit hati dengan perbuatannya.
            “Apapun yang akan berlaku kepada saya, saya mahu pastikan awak ceraikan saya! Ceraikan saya!” jeritku bagaikan orang histeria. Aku benci dengan sikapnya yang hanya mementingkan kepuasannya sahaja. Kalau aku ada kuasa mahu sahaja aku hilangkan diriku saat ini juga. Jangan sampai dia munculkan aku lagi di depannya. Aku benci kepadanya!
            “Jangan fikirkan yang bukan-bukanlah sayang! Kita baru nak bersanding minggu depan. Then kita nak honeymoon di Eropah. Pastikan awak ambil cuti tanpa gaji selama seminggu lagi. Saya tak kisah, mahu atau tidak, awak kena mahu!” katanya membuatkan aku bertambah terkejut. Aku tidak mahu mendengar keputusan itu. apatah lagi bercuti tanpa gaji. Aku tidak mahu senioritiku terganggu kerana cuti tanpa gaji dengan arahannya. Siapakah dia ini?
            “Saya rela diceraikan daripada hidup tak tentu dengan awak ni!” kataku membuatkan dia ketawa. Dia bagaikan tidak mengerti akan permohonan ceraiku ini? Perlukah aku bersujud di depannya?
            “Awak akan hidup dengan baik-baik dengan saya, suami awak sayang. Saya takkan sia-siakan awak, percayalah!” katanya. Aku ketawa. Aku tidak akan pernah percayakan dia lagi. Sepatutnya aku bahagia dan taman bunga di hatiku semakin mekar bunganya. Daunnya tumbuh menghijau dan akarnya semakin mencengkam ke bumi.
            “Tolong lah saya Nukman! Ceraikanlah saya. Kita sudah janji hendak bercerai selepas semuanya selesai! Tolonglah saya, saya janji takkan ganggu hidup awak selepas ini!” pohonku sepenuh hati. Aku berjanji tidak akan mengganggu hidupnya selepas perceraian kami ini nanti. Dia menarik tanganku dan memaksa aku berdiri menghadapnya.
            “Jangan buat begini sayang. Tasya sayang, saya tak boleh nak ceraikan awak sekarang. Saya tak selesai banyak benda lagi. Berikan saya kerjasama. Kita atur baik-baik hal kita ini. Ibu bapa kita sedang mengawasi kita. Kita berikan kerjasama dan harap awak sabar dulu, jangan nak mohon cerai melulu!” dia pula memohon dengan kata-kata bisikannya di telingaku.
            “Tak nak! Awak pandai-pandailah berbohong dengan ibu bapa awak, saya tak nak lagi terikat dengan pernikahan ini!” kataku tegas. Dia buntangkan mata.
            “Benarkah begitu yakin?” aku angguk dengan penuh keyakinan. Tetapi hatiku bergetar.
            “Ya!” jawabku. Bertambah berdebar dadaku.
            “Tak menyesal nanti? Kahwin dengan sepupu yang awak sayangi dan awak mohon cerai pula? kenapa awak nak terjun dari bahtera yang indah?” soalnya pula. bahtera indah? No no! Tak indah tetapi menyakitkan dan sarat dengan muatan yang menyakitkan hati! Aku menggeleng dan menutup mataku. Dia pegang tanganku dan lapkan air mataku dengan tangan tegapnya.
            “Maafkan saya sayang, saya belum berniat hendak menceraikan awak sekarang. Walaupun dalam perjanjian itu. Awak lihat masanya berapa lama. Nanti ada masa lain kita bincangkan lagi perkara ini. Sekarang kita fokus tentang majlis persandingan kita,” pujuknya pula. Aku rasa terbuai pula dengan perhatiannya. Aku sudah berada di dalam pelukannya. Entah kenapa aku berasa aku selamat di dalam pelukan tubuh gagahnya itu. tetapi keputusanku sudah muktamad. Aku mahu bercerai!
            Dia sudah membelai rambutku. Air mataku sudah melebat bagaikan hujan turun ke bumi. Hujan di luar rumah bagaikan mengerti perasaanku yang teramat sakit ini.
            “Rehatlah ya sayang. Nanti kita bincangkan hal yang sangat dibenci Allah itu.” katanya sudah mendudukkan aku di birai katilnya. Dia kucup pula dahiku. Siapa yang tidak terharu?

 ***
Aku lihat selepas itu dia keluar entah ke mana selepas menerima panggilan entah siapa. Aku pula berkurung di dalam bilik air petang itu. Dia hanya memberitahuku hendak keluar setelah mendapat panggilan seseorang. Aku tidak mahu tahu siapa, aku takut ia menambah sakit hatiku ini.


Tuesday, June 3, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Bab 34

Bab 34

“Ya asalamualaikum,” sapanya dengan suara bagaikan tertekan-tekan. Biasa hal itu berlaku. Baru sahaja dia hendak bermesra dengan isterinya, telefonnya pula buat hal. Kenapa dia tidak offkan telefonnya sejak tadi? Soalnya dalam hati. Mahu sahaja dia matikan telefonnya setelah melihat nombor yang tertera tetapi dia tidak sampai hati.
            “Awak kat mana ni sayang?” suara lunak itu menyapa telinganya. Isterinya yang sudah menghilang entah ke mana. Isterinya sudah tidak ada di sofa ketika dia menoleh ke arahnya semula. Dia tertanya-tanya pula ke manakah isterinya menghilang.
Namun dia tahu isterinya ada di sekitar rumahnya ini. Ibu bapa mereka pula akan datang ke rumah ini tidak lama lagi. Jadi, dia mahu menjaga perlakuan sepanjang ibu bapa mereka ada di rumahnya ini. Natasya Umaira tidak banyak cakap semenjak tiba di rumahnya. Masuk ke biliknya pun tidak mahu. Cadar biliknya pun sudah ditukar. Dia sudah menghantar cadar katilnya ke dobi yang selalu dia menghantar pakaiannya. Apa yang harus dia lakukan untuk memujuk isteri yang mula disayanginya itu?
            “Saya... er... saya kat rumah, Rozy,” jawabnya teragak-agak. Apa tidaknya, dia baru sahaja habis berbincang-bincang dan berjual beli ugutan dengan isterinya. Sekarang gadis yang menjadi kekasihnya ini pula merengek di hujung talian. Parah... parah kalau begini!
            “Oh kat rumah? Saya ke sana?” jawabnya. Baru beberapa hari ini mereka bertengkar sekarang gadis itu datang lagi kepadanya. Dia geleng-geleng walaupun gadis itu tidak melihatnya. Rozaila memang seperti gadis dari hidupnya bebas dan membiasakan dirinya dengan budaya luar negara sehingga kan lupa akan budaya timur sendiri.
            “Tak boleh pula hari ini! Saya ada hal pula. Tak manislah pula kalau awak datang sini! Saya tak nak berlaku sesuatu yang tak diingini nanti!” katanya tegas. Takkan ketika isterinya ada di rumah ketika ini, dia pula hendak membawa kekasihnya masuk ke dalam rumah? Ah, tidak mungkin. 
        Kenapa sudah menjadi-jadi sikap Rozaila? Kenapa terbawa-bawa dengan gaya luar negaranya? Jangan-jangan sebentar lagi mama dan adiknya akan datang ke rumahnya ini. Ah, memang tidak bolehlah!
            “Kenapa pula sayang? Awak kurung isteri kampungan awak di situ ke?” soal Rozaila lagi. Dia jadi cuak. Sakit hatinya pula tiba-tiba. Namun disabarkan hatinya.
            “Bukan macam tu, saya ada hal sikit dengan mama saya. Tak dapatlah kita nak  jumpa dengan Rozy sekarang ya. Hari lain mungkin boleh? Rozy, tak da tugas hari ini?” soalnya. Kebetulan pula isterinya ada di rumahnya.
            “Tak de, saya memang sengaja nak kosongkan hari ini untuk pertemuan kita,” kata Rozaila. Sedih hatinya. Sepatutnya dia harus bertemu dengan gadis yang selama ini menjadi intipannya. Namun, hari ini dia sudah ada perancangannya tersendiri.
            “Ah, maafkan saya. Memang ada masalah hari ini. Mama ada perancangannya hari ini. Kalau malam boleh?” Rozaila ketawa. Dia ketawa kalau Nukman Faris sudah mengaitkan dirinya dengan mamanya sahaja. Hairan dia. selama ini hubungan mereka lancar sahaja. Ke mana-mana berdua tidak ada melarang
            “Kenapa ketawa?” soalnya kehairanan mendengar tawa Rozaila itu. Entah kenapa perasaannya  telah hilang selepas pernikahannya dengan Natasya Umaira. Ia seperti kabus yang hilang di waktu pagi. Habis kabus teranglah sudah pemandangan yang tertutup tadi. Malah, ingatan kepada Natasya Umaira yang sangat kecewa dengan tindakannya yang agak melampau pada hari itu. Sebenarnya dia hanya hendak mengugut gadis itu tetapi entah kenapa tindakannya sudah melebihi. Dia seperti dirasuk pula.
            “Nukman, mungkin awak ni dah sasau sayang!” Nukman Faris kehairanan. Kenapa pula dia dituduh sasau? Jangan-jangan gadis itu yang sasau dan tidak sedarkan diri. Dia suami orang tetapi kekasihnya itu masih ada hati kepadanya. Dia masih laku ke? Usiknya kepada dirinya nakal.
            “Kenapa pula awak tuduh saya sasau?” soal Nukman Faris kepada kekasihnya itu.
            “Tak sasau apanya! Selama ni tak pernah-pernah awak hiraukan mama awak ke mana-manapun. Bukan awak hiraukan isteri kampungan awak ke?” Nukman Faris garu kepalanya. 

        Rozaila mengesyaki yang Nukman Faris sudah berubah. Satu-satu perubahan berlaku dalam diri kekasihnya ini. Terpaksalah dia memerhatikan perubanan Nukman Faris itu. dahulu kalau balik dari tempat tugasnya dia terus ke rumahnya sendiri. Sekarang, dia lapor diri dengan mamanya. Hairan sungguh-sungguh dia.
            “Itu tak sasau! Tapi mama saya tu kuat memantau! Isteri saya tak ada kena mengena dalam hal ini!” kata Nukman Faris mempertahankan isterinya yang semakin sering menyusup di ingatannya itu. 
        Padahal dirinya yang mahu dikongkong begitu. Jika tidak, kehidupannya agak liar berbanding sebelum ini. Kebetulan dia memang mahu berubah. Jadi dia mahu mengurangkan rasa tidak bertanggungjawab dalam dirinya. Dia mahu menjadi suami yang bertanggungjawab dan memikul amanah yang diberikan kepadanya dengan penuh dedikasi.
            “Melampau lah mama awak tu ye lepas awak dah nak jadi papa ni!” tersentak Nukman Faris mendengar kenyataan Rozaila. Terbayangkan wajah Natasya Umaira yang innocent itu. Entah benar atau tidak yang dia akan jadi papa itu. Dia harus bertanyakan sesuatu kepada isterinya atau   membuat pemerhatian sendiri. Dia masih ingat tarikh itu. Dia tidak akan lupa!
            “Eh, awak ni! Macam tau-tau pula. Ya lah kalau kita dah nikah, mesti kita inginkan anak kan! Saya pun teringin nak jadi papa juga. Dulu saya ajak awak nikah, awak tak nak!” kata-kata itu sebenarnya menjadikan telinga Rozaila bagaikan terbakar.
Sebenarnya dia belum tahu sama ada isterinya mengandung atau tidak. Adakah dia gembira jika dia akan menjadi ayah sedikit masa lagi? Mahukah isterinya yang comel dan ayu itu mengandungkan anaknya? Ha, ini lagi satu masalah. Wajah ayu isterinya sentiasa terbayang-bayang dan menari-nari di ruang mata. Ah, bukan, wajah itu terluka! Terlalu dalam lukanya!
            “Eh Nukman, awak dah teringin sangat dengan budak kampung tu! Dia sudah di hati awak sekarang? Awak dan dia sudah bersama kan?” soal Rozaila tidak puas hati dengan jawapan Nukman Faris. Apa yang dia hendak jawab kalau pun jawapannya ‘ya’? Ah, sukar dia berhadapan dengan kekasihnya kini. Silapnya juga. Silap perhitungan kepada isterinya. Ah, jika ada apa-apapun berlaku kepada isterinya dia rela menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami yang soleh dan matang. Dia akan belajar menjadi lelaki yang isterinya impikan.
            “Sudahlah Rozy, nanti malam kita jumpa macam biasa!” kata Nukman Faris tidak mahu memanjangkan isu dengan isterinya yang mula disenanginya itu. Ah, dia berjanji lagi padahal dia tidak mahu meninggalkan isterinya itu sesaat pun pada masa ini. Dia takut isterinya hilang lagi seperti tiga hari yang lalu. Kalau boleh dia hendak sentiasa berkepit di sisi isterinya. Biarlah isterinya tertekan atau jemu memandang wajahnya dia tidak kisah, apa yang penting dia sentiasa menatap wajah matang dan comel itu.
            “Ok Nukman macam biasa! I tunggu you tau! Jangan pula awak tak datang!” kata Rozaila yang membahasakan dirinya I dan you semula. Sebenarnya dia geram sangat dengan lelaki itu.
Nukman Faris menatap telefonnya yang sudah dimatikan. Huh, gadis itu tidak habis-habis mengganggunya.
Berbulan-bulan membuat peragaan fesyen di luar negara, tidakkah ada sesiapa tersangkut di hatinya? Maksudnya, lelaki yang sama-sama bekerja dengannya atau sesiapa sahaja yang tiba-tiba ditemuinya? Dia tahu gaya kekasihnya, suka bertukar-tukar pasangan. Dia sahaja yang mampu menjinakkan gadis itu. Sebelum itu memang dia bertukar-tukar  pasangan. Nukman Faris curiga. 
Apakah benar apa yang bersimpuh di hatinya yang kekasihnya itu mempunyai kekasih semasa di luar negara, sebagai kekasih gelapnya contohnya? Siapa yang tahu? Pasti kawan-kawannya tahu, contohnya Hellen atau Jenny misalnya! Ah, perlukah dia membuat pemantauan sampai sejauh itu? Bukankah Allah itu ada. Kalau Dia hendak tunjukkan sesuatu yang tidak baik itu, pasti Dia akan tunjukkan. Dia hanya perlu menunggu masa sahaja! Fikirnya sendiri.
Dia mencari isterinya semula. Dia ke dapur. Mungkin isterinya memasak atau membancuh kopi untuknya. Oh, memang ada segelas kopi Tenom yang masih panas-panas untuknya tetapi gadis manis itu tidak ada di ruangan dapur yang dikemaskan dengan cantik dan sejuk mata memandang itu. Ke manakah isterinya?
Dia meneguk kopi itu. Memang kopi buatan isterinya sedap. Mungkin Allah jadikan begitu. Kopi buatan isterinya tidak ada tandingan dengan yang lain kecuali buatan mamanya. Ke mana Natasya Umaira? Kenapa dia tidak muncul di dapur ini?
“Tasya,” panggilnya perlahan. Hanya mereka berdua di rumah itu.
“Tasya di mana?” soalnya pula. Tidak ada suara. Isterinya tidak ada di situ. Dia duduk di kerusi menikmati aroma kopi Tenom itu dan kemudian dia bertenang. Isterinya memang tidak ada di situ. Tetapi, di mana ya? Dia bergegas menuju ke bilik mereka.
Dia membuka pintu biliknya perlahan. Biliknya agak gelap kerana dia sengaja memasang langsir yang agak tebal dan berlapis-lapis. Dia sudah mengupah pakar hias rumah agar membuat apa yang dimahukannya. Agak berdebar dadanya. Benarkah isterinya ada di dalam bilik ini?
“Sayang,” suaranya seperti berbisik. Dia terlihat sebatang tubuh yang kaku di dalam selimut. Benarkah itu isterinya yang sedang tidur dengan nyenyaknya? Penatkah isterinya?
“Sayang penat ni,” bisiknya lagi perlahan. Dia duduk di birai katil dan menyapu dahi isterinya dan menyeka rambut isterinya yang ada di situ. Hanya kedengaran dengus nafas isterinya. Mungkin benar isterinya agak kepenatan. Dia mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Dari dahi, dia mengucup pipi yang agak sedikit montel itu. Kulit yang gebu dan mulus disapu-sapunya perlahan. Naluri kelakiannya muncul kembali melihat isterinya yang masih tidak sedarkan diri itu. Tanpa disedarinya bibir yang sedikit terbuka dan agak merkah itu sudah dikucupnya perlahan. Benar dia rindukan isterinya ini. Bukan sebab apa, tetapi memang cintanya dan kasihnya untuk isterinya sudah sedia tumbuh di dalam hati lelakinya. Dia nampak dalam kegelapan itu isterinya membuka mata dan sungguh terkejut dengan tindakannya. Dia terasa tangan itu menolak tubuhnya.
“Kurang asam!” jerit isterinya apabila dia sudah melepaskan kucupannya.
“Sayang, sayang...” serunya. Isterinya sudah menangis. Dia harus memujuk gadis itu. Dia mahu memberitahu perasaannya.
“Sayang, ketahuilah!” katanya perlahan. Matanya ditutupnya.
“Sudah! Saya tak nak dengar apa-apa! Saya tak nak tahu perasaan awak! Nukman! Lepas, hari ini ceraikan saya!” ah, kenapa pula dia meminta cerai pada saat rindunya sarat buat suaminya dan suaminya sendiri menyatakan kerinduan dan kasih sayangnya? Dia sudah duduk di birai katil empuk itu. Dia tidak mahu lelaki itu memperlakukannya sesuka hatinya. Kemudian, dia terus keluar dan hendak pergi ke sudut yang paling sesuai dan selamat untuk dirinya. Di manakah tempat itu?
Nukman Faris hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak mahu melukakan hati isterinya yang telah cukup terluka itu. Dia membiarkan sahaja isterinya pergi dari ruang kasih sayang itu. Dia mahu isterinya memikirkan apa yang sudah dia katakan sebelum ini. Dia tidak berbohong dan ia memang lahir dari nalurinya yang paling dalam. Argh!

 ***
“Nukman, parents I panggil ke rumah I malam esok,” kata Rozaila. Sekali lagi dia pening. Sudahlah di rumah dia serba-salah. Bukankah gadis ini hendak menjelajah ke Timur Tengah, kenapa pula dirinya hendak di suruh bertemu ibu bapa kekasihnya? Ah, kalaulah Rozaila sudah punya kekasih lain alangkah baiknya!
Malam esok? Eh, tak boleh! Bagaimana jika mama dan keluarga mertuanya ada di rumah. Apakah yang harus dilakukannya? Apakah alasannya?
            “Alamak tak boleh pula, mama I dah janji semalam, papa I pun sama!”  kata Nukman Faris berdebar apabila mendengar keluarga Rozaila hendak bertemu dengannya.
            “Eh you ni, asyik-asyik mama dan papa you! You ni memang anak mama dan papa kan! Entah-entah you layan betina tu tak!” kata Rozaila membuat tuduhan yang bukan-bukan. Baginya, isterinya Natasya Umaira bukan betina, dia gadis manis.
            “Jangan nak sebut-sebut isteri saya betina ya. Dia tetapi wanita, isteri saya!” mahu terbeliak mata Rozaila.
            “Wah! Wah! Bukan main nak bela isteri pula sekarang ya! Dulu bukan main janji nak ceraikan dan nikah dengan saya! Sekarang apa yang sudah jadi?” kata Rozaila tidak puas hati.
            “You jangan nak tuduh-tuduh ya, jaga sikit mulut you tu ya! Silap-silap I lempang nanti!”
            “Eh, sejak bila you nak bela isteri you tu? You ni macam dah terpikat dengan isteri you ya!” kata Rozaila lagi. Memang, dia memang tidak dapat melupakan isterinya itu sejak akhir-akhir ini. Dan, memang dia sudah terpikat. Tak salahkah?
            “Tak masalahkan kalau I dah jatuh cinta kat isteri sendirikan?” soalnya mahu menyakitkan hati kekasihnya.  
            “Malam esok you free tak?” Nukman Faris bingung. Sudahlah isterinya menghilang entah ke mana. Mama dan papa pun ada hal dengannya. Sekarang di depannya kini Rozaila pula merengek-rengek agar dia datang ke rumahnya.
            “Tak dapat pula, I ada hallah Rozy,” katanya.
            “Awak ni memang banyak hal! Hal itu hal inilah! Bilalah pula masa awak nak jumpa mummy saya?” soal Rozaila sudah marah. Nukman Faris geleng kepala. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan lagi. Dia memang sudah hilang perasaan kepada kekasihnya itu. Dia sanggup memarahi isterinya jika menyebut nama kekasihnya di depannya.
            “Saya tak boleh nak akui sekarang. Memang saya ada hal sekarang ni! Awak boleh tak kalau tak kacau saya sekarang? Nanti saya akan hubungi awak, ya!” Nukman Faris garu kepalanya yang tidak gatal.
            “Asyik-asyik hal! Hari tu bukan main awak janji nak kahwin dengan saya, sekarang bukan main awak bagi alasan!” kata Rozaila.
            “Don’t be emosional! Tolong faham I sekarang! Be flexible! I akan pertimbangkan hal ini. Tapi awak kena sabar dulu! Jangan nak kecoh-kecoh! Kita bertenang!” pinta Nukman Faris. Dia memang tidak boleh berfkir saat ini. Pelbagai perkara yang mengganggunya.
            “You tak ada benda lain nak cakap! Sepatutnya kita yang dah nikah sekarang! Bukannya you kahwin dengan orang lain! Nampak sangat you tak sabar Nukman!” kata Rozaila tidak puas hati. 
            Nukman Faris garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bingung sekarang. Isterinya yang sudah banyak terluka itu hendak diceraikan pula? Oh, tidak! Dulu memang dia hendak menceraikan isterinya itu tetapi jika dia memikirkan hal-hal yang sudah dia lakukan tanpa kerelaan isterinya itu, dia sendiri sakit hati kepada dirinya sendiri. Proposalnya bagaikan sudah berubah! Dan, dia sendiri yang mengubahnya!
            “Bukan tak sabar tapi I dipaksa nikah! Jika tak, I takkan kahwin duluan dari you. Mungkin beginilah takdir hidup I.” Kata Nukman Faris kesal dengan apa yang berlaku.
            “Asyik-asyik you minta I sabar. You yang tak pandai nak sabar! Jangan-jangan you sekarang dah tergila-gilakan isteri awak tu!” kata Rozaila bagaikan menghinanya.
            “Terpulanglah you nak tuduh I. I tidak dapat nak bantah lagi! Nanti kita akan terus gaduh dan gaduh! I tak suka!” kata Nukman Faris mahu menghentikan pergaduhannya dengan Rozaila.
            “You jangan nak pandai-pandai mungkir janji kepada I Nukman! Nanti you akan tahu nasib perempuan kampung tu macam mana! I takkan lepaskan dia!” kata Rozaial seperti mengugut.
            “You nak ugut i? You jangan nak apa-apakan isteri I.” soal Nukman Faris. Dia bingung sekarang. Tengah bingung. Tiba-tiba sahaja banyak perkara yang menyakitkan hatinya berlaku dalam hidupnya. Tiba-tiba sahaja dia sepertikan ditumpukan segunung masalah di kepalanya. Kalau hilang sabar, dia boleh gila sendiri!
            “Terpulang kalau you faham apa yang I nak sampaikan! Tetapi mama dan papa saya memang nak jumpa awak!” kata Rozaila. Wajah  Datin Shirley dan Datuk Ismail terbayang di ruangan mata. Apakah yang harus dilakukannya? Dia sudah beristeri dan dia tidak sanggup menceraikan isterinya sekarang. Malah, dia tidak sanggup memberikan komitmen untuk beristeri dua. Papanya pula sakit dan dia tidak sanggup melakukan hal-hal yang menyakitkan hati papanya itu. Tetapi jika didesak, dia terpaksa menikahi Rozaila sebagai isteri kedua. Sanggupkah dia beristeri dua?
            “Kalau ada apa-apa berlaku kepada saya dan isteri saya, saya akan tanpa teragak-agak hendak melaporkan kepada polis! Ingat tu ya!” Kata Nukman Faris yang mengambil langkah berjaga-jaga. Rozaila ketawa.
            “You ingat I takut?” Nukman Faris angkat bahu. Dia tidak tahu sejauh mana keberanian Rozaila. Tetapi dia tahu gadis yang biasa di luar negara itu sangat berani. Dia pula berasa gerun kepada gadis itu.
            “Bukan masalahnya takut tapi akan I pastikan you akan masuk penjara jika you buat sesuatu yang menyakitkan hati I!” kata Nukman Faris. Dia dengar suara Rozaila ketawa.
            “I takkan takut dengan ugutan you! You yang sudah buat masalah dengan I!” kata Rozaila. Nukman Faris sudah berdiri. Sakit sangat hatinya kepada Rozaila.
 ***
Dia cepat-cepat balik ke rumahnya. Dia mahu menatap seraut wajah ayu milik isterinya itu. Kalau dia terpaksa tidur di atas toto pun malam ini, dia tidak berkira. Apa yang penting isterinya tidur sebilik dengannya.



HAPPY READING!