Wednesday, September 10, 2014

Novel Salwa Maisara Bab 16

Bab 16

“Haha! Tahu takut ya!” kata Syed Budriz yang sudah berdiri dan mentertawakan dia yang sedang terketar-ketar. Dia buka matanya perlahan-lahan. Dia mendapati tubuhnya masih lengkap berpakaian. Syed Budriz sudah keluar ke balkoni dan berdiri memerhatikannya dengan sisa ketawa yang masih ada.
            “Kurang asam punya mamat!” katanya marah. Dia pun berdiri dan bercadang hendak melarikan diri. Dia mencari beg tangannya. Dia mencari kasutnya. Dia ternampak kasutnya berdekatan dengan pintu bilik hotel itu. matanya liar memerhatikan kawasan bilik ini. Beg tangannya sahaja yang dia tidak tahu di manakah lelaki itu meletakkannya. Akhirnya dia duduk sahaja di bibir katil dengan tubuh yang masih menggeletar. Menggeletar dengan tindakan lelaki yang tidak senonoh itu.
            “Salwa, mari sini,” panggil Syed Budriz ke arahnya. Dia tidak menoleh. Sebaliknya matanya ditumpukan ke arah televisyen yang masih terpasang sejak tadi.
            “Salwa, nak abang angkat Salwa baru nak datang sini?” soal Syed Budriz lagi mengugutnya. Nasib baik lelaki itu masih bertimbang rasa. Perlahan-lahan dia mengangkat kakinya bergerak menuju ke arah lelaki itu.
            “Apa?” soalnya apabila dia sudah berada di pintu balkoni itu. pemandangan pantai yang indah sempat dinikmatinya. Namun cuaca sudah agak panas. Sejak semalam dia sudah menyimpan angan hendak berjalan-jalan di tepi pantai namun lelaki di depannya ini telah merencatkan tindakannya. Mahu sahaja dia ketuk  kepala lelaki ini.
            “Salwa selamat hari ini,” bisik lelaki yang sudah mendekati anak telinganya itu. Bulat matanya. Tindakan lelaki itu masih kekal dalam ingatannya. Dia hanya berserah. Berserah kepada Allah. Jika Allah mengizinkan, dia tidak mampu menolak. Namun Allah masih belum mengizinkan, jadi Syed Budriz mengendurkan niatnya. Alhamdulillah.
            “Syukur...” ucapnya menjeling lelaki yang sudah berdiri tegak itu.
            “Ya syukur kan,” kata lelaki itu seperti cuba mengusiknya lagi.
            “Abang mahu kita melakukannya dalam keadaan sama-sama rela dan saling menyayangi, dan bukannya dalam keadaan yang memaksa dan terpaksa kan?” kata lelaki itu. Dia angkat kening. Dia tidak mahu komen. Mata gatal lelaki ini tidak dipandangnya. Dia meluat melihat lelaki ini.
            “Saya nak keluar,” katanya. Telus, dia benci di sisi lelaki ini. Kalau boleh mahu sahaja dia minta pencerahan agar dia diceraikan oleh lelaki ini. Tetapi mengingati perkataan cerai yang sangat dibenci Allah dan menggegar tiang Arasy, maka dia mendiamkan diri. Apa salahnya dia bersabar dengan kerenah lelaki ini untuk sementara waktu lagi. Dia tahu, selagi lelaki ini belum melafazkan cerai, dia masih boleh bersabar. Tetapi jika lelaki ini sudah mahu membuangnya, maka dia harus akur, hubungan mereka sudah berakhir.
            “Keluar?” terdengar debaran jantung lelaki ini di sisinya, sama seperti debaran jantungnya juga. Apakah maknanya ini?
            “Ya saya nak keluar dari tempat neraka ini!” jawabnya dengan penuh berani. Ya ampun, beraninya Salwa Maisara. Sepatutnya dia hanya mengangguk. Bagaimana kalau lelaki ini semakin mahu mengganggunya lagi? Dia juga yang susah.
            “Keluar ya dari tempat neraka ini? ini bukan tempat neraka, ini syurga! Syurga kita sayang! Sayang tak bahagia kalau kita duduk sini macam suami isteri yang berbulan madu?” soal lelaki itu lagi. Wajahnya dan wajah lelaki ini sudah tinggal seinci sahaja lagi jaraknya. Tangannya sudah dipegang kemas. Bagaimana dia mahu melarikan diri sekarang ni?
            “Lepaskan saya boleh?” katanya termengah. Lelaki ini menggeleng. Dia pula semakin takut kembali seperti tadi. Hairan sungguh mereka berdua ini. Orang lain bernikah, penuh dengan kegembiraan tetapi mereka penuh dengan sengketa.
            “Nak lepaskan diri pula?” soal lelaki itu. dia angguk.
            “Kat sini lah kita, kan elok suami isteri yang baru bernikah duduk di hotel begini? Berbulan madu kan?” soal lelaki itu. mengalir air matanya. Bukannya gembira apabila disebut bulan madu. Sepatutnya memang seperti yang dia katakan tetapi mereka berdua lain. Lelaki ini tidak mencintainya dan dia pun baru mengenali lelaki ini. Dulu pernah juga mereka bertemu tetapi lelaki ini meminta dia larikan diri pada masa pernikahan mereka.
            “Tak elok kita begini! Kita bukan macam suami isteri yang lain bang,” katanya. Menggigil tubuhnya macam tadi. suaminya ini suka buat onar kepadnya. Dia sudah jelaskan lelaki tadi iaitu Indra Iskandar bukan kekasihnya tetapi suaminya ini tidak mahu percayakannya. Itu  yang menyakitkan hatinya. Dia hendak keluar dari sini tetapi dia tidak dapat keluar. Lelaki ini seperti hendak mengurungnya di sini.
            “Bagus kalau awak faham! Jadi harap jangan simpan harapan!” kata lelaki itu. Dia angguk. Dia tidak akan menyimpan harapan kepada hubungan mereka.
            “Saya faham! Saya takkan simpan harapan!” katanya mengangguk.
            “Jangan nak simpan apa-apa perasaan pada abang!” katanya. Dia angguk.
            “Jangan nak ulang-ulang cakap tu! Cukup sekali saya dah faham!” katanya.
            “Bagus!” kata lelaki itu lagi.
            “Jadi, untuk apa pernikahan kita ni?” soalnya tidak puas hati. Mungkin sebab lelaki ini tidak cukup kuat ajaran agamanya. Kesal dia. Mungkin lelaki ini sudah lama meninggalkan solatnya menyebabkan dia lupa akan ajaran agamanya.
            “Untuk apa awak tanya?” soalnya. Dia angguk sahaja. Malas dia mahu bercakap banyak dengan lelaki itu.
            “Untuk main-main aje kan?” soalnya agak keras.
            “Tak lah! Biarkan dulu hubungan kita begini. Saya tak sedia lagi nak ada komitmen dengan sesiapa buat masa ini.” Katanya. Kesal dia dengan sikap lelaki ini.
            “Baik, kalau abang tak sedia, apa kata abang dan saya berpisah sahaja?” pintanya.
            “Bercerai maksud awak?” soalnya. Dia angguk.
            “Tak, tak boleh. Susah kalau kita buat begitu.” Katanya. Di wajahnya terlihat kekesalan.
            “Jadi, untuk apa hubungan kita begini?” soalnya tidak puas hati. Tidak ada gunanya perhubungan mereka jika tidak ada keserasian.
            “Abang bebas buat apa yang abang suka jika kita tak ada apa-apa.” Katanya. Buntang mata lelaki itu.
            “Walaupun kita masih ada hubungan, abang masih boleh buat apa pun sesuka hati abang! Jangan nak ganggu hidup abang. Jangan nak kawal abang. Awak tak de hak ke atas abang!” kata lelaki itu. Sayu sekali dia. Memang dia tidak ada hak dan dia tidak pernah berniat hendak masuk campur apapun urusan lelaki ini. Dia tidak ada niat hendak mengawal hidup lelaki ini. Apa pun yang hendak dia buat, itu adalah haknya, dia tidak berhak.
            “Saya tak de niat nak ganggu hidup abang! Itulah saya cadangkan, kalau abang tak de perasaan kat saya atau apa, kita putuskan sahaja hubungan kita sampai di sini,” katanya tegas. Lelaki itu menggeleng.
            “Saya nak buat cadangan itu dan ini! Saya takkan dengar cadangan awak! Apa yang saya mahu awak ikut sahaja apa kata saya! Sekarang, awak duduk dulu di sini, buat masa ini. Saya tak tahu nak cari awak di mana nanti!” katanya. Permintaan ke arahan? Soalnya dalam hati.
            “Saya minta abang lepaskan saya dari bilik ni! Saya pun ada kerja nak buat. Saya pun dah habis cuti!” katanya memberikan alasan. Mahukah lelaki ini mendengar apa permintaannya?
            “Habis cuti?” soalnya seperti terkejut. ..
            “Kita pun sama, cuti kita seminggu lagi berbaki kan?” kata lelaki itu. Berkerut dahinya. Di manakah lelaki ini tahu?
            “Mana awak tahu?” soalnya.
            “Ikut logik aje.” Katanya sambil tersenyum menyengih. Bertambah kacak lelaki ini kalau dia tersenyum.
            “Tak! Esok saya akan kerja dah!” jawabnya. Lelaki itu ketawa. Besar suaranya memenuhi ruang bilik.
            “Jangan pandai nak menipu!” kata lelaki itu lagi.
            “Tak menipu! Jadi abang cuti lama ya?” soalnya.
            “Esok abang kerja. Awak duduk di sini.” Katanya. Dia termangu. Dia tidak mahu duduk di dalam bilik yang macam neraka ini. Duduk bersama lelaki ini sudah membuatkan dia rimas.
            “Tak nak! Jangan nak paksa orang!” pintanya lagi. Dia menjeling lelaki itu.
            “Apa?” lelaki ini kembali mendekatinya. Jantungnya kembali berdegup keras.
            “Jangan nak banyak songeh! Abang kata awak duduk sini!” katanya lagi membisik di telinganya. Tidak ada gunanya berbisik-bisik. Dia benci kepada lelaki ini.
            “Tak nak! Awak ingat saya ni kerbau, nak ikat-ikat saya di sini! Saya pun ada kehidupan saya sendiri!” jawabnya.
            “Awak jangan nak degil!” kata lelaki itu. dia termangu apabila lelaki itu sudah mengucup bibirnya. Tangannya menolak-nolak tubuh tegap lelaki ini. Namun, kudratnya tidak ada kekuatan untuk melawan tenaga lelaki ini.
            “Gila!! Abang lelaki gila!” katanya setelah lelaki itu melepaskannya. Lelaki itu sempat mengucup dahinya. Irama di dadanya Tuhan sahaja yang tahu.
            “Memang abang gila! Gila oleh permintaan awak!” jawab lelaki itu. Semakin dia panas.
            “Buat apa abang nak kurung saya di bilik ni?” soalnya berani-berani lagi.
            “Kita kan suami isteri!” jawabnya.
            “Suami isteri apa begini?”
            “Suami isteri cara kita sayang,” bisik lelaki itu yang sudah mendekatinya semula. Dia sudah duduk di bibir katil.
            “Baik abang lepaskan saya. Saya takkan ganggu abang.” Katanya.
            “Masalahnya, kekasih sayang akan ganggu awak. Itu yang abang tak nak lepaskan awak dari sini. Awak akan tinggal di kondominium abang nanti,” kata lelaki ini memberikan arahan lagi.
            “Tinggal dengan abang?” lelaki itu mengangguk.
            “Ya, jangan anggap kita akan hidup macam suami isteri yang lain. Awak jangan nak perasan-perasan ya. Awak bukannya taste abang!” kata lelaki itu lagi. Bagaikan bom meletup di kepalanya. Kata-kata itu sungguh menyakitkannya. Tahulah dia tidak mencintai dirinya tetapi janganlah sampai menghina dirinya. Aduhai, kenapa lelaki ini sungguh jahat hatinya?
            “Jangan anggap lelaki itu kekasih saya. Dia rakan sekerja saya bang!” luahnya. Lelaki itu ketawa lagi. Mentertawakan siapa? Bukankah dia mentertawakan diri sendiri.
            “Rakan sekerja yang ada hati nak menikah kan? Ya lah mula-mula kawan kemudian jadi kekasih dan lepas tu menikah!” katanya menuduh. Dia memang tidak ada perasaan dengan mana-mana lelaki sejak dia sudah sah mempunyai suami. Kenapa lelaki ini suka menuduh-nuduhnya?
            “Tak salah kan kalau abang pun memang ada hati nak ceraikan saya?” soalnya seperti menduga kesabaran suaminya sendiri. Lelaki itu ketawa.
            “Nak ceraikan awak? Since bila? Ada pernah abang sebut tak?” soal lelaki itu. memang dia tidak ada menyebut cerai. Tetapi jika tidak ada perasaan, pasti lambat laun hubungan mereka akan ke arah itu. dia yakin akan hal itu.
            “Tak tahu! Mana tahu abang ada niat!” katanya pula.
            “Abang takkan ceraikan awak sampai mati!” kata lelaki itu seperti menoktahkan hubungan mereka. Mahu sahaja dia meraung dengan kata-kata nekad lelaki itu. betapa nekadnya dan dia memang tidak ada harapan dengan orang lain. Aduh, sakitnya hatinya!
            “Abang kena tarik balik kata-kata abang!” katanya.
            “Tak, takkan tarik balik!” lelaki itu keluar ke balkoni semula apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dengan penuh gaya dia berjalan menuju ke balkoni. Ah, kenapa perasaannya berombak-ombak pula?
            Akhirnya dia duduk di atas kerusi itu dan melihat cermin. Bibirnya digosok-gosok perlahan-lahan seolah-olah hendak membersihkannya.
            Sepatutnya lelaki ini sudah menceraikannya. Dia bukan taste lelaki ini. Dia tahu dia tidak bernilai di mata lelaki ini. Ya Allah, alangkah sedihnya dia.

 ***
“Ya Sulaiman. Walaikumsalam.” Jawabnya.
            “Nanti kita jumpa, petang sikit.” Katanya.

            “Sekarang awak boleh bawa isteri awak ke mana-mana yang dia suka.” Katanya lagi. 

Thursday, September 4, 2014

Novel Salwa Maisara Bab 15

Bab 15

Salwa Maisara cepat-cepat bangun dari tolakan lelaki itu. Sungguh tidak berperikemanusiaan betul! Mahu sahaja dia ketuk kepala lelaki ini tetapi dia tidak mampu. Tenaganya mengalahkan tenaga gergasi. Kalau gergasi baik lagi! Ini tidak, dia ini bukan gergasi!
“Eh, apa yang awak nak buat kat saya ya?” soalnya bingung namun dia sempat bangun dan duduk dengan segera. Dia tidak mahu diperbodohkan oleh lelaki ini.
Kedengaran lelaki itu ketawa. Entah apa yang ada dalam hatinya. Semakin menyakitkan Salwa Maisara. Mahu sahaja dia menangis apabila lelaki itu sudah menindih tubuhnya dan memeluknya. Dia mahu segera keluar dari bilik yang bagaikan neraka itu. dia mahu keluar tetapi dia tidak mampu. Tangannya masih menolak-nolak di mana-mana tindihan lelaki itu. malah kalau boleh dia sanggup memukul lelaki itu jika dia bertindak lebih-lebih pula. Sakit benar hatinya.
“Awak tanya sayang, apa yang abang nak buat?” soalnya berbisik di telinganya. Tangan lelaki itu elok sahaja bertenggek di pinggangnya. Dia semakin cuak dan cuba menolak tangan itu. namun dia masih tidak mampu menolak tangan itu. bagai berhantu pula tangan itu!
“Lepaskan! Lepaskan saya!” jeritnya namun sebelah tangan lelaki itu cepat-cepat menutup mulutnya. Tahu pula dia malu! Memang dia sangat sakit hati melihat aksi tidak menentu lelaki ini. Baru semalam sahaja dia bercakap hendak tinggal asing-asing, sekarang dia sudah lain. Suka sangat berubah emosi lelaki ini mengalahkan emosi wanita! Sempat dia membuat analisis.
“Nak lepas buat apa sayang? Kalau terlepas lagi sayang, nak jumpa kekasih awal dan akhir lagi kan?” bertambah-tambah sakit hatinya. Mahu sahaja dia cekik lelaki itu jika dia mampu. Namun dia tidak mampu, dia bagaikan sudah tertambat oleh lelaki itu. Bahagian lehernya pula menjadi sasaran. Eh dia geli. Geli dengan bau rokok lelaki ini. Geli dia sungguh geli. Kalau boleh dia tidak mahu berdekatan dengan lelaki ini. Nafasnya membuatkan dia pengsan!
“Jangan buat tak tentu kat saya bang, tolong lah lepaskan saya! Kalau apa-apa berlaku kepada saya macam mana bang? Abang bukannya nakkan saya!” rayunya setelah puas berkeras dengan lelaki itu. tudungnya direntap dan terbuka. Rambutnya yang ikal hingga ke paras bahu itu sudah terburai. Bulat mata lelaki itu memandangnya. Malah, bilik yang samar-samar itu seperti menimbulkan aura romantik pula kepada mereka berdua. Tambahan pula bilik ini di hujung dan suasananya agak sunyi dan terpencil. Bagaimana dia hendak memohon bantuan?
“Nak lepaskan macam mana lagi ni sayang? Sayang ni dah begini, dengan rambut yang ikal mayang, cantik dan wangi! Macam mana nak lepaskan ni? Cuba cerita kat abang ni sayang. Hmm, memang menghairahkan seorang lelaki seperti abang, tambahan abang ni suami sayang, kan?” bertambah meremang bulu romanya menerima kata-kata lelaki di sisinya itu. Dia sengaja membelakangkan lelaki itu namun banyak hal pula yang dapat dia lakukan termasuk menarik tudung de salmanya yang agak simple itu.
“Eh, awak dah gila Budriz! Awak dah gila! Awak tak tunaikan janji awak! Awak dah gila!” suaranya hendak menjerit tetapi ditahannya agar lelaki itu tidak menutup mulutnya.
“Memang abang dah gila! Gila oleh sayang! Gila oleh kekasih sayang! Kekasih yang senang-senang nak dapatkan sayang dari abang! Dia nak bersaing dengan abang? Ayuh, langkah mayat abang dulu!” katanya. Lelaki ini bagaikan tidak siuman. Adakah dia dituduh berkekasih. Dia tidak ada kekasih. Jika dia ada kekasih dia tidak mahu ibu bapanya mencarikan dia jodoh. Dia tidak akan setuju!
“Awak lepaskan saya. Saya nak mandi! Badan saya melekit!” katanya memohon agar lelaki itu memberikan toleransi kepadanya. Namun lelaki itu semakin bertindak agresif pula. Sekarang tellinganya pula menjadi sasaran. Dia semakin kegelian dengan tindakan tidak wajar lelaki ini. Kemudian dia ketawa.
“Sayang, lepas ni kita mandi sama-sama ya sayang.” Bisiknya pula. Semakin dia ketakutan. Lelaki ini bukan boleh dibuat main. Memang dia semakin sakit dengan tindakan lelaki ini. Suami apakah yang dipilihkan emak dan ayahnya untuknya ini? Inikah suami dunia dan akhiratnya? Ah, dia tidak rela. Tetapi siapa dia untuk menolak segala keinginan lelaki ini? Namun dia sungguh, sungguh tidak rela.
“Budriz! Tolonglah saya...”
“Nak minta tolong apa sayang?” soalnya pula dalam keadaan seperti tidak sedarkan diri. Mahu sahaja dia pukul lelaki ini. Dia boleh sahaja bertindak tetapi apa yang dia dapat? Dosa besar? Atau akan diceraikan? Sekarang pun dia buang panggilan abang kepada suaminya ini lantaran bencinya dia kepada lelaki ini.
“Tolong lepaskan saya boleh?” soalnya memohon dengan baik. Dia sudah mahu menangis apabila tangan lelaki itu sudah merayap-rayap ke sana sini di sekitar tubuhnya. Dia semakin tidak sedarkan diri sedangkan dirinya mahu sahaja keluar dari bilik neraka ini.
“Lepaskan?” dia angguk dalam linangan air matanya. Dalam keadaan begini psti tidak ada sesiapa yang mahukan dirinya. Tangan lelaki ini terlalu gagah untuk dia kalahkan. Namun dia tidak suka dengan cara keganasan lelaki ini.
“Ya tolong lepaskan saya.” Ulangnya. Air matanya sudah bagaikan air sungai mengalir deras. Lelaki itu sudah memaksanya memalingkan wajahnya ke arahnya. Akhirnya mereka berbaring bertentangan mata. Dia terdiam bagaikan si dungu.
“Tolong abang juga. Abang nak ajar kekasih sayang tu. Jangan dia nak pandai-pandai ganggu isteri abang,isteri... faham? Jadi kalau dah jadi isteri, kena jalankan amanah kan? Layan suami kan?” matanya terkebil-kebil walaupun kemahuan suaminya tidak mungkin dia akan turutkan.
“Lelaki itu bukan kekasih saya,” jawabnya perlahan. Mahu teresak dia dengan tuduhan lelaki ini.
“Jadi, abanglah kekasih sayang kan?” dia diam. Hendak mengangguk tidak mungkin dia akan lakukan.
“Sayang?” soal lelaki itu lagi. Dia hanya menundukkan wajahnya. Lelaki ini sudah berani hendak membuka bajunya pula. Semakin dia berkeras mahu melarikan diri dari bilik neraka ini.
“Awak tak faham bahasa?” soalnya. Lelaki itu terdiam.
“Tak faham.” Jawabnya pula.
“Lelaki gila!” katanya dalam diam. Semakin dia marahkan lelaki itu semakin pula dia bertindak jauh. Akhirnya dia mendiamkan dirinya dan membiarkan sahaja perlakuan lelaki ini. Apa yang jadi, jadilah! Dia sudah malas mahu fikirkan! Akhirnya dia menutup mata!

Syed Budriz pula semakin teruja dengan isterinya.