Wednesday, March 11, 2015

Novel : Saat Cinta Membara Bab 1

Tajuk: Saat Rindu Membara!                            

Bab 1

“Izinkan saya ambil Mai sebagai isteri ya selepas kita habis belajar nanti,” mersik suara itu.Melamarkah atau bergurau tu?Lelaki ini biasa bergurau dengannya.Kenapa dalam remang cahaya matahari ini dia mahu bergurau? Apa untungnya?
            Dia pandang wajah lelaki yang selama ini sama-sama mendalami ilmu kedoktoran. Lelaki yang lebih tua setahun daripadanya itu dipandang selamba.  Ketinggian mereka agak sama. Mungkin lelaki ini beza dua tiga inci sahaja daripadanya.
            Apa yang terkenang di kepalanya ialah wajah sahabatnya Aliya Sofea yang terpisah sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ia ekoran ibu bapanya yang berkerjaya sebagai doktor kemudian memilih untuk bercerai setelah anak-anak kian membesar. Aliya Sofea lima beradik memilih untuk mengikuti emak mereka di Kuala Terengganu.
Sahabatnya Aliya Sofea menjadi pemurung. Sampai hari ini mereka terpisah.Semasa di tingkatan dua mereka ada bertemu. Aliya Sofea terbang semula ke negeri di bawah bayu. Hari ini Aliya Sofea memilih menjadi peguam. Pengajiannya akan tamat dalam setengah tahun lagi.
Sedangkan dia memilih menjadi doktor, ekoran darah yang mengalir dari nenek sebelah ayahnya yang merupakan seorang bidan pada zamannya dahulu. Ah, hidupnya ini aneh kadang-kadang. Sukar dia hendak menerangkan kehidupan ini.Atau, memang kehidupan begini?
Dua orang kawan baiknya memilih untuk memasuki dunia perguruan yang penuh cabaran.Dia tidak sanggup menjadi guru dalam situasi seperti ini.Namun menjadi doktor juga bukan pilihan sebenar tetapi mungkin inilah takdir dirinya.
“Mai, dengar tak ni?” soal Airil Amar semula. Airil Amar kawan baiknya di universiti sejak tahun pertama. Lelaki di depannya ini bercakap soal yang sangat serius tetapi dia masih boleh memikirkan kawan baiknya sewaktu di sekolah rendah. Memang dia bukan nak kahwinlah saat! Sebab takdirnya sungguh berbeza!
“Dengar!” jawabnya memandang jauh ke depan. Kosong pandangannya.Dia memang tidak mahu serius soal perkahwinan. Ah, kisah hidupnya terlalu panjang untuk dikisahkan. Hendak menambah cerita, dia semakin kusut.Tetapi dia buat-buat tenang dalam duka. Ha ha!
“Kenapa tak jawab?” soal Airil Amar yang sering menemaninya ke mana-mana. Mereka dikatakan belangkas di universiti ini. Dia bukan apa, dia memang sudah serasi dengan Airil Amar sejak tahun pertama di kolej perubatan ini. Tetapi kalau masuk ke hospital, mereka berlainan tugas walaupun sama hospital.
“Nak jawab apa?” soalnya seperti tidak tahu apa-apa yang dikatakan Airil Amar.Ia soal berat tetapi dia mahu ringankan hal itu. Panas telinganya.
Baru sahaja selesai menguruskan satu pembedahan, mereka singgah di café hospital ini sekejap.Tetapi lelaki ini sibuk pula hendak bernikah dengannya. Buat apa nak pilih dirinya. Di luar sana, ramai lagi gadis yang manis-manis yang menunggu Airil Amar.Dia bukan tidak sudi.
“Tak dengarlah tu!”Airil Amar sudah tarik bibir panjang. Dia tidak suka kalau orang lelaki merajuk. Buruk muka! Bisiknya sambil senyum sendiri.
“Dengar! Tapi, mana sesuai kita berdua ni! Macam enggang dan pipit, ha ha!” katanya ketawa selamba. Dia tarik senyum manis kepada Airil Amar. Airil Amar pula sudah memasamkan mukanya. Ada dia kisah?
“Awak ni kan tak ambil serius soal perasaan saya!” kata lelaki itu sudah agak tidak puas hati. Sebenarnya dia menjaga hati Airil Amar seperti mana dia menjaga hatinya. Kenapa pula lelaki ini mahu mereka bercinta sakan? Ah, kalau nak bercinta sakan mungkin bukan takdir mereka berdualah!
“Saya faham...” katanya perlahan. Namun perhatiannya sudah mengarah kepada peminat-peminat Airil Amar. Buntang mata kecil lelaki ini memandangnya.
“Faham apa? Kenapa cakap kita tak sesuai pula?” soal Airil Amar masih tidak puas hati. Perlukah dia terangkan?
Dia terkenang Asyifa Rania. Pelajar jurusan Kejuruteraan mekanikal itu menyukai Airil Amar.Malah ramai gadis menyukai Airil Amar Memang mantap mereka berdua.Seorang doctor dan seorang jurutera nanti. Dia bayangkan Airil Amar dan Asyifa Rania.
“Asyifa Rania…” usiknya perlahan.Terkenang Asyifa Rania gadis yang agak ranggi dan suka bergaya dengan aksesori yang menyakitkan pandangannya.Namun tidak semua orang tidak suka sepertinya.Kawan-kawan Asyifa Rania semuanya suka aksesori yang selalu dia kenakan.Contohnya anting-anting yang bulat dan agak panjang.Entah kenapa dia tidak suka.
“Kenapa dengan dia?” soal Airil Amar.Sekarang dia buat tidak tahu pula.Mereka ketawa.
Gembira sungguh mereka.Dia memang mahu sentiasa kelihatan ceria.Dia tidak suka dipandang sedih walaupun banyaknya kerjanya di hospital dan assignment yang menunggu untuk dihantar kepada pensyarah.Itu bukan dirinya.Kalau selalu sedih.
“Dia sayangkan awak Airil Amar!” katanya perlahan.Letih dia memujuk Airil Amar ini.Lelaki ini buat tidak tahu dengan kata-katanya.Asyifa Rania pun meminta dia memujuk Airil Amar agar menerima gadis ranggi itu.Susahkah bagi Airil Amar?
“Tak de maknanya! Saya sayangkan awak!” kata Airil Amar pula. Dia ketawa.
“Tak de yang lucu Maisara Hanis!” kata Airil Amar.Dia masih tersenyum.Kalau nak belah hatinya, lebih banyak yang tidak lucu dan berserabut tetapi dia tidak mahu dunianya sedih dan serabut.Dia mahu memilih kegembiraan dan keceriaan.
“Memang tak lucu tapi awak ramai peminat Airil Amar.Awak tak sedar?”Airil Amar tambah tarik muka masam. Dia pula semakin ceria.
Bukan apa, kalau sudah mereka bercuti semester dua bulan akan datang, dia akan kesunyian. Dunianya hanya di rumah bersama ibu dan ayahnya. Adik-beradiknya yang lain juga sibuk dengan dunia pelajaran masing-masing. Kadang-kadang hanya malam sahaja mereka bertemu.Itu pun sesekali kalau mereka balik dari asrama.
“Saya tak nak awak cakap pasal peminat Mai, saya nak awak!” kata Airil Amar menjurus kepada hubungan mereka yang dia bayangkan hanya sebagai sahabat atau kawan baik.Mereka bukan kekasih walaupun mereka selalu diejek sebagai belangkas.Itu tidak benar. Mereka hanya layak jadi sahabat. Sahabat baik!
Kenapa pula budak lelaki ini mahu memberatkan hubungan mereka kepada lebih serius?Mereka masih muda dan masih banyak tugas yang hendak dipikul dan kenapa hendak serius dengannya? Dan, dia memang tidak akan pernah serius dalam hubungan persahabatan mereka berdua ini. Sebab, ah, biarlah rahsia. Kata Siti Nurhaliza.
“Saya sayangkan awak seperti adik lelaki saya Amar! Asyifa Rania cintakan awak!” katanya menyebut nama gadis yang Airil Amar tidak suka.Mengelat wajah itu.Itulah hakikatnya.Mereka hanya sahabat. Ah sudah berulang kali dia tegaskan.
“Awak gembira kalau saya dengan dia?” soal Airil Amar serius. Dia diam. Sebak menggebu tetapi dia memilih senyum.Senyum itu lebih membawa erti daripada sebak atau menangis. Lagipun dia memang tidak ada perasaan lain kepada sahabatnya. Ah, sukar dia terangkan.
“Awak punya sukalah Amar! Kita tetap akan jadi sahabat!” jawabnya selamba. Muka Airil Amar masam lagi. Dia tahu dan nampak dari kaca mata tebal bakal doktor itu, singgah perasaan sedih dan marah.
Sedih kerana dia menolak cintanya dan marah kerana dia dipermainkan. Ah, memang, dia tidak akan mampu menerima cinta Airil Amar. Cinta Airil Amar terlalu agung dan suci.
‘Pergilah cari mana-mana gadis lain Airil Amar!’ Itu yang dia mahu cakap.Tetapi dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata itu dari mulutnya.Sebenarnya dia lebih suka berterus-terang daripada memendam.
“Macam mana saya nak cari mana-mana gadis lain Mai, kalau cinta saya ni untuk awak!” kata Airil Amar bersungguh-sungguh. Memang mahu berdegup jantungnya namun dia sabar.Dia memang tidak setaraf dengan Airil Amar.Dia anak perantau.Jauh merantau untuk menimba ilmu.
“Sudahlah kita bincang hal ini Amar! Kita masih muda.Kita masih belajar!” katanya memujuk lelaki muda di depannya. Sebenarnya hatinya parah. Tak perlu dia beritahukan kepada Airil Amar tentang hatinya.
“Jangan-jangan awak ni ada simpan kekasih kat kampung kan?” soal Airil Amar membuatkan dia tersentak. Sejak tadi dia tidak pedulikan ungkapan Airil Amar. Ah, tak usah disebutkanlah orang di kampung, malas dia mahu fikir.
“Perlukah awak tahu?” soalnya tegas. Terbuntang lagi pandangan tajam Airil Amar. Lelaki itu mengangguk. Dalam tajam tetap ada menariknya pandangan mata lelaki ini.
“Perlu...” jawab Airil Amar. Dia terdiam seketika. Dunia kedoktorannya di sini sudah memadai untuk dia melupakan kehidupan lampaunya. Kata-kata Airil Amar seakan-akan menarik dia untuk terus meniti detik-detik menyakitkan di kampungnya. Ah, sukar dia hendak menerangkan.
“Kalau perlu, nanti lah kita cerita panjang... sekarang ni tak de maknaya!” katanya memaku janji. Terpukau Airil Amar dengan kata-kata berisinya. Ah, tidak ada perlu diberitahu kepada kawan baiknya ini. Biarlah dia pendamkan sendirian. Itu lebih menenangkan jiwanya.
“Janji?” kata Airil Amar.
“Kalau saya baik hati saya akan beritahu awak nanti!” katanya.
“Wah, macam ada cerita tersembunyi pula awak selama ini!” kata Airil Amar. Dia diam. Sukar dia hendak berterus-terang. Cukuplah sekadar lelaki ini terlalu baik kepadanya selama ini. Selama lebih empat tahun mereka saling mengenali. Lelaki ini prihatin dan mengambil berat tentangnya. Tetapi itu bukan tiket untuknya berterus-terang seterang-terangnya. Kan...
“Itukah lelaki yang selalu menunggu awak di lobi asrama awak dulu?” dia bulatkan mata. Dia geleng.
“Tak de kaitan!” katanya. Airil Amar ketawa.
“Mari kita balik!” katanya perlahan.
Dia berlalu.Hari sudah petang.Dia mahu berehat sebab esok dia akan masuk ke bahagian wad pembedahan lagi. Dia terbayang kawan baiknya Nurin dan kawan-kawan serumahnya yang sudah masuk ke bilik masing-masing.
Dia jadi tidak sabar!