Saturday, March 21, 2015

Saat Cinta Membara Bab 4

Bab 4


“Assalamualaikum.” Dia memberi salam apabila dilihatnya ada Nurin menunggunya di ruang tamu. Wajah manis itu tambah manis saat tersenyum.
            “Walaikumsalam. Kenapa monyok aje ni?” soal Nurin Aninah. Dia tambah cuak. Bukan cuak kepada kawan baiknya sendiri. Inilah kawan baiknya walaupun mereka berlainan fakulti semasa di universiti. Namun Nurin Aninah yang banyak membantunya semasa di sini. Kawannya menyukat Bandar raya metropolitan Kuala Lumpur ini.
            “Mana ada... sakit hati jalan jammed... aku lupa solat Asar di hospital tadi.” Katanya. Terus masuk ke dalam biliknya. Nurin Aninah tersengih.
            “Takkanlah!” kata Nurin Aninah yang kehairanan melihatnya. Dia jeling kawan baiknya itu. Lalu dia cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.
            “Ape?” soalnya. Nurin Aninah geleng. Dia sudah mahu masuk ke dalam biliknya.
Sepanjang jalan lamaran kawan baik lelakinya itu menghantuinya. Beberapa tahun mereka bersahabat, dia tidak menyangka Airil Amar akan menyatakan jatuh cinta kepadanya. Mahu marah dan menyumpah seranah pun ada. Namun dia tidak sampai hati hendak menunjukkan kekasarannya kepada sahabat baiknya itu. Jadi, dia buat-buat tidak dengar sahaja.
Sasaukah budak lelaki kaca mata tebal itu? Kalau tak sasau apa? Ah, bingung dia.
            Memang dia tidak akan rela bercinta dengan sesiapa lagi sepanjang melanjutkan pelajaran di universiti Malaya ini. Kawan baik ibunya merata-rata di KL ini. Itu berita yang tidak baik yang dia ada.
Kalau hendak sebut satu persatu pun takkan tersebut. Mahu sahaja menukar kursusnya dan beralih arah ke university lain, siapa tahu kan? Ah tetapi dia memang tidak mahu berbuat begitu. Nanti tak berkat hidup, kata ibunya. Ayahnya pun sama. Satu kepada dengan ibu.
            Ah, solat dululah. Dia mengambil wudhuk di luar biliknya. Bilik utama di duduki oleh Nurin Aninah dan adik perempuannya. Dua-dua menuntut di universiti yang berlambak di KL ini. Bertuah sungguh Nurin Aninah. Dia pula tidak dibenarkan menyambung pelajaran di luar negara. Tapi kakaknya boleh pula kan? Tak adil dunia ini!
Ah, bukan tak adil dunia, ibu dan ayahnya yang tidak adil! Mungkinkah ada kebaikannya?
            Sedikit mengeluh tetapi dia cepat-cepat beristighfar. Tadi ibunya menelefon. Kedengaran telefonnya menjerit lagi. Ah, dia kelam kabut sekarang. Dia tidak boleh hendak menyambut panggilan sesiapa sekarang. Kalau budak lelaki kaca mata tebal itu yang panggil dia, ah biarkanlah... tapi macam mana kalau budak lelaki yang satu itu? Pedulikah lah dia... ada aku kisah!

 ***

“Apa hal kau macam orang lembik tak cukup makan ni?” soal Nurin Aninah tidak puas hati. Nurin Aninah kawan baiknya berasal dari Pahang itu. Sebenarnya, ibunya dan ummi Nurin Aninah memang sudah kenal agak lama. Dahulu keluarga Nurin Aninah pernah tinggal di negerinya.  
            “Cukup makanlah...” katanya lemah. Dia cubit lengan Nurin Aninah.
            “Kalau tak cukup makan, mungkin makan hati kat cik abang kat sana?” kata Nurin Aninah yang suka menyakatnya. Bulat matanya.
            “Sapa ni? Budak kaca mata tebal yang angkut buku tebal tu?” Nurin Aninah sudah ketawa besar. Dia turut tersengih.
            “Kau suka dia ya?” sakat Nurin Aninah lagi. Dia geleng. Mahu sahaja dia ketuk kawan baiknya ini. Nasib kawan baik. Kalau tidak memang dia akan ketuk.
            “Mana ada. Dia sedang cari jodoh tu.. kalau kau nak dia!” cadangnya kepada Nurin Aninah. Nurin Aninah pula buat muka kelat.
            “Siapa nak? Aku? Kirim salam lah!” kata Nurin Aninah. Dia ketawa lepas.
            “Siapa lagi? Takkan aku?” sahutnya. Nurin Aninah pula ketawa.
            “Ada lah chance kau nak putus hubungan dengan orang kat sana!” suka hati sahaja Nurin Aninah hendak mengenakannya. Langkah dulu mayat ibu bapanya kalau nak buat gila kat sini. Itulah pesan ibu bapanya.
            “Chance apa? Chance kena potong kepala?” soalnya pula. Nurin Aninah ketawa lagi. Suka hati benar dia ketawa dan mengetawakan dirinya.
            “Ya lah apa lagi. Peluang dah depan mata!” kata Nurin Aninah. Dia geleng. Kesal pun ada dengan apa yang berlaku. Pernah dia menyayangi seseorang dalam diam. Namun secara diam-diam sahaja. Sekarang lelaki itu sedang melanjutkan pelajaran di luar Negara. Hai, melepaslah dia.
            “Tak perlulah nak buat hal. Lebih baik diam-diam. Tumpu perhatian di hospital dan malam belajar. Kang kena dengan Doktor Wong yang garang.” Katanya. Kesal bertimbun namun dia tidak ada pilihan. Jodohnya sudah diikat mati. Ini semua gara-gara ibu bapanya dan ibu bapa lelaki di sana tu.
            “Ha ha! Tau kau takut ya!” kata Nurin Aninah. Dia senyum kelat.
            “Kan aku dah cakap. Budak kaca mata tebal yang selalu angkut buku-buku kedoktoran tebal-tebal itu adalah jodoh kau Nurin!” lengannya jadi mangsa cubitan Nurin Aninah. Sakit nya mengalahkan gigitan semut merah. Mahu sahaja dia balas balik namun Nurin Aninah sudah lari meninggalkan dia.
            “Esok aku beritahu kau nak kahwin dengan Amar ya!” katanya menjerit.
            “Tak masuk dalam buku senarai akulah!” kata Nurin Aninah menguatkan suaranya juga.
            “Eh, sombong!” ejeknya.
            “Mana ada! Kau yang sombong!” kata Nurin Aninah. Dia diam. Lalu turun ke tingkat bawah. Memang perutnya agak kebulur juga. Mana tau kawan baiknya sudah menyediakan masakan. Mana tahu!
            “Eh kau tak masak apa-apa Nurin?” soalnya membuka dulang merah jambu bulat itu.
            “Ada kat periuk tu. Malas aku nak angkat!” jawab Nurin Aninah. Dia sengih. Dia ni tahu membedal aje. Masak malas!
            “Pintar!” katanya. Dia mencedok nasi dan mengambil lauk tenggiri yang dimasak kari oleh Nurin Aninah. Nurin Aninah memang kawan baiknya yang suka memasak. Beruntung siapa yang dapat budak ni. Bisiknya.
            “Nurin, aku rasa elok kau ambil Amar tu. Dia sedang cari jodoh.” Juling mata Nurin Aninah melihatnya.
            “Dia nak kau! Bukannya aku!” jerit Nurin Aninah.
            “Kau gantilah aku! Sayang kalau kau tak kahwin dia. Kau ni pandai masak. Untung Amar kalau dapat kau!” sekali tangan kirinya menjadi mangsa cubitan maut Nurin Aninah.
            “Boleh tak sebut pasal boyfriend kau tu? Eh aku tak fikirkan kahwin saat inilah. Aku nak habiskan kursus aku. Aku nak sambung master lagi kalau aku dapat anugerah Dekan hujung tahun ni!” kata Nurin Aninah dengan gayanya yang tersendiri.
            “Ya lah tu!” katanya. Sedih pula dia. Dia tidak tahu apakah nasibnya selepas menamatkan sarjana mudahnya hujung tahun ini. Entah terus jadi penganggur atau apa? Tahun depan baru tahu keputusan di hospital mana dia ditempatkan. Dia memohon di Hospital Kuala Lumpur. Pandai-pandai aje dia kan! Kalau ibu bapanya tahu, apa yang mereka akan kata? Lelaki itu dia tak kisah!
            “Kau kenapa? Nak terus kerja lepas ni?” dia angguk. Kerja di KL nanti dia akan lebih gembira. Tidaklah setiap masa dia menghadap wajah kacak lelaki itu. Ah, tak kacak mana baginya. Wajah menyakitkan hamba! Bisiknya.
            “Ya lah. Beberapa tahun lepas tu baru aku ambil keputusan nak ambil bidang mana yang aku suka. Tapi aku suka bidang kewanitaan. Aku nak tolong wanita...” jawabnya pasti. Dia diam mengenang seorang mak ciknya iaitu adik kepada ayahnya meninggal dunia tanpa sakit yang lama. Doktor juga tidak sempat mengesan apa sakit mak ciknya itu. Kasihan. Sungguh dia sedih kehilangan mak ciknya yang baik hati itu.
            “Bagus! Kau ada matlamat hidup!” katanya. Dia angguk. Dia memang ada matlamat hidup. Ibu bapanya yang tidak faham akan cita-citanya.
            Sakit hatinya!