Thursday, April 23, 2015

Saat Cinta Membara Bab 11

Bab 11

Balik tergesa-gesa. Lelaki itu sudah belikan tiket baru untuknya. Namun mereka tidak balik sama-sama. Dia tidak mahu hendak balik bersama-sama dengan lelaki itu. Sakit hati. Beritahu nurin. Teringat Juriah yang masih mentah tetapi kuat menghadapi takdirnya.
“Saya nak balik Imran.” Katanya selepas mereka minum di restoran makanan segera itu. Pilihan makan lelaki ini memang tidak disukainya langsung namun dia sudah tidak mahu membantah. Biarlah lelaki ini memilih makanannya sendiri. Menurutnya dia tidak tahu di mana hendak mencari tempat makan yang baik di sini. Dia juga tidak berselera hendak menunjukkan mana-mana tempat kepada suaminya.
Tindakan Airil Amar masih menyebakkan hatinya. Dia tidak menyangka kalau sahabat baiknya selama ini akan berpaling tadah kepadanya. Sudah berpuluh missed call daripada Airil Amar di telefonnya namun dia buat tidak dengar.
“Nak balik mana? Bilik abang?” soal lelaki itu. Berdenyut jantungnya. Dia tidak mahu memandang wajah suaminya itu. Sejak tadi dia sudh tidak perasan yang mereka berpelukan.
“Taklah rumah sewa saya.” Jawabnya lesu. Lelaki itu menggeleng.
“Tak boleh. Abang ni datang sini semata-mata nak jumpa isteri abang, takkan nak biarkan abang sendirian pula. Hmm, lelaki tadi tu sapa bagi isteri abang ni?” soalan terakhir itu menambah denyutan di jantungnya. Lelaki ini agak bijak memerangkap dirinya.
“Dia tu kawan saya lah!” lelaki itu ketawa. Dia pula kecilkan matanya memerhatikan lelaki itu ketawa. Tahu sangat dia. Lelaki itu ketawa dibuat-buatnya.
“Kawan sampai masuk dalam bilik hotel sama-sama? Kalau dengan abang tak pelah, memang suami isteri. Ni pun isteri abang tak ikut abang ke bilik abang. Apa cerita sebenarnya ni?” soal lelaki itu. Dia diam. Mencari kekuatan.
“Apa cerita ni sayang abang Sara?” soalnya lagi setelah dia mendiamkan diri. Memang dia tidak kuat hendak menceritakan mengenai lelaki kaca mata tebal itu.
“Mana ada cerita! Saya kata dia kawan baik di U, awak tak faham?” katanya meninggikan suaranya. Memang sepatutnya dia tidak buat begitu.
“Faham? Mana abang nak faham.” Katanya pula masih berdolak dalik dengannya.
“Dia tu kawan baik saya. Dia tu dah nak perangkap saya! Samalah macam awak perangkap saya kahwin dengan awak dulu!” katanya mengenakan suaminya. Lelaki itu tersenyum. Kemudian lelaki ini memegang tangannya pula.
“Abang tak perangkap sayang. Abang beritahu ibu bapa abang mengenai sayangnya abang kepada sepupu abang sendiri dan ibu bapa abang ajukan kepada ibu bapa sayang. Mereka dah sepakat kahwinkan kita. Itu bukan cadangan abang.” Marak matanya. Semudah itu sahaja? Kemudian mereka dinikahkan?
“Itu bukan perangkap?” katanya lagi. Lelaki itu menggeleng.
“Memang dah jodoh kita sayang. Sekarang jawab soalan abang pula. Jangan nak asyik menyesal dengan jodoh yang telah tertulis untuk kita berdua. Kenapa sayang lebih percayakan kawan daripada suami sendiri?” ah, dia memang tidak ada jawapan untuk soalan itu. Dia memang kena minta maaf dengan suaminya.
“Awak, saya bukan isteri yang baik untuk awak. Kalau awak benar-benar marahkan saya, awak lepaskan saya. Lelaki tadi memang kawan baik saya tetapi bukan calon suami saya. Percayalah awak.” Katanya perlahan. Berkunang-kunang matanya. Bukan apa, air suam bertakung di matanya. Lelaki itu mengusap-usap tangannya. Apa kuasanya hendak melarikan tangannya dari tangan lelaki itu.
“Jangan cakap macam tu sayang. Abang hanya nak tahu. Salahkah suami sendiri hendak tahu mengenai teman isterinya?” dia menggeleng. Memang tidak salah sebenarnya. Namun, ia sudah membayangkan betapa buruknya sikapnya di belakang pengetahuan suaminya.
“Saya bukan isteri yang baik awak.” Katanya lagi. Lelaki itu menggeleng.
“Sayang, jangan cakap macam tu. Sayang isteri abang. Abang hanya nak tahu aje.” Katanya mengulangi kemahuannya dijawab.
“Dah saya beritahu. Terpulang sama ada awak nak percaya kat saya atau tidak. Lelaki itu memang kawan baik saya sejak di tahun pertama. Tapi saya tak pernah keluar berdua-duaan dengannya. Kami selalu berjalan dengan kawan-kawan perempuan saya. Entah tadi, apa yang merasuk saya, saya terus terima pelawaan dia.” Katanya menceritakan hal yang sebenarnya.
“Sebenarnya saya tak nak jumpa awak!” katanya pula. Wajah lelaki itu bertukar kelat.
“Saya tahu sayang tak sukakan saya tetapi janganlah sampai buat saya macam tu!” katanya. Dia menundukkan pandangannya.
“Saya minta maaf.” Katanya. Lelaki itu mengangguk.
“Abang percayakan sayang. Abang tahu sayang pandai jaga maruah abang dan diri sayang sendiri. Itulah yang menyebabkan abang sayangkan sayang sejak dulu. Jangan nangis lagi.” Katanya sudah mengusap air mata yang berlinangan di pipinya. Dia hendak mengelak tetapi dia tidak sampai hati.
“Kita baliklah sayang. Sebenarnya abang masih agak penat lagi baru sampai awal pagi tadi. Mari kita ke bilik abang.” Katanya. Dia mengangguk kali ini. Sebenarnya kalau diikutkan perasaannya dia tidak mahu pergi ke bilik suaminya. Namun apakan daya lelaki ini suaminya.

Mereka berjalan beriringan menunggu teksi di depan jalan ini.

Sunday, April 19, 2015

Saat Cinta Membara Bab 10

Bab 10

“Abang baru tiba di KL pagi ini. Abang akan ke rumah sayang.” Itulah bunyi sms suaminya. Ada dia kisah? Apa yang dia perlu buat? Takkan nak hubungi suami dan marah-marah. Memang lelaki itu nekad dan berani mati kali ini. Selama ini lelaki itu hanya mendiamkan dirinya. Paling-paling mengucapkan ucapan-ucapan penting dalam hidup  mereka. Sedangkan dia tidak pernah membalas mengenai ucapan lelaki muka beku itu. Pedulikanlah dia!
            ‘Aku nak ke mana ni? Patutkah aku tunggu suami atau ikut sahaja Airil Amar? Eh, tak patut betul lelaki ini tiba-tiba muncul dalam hidup aku! Kalau tak muncul kan bagus!’
Suaminya sudah sampai. Dia sengaja menghubungi Airil Amar yang dia sedia hendak bertemu dengan Airil Amar. Dia sengaja keluar dengan Airil Amar. Dia tidak tahu Amar hendak mmbawa dia ke mana. Apa yang dia tahu dia tidak mau bertemu dengan suaminya. Benci sungguh dia kepada suaminya sendiri. Panggilan suaminya tidak dijawabnya sejak semalam hingga pagi ini. Dia cepat-cepat menghubungi Airil Amar tatkala dia melihat teksi yang membawa suaminya itu. Ada dia kisah?
“Sara, hari ini saya nak bawa Sara ke satu tempat yang istimewa.” Kata Airil Amar. Bulat matanya. Tidak pernah dia lelaki kaca mata tebal ini membawanya ke suatu tempat yang istimewa. Benar. Seburuk-buruk dia pun tidak pernah dia keluar berdua dengan lelaki ini selama ini. Kenapa hari ini mereka berdua ini seperti buang tabiat pula?
Sebenarnya dia tidak pernah keluar dengan mamat kaca mata tebal ini. Rasa pelik pula dengan kebaikan Airil Amar pada hari ini. Takkan dia hendak cakap yang dia tidak mahu?
“Kita nak ke mana ni? Macam lain macam aje saya dengar Amar!” katanya  ada sedikit keraguan. Dia melihat-lihat ke belakang ketika dia menaiki Audi hadiah ibu bapa Airil Amar ini. Terasa bertuah dia.  
            “Kenapa macam ada hal aje ni? Asyik-asyik lihat ke belakang? Ada apa-apa yang saya tak tahu?” soal Airil Amar. Dia pandang ke depan semula.
            “Tak de apa-apa!” katanya. Rasa kasihan dan cuak pula dengan tindakannya sendiri. Rasa bersalalh pun ada. Kalau ibunya tahu entah apa yang akan ibunya katakan kepadanya. Jangan-jangan sebulan belum habis leteran ibunya. Takut pun ada dalam dirinya namun dia percaya kepada Airil Amar.
            “Kenapa muka macam pucat aje Mai!” kata lelaki kaca mata tebal di sisinya ini. Dia menggeleng lagi. Memang tidak ada apa-apa yang hendak dia cakap.
            “Kita nak ke mana ni Amar?” soalnya. Tidak pernah mereka berjalan berdua begini. Biasanya kawan baiknya akan menemaninya. Kali ini mereka hanya berdua. Macam rasa pelik pula dia kepada dirinya sendiri. Kenapa dia rela berjalan berduaan dengan budak kaca mata tebal ini?
            “Kita ke satu tempat yang tak pernah saya bawakan Mai. Nak pegi ke tak nak ni?” soal lelaki itu. Dia focus kepada pandangannya di depan.
            “Nak lah tapi ke mana? Saya tak biasa jalan dengan awak ni!” katanya.
            “Bukan selalu. Lagipun minggu depan kita dah nak cuti. Periksaan dah habis. Selepas ni pun belum tentu kita dapat nak keluar macam ni!” kata lelaki itu macam berdolak dalik pula. Dia diam. Ada betulnya juga.
            “Saya nak ke Australlia nanti!” katanya. Ibunya mahu melawat kakaknya yang belajar di situ. Dia dan adik-adiknya akan dibawa ke sana. Dan mamat muka beku itu pun akan dibawa. Aduhai! Dia tidak dapat membayangkan wajah lelaki muka beku itu kalau bercuti dengannya. Ayahnya yang berikan mereka hadiah. Eh, tak nak dia!
            “Oh bagusnya! Dapatlah bergembira dengan keluarga.” Kata Airil Amar. Lelaki ini tidak faham.
            “Awak pun akan berkahwin tak lama lagi!” katanya. Kenapa pula dia hendak sedih kalau lelaki muka beku ini nak kahwin? Biarlah dia.
            Mereka tiba di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur ini pada hari ini. Semakin dia rasa pelik. Seorang pekerja hotel sudah pun mengambil kunci kereta Airil Amar yang diparkirkan di depan pintu utama hotel itu.
            “Buat apa kat sini ni Amar?” Airil Amar tersenyum-senyum memerhatikannya. Dia sendiri sudah kehairanan.
            “Kita duduklah sini buat sementara. Bukan lama pun!” kata Airil Amar dengan suaranya yang agak berlainan. Matanya pun sudah tidak dapat ditafsirkan.
            Mereka terus masuk ke kawasan lift utama hotel itu. Kalau mereka hendak menjamu selera di hotel itu sepatutnya mereka. Dia masih tertanya-tanya ke mana lelaki ini akan membawanya. Kalau hendak ke restoran yang ada di hotel ini, ada berdekatan dengan lobi hotel ini. Tetapi sekarang mereka menuju ke mana.
            “Lepaslah Amar...” pintanya. Lelaki itu memegang lengannya dengan kuat. Kenapa mamat kaca mata tebal ini? Selalunya dia tidak begini! Apa sudah jadi ni?
            “Takkan tak boleh sekali sekala!” kata mamat kaca mata tebal ini. Dia diam. Nasib baik lengannya berlapis. Dia tarik nafas dengan perlahan.
            “Mana boleh...” jawabnya perlahan. Mereka sudah sampai di tingkat 11.
            “Ke mana kita ni?” soalnya.
            “Ada cafe di sini.” Dia kerutkan dahinya. Jarang ada kafe di tingkat 11 ini.
            “Awak nak bohong kan?” soalnya. Lelaki itu tersengih.
            “Kita minum kejaplah sayang...” jawapan Airil Amar itu mengejutkannya. Kenapa hendak bersayang-sayang pula dengannya? Lelaki ini sudah lupa kalau dia sendiri sudah mahu kahwin sebulan akan datang? Kenapa pula begini jadinya?
            “Minum? Bersayang-sayang? Awak ni dah buang tabiat?” lelaki itu ketawa. Meremang bulu romanya. Apa yang hendak dia lakukan ni?
            “Memang saya dah buang tabiat...” katanya selamba. Senyum gatal lelaki kaca mata tebal ini memuakkannya.  Bertambah kecut perutnya.
            “Saya nak baliklah!” katanya. Dia sudah memusingkan tubuhnya ke lift. Namun tangannya ditarik kasar. Terbuntang matanya. Ini ekoran engkar suami ke? Soalnya dalam hati. Kasihan pula kepada suaminya yang bersusah payah datang ke rumah sewanya. Di mana lelaki muka beku itu?
            “Nak balik ke mana?” soalnya.
            “Baliklah!” katanya. Lelaki itu senyum sinis. Lebih baik jumpa suaminya kalau begini. Dah tentu-tentu hubungan mereka sudah sah.
            “Buat apa nak balik, kita nak menginap di sini. Saya dah tempah bilik untuk malam ini. Mari tengok bilik kita, cantik tau!” kata lelaki itu lagi.
            “Menginap kat sini? Awak ni kenapa?” lelaki kaca mata tebal itu semakin menyebalkannya.
            “Ya menginap di hotel mewah ini mala mini dengan orang yang saya sayang. Tapi jual mahal sangat!” mahu sahaja dia menangis mendengar kata-kata lelaki kaca mata tebal ini. Selalunya dia tidak pernah begini. Apakah lelaki ini sudah buang tabiat?
            “Ya ke? Awak tempah dua bilik?” soalnya. Lelaki itu menggeleng. Semakin dia cuak.
            “Tak, satu bilik.” Katanya selamba. Terkejut dia. Takkan mereka hendak tidur sebilik.
            “Sebilik aje?” soalnya. Lelaki itu mengangguk.
            “Ye.” Jawabnya.
            “Awak ingat kita ni muhrim yang awak nak menginap dengan saya ni? Awak dah tak sedar hukum? Dan awak tak sedar yang awak nak kahwin dengan gadis pilihan mama awak?” soalnya mengingatkan lelaki kaca mata tebal itu. Lelaki itu menggeleng. Mungkinkah dia kesal dengan pilihan mamanya?
            “Bukan saya tak sedar akan hokum. Saya sedar tapi... saya memang cintakan awak. Dan, sebenarnya saya dah lama cintakan awak, bukan sekadar bff seperti anggapan awak! Takkah awak faham perasaan saya selama ini?” soal lelaki itu menakutkannya. Memang dia tidak mahu hubungan mereka akan sampai begini. Dia tidak pernah cintakan lelaki ini. Tidak pernah! Apatah lagi sampai nak tidur sebilik! Oh tidak!
“Tak nak! Saya nak balik.” Lelaki itu ketawa. Semakin menyeramkan sengihnya. Mahu sahaja dia berlari balik ke luar dari kawasan itu. Kawasan itu juga agak sunyi.
            “Buat apa nak balik. Malam ni saya nak meraikan hari saya dengan orang yang saya cinta!” katanya perlahan membisik di telinganya dan cuba memeluk tubuhnya. Bertambah meremang bulu romanya. Lelaki ini memang sudah gila. Tidak dia sangka lelaki ini mahu bertindak gila kepadanya.
            “Betul, malam ni kita menginap di sini.” Katanya lagi dengan membisik.
            “Apa awak nak buat?”
            “Takkan tak tahu... we make love..” bulat matanya. Mulutnya terlopong.
            “Kalau awak tak nak minum dulu ayuhlah kita masuk ke bilik yang saya tempah tadi. Special tahu!” katanya memeluk tubuhnya. Dia meronta ingin keluar dari bilik yang memangnya dihias indah itu. Namun dia ingin keluar dari situ.
            “Kenapa ni Mai?” soalnya seolah-olah tidak ada dosa. Kedengaran bunyi ketukan di bilik.
            “Hai, sapa pula nak ganggu bulan madu aku ni!” rungutnya. Pelukannya dilepaskannya. Dia lega. Dia bersedia hendak keluar. Lelaki itu membbuka pintu.
            “Sara!” kedengaran suara yang memangnya dikenalnya.
            “Imran!” katanya mendekati pintu. Dia terus meluru kea rah suaminya. Dia terus memeluk tubuh suaminya itu. Selama ini dia tidak pernah berbuat demikian. Dia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan suaminya. Inilah akibatnya kalau engkar suami.
            “Imran kenapa awak ke sini?”
            “Apa awak buat kat sini?” soal lelaki itu dengan muka masam mencuka. Dia diam dan sudah menangis di dalam pelukan suaminya.
            “Apa awak buat kat isteri saya ni?” soalnya kepada Aiiril Amar. Airil Amar tergamam mendengar soalan Imran Omar itu. Imran Omar terus sahaja menumbuk mukanya.
            “Ha, ini baru tumbukan welcome ya!” kata Imran Omar yang sudah menarik isterinya. Airil Amar meraba-raba mulutnya yang sudah berdarah. Dia tahu suaminya ada  sijil Taekwando tali pinggang hitam.
            “Jangan nangis sayang.” Kata Imran Omar yang sudah memujuknya.
            “Maafkan saya, ampunkan saya Imran.” Katanya teresak-esak.
            “Jangan nangis. Abangkan ada.” Pujuknya lagi. Mereka terus meninggalkan Airil Amar yang cuba berniat tidak baik kepadanya.
            “Maafkan saya...” katanya lagi. Dia tidak mahu mengikuti ke mana Imran Omar pergi. Setelah sedar dia berada di dalam pelukan suaminya, dia berdiri sendiri. Dia terasa malu lagi kerana tidak sedar memeluk suaminya.
            “Nasib baik abang ada ikut Sara tadi. Kenapa Sara tinggalkan abang? Kan kita dah janji? Tak pe mari kita tinggalkan tempat ni!” katanya. Mereka bergerak laju menuju ke lift. Tangannya dipegang kukuh oleh lelaki ini. Mahu sahaja dia menarik semula tangannya.
            “Maafkan saya...” katanya. Dia tidak terkata apabila disoal begitu. Dia sendiri juga yang berniat jahat tidak mahu bertemu dengan suaminya sendiri. Inilah padahnya kalau lebih mempercayai lelaki lain yang kononnya bffnya. Sekarang siapa yang menanggung malu?
            “Nanti kita bincang... mari kita naik teksi tu. Teksi tu dah tunggu kita.” Katanya. Mereka sama-sama menuju ke teksi itu.
            “Ya, saya minta maaf.” Katanya lagi. Hanya maaf sahaja yang mampu dia ucapkan. Memang dia sudah berasa bersalah kepada suaminya sendiri. Kesal sungguh dia. Selama ini dia tidak pernah mempedulikan suaminya ini.


Thursday, April 16, 2015

Saat Cinta Membara Bab 9

Bab 9

Hari peperiksaan bakal tiba.

“Doakan saya berjaya ibu. Doakan yang terbaik ya ibu.” Itulah pintanya sewaktu dia hendak menduduki peperiksaan akhirnya di universiti ini melalui talian pintar. Selepas ini dia akan menunggu panggilan di mana dia ditempatkan.
            “Ibu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu,” jawab ibunya dengan penuh perasaan. Syahdu dia rasa. mahu menangis pun ada. Dia bersyukur.
            “Terima kasih ibu. Selama ini ibu banyak membantu saya. Moga ibu pun mendapat yang terbaik. Kirim salam kat ayah ya ibu!” katanya.
            “Itu tugas ibu sebagai ibu kepada Sara. Tugas Sara ialah belajar dengan sungguh-sungguh. Ayah pun kirim salam. Dia pun rindu kat Sara.” Kata ibu. Aik, dia tidak cakap rindu pun ayahnya dah cakap rindu? Eh, memang ada perasaan dia dengan ayahnya.
            “Ya ibu, kirim salam rindu kat ayah.” Katanya.
            “Tak kirim salam rindu kat suami?” soal ibu yang menukarkan ketenangannya jadi kebingungan. Apa yang dia hendak jawab? Ibunya suka benar mempermainkannya. Ah, pernikahan ini bukan sebuah permainan. Pernikahan ini telah menyebabkan perubahan status dalam dirinya.
            “Mana-mana ibu aje!” jawabnya. Dia bulat mata mengingati lelaki yang selalu menyakiti hatinya. Sejak sekolah lagi hatinya tidak tenang mengingati tingkah laku lelaki yang suka mengada-ada itu.
            “Baiklah nanti ibu beritahu dia yang Sara kirim salam rindu kat suami!” kata ibu. Mahu sahaja dia menjerit namun didikan ibu bapanya yang agak penuh disiplin menyebabkan dia mendiamkan diri. Kalau dia jawab banyak pula tazkirah ibunya nanti.
            “Tak payahlah lah ibu!” jawabnya.
            “Hubungi lah suami Sara tu. Minta dia doakan Sara. Doa suami lebih makbul Sara.” Nasihat ibu. Tidak pernah nasihat ibunya ini. Namun entah mengapa semakin dia sakit hati.
            “Tengoklah ibu kalau saya senang!” katanya perlahan. Sayu kedengaran.
            “Jangan main tengok pula. Nanti ibu suruh dia kol Sara.” Jawab ibu  memberi cadangan. Dia tahu ibunya banyak memainkan peranan antara penyatuan dia dan lelaki itu. Malas dia mahu cakap. Mungkin pandangan seorang ibu banyak kelainan dengan dirinya. Namun dia tetap memberikan kata dua kepada lelaki muka beku itu.
            “Tak perlu ibu.” Katanya. Saranan ibu tidak dapat dia terima.
            “Ya lah. Pandai-pandailah beritahu suami dan minta reda dia.” Kata ibunya. Mahu mengalir air matanya dengan saranan ibunya.
            “In sha Allah ibu.” Ia sebagai janji. Ya sebuah janji    .
            “Dah sediakah dengan peluru?” soal ibu pula.
            “In sha Allah ibu.” Jawabnya lagi.
            “Baik-baik Sara, jaga kesihatan jaga diri untuk ibu bapa dan suami.” Eh pesanan ibunya memang pesanan yang boleh membuatkan dia pengsan!
            “Terima kasih ibu.” Sebenarnya sakit benar hatinya memikirkan suaminya itu. Entah apa yang menyebabkan takdir hidupnya berubah dengan lelaki itu.
Ah, sukar sekali hidupnya!


Sunday, April 12, 2015

Saat Cinta Membara bab 8

Bab 8


“Maisara Hanis! Kalau time macam ni don’t waste my time! You have to focus!” kata Doktor Maimunah di hadapan pesakit mereka. Dia pandang Doktor Maimunah dengan kepala terangguk-angguk. Ini semua memang lelaki lagak macho itu yang punya hal!
Kalau dia tidak memberitahunya yang dia akan datang hujung bulan ini selepas peperiksaan finalnya, memang dia tidak akan terlalai termenung di depan Doktor Maimunah. Memalukan sungguh!
            “Saya dok!” jawabnya perlahan. Mukanya sudah merah. Dia tidak ada alasan hendak membela dirinya.
            “Ini untuk pemarkahan awak yang terakhir. Jangan nak buat hal dengan saya!” kata Doktor Maimunah seperti mengugutnya. Matanya sudah membesar macam mata helang hendak menangkap mangsa. Benar juga pesanan Airil Amar tadi.
            “Maafkan saya dok!” katanya. Para jururawat hanya berbisik-bisik dan menjeling-jeling ke arahnya. Apa yang dia mahu buat? Tadah telinga ajelah!
            Setelah tamat pemeriksaan semua pesakit, Doktor Maimunah menemuinya di kaunter tempat jururawat bertugas. Mereka lebih agak privacy.
            “Benarkah awak bercinta? Prestasi awak merosot sejak seminggu dua ni! Desas-desus ada mengatakan yang awak sedang dilamun cinta sekarang ni!” kali ini Doktor Maimunah memang benar-benar membantainya.
Kisah Airil Amar melamarnya baru sahaja dalam seminggu ini. Kenapa seminggu dua? Bertambah merah membara mukanya. Eh, siapa yang terlalu penyibuk menghamburkan ceritanya? Kalau Doktor Rahmat tidaklah sesibuk doktor wanita ini.
Doktor ini baru sahaja mendapat anugerah Akademik baru-baru ini dari Kementerian Kesihatan kerana sumbangan tugas dalam bidangnya. Sehebat anugerah itukah penyelianya ini? Soalnya dalam hati.
“Mana ada dok, siapa yang sebar maklumat yang tak betul?” soalnya memberanikan diri. Memang Airil Amar yang dituduh. Wargh!
“Saya tak marah kalau awak nak bercinta atau nak kahwin kah Maisara tapi jangan buat macam tadi tu depan saya! Awak termenung seolah-olah dilamun cinta dan awak hampir tertidur! Dahsyat awak ni!” kata Doktor Maimunah. Dia tunduk. Sekali lagi lelaki lagak macho itu yang dia salahkah!
“Maafkan saya dok!” sudah berulangkali kata maaf lahir dari mulutnya.
“Maaf...maaf...maaf! maafkan takkan dapat mengubah markah yang akan saya key in untuk markah terakhir awak!” kata Doktor Maimunah. Mahu sahaja dia menangis. Ini bermakna dia perlu berusaha keras lagi untuk peperiksaan nanti. Banyak markah terkurang pada nilaian Doktor Maimunah yang cerewet ini.
Ah dasar mata helang! Suka ambil tahu dan besarkan kelemahan orang!
“Ya dok!” jawabnya. Apa lagi yang mampu dia buat? Itu sahajalah!
“Bagus! Kalau nak kahwin nanti jemput saya!” dia picingkan matanya. Dengan siapa lalgi dia nak kahwin?
“Kahwin dengan siapa dok?” soalnya. Doctor Maimunah tersenyum manis.
“Hai, siapa lagi? Bukankah dengan Airil Amar tu! Memang bagus budak tu! Mak ayah dia saya kenal. Kalau nak Tanya-tanya latar belakang dia, saya boleh beri bantuan!” tersengih-sengih macam kerang busuk Doktor Maimunah. Terkejut katak dia. Kenal dengan ibu bapa Airil Amar?
“Tak dok. Dok ni salah anggapan ni! Kami kawan baik aje!” katanya menafikan ura-ura itu.
“Memang saya dengar juga yang ibu bapa Airil nak jodohkan dengan gadis lain tapi kalau jodoh kamu berdua kuat, tak de masalah!” kelat wajahnya. Tidak sesekali dia ada lesen untuk menikah dengan Airil Amar. Orang hanya memandang keakraban mereka tetapi tidak mampu membaca dalaman mereka. Kesal dia.
“Tak de dok. Kami hanya kawan baik sejak dulu!” nafinya lagi. Bulat semula mata doctor yang hampir seusia ibunya itu. Sayangnya doctor ini belum berkahwin.
“Tak bercinta? Jadi yang awak termenung tadi tu, angaukan siapa?” soal Doktor Maimunah semula. Bergegar lututnya mendengar suara kuat doctor wanita ini.
“Ya saya tak bercinta!” katanya. Ini semua gara-gara lelaki muka beku itu. Kalau tidak tiada beritahu nak datang memang dia akan segar bugar pagi ini. Eh, geramnya.
“Jadi?” soal Doktor Maimunah.
“Semalam saya sibuk siapkan assignment yang banyak dok!” jawabnya tergagap-gagap.
“Baiklah, saya pergi dulu!” kata Doktor Maimunah mengangkat fail kecil di tangannya. Dia urut dada. Lega dengan apa yang baru berlaku. Jururawat-jururawat pelatih sibuk menjelingnya.
Ada kukisah?
“Wah bukan main lagi awak kena siasat doctor!” kata jururawat yang agak muda daripadanya. Juriah. Memang dia agak lama kenal dengan jururawat pelatih itu.
“Macam-macamlah, silap skit pun nak soal macam polis nak tahan penjenayah di Tanduo!” jawabnya. Mereka ketawa sama-sama.
“Tak pe! Apa yang penting doctor sudah terus-terang dengan dia!” dia angguk. Tetapi mengingati lelaki lagak macho nak datang ke rumahnya, dia memang tidak tenang! Sejak semalam dia tidak ada ketenangan lagi!
“Jue, awak dah kawin?” memicing mata Juriah.
“Kahwin?” dia angguk.
“Belum!” jawab gadis muda itu.
“Belum? Kenapa?” soalnya.
“Doktor sudah kahwin?” dia diam.
“Diam tandanya sudah!” kata Juriah menyakatnya pula. Dia pandang muka Juriah yang cantik bersolek. Bukan macam dia siap bersolek nipis sahaja. Asal ada bedak dan gincu dia sudah siap berdandan. Juriah dan jururawat lain agak lebih advance dalam berdandan berbanding dirinya.
“Kenapa awak tak kahwin?” Juriah tepuk dahi.
“Tak tahu?” dia geleng.
“Saya gadis miskin doktor. Saya diamanahkan membantu ibu saya membiayai dua orang lagi adik saya masih sekolah. Ayah sudah meninggal dunia, jatuh bangunan!” jawab Juriah. Bulat matanya.
“Kasihannya.”
“Ya begitulah hidup kami!”
“Tabahnya awak. Saya simpati!”
“Hidup kena diteruskan walaupun sepahit mana kehidupan.” Dia bagaikan terkena ajar oleh kehidupan Juriah. Selama ini dia rasa dia yang paling derita. Derita dalam kehidupan. Rupanya ada lagi yang lebih derita. Mahu sahaja dia menangis.
“Kita cerita lagi nanti!” katanya. Selepas ini dia akan pergi ke bahagian wad kecemasan pula. Minggu depan hari-hari terakhirnya di hospital ini.


Thursday, April 9, 2015

Saat Cinta Membara Bab 7

Bab 7


“Semalam, saya kol awak balik-balik! Tak dapat! Kenapa? Selalunya line awak clear aje. Apa hal ye?” soal Airil Amar. Bulat matanya. Apa lagi yang mamat kaca mata tebal setebal cermin ini mahu? Soalnya dalam hati.
            “Apahal ni? Kan awak dah kol semalam? Takkan nak kol balik-balik!” mamat ini picingkan mata. Salahkah cakapnya? Geram dia. Sudahlah dia serabut dengan kisah suaminya sendiri. Sekarang si mamat kaca mata tebal ini pula turut menyibuk! Tambah dia geram.
            “Dah kol?” soal mamat ini pula. Dia angguk. Sudahlah banyak kerja-kerja yang dia kena habiskan pagi ini. Doctor pakar lagi akan menyelia kerjanya pagi ini. Lelaki kaca mata tebal ini pula sibuk dengan soalan-soalan hitnya.
            “Ya! Kan awak dah kol semalam? Apa lagi yang kurang? Penjelasan saya tu tak jelas?” soalnya pula. Darjah suaranya naik setingkat lagi.
            “Memang ada lagi yang saya nak tanya.” Jawabnya. Dia mahu aje cekik lelaki ini. Pening dia. Peningnya semalam pun belum habis lagi. Ini pula pening pagi ini.
            “Maaflah  Amar. Saya ada perbincangan dengan ibu.” Jawabnya mudah. Ia tidak mengelak pelbagai spekulasi yang akan timbul selepas ini.
            “Dahsyatnya ibu awak! Sampai lama begitu dia nak cakap dengan awak?” soal Airil Amar. Panas telinganya. Memang lah ibunya tidak pernah menghubunginya selama itu. Eh lelaki lagak macho punya pasal terpaksa dia jual nama ibunya. Selepas itu dia matikan telefon pintarnya, baru dia puas hati. Putus hubungan dengan dunia luar.
            “Hmm, begitulah kalau ibu yang rindukan anaknya!” jawabnya. Bulat mata mamat kaca mata tebal itu. Dia pula semakin rimas ditanya-tanya mengenai dirinya. Bukan apa, dia tidak mahu mamat ini terlalu menyibuk mengenai hal dirinya.
            “Bukankah bulan lepas baru aje ibu dan ayah awak datang, kenapa tak habis rindu lagi?” soal Airil Amar. Terbuntang matanya. Dia angkat kaca matanya sendiri untuk memberi perhatian dan memikirkan kebarangkalian kata-kata Airil Amar.
            “Eh, dah dua bulanlah! Bukan bulan lepas! Hari tu masa bulan September tu! Masa aku ulang tahun,” jawabnya membetulkan fakta yang salah itu. Airil Amar garu kepala.
            “Ya kan! Tapi nak cakap apa lama-lama! Takkah panas telinga awak tu Mai!” jawab Airil Amar. Mukanya sudah panas. Mungkin sudah merah macam buah epal. Ah, lantaklah!
            “Kami kan rapat!” katanya sambil tersenyum menutup kemarahan kepada suaminya sendiri. Menghubunginya setelah sekian lama mereka tidak bertemu.  
            “Oklah Amar. Nanti petang lah kita sambung lagi. Banyak pula kerja saya di wad perempuan hari ini! Doktor Maimunah pun nak datang tengok, tu yang saya tak selesa!” katanya menjeling jam emas di tangannya.
Jam ini hadiah sempena hari lahirnya yang lalu. Hadiah daripada lelaki lagak macho itu. Ibu yang sering mengingatkannya agar memakai jam tangan hadiahnya ini.
Mahu tak mahu terpaksa dia pakai. Memang dia suka dengan pattern jam ini. Mungkin emaknya yang memberitahu lelaki itu akan kesukaannya. Ah dia pengumpul jam orangnya. Apabila diberikan jam tangan, memang mengena di hatinya.
Oh lupa, bulan depan dia tidak akan pakai lagi jam ini. Dia akan simpan baik-baik dalam almarinya!
“Baik-baik ya. Doktor Maimunah tu cerewet orangnya. Kalau silap sikit pun banyak markah yang dia kurangkan! Itu yang aku tak suka!” kata Airil Amar. Dia tahu akan hal itu. Doctor Maimunah tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun. Itu yang dia fahami.
“Ya saya tahu. Itu yang saya kena banyak perbincangan dengan jururawat dan pesakit kalau sempat! Kalau tak sempat, memang nasib badanlah!” jawabnya. Airil Amar menanai fail dan buku tebalnya.
“Jumpa nanti!” kata Airil Amar melambainya.
“Tata!” katanya membalas lambaian lelaki kaca mata tebal itu. Dia mengurut dada. Lega dengan apa yang berlaku. Soalan lelaki itu memang soalan cepu emas. Airil Amar macam nak spy dia pula! Eh, macam lah dia suka!
Dia hanya memandang sehingga bayang lelaki itu hilang dari pandangan.



Wednesday, April 8, 2015

Salwa Maisara Bab 27

Bab 27

“Eh, kenapa sayang tidur kat bawah? Berlapikkan sejadah pula tu!” kata Syed Muhammad Budriz apabila dia tersedar dari tidurnya. Dia cepat-cepat bangun dan mengangkat isterinya ke katilnya. Sejak tadi isterinya ini menjauhkan diri daripadanya. Apa yang berlaku? Takkan takut kerana dia memeluknya tadi? memang dia kena memeluk isterinya ini, kalau bukan dia yang peluk siapa lagi? Kalau dia bukan peluk isterinya siapa lagi yang hendak dipeluk? Takkan nak peluk batang kayu pula kan!
            “Luasnya katil ni! Boleh-boleh awak tidur kat bawah ni! Sejuk tahu tak!” kata Syed Muhammad Budriz. Salwa Maisara memang sudah tidak sedarkan diri. Walaupun dia angkat ke katilnya ini, Salwa Maisara tetap tidak bergerak. Memang sah tidur mati!
            “Kenapa ni? Merajuk ke ni? Takkan abang peluk sikit tak boleh!” soalnya. Apa yang mama cakap kepada isterinya ya? Dia mengambil telefonnya. Tadi dia sedar ada bunyi di telefonnya tetapi dia biarkan. Mencari teman wanitanya, dia sudah lelah. Gadis itu menghilang entah ke mana. Biasanya, elok sahaja dia bertemu di kedai makan atau di mana-mana yang mereka suka. Tetapi sudah tiga malam dia tidak mendengar suara gadis manis itu. Ada rindu, ada kasih yang tertinggal.
            “Kekasih merajuk, isteri pun merajuk! Macam mana ni!” katanya sendirian. Dia garu kepalanya yang tidak gatal.
            “Ada mesej!” katanya.
            “Siapa?” soalnya dalam hati.
            “Natallie?” katanya. Memang dia teruja melihat mesej gadis itu. Dia membaca satu persatu mesej itu.
            “Kenapa cari saya? Saya kan di Indonesia!” kata Natallie Juliana. Dia terus mendail nombor gadis itu. Namun dia hampa, dia hanya disambungkan kepada peti suara. Gadis itu masih tidak dapat dihubungi. Tetapi kalau dia tahu gadis itu di Indonesia, oklah tu. Tetapi dia masih tidak puas hati dengan pemberitahuan gadis itu. Dia mahu bertemu dengan gadis itu macam sebelum dia menikah dahulu!
            “Masalah! Mama dah berikan dia masalah! Masalah syarikat lagilah masalah besar! Tapi masalah dengan isteri lain pula halnya!” rungutnya.
            “Kenapa dia ditakdirkan kahwin dengan gadis di sisinya ini?” dia memang tidak rela. Akibatnya dia macam kayu ketika mereka bernikah dahulu. Dia memang tidak suka diatur-atur. Tetapi ibu bapanya ini agak pandai juga memujuknya.
Kalau dia tidak mahu kahwin, separuh daripada harta yang akan diwariskan kepadanya akan diserahkan kepada beberapa buah yayasan rumah anak yatim. Ah, kalau dia yang jenis pemurah dan pemberi, biarlah harta itu digunakan untuk kebajikan. Tetapi, dia bertindak untuk setuju. mamanya pun ada agenda tersendiri yang dia tidak tahu. Pandai sungguh!
Dia pandang wajah Salwa Maisara yang tidur pulas itu. Wajah itu putih bersih dan agak cantik. Memang cantiklah gadis ini. Ya memang gadis lagi. Alis matanya tebal dan terbentuk elok sahaja di atas matanya. hidungnya tidak berapa mancung tetapi tetap elok dipandang jika bersama dengan matanya yang bagaikan ekor sirih dan bibirnya yang mungil. Dia tepuk dahi.
‘Ah, sudah! Dia sudah menelek-nelek wajah cantik isterinya ini. Tidur elok dengan mengenakan pula bertelekung. Ketika gadis ini solat, dia sudah tertidur. Dia juga agak keletihan. Entah esok atau lusa dia akan membawa isterinya balik ke rumah ibu bapanya di Pahang. Terasa janggal pula dia hendak balik ke negeri isterinya itu. ah, kerana gadis ini sudah menjadi isterinya, tidak elok pula rasanya jika dia tidak membawa isterinya ini bertemu ibu bapanya. Dia tidak mahu dituduh suami yang tidak adil!
Tetapi dia sudah membuka telekungnya tadi dan kini rambutnya yang panjang hingga paras bahu itu agak ikal sedikit dan kekuningan. Ya, memang agak cantik juga gadis yang diciptakan untuknya ini. Ah, ya ke untuknya?’
            Perlahan dia memegang tangan isterinya dan mengucupnya lama. Entah kenapa dia ingin juga ada isteri. Hehe! Dia duduk di birai katil itu. Kemudian, dia memandang lagi wajah isterinya.


Wednesday, April 1, 2015

Novel Salwa Maisara Bab 26

Bab 26

“Apa cerita Sofie dan mama tadi?” soal Syed Muhammad Budriz menyoalnya macam polis apabila mereka sudah masuk di dalam bilik lelaki yang agak besar dan agak mewah ini. Dia tidak senang hati. Sudahlah dia tidak selesa dengan sikap suaminya yang acuh tak acuh di bilik besar itu. Sekarang dia menyoal pula macam polis. Sakit sungguh hatinya!
Mungkin lama-lama nanti dia akan terkena sakit jantung sebab asyik sakit hati dengan tingkah manusia-manusia di rumah batu keluarga mentuanya ini. malah dia rasa dia mahu sahaja balik ke rumah emaknya di Pahang.
            “Tak de! Mereka cerita biasa-biasa aje!” katanya. Ada sendu di wajahnya. Ah, di hatinya Allah sahaja yang tahu. Betapa sakit hatinya namun dia tidak mahu memanjangkan persengketaan antara mereka di rumah lelaki ini. Biarlah dulu. Tidak elok dia hendak membuat sesuatu di sini.
            “Cerita biasa apa?” soal lelaki itu busy body. Mungkin dia hairan kerana diamnya dia. Memanglah dia tidak selesa kalau baharu berjumpa dia sudah disuakan dengan cerita yang tidak elok mengenai suaminya. Ah, kalau adik suaminya ini disuakan dengan keadaan begitu, apakah perasaannya? Tidak terhiriskah perasaan seorang isteri sepertinya? Ah, susah kalau masih tidak pandai menjaga perasaan orang lain. Memangnya dia sakit hati. Namun, baiklah dia pendamkan sahaja.
            “Women talk to women!” katanya berbasa basi. Dia tidak berniat hendak menceritakan halnya dengan suaminya ini. biarlah ia menjadi rahsia. Syed Budriz ketawa. Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Ya ke ni?” soal lelaki itu. Dia angguk.
            “Hmm,”
            “Mama cakap apa sebenarnya?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia tidak ada idea memikirkan cerita adik iparnya yang agak celopar. Memang lah dia akan cemburu kalau dia tahu suaminya mempunyai kekasih lain. Tetapi apa yang dia boleh buat, dia tidak ada kuasa!
            “Mama minta saya jaga abang macam jaga nyawa saya sendiri!” katanya. Lelaki itu ketawa lagi. Lucukah perkataan yang lahir dari mulutnya?
            “Kenapa awak ketawa?” soalnya dengan serius. Berhenti seketika suaminya ketawa.
            “Awak pandai buat lawak sayang!” kata Syed Muhammad Budriz. Susah dia hendak ketawa sejak mengetahui berita dari adik iparnya. Sakit hatinya.
            “Mana ada!” katanya.
            “Kenapa abang rasa lain macam aje?” soal lelaki itu. Dia angkat bahu. Dia memang mahu menjaga suaminya, itu tekadnya sejak menikah. Tetapi pelbagai perkara yang menyebabkan hatinya libang libu apabila memikirkan hal ini.  
            “Tanyalah adik abang tu! Saya ni mana tahu! Saya ni kan orang luar!” katanya. Lelaki itu kehairanan. Hilang kemesraannya. Memang mereka tidak ada kemesraan sejak menikah sehingga ke hari ini.
            “Pelik!” kata lelaki itu. Dia diam. Malas dia mahu bercakap. Kalau boleh saat ini juga dia mahu jadi batu. Tak perlu dia hendak memikirkan macam-macam hal suaminya. Dia pejam matanya dan berharap agar dia akan menjadi batu. Kalau dia jadi batu semua yang dia lihat semuanya pegun.
            “Saya nak solat bang! Saya penat, nak rehat!” lelaki itu sudah merehatkan tubuhnya di atas katil bersaiz King itu.
Dia hendak tidur di mana? Matanya terkunang-kunang memikirkan tempat tidur. Kat tepi katil? Kat sisi suaminya? Semalam mereka tidur sekatil tetapi di tengah-tengah diletakkan bantal peluk. Tetapi pada waktu pagi, elok sahaja lelaki ini memeluk tubuhnya. Dia periksa tubuhnya. Masih tidak ada apa-apa. Alhamdulillah.
Tetapi dia sudah hilang kepercayaan kepada lelaki ini. Takkan nak cari bala lagi malam ini? Ah, kat mana-mana ajelah! Bukan mati pun! Kat bilik ni permaidani pun empuk macam tilam nipis kat rumahnya di kampung. Jadi, dia tidak ada masalah kalau hendak tidur berlapikkan sejadah atau selendang yang dibawanya tadi. Fikirnya dalam hati. 
            “Rehatlah sayang! Apa lagi nak difikir! Patutnya abang yang banyak fikir! Mana nak fikir bisnes lagi, fikir pencerobohan di syarikat lagi, nak melobi lagi!” kata suaminya. Dia sengih. Lelaki ini hanya mahu fikir kerjayanya. Jangan-jangan dia pun sibuk hendak fikirkan kawan perempuannya seperti yang Syarifah Sofiah katakan kepadanya tadi. Ah, sesak nafasnya. Entah kenapa dia tidak selesa.
Dan, lelaki ini tidak tahu, dia lebih banyak masalah sejak bergelar isteri kepada lelaki ini. Kalau lah masa dapat diundur, dia takkan terima lelaki ini sebelum mengetahui latar belakangnya sepenuhnya. Silapnya juga kerana tidak mahu mendengar cakap emaknya agar mengenali lelaki ini. Ah, nasi sudah jadi bubur atau bubur sudah jadi nasi ni?
            “Nak solat bang! Abang dah solat tadi?”soalnya. Lelaki itu menutup matanya dengan lengannya. Lega dia kalau lelaki itu tidak memerhatikannya.
            “Kenapa tercegat di tepi katil ni? Awak ni macam takut-takut pula Salwa!” kata lelaki itu. Ya tak ya juga, sejak masuk tadi dia belum duduk pun di katil agak besar lelaki ini. Segan pula dia jadinya. Darah bagaikan sudah meloncat berkumpul ke mukanya.
            “Tak pe bang, saya nak ke bilik air jap!” katanya perlahan. Matanya ditundukkan. Lelaki ini sudah memandangnya bagaikan tidak pernah nampak manusia. Masih manusiakah suaminya ini? Soalnya dalam hati.
            “Salwa, abang tahu ada yang tersimpan di hati Salwa tentang abang, tapi tolong kongsikan dengan abang!” kata lelaki itu yang sudah bangkit dan mendekati tubuhnya. Kebiasaan lelaki ini,sudah meletakkan tangannya di pingggangnya ini. Jadi, dadanya pula bagaikan ombak mengganas seperti terkena taufan! Matanya dibulatkan.
            “Boleh tak lepaskan tangan abang tu?” soalnya perlahan. Lelaki itu ketawa lagi. Nafas mereka bersatu dalam kedekatan itu. Dia cepat-cepat menolak dada lelaki ini.
            “Tak boleh selagi Salwa tak beritahu abang apa yang Salwa cakap dengan mama dan Sofie tadi!” ugut lelaki ini. lelaki ini tambah mengeratkan pelukan di pinggangnya. Mereka semakin dekat dan dia sudah menolak sekuat tenaga sehingga lelaki itu sudah terjatuh tergolek ke katilnya. Huh, nasib baik katil!
            “His, kuat juga isteri abang ni ya!” kata lelaki itu. Debaran dadanya masih macam tadi. Sukar hendak diredakan.
            “Abang jangan nak ambil kesempatan pula ya!” katanya kepada lelaki itu. Beraninya dia! Ah, berani mati! Didengarnya lelaki itu sudah ketawa. Apa yang seronok sangat?
            “Abang bukan ambil kesempatan! Kita kan memang suami isteri, takkan nak jauh-jauh pula! dengan kekasih awak hari tu bukan main lagi mesra! Takkan dengan suami tak boleh!” sudah! Lelaki ini sudah mengungkit semula. Ini yang dia tidak suka! Asyik-asyik nampak dia yang salah. Ah, pedulikanlah! Baik dia reda kalau mahu selamat!
Dia mengambil beg nya. Ada tuala dan pakaian di dalam beg itu. Dia mahu mandi. Dia penat sungguh! Sejak tadi dia dan suaminya tidak naik ke atas.