Wednesday, April 1, 2015

Novel Salwa Maisara Bab 26

Bab 26

“Apa cerita Sofie dan mama tadi?” soal Syed Muhammad Budriz menyoalnya macam polis apabila mereka sudah masuk di dalam bilik lelaki yang agak besar dan agak mewah ini. Dia tidak senang hati. Sudahlah dia tidak selesa dengan sikap suaminya yang acuh tak acuh di bilik besar itu. Sekarang dia menyoal pula macam polis. Sakit sungguh hatinya!
Mungkin lama-lama nanti dia akan terkena sakit jantung sebab asyik sakit hati dengan tingkah manusia-manusia di rumah batu keluarga mentuanya ini. malah dia rasa dia mahu sahaja balik ke rumah emaknya di Pahang.
            “Tak de! Mereka cerita biasa-biasa aje!” katanya. Ada sendu di wajahnya. Ah, di hatinya Allah sahaja yang tahu. Betapa sakit hatinya namun dia tidak mahu memanjangkan persengketaan antara mereka di rumah lelaki ini. Biarlah dulu. Tidak elok dia hendak membuat sesuatu di sini.
            “Cerita biasa apa?” soal lelaki itu busy body. Mungkin dia hairan kerana diamnya dia. Memanglah dia tidak selesa kalau baharu berjumpa dia sudah disuakan dengan cerita yang tidak elok mengenai suaminya. Ah, kalau adik suaminya ini disuakan dengan keadaan begitu, apakah perasaannya? Tidak terhiriskah perasaan seorang isteri sepertinya? Ah, susah kalau masih tidak pandai menjaga perasaan orang lain. Memangnya dia sakit hati. Namun, baiklah dia pendamkan sahaja.
            “Women talk to women!” katanya berbasa basi. Dia tidak berniat hendak menceritakan halnya dengan suaminya ini. biarlah ia menjadi rahsia. Syed Budriz ketawa. Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Ya ke ni?” soal lelaki itu. Dia angguk.
            “Hmm,”
            “Mama cakap apa sebenarnya?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia tidak ada idea memikirkan cerita adik iparnya yang agak celopar. Memang lah dia akan cemburu kalau dia tahu suaminya mempunyai kekasih lain. Tetapi apa yang dia boleh buat, dia tidak ada kuasa!
            “Mama minta saya jaga abang macam jaga nyawa saya sendiri!” katanya. Lelaki itu ketawa lagi. Lucukah perkataan yang lahir dari mulutnya?
            “Kenapa awak ketawa?” soalnya dengan serius. Berhenti seketika suaminya ketawa.
            “Awak pandai buat lawak sayang!” kata Syed Muhammad Budriz. Susah dia hendak ketawa sejak mengetahui berita dari adik iparnya. Sakit hatinya.
            “Mana ada!” katanya.
            “Kenapa abang rasa lain macam aje?” soal lelaki itu. Dia angkat bahu. Dia memang mahu menjaga suaminya, itu tekadnya sejak menikah. Tetapi pelbagai perkara yang menyebabkan hatinya libang libu apabila memikirkan hal ini.  
            “Tanyalah adik abang tu! Saya ni mana tahu! Saya ni kan orang luar!” katanya. Lelaki itu kehairanan. Hilang kemesraannya. Memang mereka tidak ada kemesraan sejak menikah sehingga ke hari ini.
            “Pelik!” kata lelaki itu. Dia diam. Malas dia mahu bercakap. Kalau boleh saat ini juga dia mahu jadi batu. Tak perlu dia hendak memikirkan macam-macam hal suaminya. Dia pejam matanya dan berharap agar dia akan menjadi batu. Kalau dia jadi batu semua yang dia lihat semuanya pegun.
            “Saya nak solat bang! Saya penat, nak rehat!” lelaki itu sudah merehatkan tubuhnya di atas katil bersaiz King itu.
Dia hendak tidur di mana? Matanya terkunang-kunang memikirkan tempat tidur. Kat tepi katil? Kat sisi suaminya? Semalam mereka tidur sekatil tetapi di tengah-tengah diletakkan bantal peluk. Tetapi pada waktu pagi, elok sahaja lelaki ini memeluk tubuhnya. Dia periksa tubuhnya. Masih tidak ada apa-apa. Alhamdulillah.
Tetapi dia sudah hilang kepercayaan kepada lelaki ini. Takkan nak cari bala lagi malam ini? Ah, kat mana-mana ajelah! Bukan mati pun! Kat bilik ni permaidani pun empuk macam tilam nipis kat rumahnya di kampung. Jadi, dia tidak ada masalah kalau hendak tidur berlapikkan sejadah atau selendang yang dibawanya tadi. Fikirnya dalam hati. 
            “Rehatlah sayang! Apa lagi nak difikir! Patutnya abang yang banyak fikir! Mana nak fikir bisnes lagi, fikir pencerobohan di syarikat lagi, nak melobi lagi!” kata suaminya. Dia sengih. Lelaki ini hanya mahu fikir kerjayanya. Jangan-jangan dia pun sibuk hendak fikirkan kawan perempuannya seperti yang Syarifah Sofiah katakan kepadanya tadi. Ah, sesak nafasnya. Entah kenapa dia tidak selesa.
Dan, lelaki ini tidak tahu, dia lebih banyak masalah sejak bergelar isteri kepada lelaki ini. Kalau lah masa dapat diundur, dia takkan terima lelaki ini sebelum mengetahui latar belakangnya sepenuhnya. Silapnya juga kerana tidak mahu mendengar cakap emaknya agar mengenali lelaki ini. Ah, nasi sudah jadi bubur atau bubur sudah jadi nasi ni?
            “Nak solat bang! Abang dah solat tadi?”soalnya. Lelaki itu menutup matanya dengan lengannya. Lega dia kalau lelaki itu tidak memerhatikannya.
            “Kenapa tercegat di tepi katil ni? Awak ni macam takut-takut pula Salwa!” kata lelaki itu. Ya tak ya juga, sejak masuk tadi dia belum duduk pun di katil agak besar lelaki ini. Segan pula dia jadinya. Darah bagaikan sudah meloncat berkumpul ke mukanya.
            “Tak pe bang, saya nak ke bilik air jap!” katanya perlahan. Matanya ditundukkan. Lelaki ini sudah memandangnya bagaikan tidak pernah nampak manusia. Masih manusiakah suaminya ini? Soalnya dalam hati.
            “Salwa, abang tahu ada yang tersimpan di hati Salwa tentang abang, tapi tolong kongsikan dengan abang!” kata lelaki itu yang sudah bangkit dan mendekati tubuhnya. Kebiasaan lelaki ini,sudah meletakkan tangannya di pingggangnya ini. Jadi, dadanya pula bagaikan ombak mengganas seperti terkena taufan! Matanya dibulatkan.
            “Boleh tak lepaskan tangan abang tu?” soalnya perlahan. Lelaki itu ketawa lagi. Nafas mereka bersatu dalam kedekatan itu. Dia cepat-cepat menolak dada lelaki ini.
            “Tak boleh selagi Salwa tak beritahu abang apa yang Salwa cakap dengan mama dan Sofie tadi!” ugut lelaki ini. lelaki ini tambah mengeratkan pelukan di pinggangnya. Mereka semakin dekat dan dia sudah menolak sekuat tenaga sehingga lelaki itu sudah terjatuh tergolek ke katilnya. Huh, nasib baik katil!
            “His, kuat juga isteri abang ni ya!” kata lelaki itu. Debaran dadanya masih macam tadi. Sukar hendak diredakan.
            “Abang jangan nak ambil kesempatan pula ya!” katanya kepada lelaki itu. Beraninya dia! Ah, berani mati! Didengarnya lelaki itu sudah ketawa. Apa yang seronok sangat?
            “Abang bukan ambil kesempatan! Kita kan memang suami isteri, takkan nak jauh-jauh pula! dengan kekasih awak hari tu bukan main lagi mesra! Takkan dengan suami tak boleh!” sudah! Lelaki ini sudah mengungkit semula. Ini yang dia tidak suka! Asyik-asyik nampak dia yang salah. Ah, pedulikanlah! Baik dia reda kalau mahu selamat!
Dia mengambil beg nya. Ada tuala dan pakaian di dalam beg itu. Dia mahu mandi. Dia penat sungguh! Sejak tadi dia dan suaminya tidak naik ke atas.