Wednesday, May 27, 2015

Saat Cinta Membara Bab 13

Bab 13

Selesai membuat pendaftaran, lelaki ini membawanya masuk ke biliknya. Dia yang berasa tidak selesa sebenarnya hendak meninggalkan lelaki ini sendirian di sini namun dia tidak sampai hati. Ah, kenapa dia ini suka berasa kasihan kepada lelaki ini? Kerana perasaan inilah yang menyebabkan dia setuju menikah dengan lelaki ini. Ah benarkah perasaannya ini? Atau dia sendiri ada perasaan kepada lelaki ini?
Ho ho! Tidak! Dia menafikan perasaannya!
“Mari masuk bilik abang,” kata lelaki ini mempersilakannya. Dia terasa asing. Nak pengsan pun ada. Lelaki ini sudah memegang erat tangannya. Macam tidak mahu dilepaskan pula tangannya ini. Dia pula mahu mengambil kesempatan kalau dia dapat melepaskan tangannya dari pegangan mamat muka beku ini. Senyuman lelaki ini terukir cantik di wajahnya. Tetap beku namun tetap manis dan tetap kacak.
Ah, sudah! Maisara... apa sudah jadi? Dah mula gatal atau dah mula jatuh cinta? Dia menggeleng perlahan. Tidak mungkin muka beku ini yang menjadi pilihannya.
“Saya tunggu kat lobi aje awak. lepas ni tolong biarkan saya balik. Saya malas nak duduk lama-lama sini. Saya tak biasa dengan awak!” jawabnya dan berhenti di depan lelaki ini.
“Sekarang lah kita kena biasa. Nanti depan keluarga kita tak kekok sayang. Abang pun baru sedar yang abang dah abaikan isteri abang yang comel ni. Kecil molek dan menjadi hot stuff kat sekolah kita dulu. Siapa yang tak geram...” bisik mamat muka beku ini. Marak matanya.
“Hot stuff? Awak ingat saya ni ayam?” soalnya dengan mata membuntang macam mata ikan merah. Tentulah dia marah dikatakan hot stuff oleh lelaki ini. Mahu dia cubit-cubit aje perut lelaki ini. Ah, bengang dia. Lelaki ini bukan makin menjauhinya malah makin mendekatinya, memeluknya dan mengejapkan pegangan tangannya.
“Bukan ayam sayang...sayang ni gadis yang terpilih di hati abang. Dan abang kena rebut cepat-cepat. Jangan sampai hot stuff abang ni direbut oleh lelaki lain!” balas lelaki ini. Mukanya kelat.
“Awak ni gila kan! Lebih gila dari Amar!” mahu dia menjerit namun dia kecilkan suaranya tetapi dia geram. Geram sangat dengan lelaki muka beku ini.
Seorang lelaki yang berdiri dari arah kaunter melihat tingkah mereka. Dia meronta meminta melepaskan tangannya. Bulat mata budak di kaunter itu. Lelaki ini pula buat tenang dengan sikapnya. Semakin dia sakit hati.
“Mana boleh sayang. Kita kan suami isteri yang sah...” Bulat matanya. Degup jantungnya macam irama gitar. Bergetar tidak tentu irama. Dia takut sesuatu berlaku kepada dirinya gara-gara mamat muka beku ini.
“Jangan nak bersayang...sayang... kat saya,” terhenti ucapannya apabila lelaki ini memeluk belakangnya. Lelaki ini sudah mengucup telinganya. Ya Allah mahu dia pulas telinga lelaki ini. Lelaki yang agak berisi masih memandangnya dengan pandangan tidak berkelip. Aduhai!
“Laa siapa lagi yang hendak disayang kalau bukan sayang abang ni...” kata lelaki ini dengan selambanya. Meremang bulu romanya.
“His mengadalah awak ni! Ini kan tempat awam! Awak tak Nampak budak lelaki tu dah naik cuak memandang awak! ada awak kisah Imran!” lelaki itu tersengih. Semakin dia tidak peduli dengan perbuatannya.
“Bukan mengada...memang abang sayang. Abang tak kisah dengan budak lelaki tu, siapa suruh dia pandang kita berdua sayang!” kata lelaki ini dengan sikap degilnya. Dia pijak kasut lelaki itu.
“Aduh! Sakitlah sayang! Kenapa nak main kasar dengan abang ni! Tak baik tau!” kata lelaki itu mengangkat kakinya. Dia ketawa lebar. Baru padan muka. Siapa suruh dia degil! Ada aku kisah.
“Mari cepat naik ke atas. Abang dah tak sabar ni!” kata lelaki itu semakin kuat mencengkam tangannya dan jemari mereka bersatu dengan cantik. Mahu tidak terbuntang matanya.
“Sakitlah Imran! Boleh tak kalau awak tak tarik-tarik saya begini!” katanya yang tidak mahu ditarik-tarik.
“Sakit ya?” soal Imran berhenti. Dia angguk. Mereka sudah tiba di depan lift.
“Kalau sakit...” berdebar dadanya. Dia tidak tahu apa yang akan lelaki ini buat kepadanya.
“Apa?” katanya. Mata mereka bertentangan. Lelaki ini semakin mendekatkan dirinya.
“Sayang...abang angkat sayang.” Tubuhnya sudah dicempung oleh lelaki ini. Dan dia tidak dapat menolak lagi perbuatan lelaki degil ini. Mahu tidak mahu dia terpaksa memegang leher lelaki ini untuk mengimbangkan dirinya daripada terjatuh dari cempungan lelaki ini. Memang bikin panas lelaki ini! Bikin panas!
“Sayang...abang dah lama nak buat benda ni kat sayang. Abang rindu sayang.” Sempat lelaki ini membisikkan sesuatu di telinganya sehinggakan mukanya semakin merah macam udang terbakar. Dia menundukkan pandangannya. Tidak sanggup dia menentang pandangan berapi cinta di mata lelaki ini.
“Saya tak suka awak buat begini Imran!” jawabnya. Mereka hanya berdua di dalam lift ini. Suasana terasa sangat sunyi sekali. Hanya dengusan nafas lelaki ini dan nafasnya sahaja yang bersatu dalam kedekatan mereka berdua. Dan hakikatnya mereka tidak pernah sedekat ini.
“Tapi abang suka! Walaupun sayang berat macam batu abang tetap teringin nak buat begini selalu.” Bisik lelaki itu lagi. Matanya redup semacam. Dia menjadi takut dengan keadaan lelaki ini. Dalam dirinya resah menggila. Jantungnya bagaikan sudah melompat keluar dan dia kaku. Kaku dengan tindakan lelaki ini yang terlebih berani ini.
“Awak cakap saya batu?” katanya yang sudah agak sesak nafas.
“Bukan batu. Sayang isteri abang yang setia.” Mahu dia muntah kuning di depan lelaki ini. Dia baru sahaja bercadang hendak memohon cerai dari suaminya ini. Namun apa yang jadi? Dia dikatakan setia? Huh! Setia apa ya?
“Sayang...” dia diam. Masih memikirkan angannya mahu memohon cerai dari lelaki ini.
“Sayang...” ucap lelaki itu lagi. Dia mendongakkan pandangannya memandang lelaki itu.
“Hrmm...” dia terpaksa menjawab. Terasa sangat kedekatan mereka berdua. Terasa panas nafas lelaki ini menampar pipinya.
“Kita berbulan madu.” Kata lelaki itu. Dia meminta atau mencadangkan tu? Soalnya dalam hati. Sekali lagi debaran jantungnya makin menggila. Walhal dalam masa yang sama dia mahubercerai dengan lelaki ini. Mereka sama-sama masih muda dan sama-sama masih ada harapan memilih jodoh yang lain.
Namun apa yang sudah jadi ni? Dalam redup mata lelaki ini untuknya benarkah dia juga ada sedikit sayang dan rindu kepada lelaki ini? Dahulu mereka sering bergaduh dan berselisih faham namun mereka tetap dinikahkan. Ah...payahnya memujuk hatinya ini.
“Err...”
“Jangan nak menolak sayang. Abang berharap...” Kata lelaki ini dengan pandangan redup yang membuatkan jantungnya menggila lagi. Dia diam menundukkan pandangannya lagi.
“Saya tak cuti lagi. Saya nak rehatlah Imran. Jangan buat cadangan yang tak masuk akal. Awak pun bukannya kerja lagi. Jangan nak membazir...” pujuknya. Lelaki ini tetap memandangnya dengan pandangan yang susah dia mahu tafsir. Dia malas mentafsir sebenarnya.
“Honey moon tu rehat la tu maknanya! Sayang sebutlah ke mana sahaja yang sayang suka, abang ikut aje!” kata lelaki itu memujuknya. Dia pula yang terdiam dalam kedekatan mereka.
“Tak tahu. Saya nak awak tumpukan pada pelajaran awak Imran.” Pujuknya lagi demi untuk menolak lelaki ini. Dia menutup matanya apabila lelaki ini semakin mendekatkan mukanya ke mukanya.
“Abang dah setahun kerja sayang.” Jawab lelaki itu. Dia terkejut. Dia tidak tahu bilakah lelaki ini menamatkan pelajarannya dia tidak tahu.
“Berlainan bilik?” soalnya. Lelaki itu mengangguk. Dia terasa betapa panjangnya perjalanan hendak ke bilik lelaki ini. Perjalanan lift ini terasa sangat perlahannya. Dia mahu masa berjalan dengan cepatnya. Alangkah baiknya kalau masa bergerak pantas.
“Kita dah sampai. Sayang turun dulu lepas ni abang angkat lagi.” Kata lelaki ini. Dia berdiri kaku di sisi lelaki. Terasa tebalnya mukanya berinci-inci. Kalau hendak diukur dengan tebalnya kaca tingkap bilik ini, lebih tebal lagi mukanya.
“Kenapa tunduk-tunduk ni? Segan ya?” soal lelaki itu. Dia menguatkan debaran jantungnya. Dia tidak mahu jantungnya sakit kemudian hari.
“Tak de apa-apa! Awak, saya tak mahu awak buat macam ni lagi. Ini negara Malaysia, bukan negara barat sana. Saya tak mahu awak buat macam tadi lagi!” katanya memberi amaran. Tajam matanya namun akalnya seakan mati dengan renungan tajam lelaki ini.
“Macam tadi tu? Macam apa?” soal lelaki itu begitu pandai bersandirwara. Dia silap lagi.
“Eh awak ni kan!” dia buat-buat marah.
“Silakan masuk.” Kata lelaki itu membuka pintu bilik itu.
“Terima kasih.” Jawabnya terus masuk ke bilik lelaki itu.
Terasa selesa duduk di sofa empuk yang ada di ruang bilik 1808 ini. Dia memangnya mahu berehat. Melepaskan semua tension sebelum hari peperiksaannya. Lain pula yang jadi. Dia tidak menyangka pula lelaki muka beku datang ke sini. Eh, macam out of expressionnya pula! Baru dua hari dia habis peperiksaan finalnya.
Lelaki itu pula sudah masuk ke dalam kamar mandi yang bagaikan bilik tidur di rumah sewanya. Baru sahaja dia habis bergaduh dengan lelaki muka beku itu. Huh tarik nafas! Tarik nafas! Dia bagaikan hilang sabar!
            Debaran di dadanya cukup susah hendak dia redakan. Seketika dia tarik nafas panjang.
            “Nak ikut abang masuk bilik air tak?”
            ‘Oh tidak!’
            “Awak boleh tak jangan ganggu saya? Kalau awak nak ke bilik air, awak pergi aje!” begitu garang suaranya. Dia mana peduli.
            “Ok lah sayang...nanti kita sambung.” Kata lelaki itu yang menghilang di sebalik pintu bilik air. Dia menarik nafas lega. Lega untuk seketika. Dia mengambil telefon bimbitnya dan cuba melihat-lihat post-post di Telegram yang semakin bertimbun. Huh! Penatnya. Penat kerana jantungnya yang sukar bernafas!


Friday, May 8, 2015

Novel Saat Cinta Membara Bab 12

Bab 12


Masih panas hatinya mendengar pengakuan lelaki muka beku ini tadi. Masuk ke kereta pun  masih dia tidak mampu tersenyum. Ketat wajahnya. Dia pun perasan kalau pemandu teksi itu asyik-asyik memandang ke arah belakang melalui cermin depannya. Dia pula masih dengan muka masam macam jeruk mangga. Pasti lelaki ini sudah berkomplot dengan ibu dan mamanya untuk menemui dia. Ibu pula ada menghantar sms kepadanya. Malas dia hendak melayan. Ibunya suka sangat dia menjadi isteri kepada lelaki muka beku ini. Sejak dari bangku sekolah lagi ibunya menyukai anak saudaranya ini. Sedangkan dia membenci lelaki ini sejuta kali. Ibu pula menyukai lelaki ini sejuta kali suka. Entah apa yang lelaki ini pakai sehingga ibu dan ayahnya menyukai lelaki muka beku ini.
            “Lepaskan tangan saya.” Pintanya sambil berbisik kepada lelaki ini. Takut pemandu teksi yang matanya jalang itu terperasan dengan sikap mereka.
            “Sayang...” kata lelaki itu. Makin dia meluat. Mereka bertentangan mata tetapi dia rasa macam mahu telan sahaja lelaki ini. Tubuhnya sudah didekatkannya kepadanya. Dia pula mengecilkan tubuhnya, semakin pula lelaki ini menghimpitnya. Memang nak kena suaminya ini. Bisiknya geram.
            “Jangan nak bersayang-sayang tahu! Tak faham ke saya tak suka kan awak? Tak faham? ” katanya. Lelaki itu tersengih-sengih. Macam kerang busuk pula dia rasa. Agak berdebar jantungnya. Namun dia belum lagi hendak menerima lelaki ini dalam hidupnya.
            “Abang memang sayang isteri abang ni tahu! I love you!” bisiknya.
Semakin memijar mukanya. Tidak pernah lelaki ini seberani ini kepadanya. Percaya tak, lelaki ini tidak pernah bertegur sapa semesra ini dengannya selama mereka sudah menikah. Dia juga sering mengugut lelaki. Kenapa baru timbul keberaniannya sekarang? Bukannya malu tetapi kerana geram yang semakin meningkat. Kalau di rumahnya mahu dia tinggalkan lelaki ini sendirian di ruang tamu.
            “Hendak ke mana destinasinya encik?” tiba-tiba pemandu teksi mencelah. Dia terus memandang ke depan. Wajahnya masih kelat dan lelaki di sisinya ini masih tersenyum kepadanya.
            “Hotel Grand Millennium pak cik.” Kata lelaki ini selamba.
Dia diam. Hotel yang disebut suaminya sangat pelik pada pendengarannya. Di mana pula tempat yang dimaksudkan suaminya? Dia sendiri memikir-mikir. Tadi, dia tidak jelas mendengar di manakah hotel yang disebut oleh suaminya ini.
            “Oh area Bukit Bintang, pak cik kena ikut Jalan Bukit Bintang ni encik.” Kata pemandu teksi itu. Lelaki itu memusingkan stereng keretanya.
            “Kat mana tu?” dia macam orang bingung pula. Dia bertanya kepada lelaki ini. Lelaki ini tersengih. Macam sengaja hendak mempermainkannya. Setahunya kawasan Bukit Bintang memang kawasan orang kaya-kaya sahaja. Dia pun sendiri tidak pernah menjejak itu.
            “Tak perlu risau lah sayang. Abang nak yang terbaik untuk sayang. Maafkanlah abang... selama ini abang tak pernah jenguk sayang di sini.” Kata lelaki itu seperti rasa bersalah. Ada dia kisah? Dia tidak pernah kisah pun sebenarnya. Malah dia sendiri mahu lelaki muka beku ini tidak datang menjenguknya di sini.
            “Mana-mana awaklah! Kalau saya lagi selesa kalau balik rumah sewa aje. Lagipun saya nak kemaskan barang saya. Saya nak balik ke kampung minggu depan.” Katanya. Selepas membersihkan rumah sewanya dia mahu balik ke kampung. Dia mahu berehat panjang kalau boleh. Selama ini dia sibuk memerah otaknya.
            “Memang sesuailah tu sayang. Abang memang tak sabar tunggu sayang balik. Kalau boleh biarlah kita balik sama-sama.” Kata lelaki itu bertambah menyakitkan hatinya.
            “Saya takkan balik ke rumah awak.” Katanya sengaja menekan suaranya. Rumah lelaki ini di kampung. Dia memang tidak sedia hendak duduk di kampung dengan keluarga mentuanya. Lelaki itu ketawa.
            “Takkan abang nak tinggal di rumah ibu bapa sayang pula. Nanti apa kata ibu bapa sayang.” Bisik lelaki itu. Dia menjeling lelaki ini. Mahu sahaja dia cubit lelaki ini kalau dia buat yang bukan-bukan nanti.
            “Awak nak ke tinggal dengan saya yang dah kotor ni?” soalnya sengaja memancing perasaan suaminya ini. Dia mahu kalau lelaki itu membencinya tetapi tengok dari gayanya, lelaki ini tidak kisahpun dengan dengan kesnya dengan Airil Amar.
            “Apa yang kotor nya? Memang sayang dah buat kotor dengan lelaki tadi tu ye? Tak sangka pula sayang ni... tapi abang tahu sayang memang gadis yang pandai jaga diri! Abang percaya!” katanya pula. Dia diam. Entah kenapa perasaannya tiba-tiba berdebar.  Mahu menangis pun ada. Sudah terlanjur pula dia mengaku. Nah harus terimalah!
            “Betulkah ni?” bisik lelaki itu di telinga kanannya. Meremang bulu romanya. Mahu sahaja dia marah kepada lelaki ini. Debaran di dada seakan gunung yang mahu runtuh. Matanya mahu berpinar memandang lelaki muka beku yang sudah mengenyitkan matanya ke arahnya. Mahu sahaja dia pengsan sekarang ini.
Apakah ini ilmu yang dia dapat dari pada Glasgow yang menyebabkan lelaki ini semakin menunjukkan kemesraannya sedangkan dia perlu menjauhi lelaki ini. Selama ini lelaki ini hanya menunjukkan sikap pendiamnya dan perasaannya hanya ditunjukkannya dengan pandangan tajamnya.
Ah, kenapa lelaki muka beku ini semakin berubah? Dia berharap sementara menunggu penempatannya dia mahu berehat di rumah ibu bapanya, kenapa pula lelaki ini tiba-tiba muncul dan menunjukkan kemesraannya? Mahu sahaja dia marah kepada lelaki ini tetapi mampukah lelaki ini mengambil hati dengan kemarahannya?
            “Apa ni awak ni?” soalnya sambil melarikan anak telinganya dari lelaki ini. Makin pula lelaki ini memegang kemas pinggangnya. Aduh, ke mana pula dia hendak bersasar? Lelaki ini sudah seperti gila mendekatkan kakinya ke kakinya.
            “Abang ni rindu tau, dah setahun kita tak jumpa. Siapa yang tidak rindu!” bisiknya lagi. Jantungnya kembali tidak normal alunannya. Mahu terlompat keluar pun ada.
            “Tak payah nak rindu-rindu lah! Saya tak suka tahu tak!” jawabnya.
            “Maafkan abang selama ini abang abaikan sayang. Kita sama-sama sibuk belajar kan.” Dia terdengar keluhan lelaki ini. Dia diam sahaja. Malas mahu memberikan respons kepada rayuan lelaki ini. Dia tidak mahu touching-touching dengan lelaki ini.
            “Kamu berdua ini baru bertemu ke? Couple ye?” soal pemandu teksi itu. Bertembung pandangan lelaki muka beku ini dengan pemandu teksi yang memerhatikan gelagat mereka sejak tadi.
            “Err...tak. isteri. My lovely wife,” Sahutnya lelaki muka beku ini. Pemandu teksi itu tersengih. Dia pula tarik nafas payah. Sengal sungguh lelaki ini.
            “Oh isteri maafkan pak cik. Pak cik ingatkan kamu couple tadi!” Balas pemandu teksi itu. Dia hanya membeku di dalam pelukan lelaki muka beku ini. Tidak tahu bagaimana hendak mengelak saat ini.
            “Berbulan madu lah ni ye?” soal pemandu teksi lagi. Kali ini mereka berdua pula berpandangan. Kembali mukanya kelat.
            “Ya pak cik. Baru ada masa nak berbulan madu ni. Selama ini isteri saya ini sibuk.” Jawab lelaki muka beku dengan bersungguh-sungguh. Dia pula sudah tarik muka masam. Siapa yang hendak berbulan madu dengan lelaki muka beku ini?
            “Oh patutlah begitu rapat kamu berdua ni! Tahniahlah, pak cik doakan moga-moga cepat anak berdua ni timang anak. Anak ni memang pasangan yang sesuai.” Kata pemandu teksi itu. Mahu terloncat jantungnya mendengar doa itu. Dan, pasangan sesuai? Dia mahu muntah hijau dan kuning di situ juga!
            “Ya pak cik. Memang itulah yang setiap pasangan yang baru berkahwin impikan! Terima kasih doakan kami pak cik!” kata lelaki muka beku ini. Lelaki ini sudah mendekatkan lagi kedudukan mereka. Dia hendak ke mana lagi?
            “Jangan harap aku nak mengandung anak awak!” bisiknya geram. Lelaki muka beku di sisinya ini semakin mengeratkan pelukan di pinggangnya. Dia pula semakin rimas.
            “Abang akan pastikan siapa yang akan rela mengandungkan anak abang nanti!” bisik lelaki itu dengan yakin. Dia terus cubit pinggang lelaki itu dengan sekuat hatinya.
            “Sakitlah sayang.” Kata lelaki itu mengaduh kesakitan.
            “Padan dengan muka awak!” lelaki itu ketawa. Pemandu teksi itu hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua.
            “Pandai sayang kan!” bisiknya pula sambil mengucup pipi kanannya. Aduh! Berliter-liter darah bagaikan menyerbu mukanya. Dia spontan pula mengelap dengan tangannya.
            “Dapat pahala kena cium suami tu sayang!” bisik lelaki itu lagi. Semakin dia geram apabila lelaki itu semakin memegang erat jemarinya.
            “Crazy man!” cemuhnya. Sebenarnya perasaannya sukar digambarkan. Seingatnya tahun lalu lelaki ini ada juga mengucup pipinya. Itu kali terakhir mereka bertemu.
            “I miss you love...” bisik lelaki itu. Entah kenapa terasa syahdu di hatinya. Kalau lelaki ini memang lelaki yang dicintainya, memang dia akan memeluk erat suaminya ini namun hatinya belum benar-benar wujud cinta buat lelaki ini. Nak buat macam mana ya?

            “Ini lah hotel yang dimaksudkan encik...” mereka sudah tiba di depan Hotel Grand Millennium. Memang mewah dan gahnya hotel tersebut. Dia pula hanya mendiamkan diri merenung diri yang masih dalam pelukan lelaki muka beku ini.

Friday, May 1, 2015

ENOVEL SUDAH SIAP: CINTA SANG PILOT, ISYARAT CINTA DAN KUIMPIKAN BAHAGIA



Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Pekerja pada hari ini. Semoga terus bahagia dan ceria di samping keluarga. 

3 Enovel sudah siap! 

1. Cinta Sang Pilot

2. Isyarat Cinta

3. Kuimpikan Bahagia

Jika berminat, saya masih meneruskan harga promosi sehingga 3 hari lagi. 3 hari! Murah-murah!

Jom! Berminat pm saya di 014-8645789 atau emel di imanasuha@yahoo.com. 

Terima kasih.