Saturday, October 17, 2015

Saat Cinta Membara Bab 16

Bab 16                                                                                                   


“Assalamualaikum,” Mereka memberi salam apabila mereka sudah di muka pintu bilik mama mentuanya. Mak cik Jamilah mengiringi mereka. 
“Walaikumsalam.” mama mentuanya sudah bingkas bangun apabila melihat mereka sampai pada pagi itu. Jelas ketara perubahan mama mentuanya ini. Dahulu elok sahaja tubuhnya. Sekarang wanita ini kelihatan sangat kurus dan mukanya pun tidak berseri. Apa yang berlaku kepada wanita ini? Ada masalahkah mereka? Soalnya dalam hati. 
“Apa khabar ma,” sapanya apabila sudah menyalami tangan wanita yang selama ini cukup bersabar dengan sikapnya ini. 
“Beginilah mama Sara. Mama kurang sihat.” kata mama mentuanya ini. Sedikit terganggu dia dengan kata-kata mama mentuanya. Ibu pula sudah duduk di sisi katil mama mentuanya. 
“Jangan banyak bergerak, kau masih tak sihat ni... Ini anak aku ni baru sampai dari KL dua hari lepas. Suaminya pula sibuk dengan kerjanya tu lah aku tolong hantarkan mamanya Imran.” kata ibu. Dia terpinga-pinga. 
“Tak pe, kasihan pula Sara ni, saya nak dia rehat dulu. JAmilah.... Oh Jamilah.” ibu sudah mengurut tangan mama mentuanya. 
“Tak usah susah-susah, ni dah ada menantu, buat apa nak susah. Sara boleh buat tu semua mama Imran.” kata ibu. Dia hanya jeling ibunya.
“Tak pe Jamilah kan ada.” Pembantu di rumah ini sudah masuk ke bilik mama mentuanya. Wanita ini kelihatan masih muda. 
“Ada apa puan?” soal Jamilah. 
“Buatkan air untuk menantu dan besan kakak ni.” kata mama Imran. Mama Imran memang agak merendah diri orangnya. 
“Baik puan.” kata Jamilah. 
“Dah jumpa dengan Imran, Sara?” soal mama Imran. Dia
 terkejut. Tidak tahu apa yang hendak dia jawab. Akhirnya 
dia mengangguk. 
“Ada... Ada mama, kami ada jumpa di KL hari tu.” katanya teragak-agak dengan jawapannya. 
“Oh ya, dua minggu lalu Imran ada ke KL. Macam mana, 
Imran baik juga denga menantu mama?” soal Mama Imran. 

Diacepatcepat mengangguk. Ibu pula hanya memandangnya dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan. 
“Dia ok-ok sahaja mama.” jawabnya. 
“Imran belum jumpa selama Sara balik sini?” soal mama 
Imran. Apa yang dia mahu jawab? Bukankah dia yang tidak mahu bertemu dengan lelaki itu. Dia benci dengan suaminya sendiri. Malah dia sakit hati pun ada. 
“Belum mama. Kata abang Imran dia sibuk.” jawabnya 
perlahan. Kalaulah Imran berterus-terang dengan mamanya, dia tidak tahu apa yang akan 
berlaku kepada dirinya. Ibunya juga seperti mengesyaki 
sesuatu. 
“Oh sibuk! Takkan nak lawat isteri pun sibuk kan ibunya Sara.” jawab mama mentuanya. 

“Err, tak tahulah mama.” mama mentuanya terus mengambil telefon bimbitnya. Dia sudah terkedu. Dia tidak tahu apa 

yang akan dikatakannya nanti. 
“Takkan nak jumpa isteri pun tak de masa!” kata ibu pula. Dia diam. Bergetar jantungnya. 
“Im, isteri Im ada di sini.” kata mama mentuanya di telefon
 sambil memandangnya. Dia hanya diam menahan debar. 
“Oh ok.” kata mama Imran. 
“Dia di mana sekarang?” soal ibu pula. 
“Dia dah nak balik sini. Katanya dia tahu Sara ada di sini.” kata mama metuanya. 
“Dia tak kerja mama?” soalnya. Mama menggeleng. 
“Tak, dia tak kerja hari ni.” kata mama mentuanya. 
“Baguslah tu! Dapatlah Sara jumpa Imran tak lama lagi.” hatinya sudah bagai gendang dipalu. aduhai....

***

"Bila sampai?" soal lelaki itu apabila dia sudah sampai di muka pintu. Dia begitu gugup. Tidak pernah dia segugup ini.
"Sara, sambutlah suami kau tu. Dia kan baru sampai tu..." Desak ibu apabila dia kelihatan dungu dan termangu. Malunya kepada mama mentuanya Tuhan sahaja yang tahu. 
Dia terus menyalami lelaki yang sedang tersengih memandangnya dan mendekatinya pula. ibu dan mama mentuanya hanya memerhatikan mereka dengan penuh perhatian. Sakitnya hatinya. 
"Baru saja kami sampai err Im...err abang," katanya lebih tergagap lagi. Dia terus menyalami tangan lelaki itu. Tangannya sejuk usah dikata. Entah kenapa sejak mereka bertemu dua minggu yang lalu, dia mahu mengelak bertemu dengan lelaki ini.
"Hmm, nak panggilan nama Imran lah tu!" kata ibunya. Dia bertambah malu namun dia cuba bersikap selamba di depan mama Imran dan ibunya sendiri. 
"Jadi, sayang apa khabar?" soal Imran setelah mengusap lembut kepalanya. Bertambah sesak nafasnya. Lelaki ini memang buat hal dengannya. Apatah lagi sengaja pula dia membahsakan dirinya sebagai sayang. Bertambah menjadi-jadi malunya kepada ibu dan mama mentuanya. 
"Baik alhamdulillah." katanya perlahan. Anak mata lelaki itu sengaja tidak dipandangnya. Mukanya merah bagai ikan dibakar panasnya. Memang dia tidak biasa dengan keadaan begini walaupun sudah lebih tiga tahun usia pernikahan mereka. 
"Sara, pergilah layan suami kamu tu. Kasihan Imran, tentu dia rindukan kamu." Bagai meletus bom di kepalanya mendengar kata-kata ibunya. Dia memandang ibunya. Ibunya mengenyitkan mata ke arahnya. Memang ibunya hendak mengenakannya. Teringat pujukan ibunya sejak di rumah mereka pagi tadi. 
"Tak apalah ibu, mungkin Sara masih penat lagi. Kan Sara baru sampai sini." kata Imran cuba berbuat baik dengannya. Dia bersyukur kalau Imran mahu membiarkan dia mengurut kaki mamanya. Namun dia tahu ia tidak akan terjadi. 
"Tak apa Sara boleh berehat di bilik Imran saja. Sara pergilah ke bilik Imran kat atas tu. Biar mama dan ibu bercerita-cerita di sini." kata mama Imran. Bagai ada senyuman manis di wajah itu. Dia pula sekali lagi bagaikan terpana mendengar kata sepakat ibu dan mama mentuanya. Mungkinkah mereka sudah sepakat? Soalnya sendiri.
"Err sayang, jom lah. Mungkin mama dan ibu ada benda nak cakap. Mari kita masuk ke bilik abang." kata Imran. Bagaikan petir memanah dirinya apabila tangan Imran sudah menarik lengannya. 
"Ibu, nanti kalau ibu balik panggil saya ya ibu." katanya membuat pesanan kepada ibu.
"Laa, nanti ibu balik sendiri sayang. Sara duduklah sini barang seminggu dua, kan cuti Sara lama lagi kat sini. Ibu balik petang nanti. Jaga mama dan suami elok-elok tahu," kata ibunya dengan selamba. Semuanya bagaikan dirancang. Sudahlah dia tidak siap hendak duduk serumah dengan lelaki ini apatah lagi dengan keluarga mentuanya. Mahu sahaja dia menangis. 
"Ya lah kalau ibu nak pergi nanti maklumkan kat Sara." katanya membuat pengesahan akan permintaannya. Ibunyay mengangguk. 
"Ya lah, jangan risauu ibu akan beritahu nanti." Perlahan dia bergerak setelah tangan Imran bagaikan tangan harimau yang menangkap mangsa. Bukan main lagi dia menarik tangannya. mahu Sahaja dia cepuk kepala suaminya. Nasib baik suami.

***
"Lepas boleh tak?" Pntanya apabila mereka tiba di ruang tamu. Mereka duduk di ruang itu. 
"Apahal marah-marah ni?" soal lelaki itu. Mukanya sudah masam macam mangga masam.
"Kenapa tak marah, awak tu bukan main senang-senang tarik tangan saya. Boleh tak jangan nak tarik-tarik? Orang ni tak suka dibuat begitu tahu tak?" katanya mengeluarkan rasa hatinya walaupun Mak cik Milah baru sahaja bergerak mendekati mereka tanpa dia sedari.
"Mak Milah," kata Imran. 
"Tuan muda, puan muda, nak minuman sejuk atau panas?" soal Mak cik Milah. 
"Yang sejuk lah Mak Milah, nak sejukkan hati yang panas ni," kata Imran berseloroh. Dia semakin marah. Dalam situasi macam ni pun dia hendak bergurau. 
"Baiklah, nanti Mak Milah buatkan." kata Mak Milah. 
"Awak ni kan tak ada adat langsung!" katanya pula. 
"Sayang, kenapa ni marah-marah?" Imran menyoal. Dia diam. 
"Awak tu lah, kenapa nak tergesa-gesa bawa saya keluar? Saya ni macam tak ada adat pula. Baru aje saya datang dah awak bawa keluar. Nanti apa kata mama?" katanya. Imran ketawa. 
"Mama kan suruh Sara layan abang?" soal Imran pula. marak matanya menahan marah. 
"Nak layan apa?" soalnya pula. Imran sudah mendekatinya. Meremang bulu romanya. 
"Nak abang ajarkan ke?" soal lelaki itu berbisik di telinganya. Dia memarakkan matanya. Namun Imran buat tidak tahu memegang tangannya dan mengucup jejarinya lembut. 
"Kenapa sayang marah-marah ni? Abang kalau ada buat salah, abang minta maaf ya. Abang tak sengaja." Mahu sahaja dia menangis mendengar suaminya memohon maaf. Masih lagi lelaki ini dengan sikapnya yang dulu. Bezanya lelaki ini lebih berani sejak akhir-akhir ini.
"Err," Dia mati kata. 
"Maafkan abang sayang." kata lelaki ini lagi. Apa yang harus dia cakap lagi? Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.
"Ini minumannya tuan muda, puan muda," kata Mak cik Milah yang sudah muncul di depan mereka.
"Tak perlu panggil saya puan muda Mak Milah. Panggil saya Sara." katanya. 
"Tak boleh puan muda, tuan tak benarkan saya panggil macam tu!" kata Mak cik Milah. Dia akhirnya diam. 
"Terima kasih Mak Milah." kata Imran penuh sopan. 
"Silakan minum tuan muda dan puan muda." Dia hanya mengangguk dan memberikan senyuman manis kepada Mak cik Milah. Kata-kata maaf tadi bagaikan siraman air ke api yang sedang marak. 
Dia meneguk minumannya. Air oren itu terasa meresap masuk di dadanya. Terasa segar tubuhnya. 
"Sayang, lepas ni kita masuk bilik kita ya. Bilik kita masih macam dulu. Mak Milah yang tolong jagakan untuk kita." Mahu tidak terkejut beruk dia mendengar kata-kata Imran. Kenapa pula bilik mereka masih macam dulu? Bukankah sudah lebih tiga tahun pernikahan mereka takkan cadar pengantin pun masih tidak ditukar? langsir? Warna bilik tak apalah juga. Bisiknya sendiri. Dia jadi tidak sabar hendak melihat bilik mereka tiga tahun yang lalu ditinggalkannya. Kalau dia balik pun, hanya Imran yang datang ke rumah mereka. Dia tidak ada banyak masa hendak pergi ke rumah di kampung ini.
"Jom..." kata Imran yang sudah menarik tangannya. Marak matanya. Entah kenapa lelaki ini sesuka hatinya sahaja menarik-narik tangannya. 
"Janganlah, saya tak habiskan minuman lagi." katanya. 
"Minumlah, abang kan hanya pegang tangan sayang saja." kata lelaki ini. Sesuka hatinya pula hendak menarik tangannya.
"Oklah kalau macam tu." katanya menghabiskan minumannya. Sebenarnya dia tidak selesa dipegang-pegang begitu. Dia mahu tangannya lepas bebas sahaja.
"Abang tak mahu sayang pergi lagi dari abang. Selama ini abang cukup trauma." Kata Imran. macam batu matanya. Kenapa dia hendak trauma?
"Buat apa nak trauma?" soalnya pula macam orang bodoh. Orang kalau sudah kahwin, tak mahu berjauhan. Tetapi lain pula mereka berdua. Mereka sentiasa berjauhan dan saling bertelingkah pula. Apakah yang sebenarnya mereka ini?
"Sebab sayang asyik tak nak jumpa abang," kata lelaki ini jujur. Dia pula mahu ketawa namun ditahannya. 
"Sekarang dah jumpa kan? Takkan nak trauma lagi!" katanya terasa lucu. Mereka bergandingan naik ke atas. 
"Sayang jangan nak buat jahat kat abang lagi." bisik lelaki ini di telinganya. 
"Rindu abang panjang tahu." katanya.