Saturday, March 28, 2015

Novel Salwa Maisara Bab 25

Bab 25

“Alhamdulillah dah sampai pengantin baru yang ditunggu-tunggu ni!” kata mama mentuanya. Kata suaminya panggil emaknya sebagai mama. Papa mentuanya Syed Badaruddin juga tercegat di muka pintu dengan senyuman manisnya. Mereka bersalaman dan berpelukan dengan mama mentuanya.
            Matanya masih terbuntang melihat ruang tamu rumah ibu bapa mentuanya yang macam padang bola dan lengkap dengan segala perabot yang tidak begitu menyemakkan kepala. Ruang tamu rumah mentuanya ini belum tentu menyamai keseluruhan ruang rumahnya. Rumah mereka di kampung hanyalah rumah semi-detached yang dibeli emak dan ayahnya semasa masih bekerja. Dia tahu dia tidak setanding keluarga suaminya ini. Entah mengapa ibu bapanya memilih keluarga Syed Muhammad Budriz ini menjadi keluarganya. 
            “Apa khabar mama?” soalnya.
            “Baik nak Salwa. Syukurlah kamu selamat sampai ke sini! Mama bimbang dengan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan boeing sejak akhir-akhir ini. Kapal terbang MH17 pun belum sampai mayat-mayat mereka dari Ukraine-Rusia sana! Kasihan mereka!” kata Datin Syarifah Fauziah. Mahu menangis dia memandang wajah wanita agak berusia itu. Namun dia nampak muda dari usianya yang sebenar.
            “Ya mama, nasib baik kami selamat mama,” kata Syed Muhammad Budriz. Namun apa yang memukau matanya ialah suasana rumah keluarga Syed Muhammad Budriz yang bagaikan mahligai indah itu. Memang semuanya tidak ada di kawasan perumahan mereka di Pahang. Setakat lampu kristal pun rumah mentuanya itu sudah nampak berkilau-kilau dari jauh.
            “Syukurlah kamu selamat sampai sini! Marilah kita duduk di sini,” kata mama mentuanya yang membawa mereka duduk di sebuah ruang tamu. Sofanya berwarna hitam. Papa dan suaminya terus sahaja berjalan-jalan di ruang luar yang agak tenang.
            “Bagaimana dah jadi isteri ni Salwa? Anak mama ok tak? Dia tak marah-marah kat Salwa?” soal mama mentuanya bagaikan polis. Dia geleng.
‘Sebenarnya anak mama menakutkannya! Nasib baik terjumpa dia sarapan dengan Indra Roslan, kalau tidak belum mereka akan balik bersama hari ini!’ katanya dalam hati. Entah-entah lelaki ini sudah sedia hendak menceraikan dia. siapa tahu?
            “Tak de mama! Dia ok aje!” katanya. Mama mentuanya memegang tangannya. Anak lelakinya pun tidak pernah semesra itu.
            “Oh syukurlah. Mama takut dia berkasar dengan menantu mama ni! Tak pe kalau dia tak elok dengan menantu mama, beritahu mama, jangan segan-segan!” kata Datin Syarifah Fauziah. Apa yang dia hendak jawab? Mereka hanya mula sebagai kawan dan bukannya sebagai pasangan suami isteri yang lain. Memang kena juga cara lelaki itu.
Kalau mereka tidak serasi, mereka boleh memilih penceraian atau perpisahan. Tak ada gunanya sebuah perkahwinan ini diteruskan jika tidak ada persefahaman.
            “Kenapa Salwa? Tak sesuai dengan anak mama?” soal Datin Syarifah Fauziah. Dia geleng. Mukanya kelat. Susah dia hendak menjawab.
            “Kami sedang menyesuaikan diri mama!” katanya agar mereka kelihatan seperti suami isteri yang bahagia. Haha!
            “Eh, kak ipar dah datang lah! Eh... bukan kak Natallie lah! Saya ingat abang kahwin dengan kak Natallie!” kata gadis manis yang baru bersalaman dengannya itu. gadis itu datang dengan skirt labuhnya yang berwarna merah hati agak kembang dan baju t-shirt berwarna putih. Rambutnya disanggul tinggi. Paras rupanya memang cantik. Mukanya bujur dan kulitnya putih bagaikan kulit telur. Memang halus dan licin. Kalah cantiknya Neelofa. Siapa sebenarnya gadis ini? Dia tertanya-tanya dalam hati. Ah, inilah akibatnya kalau tidak berkenalan dengan suami sendiri!
Tersayatnya hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Ketika mereka bernikah memang adik suaminya ini tidak ada. Entah dia di mana. Dia benar-benar tidak mengenali suaminya. Dan, suaminya pun tidak mahu bercerita apa-apa mengenai keluarganya. Dia hanya memberitahu yang dia hendak balik ke Kuala Lumpur. Dia macam kerbau dicucuk hidung, asyik menurut sahaja.
            “His, kau ni Sofie! Apa hal cakap macam tu! Sejak bila kau kenal dengan Natallie yang mama tak suka tu?” kata Datin Syarifah Fauziah dengan muka masam. Dia hanya diam tetapi dadanya berombak ganas. Memang benar suaminya memang ada kekasih sebelum menikahi dia. Sudah dia cakap, suaminya kena kahwini kekasihnya kalau dia mahu! Dan, ceraikan dirinya.
            “Tu lah mama aje yang tak tahu! Kami dah selalu jumpa bakal kakak ipar tu mama!” kata gadis yang dipanggil Sofie itu. dia nampak belum matang tetapi sangat mengenali gadis yang bernama Natallie yang selalu dia sebut-sebut itu. benarkah itu kekasih Syed Muhammad Budriz?
            “Maafkan mama Salwa, ini mama kenalkan Syarifah Sofiah, anak kedua mama. Dia ni masih belajar di Kolej Lim Kok Weng. Tak suka nak jauh-jauh katanya!” kata Datin Syarifah Fauziah. Dia hanya diam dan menyalami tangan Sofie dengan penuh kelembutan. Sebenarnya hatinya terluka. Suaminya pula sudah bersembang dengan papanya. Dia keseorangan. Tetapi lelaki tu pun sama! Mereka mesti bersekongkol sebab itu melibatkan kekasihnya.
            “Harap kak bahagia dengan abang,” kata Syarifah Sofiah sinis. Ah, kata-kata itu doa atau penghinaan? Soalnya dalam hati. Dia memaniskan mukanya.
            “Terima kasih Sofie...” katanya.
            “Hati-hati kak Salwa. Natallie tu pantang haknya diambil!” bisik Syarifah Sofiah. Marak matanya. Ingat dia gentar? Soalnya dalam hati.
Memang dia tidak akan takut bersaing dengan gadis itu! Apa kata suaminya semalam? Kenapa dia tidak mahu mempertahankan suaminya daripada godaan sesiapa? Soalnya. Buat apa dia mempertahankan suaminya kalau sekelumit cinta tidak ada pun untuknya? Lebih dia berambus sahaja dari hidup suaminya itu. Itu lebih baik dan lebih menenangkan hatinya. Dia percaya itu.
            “Cakap kat dia, saya pun tak hingin!” katanya tegas. Marak matanya. mata Syarifah Sofiah juga marak, malah seperti terkejut dengan ketidakgentarannya!
            “Maksud kakak?” soal Syarifah Sofiah. Dia mula resah. Mungkinkah dia sudah terlajak kata? Ah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.
            “Maaf, maafkan kakak!” katanya memohon maaf dari adik iparnya itu. Syarifah Sofiah menyengih memandangnya. Ada dia peduli?
            “Sofie, bawa kakak duduk kat sofa. Pasti kakak tu penat! Baru aje sampai dari Kota Kinabalu!” Celah Datin Syarifah Fauziah. Nasib baik kalau tidak, pertengkaran sudah berlaku. Dia tarik nafas.
            “Mari kak, kita duduk sana.” Kata  Syarifah Sofiah. Dia menurut. Gadis ini memang agak celopar mulutnya. Namun siapa dia hendak menegah?
            “Ya, mari.” Katanya.
            “Kak kenal abang Riz berapa lama?” soal Syarifah Sofiah macam polis. Mamanya hanya mengikut mereka dari belakang.
            “Tak kenal. Mak ayah yang tunangkan.” katanya jujur. Bertambah marak mata gadis manis yang bermata galak itu.
            “Tak kenal? Ingatkan kenal!” soal Syarifah Sofiah. Dia menggeleng. Mereka memang hanya kenal dalam dua minggu begitu, terus aje kahwin. Dia percaya juga kepada pilihan ibu bapanya.
            “Takkan Sofie tak tahu yang kakak ni dijodohkan dengan abang awak. Tak elok kak nak menolak. Walaupun pelbagai spekulasi yang kak dengar!” katanya bercakap dengan penuh profesional. Syarifah Sofiah cuba tersenyum. Mungkin faham dengan kata-katanya.
            “Oh macam tu! Kakak terpaksa bersaing dengan kawan wanita abang lah kalau macam tu! Saya tak tahu pun setakat mana keintiman mereka. Apa yang Sofie tahu, mereka dah kenal rapat! Malah abang dah bawa kami jumpa Natallie tu!” kata Syarifah Sofiah. Dia angguk. Selepas ni nanti banyak bahan yang akan digunakan untuk membuatkan suaminya melepaskannya.
            “Tak perlu nak bersaing! Kalau dia nakkan kekasihnya, dia boleh jalan!” katanya perlahan. Kata-kata itu tambah memarakkan mata adik iparnya. Tidak tahu pula kalau hati adik iparnya marah bagai kayu disimbah minyak gas! Dia tidak akan peduli!
            “Betul? Akak rela bermadu?” soal gadis itu. Entah berapa usianya. Mungkin dah lepas SPM dah gadis manis ni tetapi mulutnya macam pisau boleh memotong sesiapapun yang dia suka.
            “Bukan rela bermadu tapi kak rela diceraikan!” kedengaran tawa kecil Syarifah Sofiah.
            “Kak ni mudah mengalah!” kata Syarifah Sofiah lagi. Dia diam. Sebenarnya mahu mencari kata-kata lain. Jangan dia sahaja yang asyik diperkotak-katikkan. Sakit hatinya! Dia memang tidak mahu mengalah kalau suaminya memang teguh mencintainya. Tetapi suaminya mencintai orang lain. Dia tahu!
            “Tapi jangan risau, abang Riz tu baik orangnya!” kata Syarifah Sofiah lagi. Pelayan datang membawa minuman. Memang kebetulan dia haus. Sudahlah kerongkongnya kering kerana sering beradu pandang dengan suaminya. Sekarang tekaknya kering kerana terdengar kata-kata menyakitkan Syarifah Sofiah ini. Mama mertuanya hanya mendiamkan diri.
            “Ya harap-haraplah dia lelaki yang baik!” katanya.
            “Silakan minum kak! Selepas ni kak rehat dulu, solat dan barulah kita makan malam,” kata Syarifah Sofiah yang terlebih peramah pada petang ini. sebenarnya dia letih hendak memikirkan mengenai suaminya tetapi mendengar kata-kata adik iparnya akalnya bekerja keras semula.

            

Friday, March 27, 2015

Novel Saat Cinta Membara Bab 6

Bab 6

“Kenapa buang pula telefon tu?” soal Nurin Aninah di muka pintu biliknya. Bulat matanya dan merah mukanya selajur melihat muka Nurin terpacul di situ.
            “Eh, kau tak de kerja lain ya? Kenapa nak skodeng-skodeng saya?” soalnya yang sudah agak malu. Nurin Aninah ketawa. Dia pula yang rasa cuak.
            “Best juga dengar suami isteri berbual-bual ya... pasti rindu-rinduan kan Mai!” kata gadis yang penyibuk itu. Bertambah-tambah naik darjah marahnya.
            “Engkau kalau tak menyibuk boleh tak minah sibuk?” soalnya dengan perasaan yang amat marah.
            “Salahkah?” soal Nurin Aninah pula.
            “Eh awak ni tak de sahsiah kan? Suka-suki nak dengar perbualan orang di telefon! Saya nak lapor polis ni!” katanya bergurau dengan kawan serumahnya itu.
            “Kenapa tak rindu-rindu dengan suami sendiri Maisara? Kalau aku, pasti aku rindu sangat kat suami aku! Nasib baik aku belum kahwin!” kata gadis yang tidak tahu menahu mengenai pernikahannya itu. Namun gadis itu dapat mengagak yang dia sudah kahwin. Itu yang membuat dia sakit hati.
            “Buat apa nak rindu? Rindu kat awak adalah!” katanya. Sakit sungguh hatinya kalau dikaitkan dengan rindu kepada suaminya. Memang tidak ada lah rindunya.
            “Mai, aku nak cakap dengan kau ni. Kalau dengan suami tak boleh nak bentak-bentak. Tuhan dah akdirkan dia jodoh kita!” katanya lagi memberi nasihat macam mak neneg.
            “Kau jangan nak sibuk boleh? Kau tolong aku jangan sibuk ya?” soalnya semula.
            “Aku hanya cakap yang kau kena beri muka kepada suami dan mohon maaf daripadanya. Bukannya nak melawan dan melawak.
            “Tak payahlah kau nak nasihat aku! Kau pun belum kahwin buat apa kau nak nasihat-nasihat aku! Sudahlah, kau kena lupakan nasihat kau tu!” katanya perlahan dan membidas kepada Nurin. Nurin ketawa lagi.
            “Aku tak cakap lucu lah!
            

Wednesday, March 25, 2015

Novel Salwa Maisara bab 24

Bab 24

“Baiklah, kita mula sebagai kawan, awak nak tak Puan Salwa?” soal lelaki itu apabila mereka sudah duduk di Dyana Cafe di lapangan terbang Kota Kinabalu itu. Redup mata lelaki ini mengajukan pertanyaannya. Kelat wajahnya.
            “Up to you!” jawabnya. Dia malas hendak memanjangkan hubungan mereka. Kalau nak jadi kawan boleh juga, dia tidak membantah. Kalau dengan cara itu lelaki itu boleh berlemah lembut dan tidak mengambil kesempatan kepada dirinya, kenapa dia tidak setuju. Kan?
            “Kenapa pula puan tak beri pendapat?” soal lelaki itu suka ambil kesempatan di atas kelemahannya. Dia terasa panas. Dia menjeling suaminya ini. lelaki itu tersengih-sengih macam kerang busuk memandangnya. Kalau dia tidak sabar, sudah dia cepuk lelaki ini dengan tangannya. Boleh tak dia buat begitu kepada suami? Boleh kut kalau suami yang mencemaskan dia ini! Dia malas hendak memberikan pendapatnya.
            “Mana-mana abang aje saya tak kisah. Jangan panggil saya puan. Salwa pun boleh aje! Jangan nak mengada-ada!” Katanya. Dia malas dipanggil Puan. Lelaki kacak itu sudah ketawa besar dengan kata-katanya. Lucukah dia cakap? Bukan dia cakap yang betul? Lelaki ini biar betul? Ada wayar yang putus di kepalanya?
            “Tapi, kita kena tinggal serumah Sal... Wa,” buntang matanya. Cadangan itu memang tidak dipersetujuinya. Dia tidak mahu lelaki itu memberikan arahan agar mereka tinggal serumah. Ia menyusahkan pergerakan dirinya. Apatah lagi dia selalu sibuk dengan tugasan hariannya.
            “Awak tak bebas nanti! Awak kan tak mahu ada isteri? Kalau saya ada di rumah abang, pasti tak rasa bebas!” katanya memancing suaminya. Syed Muhammad Budriz ketawa. Dia memandang kehairanan.
            “Tak bebas apanya?” soal lelaki itu. Mata mereka bertatapan seketika.
            “Kalau saya ada di rumah abang!” katanya.
            “Jangan nak mimpilah Salwa. Memanglah tak bebas kalau dah berkeluarga! Tak faham? Cuma, saya nak kita bersuai kenal dulu. Kita memang tak begitu kenal kan? Tapi kita kena tinggal serumah kalaupun tak sebilik!” panjang lebar kenyataannya. Dia angguk. Mungkin kerana dia dilihat berdua-duaan dengan Indra Roslan tempoh hari menyebabkan lelaki itu menukar pelannya.
            “Saya tak nak sebilik dengan abang!” katanya tegas. Lelaki itu ketawa lagi.
            “Awak akan pilih bilik-bilik di bahagian bawah! Awak pilih aje mana yang awak suka! Saya akan berada di tingkat atas! Tetapi sesuka hati saya nak masuk bilik awak kalau abang nak,” kata lelaki itu. Dia cepat-cepat membulatkan mata. Memang dia suka kalau berlainan bilik. Tetapi dia tidak suka ungkapan terakhir. Buat apa lelaki ini suka-suka hatinya hendak masuk ke biliknya? Eh, tak boleh jadi!
            “Ya lah saya faham! Tapi buat apa abang nak masuk bilik saya pula?” katanya. Lelaki itu merenungnya. Pandangan itu bagaikan membuatkan dia mahu pengsan.
            “Suka hati saya lah! Sayakan suami awak! Apa yang sepatutnya isteri buat kepada suami kalau dah masuk ke biliknya?” soalan itu bagaikan mematikan urat sarafnya. Takut dia dengan syarat suaminya ini. Apa yang hendak dia jawab?
            “Saya tak sedia lagi bang! Abang pun akan tinggalkan saya kalau abang dah kahwin dengan kekasih abangkan!” katanya terketar-ketar. Lelaki itu masih memandangnya tajam.
            “Siapa cakap abang nak kahwin dengan kekasih saya tu?” soal lelaki itu pula.
            “Sebuah percintaan biasanya diakhiri dengan pernikahan yang sah!” jawabnya dengan tulus. Ah, kalau suaminya ini benar-benar mengotakan kata usulnya, macam mana? Sudikah dan sediakah dia bermadu? Eh, tak sudi dan tak sedia rasanya. Malah tak hingin dia! kalau boleh, tolonglah lepaskan dia! Aduhai!
            “Memang! Nak sangat cik puan ni bermadu ya!” kata lelaki itu dengan wajah kelat. Wajahnya lebih kelat.
            “Tak nak! Lepaskan aje saya secara baik-baik!” katanya tulus. Perbincangan mereka sudah menyimpang ke arah yang serius, terlalu serius.
            “Tak mungkin!” kata lelaki itu dengan wajah kusut dan serba salah. Entah kenapa. Apa perasaannya? Dia tidak tahu. Mungkinkah lelaki ini sudah menyayanginya dan cuba hendak mencintainya? Benarkah telahannya? Ah, mustahil! Dia mengeluh perlahan.
            “Lupakan hal ini! kita kena tinggal serumah dan jangan risau, rumah abang besar dan luas. Tak de masa mungkin kita bertemu kalau masing-masing sibuk kan!” kata lelaki itu. Dia angguk. Mungkin ada juga kebaikannya. Ah, sebenarnya lelaki ini hanya menurutkan egonya. Ego kerana peristiwa dia makan dengan Indra Roslan. Itu yang dia tahu. Susah membuang egonya!
            “Bagus kalau faham. Awak, mak ayah abang akan datang pada penghujung bulan depan. Tak tahulah kalau mak ayah awak pun ikut sama! Jadi, awak nak duduk mana?” kata Syed Muhammad Budriz yang kulitnya putih kekuningan itu. Remy Ishak agak hitam manis.
            “Buat apa mereka datang ke rumah abang? Bawalah mereka menginap di hotel bang!” jawabnya. Terbuntang mata lelaki itu. Ya lah, mereka kan keluarga ternama dan kaya raya, kenapa pula mereka hendak tinggal di rumah anak mereka? Kalau tinggal di hotel, kan senang? Tak payah lah dia sibuk memasak dan membuat itu dan ini untuk mentuanya. Dan, tak perlu dia nak control ayu depan ibu bapa mentuanya. Kan baik...
Eh, cik puan Salwa ni, berkira pula dengan mentuanya! Ejeknya sendiri!
            “Hotel?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia angguk. Kelat wajahnya. Mungkin dia tersalah soal.
            “Mereka tak biasa duduk di hotel. Anak lelaki mereka ada sebuah penthouse! Takkan nak duduk hotel pula! Takkah membazir!” Kata Syed Muhammad Budriz. Dia pula yang terkejut. Takkan keluarga kenamaan begini tidak biasa duduk di hotel? Memang dia tidak percaya!
            “Ye ke?” dia tidak percaya kalau ibu bapa mentuanya tidak betah duduk di hotel. Mesti mereka sengaja nak kenakan dirinya!
            “Mungkin mereka sengaja nak spy kita lah tu! Pada masa tu kita berlakonlah macam suami isteri yang bahagia gitu!” kata Syed Muhammad Budriz tersengih. Dia buntangkan mata. Macam mana nak pura-pura bahagia tu kalau mereka memang tak suka antara satu sama lain?
            “Buat apa nak spy kita!” katanya.
            “Biarlah mereka, merekakan dah pilihkan anak mereka jodoh! Jadi mereka kena spy kita lah, bahagia atau tak!” kata Syed Muhammad Budriz. Dia bulatkan mata.
Hairan dengan sikap Syed Muhammad Budriz yang seperti takutkan ibu bapanya. Sepatutnya dia berterus terang dan tidak mahu meneruskan hubungan mereka ini dan bukannya terus berpura-pura. Memang dia tidak senang hati.
            “Kenapa nak biar? Kenapa abang tak cakap kita akan berpisah?” soalnya. Buntang mata Syed Muhammad Budriz. Hairan dia dengan sikap penakut suaminya.
Kalau dia? Dia lebih penakut dengan ibu bapanya. Baginya apa yang dipilihkan ibu bapanya untuknya, itu yang terbaik buat dirinya. Tetapi dia geram kepada suaminya. geram kerana dirinya ini bukan tastenya konon. itu yang dia sanggup meminta suaminya agar berfikir semula mengenai hubungan mereka ini. Itu yang dia geram.
“Berpisah? Tak sampai seminggu pun kita nikah! Awak dah gila?” kata Syed Muhammad Budriz perlahan. Panahan matanya menikam kalbunya sekali lagi.
“Kita tak sesuai!” katanya. Makin marak mata Syed Muhammad Budriz.
“Jangan paksa abang buat sesuatu Salwa!” kata Suaminya menyebut nama penuhnya. Benci sungguh dia orang yang panggil namanya dengan Salwa dan bukannya Wawa!
“Saya tak paksa!” katanya. Dia tunduk menghadap lantai.
“Salwa nak minum apa?” terleka mereka seketika. duduk di kerusi di cafe itu tanpa memesan apa-apa makanan atau minuman.  Dia geleng.
“Hot milo!” katanya. Lelaki itu terus berdiri.
“Makan?” dia geleng. Dia tidak mahu makan apa-apa. Seleranya mati kalau dengan lelaki ini. Ah, kenapa dia sanggup tahan nafsunya untuk makan? Sebenarnya dia sebal dengan kata-kata Syed Muhammad Budriz yang suka menyakiti hatinya.
“Oklah! Kita makan sama-sama nanti! Kita kan kawan!” kata lelaki itu. Dia hanya angguk. Terkenang emak dan ayahnya. Apakah mereka akan terus ke Pahang pada esok hari atau hanya duduk di rumah ibu bapa mentuanya di Kuala Lumpur? Soalnya dalam hati. Apakah perlu ibu bapanya disuruh turun ke Kuala Lumpur? Ah dia bingung.
“Nah, silakan makan Salwa.” Kata Syed Muhammad Budriz yang membawa kentang goreng yang agak panas.
“Cepatnya!” katanya. Dia mengambil minuman dan makanan lalu diletakkan dia atas meja mereka.
“Memang dah sedia makanan dan minuman di situ!” kata Syed Muhammad Budriz.
“Oh!” katanya. Dia meneguk milo panasnya. Lelaki itu sudah duduk di depannya. Sebenarnya dia segan. Jarang sekali dia duduk berdua-duaan dengan lelaki sepanjang dia hidup. Lainlah dengan ayah atau adik lelakinya. Abangnya pun masih belum kahwin.
“Kenapa termenung?” soal Syed Muhammad Budriz.
“Tak de apa-apa!” katanya.
“Nak beli sesuatu?” soal suaminya. Dia menggeleng. Kalau Natallie Juliana yang ditanya tentang shopping, pasti dia akan tak cukup tangan. Fikir Syed Muhammad Budriz seketika. Namun di hadapannya ini ialah isterinya, pasti berbeza citarasa.
“Kita balik KL aje? Tak balik Pahang?” soalnya. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang macam ular nak telan mangsanya.
“Ikut awak lah!” kata Syed Muhammad Budriz. Dia ketawa kecil.
“Kalau ikut saya, saya tak nak balik KL. Saya nak ke Pahang!” katanya. Dia terkenangkan emaknya. Sejak semalam dia belum bercakap dengan emaknya. Dia hanya membalas pertanyaan emaknya melalui sms. Lelaki itu buntangkan matanya.
“Nak kenakan abang ya?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia geleng.
“Tak!” katanya.
“Sebenarnya papa saya yang suruh balik. Mungkin ada hal niaga nak beritahu kat saya!” katanya. Dia angguk. Mereka seperti ada masalah atau ada rancangan perniagaan baharu. Orang yang berniaga punya banyak rancangan perniagaan.
“Kenapa? Syarikat abang macam ada masalah?” soalnya. Lelaki itu mengangguk.
“Macam ada masalah sikit!” kata Syed Muhammada Budriz.
“Masalah apa?” soalnya pula.
“Dengki! Benci! Merebut! Mencuri!” kata Syed Muhammad Budriz dengan geram.
“Oh! Tapi masalah sekecil itu harus diselesaikan dengan muhasabah dan perbincangan!” katanya. Syed Muhammad Budriz angguk. Lelaki itu dengar cakapnya? Dia sekadar gurau aje!
“Kecil?” soal Syed Muhammad Budriz pula. dia angguk. Memang masalah kecil.
“Ya itu masalah kecil!” katanya.
“Kenapa?” soal Syed Muhammad Budriz pula.
“Kalau masalah besar, ia melibatkan nyawa!” katanya.
“Kita tak tahu kalau kita sedang diperhati pihak tertentu yang mencari kelemahan di syarikat abang!” kata Syed Muhammad Budriz. Meremang bulu romanya.
“Syarikat abang juga syarikat besar, walaupun saya tak tahu sebesar mana syarikat abang dan abang sepatutnya pasang orang tertentu untuk perhati orang!” katanya macam orang pandai selok belok perniagaan. Lelaki itu sudah ketawa.
“Abang dah buatlah! Syarikat abang kat sini tak lah besar tapi kena buat apa Salwa suruh tu! Kalau tak, bimbang banyak hal terjadi!” kata suaminya. Merah mukanya. Memang benar anggapannya.
“Hal apa?”
“Macam rompakan dokumen hari tu!” kata suaminya. Dia angguk.
“Pelan perniagaan?” soalnya. Lelaki itu menggeleng.
“Bukan, tender baru!” kata suaminya. suaminya ini boleh tenang melayan dia bercakap mengenai perniagaannya. Macamlah dia banyak pengalaman! Ah, jangan pertikaikan diri sendiri! Katanya memberikan semangat kepada diri sendiri!
“Tender baru? Itu pesaing namanya bang!” katanya. Syed Muhammad Budriz angguk.
“Tak usah cakap kat sini! Nanti kita cerita kat rumah! Bahaya kat sini! Kut-kut orang di tepi kita ni adalah pengintip kami, apa kita nak cakap?” kata Syed Muhammad Budriz yang sentiasa berhati-hati.
“Betul awak tak de benda nak beli untuk mak atau mama mertua awak?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia intai wang yang ada di dalam begnya. Memang tidak cukup banyak. Memang dia berkira. Memang dia harus berjimat cermat. Kalau lelaki ini tinggalkannya kemudian hari, ke mana dia hendak mengadu? Kalau nak gunakan master kadnya, dia malas mahu mengganti dengan wang tunai nanti. Bank bukannya dekat dengan rumah sewanya. Kawasan rumahnya itu juga kawasan yang agak black, jadi dia harus berhati-hati.
“Lamanya fikir!” teguran suaminya menyebabkan hilang semua pertimbangan-pertimbangannya.
“Tak de apa-apa nak beli bang! Saya pun tak tahu mama abang suka abang!” katanya berdalih. Dia memang berkira soal pembelian barang kalau dari kantungnya sendiri. Kalau emaknya, dia sudah faham. Emaknya juga sudah faham. Emaknya juga tidak suka kalau dia membazir.
“Tak pe nanti kita balik lagi barulah kita beli sesuatu untuk mama dan mak kita ya!” kata lelaki itu tenang. Dia angguk. Sebenarnya dia agak lega. Selamat beg duitnya. Kalau tidak, tengah tidak ada duit nanti dia hendak minta dengan siapa? Soalnya. Dia segan hendak meminta-minta dengan lelaki ini. Mungkin tak minta lah dia!
“Mana-mana abanglah!” katanya.
“Mama abang tu suka beg tangan. Apa-apa aje, memang dia suka!” kata lelaki itu memberitahu mengenai kegemaran mamanya. Dia baru tahu. Emaknya pula suka kalau dia membelikan kuih-kuih tradisional dari sini. Namun dia memang tidak sempat hendak membeli. Jadi, dia harap emaknya faham akan kesuntukan masanya.
“Cepatlah makan! Minuman itu habiskan!” arah Syed Muhammad Budriz. Dia cepat-cepat teguk air milonya yang masih agak panas.
“Mari kita bergerak sekarang!” mereka beriringan menuju ke pintu pelepasan apabila suara pengumuman kedengaran.
Macamlah mereka suami isteri yang bahagia dan ke sana sini macam belangkas!


Happy Reading!

Tuesday, March 24, 2015

Saat Cinta Membara bab 5

Bab 5


Dia membiarkan sahaja telefonnya meminta layanannya. Dia sibuk menelaah pelajarannya saat ini. Peperiksaan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Biarkanlah! Ah, kalau ibu macam mana? Kalau lelaki tu, pedulikanlah! Ah, lelaki tu mana pernah berani nak hubungi dia! Tahu dia takut! Tetapi bukan main berani nak luahkan perasaannya! Sakit hatinya!
            “Apahal kau angkat telefon kau tu?” sergah Nurin Aninah. Terkejut dia apabila Nurin muncul dengan bedak sejuk di muka. Ingatkan hantu mana tadi.
            “Kau ni mengejutkan aku lah! Kalau tak aku ingat kan kau tadi, memang aku dah jerit sekuat hati!” katanya. Nurin serius memandangnya.
            “Hantu konon! Tu telefon kau kenapa tak angkat? Bising!” kata Nurin mengulangi.
            “Biarlah. Aku nak belajar...” katanya. Nurin Aninah sudah geleng kepala. Salahkah?
            “Kalau bunyi lagi aku akan angkat ya.” Kata Nurin Aninah mengugut. Bulat matanya. Dia ni memang spesies degil juga orangnya.
            “Jangan nak pandai-pandai!” Nurin berlalu apabila dia sudah menumpukan pelajarannya.
            Sekali lagi telefonnya berdering. Dia tahu siapa gerangan di hujung sana. Apa yang dia mahu cakap? Dia hambur sebab mengganggu?
            Baru setengah jam Airil Amar menghubunginya. Agak lama juga bercerita. Bercerita mengenai tugasan. Kalau bertemu bukan pelajaran yang mereka bincangkan. Lelaki itu sibuk nak luahkan perasaan cintanya. Bingung dia.
            “Ye kenapa nak kol-kol ni Amar!” soalnya terus menghambur lelaki itu. Dia tidak melihat siapakah yang menghubunginya. Terus menghambur Airil Amar. Pasti dia sahaja yang selalu mengganggunya saat begini.
            “Amar? Siapa Amar?” suara lain yang kedengaran. Mahu terbeliak matanya. Dia pandang telefonnya. Memang nombor lain yang tertera. Kenapa dia tidak perasan?
            “Tak de! Ingat sapa tadi! Awak boleh kalau tak sibukkan hal saya tak!” jawabnya perlahan. Mahu sahaja dia letakkan telefonnya. Namun dia masih ada perasaan hormat kepada lelaki itu.
            “Assalamualaikum.” Kata lelaki itu lembut. Sejuk hatinya kalau dia tidak marah tetapi dia tahu pasti lelaki itu terkilan. Dia sendiri juga yang terlalu kuat marah.
            “Walaikumsalam.” Jawabnya perlahan. Meluat dia. Mahu sahaja diletakkan telefonnya. Mahu dicampakkannya ke atas katilnya. Kalau dicampakkan ke lantai pasti berkecai telefonnya. Huhu!
            “Saya nak beritahu, saya nak ke KL minggu depan.” Jawab lelaki itu. Eh tiba-tiba pula. Buat apa pula lelaki yang satu ini ke KL pula? Tak de kaitan dengan dirinya! Cepat-cepat dia mengambil kesimpulannya.
            “Buat apa?” soalnya hairan. Tidak pernah sekalipun lelaki muka beku ini datang ke tempatnya belajar ini selama ini. Lagipun dia sering melarang lelaki ini. Buat apa dia mahu tunjuk mamat muka beku ini. Ah, tak nak dia!
            “Nak jumpa isteri lah. Nak jumpa siapa lagi?” Jawabnya selamba. Dia menjuihkan bibirnya. Mahu muntah pun ada.
            “Isteri mana?” soalnya loyar buruk. Lelaki control macho itu ketawa. Haha!
            “Isteri mana lagi? Awaklah sayang! Takkan awak dah lupa yang kita ni suami isteri!” kata lelaki itu. Naik loya tekaknya. Mahu dia cekik lelaki itu. Memang sejak dulu lelaki ini selalu menyakiti hatinya. Sampai sekarang!
            “Eh, bukan aku dah bagi tahu ke jangan cari aku?” soalnya menaikkan darjah suaranya.
            “Ibu Sara yang suruh.” Mahu dia tidak menyerang lelaki ini. Ibunya pula suka-suka hati nak paksa-paksa lelaki ini datang sini? Ada lesen besar?
            “Kau tak faham bahasa? Aku tak suruh kau datang sini, tak faham? Takkan kalau aku kata begitu, kau pun ikut! Tak reti nak faham awak ni!” katanya menekan suaranya.
Lelaki itu ketawa lagi. Entah macam manalah wajahnya. Tambah kacak atau tambah bikin panas! Geram sungguh dia. Mahu mendidih sudah perasaannya.
            “Faham tapi saya rindu... rindu kat isteri sendiri, dah setahun kita tak jumpa! Takkan nak jumpa isteri pun kena perang dulu!” jawab mamat muka beku itu selamba. Dapat dia bayangkan wajah beku itu. Nampak aje beku tetapi setianya sampai mati! Berdegup jantungnya.
            “Rindu konon!” jawabnya.
Memang sudah setahun mereka tidak jumpa tetapi apa masalahnya? Pedulikanlah! Hari raya yang lalu dia sengaja cakap dia sibuk. Padahal dia ikut Nurin Aninah ke rumahnya. Dia malas mahu beraya dengan lelaki ini. Dia beritahu ibunya dia tidak banyak cuti.
Sebenarnya, dia kasihan ayahnya mengeluarkan belanja yang banyak untuk tiket kapal terbangnya. Padahal terbang ke bumi di bawah bayu bukannya jauh pun. Sikit punya dekat dan tidak terlalu mahal. Kalau dia confirm balik, ibunya akan memberitahu lelaki ini yang dia kena dibelikan tiket kapal terbang.
Tetapi dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu berbelanja tiket untuknya. Baju hari rayanya, emak mertuanya kirimkan kepadanya. Sedondon, warna biru bunga merah jambu dengan pakaian mamat control macho ini, kata emak mertuanya.
Kasihannya. Tetapi, ada dia peduli? Baju itu dia tidak pakai pun! Buat apa kan? Kalau kita mencintai seseorang itu, apa yang dia beri rasa hendak dibuang semuanya. Itulah yang dia rasa.
            “Ada kukisah?” kembali dia kepada suara lelaki di hujung sana.
            “Isteri abang tak kisah, saya kisah!” sayu suara itu. Mungkin kerana ketidaksudiannya kepada lelaki lagak macho itu.
            “Siapa isteri kau?” soalnya berang.
            “Maisara  Hanis.” Jawabnya selamba. Mahu sahaja dia matikan telefonnya. Dia tutup matanya dan mahu pekakkan telinganya agar dia tidak mendengar lelaki itu menyebut namanya dengan suara yang mersik!
            “Aku bukan isteri kau yang sebenarnya! Kita hanya sementara! Faham?” jawabnya keras. Kali ini tidak kedengaran lelaki itu ketawa tetapi hanya ada hembusan nafasnya. Beratkah penerimaannya akan kata-katanya yang agak kasar itu?
            “Tapi kita dah nikah! Mak ngan ayah pun asyik tanya-tanya kenapa abang tak lawat isteri abang di situ! Sara pun bukannya nak balik-balik kat sini! Tu yang mak ngan ayah abang hairan!” jawabnya. Mahu juling matanya mendengar kata-kata lelaki itu. Kalau berdepan sudah sah-sah dia ketuk lelaki itu.
Selamba sahaja bercakap dengannya di telefon ini. Tetapi kalau mereka berdua bukan main tunjuk muka bekunya. Tetapi yang menghairankan dia boleh-boleh beritahu ibu bapanya yang dia nak kahwin dengan dirinya. Eh, memang susah dia nak percaya.
Ada dia kisah?
            “Saya tak kisah!” jawabnya perlahan.
            “Berilah saya peluang sayang! Saya akan buktikan yang cinta saya ni memang ikhlas untuk sayang dan bukan untuk orang lain!” jawab lelaki itu merayu. Sampai tahap itu? Sudah berkali dia katakan kepada lelaki itu yang dia tidak sukakan lelaki itu. Namun cintanya tidak berubah tetap untuknya. Tidak kah dia rasa diri bertuah?
Tidak! Dia rasa Gunung Kinabalu sudah rebah di kepalanya!
            “Peluang apa lagi ni? Sepatutnya awak dah ceraikan saya tau! Sudah berapa lama kita nikah, saya tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai isteri awak. Jadi, takkan awak tak berubah hati!” katanya seperti merayu. Lelaki lagak macho itu sudah ketawa kecil. Makin api marah di dadanya. Degil tak habis-habis lelaki ini!
            Ini bukan tahun pertama mereka kahwin. Ini sudah tahun ketiga. Namun dia hanya memberi peluang kepada lelaki ini agar menceraikannya bila sudah tiba masanya. Mahukah lelaki lagak macho ini mempertimbangkannya?
            “Peluang mempunyai isteri secomel Sara dan peluang menjadi suami sayang. Abang tak kan pernah berubah hala!” Jawab lelaki itu berani. Teluskah pengakuannya? Benarkah lelaki ini tidak pernah berubah hala? Selama ini lelaki ini hanya mengirimkan sms dan mengirim wang belanja setiap bulan. Kenapa beraninya tiba-tiba muncul saat dia mahu tamat belajar? Pening dia memikirkan lelaki ini.
            “Jangan nak berlagak baiklah! Saya benci awak tahu tak?” jawabnya perlahan masih mencemuh lelaki itu.
            “Tak ,saya serius ni! Bukan sebab saya baik tapi sebab saya cintakan isteri saya!” jawabnya. Makin dia marah. Dia kalau boleh tidak mahu mendengar pengakuan yang mulus-mulus begitu. Kenapa lelaki ini terlalu setia kepadanya? Bolehkah kalau mereka bercerai?
            “Jangan datang sini, jangan tunggu saya. Saya tak suka awak datang sini! Awas ya kalau awak datang!” Jawabnya. Dia siap memberi ugutan kepada suaminya sendiri. Lelaki muka kaku itu ketawa. Eh, malas sungguh dia!
            “Kita jumpa di lobi Hotel Seri Malaysia Kuala Lumpur pada hari Ahad lagi dua minggu depan jam11.00 pagi. Jangan jadikan abang ni lelaki tak guna di depan ibu bapa kita. Abang betul-betul cintakan isteri abang, jangan nak sebut perkataan lain yang Allah tak suka, faham?” Kata lelaki itu mengugutnya pula.
Kenapa lelaki ini semakin berani? Adakah selama ini dia rasa terseksa? Memang dia mahu lelaki lagak macho ini terseksa sehingga mahu melepaskannya! Ah, kenapa lelaki ini tidak mahu putus asa?
Ah, mahu sahaja dia menangis. Rancngannya tidak mengena. Lelaki ini masih tetap dengan nekadnya. Dia pula yang mula putus asa. Putus asa hendak menyakitkan hati lelaki ini.
            “Jangan datang! Saya takkan datang ke tempat yang awak sebutkan tu!” jawabnya tegas. Lelaki itu ketawa. Semakin dia sakit hati.
            “Saya akan datang ke rumah Sara! Jangan fikir abang tak tahu abang tak tahu kat mana sayang tinggal.” jawabnya tambah menyakitkan hatinya.
            “Saya takkan keluar!” jeritnya. Lelaki itu ketawa di hujung talian. Eh, mahu dia cekik lelaki wajah beku itu. Sesuka hatinya aje dia hendak ketawakan dirinya.
            “Saya akan paksa sampai sayang abang ni keluar!” lelaki ini benar-benar sudah nekad. Kenapa pula dia senekad ini? Salahnya ke?
            “Boleh tak awak tak buat gila?” soalnya sudah makin marah. Mengalir air matanya. Dia benar-benar tidak ada hati kepada lelaki lagak macho yang selalu menyakiti hatinya ini. Dahulu sewaktu sama-sama di sekolah menengah yang sama, dia selalu bergaduh dengan lelaki ini. Sekarang pula lelaki lagak macho ini mahu tunjuk baik kepadanya. Mahu dia percaya dengan kebaikan yang bagaikan ditampal-tampal itu?
 Oh tidak! Dia tidak akan sesekali percayakan lelaki lagak macho ini!
            “Saya rindu Sara!” dia dia bulat mata mendengar kata-kata lelaki ini. Mahu sahaja dia ludah lelaki ini.
            “Jangan-jangan kau ni terlebih makan ubat!” katanya mengenakan lelaki lagak macho ini. Lelaki itu ketawa. Sakit telinganya. Bagaikan mesingan memuntahkan pelurunya. Cakap suka hati aje!
            “Ya demi isteri tercinta!” mahu dia sakit jantung kalau begini?
            “Eh, kau ni tak faham bahasa? Kalau orang tak nak, tak nak lah! Tak tahu malulah awak ni!” jawabnya tegas dan keras malah penuh kebencian.
            “Abang mahu jadi suami untuk Sara bukan pak turut saja! Selama ni abang ikut semua cakap Sara. Apa yang abang dapat?” bulat matanya.
            “Pahala!” jawabnya pantas.
            “Pahala langsung tak dapat! Dosa ada lah!” jawabnya. Dia ketawa. Lelaki itu juga ketawa. Eh, pelik sungguh!
            “Sudahlah saya nak letak telefon!” katanya meminta izin.
            “Jangan letak!” kata lelaki itu seperti mendesaknya.
            “Kalau kau cintakan saya tolong lah jangan paksa-paksa saya! Lepas ni tolonglah lepaskan saya. Kalau awak cari gadis lain, beribu yang nakkan awak. Awakkan kaya dan Berjaya, pasti ramai yang nakkan awak!” rayunya.
Lelaki muka beku itu ketawa di hujung talian. Dia pandang telefonnya. Adakah dia berlawak atau bersungguh-sungguh merayu agar lelaki itu melepaskannya? Ha, dia serius kan?
            “Abang nak datang jumpa isteri dan bawa balik semula ke negeri di bawah bayu. Mak teringin nak jumpa menantunya. Mak sakit tu!” Kata lelaki itu berterus terang. Dia teringat emak mentuanya yang baik dan lemah lembut sikapnya. Apa yang dia mahu jawab?
            “Mak tak sihat?” soalnya. Kasihan dia kepada emak mentuanya yang selalu sahaja tidak sihat. Namun dia memang tidak ada pilihan.
            “Tak begitu sihat. Dia nak cucu dari kita sebelum dia menutup mata!” katanya. Eh, lagi dia geram. Lelaki lagak macho ini memang suka cakap sesuka hatinya!
            “Kau kahwin barulah dengan sesiapa yang kau suka di kampus tempat kau belajar tu dan lepaskan saya!” jawabnya selamba. Lelaki itu ketawa.
            “Tak de yang nakkan abang ni!” jawabnya berlagak lebih.
            “Kenapa pula?” soalnya hairan.
            “Tak tahu? Semua orang kat sini dah tahu yang abang ni dah ada isteri yang cantik, lawa, comel dan baik hati dan berpelajaran! Mana berani mereka nak mengorat abang!” lagi dia mahu termuntah mendengar kata-kata lelaki lagak macho ini.
            “Isteri kau tak sudi!” katanya mahu menyakitkan hati suaminya. Lelaki itu ketawa.
            “Abang akan buat dia sudi suatu hari nanti!” katanya. Semakin dia marah. Habis bertaburan pelajaran yang dihafalnya apabiila memikirkan lelaki ini.
            “Jangan haraplah! Kau cari lah gadis lain yang memang sukakan kau! Si Biah, bukan Biah cintakan kau ke dulu?” katanya. Lelaki itu ketawa. Semakin galak dia ketawa mendengar dia menyebut nama kawan baiknya di sekolah menengah.
            “Biah? Taklah! Abang hanya nak Maisara Hanis yang manis, kecil molek dan comel bikin abang geram setiap hari! Ingat, Maisara Hanis yang dah sah jadi isteri abang tau!” bertambah-tambah geramnya kepada lelaki itu. Mahu sahaja dia toreh muka beku lelaki yang tidak tahu malu itu.
            “Pasti ada gadis mahu kau kalau kau berusaha cari isteri baru! Kau kan orang kaya pasti ramai yang nak!” katanya menambah sakit hati lelaki itu. Lelaki itu ketawa.
            “Tak mungkin lah! Dari tingkatan dua saya cintakan Sara, senang-senang nak buang Sara? Oh tidak mungkin! Cinta saya bukan hendak dibuang di merata tempat! Dan, saya dapatkan isteri saya dengan cara yang terhormat sayang, takkan nak buang begitu aja! Saya tak rampas dia dari sesiapa kan!” kata lelaki itu dengan penuh yakin. Dia semakin benci.  Bukan cair hatinya. Makin merebak api di dadanya. Mahu sahaja dia marah lelaki itu sesuka hatinya.
            “Jangan nak cakap gila! Baik kau kahwin lain! Senang cerita! Dan, tak perlu nak merayu kat saya ni !” ketawa lelaki itu. Dia pula hampir histeria..
            “Tak.. ini serius. Saya rindu Sara. Takkan biarkan rindu abang ini tak berbalas Sara? Takkan tak de sekelumit rindu untuk abang? Selama ini abang pendam aje rindu abang sebab sekolah abang tak habis lagi dan sayang pun tak habis lagi. Kalau dah habis nanti, berilah abang peluang...” dia tutup mata mendengar rayuan lelaki muka beku itu. Menggeleng-geleng walaupun lelaki itu tidak melihat aksinya. Air matanya sudah mengalir lancar.
            “Tak de rindu-rindu! Tak main nak rindu-rindu ni! Rimas tau!” jawabnya lalu menekan butang merah di telefonnya. Geram sungguh dia. Hampir 20 minit masanya terbuang untuk belajar. Buang masa!
            “Sampai hati Sara! Tapi abang tahu dalam hati Sara sangatlah mencintai abang kan?” jawab lelaki itu. Senang hatinya. Lelaki muka beku itu bagaikan putus asa dengannya. Mahu sahaja dia termuntah!
            “Awak yang buat saya macam ni! Saya tak pernah rindukan awak! Jangan harap!” lelaki itu ketawa.
            “Saya cintakan Sara!” katanya. Semakin membuak marahnya.
            “Jangan jadi gila! Saya benci awak!” katanya. Lelaki itu ketawa di hujung telefon. Mahu dia pengsan!
            “Abang cintakan sayang sepenuh hati abang.” Jelasnya lagi.
            “Sudahlah, assalamualaikum!” katanya menekan butang merah. Sakit hatinya kepada suaminya.

Monday, March 23, 2015

Enovel Cinta Sang Pilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia sudah siap untuk tempahan


Ketiga-tiga enovel cinta di atas iaitu Cinta Sang Pilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia sudah pun siap untuk dibaca sepenuhnya oleh peminat-peminat novel cinta. Sekarang ada potongan harga besar-besaran dari harga sebenar. 

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi penulis di imanasuha@yahoo.com untuk tempahan pembelian enovel itu.  


Terima kasih.