Monday, June 29, 2015

Saat Cinta Membara 14

Bab 14

“Esok abang dah nak balik.” Sapa lelaki itu. Beberapa hari lelaki ini di Kuala Lumpur. Lelaki manja ini merimaskannya. Ada kukisah? Dia tidak kisah sebenarnya. Kisah tak kisah dia sebenarnya terpaksa kisah. Selama beberapa hari ini dia tidak balik ke rumah sewanya. Dia bersama-sama dengan lelaki ini.
            “Ya.” Jawabnya.
            “Sayang balik nanti, abang tunggu di airport.” Kata lelaki itu. Dia jeling suaminya itu.
            “Tak perlu. Saya tahu jalan pulang!” katanya pula. Lelaki itu ketawa.
            “Sangat perlu. Sayang perlu berada di depan suami sayang selepas ini. Abang tak boleh nak berpisah dengan sayang lagi.” Kata lelaki itu.
            “Tak perlu. Saya nak rehat di rumah keluarga saya.”
            “Taka pa, apa yang penting kita sama-sama di rumah keluarga sayang. Abang tak nak berpisah dengan sayang lagi.” Kata lelaki ini dengan penuh yakin. Sekali lagi dia berasa sangat teruja namun dia memang sudah agak penat memikirkan lelaki ini.
            “Muak saya nanti...” katanya perlahan.
            “What?” kata lelaki itu.
            “Nothing Imran.” Katanya. Gugup dia lelaki itu bertanya tentang kata-katanya.
            “Awak tak perlu ada depan mata saya. Saya boleh jaga diri sendiri.” Katanya.
            “Sebenarnya abang nak kita sama-sama balik ke Kota Kinabalu.” Kata lelaki itu. Dia pula menjadi marah.
            “Tak payahlah! Saya tak nak! Saya tahu balik sendiri! Kk tu kampung saya.” Jawabnya dengan penuh kebencian. Sudah beberapa hari dia menjeruk rasa dengan lelaki ini. Ah, sebenarnya dia segan. Dia tidak pernah berdua-duaan begitu lama dengan lelaki ini sekalipun sudah terang lag bersuluh yang lelaki ini suaminya yang sah. Ah, jantungnya ini sudah berapa kali hendak meloncat keluar. Tidak sporting langsung jantungnya ini. Ah, silap hari bulan esok-esok dia memang demam!
            “Sayang tanggungjawab abang.” Dia faham. Namun dia belum dapat hendak memberikan komitmen kepada lelaki ini sebab diai masih ada kerja di rumah sewanya sebelum dia balik ke kampung halamannya.
            “Janganlah! Selama ini saya sendiri juga! Tak perlu awak nak kisah-kisahkan saya.” Katanya selamba. Sebenarnya dia pun selama ini mengingati lelaki ini namun dia menahan perasaannya, dia menguatkan perasaannya. Mereka pun sama-sama masih belajar.
            “Kenapa? Sayang merajukkan?” dia tidak merajuk. Lelaki ini mendekatinya semula. Bertambah bergendang lagi jantungnya dan dadanya.
            “Tak... saya tak merajuk. Buat apa saya nak merajuk?” katanya perlahan. Lemas dia dengan sikap lelaki ini yang sudah memeluk pinggangnya. Tangannya pula kuat hendak menepis tangan kekar lelaki ini. Lelaki yang semakin tegap tubuhnya ini semakin pula mengetatkan pelukannya. Semakin dia tersepit.
            “Awak boleh tak kalau awak jangan nak peluk-peluk saya macam ni? Saya tak sukalah!” katanya meronta minta dilepaskan. Semakin pula lelaki ini mengetatkan pelukannya dan mereka semakin berdiri berdepan. Dia asyik menundukkan kepalanya. Lelaki ini memang sudah melampau.
            “Abang masih tak dapat nak berpisah dan berjauhan dari sayang. Cukuplah setahun lalu kita tak jumpa. Cukuplah tu sayang. Kalau boleh sekarang abang nak sentiasa dekat dengan sayang.” Bisik lelaki ini. Mahu dia menangis. Setahunya lelaki ini mempunyai kekasih semasa di universiti. Gadis itu orang sekampungnya juga. Lelaki ini tidak tahu agar gadis yang tidak cukup kain itu meminta dia menjauhi suaminya. Ah biarlah...rahsia itu disimpannya sendirian.
            “Im...Im...janganlah macam ni saya tak sedia lagi.” Katanya. Lelaki sudah memeluk dan mengucup dahinya lama. Turun ke telinganya dan ke pipinya. Dia semakin rimas kalau lelaki ini sudah hilang diri.
            “Sayang... sayang tahukan abang sangat rindukan sayang? Izinkan abang...” ah, lelaki ini merayu. Air matanya sudah bagaikan air sungai yang mengalir selepas hujan. Tahukah lelaki ini betapa kepercayaan kepadanya tidak ada?
            “Dulu lepas kahwin sayang juga yang tak nak abang pedulikan sayang. Abang tahu itu helah abang supaya sayang boleh minta lepaskan abang kan?” soal lelaki ini. Dia bulatkan matanya.
            “Siapa cakap? Tahu tak buruk sangka tu berdosa?” katanya berhelah lagi. Air matanya ditahannya. Lelaki ini cuba berburuk sangka lagi.

Happy Reading. 

Monday, June 15, 2015

ENovel Cinta Sang Pilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia Dijual Murah-Murah!



Assalamualaikum wt. wb dan salam satu Malaysia.

Saya nak jual lelong dan murah-murah enovel Cinta SangPilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia sebelum saya edit ketiga-tiga enovel ini untuk diterbitkan. 

Cepat... saya jual murah-murah! 

Jika berminat dengan harga murah-murah ini sila emel saya di imanasuha@yahoo.com


Terima kasih. Tawaran terhad!