19 Aku agak berasa sedih pula. Setelah lebih dua hari aku di rumah Aliff Safwan selepas acara persandingan kami di rumah keluarga nenda mertuaku. Memanglah tidak ada apa-apa yang berlaku antara kami namun entah kenapa aku tetap bersedih. Cutiku pun sudah habis. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku menelefon majikannya untuk menambah cutiku, namun aku tidak berani hendak berbuat demikian. Kalau selama ini kami sering bertengkar macam kucing dengan anjing, namun hari ini aku seperti terkesan pula dengan kebaikan-kebaikan lelaki itu kepadaku. Aku bukan gadis yang kalis cinta. Namun selama ini aku tidak pernah memberikan peluang kepada sesiapapun untuk mendekati aku. Cukuplah sekali aku terluka dan luka sebenarnya belum sembuh. Bagaimana mahu sembuh jika aku aku tidak pernah memberikan ubat untuk merawat luka di hatiku. “Sayang sudah siap? Kenapa tunduk macam begitu? Tak sanggup tinggalkan abang ya? Sayang s...
Catatan
Tunjukkan catatan dari Mei, 2013
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bab 18 Ni bab yang ke 18. Harap anda terhibur ya. 18 “Syukurlah hasrat kita sudah tertunai Balqis,” kata nenda Mariam kepada nenekku. Aku duduk di sisi nenda Mariam. Aliff pula duduk di sisi nenekku. “Ya lah kita berdoa semoga hubungan mereka akan berpanjangan Mariam. Sama-samalah kita berdoa. Jangan sampai ada apa-apa berlaku antara mereka.” Kata nenekku. Aku mendengar macam patung cendana. “Kita doakan yang baik-baik saja Qis, jangan sampai berlaku apa-apa. Jika perceraian berlaku, awak berdua tak akan dapat satu sen pun harta nenda, ingat awak berdua?” Kata nenda Mariam. Aku angkat kening. Aliff Safwan sudah tersengih ke arahku dan mengangkat keningnya. Aku geram dengan sikapnya yang selamba badak itu. “Jangan sebut y...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bab 17 Berikan komen ya untuk pembaikan. Tk. 17 Selesai solat berjemaah, terasa syahdu di dadaku. Entah kenapa. Mungkin ibu bapa dan sanak saudaraku yang lain belum tiba? Ah, itu bukan soalnya. Aku sepatutnya bersyukur kerana kehadiranku di dalam keluarga baru disambut dengan baik walaupun tidaklah segah mana. Namun aku tetap melihat adanya kesepakatan dalam keluarga baharuku ini. Syukur tetapi kuucapkan. Tidak terhingga syukurku kepada Allah SWT. “Jadi, sayang tak nak turun?” soal Aliff menerbangkan semua kenanganku terhadap ahli keluargaku yang lain. Aku terasa sungguh segan dikelilingi oleh ahli keluarga Aliff Safwan sahaja. “Err, turun kejap lagi, err awak, apakah saya kena tukar baju sekarang?” soalku serba salah. Rupanya aku tertidur setengah jam lamanya. Aliff Safwan turut tertidur di sisiku dan apabila aku t...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ini bab 16 Lama sungguh tidak berblog di dalam blog ini. Rindu juga terasa tetapi agak sibuk sikit kebelakangan ini. Sentuhan Kasih 16 “Sayang, bangun sayang. Kita dah sampai.” suara Aliff menyedarkan aku. Terbuka mataku seluasnya melihat Aliff yang sudah berada dengan jarak satu inci di depanku. Aku menolak tubuhnya dan menjauhkan diri daripadanya. Kudengar suara bising di luar sana. “Wah, kita sudah di mana ni?” suaraku agak terkejut dengan suasana yang aku tidak biasa mendengarnya. Tanganku sudah dipegangnya. Aku berasa kesal kerana boleh tertidur selama lebih dua jam perjalanan kami dari rumah Aliff tadi. Mukaku terasa panasnya. Aku duduk dengan tegak. Di luar, kelihatan orang ramai maksudku ahli keluarga Aliff sudah berpusu-pusu memasuki rumah kediaman rasmi keluarga mertuaku itu. Aku sempat mengerling jam di tanganku. Hadiah daripada Aliff sebelum kami nikah. Hampir jam 5 petang baru kami sampai di rumah keluarga Aliff Safwan. Aku berasa agak kekok. ...