Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Novel Salwa Maisara 6

Bab 6 Di dalam teksi itu mereka mendiamkan diri. Dia duduk di sisi suaminya itu dengan tenang. Dalam ketenangan itu dia terdengar suaminya itu mengeluh. Dalam ketenangan itu dia tetap terganggu. Lelaki itu memandangnya sekilas. Apa masalah pula?             “Kenapa abang mengeluh?” soalnya. Berdetak hatinya memandang lelaki di sisinya itu.             “Ayah awak tu!” jawab suaminya itu. hairan dia. kenapa pula dengan ayah dia? ada apa-apa yang dia tidak tahu? Soalnya dalam hati.             “Kenapa dengan ayah saya bang?” soalnya pula. teringin dia tahu kisah mengenai ayahnya sendiri di mata suaminya yang baru beberapa jam dinikahi itu. apakah yang baik atau yang buruk?             “Dia tak ambil duit yang beri!” jawabnya. Wajah itu masam.    ...

Novel Cinta Sang Pilot 36

Bab 36  “Lama sungguh kita tak jumpa, apa cer?” soal Suffian. Nukman Faris tersengih.             “Apa cer ni Nukman? Ceritalah kat aku! Macam panas sudah satu office cerita pasal kau dah kahwin! Betulkah tu?” soal Suffian lagi. Nukman Faris tergegau. Dia terkejut kalau berita pernikahannya sudah tersebar di pejabatnya. Takkanlah!             “Siapa beritahu ni? Cuba cer sikit!” kata Nukman Faris pula. Dia sengaja mahu tahu siapakah yang pembawa cerita yang agak memanaskan telinganya itu.             “Benarkah kau dah nikah dan buat persandingan besar-besaran di KLCC? Aku dengar macam tu? Betul?” soal Suffian lagi. Ini mamanya punya pasal. Mamanya hendak melakukan persandingannya di tempat paling gah. Dia sendiri tidak senang hati dengan tempat yang sudah dirancangkan oleh mamanya itu. Namun siapa dia hendak...

Makluman

Makluman Novel Kuimpikan Bahagia sedang bersiaran di novelmelayukreatif.com, jika anda sudi, jenguk-jenguklah laman tersebut dan berikan komen ye. Linknya ialah: http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/cinta/item/489-kuimpikan-bahagia Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua pembaca. I love  it! Sekian.

Novel Cinta Sang Pilot Bab 35

Assalamualaikum, penulis memohon agar para pembaca mendoakan yang baik-baik untuk novel ini. Ia sedang disiapkan sepenuhnya dan akan dihantar ke meja penerbitan tidak lama lagi.  Terima kasih.  Bab 35 “Saya tak bohong!” kataku dengan sepenuh hati. Aku tahu dia mahu aku memberitahunya dengan bersungguh-sungguh. Aku tahu dia mahu berbincang. Ah, berbincang apa begini? Setelah dia rogol aku baru dia hendak bawa aku berbincang? Ah, aku memang tidak puas hati dengan tingkah gila lelaki ini.a             “Jadi? Awak nak beritahu yang awak alim dan warak dan tak pernah bohong?”  soalnya. Aku geleng.             “Saya tak bohonglah! Buat apa saya nak bohong awak? Tak ada gunanya tahu tak!” kataku geram. Aku memang tidak mengandung. Aku sudah memberikan dia hint-hint selama ini tetapi kenapa dia tidak mahu cuba mengerti? Atau dia sengaja tidak mahu mengerti?...

Novel Cinta Sang Pilot Bab 34

Bab 34 “Ya asalamualaikum,” sapanya dengan suara bagaikan tertekan-tekan. Biasa hal itu berlaku. Baru sahaja dia hendak bermesra dengan isterinya, telefonnya pula buat hal. Kenapa dia tidak offkan telefonnya sejak tadi? Soalnya dalam hati. Mahu sahaja dia matikan telefonnya setelah melihat nombor yang tertera tetapi dia tidak sampai hati.             “Awak kat mana ni sayang?” suara lunak itu menyapa telinganya. Isterinya yang sudah menghilang entah ke mana. Isterinya sudah tidak ada di sofa ketika dia menoleh ke arahnya semula. Dia tertanya-tanya pula ke manakah isterinya menghilang. Namun dia tahu isterinya ada di sekitar rumahnya ini. Ibu bapa mereka pula akan datang ke rumah ini tidak lama lagi. Jadi, dia mahu menjaga perlakuan sepanjang ibu bapa mereka ada di rumahnya ini. Natasya Umaira tidak banyak cakap semenjak tiba di rumahnya. Masuk ke biliknya pun tidak mahu. Cadar biliknya pun sudah ditukar. Dia sudah menghanta...