Novel Salwa Maisara Bab 16
Bab 16 “Haha! Tahu takut ya!” kata Syed Budriz yang sudah berdiri dan mentertawakan dia yang sedang terketar-ketar. Dia buka matanya perlahan-lahan. Dia mendapati tubuhnya masih lengkap berpakaian. Syed Budriz sudah keluar ke balkoni dan berdiri memerhatikannya dengan sisa ketawa yang masih ada. “Kurang asam punya mamat!” katanya marah. Dia pun berdiri dan bercadang hendak melarikan diri. Dia mencari beg tangannya. Dia mencari kasutnya. Dia ternampak kasutnya berdekatan dengan pintu bilik hotel itu. matanya liar memerhatikan kawasan bilik ini. Beg tangannya sahaja yang dia tidak tahu di manakah lelaki itu meletakkannya. Akhirnya dia duduk sahaja di bibir katil dengan tubuh yang masih menggeletar. Menggeletar dengan tindakan lelaki yang tidak senonoh itu. “Salwa, mari sini,” panggil Syed Budriz ke arahnya. Dia tidak menoleh. Sebaliknya matanya dit...