Enovel Saat Cinta Membara Bab 26
“Awak, cukup-cukup lah awak beli baju tu! Dah banyak dah tu! Tadi tu pun dah dekat seribu awak bayar! Banyak mana duit awak ni? Saya ni tak kerja lagi awak,” katanya melarang suaminya ini membelikan dia segala baju kurung dan jubah. Laa, mahal pula tu. Kalau lihat harga, memang bukan harga yang mampu dia miliki. Memang ayahnya selalu memanjakannya tetapi bukan selalu. Hanya jika ada hari-hari tertentu sahaja. Segala baju-baju yang lelaki ini belikan untuknya memang baju yang dia tidak akan belilah. Takkan dia hendak habiskan semuanya wang gajinya ha...