Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Saat Cinta Membara Bab 11

Bab 11 Balik tergesa-gesa. Lelaki itu sudah belikan tiket baru untuknya. Namun mereka tidak balik sama-sama. Dia tidak mahu hendak balik bersama-sama dengan lelaki itu. Sakit hati. Beritahu nurin. Teringat Juriah yang masih mentah tetapi kuat menghadapi takdirnya. “Saya nak balik Imran.” Katanya selepas mereka minum di restoran makanan segera itu. Pilihan makan lelaki ini memang tidak disukainya langsung namun dia sudah tidak mahu membantah. Biarlah lelaki ini memilih makanannya sendiri. Menurutnya dia tidak tahu di mana hendak mencari tempat makan yang baik di sini. Dia juga tidak berselera hendak menunjukkan mana-mana tempat kepada suaminya. Tindakan Airil Amar masih menyebakkan hatinya. Dia tidak menyangka kalau sahabat baiknya selama ini akan berpaling tadah kepadanya. Sudah berpuluh missed call daripada Airil Amar di telefonnya namun dia buat tidak dengar. “Nak balik mana? Bilik abang?” soal lelaki itu. Berdenyut jantungnya. Dia tidak mahu memandang wajah suaminya itu. ...

Saat Cinta Membara Bab 10

Bab 10 “Abang baru tiba di KL pagi ini. Abang akan ke rumah sayang.” Itulah bunyi sms suaminya. Ada dia kisah? Apa yang dia perlu buat? Takkan nak hubungi suami dan marah-marah. Memang lelaki itu nekad dan berani mati kali ini. Selama ini lelaki itu hanya mendiamkan dirinya. Paling-paling mengucapkan ucapan-ucapan penting dalam hidup  mereka. Sedangkan dia tidak pernah membalas mengenai ucapan lelaki muka beku itu. Pedulikanlah dia!             ‘Aku nak ke mana ni? Patutkah aku tunggu suami atau ikut sahaja Airil Amar? Eh, tak patut betul lelaki ini tiba-tiba muncul dalam hidup aku! Kalau tak muncul kan bagus!’ Suaminya sudah sampai. Dia sengaja menghubungi Airil Amar yang dia sedia hendak bertemu dengan Airil Amar. Dia sengaja keluar dengan Airil Amar. Dia tidak tahu Amar hendak mmbawa dia ke mana. Apa yang dia tahu dia tidak mau bertemu dengan suaminya. Benci sungguh dia kepada suaminya sendiri. Panggilan suaminya ti...

ENOVEL CINTA SANG PILOT DLL

ASSALAMUALAIKUM, ENOVEL CINTA SANG PILOT BERKAT USAHA YANG BERTERUSAN DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH, AKHIRNYA ENOVEL CINTA SANG PILOT DAN LAIN2 ENOVEL SAMPAI KEPADA PEMBACA YANG SETIA MENANTI ENOVEL-ENOVEL SAYA DISIAPKAN. JADI, UNTUK PARA PEMBACA YANG SETIA MENANTI DAN MENYOKONG ENOVEL-ENOVEL SAYA SELAMA INI, SAYA MEMBERI HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN BAGI SEMUA ENOVEL SAYA SEPANJANG MINGGU INI SEHINGGA 30 APRIL 2015. IA JUGA SEMPENA MENGINGATI KELAHIRAN SI COMEL SAYA PADA 30 APRIL YANG AKAN DATANG INI. JADI, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAPATKAN ENOVEL SAYA INI SEBELUM PROMOSI BERAKHIR.  JIKA BERMINAT BOLEH WHATAPPS DI NOMBOR 014 8645789 ATAU EMELKAN KE imanasuha@yahoo.com SALAM SAYANG UNTUK PARA PEMBACA SEMUA. MOGA KITA HIDUP SENTIASA DALAM RAHMAT ILAHI.  TERIMA KASIH. 

Saat Cinta Membara Bab 9

Bab 9 Hari peperiksaan bakal tiba. “Doakan saya berjaya ibu. Doakan yang terbaik ya ibu.” Itulah pintanya sewaktu dia hendak menduduki peperiksaan akhirnya di universiti ini melalui talian pintar. Selepas ini dia akan menunggu panggilan di mana dia ditempatkan.             “Ibu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu,” jawab ibunya dengan penuh perasaan. Syahdu dia rasa. mahu menangis pun ada. Dia bersyukur.             “Terima kasih ibu. Selama ini ibu banyak membantu saya. Moga ibu pun mendapat yang terbaik. Kirim salam kat ayah ya ibu!” katanya.             “Itu tugas ibu sebagai ibu kepada Sara. Tugas Sara ialah belajar dengan sungguh-sungguh. Ayah pun kirim salam. Dia pun rindu kat Sara.” Kata ibu. Aik, dia tidak cakap rindu pun ayahnya dah cakap rindu? Eh, memang ada perasaan dia dengan ayahnya.  ...

Saat Cinta Membara bab 8

Bab 8 “Maisara Hanis! Kalau time macam ni don’t waste my time! You have to focus!” kata Doktor Maimunah di hadapan pesakit mereka. Dia pandang Doktor Maimunah dengan kepala terangguk-angguk. Ini semua memang lelaki lagak macho itu yang punya hal! Kalau dia tidak memberitahunya yang dia akan datang hujung bulan ini selepas peperiksaan finalnya, memang dia tidak akan terlalai termenung di depan Doktor Maimunah. Memalukan sungguh!             “Saya dok!” jawabnya perlahan. Mukanya sudah merah. Dia tidak ada alasan hendak membela dirinya.             “Ini untuk pemarkahan awak yang terakhir. Jangan nak buat hal dengan saya!” kata Doktor Maimunah seperti mengugutnya. Matanya sudah membesar macam mata helang hendak menangkap mangsa. Benar juga pesanan Airil Amar tadi.             “Maafkan saya dok!” katanya. Para ju...

Saat Cinta Membara Bab 7

Bab 7 “Semalam, saya kol awak balik-balik! Tak dapat! Kenapa? Selalunya line awak clear aje. Apa hal ye?” soal Airil Amar. Bulat matanya. Apa lagi yang mamat kaca mata tebal setebal cermin ini mahu? Soalnya dalam hati.             “Apahal ni? Kan awak dah kol semalam? Takkan nak kol balik-balik!” mamat ini picingkan mata. Salahkah cakapnya? Geram dia. Sudahlah dia serabut dengan kisah suaminya sendiri. Sekarang si mamat kaca mata tebal ini pula turut menyibuk! Tambah dia geram.             “Dah kol?” soal mamat ini pula. Dia angguk. Sudahlah banyak kerja-kerja yang dia kena habiskan pagi ini. Doctor pakar lagi akan menyelia kerjanya pagi ini. Lelaki kaca mata tebal ini pula sibuk dengan soalan-soalan hitnya.             “Ya! Kan awak dah kol semalam? Apa lagi yang kurang? Penjelasan saya tu tak jelas?” soalnya p...

Salwa Maisara Bab 27

Bab 27 “Eh, kenapa sayang tidur kat bawah? Berlapikkan sejadah pula tu!” kata Syed Muhammad Budriz apabila dia tersedar dari tidurnya. Dia cepat-cepat bangun dan mengangkat isterinya ke katilnya. Sejak tadi isterinya ini menjauhkan diri daripadanya. Apa yang berlaku? Takkan takut kerana dia memeluknya tadi? memang dia kena memeluk isterinya ini, kalau bukan dia yang peluk siapa lagi? Kalau dia bukan peluk isterinya siapa lagi yang hendak dipeluk? Takkan nak peluk batang kayu pula kan!             “Luasnya katil ni! Boleh-boleh awak tidur kat bawah ni! Sejuk tahu tak!” kata Syed Muhammad Budriz. Salwa Maisara memang sudah tidak sedarkan diri. Walaupun dia angkat ke katilnya ini, Salwa Maisara tetap tidak bergerak. Memang sah tidur mati!             “Kenapa ni? Merajuk ke ni? Takkan abang peluk sikit tak boleh!” soalnya. Apa yang mama cakap kepada isterinya ya? Dia mengam...

Novel Salwa Maisara Bab 26

Bab 26 “Apa cerita Sofie dan mama tadi?” soal Syed Muhammad Budriz menyoalnya macam polis apabila mereka sudah masuk di dalam bilik lelaki yang agak besar dan agak mewah ini. Dia tidak senang hati. Sudahlah dia tidak selesa dengan sikap suaminya yang acuh tak acuh di bilik besar itu. Sekarang dia menyoal pula macam polis. Sakit sungguh hatinya! Mungkin lama-lama nanti dia akan terkena sakit jantung sebab asyik sakit hati dengan tingkah manusia-manusia di rumah batu keluarga mentuanya ini. malah dia rasa dia mahu sahaja balik ke rumah emaknya di Pahang.             “Tak de! Mereka cerita biasa-biasa aje!” katanya. Ada sendu di wajahnya. Ah, di hatinya Allah sahaja yang tahu. Betapa sakit hatinya namun dia tidak mahu memanjangkan persengketaan antara mereka di rumah lelaki ini. Biarlah dulu. Tidak elok dia hendak membuat sesuatu di sini.             “Cerita biasa apa?” ...