Saat Cinta Membara Bab 13
Bab 13 Selesai membuat pendaftaran, lelaki ini membawanya masuk ke biliknya. Dia yang berasa tidak selesa sebenarnya hendak meninggalkan lelaki ini sendirian di sini namun dia tidak sampai hati. Ah, kenapa dia ini suka berasa kasihan kepada lelaki ini? Kerana perasaan inilah yang menyebabkan dia setuju menikah dengan lelaki ini. Ah benarkah perasaannya ini? Atau dia sendiri ada perasaan kepada lelaki ini? Ho ho! Tidak! Dia menafikan perasaannya! “Mari masuk bilik abang,” kata lelaki ini mempersilakannya. Dia terasa asing. Nak pengsan pun ada. Lelaki ini sudah memegang erat tangannya. Macam tidak mahu dilepaskan pula tangannya ini. Dia pula mahu mengambil kesempatan kalau dia dapat melepaskan tangannya dari pegangan mamat muka beku ini. Senyuman lelaki ini terukir cantik di wajahnya. Tetap beku namun tetap manis dan tetap kacak. Ah, sudah! Maisara... apa sudah jadi? Dah mula gatal atau dah mula jatuh cinta? Dia menggeleng perlahan. Tidak mungkin muka beku ini yang menjadi pil...