Saat Cinta Membara 14
Bab 14 “Esok abang dah nak balik.” Sapa lelaki itu. Beberapa hari lelaki ini di Kuala Lumpur. Lelaki manja ini merimaskannya. Ada kukisah? Dia tidak kisah sebenarnya. Kisah tak kisah dia sebenarnya terpaksa kisah. Selama beberapa hari ini dia tidak balik ke rumah sewanya. Dia bersama-sama dengan lelaki ini. “Ya.” Jawabnya. “Sayang balik nanti, abang tunggu di airport.” Kata lelaki itu. Dia jeling suaminya itu. “Tak perlu. Saya tahu jalan pulang!” katanya pula. Lelaki itu ketawa. “Sangat perlu. Sayang perlu berada di depan suami sayang selepas ini. Abang tak boleh nak berpisah dengan sayang lagi.” Kata lelaki itu. “Tak perlu. Saya nak rehat di ...