TEASER 1 ENOVEL SAAT RINDU MEMBARA
TEASER 1 (SAAT RINDU MEMBARA) Dia masuk ke dalam rumah. Entah kenapa dia terasa sunyi pula. Sudah hampir seminggu dia bersama dengan suaminya. Selepas ayah dan ibu nya keluar bekerja, dia akan duduk di rumah bersama Imran. Tetapi hari ini Imran dipanggil bekerja pula. Kenapa dia rasa sunyi? Kenapa dunia bagaikan berada di dalam kotak? Sendirian dan terasing? Kenapa dan kenapa? Selalunya ada sahaja butir-butir pertelingkahan mereka tetapi hari ini hanya wajah lelaki ini sahaja yang bermain-main di anak matanya. Senyuman nakal suaminya. Kenyit mata suaminya. Renungan mata...