Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Sentuhan Kasih 15

Lama saya tak bertemu anda pembaca di maya ini kan. Maaflah, saya baru nak tarik nafas selepas menyiapkan dua buah manuskrip dan sudah dihantarkan ke sebuah penerbitan. Syukur alhamdulillah. Akhirnya saya update juga sebuah e-novel saya di blog kesayangan saya ini, moga jadi kesayangan anda juga ya. Mohon maaf dan mohon terhibur dengan bacaan kali ini. Kalau suka beri komen ya. 15 “Boleh tak kalau awak hantar saya ke rumah mak ayah saya? Awak pergilah ke rumah mak awak di KK itu saya tak kisah! Tapi tolong hantarkan saya ke rumah mak ayah saya,” kelat wajah Aliff Safwan memandang ke arahku. Aku sudah tidak peduli. Aku sudah tidak boleh menerima hukuman mama mertuaku yang tidak sudi menerima aku dalam hidup keluarganya. Aliff Safwan sudah meraupkan tangan ke wajahnya. Wajahnya dan rambutnya nampak kusut.             “Boleh sayang tapi nenek Balqis, nenda saya nak jumpa sayang! Boleh tak kalau sayang beri muka kepada aba...

Novel: Isyarrat Cinta 15

Lama juga saya tak kemaskinikan blog ini. Rindu pasti terasa. Tetapi kerinduan itu terubat hari ini. Moga pembaca novel ini pun akan berasa terhibur dengan penambahan ini. Terima kasih juga atas sokongan anda semua! Bab 15 Suasana kehijauan di persekitaran bandaraya itu menyamankan hati Adawiyah. Kedudukan biliknya amat strategik di sini. Di sebelah kirinya pula terbentang kebiruan laut memukau pandangannya walaupun agak jauh pemandangan indah itu. ia sudah cukup menghilangkan sedikit perasaan cuaknya berasa di dalam kondominium mewah di tingkat 18 ini. Adawiyah sedar betapa berdosanya dirinya berlaku pelik dalam perhubungan mereka suami isteri. Namun dia tidak pernah menyesal. Ini kerana suaminya yang sendiri membuat fitnah sehingga emaknya sendiri terpedaya dengan fitnahnya itu. Lalu, dia sendiri yang menetapkan syarat kepada suaminya itu. Suaminya itu pula hanya menurut sahaja. Muhammad Irfan menerima pula syaratnya tanpa banyak bantahan. Malah tersenyum lagi. Kalau emakny...