Novel Isyarat Cinta 20
Bab 20 Dia sedar dia siapa dalam pernikahan yang dilakukan secara mendadak ini. Boleh sahaja Irfan meninggalkannya dalam beberapa waktu sahaja lagi. Boleh jadi juga dia yang akan meninggalkan Irfan jika dia rasa dirinya dan kedudukannya tergugat dalam barisan keluarga Irfan. Ah, dia bisa sahaja keluar dari keluarga ini jika dia tercabar atau dicabar. Dia tidak tahu seteguh mana imannya untuk mempertahankan rumah tangga mereka yang dibangunkan dengan asas kelam kabut dan teragak-agak ini. maksudnya dirinya yang teragak-agak. Irfan tidak. Irfan benar-benar pasti dengan keputusannya, menurut pengakuan di depannya mahu pun di depan ahli keluarganya. tetapi, dia mungkin terlupa bertanya secara serius dan jujur. Kenapa dirinya yang kampungan ini dipilih menjadi isteri. Bukankah dia hanya layak duduk di kedai telekomunikasi itu, menurut kekasih-kekasih Irfan yang tidak sedar diri itu. ah, biarkanlah mereka dengan perasaan dan anggapan mereka. Apa yang penting, dalam surat nikah namanya d...