Novel Isyarat Cinta 20
Bab 20
Dia
sedar dia siapa dalam pernikahan yang dilakukan secara mendadak ini. Boleh sahaja
Irfan meninggalkannya dalam beberapa waktu sahaja lagi. Boleh jadi juga dia
yang akan meninggalkan Irfan jika dia rasa dirinya dan kedudukannya tergugat
dalam barisan keluarga Irfan. Ah, dia bisa sahaja keluar dari keluarga ini jika
dia tercabar atau dicabar. Dia tidak tahu seteguh mana imannya untuk
mempertahankan rumah tangga mereka yang dibangunkan dengan asas kelam kabut dan
teragak-agak ini. maksudnya dirinya yang teragak-agak. Irfan tidak. Irfan
benar-benar pasti dengan keputusannya, menurut pengakuan di depannya mahu pun
di depan ahli keluarganya. tetapi, dia mungkin terlupa bertanya secara serius
dan jujur. Kenapa dirinya yang kampungan ini dipilih menjadi isteri.
Bukankah
dia hanya layak duduk di kedai telekomunikasi itu, menurut kekasih-kekasih
Irfan yang tidak sedar diri itu. ah, biarkanlah mereka dengan perasaan dan
anggapan mereka. Apa yang penting, dalam surat nikah namanya dan nama Irfan
sudah tertulis dengan dakwat hitam dan tidak boleh dipadam. Itu yang dia pasti
dan itu satu kemenangan jika dia hendak bersaing dengan kekasih-kekasih tidak
senonoh Irfan itu. haha, katanya penuh kemenangan pasti.
Tetapi, sebenarnya bukan hal ini
yang diinginkannya. Bukan kejadian begini. Sepatutnya pada hari yang berbahagia
ini dia masih lagi berjalan ke tempat kerja bersama Rafiqah dan menjaga kedai
milik Irfan.dan bukannya terpacak sendiri di rumah agam milik lelaki ini.
sepatutnya pada hari Sabtu dan Ahad dia akan menghadiri kuliah di UMS bersama
kawan-kawan yang senasib dengan menaiki bas dan bukannya dihantar dengan kereta
mewah Irfan. Bulat mata kawan-kawannya tetapi sebenarnya bukan kebanggaan
begitu yang dia inginkan. Telefonnya berbunyi seperti berbisik. Itu menandakan
ada mesej yang baru masuk. Dia cepat-cepat buka mesej itu. tentu bukan dari irfan.
Eh, kenapa Irfan pula yang ditunggu? Soal hatinya. Entah, dia tidak ada
jawapan!
“Sayangku Wiyah, memang aku silap
dulu tetapi berikan aku peluang untuk memperbaiki hubungan kita.” – Asyraf.
Mahu sahaja dia termuntah membaca mesej itu. Cepat-cepat dia padamkan. Jika
terlihat oleh orang lain terutamanya Irfan, walaupun hanya mereka berdua di
rumah agam ini namun dia tetap rasa bersalah. Jadi, dia akui dia harus membuang
perasaan terhadap Asyraf itu ke laut!
Dia
tidak perlu risaupun jika tidak bertemu dengan ibu bapa Irfan dalam waktu yang
terdekat ini. namun dia tahu dan sedar yang dia juga isteri yang sah di sisi
agama. Maruahnya harus dijaga. Ah, lupakanlah semuanya dulu buat masa ini.
pujuknya kepada diri sendiri. Pagi ini Irfan sudah keluar awal ke pejabatnya.
Katanya ada urusan penting dengan pak ciknya. Oh pak cik? Kalau pak cik, pasti
Datuk Daniel yang mereka jumpa pada malam itu! ah, dia terasa gelisah pula.
Tetapi Irfan tidak pula menyebut pak ciknya yang mana. Pak ciknya sebelah mummy
atau daddy.
Tiba-tiba
telefon Samsung S4nya berbunyi. Tertera wajah Irfan. Hatinya berbunga? Eh,
kenapa hatinya senang pula? Cepat-cepat dia menekan dadanya dan merasai degupan
jantungnya yang agak laju berdenyut. Apakah ini cinta? Soalnya kepada dirinya
sendiri. Dia menggeleng dan memberikan jawapannya. Dia belum sepatutnya jatuh
cinta kepada lelaki yang merosakkan masa depannya ini.
“Helo
assalamualaikum,” sapanya. Irfan menjawab salamnya.
“Sayang,
siapkan bagasi, kita akan berangkat petang ini ke Taiwan.” Arah Irfan. Benarlah
lelaki itu bertemu dengan pak ciknya Datuk Daniel. Lelaki itu yang mengarahkan
mereka ke luar negara untuk sementara waktu. Ha? Ke luar negara sekarang? Dalam
keadaan dia tidak bersedia begini? Gawat!
“Irfan,
boleh tak kalau saya tak ikut? Awak aje yang pegi. Saya kan masih belajar.
Macam mana dengan pelajaran saya nanti?” asyik-asyik pelajarannya yang
dirisaukannya. Soalan itu pun sudah agak lama difikirkannya.
“Tak
ikut? Jadi, buat apa saya seorang ke luar negara? Ia semata-mata kerana pernikahan
kita. takkan sayang nak tinggal di sini? Oh
no! U can’t! U must go! Now, ready your bagage and me too!” kata Irfan yang
sudah mengeluarkan arahan mandatorinya. Hampir sahaja dia tidak memahami
kata-kata Irfan itu. dia bukan pandai sangat berbahasa Inggeris. Bahasa
Inggerisnya pun cukup-cukup makan dalam peperiksaan SPMnya hari itu. malunya!
“Oklah,
saya akan kemaskan dulu barang ya awak. Jangan risau. Berapa pasang nak kemas?”
dia buat soalan bodoh.
“Bawa
semua baju sejuk yang abang belikan hari tu. gunakan beg besar dua buah tu.
bawa dalam sepuluh pasang pakaian kita.” arah Irfan lagi.
“Bagaimana
dengan mak saya?” soal Adawiyah yang sudah bersedih.
“Laa
kenapa sayang nak menangis. Sayang ni macam budak kecik. Emak sayang kan dah
biasa hidup seorang. Nanti abang minta seseorang temankan mak, pekerja kita
atau siapa yang sayang cadang?” soal Irfan. Dia terpinga-pinga. Adawiyah tahu
di sekeliling rumah mereka kebanyakan saudara mara emaknya. Apa yang emaknya
hendak risau. Apa yang dia risaukan sebenarnya? Sebenarnya dia mahu sahaja
tidak mahu ikut Irfan pergi ke luar negara. Negara itu pun bukan negara jiran
yang dekat, negara yang agak jauh. Ah sudah!
“Baiklah
kalau macam tu, nanti saya beritahu emak dulu ya. Kalau dia benarkan saya akan
ikut awak, kalau dia tak benarkan saya akan tinggal dengan dia,” kedengaran
suara ketawa Irfan meledak macam bom di telinganya.
“Mengapa
awak ketawa macam tu? apa salah saya?” soal Adawiyah pura-pura bingung.
“Sayang,
sayang abang ni memang anak mak. Susah betul abang. Sepatutnya sayang ikut
abang dan minta kebenaran dengan abang bukan dengan mak sayang. Sayang sekarang
di bawah tanggungjawab abang,” terbuntang mata Adawiyah.
“Ye
ke? Oh oklah Irfan. Terima kasih.” Kata Adawiyah menggeleng dan kemudian
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang dia bingung sebenarnya. Bingung
menjadi musafir di negara orang tidak lama lagi. Beberapa jam sahaja lagi pun!
“Sayang,
kejap lagi abang balik! Abang tak percaya sayang akan kemaskan barang.
Jangan-jangan sayang akan berendam dengan air mata di rumah tu!” kata Irfan.
Dia pula yang ketawa.
“Takkanlah
saya macam tu!” katanya menafikan tuduhan Irfan.
“Abang
kenal isteri abang ni,” katanya sudah memutuskan talian.
“Irfan!
Irfan! Tolonglah batalkan rancangan gila pak cik awak tu! saya tak nak ikut
awak ke luar negara tu! pergilah awak sorang-sorang! Saya tak biasa!” katanya
walaupun talian telah dimatikan. Kemudian dia campakkan telefon pintarnya itu
ke atas tilam. Begitulah kebiasaannya dia jika berasa geram kepada Irfan. Dalam
keadaan emosinya tidak stabil secara tiba-tiba itu dia terus mengambil dua buah
beg besar yang telah dihantar oleh pekerja Irfan minggu lalu. Seketika dia
terkenangkan emaknya. Dia belum memberitahu emaknya mengenai halnya hendak ke
luar negara itu. apakah perasaan emaknya? Tentu emaknya sedih. Mereka tidak
pernah berpisah jauh-jauh sepanjang hidupnya sehingga ke hari ini. dikutipnya
semula telefonnya itu.
“Assalamualaikum
mak,” katanya apabila emaknya sudah ditalian.
“Sayang,
apa hal nak cakap dengan emak pagi-pagi begini? Sayang sudah bangun awal? Wah
ini perkembangan yang baik!” puji emaknya. Adawiyah tersengih. Kebiasaannya dia
lewat bangun pagi kerana dia cuti atau pada waktu malam dia mengulangkaji
pelajarannya.
“Mak,”
dia sudah menangis di talian.
“Kenapa
nak? Irfan pukul Wiyah? Tapi kenapa?” soal emaknya cemas.
“Tak
mak!” dia mengongoi lagi. Emaknya tambah hairan.
“Jadi?”
soal emaknya.
“Wiyah
dibawa ke luar negara tapi Irfan tak bawa emak,” emaknya sudah ketawa.
“Bulan
madu? Buat apa nak sedih. Mak bukannya tak de kawan di sini, syukurlah kamu
pergi ke luar negara. Nanti belikan aje mak oleh-oleh tau!” kata Puan Musliah
dengan pesanan penaja.
“Tapi
mak,”
“Eloklah
tu! Negara mana kamu nak pergi?” soal emaknya tidak sabar. Terbuntang matanya
mendengar soalan emaknya. Mungkin emaknya mahu dia menjadi suami isteri yang
sebenar dalam erti kata sebenarnya. Namun dia belum bersedia. Belum bersedia
buat masa singkat ini. Malah, kejutan yang pelbagai menyeruakkan dadanya.
“Taiwan
mak.” Kata Adawiyah perlahan. Emak kedengaran gembira. Dia menangis lagi.
“Syukurlah
dan pergilah nak. Bila nak terbangnya? Esok?” soal emak tidak sabar. Sebenarnya
dia tidak mahu ke mana-mana dalam situasi emosinya yang tidak stabil ini. Malah
dia berdebar hendak ke luar negara beberapa jam lagi.
“Petang
ni,” jawabnya lemah.
“Jaga
diri elok-elok. Kirim salam dengan keluarga mak mertua di situ ya. Jangan cakap
yang bukan-bukan dan jangan melawan caka p suami. Biasalah ayat-ayat nasihat
mak ni! mak tak mahu kamu buat hal di situ. Irfan lelaki baik, jangan lukai
hatinya nak,” panjang lebar nasihat emak.
“Mak
tak pergi sini?”
“Tak
apalah sayang. Mak doakan kamu selamat sampai dan selamat tiba di tanah air
nanti. Kirim salam dengan keluarga di situ. Jaga diri dan jaga suami elok-elok.
Anak mak bukan bujang lagi, ingat anak mak dah ada suami,” kata emak.
Berhamburan air mata Adawiyah mendengar pesanan emaknya itu. Mahu sahaja dia
kembali ke sisi emak tanpa sesiapa yang lain di sisinya.
“Tak
mak, nanti saya bawa abang datang jenguk mak sebelum berangkat ya mak. Wiyah
nak jumpa mak,” kata Adawiyah muktamad.
“Mana-manalah
sayang kalau sempat. Kalau tak sempat jangan paksa suami pula. Nanti jadi
isteri derhaka pula, mak tak mahu Wiyah paksa-paksa suami, itu tak elok,” pesan
Puan Musliah. Adawiyah mengangguk. Sepatutnya Irfan yang selalu memaksanya. Dia
agak berdisiplin dengan suaminya.
“Ya
mak, asalamualaikum,” kata Adawiyah. Pakaiannya sudah diturunkan dari almari
dan diletakkan di atas katil. Irfan sudah membelikan dia pelbagai jenis pakaian
yang sesuai dengannya. Jadi baju kurungnya yang dulu-dulu hanya dibawanya
sepasang sahaja. ia hanya sekadar hiasan saja. Sementara menanti suaminya balik
dia berbaring sebentar di atas tilam empuknya itu.
“Oh,
Kota Kinabalu sebentar lagi aku akan meninggalkanmu!” bisik Adawiyah perlahan.