Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Novel: Isyarat Cinta 21 dan 22

Selesai dia mengemaskan semua barang yang patut dibawa dia duduk di atas katilnya. Dia pun sudah menyediakan dirinya. Dia tahu sebentar sahaja lagi suaminya akan sampai. Sebentar tadi baru sahaja suaminya menghantar pesanan ringkas kepadanya. Dia sempat pula termenung. Dia isteri yang dinikahi secara sah walaupun agak tergesa-gesa tanpa restu kedua ibu bapanya dan dia tidak risau jika lelaki yang sudah menjadi suaminya itu akan menceraikannya pada bila-bila masa sahaja. dia juga tidak perlu risau bertemu muka dengan kedua-dua ibu bapa Irfan dan seorang adiknya. Apapun penerimaan mereka, dia akan reda dan cuba sedaya-upaya untuk bersedia. Dia tidak mahu dianggap sebagai gadis dungu lagi. Cukuplah kekasih-kekasih Irfan di bumi Malaysia ini menganggapnya sebagai gadis kampungan yang tidak layak bergandingan dengan Irfan yang kaya dan gagah dengan segala kehebatan yang dimilikinya. Dia mahu peduli apa. bukan dia yang terhegeh-hegeh kepada lelaki itu. jika dia yang terhegeh-hegeh dulu,...

Novel: Kuimpikan Bahagia

Ini novel terbaru yang diaplodkan ke blog ini. Selamat membaca! Prolog      Nuha Qarina bersyukur. Dia pulang dengan menanai impiannya yang sudah pun tercapai. Segulung ijazah sarjana muda sudah berada di tangannya. Dia benar-benar bersyukur dan merindui sanak saudara di tanahairnya yang tercinta. Anak kecil yang merupakan buah hati barunya dipegang dengan erat. Takut dalam kesibukan itu, anak kecil itu terlepas ke tangan orang lain.  Banyak perkara yang harus disyukurinya termasuk anak kecil itu.             Wajah-wajah yang selama ini dirinduinya sudah menunggu di luar ruang menunggu. Dia benar-benar gembira. Sengaja dilakukannya dalam tempoh empat tahun dia tidak mahu kembali ke tanahairnya yang tercinta. Semangat kecintaannya begitu mendalam selama berada di bumi Sydney itu namun ditahannya sedalam-dalamnya.  Apatah lagi dengan adanya dia di sisi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. ...