Novel: Isyarat Cinta 21 dan 22
Selesai
dia mengemaskan semua barang yang patut dibawa dia duduk di atas katilnya. Dia
pun sudah menyediakan dirinya. Dia tahu sebentar sahaja lagi suaminya akan
sampai. Sebentar tadi baru sahaja suaminya menghantar pesanan ringkas
kepadanya.
Dia
sempat pula termenung. Dia isteri yang dinikahi secara sah walaupun agak
tergesa-gesa tanpa restu kedua ibu bapanya dan dia tidak risau jika lelaki yang
sudah menjadi suaminya itu akan menceraikannya pada bila-bila masa sahaja. dia
juga tidak perlu risau bertemu muka dengan kedua-dua ibu bapa Irfan dan seorang
adiknya. Apapun penerimaan mereka, dia akan reda dan cuba sedaya-upaya untuk
bersedia.
Dia
tidak mahu dianggap sebagai gadis dungu lagi. Cukuplah kekasih-kekasih Irfan di
bumi Malaysia ini menganggapnya sebagai gadis kampungan yang tidak layak
bergandingan dengan Irfan yang kaya dan gagah dengan segala kehebatan yang
dimilikinya. Dia mahu peduli apa. bukan dia yang terhegeh-hegeh kepada lelaki
itu. jika dia yang terhegeh-hegeh dulu, itu lain cerita. Ini tidak, lelaki itu
yang terkejar-kejarkannya.
“Assalamualaikum
sayang,” lelaki itu sudah memeluk belakangnya. Seram sejuk pula tubuhnya
apabila lelaki itu sudah memegang erat pinggangnya. Dia tidak berdaya hendak
berpusing dan menghadapi lelaki itu secara berdepan. Jika dia dapat berbuat
demikian, pasti lima-lima jarinya sudah melekat di pipi putih kemerah-merahan
lelaki itu. Namun dia menarik nafas dan menahan perasaan berdebarnya yang amat
kencang.
“Walaikumsalam,
saya dah siapkan semuanya,” kata Adawiyah berdepan dengan Irfan. Adawiyah
berasa segan dengan lelaki itu. Dia tiba-tiba terasa dekat pula dengan lelaki
itu. Seperti hanya dunia indah mereka sahaja ketika itu. Irfan sudah mengucup
dahinya. Rasa kasih tersemai di jiwanya secara tiba-tiba.
“Sayang,”
panggilan Irfan menyedarkannya. Dia mengangkat mata dan memandang lelaki itu
malu-malu. Sebenarnya dia mesti sedar yang dia tidak boleh malu!
“Dah
siap?” soal Irfan. Jarak mereka yang terlalu dekat menyebabkan dia sukar
bernafas. Dia mengangguk lemah.
“A’ah.”
Itu sahaja. dia menjarakkan dirinya. Irfan pantas memegang tangannya. Matanya
terbuntang dan separuh jantungnya bagaikan sudah terbang ke Taiwan.
Sekejapan
bibirnya sudah bertemu di bibir Irfan. Dia agak kelemasan dengan tindakan
drastik suaminya itu. Dia terasa betapa indah dunianya ketika itu. Irfan pula
terasa amat bahagia. Isterinya itu tidak melawan seperti selalunya. Apakah
isterinya itu sudah bersedia menjadi isterinya dan belajar mencintainya? Irfan
mengucup dahi isterinya pula, ke muka dan bibirnya semula. Adawiyah tetap
mendiamkan dirinya.
“Sayang,”
panggil Irfan yang sudah mengejapkan pelukan di pinggang kecil isterinya.
Isterinya tidak menjawab malah menutup matanya. Apakah isterinya terleka dengan
perbuatannya?
“Sayang,”
panggilnya lagi. Dia tidak akan menceroboh zon larangan bagi isterinya selagi
isterinya tidak memberikan keizinan kepadanya. Tetapi peristiwa semalam
benar-benar tidak disengajakannya tetapi ia telah terjadi. Mereka sudah
benar-benar menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenarnya.
“Hmm,”
sahut Adawiyah. Adawiyah membuka mata. Mukanya sudah merah dan degupan
jantungnya mereka bertembung sama seirama.
“Abang
lapar,” buntang matanya memandang suaminya itu. Dia angkat kening. Dia hanya
memasak mee hoon goreng pagi tadi. Itu pun mee hoon goreng yang simple. Mee
hoon goreng yang ditambahkan telur, kicap dan bawang putih. Dia sudah kehabisan
udang, sayur dan bawang merah. Dia tersenyum malu. Irfan pula sangat seronok
jika Adawiyah tersenyum malu-malu. Dia sangat senang hati dan suka menyakat
isterinya itu.
“Sekarang
dah jam berapa?” soalnya.
“Jam
11.00 pagi. Sayang ada masak tak?” soal Irfan sungguh-sungguh. Lelaki itu tidak
pernah memintanya memasak. Dia memang suka jika tidak diminta memasak. Ini
kerana dia tidak begitu pandai memasak.
“Masak
apa?” soalnya. Jantungnya masih bagaikan berhenti berdenyut apabila mata Irfan dan
matanya bertaut erat sesaat kemudian. Selama ini dia tidak pedulipun bagaimana
pandangan lelaki itu kepadanya. Tetapi kenapa hari ini dia masih
berdebar-debar?
“Sayang
makan apa tadi?” soalnya pula. Lelaki itu sudah duduk di birai katil menghimpit
tubuhnya. Dia bersesar sedikit.
“Err,
saya makan roti aje cicah milo, tapi saya masak mee hoon goreng, awak nak?”
jawabnya jujur. Pantas Irfan mengangguk.
“Abang
nak,” kata Irfan memegang erat tangannya pula. Sepantas itu Irfan mengucup pula
jari-jemarinya lembut.
“Kenapa
tak makan di luar tadi?” soalnya tidak senang hati. Sebenarnya dia segan dengan
masakannya sendiri.
“Tak
tahu pula. Tiba-tiba nak makan dengan isteri abang ni, tak apa, mee hoon goreng
pun abang suka. Makanan kegemaran abang tu,” bertambah panas wajah Adawiyah dan
degupan jantung bertambah laju.
“Saya
panaskan mee hoon goreng untuk awak,” katanya memberi tawaran. Dia jadi kasihan
pula dengan rayuan lelaki itu. Lelaki itu sudah mengucup tangannya sekali lagi.
Lama dan syahdu. Jantungnya pula bagaikan terlompat-lompat hendak keluar! Ini
tak boleh jadi, bisiknya. Dia sudah berdiri dan memegang tombol pintu. Namun tangan
lelaki itu cepat sangat menangkap sebelah tangannya.
“Nak
apa?” soalnya pura-pura tegas. Renungan lelaki itu sukar ditafsir. Sudahlah dia
hampir lemas sebentar tadi. Suaminya sungguh pandai memainkan peranannya.
Adawiyah terasa tertipu pula.
“Nak
sayang, rambut sayang wangi,” jawabnya. Dia baru sahaja mandi.
“No!
No! Saya nak panaskan mee hoon goreng, nanti lambat pula kita nak gerak,” Irfan
terpaksa melepaskannya. Dia melihat lelaki itu sungguh kecewa dengan
perbuatannya. Irfan sudah mengikuti dia turun ke dapur.
“Tak
apalah, nanti kita di tempat baru ada peluang lagi kan sayang,” bisiknya. Adawiyah
bertambah segan.
Irfan
sudah duduk di meja makan. Dia cepat-cepat membuat kerjanya di dapur basah.
Mata Irfan pula masih memerhatikannya seperti tadi. Sejak tadi degupan
jantungnya tidak berkurangan, malah semakin kuat degupannya setiap kali mereka
bertentangan mata.
“Nah
ini mee hoonnya, silakan makan, tapi tak
sedap, jangan marah,” katanya yang sudah duduk berdepan dengan Irfan. Irfan
sudah sedia dengan sudu dan garfu di tangannya.
“Sayang
tak makan?” dia geleng. Dia memang tidak ada selera nak makan. Irfan sudah
menyuap mee hoon goreng ke dalam mulutnya. Dia memandang lelaki itu. Merah
mukanya. Entah apa komen yang akan diberikan oleh lelaki itu terhadap
masakannya.
Tidak
pernah ada lelaki yang makan masakannya. Ini kerana dia tidak pernah mengenali
ayahnya sejak kecil. Emaknya juga tidak mahu menceritakan kepadanya mengenai
ayahnya walaupun sudah berulang kali dia menanyakan mengenai ayahnya. Emaknya
membisu seribu bahasa. Inilah kali pertama dalam hidupnya. Semakin berdebar
jantungnya.
“Sayang,
mee hoon ni sedap! Ya Allah tak pernah abang rasa begini sedapnya masakan
isteri abang,” kata Irfan. Semakin gugup dirinya. Mungkinkah lelaki itu mahu
mengambil hatinya kerana tindakan mereka tadi? Ah, dia tidak mahu berprasangka
kepada suaminya sendiri.
“Biasa
saja. Makan lah, saya nak ambil barang kat atas,” katanya berdalih. Irfan
menggeleng.
“Kalau
abang makan, jangan pegi mana-mana, temankan abang,” kata Irfan yang sudah
berdiri dan menarik tangannya untuk duduk di sisinya. Sakit hatinya tiba-tiba
dengan tindakan lelaki itu. Namun dia tidak boleh buat apa-apa. Mahu atau tidak
dia terpaksa menerima sahaja perbuatan lelaki itu.
“Cerewetlah
awak ni,” katanya perlahan.
“Apa?”
soal Irfan.
“Awak
cerewet,” dia menguatkan suaranya. Mukanya sudah panas.
“Bukan
cerewet, abang ni dahagakan kasih sayang isterinya. Kasihan abang kan,” kata
Irfan. Tertunduk dia menghadap lapis meja bunga-bunga halus itu.
“Jangan
ambil hati sayang. Abang gembira sebab merasa masakan isteri abang yang sedap
ni. Masakan ibu angkat abang pun kalah, sayang memang hebat rupanya. Patutlah
abang dah jatuh cinta pandang kali pertama kat sayang,” ah, sudah! Lelaki itu
sudah berkali-kali berterus-terang mengenai cintanya. Sedangkan dia tidak
pernah memberitahu mengenai perasaannya. Apa yang harus dia jawab?
“Awak
makanlah dulu, nantilah cerita hal-hal lain tu,” pujuknya. Dia sudah agak hafal
akan sikap Irfan. Irfan mengangguk dan meneruskan makannya. Milo panas sudah
dihirupnya perlahan.
“Makan
dulu baru minum, nanti perut kembung,” katanya. Irfan ketawa kecil.
“Sayang
abang memang hebat, tak sia-sia abang pilih sayang,” dia sudah seperti kucing
tertelan tulang. Dia tidak tahu apa yang hendak dijawabnya. Maka, dia pun
mendiamkan dirinya.
“Cepatlah
awak makan, saya nak singgah kejap di rumah mak,” katanya mula memaksa Irfan
menunaikan permintaannya. Dia tidak peduli pesanan emaknya agar tidak memaksa
suami. Irfan angguk. Dia senang hati dengan jawapan itu. Ini bermakna dia
berpeluang lagi bertemu dengan emaknya. Dia merindui emaknya.
“Ya
abang pun nak jumpa mak. Abang nak beri wang belanja. Tadi pagi abang lupa,
asyik ingat kisah samalam. Abang risau kalau kita agak lama di luar negara,”
bulat matanya. Mukanya semakin panas. Irfan mengungkit lagi kisah semalam.
Sudah
terlalu kerap Irfan menghulurkan wang belanja buat emaknya. Dia tidak suka
Irfan berbuat demikian.
“Uncle
awak kata paling lama pun kita hanya dua minggu di situ. Kenapa melarat pula?”
soalnya tidak puas hati.
“Bukan
macam tu, takut mummy sakit dan daddy tak dapat uruskan kerjanya, tu yang kita
terpaksa agak lama di situ,” Adawiyah terpaksa akur. Sebenarnya dia tidak puas
hati dengan perubahan itu. Irfan memang pandai-pandai buat keputusan tanpa
memberitahunya. Ia seperti hukuman pula kepada dirinya.
“Mak
awak sakit apa pula? Kenapa pula kita kena lama-lama di negara orang, kita kan
orang Malaysia,” katanya seperti hendak menangis.
“Mummy
kita,” Irfan membetulkan.
“Ye,
sakit apa?” soalnya.
“Sakit
entah, nanti kita tanya. Sebenarnya mak dah agak sihat tetapi masih di bawah
pengawasan doktor.” Jawab Irfan. Dia angguk juga.
“Sedapnya
mee hoon goreng sayang, lain seperti yang selalu saya makan,” puji Irfan.
“Saya
nak kerja, cuci pinggan atau jadi pelayan,” pintanya. Bulat mata Irfan.
“Kerja
kat mana?” soal Irfan agak terkejut.
“Kat
restoran di bawah,” jawabnya. Menurut iklan yang dibaca dan ditanyanya,
restoran ala Thai di bahagian kondominium ini memerlukan dua orang pelayan
wanita. Tetapi dia tidak tahu jika Irfan akan membenarkannya atau tidak.
“Jangan
cari bala! Sayang sudah cukup baik duduk di rumah. Sayang kan masih belajar dan
jaga abang. Kenapa nak kerja. Selepas ni abang akan balik tengah hari untuk
makan tengah hari dengan sayang, lepas tu sayangkan janji nak beri abang anak,”
balas Irfan. Dia tidak terkata. Ini bermakna dia terpaksa memasak setiap hari.
Walhal memasak adalah pekerjaan yang paling dia tidak suka.
“Tak
nak! Saya belum rasa nak ada anak!” katanya tegas. Irfan sudah ketawa.
“Kalau
sudah takdir, sayang nak kata apa?” soal Irfan. Dia diam.
“Kalau
sayang bosan, ikut abang ke pejabat, bukan ke kerja di kedai ya!” kata Irfan.
Adawiyah diam. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur.
“Tak
apalah kalau macam tu,” kata Adawiyah mengalah. Kedengaran bunyi mengetuk di
pintu utama. Mereka bertatapan seketika. Dia tertunduk. Irfan sudah tersenyum
memandangnya. Senyumannya menyerlahkan lagi kacaknya lelaki itu. Eh, lelaki itu
suaminyay!
“Siapa
datang?” soalnya. Irfan cepat-cepat berdiri dan berjalan menuju ke pintu.
“Tunggu
sini,” dia mendiamkan diri. Irfan datang semula tidak lama kemudian.
“Pak
cik teksi dah sampai, kejap lagi kita turun,” kata Irfan. Dia angguk. Rasa
berdebar lagi. Ini kerana rumah yang dihuninya dua minggu ini akan ditinggalkan
buat sementara.
“Nak
gerak sekarang?” soalnya.
“Ya
lah, ni tiket kita,” kata Irfan menunjukkan tiket yang ada di tangannya. Dia
angguk.
“Saya
basuh pinggan awak dulu,” jawabnya.
“Cepat
sikit sayang. Sayang belum tukar baju dan belum mekap lagi. Abang angkat beg
kita dulu, sayang tunggu sini ya,” dia angguk. Irfan selalu prihatin kepada
dirinya. Sedangkan dia sendiri tidak pernah mengambil peduli tentang kehidupan
lelaki itu.
Hanya
baru beberapa hari ini sahaja dia memerhatikan pakaian lelaki itu. Itupun
semuanya sesudah dihantar ke dobi. Dia hanya membantu menyangkutkan di dalam
almarinya. Sebelum ini semuanya dilakukan oleh Irfan sendiri.
“Dalam
sepuluh minit, boleh tak?” soalnya. Irfan mengenyitkan mata ke arahnya.
“Ok
sempat tu sayang,” kata Irfan.
“Terima
kasih,” dia cepat-cepat membasuh pinggannya. Dia sudah menyediakan pakaiannya
di atas katilnya. Blaus merah jambu dan seluar getah serta tudung sama dengan
blausnya. Cepat-cepat dia naik ke biliknya.
Bab 22
Mereka
sudah berada di dalam perut teksi. Dia agak kelucuan berada di dalam teksi
panjang ini. Dia tidak pernah menaiki teksi sebelum ini. Kata Irfan, teksi ini
dipanggil limusin. Dia angguk sahaja. Mereka duduk sangat berdekatan di dalam
teksi itu.
“Sayang gembira tak?” soal Irfan.
Dia serba-salah. Dia gembira atau tidak? Gembira dengan percutian yang diatur
oleh pak ciknya, Uncle Daniel demi untuk menaikkan harga saham di dalam
syarikat Irfan dan keluarganya. Gembira kerana ini salah satu percutian bulan
madu mereka berdua.
Oh,
tidak! Dia sangat sedih sebenarnya. Sangat berduka cita. Ini kerana dia
terpaksa meninggalkan emaknya sendirian. Dia lebih berduka cita apabila
terpaksa menjadi musafir di luar negara. Apatah lagi ke negara yang minoriti
penduduk Islamnya.
Bagaimana
dia hendak makan nanti? Bagaimana penerimaan ibu bapa mertuanya nanti? Bertemu
ahli keluarga mertuanya di sini pun dia berasa cuak dan sakit hati dengan gadis
yang pernah ada hubungan dengan suaminya ini. Ini kan pula nanti beberapa jam
lagi dia akan ke luar negara.
Siapa
yang akan memujuknya jika dia bersedih kerana penolakan ibu bapa mertuanya atau
saudara-mara suaminya yang lain? Dia sedar dia dipaksa kahwin seperti kahwin
darurat pula dia! Ah, dia rasa serba-salah pula! Mahu menangis pun ada namun
dia berasa dia perlu menenangkan dirinya saat ini.
“Kenapa sayang termenung?” soal
Irfan mengejutkannya. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Air mata
ditahannya. Dia tidak mahu Irfan menyedari mengenai apa yang ada di dalam
dirinya saat ini.
“Tak ada apa-apa,” dia tertunduk.
Tangannya sudah berada di dalam genggaman Irfan. Sejuk terasa. Hatinya yang
dingin sebenarnya.
“Sayang tak gembira?” haruskah dia
mengangguk menjawab soalan itu. Apa kata suaminya nanti? Adakah dia akan
membatalkan perjalanan mereka nanti? Mustahil, memang sesuatu yang agak
mustahil. Mereka terpaksa ke luar negara demi menyelamatkan syarikat
keluarganya. Apa yang akan diberitahu kepada emaknya nanti? Ah, diam-diam
sajalah!
“Sayang sedih nak tinggalkan bumi
Malaysia?” soal Irfan lagi. Dia senyum.
“Tak lah sedih. Saya ni kan tak
pernah ke luar negara, mestilah rasa
macam mimpi,” jawabnya menyedapkan hati lelaki di sisinya itu.
“Abang faham, tapi sayang akan
sering ke luar negara selepas ini sebab syarikat ayah abang beroperasi di luar
negara. Kita pergi untuk masa depan kita bersama. Sambil tu kita akan berbulan
madu, kita berkenalan dan mula berkawan, sayang sedia?” soalan lelaki itu
menambahkan beban di bahunya. Tetapi dia memilih untuk mengangguk.
“Sayang sedia berikan kerjasama
kan?” dia angguk sekali lagi. Irfan menggosok tangannya perlahan-lahan. Dia
mahu menarik tangannya tetapi lelaki itu menatapnya dan menggeleng.
“Jangan berkeras, nanti apa kata
pemandu teksi itu. Lain pula yang akan dilaporkannya kepada Uncle Daniel dan
saudara-mara yang lain nanti,” terbuntang matanya. Dia gigit bibirnya.
“Gila! Tentu mereka tahu awak paksa
saya kahwin!” bisiknya. Irfan ketawa.
“Tak gila, I love you,” bisik Irfan pula lantas mengucup pipi kirinya lama.
Berbahang wajah putih gebunya. Dia mendiamkan diri sambil menenangkan
jantungnya yang bagaikan mahu terkeluar dari tubuhnya.
“Tak perlu ucapkan benda-benda alah
tu balik-balik, saya belum jatuh cinta kat awak,” katanya separuh berbisik.
Irfan ketawa kecil tetapi dia dapat meneliti dari wajah lelaki itu, lelaki
kacak itu sedikit kecewa. Sedikit kasihan kepada lelaki itu tetapi dia sendiri
sepatutnya lebih kasihan kepada dirinya sendiri.
“Tak apalah, abang akan tunggu
sayang cinta kan abang dan takkan lepaskan abang suatu hari nanti,” balas Irfan
berbisik. Dia cubit perlahan lengan Irfan. Dia tidak setuju dengan kata-kata
itu. Dia tidak tahu sejauh mana hayat rumah tangga mereka.
“Ah awak jangan nak merepek lah,
belum tahu akan datang semua tu dari diri saya,” jawabnya perlahan.
“Abang akan tunggu walaupun masa itu
usia abang dah tua dan kepala abang dah beruban,” jawabnya. Dia pula ketawa.
Geli hati dengan kesetiaan Irfan yang baru diikrarkan oleh lelaki itu. Malah
dia membayangkan lelaki itu jika sudah tua dan rambutnya beruban.
“Takkan awak nak setia tunggu saya,
awak ramai kekasih keliling pinggang. Kalau awak tak puas hati dengan saya,
suka-suka lagi awak ambil salah seorang kekasih awak jadi kekasih hati awak
semula! Lainlah saya,” Irfan ketawa. Dia
cuak dengan tingkah Irfan. Pemandu teksi itu pula tertoleh-toleh ke arah
mereka.
“Jadi, sayang akan ambil peluang
kahwin dengan kekasih sayang begitu?” soal Irfan dengan wajah cuak.
“Saya mana ada kekasih! Jangan nak
tuduh!” katanya perlahan. Kali ini Irfan tersenyum manis menyerlahkan wajah
tampan itu. Aduhai hati!
“Singgah kat Kampung Tenang,
Apartmen Tenang tuan?” soal pemandu itu memandang mereka dari cermin depan. Dia
memperlahankan larian teksi mewah itu.
“Ya encik, kita singgah kejap. Dalam
sepuluh minit.” Kata Irfan.
“Boleh... boleh tuan,” kata pemandu
teksi yang sudah membelok ke Apartmen Tenang. Adawiyah lega. Senyumannya mekar
di wajah. Dia sempat juga bertemu dengan emaknya sebelum mereka berangkat ke
luar negara.
Turun dari kereta, Adawiyah terus berlari
menaiki tangga apartmen itu. Irfan menuruti langkah Adawiyah.
“Assalamualaikum mak,” panggil
Adawiyah sambil mengetuk pintu rumahnya. Puan Musliah sudah membuka pintu dan
memeluk Adawiyah.
“Wiyah nak gerak dah mak,” kata
Adawiyah. Puan Musliah menyalami menantunya.
“Jalan elok-elok nak, mak doakan
kamu berdua selamat,” kata Puan Musliah.
“Terima kasih mak,” kata Irfan.
“Jaga anak mak baik-baik Irfan,”
Irfan mengangguk. Mereka berpegangan tangan.
“Saya akan menjaga isteri saya
seperti saya menjaga nyawa saya mak, mak jangan risau,” kata Irfan. Tersentak
Adawiyah dengan jawapan itu.
“Hubungi mak sebaik saja kamu tiba
di situ,” Adawiyah mengangguk.
“Ya mak, kami akan hubungi mak
nanti,” kata Irfan. Puan Musliah mengesat air matanya.
“Tak lama kami di situ mak, nanti
kami akan balik juga, secepat mungkin,” kata Adawiyah memujuk emaknya. Ketika
dia menelefon emaknya, dia yang sangat sedih dengan perjalanannya tetapi kini
di depan matanya, emaknya yang sungguh sedih.