Novel Cinta Sang Pilot 11
Bab 11 Pintu biliknya diketuk berkali-kali. Baru sahaja dia membayangkan wajah kekasihnya, namun wajah lain pula terbayang. Hampanya dia. “Apa kau nak?” soal Nukman Faris dengan mata merah apabila pintu biliknya terbuka. “Tuan muda, mama tuan muda minta tuan turun sekarang,” kata pembantu rumah agak segan. Nukman Faris ingatkan itu Nuraina yang selalu mengganggunya. Dia sudah terkasar bahasa. Namun dia sudah terlajak. “Nak apa lagi ni mama saya tu bik? Tak habis-habis nak menyusahkan saya lagi ni! Inilah yang saya tak suka! Sudah menjadi-jadi sikap mama saya sejak saya kahwin ni!” kata Nukman Faris memarahi pembantunya. Pembantu rumah mamanya itu serba salah. “Entah tak tahu, tak tahu tuan muda, mama tuan muda panggil sekarang,” kata pembantu rumahnya ketakutan melihat dia ya...