Novel Cinta Sang Pilot Bab 10
Bab 10
“Kenapa
pula mama nak mengada-ada suruh aku bawa Tasya ke sini? Eh budak kampung tu apa
kelas jadi isteri aku! Memang tak ada kelaslah!” kata Nukman Faris sudah
mengomel dalam hatinya.
Dia
menghempaskan semua pakaiannya ke atas katil. Sakit betul hatinya dengan
permintaan mama dan papanya. Gadis kampung itu pula sering sahaja bermain-main
di matanya. Apakah dia rindu? Kenapa bukan rindukan kekasihnya?
“Assalamualaikum bang, eh bila abang
sampai?” adiknya Nuraina sudah tercegat di pintu biliknya. Dia tarik muka
masam. Dia rasa semua orang menganiayanya.
“Walaikumsalam, baru aje abang balik.
Malas abang dengan mama dan papa tu, suka-suka nak nikahkan orang. Sekarang
suka-suka hati nak suruh orang ambil perempuan tu entah di mana entah! Kekasih
abang nak simpan mana? Eh tak sukalah!” soal Nukman Faris. Nuraina sudah
ketawa.
“Abang, terimalah hakikat yang abang
dah kahwin. Jaga rumahtangga abang tu. Jangan nak macam-macam,kalau pak mertua
abang tahu, naya abang,” kecut perut Nukman Faris melihat misai sejemput milik
ayah Natasya.
“Kahwin konon! Kami kahwin bohong
ajelah! Bukannya kahwin macam orang lain,” jawab Nukman Faris. Adiknya Nuraina
ketawa.
“Tak boleh nak bohong abang, jaga
baik-baik kak Tasya tu, beruntung dah abang dapat dia. Sepatutnya abang bawa
dia pergi umrah sebagai tanda kesyukuran dapat gadis baik macam dia,” kata
Nuraina menasihati abangnya.
Nukman
Faris geleng kepala. Semua orang di sekelilingnya cakap dia bertuah dapat
menikahi Natasya Umaira. Tidak tahu pula sama ada ia benar atau tidak. Apa yang
penting dia mahu berkahwin dengan Rozaila kekasihnya tetapi tahun lalu dia mahu
melamar gadis itu, gadis itu menolak. Katanya mereka masih muda. Dia masih mahu
memajukan kariernya. Kononnya lah!
“Kenapa kau ketawa? Kau tak tahu
bagaimana orang kena paksa kahwin tahu!” kata Nukman Faris yang geram dengan
sikap adiknya. Nuraina masih ketawa melihat gelagat abangnya itu.
“Saya faham tapi saya tahu kakak Tasya
tu baik orangnya. Sepatutnya abang kena layan isteri abang baik-baik, ada
pahala tau! Kalau layan kekasih dapat dosa!” kata Nuraina. Nuraina seperti tahu
apa yang bermain di hatinya.
“Kau apa tahu? Kalau kau yang kena
paksa baru tahu!” jerkah Nukman Faris geram dengan adiknya. Nuraina ketawa
melihat gelagatnya.
“Saya tahu bang. Kakak Tasya tu orang
yang baik, jangan abang dikaburi oleh kemewahan kita sehingga abang tak tahu
nak nilai kaca atau permata,” kata Nuraina lagi. Budak lulusan Fizik itu pun
tahu mengenai perkahwinan? Soal Nukman Faris dalam hati.
“Kau diam sudahlah!” kata Nukman Faris
marah-marah.
“Dulu kan abang sayang kak Tasya,
kenapa sekarag dah berubah hati?” Nukman Faris jeling adiknya.
“Bila masa kau tahu aku sayang dia? Dia
si budak gemuk tu kau tuduh aku sayang dia? Dalam mimpilah jawabnya!” Nuraina
ketawa lagi. Nukman Faris bertambah geram dengan sikap adiknya.
“Tahulah! Kalau kita benci sangat orang
tu, lama-lama nanti orang itu lah yang akan kita peluk setiap hari!” Nukman
Faris tepuk dahi. Apakah kata-kata adiknya itu ada kebenaran?
“Boleh tak jangan masuk campur urusan
abang?” Nuraina ketawa.
“Maaf tuan pilot! Saya hanya bergurau!
Takkan ketawa pun tak boleh? Eh, tuan pilot ini terlalu sensitif macam mak
nenek!” kata Nuraina yang sudah berlari menuju ke tangga. Bertambah mencuka
wajah Nukman Faris. Ketawa Nuraina masih bersisa.
“Pandailah kau! Nah ambik kau!” kata
Nukman Faris membalingkan bantal kecil kepada adiknya.
Nuraina
sudah berlari menuju ke biliknya. Nukman Faris mahu sahaja terus tidur tetapi
akalnya masih berputar mendengar permintaan emaknya agar menjemput isterinya di
atas kertas itu datang ke rumahnya ini. Aduhai, gagal lagi urusannya sendiri.
Ini semua gara-gara Natasya Umaira. Detiknya sendiri.
Namun
dalam diam-diam, wajah manis Natasya Umaira tetap menari-nari di matanya.
Apatah lagi mengenangkan wajah sedih Natasya Umaira saat kali terakhir mereka
berpisah. Apakah ada kasih sayang di anak mata yang sedang bersedih dan selalu
menangis itu? Apakah gadis itu mahu bercakap sesuatu yang tidak memuaskan
hatinya? Mahukah gadis itu berkongsi sesuatu dengannya? Ah, kenapa ingatannya
menjadi-jadi kepada gadis itu? Asal tutup mata saja nampak gadis itu. di mana-mana
pun dia nampak isterinya. Di dapur, di ruang tamu, di depan mamanya pun dia nampak
gadis itu. Apahal sebenarnya? Jatuh cintakah dia? Jatuh cinta kepada isteri sendiri?
Rozaila nak simpan kat mana? Aduhai! Tak mungkin! Tak mungkin dia akan jatuh cinta
dengan semudah itu!