Novel Salwa Maisara bab 10
Bab 10 Selesai mengurus pendaftaran kemasukan ke bilik di resort itu, Salwa Maisara terus sahaja menghempaskan tubuhnya di atas katil dengan tubuh meniarap. Hari sudah jauh malam. Tidak ada gunanya dia hendak pergi ke pantai. Air pun sudah naik pasang. Perasaannya terasa kosong dan terasa diri tidak dihargai. Apakah ada sebegini nasib gadis sepertinya yang dinikahkan lantas ditinggalkan? Ah, memang dia tidak mampu hendak menerima keadaan itu. sakit hatinya namun apakah hatinya yang sakit ini dapat dikurangkan dengan hanya tidur dan berdiam diri? Ah, sukar dia. Sukar dia hendak menentukan rasa sakit ini. Akhirnya dia tertidur pada malam itu dengan perasaan yang haru biru. Pada waktu tengah malamnya dia tersedar. Dia bertemu dengan suaminya sendiri. Mereka bertemu di sebuah taman yang indah. Akhirnya dia terbangun dengan seluruh tubuhnya menggeletar. Mungkin tidak percaya akan kejadian itu. ...