Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Novel Salwa Maisara Bab 22

Bab 22 “Sulaiman, boleh saya cakap dengan kau sikit,” didengarnya sepupunya itu ketawa di hujung talian. Dia terlupa sedikit. Ada sesuatu yang baru dia kenang. Berhadapan dengan isterinya, dia hampir lupa segala-gala kerjanya. Nasib baik dia teringat.             “Budriz, apa ni main minta izin ni? Kau ni macam tak kenal aku pula! Ni akulah Sulaiman! Kau dah lupa aku siapa?” kata Sulaiman yang masih dengan sisa ketawanya. Mungkin kelucuan dengan sikapnya sendiri. Dia bukan apa, dia tidak mahu mengganggu sepupunya itu. Kebetulan sejak akhir-akhir ini sepupunya sibuk dengan isterinya dan sibuk hendak menunggu kelahiran pertama anak mereka. Itu yang dia lebih banyak bertoleransi. Tahun pertama perkahwinan mereka, dia lebih santai. Tetapi tahun kedua, apabila isterinya disahkan mengandung, Sulaiman agak kecoh dan lebih mengutamakan isterinya. Dia terpaksa faham walaupun sesekali dia agak geram juga kepada sepupunya itu. ...