Novel Salwa Maisara Bab 22

Bab 22

“Sulaiman, boleh saya cakap dengan kau sikit,” didengarnya sepupunya itu ketawa di hujung talian. Dia terlupa sedikit. Ada sesuatu yang baru dia kenang. Berhadapan dengan isterinya, dia hampir lupa segala-gala kerjanya. Nasib baik dia teringat.
            “Budriz, apa ni main minta izin ni? Kau ni macam tak kenal aku pula! Ni akulah Sulaiman! Kau dah lupa aku siapa?” kata Sulaiman yang masih dengan sisa ketawanya. Mungkin kelucuan dengan sikapnya sendiri. Dia bukan apa, dia tidak mahu mengganggu sepupunya itu. Kebetulan sejak akhir-akhir ini sepupunya sibuk dengan isterinya dan sibuk hendak menunggu kelahiran pertama anak mereka. Itu yang dia lebih banyak bertoleransi.
Tahun pertama perkahwinan mereka, dia lebih santai. Tetapi tahun kedua, apabila isterinya disahkan mengandung, Sulaiman agak kecoh dan lebih mengutamakan isterinya. Dia terpaksa faham walaupun sesekali dia agak geram juga kepada sepupunya itu.
            “Aku saje aje lah. Aku takut kau sibuk dengan isteri kau tu,” katanya. Sulaiman ketawa kecil.
            “Mana ada! Aku belum keluar lagi. Mungkin lepas Zohor baru aku nak bawa dia jalan. Maklumlah, orang mengandung ni pergerakannya dah slow lah beb!” kata Sulaiman ketawa kecil. Terbayang wajah ayu isterinya yang baru beberapa hari dinikahi itu.
            “Ok. Jadi begini,” katanya merangka persoalan yang hendak disampaikannya.” Katanya masih memikir. Tadi bukan main dia sudah merangkanya dengan cekap. Sekarang apabila dia sendiri terkenang wajah isterinya yang berwajah gebu itu, perhatiannya agak lari.
            “Apa kau nak cakap ni? Aku tahulah kau banyak duit nak bayar perbualan kita ni!” kata Sulaiman seperti hilang sabar kepadanya. Dia tersentak. Serta-merta ingatan kepada isterinya hilang. Mereka baru sahaja balik dari bilik isterinya setelah isterinya check out. Dia minta isterinya bertenang sebelum mereka turun ke bawah untuk makan tengah hari.
“Sulaiman, gini, kau tolong uruskan benda ni elok-elok ya.” Kata Syed Muhammad Budriz setelah dia kembali menyendiri.
“Benda apa? Aku dengar macam kau nak beri aku wasiat pula!” kata Sulaiman sudah mula menyakatnya. Dia jadi gegau sedikit.
“Memang wasiat ni! Sebenarnya aku dah boleh agak siapa pesaing kita selama ini! jadi mereka sengaja curi proposal kita hari itu! jadi, aku mahu kau uruskan benda ni elok-elok. Proposal yang aku arahkan kau printkan tu tempoh hari adalah yang palsu.” Katanya memberitahu hal yang sebenar.
“Palsu?” soal Sulaiman agak terkejut.
“Kenapa kau terkejut? Kau pun terlibat diupah oleh syarikat XYZ tu?” soalnya sinis. Terbatuk Sulaiman.
“Takkan aku nak buat begitu bos!” kata Sulaiman pula.
“Aku tak tuduh kau!” katanya. Memang dia percayakan sepupunya itu. Malah sepupunya ini sanggup tidak balik ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis pernikahannya.
“Jadi apa aku nak buat sekarang? Proposal tu sepatutnya kita hantar hari Selasa bos?” kata Sulaiman. Sepatutnya minggu lalu lagi mereka kena menghantar proposal itu tetapi dia tidak dapat menghantarnya ekoran kesibukannya. Dia sudah menghubungi pihak yang bertanggungjawab mengenai tender itu.
Syarikat mereka akan menghantar minggu hadapan iaitu esok. Mereka diberi tempoh satu minggu lagi. Sebenarnay dia memang pening akan persaingan yang terlalu sengit itu. Namun dia mempunyai cara yang tersendiri untuk mengelakkan persaingan sengit itu.
“Proposal yang aku betul-betul dah edit dan perhalusi sudah aku emelkan kepada emel rasmi kau. Jadi, kau ambil dari situ nanti. Baru padan muka mereka! Nak sangat buat kerja senang konon!” katanya. Sebenarnya dia sudah tahu siapa yang punya angkara sekarang. Dia sudah dapat membaca siapa yang punya angkara. Namun, dia perlukan bukti untuk menangkap penjenayah itu. penjenayah kolar biru.
“Bagus, kau memang hebat! Bos yang hebat!” kata Sulaiman memujinya. Dia tidak terangkat. Dia sudah melihat hal ini lebih dahulu daripada orang lain.
“Tapi kau kena pastikan yang menceroboh itu akan mendapat balasan yang setimpal. CCTV polis dah ambil?” soalnya. Sulaiman nyata terkejut dengan soalannya. Jangan sahaja sepupunya terlibat sudahlah. Kalau nak kaya dengan cepat, sepupunya memag patut ikut! Tetapi dia tahu dengan siapa sepupunya ini patut berpihak.
“Dimusnahkan bos!” terkejut sungguh dia. Ini bermakna penceroboh itu mempunyai strategi.
“Baik, kita akan cara lain. Pastikan polis buat kerjanya.” Katanya kepada Sulaiman.
“Bos jangan risau. Hal ini tidak seharusnya dipandang ringan.” Kata Sulaiman.
“Malam ni kita jumpa, boleh?” soalnya kepada Sulaiman.
“Bukankah bos nak pergi ke KL?” soal Sulaiman. Dia menangguhkan masa dia hendak pergi ke Kuala Lumpur.
“Belum. Aku rasa elok kita jumpa dahulu. Kau datang ke tempat aku menginap ni. Senang kita bincang. Elok juga kalau kau bawa isteri kau ke sini,” katanya kepada Sulaiman.
“Boleh juga bos tapi isteri saya tak boleh lah saya nak bawa. Dia nak balik ke rumah keluarganya petang ni! Tak pe, kita saja yang jumpa,” kata Sulaiman.
“Oklah, tak de masalah. Lepas Isyak kita jumpa ya.” Katanya memeterai janji dengan sepupunya itu.
“Bos tak nak jumpa Rosman?” soalnya. Dia memikirkan Rosman, orang kuat di bahagian pemasaran. Lelaki bermisai lebat itu memang dalam pemerhatiannya selama ini. Namun dia belum berani menjangka apa-apa. Dia tidak mahu menuduh. Menuduh maknanya dia akan dipersoal nanti.
“Tak perlu. Kita berdua saja! Kalau apa-apa nanti selepas aku balik cuti baru kita jumpa dia.” katanya.

“Baik bos. Bisa diatur semuanya.” Kata Sulaiman.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Api Rindu Masih Menyala

Novel Cinta Sang Pilot Bab 30

TEASER 1: CINTA SANG PILOT