Saat Cinta Membara 15
Bab 15 “Sayang anak ibu, kita pergi rumah mak mertua kau ya,” pujukan ibu membuatkan perasaannya lemah.Baru dua hari dia balik, dia terasa betapa belum cukup rehat dirinya. Terasa lemah seluruh perasaannya, seperti baru balik dari berperang pula. Suaminya pula menghubunginya berkali-kali. Dia sengaja matikan telefon agar tidak terganggu dengan lelaki itu. “Ya ibu tapi...” dia masih memikir. Memikir panjang. Banyak sangat difikirkannya. Sebenarnya dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu. “Boleh tak kalau bukan hari ini ibu?” soalnya sambil memandang kosong wajah tembam ibunya. Terasa sunyi hidupnya. Tambahan pula kakak sulungnya masih belajar di Australia. Kata kakaknya, dia akan menghabiskan masternya di sana. Aduhai, kenapa pula aku lagi jadi mangsa! Soalnya dalam hati. “Nak p...